Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa menempatkan dirinya di tempat yang menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya
-- Umar Al-Khatab

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 224
Ahli: 0
Jumlah: 224




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 49 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tikam, tetak, tampar, rogol semakin berleluasa


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tikam, tetak, tampar, rogol semakin berleluasa

Please Mendaftar To Post


Oleh Tikam, tetak, tampar, rogol semakin berleluasa

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-02-05 18:11


Tikam, tetak, tampar, rogol semakin berleluasa





Wartawan-wartawan sekadar menyiarkan semula tajuk berita akhbar beberapa hari lalu. Antaranya: ā€˜Jurutera maut ditetak samseng jalanā€™, ā€˜Wanita dibunuh kejam teman lelakiā€™, ā€˜Maut ditikam sembilan kali, ā€˜Perompak ikat pengawal dan bakar kedaiā€™, ā€˜Gadis pekak, bisu dakwa dirogolā€™, ā€˜Bekas kekasih larikan anakā€™, ā€˜Pelajar ejen motosikal curiā€™, ā€˜Pelajar tingkatan dua kena belasahā€™ dan ā€˜Imam tampar Setiausaha JKKKā€™.

Tidak perlu dihuraikan lebih lanjut mengenai isi tajuk berita itu. Apa yang pasti ia berkaitan dengan kejadian jenayah yang belum bertemu nokhtah. Saban hari berlaku kes yang merentap hati pembaca tanpa mengira masa dan tempat hingga polis perlu menjalankan siasatan setiap laporan yang masuk ke balai.

Soalnya sekarang, apa sudah jadi dengan masyarakat kita ā€“ bunuh, culik, rogol, dera, rompak dan tipu. Walaupun yang melakukannya sedikit, tapi kesannya turut terpalit kepada keseluruhan bangsa Malaysia yang terkenal dengan sikap penyayang, prihatin dan tolong-menolong.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) tidak jemu-jemu menyeru rakyat Malaysia supaya membendungnya dengan mewujudkan budaya anti jenayah dan menjadikan suasana harmoni dan selamat di semua tempat.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada 11 Januari lalu berharap kerajaan akan menjadikan program meningkatkan nilai murni di kalangan rakyat sebagai agenda penting negara dalam membangunkan tenaga manusia.

Pembangunan tenaga manusia, kata Perdana Menteri tidak hanya membabitkan bidang kemahiran dan kepakaran tertentu, tetapi perlu seiring dengan pembangunan nilai murni dan budi pekerti tinggi.

Ekoran kempen itu, kita memetik kenyataan Perdana Menteri minggu berikutnya: "Rakyat perlu bersikap membenci dan tidak bertoleransi dengan sebarang tindakan berbentuk jenayah dan keganasan, termasuk samseng jalan raya.

Itu soal jenayah, belum lagi soal dadah hingga Pak Lah menyuarakan rasa sedih dan kecewa apa lagi yang terbabit kebanyakannya anak muda yang menjadi tulang belakang masa depan negara. Bayangkan, daripada 48,670 kes penagih yang dikesan tahun lalu, 28,052 adalah anak muda berusia 19 hingga 39 tahun.

Lebih menyedihkan apabila perangkaan mendapati 1,255 penagih yang dikesan berusia 13 hingga 18 tahun. ā€œHargai dan sayangi diri. Kalau tidak boleh sayangi orang lain, sayangi diri supaya menjadi orang yang sihat dan cergas,ā€ nasihat Perdana Menteri.

Bagi Ukhwah semua, bukan mudah seseorang itu berubah sekelip mata daripada jahat kepada baik dan yang sudah sedia baik menjadi bertambah baik, apatah lagi mengajak rakan kita berubah. Apa pun saling menasihati ke arah kebaikan dengan penuh kesabaran harus diamalkan.

Hakikatnya, memupuk perilaku yang baik wajar bermula di rumah dengan ibu bapa memainkan peranan besar dalam membina dan membangunkan keluarga agar dicontohi anak dan jiran. Bukan saja ibu bapa, ketua jabatan kerajaan atau swasta perlu menyerlahkan perilaku baik di pejabat masing-masing. Begitu juga guru sekolah, imam dan ketua kampung yang menjadi pemimpin setempat.

Kes jenayah memang tidak boleh dihapuskan, tapi masih ada ruang untuk dikurangkan. Kesan kepada ekonomi negara cukup besar jika terlalu kerap berlaku dan sering diwar-warkan. Pelancong dan usahawan mungkin terpaksa dua kali untuk melawat dan melabur di Malaysia.



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-02-05 18:14




inilah masalahnya.. wat to do...? subhanallah.. ana pun tak tahu apa lagi nak kata. actually semua tu boleh dielakkan. betul tak..?kalau kita ada masyarakat yang tolong diantara satu sama lain..keluarga memainkan peranannya..dan kerajaan yang tahu.....yang mana betul dan salah..entahlah...actually byk faktornya.. kita berdoalah sahajalah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 27-02-05 18:30




saye pun hairan jugak tng benda ni.. tp yg menghairankan saye lg.. kes ni seolah2 jd mcm trend je pulak.. bila isu rogol budak je.. berlambak isu rogol budak keluar.. bila kes bunuh je byk kes bunuh timbul...

ape dah jd la dgn negara ni ... semoga Allah selamat kan keluarga dan sedara mara kita & umat islam dr perkara macam ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

IbnuRushd
Warga Rasmi
Menyertai: 21.06.2004
Ahli No: 9585
Posting: 16
Dari: Belfast, United Kingdom

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-02-05 10:45



nilah kot kesan drp kehadarian islam yg dipraktikkan oleh paklah dan sekutu
sajak paklah:mana ku cari
al ghazali alsyafii,buat pedoman ,....

sebaliknye pula yg diterjemahkan dlm pemerintahannye,isteri sendiri pun tk pakai tudung sshlaa nk nasihat org lain kan
inikah islam hadari yg dibanggakan dan utk djadikan model itu,inilah malaysia,bunuh,rogol,rompak,tipu,pendek kata jenayah semakin berleluasa,sshlaa negara islam malaysia nieee



Bookmark and Share

    


  Member Information For IbnuRushdProfil   Hantar PM kepada IbnuRushd   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 19:52




Sekadar berkongsi pendapat...inilah bahananya bila ISLAM diambil separuh2.....yg rasa sesuai diambil...rasa tak sesuai tidak diambil...padahal ISLAM tu syumul,sesuai tuk semua tempat dan semua keadaan....kembali pada Al-quran dan sunnah...INSYAALLAH...semua masalah pasti selesai.......

-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-02-05 23:13


Quote:
Sekadar berkongsi pendapat...inilah bahananya bila ISLAM diambil separuh2.....yg rasa sesuai diambil...rasa tak sesuai tidak diambil...padahal ISLAM tu syumul,sesuai tuk semua tempat dan semua keadaan....kembali pada Al-quran dan sunnah...INSYAALLAH...semua masalah pasti selesai.......





satu kenyataan yg ringkas tp padat....bagus tu...



p/s : nick bg nak rak....tp muslimah rupanya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 01-03-05 11:58


sudah masanya Hukum Islam dilaksanakan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 01-03-05 12:12


Wawa setuju dgn Abg Imam, Mualim, Alexander, Ibn Rusyd, Jaie, Sharifahnatasha N dakwah_Illahi.. Semakin banyak hukum ALLLAH yang kita tinggalkan, semakin dekat dan mudahnya gejala kejam ini menguasai pemikiran manusia... Yg jadi mangsanya girl (Boy ada juga tapi tak lah sebanyak N sekerap girl) Sometimes...Wawa sendiri rasa tak yakin pada keselamatn diri even ada pasukan peronda polis. Dalam rumah, masjid, Ofis ker...kalau nak jadi, jadi juga.... Semoga ALLAH menjaga keselamatn kita semua, AMiN.. Bismillahitawakkaltu a'lallah, wala quwwata illa billahil a'liyul a'zim...AMiN..!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-03-05 19:42


...


TATAPLAH wajah-wajah ini satu per satu. Apakah salah dan dosa mereka sehingga dirogol dan dibunuh dengan kejam?

Apakah yang membuatkan seorang manusia berakal sanggup bertindak di luar batasan kemanusiaan dengan menjadikan kanak-kanak, remaja dan wanita-wanita ini santapan nafsu buas mereka?

Tidak kasihankah kepada ibu, kakak, adik atau bapa mereka yang meratap siang dan malam mengenangkan kesengsaraan mangsa ketika dijamah seperti binatang sebelum dibunuh dengan kejam?

Mangsa bukan sahaja dirogol dan diliwat malah diseksa dan dibunuh.

Tidak cukup dengan itu, mayat mereka dibuang dalam keadaan bogel dan mengaibkan di tepi jalan, longkang dan semak.

Kini, tidak ada lagi jaminan untuk wanita muda, tua mahupun kanak-kanak perempuan untuk bebas bergerak sekalipun di kawasan rumah, sekolah atau tempat mereka bekerja.



Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.261101 saat. Lajunya....