Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 161
Ahli: 0
Jumlah: 161




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 2 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 31 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Suara Hatiku
Topik: Ucapan Rais Yatim samakan semua agama dikesali


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Ucapan Rais Yatim samakan semua agama dikesali

Please Mendaftar To Post


Oleh Ucapan Rais Yatim samakan semua agama dikesali

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-02-05 23:53


IFC: Ucapan Rais Yatim samakan semua agama dikesali
Thursday, February 24 @ 15:14:39 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
BANGI, 24 Feb (Hrkh) - Ucapan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr Rais Yatim dalam majlis perasmian Forum Suruhanjaya Antara Kepercayaan (IFC) di sini hari ini yang menyamatarafkan semua agama amat dikesali.


Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang berkata, antara sedar atau tidak, ucapan Rais itu menyentuh soal akidah.

"Ini satu ucapan yang gila. Sebagai seorang Islam tidak sepatutnya beliau mengucapkan sedemikian. Ini menggambarkan beliau tidak yakin kepada Islam,” kata beliau.

Ustaz Ahmad berkata demikian sebentar tadi bagi mengulas ucapan Rais dalam yang dikatakan menyamatarafkan semua agama dengan Islam.

Pagi tadi, Rais telah diundang bagi memberi ucaptama dan merasmikan persidangan IFC.

Rais dalam ucaptamanya antara lain menyebut 'tidak ada penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka adalah lebih baik daripada agama lain'.

Mengulas lanjut ucapan Rais, Ustaz Ahmad berkata, beliau menggesa pihak bertanggungjawab seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) menasihat menteri tersebut atas ucapan yang boleh dianggap melanggar batas akidah.

"Kita bimbang apakah ini konsep kebebasan yang mahu diterjemah dalam Islam Hadhari. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu menjelaskannya," tegas Ustaz Ahmad.

Sambil menyifatkan ucapan tersebut lahir daripada kejahilan menteri terbabit, Ustaz Ahmad berkata, beliau kesal ucapan sedemikian boleh lahir daripada seorang yang memegang jawatan tinggi kerajaan.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat berkata, sebagai seorang Islam, Rais perlu mengambil perhatian terhadap ayat al-Quran yang bermaksud "Hanya Islam sahaja agama yang diterima di sisi Allah.”

Ujar Ustaz Ahmad, Rais sepatutnya perlu menegaskan kepada peserta seminar pendirian Islam yang sebenar iaitu Islam adalah agama yang terbaik.

Kata Ustaz Ahmad, untuk menyatakan Islam itu adalah agama terbaik tidak timbul soal mahu menjaga hubungan dengan penganut lain kerana dalam Islam sendiri agama lain dibenarkan untuk diamalkan.

Majlis Mufti diminta bertindak

Malah katanya, orang Islam dilarang meruntuh mahupun merosakkan tempat sembahan penganut lain.

Bagaimanapun kata beliau, ucapan Rais itu tidak menggambarkan keyakinan beliau sebagai seorang yang beragama Islam.

Sehubungan itu katanya, pihak Jabatan Agama Islam dan Majlis Mufti perlu mengambil tindakan ke atas Rais setidak-tidaknya menasihati beliau atas ucapan yang menyentuh soal akidah itu.

Sementara itu Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, beliau menyifatkan kenyataan Rais itu amat menyalahi akidah seorang Islam.

"Kenyataan itu bahaya. Saya minta Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan serius terhadap Rais," kata Ustaz Idris.

Beliau berkata, ucapan Rais boleh dikategorikan sebagai menghina agama.

Malah katanya, amat bahaya lagi apabila Rais menyatakan sedemikian di hadapan mereka yang bukan beragama Islam.

Katanya, ucapan tersebut boleh mengakibatkan kesyumulan, kesucian dan keagungan Islam diperlekeh penganut agama lain apabila mereka berpandangan agama Islam sama seperti agama mereka.

Sehubungan itu beliau sekali lagi menggesa kerajaan dan pihak berkuasa seperti Majlis Mufti segera bertindak ke atas Rais berikutan kenyataan menghina Islam itu. – lanh



Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 04:01


hemm...kalau dah jahil agama jahil jugaklah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

sharifahnatasha
Warga 5 Bintang
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14550
Posting: 374
Dari: cyberjaya

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 05:24




is it true? betulke apa yang ana baca ni? subhanallah tak sangka ada manusia macam ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sharifahnatashaProfil   Hantar PM kepada sharifahnatasha   Pergi ke sharifahnatasha's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-02-05 08:40


Leh rosak aqidah ni. Silap2 leh murtad.....

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-02-05 16:48




yg malu dia tu MP kawasan ana keje skrg nie....malu malu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 25-02-05 17:03




Inila dia Islam Hadhari...besh besh...

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 19:29



Di akhir zaman akan ramai org yg jahil tetapi bercakap mengenai soal agama berdegar2...dan akan ramai org2 ISLAM yg munafik.....moga kita dilindungi ILAHI.....

-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

pengembara_firdausi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14784
Posting: 185
Dari: dunia kemahasiswaan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 28-02-05 20:51


ucapan tuh memang tak sepatutnya diucap oleh sesiapa..apatahlagi pemimpin...
biler disentuh..ada kaitannyer dengan politik..biler tak disentuh....kejahilan tak disedari...
sebagai mahasiswa....
yg penting disini adalah harapan mahasiswa harinih akan menunjangi negara dimasa akan datang...wallahua'lam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pengembara_firdausiProfil   Hantar PM kepada pengembara_firdausi   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-03-05 13:42


islam.hadhari.had-hari..had hari maksudnye ade hari2 yg tertentu je lah...huhu

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

sumaiyah_o9
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2003
Ahli No: 5476
Posting: 20
Dari: ampang kuala lumpur malaysia

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-03-05 15:08


tu lah sapa suh vote BN kan dah rais yatim dah naik, la NI doa banayk2 bg x terjadi benda lagi merepek dari ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For sumaiyah_o9Profil   Hantar PM kepada sumaiyah_o9   Pergi ke sumaiyah_o9's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.118338 saat. Lajunya....