Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jikalau kita mencari kemuliaan selain dari kemuliaan yang diberi oleh Allah, maka Allah akan menghinakan kita
-- -- Pesan Saidina Umar semasa pembukaan Kota Baitul Maqdis

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 147
Ahli: 0
Jumlah: 147




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: MARI BERJOGET DAN BERDANSA UTK TSUNAMI..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» MARI BERJOGET DAN BERDANSA UTK TSUNAMI..

Please Mendaftar To Post


Oleh MARI BERJOGET DAN BERDANSA UTK TSUNAMI..

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 10:54





Dalam keghairahan nak MELAKSANAKAN KONSEP ISLAM HADHARI yang dikatakan berasaskan Prinsip KEIMANAN DAN KETAQWAAN KPD ILAHI.....ini yang bakal dihidangkan utk anak muda remaja kita....

MARCH 18
STADIUM PUTRA BUKIT JALIL
WAKTU MAGHRIB ( 7.00 MALAM )

Kalau warga ukhwah rujuk akhbar hari ini, berita hairan 28 feb 2005, Program ini akan dimulakan pada pukul 7.00 malam. Jadi bagi muslim tu, SILA BAWAK SEJADAH MASING2 UNTUK SOLAT BERJEMAAH BERSAMA MEREKA DI ATAS...



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 11:09


Assalamu-alaikum
Quote:

On 2005-02-28 10:54, mujahadatunnafsi wrote:
SILA BAWAK SEJADAH MASING2 UNTUK SOLAT BERJEMAAH BERSAMA MEREKA DI ATAS...



Tampal kat pintu masuk utama stadium....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

nurus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.09.2003
Ahli No: 3760
Posting: 58
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 28-02-05 11:18



Memang tak patut betul la...Pemikiran apa la diorang ni...sebenarnya banyak lagi kebajikan dan aktiviti lain yang lebih bermanfaat untuk menolong mangsa tsunami ni.Tapi.....konsert juga yang dipilih Tak malu ke kiter sebagai muslim melihat saudara2 islam kiter terutama anak muda-mudi terkinja-kinja, bergaul bebas...faham2 je la..dah namanya tonton konsert..kalau dah mula waktu maghrib,solat ke idak tue...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurusProfil   Hantar PM kepada nurus   Pergi ke nurus's Website   Quote dan BalasQuote

aierah_me
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.08.2004
Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 11:21


Kalau bawa sejadah pun,solat ke diorg?Khusyuk ke?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aierah_meProfil   Hantar PM kepada aierah_me   Pergi ke aierah_me's Website   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 12:52




-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 12:58




Quote:
Kalau bawa sejadah pun,solat ke diorg?Khusyuk ke?



itu kata - kata perli kepada yang akan pergi.. tahu - tahu sajalah mereka itu kafir, sedangkan pada waktu itu waktu magrib..

harap - harap remaja masa sekarang bukalah mata dan minda dan fikirkan apa yang dilakukan ini bukan caranya, biarlah remaja kaum lain aje yang pergi, bukan remaja Islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 12:59




-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 13:03


Quote:

On 2005-02-28 12:58, istisafa wrote:
tahu - tahu sajalah mereka itu kafir, sedangkan pada waktu itu waktu magrib..



Sapa2 yg nak mengkafirkan diri mereka.... silalah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

istisafa

Menyertai: 16.12.2003
Ahli No: 5723
Posting: 626
Dari: Kelana Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 13:18




opss.. harap faham, 'mereka' yang dimaksudkan itu ada kumpulan penyanyi yang diundang ya.. sedangkan yang pergi itu sepatutnya bukan disitu tempatnya.. maaf kalau ayat sukar difahami..

Bookmark and Share

    


  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 13:43




BRAVO! MODENNYA NEGARAKU.......


ISLAM HADHARI RAKYAT "BERNYANYI"


Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

haura_akhas
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.02.2005
Ahli No: 14612
Posting: 118
Dari: klate

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-02-05 14:08


syukur kepada Allah...doa para ulama' masih diterima oleh Yang MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. SEkiranya doa-doa para alim ulama' ni tak diterima lagi oleh Allah, maka pasti hari kehancuran akan berlaku.
Allah masih lagi tidaak menurunkan bala kat kita org malaysia ni...alhamdulillah...mungkin masih ada lagi ulama' dan doa para wali yang Aallah angkat doanya ke langit. Insaflah...insaflah...insaflah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For haura_akhasProfil   Hantar PM kepada haura_akhas   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 16:36


KONSERT FORCE OF NATURE:
KELIRU DAN TERPINGGA KITA DIBUATNYA


Kalau nak difikirkan semasak-masaknya kita pun akan turut jadi keliru dan terpingga-pingga.

Betulkan jika saya silap. Tidakkah lantaran kejadian malaptaka Tsunami pada 26 Disember tahun lalu maka Pak Lah telah mengarahkan agar segala bentuk sambutan meraikan ketibaan tahun baru 2005 dibatalkan. Bukankah tindakan ini diambil kerana menghormati mangsa kejadian serta menginsafi kesengasaraan yang menimpa mereka yang terlibat?

Maka batallah segala bentuk acara hiburan dan tari-menari sebagaimana biasa. Kerajaan mengarahkan agar ianya digantikan dengan majlis tahlil dan doa selamat. Maka sunyi sepilah KL dan Bandar-bandar utama yang lain melainkan beberapa kelompok yang memang degil dan meneruskan perayaan. Tanggal 1 Januari 2005 dada-dada akhbar diserikan dengan wajah para menteri lelaki dan perempuan duduk berdoa di masjid-masjid.

Kini dah hampir 2 bulan bencana tersebut berlalu. Akibat sikap prihatinnya kerajaan maka dilantik bekas diplomat Tan Sri Razali Ismail sebagai Duta Khas Perdana Menteri dalam urusan bantuan mangsa Tsunami. Ramai yang terpegun dengan perlantikkan ini kerana ia seolah-olah mencerminkan betapa seriusnya penglibatan Malaysia dalam isu kemanusiaan antarabangsa.



Semalam tiba-tiba kita dikejutkan apabila Razali mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mengutip RM10 juta untuk mengisi tabung misi beliau. Macam mana nak dapat RM10 juta ini? Kata Razali melalui penganjuran Konsert Force of Nature pada 18 Mac kelak di Stadium Putra Bukit Jalil. Dengan bangganya Razali mengumumkan bahawa artis-artis antarabangsa akan dijemput untuk menjayakan konsert ini antara lain Backstreet Boys, Black Eyed Peas, Boyzs II Men disamping artis-artis tempatan.



Tak serabut ke kalau nak difikirkan? Dan takkanlah Duta Khas PM ini tidak ada idea lain selain menganjur konsert untuk memperolehi dana? Kalau sekadar menganjur konsert lebih kurang sama taraf manager funfair sahaja, buanglah status diplomat.

Ini kita tak masuk bab sesuai atau tidaknya konsert dalam suasana kita mendakap konsep Islam Hadhari diperingkat Negara. Sesungguhnya keutamaan kita makin bercelaru apabila dasar kita tidak jelas dan berubah-rubah. Sekejap kita mahu pada Islam sekejap Islam terpaksa kita kesampingkan. Apalah kesudahannya kita kelak, wallahualam. [email protected]


posted by Roslan SMS 3:37 PM|Comments (|


Sila kunjungi webblog Roslan SMS untuk isu-isu terkini

Roslan SMS

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 16:40


Quote:

On 2005-02-28 13:18, istisafa wrote:
opss.. harap faham, 'mereka' yang dimaksudkan itu ada kumpulan penyanyi yang diundang ya.. sedangkan yang pergi itu sepatutnya bukan disitu tempatnya.. maaf kalau ayat sukar difahami..



Kalau tahu "mereka" tu kafir, dan kita masih nak ikut ke situ jugak.... makanya kita pun sama2 ikut kafirlah. Tak payah susah2 bawa sejadah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 17:34


Hmmm...tak jauh dr IMU tempat ana keje. Kira2 500 meter je. Tapi boleh jalan dah konsert tuh. Tak kuasa org nak pi. Baik masuk tabung masjid RM10 tu. Dapat gak saham akhirat. Bertambah la pahala. Hmmm....ntah la....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-02-05 17:43


wahhhhhhhhh ..
boyz two men...
black eye peas..
backstreet boyz..

adeh..salah time la...
kalau tak pegi konsert..tapi beli vcd konsert tu..tak pe kan..
minat gilerrr sehhh ngan boyz two men.....R&B...
skang ni pon tengah dengar lagu diorang arr ni...hehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 17:57




marah sungguh hati ana. apa salahnya kalau dia buat solat ..beramai2 kat stadium tu ke..kat masjid ke..buat secara besar-besaran..kan bagus..Ya Allah Kau selamatkanlah umatMu di bumi yang kau cipta ini. amiin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-02-05 18:02


mereka lebih mengetahui...
hehehe...
ape kate...kite buat surat..amik tandantangan ramai ramai..hantar kat pemuda umno....
buat bantahan...cene..setuju tak..kalau kite cakap belakang pon..tak gune gak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 22:15


Pemuda kesal kerajaan lulus konsert artis Barat
Monday, February 28 @ 15:07:21 MYT

Oleh Saidatul Amani

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat menyelar sikap Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang membenarkan para artis Barat mengadakan konsert bagi membantu mangsa-mangsa tsunami.

Timbalannya, Ustaz Idris Ahmad berkata, walaupun wang hasil konsert itu akan diberi kepada mangsa-mangsa tsunami tetapi sumber kewangan itu diperolehi daripada program yang bercanggah dengan al-Quran.

Menurut beliau, bagaimana negara yang diisytiharkan melaksanakan Islam Hadhari tetapi membiarkan para artis Barat mengadakan konsert yang bercampur dengan perempuan dan lelaki.

'Concert for Tsunami Aid' akan diadakan pada 18 Mac di Stadium Putra pada 7 malam dengan jualan tiket RM82,RM182,RM242,RM352 dan RM552. Para artis Barat yang dijangka akan menyertainya adalah kumpulan Backstreet Boys, Black Eyed Peas, Boyz 11 Men, Lauryn Hill dan Wyclef Jean.

Sehubungan itu Idris mengingatkan, salah satu daripada hadis Rasulullah s.a.w ada menyebut bahawa 15 perbuatan yang kamu buat akan mengundang dosa ialah apabila memuja penyanyi dan pemuzik.

"Tragedi tsunami merupakan bala daripada Allah manakala bantuan yang diberikan melalui konsert tersebut akan mengundang kepada bala juga," katanya mengulas tindakan kerajaan yang membenarkan konsert tersebut.

Tambah beliau, untuk mengutip bantuan banyak program lain yang boleh dilakukan umpamanya dengan cara menghantar Skim Pesanan Rengkas (SMS) sebagaimana yang dilakukan oleh NGO selama ini.

Menyentuh persoalan itu, Pemuda PAS tetap meneruskan agenda berjumpa dan bermesra dengan muda mudi yang datang ke konsert di mana-mana sahaja diadakan.

Idris berkata; "Kita memang tidak pernah bersetuju dengan apa sahaja konsert yang dianjurkan, baru-baru ini kita telah berjumpa dan bermesra dengan pengunjung dan peserta pertandingan karaoke di Johor Bharu.

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Hajah Wan Hasrina Wan Hassan berkata, Muslimat akan terus berusaha membanteras kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kami akan menyertai mana-mana pertubuhan bagi menyatakan bantahan dan sikap kita terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh BN," katanya mengulas langkah kerajaan BN yang membenarkan konsert diadakan secara berleluasa.

Menurut beliau, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan perlu memikirkan cara yang halal untuk mendapatkan sumber bagi membantu mangsa-mangsa tsunami.

Beliau turut menjelaskan maksud daripada pepatah Arab; "Matlamat itu tidak menghalalkan cara."

Katanya, jika hendak matlamat itu betul iaitu untuk memberi derma kepada mangsa tsunami atau orang susah, caranya mesti bertepatan dengan apa yang dibenarkan oleh syarak.

"Bagaimana sumber itu boleh dikatakan halal kalau program itu ternyata bertentangan dengan syarak dan terdapatnya percampuran diantara lelaki dan perempuan," tegasnya. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 22:29


....

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 22:31






-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-02-05 23:26




Quote:
Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Hajah Wan Hasrina Wan Hassan berkata, Muslimat akan terus berusaha membanteras kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Kami akan menyertai mana-mana pertubuhan bagi menyatakan bantahan dan sikap kita terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh BN," katanya mengulas langkah kerajaan BN yang membenarkan konsert diadakan secara berleluasa.



maaf cakaplah....inilah kesilapan setgh2 kita....nak berjuang lawan kemungkaran tapi ada unsur politik....masalah nie....org bukan PAS susah nak terima...apatah lagi org UMNO lagi susah nak terima....

cubalah jgn gunakan kenyataan2 seperti nie....

patutlah muslimah PAS kalah pd puteri UMNO....



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 23:54


Assalamu-alaikum

Ada benarnya tu Abg_Imam... tapi pesan saya, hati2lah krn pasti ada yg akan melenting dgn kata2 diatas tu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

jannahassyahid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 13242
Posting: 108
Dari: bumi Allah

Perak  


posticon Posting pada: 01-03-05 00:10


Ya Rabbi..ape nak jd ni..buat konsert pastu nak donate pd mangsa Tsunami..duit yg dpt tu bknnya dgn cara yg halal...matlamat tidak menghalalkan cara..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahassyahidProfil   Hantar PM kepada jannahassyahid   Pergi ke jannahassyahid's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-03-05 00:13




Quote:
matlamat tidak menghalalkan cara..



mmg...al-ghoyah la tubarrirul al-wasilah...

satu point yg betul...

tp spt mane yg ana tekankan tadi....amar makruf nahi mungkar dlm konteks mesia jgn dicampurkan dgn unsur politik....nanti tak sampai matlamatnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-03-05 00:15




Quote:
Ada benarnya tu Abg_Imam... tapi pesan saya, hati2lah krn pasti ada yg akan melenting dgn kata2 diatas tu!



kalau kita boleh berlapang dada,insya-Allah....

kalau kita sempit dada, mmglah tak setuju belaka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 01-03-05 00:36


betulla..
jangan la libatkan isu politik ..
try to elak babitkan isu politik...


Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 01-03-05 02:02




Tak pahamlaa...buat apa nak kutip lg duit utk mangsa Tsunami ni...hasil dr kutipan selama ni kat Malaysia dah terlebih byk dah...sampaikan PM suruh stop...apa hal la yg nak buat konsert2 ni..ni bukan utk kutip duit tapi menggalakkan lagi remaja2 membuat maksiat...Subhanallah...

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

massuera
Warga 1 Bintang
Menyertai: 30.01.2005
Ahli No: 13992
Posting: 23
Dari: nogori sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-03-05 03:23



ana rase lah..kalo nak kutip duit utk tsunami pun tak perlula nak buat konsert...
dahla nak buat amal..tp buat dosa pulak tak pasal2...sebab tgk konsert....
kalo nak kutip duit derma pun kutip jer la..takperlu buat konsert...for sure org malaysia yg penderma atau pemurah hati ni mesti hulurkan duit..betul tak rakan2...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For massueraProfil   Hantar PM kepada massuera   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 01-03-05 06:54


wahai mahasiswa mahasiswi malaysia!!!!!bangkitlah...selamatkan negara dari bala allah.
tgakkan pemikiran bangunkan masyarkat dengan pemikiran islam yg sebenar.biarpun kalian dari fakulti yg berbeza namun bala allah juga akan mengundang kalian.....sufi2005

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 01-03-05 11:29


masyaAllah apa nak jadi bila orang tak kenal apa itu perbuatan AMAL....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 01-03-05 13:40


tak ada cara lain ke nak kutip derma?

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-05 13:57


hmm...

Kalau nak tarik lembu bawa ke tepi sungai memang senang. Cucuk hidung, tarik sajalah! tapi kalau nak suruh lembu tu minum air sungai tu memang susah!

begitulah kita diibaratkan!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 01-03-05 14:38


.... Air sungai tu memang utk diminum lembu tu ka?!?!?!??

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 15:46



KONSERT FORCE OF NATURE

Syaitan ialah “Force of Nature” ?

Nama memberi seribu satu macam erti. Heboh dengan
Konsert Force of Nature sekarang ini, tertanya-tanya
dari mana asal usulnya perkataan Force of Nature ini.
Ada yang dari kumpulan muzik rock , ada yang dari
filem dan ada yang dari cerita mistik.

Cuma yang paling memeranjatkan ialah definisi yang
mengatakan Syaitan ialah “Force of Nature” daripada
laman web The Curch of Satan (Gereja Syaitan)

http://www.religioustolerance.org/satanis1.htm

Quote:
“Satan is viewed as a force of nature, not a living quasi-deity”



Dan beberapa laman web yang menyatakan
Syaitan ialah Dark Force in Nature.

Mungkin pihak penganjur perlu menukar tema Force of Nature pada People Power (sepertimana di Filipina) yang lebih sesuai dengan keadaan dan masa, kerana Force of Nature memberi seribu satu macam erti . ( dipetik dari PAS N9 yahoogroups )


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 15:52


berjoget-joget yg tarik azab ALlah...
na'uzubillah...



Bookmark and Share

    


  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 16:51



Perdana Menteri dikhabarkan akan datang ke Konsert ni....

Pelakon BAYWATCH (HOLLYWOOD) PUN ADA.....mesti diaorg dressing half.......rugi lah tak pegi.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 18:48




halal dan haram adalah berbeza , matlamat nak bantu orang tidak menghalalkan cara..

-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-03-05 19:07


Quote:
maaf cakaplah....inilah kesilapan setgh2 kita....nak berjuang lawan kemungkaran tapi ada unsur politik....masalah nie....org bukan PAS susah nak terima...apatah lagi org UMNO lagi susah nak terima....

cubalah jgn gunakan kenyataan2 seperti nie....

patutlah muslimah PAS kalah pd puteri UMNO....



Boleh jelaskan lebih detail tak abang Imam, apa maksud abang Imam berjuang tapi ada unsur politik. Tidakkah PAS itu parti politik dan memang platform politik itu saluran untuk berdakwah, KENAPA DIPERSOALKAN PULA ?

Dengan Politiklah PAS memperolehi kuasa di kelantan, dan mengabaikan aspek politik (kuasa, pemerintahan ) seolah-olah menyempitkan islam itu sendiri. Politik adalah sebahagian daripada islam, tidakkah perkara ini sudah diperjelaskan berkali-kali.

Kemungkaran wajib dicegah sebagaimana yang diperintah Allah SWT dalam AL-Quran, begitu juga dengan Sabdaan Rasulillah SAW.

Dewan Muslimat memainkan peranan kerana merasakan ia suatu kewajipan, kenapa pulak dipersoalkan. Ana tak nampak, apa salah Dewan Muslimat dalam menyuarakan pendirian mereka dan kenapa perlu dikatakan sebab ini Muslimat PAS kalah kepada puteri umno...

Amar Maaruf jangan campur dengan politik ???

Khalifah. Ulama mentafsirkan pengertian Khalifah dalam Suratul Baqarah ialah Iqomatuddin Wa Siasatu Dunya Bih " Iaitu Menegakkan agama dan mempolitikkan dunia dengan agama "

Kalau tidak memilih untuk berpolitik, menyertai demokrasi pilihanraya, macam mana KUASA ingin diperoleh ?

Ana akui ada jemaah islam yang berpandangan lain dalam perkara ini..apapun ISLAM DAN POLITIK JANGAN SESEKALI DIPISAHKAN.

Wallahua'lam..



[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2005-03-16 19:24 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 16-03-05 21:11


marilah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

Yob
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-03-05 10:16



Yob setuju dgn mujahadatunnafsi...tak perlu di persoalkan ttg politik utk cegah mungkar...parti politik seperti PAS lah yg banyak buat memorendum dan bantahan bende-bende mungkar ni...contohnya...macam pemuda buat masa ada satu konsert kat bukit jalil (kalau tak silap ) dulu..bagi penerangan ajak kearah kebaikan...so sokonglah sesiapa saja yg nak bantah kemungkaran...tak kira lah dia umno ke pas ke abim ke hatta kalau dap sekali pun kalau mereka bantah perkara mungkar kita kena sokong...

Bookmark and Share

    


  Member Information For YobProfil   Hantar PM kepada Yob   Quote dan BalasQuote

azmy
Warga 1 Bintang
Menyertai: 16.02.2005
Ahli No: 14431
Posting: 28

Selangor  


posticon Posting pada: 17-03-05 10:57


me mang tak patut ,lebih baik buat solat hajat ke tazkirah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azmyProfil   Hantar PM kepada azmy   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-03-05 12:07


Quote:
...tak kira lah dia umno ke pas ke abim ke hatta kalau dap sekali pun kalau mereka bantah perkara mungkar kita kena sokong...



betul tu Yob, sebarang usaha ke arah amar maaruf nahi mungkar dan selaras dengan kehendak islam patut disokong tak kiralah dari pihak yang mana sekalipun.



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142903 saat. Lajunya....