Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Yang dihina semakin mulia. Yang menghina semakin terhina. Selalunya begitu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 28
Ahli: 0
Jumlah: 28




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: islam hadhari:satu penjelasan


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» islam hadhari:satu penjelasan

Please Mendaftar To Post


Oleh islam hadhari:satu penjelasan

addawami_muqaffa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.01.2005
Ahli No: 13915
Posting: 75
Dari: ::sg petani::

Kedah  


posticon Posting pada: 19-02-05 10:04




alhamdulillah, kelmarin ana berpeluang mengikuti satu kuliah agama dan ustaz yang menyampaikannya, salah seorang ahli majlis fatwa kedah memberi penjelasan tentang Islam hadhari..

Menurut beliau perkatan 'hadhari' atau dalam bm nye moden adalah kata sifat...maka sebarang sifat tidak boleh ditambah kepada kepada Islam yang bersifat statik yakni sudah moden dan tidak perlu dimodenkan..

Kita ambil contoh, baju kotor, baju kata nama dan kotor kata sifat...apabila adanya baju kotor,sudah tentu kita akan faham bahawa kalau ada baju kotor mesti ada baju bersih... jadi sama la juga kalau ada islam moden,mknnya adala islam yg tak moden....

objektif islam hadhari adalah ntuk memajukan umat islam dari segala segi, maka yang perlu dimajukan adalah umatnya, bukan islam...slogan yang sebetulnya adalah muslim atau mukmin hadhari....
menambah sesuatu kata sifat pada islam seolah-olah kita menganggap bahawa ada sesuatu yg tak kena pada Islam....dan ini adalah satu kesilapan besar...

maka kembalilah pada islam yg sebenar-benarnya, yakni islam yg dibawa oleh Rasulullah bukan islam hadhari yg dicanangkan oleh kerajaan,

...................................................................wALLAHualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For addawami_muqaffaProfil   Hantar PM kepada addawami_muqaffa   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 19-02-05 10:59



betul tu...kata addawami_muqaffa..
saya dah tahu dah tentang nie..islam moden yer..habis islam tak moden yg mane pulak nie..?
kalo tersilap langkah akan buruklah padah..

betul kembali kepada islam yg dibawa yg dibawa Rasulullah s.a.w.....habis selama nie yg dibawa oleh Rasulullah adalah tak modenlahyer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-02-05 12:00




saya rasa bukan gitu...

sebenarnya biler ada islam hadhari ada islam badwi...

mcm arab hadhari dan arab badwi...

islam badwi : islam yg beku sifatnya sekadar ibadah ritual spt ramai org islam kita faham...

islam hadhari : islam yg menyeluruh dan mencorakkan tamadun...

jadi bukan ke perjuangan kita mendaulatkan islam itu sama mcm konsep islam hadhari?...

pd ana islam hadhari itu adalah konsep bukan agama baru atau menafikan apa yg rasulullah s.a.w. bawa kepada manusia sbg tak moden...

sekadar pandangan...

wa allahu a'lam bis sawab...

[ Posting ini telah di edit oleh: ABg_IMaM pada 2005-02-19 12:01 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 19-02-05 13:31




info. agak baik

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

jaie
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.01.2004
Ahli No: 6570
Posting: 115
Dari: Perak

Perak  


posticon Posting pada: 19-02-05 15:24




sebenarnya ape yg dikata abg_iman tue betul... cuma konsep je..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jaieProfil   Hantar PM kepada jaie   Quote dan BalasQuote

Nuhdi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 03:18


...

Dlam satu cramah yg ana ikuti... umur UTZ ni dah 65 tahun...

Die mngajar Tasawwuf....

die kata..."sy dri kecil...smpe dah nk meninggal... umur 65 tahun... bru dngar ISLAM HADARI.."

apsal Islam tu x membawa kpd kemajuan ke?

dlam satu cramah lain....

bila nnt dpersoal oleh malaikat...."apa agama kamu?"

kita jwb..."islam hadhari"...

Sesunngguhnya malaikat itu mengikut perintah Allah SWT sahaja atas apa yg dperintahkan...

die tidak akan lebih...dan tidak akan kurang....

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhdiProfil   Hantar PM kepada Nuhdi   Quote dan BalasQuote

addawami_muqaffa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.01.2005
Ahli No: 13915
Posting: 75
Dari: ::sg petani::

Kedah  


posticon Posting pada: 20-02-05 09:15


saya ni bukanlah pandai sangat bab agama, tapi saya dapat maklumat ni daripada ustaz, ahli majlis mufti....kalau ustaz yg ajar agama pun kita tak percaya, nak pecaya pada siapa lagi....beliau mengeluarkan pendapat berdasarkan ilmu al quran dan hadis....hebat sangatkah ilmu agama kita sampai kita berani nak pertikai cakap ustaz..

badwi dalam bahasa arab maksudnya, kuno,kekampungan...cuma dalam bahasa arab je...kalau betullah konsep islam hadhari, kenapa Rasululluah sendiri pun tak pernah menyebut tentang islam hadhari...kenapa mesti tambahkan hadhari sedangkan islam itu sendiri memang mencakupi segenap segi...wALLAHualam

Bookmark and Share

    


  Member Information For addawami_muqaffaProfil   Hantar PM kepada addawami_muqaffa   Quote dan BalasQuote

Maheran_dr
Warga Rasmi
Menyertai: 04.12.2004
Ahli No: 12797
Posting: 5
Dari: Kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 20-02-05 10:49



ana nak kongsi idea sket pasl isu ini..
ana stuju ngn saudara kite yang menutarakan isu ini...
agama islam adalah agama yang sempurna dan ajarannya merangkumi setiap aspek kehidupan..
ianya sesuai diamalkan baik dulu, kini dan selama2nya..
Pendekatan baru yang cuba diambil oleh kerajaan nampaknya kurang sesuai pada namanya..islam tetap islam..kita tak perlukan islam hadhari..biarlah islam dengan nama islam..itu dah cukup cantik...memang usaha dan niat kerajaan itu murni tapi...d cni kita perlu titikberatkn juga nama islam itu sendiri..keadaan ini seolah2 cuba mewujudkan satu agama baru iaitu agama islam hadhari...
ana harap sahabat2 ana yang ada terbaca pendapat ana ini sama2 berfikir pasal isu ini dan kita sama2 berkonsi idea dan pendapat...
wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Maheran_drProfil   Hantar PM kepada Maheran_dr   Quote dan BalasQuote

ruhul_islami
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.12.2004
Ahli No: 13208
Posting: 124
Dari: Terengganu

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 11:35


Islam itu sudah syumul. Mengapa diperkenalkan Islam Hadhari lak hingga dinyatakan dalam salah satu ciri Islam Hadhari ialah syumul. Islam tue tak syumul ke? Berbaliklah pada Islam yang suci. Wallahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ruhul_islamiProfil   Hantar PM kepada ruhul_islami   Quote dan BalasQuote

reformasi
Warga Rasmi
Menyertai: 19.10.2004
Ahli No: 11958
Posting: 4
Dari: putrajaya

egypt  


posticon Posting pada: 20-02-05 13:15


bercakap tentang islam hadhari timbul beberapa persoalan....anda sudah betul-betul memahami konsep ini ke?yang sokong tu ......ikut nafsu membuta-tuli ke ataupun disebabkan tajaan kerajaan maka perlulah disokong?...entah-entah tak faham langsung kot apa dia islam hadhari.....yang bangkang tu ...anda bangkang sebab konsep itu bukan tajaan pihak yang anda sokong ke....mungkin kalau konsep ini tajaan pihak yang anda sokong anda akan sokong islam hadhari kot?.....walauapapun anda perlulah membaca buku dan mendengar pendapat dari kedua-dua pihak samaada yang menyokong atau pun yang membangkang...kerana masing-masing ada hujah.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For reformasiProfil   Hantar PM kepada reformasi   Quote dan BalasQuote

ruhul_islami
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.12.2004
Ahli No: 13208
Posting: 124
Dari: Terengganu

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 14:20


Kita ikut pihak yang berpegang pada Al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Allah dah jelaskan mana yang halal dan mana yang haram dengan terang. Jadi, mengapa kita masih perlu berada di pihak yang masih kekal dengan perkara yang diharamkanNya. Wallahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ruhul_islamiProfil   Hantar PM kepada ruhul_islami   Quote dan BalasQuote

sabrina_elZehra
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.05.2004
Ahli No: 8793
Posting: 105
Dari: t.malim,perak

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 17:48



alhamdulillah. ana ada ikuti sesi dialog dan ceramah bersama mufti perak...sahibus samahah dato seri dr harussani sempena maal hijrah pd 9 muharam, jumaat lepas

tajuk ceramah islam hadhari pemangkin ummah
beliau kate bila cakap pasal Islam hadhari nie, beliau pun tak paham2 pun. sampaikan pak lah panggil dan terangkan maksud islam hadhari adalah untuk memperkasakan 6 prinsip
beliau tanye ar, apsal tak masukkan 6 prinsip yang nak diperkasakan dlm satu perlembagaan? tp pak lah kate takleh sebab kita negara berbilang agama.

namun,beliau tetap tak paham gak konsep islam hadhari yg dicanang2kan oleh pak lah.beliau ada melawak yg negara kite ni kaya dengan slogan2 islamik sehingga boleh buat satu ensiklopedia..
apa yang nak ditekankan di sini ialah pengamalan dalam kehidupan seharian, insyaAllah



-----------------
kasih insani itu ….fitrah
cinta Ilahi itu….agung
sayangkan insan berpada pada…
kasihkan rasul sepenuh jiwa
cintakan al HaQ..
lautan kasih tak bertepi
Allah knows best…


Bookmark and Share

    


  Member Information For sabrina_elZehraProfil   Hantar PM kepada sabrina_elZehra   Pergi ke sabrina_elZehra's Website   Quote dan BalasQuote

saiful
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.11.2003
Ahli No: 5373
Posting: 209
Dari: Marang,Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 20-02-05 20:38




Biarlah mereka menjawab di hadapan ALLAH di Padang Mahsyar nanti tentang konsep Islam Hadhari ni,jika itu yang mereka mahukan. Tugas kita ialah mengur mana yang hak dan mencegah yang batil.

Firman ALLAH "Pada hari ini telah aku sempurnakan bagi kamu agamaKu, dan Aku cukupkan bagi mu nikmatKu dan Aku redha Islam menjadi agamamu."

Bookmark and Share

    


  Member Information For saifulProfil   Hantar PM kepada saiful   Quote dan BalasQuote

Bunga_Raya_Putih
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.04.2004
Ahli No: 8358
Posting: 219
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-02-05 20:55


Sudah banyak buku terbitan JAKIM mengenai Islam Hadhari.. boleh baca dan fahami konsepnya.. tapi kalau tak dipasarkan lagi tue ana tak tahu la.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Bunga_Raya_PutihProfil   Hantar PM kepada Bunga_Raya_Putih   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 21-02-05 09:42



nak perkasakan enam pekara yg dicanangkan oleh perdana menteri kita tak jadi masalah ..tapi yg jadi masalahnya ..."kenapa harus digelarkan Islam Hadhari pulak nie..."..nielah yg ana rasakan tak betul nie...
enam perkara yg dibawa oleh pak lah adalah demi kebaikan kita tapi ...takyah lah nak gelarkan Islam Hadhari pulak ....ini seolah-olah nak wujudkan agama baru aje walaupun realitinya tidak...

lahirnya kita disambut dengan azan ,
matinya kita diiringi dengan solat ,
antara azan dengan solat alangkah singkat hidup nie...~ ~

[ Posting ini telah di edit oleh: vanadium_oksida pada 2005-02-21 09:44 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

ruhul_islami
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.12.2004
Ahli No: 13208
Posting: 124
Dari: Terengganu

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-02-05 10:09


Quote:

On 2005-02-20 17:48, sabrina_elZehra wrote:

alhamdulillah. ana ada ikuti sesi dialog dan ceramah bersama mufti perak...sahibus samahah dato seri dr harussani sempena maal hijrah pd 9 muharam, jumaat lepas

tajuk ceramah islam hadhari pemangkin ummah
beliau kate bila cakap pasal Islam hadhari nie, beliau pun tak paham2 pun. sampaikan pak lah panggil dan terangkan maksud islam hadhari adalah untuk memperkasakan 6 prinsip
beliau tanye ar, apsal tak masukkan 6 prinsip yang nak diperkasakan dlm satu perlembagaan? tp pak lah kate takleh sebab kita negara berbilang agama.

namun,beliau tetap tak paham gak konsep islam hadhari yg dicanang2kan oleh pak lah.beliau ada melawak yg negara kite ni kaya dengan slogan2 islamik sehingga boleh buat satu ensiklopedia..
apa yang nak ditekankan di sini ialah pengamalan dalam kehidupan seharian, insyaAllah





Info yang amat baik untuk dikongsi Moga Allah memberikan petunjuk kepada kita semua. Menjelaskan mana yang haq dan mana yang bathil. Ana sokong Mufti Perak! Sokong sesiapa yang memperjuangkan Islam yang suci!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ruhul_islamiProfil   Hantar PM kepada ruhul_islami   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 21-02-05 13:50




Ana rasa dah ada topik ini. Harap sahabat boleh tumpu satu topik sahaja, kalau tak poning jadinya...


Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

ummu_jundullah
Warga Rasmi
Menyertai: 24.01.2005
Ahli No: 13876
Posting: 2

Melaka  


posticon Posting pada: 24-02-05 14:07



beberapa minggu yang lalu ada seorang kawan yang bertanya kepada saya, "islam hadhari tu apa?" i suppose pasal dia nampak saya seperti agak2 islamik, jadi dia rasa saya tahu.

saya terangkan padanya, dalam islam sebenarnya takda 'islam hadhari', tapi ia something like a new campaign to make islam appear more progressive, suitable and presentable for the modern era.

lagi satu saya cakap, kita ni negara islam contoh, jadi kita kena ada kelebihan dari negara islam lain.

kawan saya ni, yang menganggap dirinya punya ilmu yang sedikit, mengatakan yang bukannya sudah termaktub islam ini sesuai untuk semua zaman sehingga hari qiyamah?

dia menyatakan pendapatnya bahwa, samada seseorang itu perdana menteri atau siapa2 sekalipun, tak boleh lah nak suka2 hati buat konsep2 baru macam tu.

personally, saya pulak berpendapat bahwa islam hadhari ni akan mengelirukan orang, mcm kwn saya ni mula2. perbandingannya ialah...seperti christian sects catholic, protestant, etc.....

ramai yang berpendapat bahwa kita elok turut saja selagi tak melanggar syara'....

aduhai....kenapa? kenapa perlu? islam yang tulen takda tagline hadhari pun payah orang nak turut, kenapa kita perlu pada something new that's not actually new?

faham tak kawan2 sekalian?

apa2 pun, takat pendapat... rasanya kita perlu sgt2 alert dgn perkembangan islam hadhari ni di samping sentiasa mengislahkan diri sebagai muslim dan mu'min....

walLahu'alam...

my two cents,
ummu_jundullah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_jundullahProfil   Hantar PM kepada ummu_jundullah   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 24-02-05 14:28


susah kalau orang yang memperkenalkannya bukan ahlinya...
dia rasa bila dah jadi ketua orang kena ikut cakap dia termasuk ulama...
tak kiralah betapa jahilnya dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140591 saat. Lajunya....