Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: >>ADAB


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» >>ADAB

Please Mendaftar To Post


Oleh >>ADAB

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-06-03 07:42


Adab Berbual

Antara adab dalam masyarakat yang perlu diberi perhatian oleh remaja ialah kesopanan dalam perbualan iatu dengan menggunakan tutur kata dan bahasa yang halus.Selain itu,perlu dipelajari cara berbual mengikut kedudukan seseorang agar apabila dewasa kelak remaja tahu bagaimana cara berinteraksi yang boleh mengembirakan dan menyenangkan orang lain.

Berbual Dengan Bahasa Yang Betul
Remaja haruslah menerapkan dalam diri mereka berbual dengan menggunakan bahasa yang betul.Remaja haruslah mengelakkan diri dari menjadi pencemar bahasa contohnya sebagaimana bahasa yang biasa digunakan remaja seperti 'wa caya lu',atau yang seumpamanya.

Al-Hakim meriwayatkan dalam kitab Mustadrak daripada Ali bin Al-Husain r.a berkata:Saidina Abbas r.a datang kepada Nabi saw.Apabila ia terpandang baginda tersebut,lalu Abbas bertanya"Wahai Rasulullah apakah yang menyebabkan kamu ketawa?"Nabi saw menjawab"kecantikan bapa saudara nabi mengkagumkan aku",lantas Abbas bertanya lagi"Apakah yang cantik"jawab Nabi saw"percakapan".Riwayat al-Askari menyebut "Apakah yang cantik pada seorang lelaki?"Jawab Nabi saw "Kefasihan lidahnya"

Riwayat al-Shirazi dan al-Dilami daripada Abu Hurairah r.a berkata "Kami bertanya Rasulullah saw,kami tidak pernah melihat orang yang lebih fasih daripadamu?"Jawab baginda "Bahawa Allah tidak menjadikan aku bervakap salah,Allah telah memilih untukku sebaik-baik kalam iaitu Kitab Al-Quran"

"http://www.ukhwah.com/images/10s.gif">

[ Posting ini telah di edit oleh: jilul_QURAN pada 2003-06-28 07:44 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

AsYraF_AmiRuLamiN
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 216
Posting: 34
Dari: Perak Darul Ridzuan

Perak  


posticon Posting pada: 03-07-03 11:04


assalamu'alaikum..

info yg berguna dari jilul_QURAN utk semua orang..adik disini nak bagi lagi skit info, boleh kan... ...ni tentang adab semasa bercakap..


Rasulullah S.A.W bersabda, "Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah".

1.Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.(cakap tu bior le terangĀ²)

2.Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.(jgn main mata dah le yeak) hehehe

3.Jika seoarng sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka janganlah mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.(bior le citer tu habih dulu, baru le buka topic baru)

4.Jika seseorang sedang makan maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.(masa makan jgn dok bersembang, hormat pada rezeki yg Allah berikan pada kita)

5.Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.(bercakap sesuatu yg menggembirakan)

6.Jangan sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama.(ingat tu)

7.Jangan bercakap secara berkumam mulut.(cakap tu bior bebetul)

8.Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang.(kerana ia akan membawa kepada keburukan diri sendiri)

9.Jangan memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan nama, seeloknya pangillah dengan nama yang memuliakan mereka.(tuan,encik,pakcik makcik, saudara/saudari)

10.Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.(panggil nama kan elok)

11.Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.(fikir dulu sebelum cakap)

itu la info yg adik nak bagi, adik minta maaf kalau ada salah kata atau bahasa yg kurang menyenangkan sahabat disini, ia hanya sekadar info saja... maaf ya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AsYraF_AmiRuLamiNProfil   Hantar PM kepada AsYraF_AmiRuLamiN   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-07-03 13:58


hmm bagus tul info asyraf tue...
terima kasih banyak2 so pas nih..mintak2 rr users ukhwah.com bkn pandai type je..tapi..pandai bercakap sekali..iNsyA Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

ummu_qistina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 398
Posting: 283
Dari: bumi ALLAH

egypt  


posticon Posting pada: 04-07-03 00:14


assalammualaikum....

insya allah kita akan tadbiqkan nya bersama ...waalahualam ...
wassalam

-----------------
IJLIS BINA NU'MIN SAAH......BeSt 4 iSlAm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_qistinaProfil   Hantar PM kepada ummu_qistina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.295168 saat. Lajunya....