Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tonghuan
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43136

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Yang Masuk Ke Sini
tonghuan: 10 jam, 53 minit yang lalu
khairoo84: 1 hari, 4 minit yang lalu
wyd1014: 3 hari yang lalu
lidah-penghunus: 6 hari yang lalu
muslimiman: 21 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 22 hari yang lalu
nur_tinta: 28 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Isu Jeslina: Jawi bersikap kebudak-budakan


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Isu Jeslina: Jawi bersikap kebudak-budakan

Please Mendaftar To Post


Oleh Isu Jeslina: Jawi bersikap kebudak-budakan

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-02-05 23:04



Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) bersikap kebudak–budakkan dengan bermain 'sorong papan tarik papan' sesuka hati khususnya dalam memperjuangkan 'amar ma’ruf nahi mungkar'.

DPPWP memandang serius tindakan pihak Jawi yang cuba menarik segala dakwaan yang dikenakan kepada Jeslina Hashim bersama rakan – rakannya berhubung dengan tangkapan di Kelab Zouk pada 13 Januari 2005.

Pemangku Ketua Penerangan, Helman Samsuddin berkata, pihak DPPWP berharap Jawi bersikap tegas dan tidak tunduk pada tekanan pihak tertentu yang cuba mempersendakan tugas murni Jawi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan akhbar semalam yang menyatakan Jawi telah mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap Jeslina.

Bagi DPPWP, tangkapan yang dibuat adalah sah dari segi undang – undang dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Sementara, berhubung dakwaan yang telah dibuat kepada Jeslina dan rakan – rakannya biarlah mahkamah yang menentukan.

Ujar Helman, jika benar Jeslina tidak bersalah rakyat akan tahu selepas kes ini dibicarakan.

DPPWP juga melihat, melihat tiada sebab mengapa pihak Jawi perlu menarik semula dakwaan tersebut.

Sementara itu, kesahihan penangkapan itu perlu dibuktikan melalui perbicaraan di Mahkamah agar selepas ini semua pihak dapat mengetahui hakikat dan cerita sebenar berhubung isu ini.

Jangan ulangi kes Kelab Malam The Ship

"Rakyat tidak mahu pihak Jawi mengalah seperti mana kes serbuan ke atas Kelab Malam The Ship satu ketika dahulu. Akibat tindakan Jawi yang kurang tegas dahulu, kini perkara yang sama berulang,"ujar Helman.

DPPWP turut mempertikaikan, sampai bila Jawi harus bertahan dan membiarkan 'racun hedonisme' meresapi jiwa anak bangsa Melayu yang tegar mengaku Islam tetapi zahirnya menentang hukum Allah.

"Bak kata pepatah, 'alang – alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan', 'Biar putih tulang jangan putih mata'. Jangan biar maksiat dijulang, Islam digilis,"tegas Helman.

Melalui isu ini juga, masyarakat Islam Malaysia boleh melihat dengan jelas akan pekung di dada pimpinan Umno yang sebelum ini ghairah melaungkan agenda “Islam Hadhari”.

Bagi DPPWP jelas di mata rakyat bahawa apa yang berlaku di Kelab Malam Zouk dan juga etika berpakaian mereka yang ditangkap tidak sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Islam.

Perjuangan Puteri Umno bela Jeslina mendukacitakan

Selain itu ujar Helman, DPPWP melihat perjuangan Puteri Umno membela Jeslina Hashim amatlah mendukacitakan dan bertentangan dengan agenda Islam Hadhari serta program Nilai–Nilai Murni yang bakal dilancarkan oleh mereka baru-baru ini.

"Inilah yang dikatakan sebagai projek “Islam Hadhari”. Pagi berbaju kurung, petang berkebaya Nyonya, dan malam boleh pakai baju sendat ‘bodyfit’,"tegasnya lagi.

Menurut Helman, Umno sebenarnya hanya memperjuangkan kebebasan hak asasi yang tersasar jauh dengan memberikan kebebasan yang melampaui hak Allah dalam Al-Quran yang menginginkan Wanita Islam menutup aurat, mencegah kemungkaran dan menyebarkan kebaikkan.

DPPWP berharap agar pimpinan Umno berfikiran waras dan tidak mengganggu tugas–tugas yang dilaksanakan oleh pihak Jawi.

Jangan gari dan kunci tindakan Jawi

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah, Ustaz Riduan Mohd Noor pula berkata, pihaknya berharap Jabatan Perdana Menteri menyokong tindakan Jawi bukannya membantutkan usaha yang telah dilaksanakan.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab JPM yang diterajui oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi iaitu pengasas ‘Islam Hadhari’ untuk menyediakan lebih ramai pegawai penguatkuasa Jawi samada lelaki atau dari kalangan perempuan.

Dalam pada itu, DPPWP juga tidak mahu JPM menyediakan kakitangan serta peralatan yang lengkap kepada Jawi tanpa memberikan hak dan kuasa kepada mereka mengikut garis perundangan syariah yang ditetapkan.

"Bila Jawi menjalankan tugas yang diamanahkan tetapi tangan mereka digari, mulut mereka dikunci.Di manakah kebebasan serta hak asasi mereka dalam menjalankan amanah yang diberi.

"Adakah hak asasi dan hak untuk di dengar itu milik Jeslina Hashim sahaja atau milik ekslusif pimpinan Umno semata,"tegasnya.

Justeru DPPWP mendesak pihak Jawi meneruskan dakwaan kepada Jeslina Hashim dan rakan–rakannya bagi memastikan tugas yang telah dimulakan oleh Jawi itu selesai, bukannya berhenti sekerat jalan.

Jangan biarkan 'Industri Dosa' membiak jahanamkan remaja Melayu

Sementara itu, DPPWP juga mengesa agar semua pertubuhan Islam di Wilayah Persekutuan menghantar memorandum dan mendesak agar pihak kerajaan bersikap serius dalam membasmi maksiat di Wilayah Persekutuan dan seluruh negara.

"Kita tidak mahu ‘industri dosa’ berkembang biak di dalam negara dan menjadi 'virus' yang pastinya amat payah dihapuskan selagi agenda Islam sebenar tidak diketengahkan.

"Retorik Islam Hadhari hanyalah topengan yang pastinya 'mengkambing hitamkan' nilai – nilai murni umat Islam dan bangsa Melayu di dalam negara ini,"ujar Ustaz Riduan.

Bagi memastikan perkara ini tidak berhenti setakat ini, pihak DPPWP akan mengadakan pertemuan dan menghantar memorandum ke pejabat JPM di Putrajaya.

Kata Ustaz Riduan memorandum akan diserahkan kepada Menteri di JPM, Dato’ Abdullah Mat Zin pada 18 Februari 2005, jam 11.00 pagi. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-02-05 23:16


Oleh ROSLAN SMS

Allah swt berfirman dalam surah Ali Imran: 110
Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi (faedah) ummat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)

Dengan imej Islam Hadhari yang Pak Lah jaja sehingga ke Pakistan hari ini ramai yang menjangkakan isu serbuan JAWI ke pusat maksiat Zouk di Jalan Ampang KL akan berakhir dengan keputusan mahkamah. Mereka yang ditahan pada malam puaka tersebut dijangka didakwa di mahkamah pada bulan April ini.

Akan tetapi rupa-rupanya kesungguhan pihak-pihak tertentu untuk mencalar dan terus mengaibkan imej Islam dalam negara yang tak seberapa adanya itu akhirnya berjaya jua. Sebagaimana yang dilaporkan oleh THE MALAY MAIL hari ini pihak JAWI telah menarik balik saman ke atas semua yang ditahan pada malam 20 Januari itu.

Mereka yang dituduh telah dipanggil ke pejabat JAWI semalam dan pegawai yang bertugas telah bertindak membatalkan kesemua saman mereka. Ini bermakna mereka tidak lagi akan didakwa di bawah enakmen jenayah syariah sebagaimana yang dijangka sepatutnya dan segala pertuduhan terhadap mereka digugurkan.

Apa dah jadi? Adakah pembatalan ini kerana pihak pendakwa tidak memperolehi bukti yang cukup ataupun ianya dibatalkan atas tekanan dan arahan pihak tertentu?

Kebetulan dalam sisipan akhbar THE STAR hari ini Marina Mahathir anak bekas PM telah menggunakan ruangan mingguannya untuk menyerang hebat JAWI dan kerja-kerja nahi mungkar yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama. Marina meminta para pembacanya menentang habis-habisan segala bentuk nahi mungkar yang beliau anggap sebagai satu penderaan yang keterlaluan katanya:

We ought to fight against something that is so obviously abusive especially when the grounds for the raid are suspicious in the first place

Kita sepatutnya menentang sebarang usaha yang jelas berbentuk penyalahgunaan kuasa lebih-lebih lagi serbuan yang dimaksudkan dilakukan di atas syak wasangka semata-mata.

(dalam hal ini Marina lupa semasa bapa beliau Menteri Dalam Negeri dulu berpuluh ditahan di bawah ISA semata-mata kerana disyaki menggugat kestabilan negara - kenapa tak ajak orang tentang bapanya sendiri)

Marina terus menusuk dengan mata penanya apabila menganggap mana-mana pihak yang menyokong langkah JAWI itu sebagai berfahaman ala Taliban. Dan beliau turut mendesak agar pihak kerajaan menghentikan sama sekali kerja-kerja nahi mungkar ataupun penguatkuasaan kesalahan agama ini demi mempertahankan imej Islam moderat yang kononnya cuba dipaparkan oleh negara ini.

Rupa-rupanya memang pihak atasan berhasrat mempertahankan mereka yang mungkar ini dan sekaligus menerima fahaman Marina dalam hal ini. Ianya terbukti apabila MALAY MAIL melaporkan:

The officer told us that the Cabinet instructed them to do so and that it has to be settled by Tuesday before the Cabinet meeting on Wednesday (today)

Pegawai tersebut memberitahu kami bahawa pihak Kabinet telah mengarahkan mereka membatalkan saman tersebut pada hari Selasa iaitu sebelum mesyuarat Kabinet pada hari Rabu (hari ini).

Pak Lah kini berada di Pakistan dan kebetulan kabinet dipengerusikan oleh Najib Tun Razak, anak emas Dr Mahathir yang memang tidak senang hati dengan tindakan JAWI tersebut. Demikianlah berakhirnya episod seribu satu malam di negara Islam Hadhari Malaysia.

Jelas dengan perkembangan ini Pak Lah tidak memiliki sebarang kekuatan untuk menyuntik program Islam Hadharinya yang dah memang pun longgar itu. Beliau cuma tegak dengan satu dua penyokong manakala yang selebihnya dikeliling-kelalang beliau adalah mereka yang tidak gemar dengan corak Islam yang ingin beliau jaja itu.

Dalam sajak Pak Lah yang terkenal AKU CARI DAMAI DI HATI beliau ada menyebut:

Aku cari mana dia Al Ghazali

untuk itu di sini saya petik tulisan Imam Al Ghazali di dalam kitabnya BIDAYATUL HIDAYAH:

Dan ketahuilah apabila engkau cuai maka akibatnya akan kembali kepadamu dan apabila engkau rajin maka mafaatnya juga akan kemabli padamu. Allah Maha Kaya daripadamu dan Kaya daripada amalanmu tetapi setiap orang akan tertakluk (pada hari kiamat nanti) dengan amalan yang dikerjakannya di dunia. Maka jangan sekali-kali engkau berkata: Allah itu Tuhan yang Maha Mulia lagi Pengampun. Ia mengampuni dosa-dosa hamba yang berbuat maksiat, kerana ucapan seperti itu adalah ucapan yang benar tetapi mempunyai tujuan yang salah. Orang yang memperkatakannya digelar AHMAQ (bodoh).

Semoga kita yang lain akan insaf dengan malapetaka yang kita hadapi ini. Islam semakin dipermain dan dipersendakan oleh mereka yang dari kalangan kita juga. Janganlah kita terpedaya lagi. Insaflah dan kembali ke jalan yang benar. Allah swt berfirman dalam surah al Maidah ayat 49:

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah enkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan mu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.

Berbahagialah Jeslina, Najib, Azalina, Noraini, Sisters in Islam dan ramai lagi yang telah bersekongkol dalam menggelapkan kebenaran dan merendah serta mengaibkan Islam dimata ramai ini. Apakah kita juga turut berbahagia?

posted by Roslan SMS 11:14 PM
SILA KUNJUNGI BLOG http://n32.blogspot.com/



Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-02-05 23:19



Saya nak mencadangkan di tubuhkan BADAR Hadhari iaitu Badan Pencegah Maksiat Hadhari.

Nak suruh Jabatan agama, jabatan agama disalahkan, artis yang BERMAKSIAT, BERCAMPUR ADUK DENGAN ARAK tu yang menang. BANGANG BETUL !!!!!!

Jadi, kita mintak ustaz-ustaz hadhari yang turun buat kerja cegah maksiat ni. Tentu semua orang sokong sebab ustaz hadhari yang buat....sebab sekarang semuanya hadhari, wanita hadhari la, semua nak tarok hadhari....dan memang jelas islam hadhari ni nampak positif dan mula disokong oleh masyarakat....

Dalam kita menanti pelaksanaan dan apa NAHI MUNGKAR yang cuba dilaksanakan dalam era islam hadhari ni, TIBA-TIBA BADAN PENCEGAH MAKSIAT YANG TANGKAP ORANG BUAT MAKSIAT DIPERSALAHKAN PULAK......

di kelantan PAS tutup pusat-pusat maksiat dan tidak izinkan orang menyanyi dan berjoget, tapi PAS dikatakan jumud, menyempitkan pemahaman islam, mempolitikkan islam....

Tak perlu hadhari pun PAS tetap untuk cuba untuk taat perintah Allah, amanah dengan kuasa yang diberi Allah SWT. Islam yang diamalkan ialah islam yang fikir dosa pahala, fikir syurga neraka.

Dalam islam hadhari ni ada dosa pahala syurga neraka ke ?



Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 17-02-05 23:39


Ana sokong cadangan Mujahadatunnafsi tue.. Stakat JAWI wat keje pun dituduh salah.. camna kalau ustaz2 dan ustazah2 yg menyokong Islam Hadhari ni lak wat keje... stakat wat ceramah utk menyedarkn org ramai ttg pemahaman konsep Islam Hadhari x cukup... tunjukkn hasilnya baru leh nampak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 00:19


btul tu..ana juga sokong pendapat anta
jeslina hashim ingat undang undang di belakang dia ker..
sudah la buat silap..kemudian nak dakwa orang pulak..diakhirat kita tunggu pulak dia didakwa..kononnya apa yang dilakukannya sahaja betul..
macam la artis tu mulia sangat,sampai JAWI tarik balik dakwaannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 18-02-05 16:40



betul katetrouver_99 ..camlah artis tu bagus sangat
jaslina tu pun mangkuk bertingkat ..bajet hebat ,takpe tunggu dier bila dah masuk kubur...baru tau langit tu tinggi atau rendah ...
JAWI harus tegas dgn tindakanya takyah lah tarik balik dakwaan2 tu.....YA ALLAh tunjukkanlah jalan yg kau rehdai.....


[ Posting ini telah di edit oleh: vanadium_oksida pada 2005-02-19 01:17 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 17:09


kat harakahdaily.net ... ada tajuk berita:

Jeslina 'biadap', hina Jawi dalam Melodi

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

ingrid-erez
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14512
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 20:18


kita kena adil. jangan kutuk artis sampai melampau. al-farabi pun artis! pasal, JAWI lain kali contohilah saidina Umar sebelum buat operasi, biar kerja yang dibuat sharp dan ikut undang-undang. bukankah Islam menyanjung hak asasi manusia, meskipun untuk orang 'kafir', apatah lagi untuk muslim yg alpa. betulkan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ingrid-erezProfil   Hantar PM kepada ingrid-erez   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 23:21


Quote:
kita kena adil. jangan kutuk artis sampai melampau. al-farabi pun artis!



menyamatarafkan al-farabi dengan artis malaysia ke ni ? Al-farabi ni artis macam mana ? Cuba terangkan sikit pasal al-farabi ni...

Quote:
pasal, JAWI lain kali contohilah saidina Umar sebelum buat operasi, biar kerja yang dibuat sharp dan ikut undang-undang. bukankah Islam menyanjung hak asasi manusia, meskipun untuk orang 'kafir', apatah lagi untuk muslim yg alpa. betulkan?



Cuba jelaskan sikit bagaimana yang dikatakan mencontohi saidina umar, dan bagaimana kerja yang sharp dan ikut undang-undang. Dan ikut undang-undang mana ni ? Undang-undang Al-Quran ke perlembagaan malaysia ?

Islam menyanjungi hak asasi manusia ?

MELAKUKAN MAKSIAT ITU HAK ASASI MANUSIA KE ? HAK ALLAH, HAK RASUL MACAM MANA ?

TAK BETUL....


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 23:24



Jeslina 'biadap', hina Jawi dalam Melodi
Friday, February 18 @ 15:38:43 MYT

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Hrkh) - Pelakon popular yang ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi),Jeslina Hashim disifatkan biadap berikutan kenyataan yang menghina penguatkuasa Jawi dalam rancangan Melodi minggu lalu.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Riduan Mohd Noor berkata, pihaknya memandang serius kenyataan Jeslina itu yang sekaligus merendahkan kewibawaan institusi yang bertanggungjawab terhadap undang-undang Islam.

Kata Ustaz Riduan, Pemuda PAS kesal, media elektronik membenarkan kenyataan 'biadap' Jeslina yang jelas mempersendakan akta yang cuba dikuatkuasakan Jawi.

Bagaimanapun, media tidak pernah meminta wakil Jawi untuk memberi kenyataan balas sementara Jawi pula dikatakan ditekan pihak atasan.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan sidang medianya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) selepas majlis penyerahan memorandum bantahan campurtangan kabinet terhadap isu tangkapan Jeslina oleh Jawi beberapa hari lalu.

Turut mengiringi Ustaz Riduan ialah, Timbalannya, Ustaz Kamaruzzaman Mohammad, Exco Pemuda PAS Wilayah, Ustaz Mohd Izwan Mohd Yusop dan Mohd Shuhaimi.

Campurtangan itu mengakibatkan Jawi pada Isnin lalu bertindak membatalkan saman terhadap Jeslina dan beberapa rakan beliau yang ditahan pada 13 Januari di Kelab Malam Zouk.

Jeslina dituduh berkelakuan tidak sopan bersama beberapa rakannya di kelab malam tersebut sewaktu serbuan dilakukan.

Mengulas lanjut kenyataan Jeslina, Ustaz Riduan berkata, pelakon tersebut berani membuat kenyataan menghina tindakan Jawi akibat pembelaan yang Jeslina perolehi dari pemimpin politik dan pertubuhan di negara ini.

Katanya, kegilaan artis itu menghentam Jawi mendapat restu daripada beberap tokoh terkenal dalam masyarakat termasuk Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Jalil; Ketua Puteri Umno, Noraini Ahmad; Presiden Sisters In Islam (SIS), Zainah Anwar dan anak mantan Perdana Menteri, Marina Mahathir.

Pemuda PAS Wilayah seterusnya mempertikai campurtangan itu yang akhirnya menyebelahi pelaku-pelaku maksiat yang terang-terang menghina Islam.

"apa yang kami kesalkan, dalam masa artis dibela berikutan perbuatan maksiat, program ceramah, usrah, tazkirah dan kuliah terus diharamkan kerana dikatakan memecahbelahkan ummah,"kata Ustaz Riduan.

Baginya senario yang berlaku sebenarnya menggambarkan tindakan yang mencerminkan apa yang dikehendaki Umno dalam konsep 'Islam Hadhari' mereka. "Islam Hadhari Umno hanya kosmetik untuk mengaburi mata rakyat.Penzinaan, maksiat, penagihan dadah,judi dan arak terus dibenarkan subur di bawah Islam Hadhari,"katanya. - mks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 23:30


Quote:
Kata Ustaz Riduan, Pemuda PAS kesal, media elektronik membenarkan kenyataan 'biadap' Jeslina yang jelas mempersendakan akta yang cuba dikuatkuasakan Jawi.

Bagaimanapun, media tidak pernah meminta wakil Jawi untuk memberi kenyataan balas sementara Jawi pula dikatakan ditekan pihak atasan.




TV HADHARI

Artis yang melakukan maksiat diberi ruang untuk bercakap, JABATAN AGAMA tak diberi ruang untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Tidakkah kementerian penerangan tu di bawah kerajaan islam hadhari ni, kan ke islam hadhari ni islam yang dikatakan konsep yang betul-betul ingin memartabatkan islam, berilah ruang pada Ulama ( orang agama ) untuk bercakap, ahli agama tak boleh, ahli maksiat boleh

Konsep Islam Hadhari, ingin memartabatkan islam atau memartabatkan .........


[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2005-02-18 23:32 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

vanadium_oksida
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2005
Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak

Perak  


posticon Posting pada: 19-02-05 01:15


Quote:

On 2005-02-18 23:30, mujahadatunnafsi wrote:
[quote]Kata Ustaz Riduan, Pemuda PAS kesal, media elektronik membenarkan kenyataan 'biadap' Jeslina yang jelas mempersendakan akta yang cuba dikuatkuasakan Jawi.

Bagaimanapun, media tidak pernah meminta wakil Jawi untuk memberi kenyataan balas sementara Jawi pula dikatakan ditekan pihak atasan.




TV HADHARI

Artis yang melakukan maksiat diberi ruang untuk bercakap, JABATAN AGAMA tak diberi ruang untuk menjelaskan kedudukan sebenar. Tidakkah kementerian penerangan tu di bawah kerajaan islam hadhari ni, kan ke islam hadhari ni islam yang dikatakan konsep yang betul-betul ingin memartabatkan islam, berilah ruang pada Ulama ( orang agama ) untuk bercakap, ahli agama tak boleh, ahli maksiat boleh

Konsep Islam Hadhari, ingin memartabatkan islam atau memartabatkan ......

betul kata mujahadatunnafsi......islam hanya pada nama......

Bookmark and Share

    


  Member Information For vanadium_oksidaProfil   Hantar PM kepada vanadium_oksida   Quote dan BalasQuote

ibnrahim
Warga Rasmi
Menyertai: 13.02.2005
Ahli No: 14337
Posting: 1
Dari: Selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 19-02-05 02:49


Budaya Clubbing remaja Melayu

Assalamu'alaikum wrt.wbt, Saya ingin mohon pandangan teman-teman tentang penangkapan 93 remaja melayu di kelab malam Zouq, Jalan Ampang tempoh hari. Kalau teman-teman ikuti rentetan kejadian tersebut, JAWI nampaknya telah dipersalahkan kerana tidak mengikut prosedur penahanan dan menggunakan bahasa kesat. Antara yang tertangkap ialah artis Jeslina Hashim yang sekarang ni duk sakan keluar tv, suratkhabar dan majalah untuk pertahankan tindakannya ke kelab malam tersebut.

Sebaliknya, yang salah ialah JAWI kerana memperalakukan dia seperti seorang pelacur. Dia kata dia tak salah, just pakai jeans panjang and baju tanpa lengan...mak ayah pun tak kata seksi..Jawi pulak pandai2 kata dia seksi. Tu tak masuk bab mabuk2 lagi..Pokoknya, ramai la mak ayah dan orang2 yang nak back-up budak2 yang clubbing ni...Macam benda tu tak salah langsung..Principle dia senang..kalau mak ayah tak cakap apa...kenapa pulak orang lain nak sibuk2. JAWI pun sonyappp jorr..nak marah pun takleh..sebab kita pun macam tak buat ape..menunggu2 jer orang lain bersuara... Yang saya risaukan disini ialah keprihatianan kita sebagai generasi muda Muslim terhadap nasib rakan sebangsa dan seagama dengan kita semakin jauh dari cara hidup Islam.

Teman-teman sekalian, kita perlu muhasabah pendekatan dakwah kita kepada kaum muda ini. Apakah respon kita terhadap budaya coupling dan clubbing yang semakin menyebati dikalangan orang muda? Memang mudah tuding jari bahawa orang-itu salah-orang ini salah, pemerintah salah, JAWI buat kerja tak betul. Tapi apa alternatif kita? Apa tindakan kita? Bercakap semua orang boleh. Siapa yang nak pegi dakwah kepada mereka ni? Kita kengkadang duk terhimbau dgn pendekatan Hassan al-Banna atau mungkin lewat ini Abdullah Gymnastiar di Bandung berdakwah (bukan tangkap pelaku maksiat) di tempat-tempat maksiat. But what are we doing now as dai'e? Cukupkah usaha kita setakat membebel di sini? Sampaikah mesej kita untuk mengetuk hati-hati mereka ini kembali menghayati Islam? Buat bersikap pesimis, cuma self critism utk renungan kita bersama. Saya terfikir andai JAWI katakan pada kita ..."Oklah..dah hang pandai sgt, cuba hang buat..nak tgk skit mcm mana hang nak buat..Ni generasi hangpa yang rosak ni"


Teman-teman. Coupling mungkin sudah jadi semacam pemandangan biasa di mana sahaja termasuklah yang rancaknya di IPT2 kita. Clubbing- dari satu sudut yang lain sebenarnya lebih 'underground' dan saya percaya masih ramai rakan-rakan yang belum didedahkan dengan gelagat remaja Melayu kita di kelab-kelab malam seperti Modestos, Zouk dll. ini.. Hanya bayar RM 25-30, anda akan dapatmasuk ke pintu gerbang kebebasan untuk melakukan apa sahaja- tonggang arak, menari tak ingat dunia, berpeluk sakan dengan pasangan melayu dan bukan melayu (huh!) dan pakej-pakej lainnya (hotel-hotel semuanya seberang jalan jer--- semuanya dengan perlindungan bodyguard2 pub yang melindungi mereka dari 'polis2 moral' dan pegawai pencegah maksiat seperti JAWI... Tanggungjawab kita masih banyak...moga kita di Portal Ukhuwwah turut memikirkan sarana dakwah untuk kumpulan-kumpulan 'wayward youths' seperti ini sebagai sebahagian dari tanggungjawab amar ma'ruf nahi mungkar kita.. Ibda' binafsik!

* Teringat ungkapan Hassan al-Hudaibi yang dibukukan "Kita Pendakwah Bukan Penghukum" ..moga dapat difikirkan bersama...

Mohon respon. TQ. Wassalam!



Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnrahimProfil   Hantar PM kepada ibnrahim   Pergi ke ibnrahim's Website   Quote dan BalasQuote

ingrid-erez
Warga Rasmi
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14512
Posting: 7

blank   avatar


posticon Posting pada: 19-02-05 03:52


Pesan Saidina Umar untuk JAWI

persoalan yg timbul, sejauhmanakah pihak JAWI melakukan tindakan menurut seperti kaedah saidina umar al-khattab yang mendidik umatnya, bukannya menghukum. Seerah menunjukkan bahawa Umar tidak pernah menghukum berdasarkan kepada operasi, intipan, serbuan atau ugutan badan pencegah maksiatnya. sebaliknya umar bertindak atas pengakuan pesalah sendiri hasil dari religion education yang diterapkan dalam sistem pemerintahannya.

lebih penting lagi, Umar sesekali tidak pernah berkasar dengan pesalah upama Gestapo tentera Nazi yg menghumban jews dalam bencana holocoust. Kalau adapun, beliau mengakui kesilapannya tersebut. tetapi tindakan JAWI persis dengan cara Gestapo ini. apa yang peliknya, PAS dilihat cuba menjuarai isu ini, walhal isu penindasan ahli-ahli Kohilal lebih patut diberi tumpuannya. malah ahli-ahlinya pun belum tertarbiyah lagi, inikan nak bicara soal yg jelas telah wujud diskriminasi agama dlm aspek pelaksanaan.

Pada saya tindakan PAS lebih utk cuba eksploitasi isu dari menawarkan satu gagasan pemikiran islam yg progresif. Insiden demostrasi terhadap konsert siti nurhaliza adalah satu study case terbaik yg mengambarkan PAS masih tiada dimensi hiburan. Mereka bertindak seperti anti-hiburan. Siti Nurhaliza yg dikira antara artis wanita yg paling sopan di dunia pun masih dikutuknya dan didemonstransnya di hadapan KUSTEM. Memang sungguh susah nak cari peribadi progresif seperti Al-Banna dan Aym Gymnastiar dalam PAS.

namun begitu saya sedar, nak cari pemimpin macam saidina umar di akhir zaman ini bukannya senang. Walaubagaimanapun inilah islam yang telah lama mengajar kita tentang konsep 'ruang awam' jauh sebelum teori ini dikemukakan oleh Juergen Habermas lagi. dan PAS tidak pernah menekuni ilmu ini, malah lebih memalukan lagi, PAS tidak pernah sedia untuk belajar mengenai cara pelaksanaan syariat dari kebijaksanaan khalifah yg kedua ini! Masha’allah!

………………………
Ingrid-Erez, muslimah kacukan Malay (bapa) dan Jews (Ibu). Dilahirkan di Kelantan, dan kini menuntut di Tel Aviv Univ, Israel. Prinsip hidupnya: "hanya Tuhan yg layak menghukum hambanya". Beliau boleh dihubungi melalui [email protected]


Bookmark and Share

    


  Member Information For ingrid-erezProfil   Hantar PM kepada ingrid-erez   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-02-05 06:12


Gambar Jeslina Hashim ketika di Zouk Club sebelum JAWI membuat serbuan.



Gambar ni saya terpaksa sensorkan bahagian dada Jeslina Hashim kerana rasanya keterlaluan untuk disiarkan.

Ini adalah bukti yang menunjukkan bahawa dia perlu di tangkap bukan dilokap tapi disaman dan dikaunseling! . Berpakaian seksi ditempat awam, bila dah jadi bahan cemuhan... baru nak cari simpati kononnya memperjuangkan hak asasi manusia. !

kalau nak yang uncensored, PM saya!



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-02-05 17:43


Quote:
Insiden demostrasi terhadap konsert siti nurhaliza adalah satu study case terbaik yg mengambarkan PAS masih tiada dimensi hiburan. Mereka bertindak seperti anti-hiburan. Siti Nurhaliza yg dikira antara artis wanita yg paling sopan di dunia pun masih dikutuknya dan didemonstransnya di hadapan KUSTEM. Memang sungguh susah nak cari peribadi progresif seperti Al-Banna dan Aym Gymnastiar dalam PAS.



Saudari lebih suka mempertahankan siti nurhaliza dari Ulama PAS.

Dimensi Hiburan ? Hiburan yang macam mana yang saudari maksudkan ? Yang Maksiat @ yang berlandaskan SYARIAT....

Ulama diperlekeh, artis disanjung. Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 23-02-05 12:25


kalau macam tu senang ler nak buat maksiat..
kalau kene tangkap pun pas tu lepas..
astaghfirullahalazimm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

ummuhabibah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 05.07.2003
Ahli No: 2064
Posting: 45

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-02-05 16:41


Pesan harakah utk Jeslina

Bukan Islam turut kesal Jawi batalkan saman ke atas Jeslina
Friday, February 25 @ 11:17:27 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Seorang penganut agama Buddha berbangsa Cina yang menghubungi Harakahdaily malam tadi menyatakan beliau sangat kesal Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) membatalkan saman ke atas pelakon, Jeslina Hashim pada 15 Februari lalu.

Lim Mee Siew ,35, dari Jalan Klang Lama berkata, beliau tidak memandang isu penahanan Jeslina dari sudut penguatkuasaan undang-undang Syariah serta sebagai isu umat Islam sahaja.
Tetapi katanya, Jawi dan kerajaan perlu melihat kepada aspek ketelusan sesuatu penguatkuasaan yang dilakukan oleh jabatan atau agensi kerajaan.

"Jika benar beliau (Jeslina) ditahan semasa sedang melakukan kesalahan, mengapa boleh tarik semula samannya.Ini tidak rasional,"katanya.

Beliau seterusnya mengambil contoh kepada kes yang melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana beliau ditahan sebelum benar-benar didapati bersalah.

Malah katanya lagi, bukti keterlibatan Anwar dalam kes liwat sepertimana dalam pertuduhan ketika itu sangat kabur.

Bagaimanapun Anwar tetap didakwa di mahkamah dan dipenjarakan oleh kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad ketika itu.

Bagaimanapun ujarnya, dalam kes Jeslina, penguatkuasa Jawi telah menahan Jeslina dan rakan-rakannya sewaktu beliau benar-benar berada di lokasi kejadian dan berdasarkan kepada kesalahan yang sedang dilakukan.

"Mengapa Jeslina tidak dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.Sekiranya benar sekalipun Jeslina tidak bersalah, bicarakan dahulu,"tegasnya.

Selain itu beliau melihat, masalah sosial di kalangan remaja di negara ini bukan sahaja melibatkan remaja Islam malah remaja Cina, India dan bangsa lain turut terlibat.

Kata Mee Siew, remaja yang kerap ke kelab malam tidak mengira dari bangsa mana mudah terdedah kepada keruntuhan akhlak yang seterusnya menyumbang kepada gejala sosial dan jenayah.

Menurut Mee Siew, sekiranya remaja yang ke kelab malam meminum arak sehingga mabuk dan hilang kawalan diri, perkara seperti pergaduhan, membawa kereta secara mabuk dan sebagainya mungkin akan berlaku.

Katanya, masyarakat sendiripun boleh melihat dalam laporan akhbar dan televisyen ramai remaja yang ditahan ketika operasi serbuan ke kelab malam.

Tambahnya, kebanyakan mereka yang ditahan terlibat dengan penagihan pil khayal, pelacuran dan dadah.

Justeru sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan keharmonian, beliau menggesa kerajaan agar lebih telus terhadap seluruh rakyat dalam menguatkuasakan undang-undang.

"Jangan hanya dakwa sebahagian pihak yang tidak berkepentingan sedangkan pihak yang ada kepentingan dibebaskan meskipun benar terlibat dengan jenayah,"katanya. - mks.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummuhabibahProfil   Hantar PM kepada ummuhabibah   Pergi ke ummuhabibah's Website   Quote dan BalasQuote

cahayainsani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10574
Posting: 235
Dari: bumi Allah

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 15:11



mmm tak tahulah apa nak kata lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahayainsaniProfil   Hantar PM kepada cahayainsani   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 31-03-05 18:00


Sekarang dia dah terbela dan dibela...
itu bermakna dia memang baik dan beriman...

biarla Allah yg tunjukkan kt dia sape yg benar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 31-03-05 18:07


Quote:
Insiden demostrasi terhadap konsert siti nurhaliza adalah satu study case terbaik yg mengambarkan PAS masih tiada dimensi hiburan. Mereka bertindak seperti anti-hiburan. Siti Nurhaliza yg dikira antara artis wanita yg paling sopan di dunia pun masih dikutuknya dan didemonstransnya di hadapan KUSTEM. Memang sungguh susah nak cari peribadi progresif seperti Al-Banna dan Aym Gymnastiar dalam PAS.



Jangan jadi terlalu jahil...
sopan dari segi apa yang dimaksudkan...
ramai masyarakat cina di kawasan ana sangat sopan dan terlalu baik kat ana...
tapi adakan islam mengiktiraf mereka...

sebagai seorang wanita islam adakah sopan mendedahkan aurat, menyanyi dan menari di khalayak yang bukan muhrim...
lebih2 lagi mengadakan konsert di LONDON...
yang penontonnya adalah terdiri daripada orang kafir...
sebagai seorang islam, sampai hati dia mendedahkan auratnya kepada org kafir...
sedangkan org islam yang bukan muhrim pun dilarang...
adakah ini boleh dikategorikan sebagai sopan..

bukak balik kitap dan rujuk balik pada ahli agama...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_muslimah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.02.2005
Ahli No: 14791
Posting: 80

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 19:37


tatau nak cakap ape..betape bawahnye kedudukan ulama' skang..nak bersuara pon susah..
suara artis pulak diambil perhatian...
hmm...same2 lah kite berusaha jauhkan diri dr lembah yg hina dina nih...

-----------------
indahnya muslimah ...
seindah budinya..
seindah akhlaknya..
seindah tutur katanya..
insyaAllah..muslimah harapan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_muslimahProfil   Hantar PM kepada ummu_muslimah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102055 saat. Lajunya....