Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-01-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 13 hari yang lalu
Jaafar072286: 25 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: al-quran?buleh ker dihafaz dan dibaca sahaja oleh permpuan haidh?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» al-quran?buleh ker dihafaz dan dibaca sahaja oleh permpuan haidh?

Please Mendaftar To Post


Oleh al-quran?buleh ker dihafaz dan dibaca sahaja oleh permpuan haidh?

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-03-05 03:50


apa respon kalian?hahhaha...
and buleh ker nak sama kan atau nak kiaskan antara..haidh,junub dan nifas?
sekadar pengetahuan...


Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-03-05 20:37


???

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

hanishumaira
WARGA SETIA
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7196
Posting: 546
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-03-05 11:24



erm,... sy pun confuse gak,..kekadang tu ada test tp x leh hafaz...
mmber2 sy kata, hafaz aa dlm hati n tulis balik apa yg dihafaz tu...
tp ari tu, sy ada dgr ianya dibolehkan dlm proses p'belajaran...yeke..


-----------------
.:. sesungguhnya orangČ yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah diantara dua saudara kamu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanishumairaProfil   Hantar PM kepada hanishumaira   Pergi ke hanishumaira's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-03-05 11:27




setakat yg ana tahu begini...

perempuan yg haidh boleh baca quran yg dalam hafalannya shj untuk tujuan tasmi' dan pengukuhan ingatan.

tp perempuan yg haidh TAK BOLEH baca quran dari mashafnya...

wa allahu a'lam bis sawab.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-03-05 11:49


Quote:
perempuan yg haidh boleh baca quran yg dalam hafalannya shj untuk tujuan tasmi' dan pengukuhan ingatan.

tp perempuan yg haidh TAK BOLEH baca quran dari mashafnya...



setahu kita pon cam ni... kalau boleh elak, elakkanlah... dah terang-terang hukumnya tak leh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

jee_mujahidah
Warga Rasmi
Menyertai: 26.07.2004
Ahli No: 10305
Posting: 11
Dari: pendang kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 24-03-05 12:03



berdasarkan ilmu sy yg tak cukup lg ni...sy amik fiqh dan byk memerlukan ayat2 l-quran tuk di hafaz...prnah sy tanya ustaz..dalam exam..nak jawab soalan beserta dalil macammana??ustaz ckp..bg perempuan yg ma'zurah tak payah tulis ayat dalil dr al-quran..tulis surah apa and ayat apa coz tak mahu tanggung dosa..kita tak tahu kertas2 soalan kita yg byk nanti bila dibuang mungkin akan jd bahan pijakan org2 kafir je..kita yg berdosa..tapi dr segi bacaan pulak..tak pasti..tapi pe yg sy tahu..baca dalam hati tanpa gerakkan lidah..insya Allah boleh..wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jee_mujahidahProfil   Hantar PM kepada jee_mujahidah   Quote dan BalasQuote

the_brOtherz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 533
Posting: 242
Dari: International Islamic University Malaysia

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-03-05 15:29


assalamua;laikum

Soalan di atas akan dijawab dalam dua bahagian, pertama adalah hukum memegang al-Qur’an bagi seorang wanita yang sedang haid dan kedua adalah hukum membacanya. Keseluruhan penjelasan ditumpukan kepada wanita yang sedang haid namun termasuk sama dalam kategori ini ialah wanita yang sedang mengalami nifas dan istiadah.



Pertama: Hukum memegang al-Qur’an.



Umumnya terhadap persoalan pertama terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.



Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:



(al-Qur’an) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci.[1]



Dan sabda Rasulullah (s.a.w):



Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[2]



Manakala bagi pendapat kedua pula, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil yang tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersanggama. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil yang tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.



Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:



Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.[3]



Berkata Ibnu Abbas (r.a), fii Kitabim-maknun bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[4] Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz , di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.



Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.



Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci dari najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci dari hadas besar seperti haid dan junub, dan suci dari hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:



Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.[5]



Oleh itu seseorang itu perlu mencari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah (s.a.w) kepada seorang sahabat di Yaman. Di saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru mungkin sahaja surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam kerana sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.



Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.



Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, diyakini bahawa yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an. Hal yang sama adalah bagi wanita yang sedang dalam keadaan nifas dan istiadah.



Kedua: Hukum membaca al-Qur’an.



Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah (s.a.w):



Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an.[6]



Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah daif. Berkata Imam Nawawi: Adapun hadis Ibnu Umar: “Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an” , maka ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang daif, didaifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedaifan yang terdapat padanya adalah jelas.[7]



Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[8] Namun pematukkan hukum ini tidak dianggap tepat kerana haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar dari keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.



Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[9] Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang muslimah, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang menegah sesuatu perkara seperti solat, puasa, tawaf dan bersanggama. Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang muslimah yang sedang dalam keadaan haid.



Pernah sekali Abu Hurairah (r.a) mengasingkan diri daripada Rasulullah (s.a.w). Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:



Subhanallah ya Abu Hurairah ! Sesungguhnya orang mukmin tidak ia menjadi najis.[10]



Kata-kata Rasulullah (s.a.w) di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.



Akhirnya berkata Imam Ibnu Taimiyah terhadap persoalan ini: Sesungguhnya adalah para wanita mereka mengalami haid di zaman Rasulullah (s.a.w), maka seandainya membaca al-Qur’an adalah diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi (s.a.w) akan menjelaskannya kepada umatnya. Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi (s.a.w). Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sebenarnya adalah tidak haram.[11]



Oleh itu wanita yang sedang haid dibolehkan membaca al-Qur’an seperti biasa. Demikian juga bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas dan istiadah. Kepada Allah kembali segala kebenaran.



















--------------------------------------------------------------------------------

[1] Al-Waqiah (56): 79

[2] Sahih: Hadis daripada ‘Amru bin Hazm (r.a), dikeluarkan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld 1, ms 77-82.

[3] Al-Waqiah (56): 77-80

[4] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabiin sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir al-Tabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut tp thn), jld 5, ms 463-464.

[5] al-Taubah (9): 28.

[6] Daif: Hadis daripada Abdullah ibnu Umar (r.a), dikeluarkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Daquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya daif. Nasiruddin Albani tidak menjadikannya penguat antara antara satu sama lain manakala Badri Abdul al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.

[7] Majmu’ Syarah al-Muhazzab (Dar Ihia’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld 2, ms 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).

[8] Lihat Majmu Syarah al-Muhazzab jld 2, ms 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an
.”).

[9] Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld 1, ms 38 (Bab pemasalahan adab-adab wudhu’).

[10] Sahih: Ringkasan hadis daripada Abu Hurairah (r.a), dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – no: 210.

[11] Majmu al-Fatawa 26/191 (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld 13, ms 104. Lihat juga pembahasan Ibnu Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihia al-Turath al-Arabi, Beirut tp thn), jld 1, ms 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).


Bookmark and Share

    


  Member Information For the_brOtherzProfil   Hantar PM kepada the_brOtherz   Pergi ke the_brOtherz's Website   Quote dan BalasQuote

acu_imah
Warga Rasmi
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15282
Posting: 9
Dari: Satu sudut di bumi Allah

Perak  


posticon Posting pada: 01-04-05 09:56


Bismillahirrahmanirrahim...

Acu pun ada dengar yang menyatakan wanita ynag dalam haid boleh membaca Al-Quran berdasarkan kisah di mana saidatina Aisyah membaca ayat Al-Qur'an ketika haid dan ketika itu Rasulullah tidak pun melarang beliau berbuat demikian. Pernah tak the_brotherz dengar dan if tahu acu mintak tolong huraikan untuk menambah dan menguatkan hujah...

Dan tambahan lagi satu macam mana dengan wanita yang haid berada dalam masjid untuk satu jangka masa yang lama dalam 1-2 jam untuk mendengar kuliah ilmu. Setahu acu, wanita ynag dalam haid tidak boleh memasuki masjid.... kepada sesiapa yang lebih arif harap dapat membantu... jazakallah.

Bagi memastikan acu yakin dengan setiap apa yang dilakukan, acu memerlukan sumber yang sahih... rasanya sahabat pon macm tu gak kan...

Mudah-mudahan kita sentiasa diberikan nur hidayah untuk kebenaran...

Allahu Ta'ala A'lam.

-----------------
Bukan perjuangan tanpa kesulitan, tetapi dalam kesulitan ada ketenangan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For acu_imahProfil   Hantar PM kepada acu_imah   Quote dan BalasQuote

equan
Warga Rasmi
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1295
Posting: 16
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-04-05 02:21


assalamualaikum...tahniah pada the brotherz krn telah mendatangkan hujah2 nya yg panjang lebar...juga telah mendatangkan sumber2 rujukannya...cuma perlu dinyatakan disini apa yg yg diambil tu semua (sumber2 rujukannya tlh bercampur aduk)jika kita lihat antara senarai rujukan ada terselit nama nasiruddun albani...jelas lagi bersuluh bahawa Albani ni adalah salah seorg penggerak kpada gerakan wahhabiyah yg mana terkenal dalam gerakannya adalah mendhoifkan hadis2 yg dhoif..diringkaskan bhw secara qot'ienya .jumhur ulama':mengatakan bhw hukum wanita yg ma'zurah memegang alquran adalah HARAM...MANAKALA . harus bg mereka yg mahu membaca pula jika diniatkan zikir...wallahu a'lam

keampunan Allah jua dipohonkan atas segala kekurangan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For equanProfil   Hantar PM kepada equan   Quote dan BalasQuote

equan
Warga Rasmi
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1295
Posting: 16
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-04-05 02:32


jelas lagi bersuluh bahawa Albani ni adalah salah seorg penggerak kpada gerakan wahhabiyah yg mana terkenal dalam gerakannya adalah mendhoifkan hadis2 yg SOHIH....bkn dhoif..ralat utk yg lepas,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For equanProfil   Hantar PM kepada equan   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110785 saat. Lajunya....