Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-07-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 64
Ahli: 0
Jumlah: 64




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 3 hari yang lalu
wyd1014: 11 hari yang lalu
haykal77: 19 hari yang lalu
Kakngah: 19 hari yang lalu
lidah-penghunus: 21 hari yang lalu


Tugas Hari Ini
Topik: Buat Muslimah...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Tugas Hari Ini
    »» Buat Muslimah...

Please Mendaftar To Post


Oleh Buat Muslimah...

khairol
Warga Rasmi
Menyertai: 06.06.2003
Ahli No: 1100
Posting: 9
Dari: teluk intan

Perak  


posticon Posting pada: 28-06-03 18:47


Siapa kata suara itu gemersik cuma
dan pecah di bibir mulut tanpa percikan,
kerana dari hati itu lahir nada yang bukan kerdil,
denyut nadi dan rentak tari itu adalah
bias-bias perjuangan dari jiwa nan halus,
mekar sebagai mawar disimbah nafas embun,
dari langit tujuh lapis yang menurunkan kalimat,
berkat dari Khadijah yang ibaratnya menenang seorang
rasul,
manja seorang Aishah dengan sulaman ilmu berbelas
makrifat,
pintar Sufiyah membawa Muhammad jauh dari angkara
manusia,
dan mawar itu bangkit dari tidur lena yang panjang,
akarnya mencengkam pada setiap petala bumi,
bukan semata-mata belaian si isteri solehah,
atau rahmah si ibu yang menaungi,
setiap detik hidup anak-anak dari rahimnya,
kerana yang menjadi kekudusan itu adalah,
jiwa mujahidah yang tidak pernah mati,
setiap hujung akar itu ada tercatat,
nafas thiqoh pada nusrah Ilahi,
bahawa mawar itu akan tetap abadi,
dalam lipatan janji Ilahi buat umat akhir zaman.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairolProfil   Hantar PM kepada khairol   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: :: Terengganu/Selangor ::

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-12-03 16:45




syahdu sungguh puisi tu....erk, buat muslimin bila pulak nak kuar?

-----------------
:: Salam Persaudaraan Untuk Semua :) ::

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-12-03 13:51


beratnya tugas seorang muslimah
amanah yang terpikul dek bahu muslimah perlukan bimbingan jua...

terima kasih khairol

untuk muslimin ada tak?




-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

nur_malam99
WARGA SETIA
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4371
Posting: 1239
Dari: bumi Allah

Sarawak  


posticon Posting pada: 25-12-03 14:08



hmmm... memang berat tugas..tak kira untuk muslimah dan muslimin....
tetapi terlalu ramai yang di luar sana yang masih hanyut dibuai arus duniawi....
ya ALLAH.....ampunilah kami....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_malam99Profil   Hantar PM kepada nur_malam99   Pergi ke nur_malam99's Website   Quote dan BalasQuote

kakciknah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3875
Posting: 165
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-01-04 14:48



bestnyer...kalu jadi lirik nasyid lagi best.....wanita adalah hiasan dunia........tugas muslimin dan muslimat mmg berat....bersama kita menghayatinya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakciknahProfil   Hantar PM kepada kakciknah   Quote dan BalasQuote

shahiza
Warga Rasmi
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3215
Posting: 18
Dari: Min Markaz I'dadi Jamiah Islamiyah Al-alamiah Maliziyya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-01-04 16:01



Sesungguhnya semua insan di dunia ini ada tanggungjawab yang tersendiri...Allah jadikan manusia sebagai khalifah didunia ini...Oleh itu kita mestilah tunduk dan patuh atas segala tanggungjawab yang diberikan oleh Allah terutamanya muslimat...ramai muslimat yang mudah masuk ke syurga dan ramai juga yang mudah masuk ke neraka...Oleh itu hiasilah diri dengan iman dan amalan yang mantap dan sempurna...
sekian..Wassalam
ALLAH Bissawab

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahizaProfil   Hantar PM kepada shahiza   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-01-04 17:00




Syukran jazilan 'ala tazkirah...
Penuh dengan makna tersirat dan mesej yang tersendiri....Insya Allah, moga mendapat istifadah dari puisi ni...khususan ila muslimah...
Tersentuh hati bila membacanya...

sekian..
wassalam

-----------------
Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq m

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

IrSyA_IsYqI
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 437
Posting: 134
Dari: Batu Pahat & IIUM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-04 17:08




sedap jugak tazkirah nih...
tanggungjawab sebagai seorang muslimah pun berat,
tapi, tugas muslimin pun tak kurang berat juga,
pendek kata, semua orang ada tanggungjawab yang tersendiri....
sehinggakan, muslimin dipertanggungjawabkan atasnya 4 orang perempuan iaitu, isteri, anak, ibu, dan saudara....

Bookmark and Share

    


  Member Information For IrSyA_IsYqIProfil   Hantar PM kepada IrSyA_IsYqI   Quote dan BalasQuote

sye
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1728
Posting: 27
Dari: pj

Kedah  


posticon Posting pada: 17-01-04 13:59


tersentuh hati ana membaca puisi khairol...semoga sama2 kita bermuhasabah..dan menjadi muslimah sejati dunia dan akhirat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syeProfil   Hantar PM kepada sye   Quote dan BalasQuote

Anis_Nabilah
Warga Rasmi
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6538
Posting: 12
Dari: hati emas

Selangor  


posticon Posting pada: 21-02-04 21:00



hai ..payahlah jugak nak mencarik maksud tersirat disebalik puisi yang sudah disuratkan oleh member kita ni ...mujur anis belajarsedikit-sebanyak tentang prosa klasik + prosa moden +prosa sendiri.....fahamlah jugak...+ anis ni seorang muslimah....jadi kenalah faham + ambik peringatan.
trimas

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anis_NabilahProfil   Hantar PM kepada Anis_Nabilah   Quote dan BalasQuote

irda82
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 565
Posting: 462
Dari: Sg Petani,Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 28-02-04 17:09





Ana pun nak tanya jugak,...puisi utk muslimin?

Seorang lelaki memerlukan wanita membantunya agar dia dapat menjadi cukup kuat untuk menjadi tempat bergantung bagi wanita...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For irda82Profil   Hantar PM kepada irda82   Pergi ke irda82's Website   Quote dan BalasQuote

nurana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2003
Ahli No: 2561
Posting: 139
Dari: bangi

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-03-04 17:38


mm..sungguh bermakna puisi ini..mesti saudara khairul ni seorg yg berjiwa seni..puisi ini mempunyai maksud yg tersirat dan mendalam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuranaProfil   Hantar PM kepada nurana   Pergi ke nurana's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115499 saat. Lajunya....