Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 3 hari yang lalu
Kang: 22 hari yang lalu
lidah-penghunus: 24 hari yang lalu
muslimin23: 32 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Bebola, kek ikan guna babi dikesan di Perak


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Bebola, kek ikan guna babi dikesan di Perak

Please Mendaftar To Post


Oleh Bebola, kek ikan guna babi dikesan di Perak

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 09:51




IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) mengesan penggunaan daging babi dalam pembuatan bebola ikan dan kek ikan di negeri ini.

Pengarahnya, Zainal Abidin Omar, bagaimanapun berkata, perbuatan itu dikesan tahun lalu menyebabkan pihak berkuasa agama Islam negeri lebih giat membuat pemantauan.

Katanya, siasatan lanjut yang dijalankan mendapati pengusaha terbabit tidak menggunakan logo halal walaupun ada kemungkinan orang Islam membeli produk itu.

Beliau berkata, pihaknya juga mengesan penggunaan halal di premis makanan seperti `Ditanggung halal' dan `Makanan orang Islam' yang boleh mengelirukan umat Islam.

"Oleh sebab tiada peruntukan undang-undang berkaitan perkara itu, jabatan tidak boleh bertindak terhadap premis perniagaan terbabit, sebaliknya hanya memberi nasihat agar mereka mendapatkan sijil pengesahan halal yang sah," katanya di sini, semalam.

Sehingga 31 Disember lalu, 376 premis yang membabitkan pengusaha restoran, penyembelihan dan barangan keluaran di negeri ini mempunyai sijil pengesahan halal.

"Premis yang mempunyai sijil pengesahan halal itu sentiasa dibuat pemantauan oleh jabatan ini sekurang-kurangnya tiga bulan sekali,” katanya.

"Operasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ke atas premis pengeluar makanan hanya berdasarkan aduan diterima," katanya.

Beliau berkata, dalam operasi yang dijalankan tahun lalu, 35 premis dikenal pasti memaparkan logo halal palsu dan ia tidak termasuk 30 kes premis makanan yang menggunakan salinan sijil pengesahan halal orang lain.

Zainal Abidin berkata, bagi kedua-dua kesalahan itu, Jaip merampas salinan sijil berkenaan dan mencadangkan pengusaha berkenaan memohon sendiri sijil pengesahan halal.

Katanya, pihaknya juga mendapati ada restoran mamak yang dijual kepada pengusaha bukan Islam masih menggunakan ayat al-Quran di premis makanan itu bagi menunjukkan pemiliknya orang Islam.

"Kami mengenal pasti tiga kes di sini dan bertindak merampas bingkai ayat al-Quran dan meminta mereka memohon sijil pengesahan halal. Tindakan mereka itu mengaburi mata pengguna Islam," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

umie81
Warga 3 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10978
Posting: 86
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 11:59


ala....camane nak makan fishcake ngan fishball nie...

Bookmark and Share

    


  Member Information For umie81Profil   Hantar PM kepada umie81   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 15:38


Seorang ulama, Sheikh Ali Syazali ada menyatakan: “Sesiapa memakan benda yang halal, maka hatinya menjadi lunak, tipis dan bersinar, sedikit tidurnya, dan tidak terhalang daripada berhadapan dengan Allah.

“Sebaliknya, sesiapa yang makan benda tidak halal, maka tergeraklah semua anggota badan untuk melakukan maksiat.”

Sebagai umat Islam yang prihatin, kita boleh menghindari perkara yang disebutkan di atas. Kita sebagai pengguna Islam hendaklah memastikan makanan yang diambil bukan saja halal dan bersih, malah suci.



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA SETIA
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 15:46


aikk..mcm mn fish ball ngan fish kek guna daging babi????sy bt fish ball pakai ikan je....
bukan tak percaya tp ada sedikit pelik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

aniisa_tasnim
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 11
Posting: 441
Dari: bumi mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-03-05 18:11




erk.. mcm mana nie.. tak leh nak beli dah la ek.. kat pasar malam.. rasanya bukan dekat perak je.. penang nie lagi la pening kalau nak mkn.. ada kalanya orang melayu yg jual but sumber dia org cina.. mcm2.. musuh dalam selimut betul.. tak terpk ke halal haram tue bukan soal main2?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aniisa_tasnimProfil   Hantar PM kepada aniisa_tasnim   Quote dan BalasQuote

NurulJihad85
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.01.2005
Ahli No: 14003
Posting: 69
Dari: Di mana bumi dipijak.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-03-05 17:16


Salam perjuangan menongkah arus......,

Ana sedih sangat.....pihak yg bertanggungjawab perlu lebih PEKA DGN SENSITIVITI UMAT ISLAM.....Tah2 dah berapa lama kita berada dlm kondisi macam ni........
Makanan macam sosej, fishball dah jadi makanan SYUBHAAH...Kita dahjadi was was....
Ana sgt pelik, kenapa pihak tertentu suka sangat masukkan benda2 yg haram ni dalam makanan...lepas satu kes satu kes....lepas kes roti gardenier dikatakan ada lemak babi.....ni kes sosej pulak....harap2 lepas ni kerajaan jangan buat lepas tangan lagi........

INSAN YG TAWADHU' IALAH INSAN YG MENINGGALKAN PERKARA2 SYUBHAH'

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurulJihad85Profil   Hantar PM kepada NurulJihad85   Quote dan BalasQuote

izzul_islam
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2003
Ahli No: 2185
Posting: 1163
Dari: Besut

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-03-05 17:58


Utk elakkan kekeliruan..letak jek nombor siri kat logo halal tu..sapa2 yang raju..pi internet , check sama ada ada dalamlist ke tidak..kalau tak ada...hmm...logo tipu la tuh...

JAKIM plak kena pastikan info uptodate

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzul_islamProfil   Hantar PM kepada izzul_islam   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-03-05 20:25


KENAPA PERLU FISH BALL KALAU ADA SYUBHAT?MAKANLAH AYAM KER LAGI BAGUS....SOTONG KER..ADA KER BOLA IKAN NAK MAKAN...IKAN MAIN BOLA KER?

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.243711 saat. Lajunya....