Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang
Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang
Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat
Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis
Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong
Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah
Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah
Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung
Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung
> Bertudung itu bukan satu paksaan
> Ianya lebih kepada keinsafan
> Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
> Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan
>
> Asal menutup aurat itu tuntutan
> Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
> Yang ye nya hati tak berkenan
> Tu yang berjela-jela mencipta alasan
>
> Menutup aurat satu syariat
> Kepada agama kita taat
> Hidup berkat pahala berlipat-lipat
> Didunia selamat, di akhirat hebat
>
> Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
> Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
> Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
> Mentelah pula berfesyen tak kena tempat
>
> Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
> Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
> Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
> Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?
>
> Kita memang hidup dalam era serba maju
> Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
> Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
> Kita pun susah kenal, manusia ke hantu
>
> Banyak salah faham bila mula bertudung
> Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
> No more pant suit, kebaya or kebarung
> Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung
>
> Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
> Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
> Pun tak usahlah juga terlebih gaya
> Islam itu suka yang sederhana
>
> Kenalah pula kita wanita bekerjaya
> Fesyen busana muslimah yang paling kena
> Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
> Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa
>
> Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
> Kalau sendiri memandang muka pun layu je
> Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
> Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula
>
> Siapa kata kita tak boleh berwarna
> Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
> Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'
Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
baik tak le payah berpura nak tutup aurat
Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah ayah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah
Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya
Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah
Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas
Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.