Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dua perkara yang tidak boleh dielak dalam hidup kita ialah "inflasi" dan "mati"
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 187
Ahli: 0
Jumlah: 187




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 33 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Tafsir al-Quran : Tunjukkan kami Jalan Yang Lurus


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Tafsir al-Quran : Tunjukkan kami Jalan Yang Lurus

Please Mendaftar To Post


Oleh Tafsir al-Quran : Tunjukkan kami Jalan Yang Lurus

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 14-02-05 13:09


Tafsir al-Quran : Tunjukkan kami Jalan Yang Lurus

”Tunjukkan kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat". (Al Fatihah:6-7)


Ayat di atas yang selalu kita baca dalam solat adalah antara bahagian surat Al-Fatihah. Dalam sehari, minimum kita membacanya lima kali setiap permulaan rakaat sembahyang yang kita tegakkan. Di dalamnya terkandung permohonan agar ditunjukkan jalan yang lurus.

Istilah yang sama yang selalu berulang dengan versi yang berbeza-beza dipelbagai tempat dalam Al-Qur'an.

Dalam Al-Baqarah:142 Allah berfirman:

"Katakan:Timur dan Barat kepunyaan Allah, Dia beri petunjuk kepada siapa yang dikehendakinya ke jalan yang lurus". Istilah yang sama juga disebutkan dalam Azzukhruf:64, Al Mulk:22 dan lain sebagainya. Para ahli tafsir menyebutkan bahawa bila suatu hal diulangi berkali-kali dalam Al-Qur'an ia menunjukkan penting dan agungnya hal tersebut. Sudah tentu bahawa merambah jalan lurus adalah merupakan dambaan setiap insan.

Secara sederhana –seperti yang diungkap Imam Tabari- jalan lurus adalah jalan yang jelas dan tidak berliku-liku. Jalan yang segera menghantarkan ke tempat tujuan.

Surat Al-Fatihah sendiri menjawab: Jalan lurus yang dimaksud adalah:

“Iaitu jalan orang-orang yang telah diberi nikmat oleh Allah, bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula orang-orang yang sesat”.

Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa orang yang dimurkai adalah kaum Yahudi, dan orang yang sesat adalah kaum Nasrani. (lihat, Ibn Katsir, Tafsirul Qur'anil azhiim, jild,I, hal5-54, Riyadh, 199. Ibn Abi Hatim, seperti dinukilkan oleh Ibn Katsir menyebutkan hasil penelitiannya yang mendalam, tidak ada satupun ulama yang mengingkari penafsiran ini.

Dan ini benar, sebab setiap kali para Nabi datang kepada mereka (baca:Yahudi)menunjukkan jalan yang lurus, mereka menolaknya. Mereka memilih jalan yang mereka sukai. Yang diharamkan mereka halalkan dan yang dihalalkan mereka tinggalkan. Tidak hanya itu, para nabi yang berusaha menunjukkan jalan lurus itu, malah mereka bunuh.

Perhatikan surat Al-Baqarah:61 kisah bagaimana kebejatan akhlak kaum Yahudi itu:

"Hal itu (terjadi) kerana mereka mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh nabi-nabi tanpa kebenaran, yang demikian itu disebabkan mereka durhaka dan adalah mereka melampaui batas".

Adapun kesesatan kaum Nasrani adalah kerana ajaran agama Kristian yang ada sekarang –sebagaimana diakui sejarawan Barat sendiri- bukan agama yang asli, melainkan banyak di dalamnya karangan John Paul. Sementara John Paul sendiri adalah orang Yahudi.Dari sini jelas mengapa Rasulullah s.a.w mengertikan golongan yang sesat itu bermaksud orang Nasrani. Kerana mereka secara fakta sejarah disesatkan oleh seorang Yahudi bernama Jonh Paul. (lihat misalnya: Hyam Maccoby, The Mythmaker Paul and Invention of Christianity,Gorge Weiden feld and Nicalson Limited London, 1986)

Jelasnya, baik yang dimurkai Allah maupun orang yang sesat mereka dalam kategori Al-Qur'an –sebagaimana ditegaskan surat Al-Fatihah- tidak berada dalam jalan yang lurus.

Dalam surah Ali Imran:51, dijelaskan bahwa jalan lurus adalah menyembah Allah, ertinya jika menyembah selain Allah maka ia berada pada jalan yang sesat. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah Tuhanku dan Tuhanmu maka sembahlah Dia, inilah jalan yang lurus".

Ditegaskan lagi dalam surah yang sama:ayat 101:

"Dan barang siapa yang berpegang teguh dengan (agama) Allah maka sesungguhnya dia telah diberi
petunjuk kepada jalan yang lurus".

Dalam surah Maryam:36, hakikat yang sama ditegaskan lagi:

" Sesungguhnya Allah adalah Tuhanku dan Tuhanmu, maka sembahlah Dia oleh kamu sekalian, ini adalah jalan yang lurus".

Dalam surat Al An'am:39, disebutkan bahwa lawan dari jalan lurus dalah kesesatan. Ertinya siapapun yang tidak mengikuti ajaran Allah ia pasti sesat:

"Barangsiapa dikehendaki Allah (menjadi sesat) nescaya akan disesatkan-Nya, dan barangsiapa dikehendaki Allah untuk diberinya petunjuk nescaya Dia akan menjadikannya berada di atas jalan yang lurus".

Di surah yang sama:161,ditegaskan bahawa agama Islam yang dibawa Rasulullah shollallaahu alaihi wasallam adalah agama yang sama dengan agama Nabi Ibrahim, dan inilah jalan yang lurus:

"Katakanlah: sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Tuhanku kepada jalan yang lurus, iaitu agama yang benar; agama Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang yang musyrik".

Para ulama yang mendalami ilmu munasabat (kaitan antara ayat dan antara surah-surah Al-Qur'an) banyak yang mentafsirkan makna “sirathal mustaqim” dalam Al-Qur'an. Perhatikan – kata mereka – hubungan antara Al-Fatihah dan Al-Baqarah? Mengapa Surat Al-Baqarah langsung dimulai dengan ungkapan "zalikal kitaabu laa raiba fiihi" (itulah kitab yang tiada keraguan di dalamnya). Di sini seakan terkandung sebuah jawapan: iaitu ketika seorang hamba mohon "ihdinashshiraathal mustaqiim" (yaa Allah tunjukilah kami jalan yang lurus), Allah langsung menjawabnya : "zalikal kitaabu laa raiba fiihi". Dengan pemahaman ini jalan lurus itu Al-Qur'an. Di dalamnya terdapat seluruh petunjuk kebenaran yang tidak akan pernah menyesatkan. Kebenaran yang menghantarkan pengikutnya menuju tujuan kebahagaiaan di dunia dan akhirat.

Dalam surat AnNur:46 Allah berfirman:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat (Al-Qur'an) yang menjelaskan (halal dan haram). Dan Allah memimpin siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus".

Di sini nampak dengan jelas bahawa jalan lurus itu Al-Qur'an. Siapa yang mengikuti Al-Qur'an maka ia berada pada jalan yang lurus dan siapa yang mengingkarinya atau mengingkari sebahagian isinya maka ia tersesat. Sudah tentu bahawa di antara ajaran-ajaran Al-Qur'an itu ialah menyuruh kita mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w.

Dengan demikian pengertian jalan lurus di sini bukan semata-mata mengikuti Al-Qur'an dengan meninggalkan As-Sunnnah seperti yang dilakukan "qur'aniyyuun". Melainkan keduanya: Al-Qur'an dan As Sunnah harus bersama-sama ditegakkan.

Dr. Amir Faishol Fath
pesantrenonline.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081281 saat. Lajunya....