hari valentine...hari kekasih.....hukum Islam jgn diperlekehkan....
Message: Message: KUALA LUMPUR 11 Feb. -
Umat Islam yang pada
14 Februari boleh dianggap murtad atau
terkeluar daripada Islam jika cara
melakukannya mirip dengan agama asal
perayaan itu, Kristian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria
berkata, hukum itu boleh jatuh kepada
mereka berdasarkan sebuah hadis sahih
yang menyebut bahawa:
``Sesiapa yang melakukan perbuatan yang
menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut
termasuk bersama golongan tersebut.''
Beliau berkata, perbuatan meraikan hari
berkenaan juga akan menjadi lebih
bercanggah dengan ajaran Islam
terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai
usaha untuk memperingati kematian
seorang paderi yang dibunuh seperti
mengikut sejarah purba Rom.
``Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau
amalan seperti ini yang jelas bertentangan
dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam
sudah lengkap, sempurna dan diyakini,''
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap umat Islam di
negara ini khususnya muda-mudi yang
masih cenderung untuk meraikan Hari
Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14
Februari biarpun telah banyak penerangan
disampaikan oleh para ulama.
Mengikut sejarah mitos, sambutan
berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom
yang beragama Kristian sebagai
memperingati peristiwa seorang paderi
yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom,
Claudius II.
Saint Valentine dihukum bunuh kerana
mengahwinkan salah seorang askar secara
rahsia sedangkan undang-undang Rom
ketika itu menghalang golongan muda
berkahwin atau berkeluarga sebaliknya
dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan
orang ramai menghantar kad ucapan
Valentine kepada buah hati mereka, teman
karib dan orang-orang yang mereka sayangi
sebagai simbolik dalam menyatakan cinta
terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat
England dan Perancis menganggap 14
Februari sebagai `hari burung-burung
mencari pasangan mereka.'
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula
meniru perbuatan burung tersebut dengan
mengadakan hari mencari pasangan atau
jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan
`Selamat Hari Valentine' sesama pasangan
mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine
dijadikan amalan memperingati peristiwa
seorang paderi yang dipenjarakan dan
sering menghantar kad bertulis From Your
Valentine kepada kekasihnya, seorang
gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Harussani turut menyeru umat Islam agar
tidak sesekali meniru budaya asing dan
ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut
menjerumuskan mereka ke lembah
kemaksiatan.
``Mengapa kita perlu mengamalkannya
sedangkan Islam menggalakkan umatnya
kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang
waktu dan bukannya menetapkan pada hari-
hari tertentu atau berkala.
``Bahkan jika kita tidak bertegur sapa
dengan saudara se-Islam selama tiga hari
berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh
haram. Jadi amalan atau budaya Islam
sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,'' kata
beliau.
Menurut Harussani, Islam turut
menggalakkan umatnya mengasihi sesama
mereka secara ziarah-menziarahi selain
berkongsi suka-duka dengan tumpang
bersyukur jika senang dan bertakziah atau
bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
``Berkasih sayang bagi Islam juga tidak
terhad kepada golongan tertentu sebaliknya
meliputi semua pihak dengan
keutamaannya diberikan kepada ibu bapa,
suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan
akhirnya seluruh manusia,'' kata beliau.
ma'assalamah