Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Elakkanlah dirimu dari berhutang kerana hutang itu akan menjadikan dirimu hina pada waktu siang dan gelisah pada waktu malam
-- Luqman Al-Hakim

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 142
Ahli: 0
Jumlah: 142




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: 100 hadis dhaif


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» 100 hadis dhaif

Please Mendaftar To Post


Oleh 100 hadis dhaif

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-02-05 09:33


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Pengamalan Hadis dha'if:

Para ulama, baik ahli hadis, fuqaha dan lainnya berkata: Boleh dan dianjurkan mengamalkan hadis yang dhaif mengenai amalan-amalan utama dan anjuran ibadah serta ancaman dosa, asalkan bukan hadis maudhu’ (palsu) atau yang sangat dhaif seperti yang diriwayatkan oleh seorang pendusta dan tercela. Pengamalan hadis dhaif mempunyai dua syarat, yaitu adanya syahid (persaksian) yang menguatkannya, seperti kedudukannya sebagai kaidah umum dan di saat pengamalannya tidak diyakini ketetapannya melainkan hanya karena berhati-hati.

Adapun hukum-hukum mengenai halal dan haram, jual beli, nikah dan talaq serta lainnya, maka dalam hal itu tidaklah diamalkan kecuali dengan hadis sahih atau hasan, kecuali untuk berhati-hati dalam hal semacam itu.

Seperti, apabila. terdapat hadis dhaif yang tidak menyukai sebagaian macam jual beli atau nikah, maka dianjurkan untuk menjauhkan diri darinya, akan tetapi tidak wajib. (Ruj. Al-Azkar, hlm.5)

Note: Jika ada sesiapa mengesan kesilapan dalam terjemahan hadis2 berikut, harap lapor di: [email protected]

---------------------------------------
1. Barangsiapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya' dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya. (Albani: Bathil & tidak sah dari sudut sanad dan matan)

2. Bercakap di dalam masjid dapat menghapuskan kebaikan-kebaikan sebagaimana binatang ternak memakan rumput. (Albani: Tidak ada asalnya)

3. Berkerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya. (Albani: Tidak sah dari Nabi s.a.w.)

4. Aku adalah datuk kepada setiap orang yang bertaqwa. (Albani: Tiada asalnya)
5. Hanyasanya aku dibangkitkan sebagai guru. (Albani: Dha'if)

6. Allah telah mewahyukan kepada dunia: Berkhidmatlah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadaKu dan sengsaralah kepada sesiapa yang berkhidmat kepadamu. (Albani: Maudhu')

7. Berhati2lah kamu terhadap Khadra' ad-Dimn/kehijauan kotoran binatang ternak. Baginda ditanya, "apakah khadra' ad-dimn itu? Sabdanya: Perempuan cantik yang tumbuh disuasana buruk (rupawan tetapi hatinya jahat). (Albani: Terlalu Dha'if)

8. Dua golongan dari kalangan umatku, apabila baik mereka maka baiklah manusia. Iaitu umara' dan fuqaha'. Di dalam satu lafaz lain, umara' dan ulama'. (Albani: Maudhu')

9. Bertawassullah dengan kemegahan dan kemuliaanku kerana sesungguhnya jah-ku di sisi Allah adalah agung. (Albani: Tiada asalnya)

10. Barangsiapa yang keluar rumah pergi solat dan mengucapkan: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan hak orang yang memohon kepadaMu dan aku memohon dengan hak perjalanan ini………… Allah akan mengadap wajahnya dan seribu malaikan akan memohon keampunan untuknya. (Albani: Dha'if)

11. Kebaikan ada padaku dan pada umatku hingga hari kiamat. (Ibnu Hajar: Aku tidak mengenalinya).

12. Barangsiapa yang tidur selepas Asar maka akan terganggulah akalnya. Maka janganlah dia mencela melainkan kepada dirinya sendiri. (Ibnu al-Jauzi di al-Maudhu'aat, al-Sayuthi di al-la'ali al-Masnu'ah & al-Zahabi di Tartib al-Maudhu'aat)

13. Barangsiapa yang berhadas dan tidak berwudhu' maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (Albani: Dha'if)

14. Barangsiapa yang berhaji ke Baitillah dan tidak menziarahiku, maka sesungguhnya dia telah memalingkan diri dariku. (al-Zahabi, al-Shaghani & al-Syaukani: Maudhu')

15. Barangsiapa yang berhaji lalu menziarahiku selepas kewafatanku, dia seolah2 menziarahiku semasa aku hidup. (Albani: Maudhu')

16. Ikhtilaf di kalangan umatku adalah rahmat. (Albani: Tiada asalnya)

17. Para sahabatku adalah seperti bintang-bintang di langit. Mana2 yang kamu ikuti pasti akan mendapat petunjuk. (Albani: Maudhu')

18. Barangsiapa yang mengenali dirinya maka sesungguhnya dia telah mengenali tuhannya. (al-Asrar al-Marfu'ah & tazkirah al-Maudhu'aat: Maudhu')

19. Tuhanku telah mendidikku dan membaikkan adabku. (Ibn Taimiyah: Tiada isnad yg tsabit)

20. Semua manusia ibarat mayat kecuali orang-orang alim. Dan orang-orang alim semuanya binasa kecuali orang-orang yang beramal. Dan orang-orang beramal semuanya tenggelam kecuali orang-orang yang ikhlas. Dan orang-orang yang ikhlas semuanya dalam bahaya yang besar. (Al-Saghani: Maudhu')

21. Bekas mulut orang beriman adalah ubat. (Tiada asalnya)

22. Apabila kamu melihat bendera-bendera hitam yang keluar dari arah Khurasan, maka kamu datangilah walaupun dalam keadaan merangkak. Kerana sesungguhnya di situ ada khalifah Allah, al-Mahdi. (Dha'if)

23. Orang yang bertaubat adalah kekasih Allah. (Tiada asalnya)

24. Adapun aku tidak lalai, tetapi dilalaikan agar aku membimbing. (Tiada asalnya)

25. Manusia itu tidur, apabila mereka mati barulah mereka terjaga. (Tiada asalnya)

26. Barangsiapa yang berkata suatu perkataan, kemudian dia bersin, maka perkataannya itu adalah benar. (Maudhu')

27. Berkahwinlah dan jangan bercerai, maka sesungguhnya talak itu menggoncangkan Arasy. (Maudhu')

28. Sembahyang perlu diulang apabila ada darah sekadar satu dirham. (Maudhu')

29. Orang yang pemurah itu hampir dengan Allah, hampir dengan syurga dan jauh dari neraka. Orang bakhil itu jauh dari Allah, jauh dari syurga, jauh dari manusia dan hampir dengan neraka. Orang jahil yang pemurah itu lebih dicintai Allah daripada seorang ahli ibadah yang bakhil. (Terlalu Dha'if)

30. Aku berbangsa Arab, al-Quran berbahasa Arab dan lisan para ahli syurga adalah bahasa Arab.

31. Setiap sesuatu itu ada hatinya. Sesungguhnya hati al-Quran adalah Yasiin. Barangsiapa yang membacanya, maka seolah-olah dia membaca al-Quran sebanyak 10 kali. (Maudhu')

32. Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah selama 60 tahun. (Maudhu')

33. Tiada sembahyang (tidak sah) bagi orang yang berjiran dengan masjid melainkan di masjid. (Dha'if)

34. Hajar al-Aswad adalah tangan kanan Allah di mukabumi ini yang berjabat dengan hamba-hambaNya. (Maudhu')

35. Berpuasalah, nescaya kamu akan sihat. (Dha'if)

36. Jibril a.s. telah berpesan agar aku berbaik dengan jiran hingga 40 buah rumah. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. Sepuluh dari sini ke sana. (Dha'if)

37. Kalau tidak kerana engkau (Muhamad), nescaya tidak aku jadikan dunia. (Maudhu')

38. Barangsiapa yang membaca surah al-Waqi'ah setiap malam, nescaya tidak akan ditimpa kefakiran selama2nya. (Dha'if).

39. Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dari Allah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukan dari kalangan mereka. (Dha'if)

40. Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

41. Sebagaimana keadaan kamu sekelian, maka seperti keadan itulah yang diberikan kepada orang yang memimpian kalian. (Dha'if)

42. Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan di-iqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin. (Maudhu')

43. Barangsiapa yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka baginya seratus pahala mati syahid. (Terlalu Dha'if)

44. Orang yang berpegang dengan sunnah-ku ketika umatku dalam kerosakan, maka dia mendapat pahala mati syahid. (Dha'if)

45. Aku adalah anak dua calun yang disembelih (Abdullah bin Abdul Muttalib dan Ismail bin Ibrahim a.s.) – (Tiada asalnya)

46. Melihat al-Quran itu ibadah, anak melihat ibubapanya adalah ibadah dan melihat kepada Ali bin Abi Thalib adalah ibadah. (Dha'if)

47. Barangsiapa yang bersembahyang dimasjid-ku selama 40 fardu tanpa tertinggal satu sembahyangpun, nescaya ditulis baginya kelepasan dari neraka dan azab serta bebas dari sifat munafiq. (Dha'if)

48. Sanak saudara itu lebih utama dilayan dengan baik. (Tiada asalnya)

49. Orang terakhir yang akan masuk syurga ialah seorang lelaki dari Juhainah. Dia bernama Juhainah. Ahli syurga bertanya: Apakah masih ada orang yang sedang diazab? Dia menjawab: Tiada. Ahli syurga berkata: Berita yang diyakini kebenarannya ialah yang dibawa oleh Juhainah. (Maudhu')

50. Sebaik-baik nama ialah yang menghambakan diri dan memujiNya. (Maudhu')

51. Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China. (Maudhu')

52. Berbincanglah dengan mereka (perempuan), dan sanggahlah mereka. (Tiada asalnya)

53. Pada hari kiamat, manusia akan dipanggil dengan nama ibu mereka sebagai tabir dari Allah ke atas mereka (menutup rahsia anak zina). (Maudhu')

54. Sultan adalah bayangan Allah di mukabumiNya. Barangsiapa yang setia kepadanya akan diberi petunjuk. Dan, barangsiapa yang mengkhianatinya nescaya akan sesat. (Maudhu')

55. Barangsiapa yang takut azab Allah, maka Allah akan menjadikan segala sesuatu takut kepadanya. Dan, barangsiapa yang tidak takut kepada Allah, maka Allah akan menjadikan takut terhadap segala sesuatu. (Dha'if)

56. Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'-Ku dan tidak bersabar atas bala'-Ku, maka hendaklah dia mencari Tuhan selainKu. (Dha'if)

57. Tidak dinamakan mengumpat apabila membicarakan perihal orang yg fasiq. (Hadist Maudhu’


58. Apabila mati salah seorang drp kamu dan setelah selesai kamu mengebumikannya , maka hendaklah salah-seorang yang hadir itu berdiri di sisi kepalanya seraya berkata : Wahai Si Fulan ! Wahai Si Fulanah . Kerana dia ( si mati ) itu akan mendengarnya . Hendaklah yang bangun itu berkata lagi : Wahai Si Fulan Anak kepada Si Fulanah . Maka si mati itu akan bangun di dalam keadaan duduk . Sebutkanlah apa yang telah menyebabkan dia keluar daripada dunia iaitu syahadah “ LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH …sehingga akhir. (Hadis ini Dho’ief)


59. Tidaklah sia-sia orang yang melakukan solat istikharah , tidaklah menyesal bagi orang yang meminta pandangan orang lain dan tidaklah berlaku aniaya orang yang bersederhana. (Hadist Maudhu’

60. Baginda Rasulullah s.a.w apabila digunting rambutnya, ataupun mengerat kukunya ataupun jika Baginda s.a.w dibekam, maka Baginda s.a.w akan membawa lebihan tersebut – dari rambut, kuku dan darah yang dibekam – ke tanah perkuburan Baqie’ untuk ditanam. (Hadist Maudhu’

61. Seorang mukmin yang cerdik itu sentiasa berhati-hati. (Maudhuk: Kasyful Khafa')

62. Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah.. (Dha'if, al-Ilal Ibnu Abi Hatim)

63. "Wahai Jibril, ceritakan kepadaku tentang sifat neraka dan sifat jahannam?" Maka Jibril menjawab: "Sesungguhnya Allah Tabaraka Wa Taala telah memerintahkan jahannam supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi putih. Kemudian memerintahkannya lagi supaya menyalakan apinya selama seribu tahun sehingga menjadi merah. Kemudian diperintahkannya lagi supaya menyalakannya selama seribu tahun sehingga menjadi hitam yang gelap.." (Maudhu', al-Haitsami)


64. Janganlah kamu banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah. Maka sesungguhnya banyak bercakap selain dari zikir kepada Allah itu mengeraskan hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia kepada Allah ialah yang keras hatinya (Dha'if)

65. Apabila sampai salah seorang dari kamu ingin masuk ke saf dan saf itu telah penuh, maka hendaklah ia menarik seorang untuk bersama dengannya di tepinya. (Dha'if)

66. Wali abdal untuk umat ini ada 30 orang seperti Ibrahim Khalilur Rahman. Ketika seorang mati, maka Allah akan menggantikan tempatnya dengan seorang lelaki lain. (Maudhu')

67. Tidak lebih Abu Bakar dari kamu dengan banyaknya berpuasa dan solat. Tetapi dengan sesuatu yang tetap/hebat di dalam hatinya. (Tiada sumbernya)

68. Tahiyat/menghormati Ka'bah adalah tawaf. (Tiada sumbernya)

69. Sesungguhnya seorang hamba apabila mendirikan solat maka sesungguhnya dia berada di dalam pemerhatian Allah. Apabila dia selesai sembahyang dan berpaling, Tuhan berfirman kepadanya: Wahai anak Adam, kepada siapa engkau mahu berpaling? Kepada yang mereka yang lebih baik untuk engkau daripadaKu? Anak Adam, hadapkanlah solat engkau kepadaKu, maka Aku bagi engkau adalah sebaik-baik yang patut dipalingkan kepadanya. (Dhaif jiddan)

70. Telah terlintas di dalam hati Musa: "Adakah Allah itu tertidur?" Maka Allah mengutus malaikat kepadanya dan tidak menidurkannya selama tiga hari serta memberikannya dua buah botol. Botol itu dipegang pada kedua-dua tangannya. Dia diperintahkan supaya menjaga botol berkenaan. Kemudian dia tertidur. Kedua-dua tangannya hampir berlaga. Diapun terjaga serta menjauhkan semula jarak kedua tangan yang memegang botol. Lalu dia kembali mengantuk dan tertidur sehingga berlagalah kedua-dua tangannya. Dan terpecahlah dua botol itu. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah telah memberi perumpaan kepada Musa, kalaulah Allah itu tertidur sudah pasti langit dan bumi tidak terkendali. (Dha'if)

71. Pandangan/melihat itu merupakan satu panahan dari panahan-panahan Iblis. Barangsiapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah, nescaya Allah akan memberikannya keimanan yang dirasakannya amat manis di dalam hatinya. (Dha'if Jiddan/sangat lemah)

72. Wudhu' hendaklah diulangi apabila darah mengalir keluar dari hidung. (Maudhu')

73. Iman bukanlah dengan angan-angan dan juga bukan dengan hias-hiasan tetapi apa yang tetap di dalam hati serta membenarkannya dengan perbuatan. (Maudhu')

74. Daabbah (binatang melata) akan keluar dengan tongkat Musa a.s. dan cincin Sulaiman a.s. Ia berkata ini: "Wahai mukmin." Dan berkata ini: "Wahai kafir." (Munkar)

75. Nabi s.a.w. keluar bersama Abu Bakar ke gua. Mereka berdua masuk. Kemudian datang labah-labah membuat sarang di pintu gua. (Dha'if)

76. Nabi s.a.w. telah terbau kentut seseorang lalu bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut, dan berwudhu'lah." Lelaki (yang kentut) itu malu untuk berdiri. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bangunlah siapa yang kentut dan berwudu'lah. Sesungguhnya Allah tidak malu daripada kebenaran." Lalu Ibnu Abbas berkata: "Wahai Rasulullah s.a.w., apakah tidak boleh kami semua bangun dan berwudhu' semuanya?" Baginda s.a.w. menjawab: "Bangunlah kamu sekelian dan berwudhu'lah." (Bathil)

77. Apabila umatku melakukan limabelas perkara ini, bala' bencana akan menimpanya: Apabila ghanimah/rampasan perang berputar-putar di sekitar orang kaya dan berkedudukan, apabila amanah menjadi harta rampasan dan apababila zakat sebagai satu denda (dikeluarkan secara paksaan). (Dha'if)

78. Mencintai dunia adalah kepala/pokok segala dosa kesalahan. (Maudhu')

79. Mencari yang halal itu adalah jihad. Dan sesungguhnya Allah mencintai seorang mukmin yang mempunyai pekerjaan. (Dha'if)

80. Setiap sesuatu itu mempunyai mempelai/pengantin. Mempelai al-Quran adalah surah al-Rahman. (Munkar)

81. Penghulu kepada suatu kaum itu ada khadam kepada mereka. (Dha'if)

82. Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh: Madu dan al-Quran. (Dha'if)

83. Syair Umaiyah bin Abi Shalt beriman tetapi hatinya kafir. (Dha'if)

84. Kebaikan itu tidak akan punah (tidak putus pahalanya). Dosa itu tidak akan dilupakan. Tuhan itu tidak akan tidur. Jadilah sebagaimana yang kamu mahukan sebagaimana yang kamu lakukan maka itulah yang kamu perolehi. (Dha'if)

85. Kesakitan menghadapi malaikat maut itu lebih dahsyat dari seribu pukulan pedang. (Dha'if Jiddan)

86. Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur Allah. (Dha'if)

87. Memberi fatwa dapat menyebabkan diri terjerumus ke dalam neraka. (Dha'if)

88. Takutilah firasat orang-orang beriman. Maka sesungguhnya dia memandang dengan nur Allah. (Dha'if)

89. Dunia adalah rumah bagi yang tiada rumah, harta bagi yang tiada berharta. Yang menghimpun dunia ini ialah orang-orang yang tidak berakal. (Dha'if Jiddan)

90. Jangan akhiri makan kamu dengan meminum air (Tiada sumbernya)

91. Sesungguhnya hati itu berkarat sebagaimana berkaratnya besi. Dan penghilangnya adalah istighfar. (Maudhu')

92. Kami kembali dari jihad yang kecil kepada jihad yang lebih besar. (Tiada asalnya)

93. Barangsiapa yang berbuka satu hari dibulan Ramadhan bukan sebab rukhsah dibenarkan oleh Allah, maka ia tidak dapat di-qadha'kan sekalipun dia berpuasa seumur hidup. (Dha'if)

94. Sesungguhnya Abdul Rahman bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak. (Maudhu')

95. Perkara halal yang paling dimurkai Allah ialah talaq. (Dha'if)

96. Apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah, maka wanita, kanak-kanak dan hamba mengucapkan: Thala'al Badru Alaina….. (Dha'if)

97. Jauhilah hasad. Maka sesungguhnya hasad itu memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu. (Dha'if)

98. Allah S. W. T telah berfirman: Aku adalah Allah, Tiada Tuhan selain Aku. Akulah Raja Segala Raja. Aku memegang hati-hati raja di dalam tangan-Ku. Sesungguhnya apabila hambaKu mentaati-Ku, Aku akan menukar hati raja-raja menjadi kasihan belas serta sayang ke atas mereka. Bila orang ramai (rakyat) mengingkari-Ku, Aku akan mengarahkan hati raja-raja ke arah kemarahan dan dendam ke atas mereka. Dengan demikian raja-raja akan meletakkan mereka dalam kesusahan dan penderitaan. Maka daripada kamu mengutuk mereka (pemimpin yang zalim), adalah lebih baik kembali mengingati-Ku dan merayu kepada-Ku supaya Aku dapat melindungimu daripada kekejaman mereka. (Dha'if jiddan)

99. Hadis azan dan iqamah di telinga bayi. (Dha'if jiddan)

100. Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari setiap orang yang bijaksana. Maka apabila dia menemuinya, dia lebih berhak memilikinya. (Dha'if)

_________________
zain y.s™

http://www.al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=9096&postdays=0&postorder=asc&&start=15
******************************
42. Barangsiapa yang dikurniakan anak, lalu diazankan ditelinga kanannya, dan di-iqamah di telinga kirinya, maka anak ini tidak akan diganggu oleh syaitan/jin. (Maudhu')

jawapan:

Mengenai azan walaupun hadis2nya dha'ef, Imam Ibn Qayyim (Tuhfatul Wadud) dan Imam alBaihaqee (Sya'bul Iman) berpendapat boleh azan dan iqamat kerana hadis2 dha'ef itu bila dikumpulkan menjadi kuat dari pelbagai jalur riwayat.

thtl

http://www.al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?t=9096&postdays=0&postorder=asc&&start=30

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 15-02-05 16:09




kak ummimq...

saya harap akak bukak balik ayat quran yg bermula dgn

"Wa la Tafqu ma laisa laka bihi ilm'..."

lagi satu kenapa akak suka sgt pakai kata2 albani...

1.albani tak kenal rijal al-Hadith yakni perawi2 hadith...

2.albani tak pernah belajar dengan tok-tok guru, sekadar mentelaah kitab2 di perpustakaan...(albani nie asalnya pustakawan)

3.albani terus buang hadith2 yg dianggapnya dha'if atau maudhu' berbeza dengan 'ulama-ulama hadith lain yg mengkritik atau membuat komentar.

saya cadangkan akak bukak kitab2 berkenaan hadith-hadith maudhu' dan bertemu dengan tok-tok guru dalam bidang hadith sebelum mengeluarkan hadith-hadith maudhu'.

wa allahu a'lam bis sawab.



p/s : bertaubatlah dan kembalilah ke jalan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Asya'irah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 16:33






-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 17:36


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah untuk menjawab persoalan anakanda abg_imam itu umi harap sangat anakanda carilah buku BIOGRAFI SYAIKH AL-ALBANI Mujaddid dan Ahli Hadits Abad Ini terbitan Pustaka Imam As-Syaffi'i. Harganya tak sampai RM 30.00. Setelah baca tu anakanda fikirlah sendiri. Nick pun abg_imam jadi rasanya nak jadi imam mestilah orang yang berakal dan tahu gunakan akalnya untuk mampu berfikir berdasarkan Al Quran dan Sunnah. asif.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menyombong diri di dunia, maka Allah akan merendahkannya pada hari kiamat, barangsiapa yang bersifat tawadhuk kerana Allah di dunia, maka Allah akan mengutuskan malaikat kepadanya pada hari kiamat kemudian menyerunya diantara orang ramai sambil berkata: "Wahai hamba yang soleh, Allah berfirman: "Kemarilah bersamaKu, kemarilah bersamaKu! Sesungguhnya kamu adalah orang yang tidak merasa takut dan sedih."



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 19:26




Wah.. asal letak camtu je hadis2 tu? Asal tak sebutkan sekali keharusan beramal dengan hadis2 tu? Terdapat sekian banyak antara hadis2 yg disebutkan di atas yang boleh diamalakan kerana mempunyai shawahid yang lain.

Menyebarkan dan menerangkan hadis mana yg maudhu' adalah baik, tetapi memaudhu'kan hadis tanpa pemeriksaan yang jelas adalah haram. Boleh ana tanya ummi (maaf kalau ana terkasar), sebelum ummi membuat posting ini, ummi sudah membuat takhrij bagi semua hadis2 ni ke? Sudahkah ummi memeriksa sendiri rijal hadis bagi setiap sanad yang ada dalam semua kitab2 rijal hadis yg ada? Atau, ummi sekadar copy n paste dari mana2 pihak?

Maafkan ana ya..

Cuma ana perlu jelaskan di sini sebagai satu amanah ilmiah yang ana ada, bahawa banyak hadis yg disebutkan di atas mempunyai syawahid lain yang membolegkannya diamalkan. Jangan sebarkan seolah-olah, ana ulang, seolah-olah hadis tersebut tertolak dan tidak boleh diamalkan.

Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 20:36




menarik kenyataan rahabiah. tapi, ana tak mampu nk mengupas. mungkin ade yang pakar utk mengurai percanggahan...

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 22:49




sebagaimana petikan awal, harap kita tidak menyalahkah sesama sendiri disini dan salurkan kepada mereka yang berkenaan.
Quote:

Note: Jika ada sesiapa mengesan kesilapan dalam terjemahan hadis2 berikut, harap lapor di: [email protected]



Quote:
Boleh dan dianjurkan mengamalkan hadis yang dhaif mengenai amalan-amalan utama dan anjuran ibadah serta ancaman dosa,asalkan bukan hadis maudhu’


Jika yang di maksudkan oleh rahabiah merupakan hadith yang di catatkan sebagai maudhu tetapi bukan, harap boleh beri feedback kepada penulis asal ([email protected]). sama-sama kita betul-memperbetulkan.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 15-02-05 22:59


t'lalau complicated untuk org2 seperti saye bicarakan.
kdg2 org2 yg tak tau ape2 mcm saye nila yg jadik mangse. nak dekat2 ngan Tuhan melalui sunnah nabi, ttp rupe2nye t'silap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 23:29


Terima kasih ibnu yahya atas respons.. Point tersebutlah yang perlu ditegaskan agar tidak terkeliru. Kerana di sini penulis mencampur adukkan antara yang benar-benar maudhu' dan yang dhoif tetapi ada syahid yg boleh diamalkan. Itulah point ana sebenanya.

Adapun permintaan penulis adalah sekiranya ada kesilapan pada terjemahan, bukan pada status hadis, jadi ana tidak rasa ia relevan.

Manakala komen ana tadi berkenaan status hadis, beban pembuktian dan pemeriksaan adalah atas penulisan asal, dan bukannya ana. Ana hanya mengingatkan agar jangan memaudhu'kan hadis yg ada asalnya dan jangan mengelirukan orang ramai bahawa hadis dhoif yg disebutkan tidak boleh diamalkan sedangkan ia boleh diamalkan.

Walaubagaimanapun, ana telah pun menghantar pembetulan kepada penulis asal dan menanti jawapannya.

Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-02-05 23:40




Berbesar hati atas tindakan rahabiah menghantar pembetulan kepada penulis asal. Adalah baiknya jika sama-sama dapat bertukar2 pendapat. Mungkin penulis ada alasan lain yang kita tidak menjumpai dan begitu sebaliknya yang di jumpai oleh rahabiah tetapi tidak di jumpai oleh penulis pada waktu ia menulisnya.

Quote:
Adapun permintaan penulis adalah sekiranya ada kesilapan pada terjemahan, bukan pada status hadis, jadi ana tidak rasa ia relevan.


Adapun dalam hal2 berkaitan Agama, saya yakin rabiah tidak akan sekadar mengikut permintaan ini. Malah, jika terlihat kesilapan dalam klasifikasi hadith.. ia merupakan satu kewajiban untuk sama2 memperbetulkannya walaupun tidak di minta oleh si penulis.

wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

Uwaimir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2288
Posting: 57

saudiarabia  


posticon Posting pada: 16-02-05 03:14


Bismillahirrahmanirrahim
wrt.

Alhamdulillah ada sedikit ruang utkku menulis di dlm kesibukan yg amat ini..

Pertama : Membahaskan persoalan ilmiah mestilah dengan cara yang ilmiah juga. Al Imam Muslim bin Hajjaj di dlm Muqaddimah Sahihnya meriwayatkan dari Ibn Mubarak bahawa : "Sanad itu adalah bahagian dari ad-Din kerana tanpa sanad sesiapa sahaja akan bercakap apa saja yang ia mahu"..

Ramai orang di luar sana bercakap persoalan agama sesuka hatinya. Kata Dr Hasan Hitu ilmu agama-lah yang paling dizalimi kerana sesiapa sahaja menyarung 'jubah' ulama utk bercakap mengenainya sedangkan ilmu2 lain misalnya kedoktoran,kejuruteraan dll diserahkan kepada pakar-pakarnya. Dan amat malang lagi sebahagian org2 yang kononnya bergelar ustaz (sekalipun menuntut ilmu sampai ke timur tengah) bercakap soal agama dengan cara yang sedikitpun tidak berbeza dengan org2 awam. Tidak ada penelitian dlm menerima ilmu bahkan tidak ada penelitian dalam menyampaikan ilmu. Dan bahkan juga tidak ada penelitian dalam membantah persoalan2 yg melibatkan ilmu!. Natijahnya org2 seperti inilah yang menjadi penyambung lidah pemfitnah paling ampuh dek kerana tsiqah masyarakat awam melihatkan "nametag" yang dipakaikan di dada yang kosong.

Dan hari ini ana ingin menanyakan kepadamu wahai syeikh2 yang berkenaan beberapa perkara yang jika kalian tidak dapat memberikan jawapan yang sempurna maka adalah baik buatmu mencari miftah yang baru agar dapat dibuka fikiran2 yang masih terbelenggu.

Pertama: Dari paparanmu wahai Syeikh tampak jelas kamu tidak pernah menelaah karya2 Muhammad Nasir-ul-Din Al Albani. Yang terpapar tidak lain melainkan kejahilanmu(mengenai tokoh yang dibantah) yang tersusun-susun berlapis-lapis secara sempurna.

Jika kamu benar dlm perkataan tunjukkan kepadaku bukti berupa karya2 beliau yang membenarkan segala dakwaanmu..di mana tempatnya agar dapat kuturunkan dari rak2ku kitab2nya dan melihat dakwaanmu.

Ini bukan kali pertama ana menemui kelompok org2 sepertimu. Mereka tidak pernah membelek kitab2 seperti Silsilah ahadith ad-Dhai'fah wa al-Maudhu'ah, Silsilah ahadith al-Sahihah, Sahih Jamiush Saghir, Sahih Sunan Al-Arba'ah atau kitab2 lain yang membahaskan persoalan fiqh tetapi terkandung perbahasan hadith yang rinci di dlmnya seperti Al Ahkam al-Janaiz, Al-Jilbab al Mar'ah al-Muslimah fi al-Kitab wa al-Sunnah, Al-Radd al-Mufhim dan lain2. Atau kitab takhrij hadithnya yakni Irwa al-Ghalil fi takhrij ahadith Manar al-Sabil yang dirangkaikan bersama dengan kitab2 takhrij hadith yang masyhur (seperti takhrij al-ihya oleh al-hafiz al-Iraqi, Nasb al-Rayah fi takhrij ahadith al-hidayah oleh al-hafiz al-Zaila'i dan Talkhisul habir fi takhrij ahadith Rafi'i al-Kabir oleh al-hafiz ibnu hajar al-'asqalani) oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawy di dlm kitabnya Kaifa Nataa malu bi sunnah al-Nabawiyyah.

Tidak mengenal rijal hadith, tidak mempunyai guru, seorang pustakawan, buang terus hadith tanpa ta'liq dan sebagainya merupakan tuduhan2 yang sangat batil yang pasti akan diminta pertanggungjawaban di hadapan Allah azza wa Jalla di negeri abadi kelak.

Dan utk syeikh yang lain yangmana gaya pertanyaannya kepada bonda yang kusayangi yang seolah-olah menunjukkan akan kelaziman penanya dengan kitab2 seperti al-Jarh wa at-Ta'dil li Ibnu Abi Hatim, Mizan al-I'tidal li az-Dzahabi, Tahzib at-Tahzib, Taqrib at-Tahzib li Ibnu Hajar Al-'Asqalani dan kitab2 seumpama yang terkenal dlm bidang jarh wa ta'dil. Maka dengan kealimanmu wahai syeikh datangkanlah segala syahid (syawahid) dan mutaba'ah utk membantah Al-Albani secara ilmiah(dan kukatakan kepadamu di dlm kitab Silsilah Ahadith ad-Dhai'fah wa al-Maudhu'ah Al Albani turut menghimpunkan penilaian2 ulama2 hadith terdahulu dgn perbahasan yg sangat rinci. Semaklah ke sana jika kamu benar2 org2 yang jujur dlm mencari kebenaran). Jika kamu tidak mampu maka datangkanlah penilaian yang berbeza dari muhaddithin lain yang dikenal samuderanya keilmuannya dlm bidang yang mulia ini(hadith) seperti Syeikh Syuaib al-Arnau't(kukatakan padamu takhrij dan tahqeeq syeikh ini ke atas kitab Zaad al-Maad fi hadyi Khair al-Ibad saling tidak tumpah dengan takhrij Al-Albani) atau muhadditsin besar sebelum Al-Albani yakni Syeikh Ahmad Muhammad Syakir atau mana2 muhaddith yang berada pada tingkatan yang sama atau hampir sama. Dan jika kamu gagal juga maka eloknya saja kamu mengikuti saranan dan nasihat Syeikh Syuaib al-Arnau't ketika mentahqeeq kitab yang besar yakni Siyar A'lam an-Nubala li az-Dzahabi di mana beliau menukil dari seorang ulama hadith Syam kaedah utk menerima, mengamalkan dan menyampaikan hadith.

Ana kira sebagai kesimpulan mengenai tuduhan ke atas Al Albani ini cukuplah perkataan al Imam Ibnu Hazm dlm salah satu bait syairnya...
...."Namun katakanlah dengan ilmu agar manusia mengetahui... siapa sebenarnya yang berilmu...."

Dan ana menyambung.."Dan siapa sebenarnya yang penipu.."..

p/s : bertaubatlah dan kembalilah ke jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan manhaj Salaf al-Salih kerana di sana terkumpul Rasul Junjungan bersama para sahabat, tabiin dan seluruh Imam panutan zaman (termasuk 4 Imam Mazhab) sebelum lahirnya aliran Asya'irah. Bahkan penisbatan aliran Asya'irah menjadi batal kerana Al Imam Abu Hasan Asya'ri telah kembali kepada manhaj salaf di akhir usianya. Sila rujuk Tabaqat al-Syafiiyin al-Kubra li al-Imam Ibnu Katsir.

Sekian tanggapan ringkasku di pagi hari yang hening...

Bookmark and Share

    


  Member Information For UwaimirProfil   Hantar PM kepada Uwaimir   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 10:47


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah Jazakallahu khairon katsiro wahai anakanda uwaimir kerana ayat petikan dari pandangan anakanda iaitu -

Dan utk syeikh yang lain yangmana gaya pertanyaannya kepada bonda yang kusayangi -

Sesungguhnya ungkapan tersebut penuh bererti buat bonda. Anakanda telah dapat meluahkan apa yang tersemat di hati bonda dengan ilmu dan ungkapan terpancar dari jiwa yang diberi petunjuk dan hidayah Allah SWT. Semoga infaq masa menjawab di sini Allah beri ganjaran setimpal.

Bagi anak-anak yang lain umi tidak berkecil hati walau sedikitpun akan kritikan dan juga pandangan terhadap diri umi tetapi awasilah dari mengkritik para ulama muktabar kerana mereka itu adalah pewaris para nabi (ulama'warasatul anbiya').

Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah-Nya ke atas kita semua kerana tanpa petunjuk dan hidayah-Nya kita tidak layak untuk mendapat Rahmat Nya kelak. Ameen Ya Rabbal Alameen.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - When you say, "I'm sorry", look the person in the eye.
(sekiranya orang itu sudah meninggal dunia bagaimana?)

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 11:06


Quote:

On 2005-02-16 03:14, Uwaimir wrote:
Dan ana menyambung.."Dan siapa sebenarnya yang penipu.."..

p/s : bertaubatlah dan kembalilah ke jalan Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan manhaj Salaf al-Salih kerana di sana terkumpul Rasul Junjungan bersama para sahabat, tabiin dan seluruh Imam panutan zaman (termasuk 4 Imam Mazhab) sebelum lahirnya aliran Asya'irah. Bahkan penisbatan aliran Asya'irah menjadi batal kerana Al Imam Abu Hasan Asya'ri telah kembali kepada manhaj salaf di akhir usianya. Sila rujuk Tabaqat al-Syafiiyin al-Kubra li al-Imam Ibnu Katsir.



Sapa yg dah kena tipu ni?!?!?!?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 17:11


Quote:
Dan utk syeikh yang lain yangmana gaya pertanyaannya kepada bonda yang kusayangi yang seolah-olah menunjukkan akan kelaziman penanya dengan kitab2 seperti al-Jarh wa at-Ta'dil li Ibnu Abi Hatim, Mizan al-I'tidal li az-Dzahabi, Tahzib at-Tahzib, Taqrib at-Tahzib li Ibnu Hajar Al-'Asqalani dan kitab2 seumpama yang terkenal dlm bidang jarh wa ta'dil. Maka dengan kealimanmu wahai syeikh datangkanlah segala syahid (syawahid) dan mutaba'ah utk membantah Al-Albani secara ilmiah(dan kukatakan kepadamu di dlm kitab Silsilah Ahadith ad-Dhai'fah wa al-Maudhu'ah Al Albani turut menghimpunkan penilaian2 ulama2 hadith terdahulu dgn perbahasan yg sangat rinci. Semaklah ke sana jika kamu benar2 org2 yang jujur dlm mencari kebenaran).



Bismillah Walhamdulillah..


Terima kasih atas ulasan saudaraku Uwaimir yang panjang lebar. Namun berhati-hatilah apabila anda membaca sesuatu tanpa meneliti dengan lebih dalam dan dari menerima penulisan seseorang tokoh dengan begitu kuat, sehingga menolak pendirian orang lain. (sekadar nasihat ya.. xperlu rasa tersinggung).

Alhamdulillah ana bukan setakat memiliki tetapi sudah melazimi semua kitab2 al-jarh watta'dil yang disebutkan dan yg tak disebutkan di atas semenjak umur ana belasan tahun lagi sehingga sekarang. Malah ana telah membacanya dengan guru2 yang ada. Ana juga telah belajar hadis2 dalam sunan sittah dari guru2 yg mempunyai sanad hadis2 tersebut sehinggalah kepada Rasulullah s.a.w. samaada di Malaysia, Singapura, Makkah, Madinah dan juga Mesir. Dan tak ketinggalan, ana juga telah membaca kitab2 Albani yang saudara sebutkan.

Kali pertama ana mendedahkan identiti ana di sini, bukan tujuan ana untuk takabbur atau ria' di sini. Malahan ribuan orang yang mengenali ana 'in person' juga tidak mengetahui semua perkara ini. Tetapi mungkin ini posting ana yg terakhir di sini jika bonda Ummi dan pengurusan ukhwah yg lain merasa tidak senang dgn ana. Ana hanya menjawab pertanyaan saudaraku Uwaimir. Hanya ana mengingatkan agar kita jangan terlalu membesarkan sesuatu perkara seolah-olah ianya ditolak tanpa memahami duduk perkara tersebut.

Berkenaan Sh. Nasir Albani ana tidak sekali pun menyentuh nama beliau (seingat ana) di portal ini. Mungkin saudaraku Uwaimir menyentuh kupasan abg_imam yang mengkritik beliau. Terimalah kritikan abg_Imam sebagai satu kritikan dari satu pihak, dan tidak perlulah melenting. Ana tidak menyokong jua tidak membantah, kerana ada kebenaran di sana, tetapi ada juga yang salah.

Ana juga tidak perlu membantah Albani secara ilmiah di sini, pertama kerana posting di sini bukanlah dinisbahkan kepada beliau, tetapi kepada penulis lain yang telah pun ana bantah. Keduanya, ana hormati Albani mengikut ilmu yang ada padanya dan gaya tahqeeq yang dibuat oleh beliau, walau ana tidak bersetuju pada beberapa cara dan penulisan beliau. Ketiga, kerana cukuplah bantahan ilmiah ke atas beliau yang dibuat oleh sekian banyak muhaddisin lain di zaman ini. Siapalah ana dibandingkan dengan para muhaddisin tersebut.

Ana juga menggalakkan saudara membaca kitab "At-Ta'rif bi awham man qassamas sunan ilas-sahih wad-dhoif" yang banyak perbahasan ilmiah di dalamnya. Tidak kira sama ada anda bersetuju atau tidak dgn penulisnya, tidak boleh dinafikan bahawa beliau telah membawa hujah yang konkrit dalam 5 jilid berkaitan kecelaruan Albani (menurutnya). Kalaupun tidak, saudara bleh berjumpa sendiri dgn para muhaddisin yang ada seperti Syeikh Muhammad Ibrahim Alkattani di Iskandariah, Mesir, atau Sheikh Muhammad Nuruddin Albanjari Almakki yang kini berada di Indonesia.

Perbahasan secara ilmiah bukan di sini tempatnya. Kecelaruan yang ditimbulkan hanya memeningkan banyak pihak, seperti yang terbukti dalam posting2 oleh ahli ukhwah yang lain. Jikalah anda ingin berhujjah bahawa semua hadis yang dibawakan adalah tertolak, maka berhujjahlah kepada mereka yang membawanya, bukan kepada masyarakat awam yang kurang mengerti.

Sekali lagi ana sebutkan, ana tidak menolak posting tersebut secara total, malah ana bersetuju dengan perenggan pertama dan kedua dalam posting tersebut. Ingatlah bahawa hadis yg dhoif yg tidak mencapai martabat dhoif yang terendah, boleh digunakan utk tujuan fadhailul a'mal dan pengajaran.

Apa yang mendukacitakan adalah hadis2 di atas dikumpulkan sekali (walaupun ada nota hujung padanya) dengan hadis2 yg tertolak sama sekali. Apabila berlaku percampuran sebegini, maka masyarakat awam, sekali pandang, akan menolak semua hadis2 dan atsar tersebut, walhal bukan semua yang tertolak.

Ana juga tidak gemar dengan cara kita copy n paste di laman ini tanpa mengetahui sedalam-dalamnya ilmu berkenaan apa yang dicopy n paste. Tapi dalam hal ini ana memuji Ummi kerana meletakkan rujukan tulisan ini kepada penulis asalnya, berbeza dengan sebahagian kita yang lain.

Insaflah semua. Kembalilah kepada ajaran salfunassoleh yang tidak pernah memasukkan perkara yang mengelirukan kepada masyarakat awam. Apabila mereka berdebat, mereka berdebat secara ilmiah sesama mereka. Apabila ada persoalan yang sensitif, mereka memarahi si penanya, kerana tidak mahu isu2 yg terlalu dalam dibahaskan oleh masyarakat. Begitulah adab para salafusolleh kita. Contohilah mereka.

Maaf jika posting ana selama ini di ukhwah ada membuat sesiapa kecil hati dan sebagainya. Tidaklah ana melakukan semua ini melainkan mengharapkan kebaikan untuk semua, dan kerehdaan dari Tuhanku.

Wallahu A'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 16-02-05 23:19


...

Usah dibicara dengan mereka yang terlalu mengagungkan al Bani, pasti tidak akan dapati titik noktah.

Ramai lagi ulama-ulama yang lebih thiqah selain al Bani, so kenapa kita hanya nak mengambil juga pendapat al Bani tanpa merujuk ulama-ulama hadith lain yang hidup lebih dekat dengan kurun Nabi SAW?

Biarlah mereka mempertahankan al Bani, biarlah... Jangan dok bid'ahkan pihak yang lain sudah. Sekiranya kamu guna al Bani, kami pun punyai ulama-ulama yang lebih thiqah sebagai hujah amalan kami.

Wahua'lam

p/s-letih bila berdebat dengan golongan yang mengaku salafi, walhal jauh dari manhaj salafi.

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-02-16 23:23 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: anNaQshY pada 2005-02-16 23:26 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-02-05 23:34




Quote:
Tetapi mungkin ini posting ana yg terakhir di sini jika bonda Ummi dan pengurusan ukhwah yg lain merasa tidak senang dgn ana


Secara peribadi, teruskan penulisan saudara rahabiah disini.

selamat kembali juga kepada Annaqshy.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

Uwaimir
Warga 2 Bintang
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 2288
Posting: 57

saudiarabia  


posticon Posting pada: 17-02-05 12:07


Bismillahirrahmanirrahim
wrt

Sedikit mencuri masa utk memberikan beberapa tanggapan penting.

Oleh kerana sudah menjadi kelaziman akh rahabiah menelaah kitab2 al-jarh wa al-ta'dil semenjak usia belasan tahun maka perbahasan kali ini akan dibentangkan dlm method muhadditsin sepenuhnya, ditambah faktor kecintaanku kepada hadith yang sangat mendalam

Berbalik kepada tuduhan2 batil akh abg_Imam yakni :
1) Al Albani tidak mengenal rijal hadith
2) Al Albani tidak mempunyai guru
3) Al Albani membuang terus hadith tanpa komentar

Maka utk itu kubawakan utkmu wahai syeikh untaian kata emas dari muhaddith besar benua India yakni Al 'Allamah Al-Luknawi di dlm kitabnya yang sangat penting yakni Al-Raf'u wa al-Takmiil pada bab al-Iqazh : " Wajib bagimu utk tidak tergesa-gesa menghukumi jarh terhadap seseorang rawi semata-mata kerana ada penilaian sebahagian ahli al-jarh wa al-ta'dil melainkan engkau harus MENELITI KEBENARANNYA. Kerana masalah ini amat penting dan banyak kendalanya. Anda tidak berhak menerima seluruh orang yang men-jarh terhadap rawi yang mana pun. Kerana seringkali didapati suatu hal yang menyebabkan gugurnya suatu jarh. Hal seperti ini banyak sekali bentuknya dan diketahui oleh mereka yang banyak menelaah kitab-kitab syari'ah. Antara lain :
i) ORANG YANG MENILAI JARH ITU SENDIRI KADANGKALA ORANG YANG DI-JARH. Dengan demikian penilaian al-jarh wa al-ta'dil-nya tidak boleh diterima begitu sahaja selama tidak didapati penilaian yang sama dari orang lain..."(hlm 115 -al-Raf'u wa al-Takmiil)

Dari sudut lain sebagai antara syarat diterimanya jarh adalah jarh yang disertai sebab-sebabnya yang jelas/ atau sebab2 yang memang masuk kategori jarh. Ini kerana agar kita dapat menilai apakah benar atau tidaknya jarh tersebut. Dan ini merupakan pendapat para imam yang hafiz dan kritikus hadith seperti al-Bukhari dan Muslim. Demikian penjelasan al-Khatib al-Baghdadi di dlm Al-Kifayah-nya.

Justeru utkmu wahai org2 yang menentang Al-Albani secara sembrono atau taqlid tanpa pernah mahu mengkaji nyatakan kepadaku hujjah2mu dlm membenarnya tuduhan batil akh abg_Imam itu. Kononnya ianya sebahagian benar dan sebahagiannya tidak benar. Mana bahagian yang benar? dan mana pula bahagian yang salah? Mari kita menjadi org2 yang jujur dlm membuat kajian ilmiah. Jika anta syeikh memang melazimi kitab2 muhaddithin dan termasuk kitab2 Al Albani maka yang melekat pada jiwamu adalah methodologi muhadditsin dlm apa jua aspek apalagi aspek yang menyentuh persoalan ilmu yang berkaitan dgn hadith2 Nabawi. Ketiga2 tuduhan batil tersebut satu pun tidak benar dan ini akan kamu akui jika sahih kamu menelaah kitab2 Al Albani kerana di sana terkumpul segala yang akan melenyapkan tuduhan2 liar ini. Di sana juga kamu akan mengetahui bahawa Al Albani ini adalah muridnya kepada al 'Allamah Muhammad Raghib al-Thabbakh dan beliau sungguh-sungguh telah "mewakafkan" kehidupannya utk berkhidmat kepada sunnah nabawiyah.

Kukatakan padamu juga bahawa jarh itu tidak diterima dari org yang mempunyai sentiman ke atas org yang di jarh tersebut. Ini seperti gugurnya jarh al Imam Al-Nasa'i ke atas Ahmad bin Shalih al-Mishri. Utk aspek seperti ini maka syarat jarh didahulukan ke atas ta'dil tidak terjadi. Sila rujuk kitab Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith oleh Dr Nuruddin 'Itr.

Berbalik kepada Al Albani siapa yang menjarh beliau? Hasan al-Saqqaf dengan kitab at-Tanaqudat itukah? yang mana kitab ini menjadi sumber 'hujjah' kepada org2 yang membenci Al Albani. Kukatakan padamu wahai syeikh bahawa kitab ini adalah bukti paling jelas kedustaan dan tidak amanahnya al-Saqqaf dlm penukilan ilmu. Beliau mengatakan Al Albani sekejap mengatakan hadith ini sahih atau hasan dan sekejap mengatakan ianya dhaif padahal yang sebenarnya Al Albani melemahkan hadith berdasarkan keadaan sanadnya dan rawi-rawinya. Ada hadith yang memang Al Albani lemahkan berdasarkan 'illat2 yang ada pada sanad tetapi kerana banyak jalur hadith ini maka Al Albani menilai hadith ini naik tarafnya menjadi hasan li ghairihi. Ini sgt jelas bagi sesiapa yang mendalami ulum al-hadith, namun al-saqqaf melakukan pendustaan yang tidak ada pada Al-Albani. Dan byk contoh2 pendustaan yang lain yang byk tersebar di internet.

Dan utk sudut yang lain memang sepertimana yang terjadi juga kepada muhadditsin sebelum al Albani(misalnya Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani), ada sebahagian kecil penilaian yang dirujuk semula setelah jelas hujjahnya, ini samada kerana tampak jelas illat yang sebelumnya tersembunyi atau kerana faktor2 yang seumpama. Dan tidak ada lain yang diinginkan oleh Al Albani melainkan kebenaran dan ini jelas antum wahai pembaca dapat melihat sikap yang mulia ini antaranya pada Muqadimah Sahih Sunan Al-Nasa'i.

Dan kukatakan padamu wahai syeikh rahabiah sesungguhnya antara sikap generasi salaf al-salih adalah menyatakan kebenaran dan membela para tokohnya dengan pembelaan yang teguh lagi bersikap adil. Apakah kamu wahai syeikh akan menerima dakwaan Yahya bin Main dan juga al-Ijli terhadap Al Imam Asy-Syafie? dan apabila ada org2 yang bangkit membela kebenaran dan membuang dakwaan2 batil ini seperti Al Imam Ahmad bin Hanbal, kemudian Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Bar, Ibnu Katsir dan seterus al-Hafiz Az-Dzahabi...maka kamu akan mengatakan bahawa ini semua(pembelaan) adalah sesuatu yang akan mencelarukan masyarakat awam...dan tidak boleh dibahaskan di sini. Maka natijahnya kukatakan padamu syeikh..kebenaran selamanya tidak akan diketahui oleh org2 awam! Dan kerana org2 sepertimu-lah wahai syeikh maka masyarakat awam mencemuh Ibnu Taimiyyah dengan memberi gelar2 yang batil seperti mujassimah/musyabihhah dan kafir padahal jika ditelaah kitab2 Ibnu Taimiyyah sedikitpun gelar2 yang batil ini tidak melekat padanya.

Lebih kurang 7 thn yg lalu(cepat benar waktu beredar) ana juga beraqidah dengan aqidah aliran asya'irah namun setelah terbentang di hadapanku kitab2 hadith terutamanya dan kitab2 aqidah karangan para muhaddith seperti kitab at-Tauhid karya al-Imam Ibnu Khuzaimah, al-Fiqh al-Akbar yg dinisbatkan kepada al-Imam Abu Hanifah, Syarh 'aqidah ath-Thahawiyah, al-Uluw',al-Aqidah al-Nazhamiyyah li al Imam Al-Juwaini gurunya al Imam al-Ghazali, al-Ibanah dan Maqaalat Islamiyyin(kedua yg terakhir ini adalah karya al Imam Abu Hasan Asya'ari) maka ana meninggalkan aliran ini dan beraqidah sebagaimana aqidahnya salaf al-salih dlm mengimani nash2 yang menyentuh sifat-sifat-Nya. Mengimani sifat2 khabariah tanpa ta'wil adalah kesepakatan ulama salaf sebagaimana tercatit di dlm kitab aqidah al-Nizhamiyyah karya guru al-Imam al-Ghazali(bahkan kesepakatan ini juga kamu akan jumpai dlm kitab al-Uluw karya al-Hafiz az-Dzahabi). Dan utk ini berbeza dgn dakwaanmu bahwa ulama sepakat utk beraqidah dgn aliran Asya'irah(ini dakwaanmu ditempat yg lain).

[Utk perbahasan aspek aqidah ini..Insya-Allah ada kelapangan akan kubentang secara rinci di dlm tajuk "Pembelaan Yang Terpuji Atas Manhaj Salafi" yg pernah kubuka sedikit waktu dulu.]

Adapun berkenaan hadith2 dhaif utk kegunaan Fadhail amal maka hal ini termasuk satu pendapat antara dua pendapat yang ada. Dan bagi yang berpendapat akan kebolehannya mestilah memerhatikan segala syarat-syaratnya sebagaimana yang dibentangkan oleh Syeikh Syuaib Al-Arnaut dan Syeikh Abdul Qadir Al-Arnaut di dlm Muqaddimah Zaad al-Maad agar antum tidak terjatuh ke dlm ancaman di dlm hadith ini :"Barangsiapa berkata atas namaku apa yang tidak pernah aku katakan, maka hendaklah dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam api neraka"(Hadith ini Mutawatir riwayat Bukhari dan Muslim)

Adapun syarat2nya secara ringkas adalah:
1) Tahap kedhaifan yang ringan sahaja di mana pada sanadnya tidak ada rawi yang kadzab, matruk.
2) Masih berada dlm lingkungan prinsip2 syariat secara global.
3) Tidak dii'tiqadkan sebagai hadith Nabi saw.

Dan org2 yang cenderung akan kebolehan mengamalkan hadith2 dhaif yang menepati syarat2 tersebut utk fadhail amal harus berlaku jujur menjelaskan segala syarat2 ini kepada org2 awam...akan mereka semuanya selamat dari terkena ancaman. Jangan sampai hadith2 dhaif yang menyangkut persoalan hukum-hakam pun disamaratakan juga seperti yang byk terjadi.

Adapun utk akh anNaqshy maka tidak ada gunanya memberikan tanggapan kepada org yang sedari awal tidak mahu membuka fikiran.

Sekian tanggapanku yg sedikit panjang. Mudah-mudahan bermanfaat.

p/s: Buat bonda yang disayangi, mudah-mudahan diperkenankan Allah swt utk kunjungan ziarah bersama zaujah di pertengahan tahun ini. Insya-Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For UwaimirProfil   Hantar PM kepada Uwaimir   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-02-05 12:16




Quote:
p/s-letih bila berdebat dengan golongan yang mengaku salafi, walhal jauh dari manhaj salafi.




mmg letih...mcm letih berbahas ttg mana datang dulu, ayam ke telur?....tak berkesudahan sampai biler2...

tu sbb ana seru diorang bertaubat jer...

kerana org spt2 mustaslifun dan syi'ah dan sewaktunya tak boleh dihukum murtad dan keluar dari islam cuma pegangan mereka terkeluar dari Ahli Sunnah Wal jamaah.

wa allahu a'lam



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 17-02-05 12:43


...

Ana cakap 'letih' tu, bukan apa, dah ada pengalaman berbincang dengan 'golongan yang ngaku salafi ni', tak ke mana. So, pandangan ana, biarlah mereka itu letih 'dalam gelanggang sendiri', lawan sorang-sorang. . Dah letih nanti, senyap la.

Apa-apa pun, tahniah kepada saudara rahabiah kerana berjaya menyampaikan mesage dan peringatan yang sewajarnya kepada ahli forum berkaitan dengan tajuk forum ini.

Imam mereka al Bani seorang sahaja, tapi imam-imam kita, ramai sejak bergenerasi ke generasi.

Biarlah mereka ikut al Bani seorang sahaja, biarlah meraka mengagungkan al Bani, biarlahhhhh..

Kita punyai lebih ramai ulama-ulama yang menjadi rujukan...

Wahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-02-05 12:47




HIDUP ISLAM!!!

HIDUP AHLI SUNNAH WAL JAMAAH!!!

HIDUP ASYA'IRAH!!!

HIDUP MATURIDIYYAH!!!

HIDUP SUFI DAN TARIQAT!!!!

ALLAHU AKBAR!!!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 17-02-05 14:13


Assalamu'alaykum...

Bagus topik ni, belum saya baca semua.

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

rahabiah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.11.2003
Ahli No: 5217
Posting: 76

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-02-05 14:30


,

Ana tidak ingin terjebak dalam menghina sesiapa secara melulu, mengecop seseorang sebagai taksub kepada mana-mana pihak atau bagaimana sekalipun. Dan ana bebas dari apa yang dikatakan oleh saudara-saudaraku yang lain.

Kelihatan akh uwaimir begitu beremosi dalam menjawab penyataan ana sehingga beria-ia menunjukkan ana tidak mengikut cara muhaddisin dan ulamak salafussoleh, sehingga mengambil kenyataan ana pada bab yg lain dimasukkan dalam bab yg lain, serta menisbahkan kepada ana kenyataan yang ana tak pernah sebut di mana jua sekali pun.

Bertaqwalah kepada Allah wahai saudaraku uwaimir dan diriku dari berhujjah dalam emosi dan perasaan. Sesungguhnya syaitan amat mudah memasuki hati kita dalam keadaan kita beremosi.

Apabila ana menyebutkan bahawa ana tidak mahu membuat apa2 komen berkaitan kenyataan abg_Imam, ana telah nyatakan 4 sebab, dan ia sesuai dgn manhaj para muhaddisin seluruhnya.

1) Di sana ada benar dan ada salahnya. Antara kebenaran posting tersebut adalah sh nasir albani pernah menjadi seorang pustakawan, dan banyak membaca dalam perpustakaan. Begitu juga beliau tidak banyak belajar dari masyaikh yang ramai tetapi hanya belajar dari beberapa orang syaikh yang mempunyai ilmu hadis. Itu kebenaran yang tidak boleh kita tolak.

Adapun al-jarh terhadap albani merupakan satu perkara yang ramai muhaddisin lain melakukannya, dan para muhaddisin tersebut adalah muhaddisin yang mempunyai tsiqah dan tidak ditajrihkan. Dan ia bukanlah jarah kerana sentimen.

Dalam bab ini ana mengambil sikap berhati-hati dan tidak akan menta'dil jua mentarjihkan secara semberono. Jadi biarlah ana mendiamkan sahaja di dalam posting ini.

2) Posting di atas bukanlah berkenaan Albani dan tidak dinisbahkan secara total kepadanya, tetapi kepada pengarang asalnya. Maka lebih sesuai jika ana membantahnya melalui email sahaja. Apalah guna ana membuat bantahan atau menyokong albani sedangkan ia telah lari dari tajuk perbincangan.

3) Ana sendiri menghormati pendirian ALbani dan cara pentahqeeqan beliau. Tidak kira ana bersetuju atau tidak dengan cara beliau, tetapi ana menghormati beliau dan mengatakan bahawa jika beliau mengatakan yang benar maka ana sokong, dan yang tidak sesuai dengan pemahaman ana setelah ana kaji semula, maka ana tinggalkan.

4) Kritikan ke atas ALbani telah didahului oleh ramai muhaddisin lain. Dan ana tidak perlu untuk menambah kritikan tersebut. Cukuplah ana katakan bahawa bukan hanya Hasan Sagaf sahaja yang mengkritiknya, dan jika anda belum membaca kitab-kitabnya, maka anda juga tidak sewajarnya mengatakan beliau mengkritik tanpa ilmiah. Selain itu, sudahkan anda menemui kitab At-Takrif yang ana sebutkan sebelum ini?

Ana juga tidak mengatakan tidak boleh membela kritikan orang lain. Dan posting ana sebelum ini adalah berkenaan adab berdebat para salafussoleh bukan berkaitan perkara2 bersentuhan Albani.

Sekali lagi ana sebutkan, ana tidak suka menyentuh perihal Albani di sini. Dan posting ana hanya berkaitan posting pertama oleh Ummimq. Ana hanya mengatakan tidak sewajarnya kita mencampur adukkan antara hadis hasan, hadis dhoif yang boleh diterima pakai dan hadis2 yg tak boleh diterima pakai, sehingga mencelarukan masyarakat.

Kelihatan banyak sekali tuduhan saudaraku Uwaimir terhadap ana dan seolah-olah mentajrihkan ana. Ana tidak akan letih berhujjah menegakkan kebenaran, tetapi mungkin sedikit terasa dengan lontaran yang diberikan. Ana berlindung dari kejahatan yang disebutkan dan ana bertaubat kepada Allah jika ada salah dan silap ana, dan memohon maaf kepada semua.

Kepada sidang ukhwah yang disayangi. Jika benar-benar anda ingin mendekatkan diri kembali kepada jalan Islam, carilah guru yang benar di luar sana. Dekatkanlah diri anda dengan masjid. Ikutilah kuliah oleh guru2 yang ditauliahkan oleh Jabatan Agama masing2. Sekadar itu nasihat ana.

Maaf sekali lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For rahabiahProfil   Hantar PM kepada rahabiah   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-02-05 19:46


Quote:

On 2005-02-17 12:16, ABg_IMaM wrote:

kerana org spt2 mustaslifun dan syi'ah dan sewaktunya tak boleh dihukum murtad dan keluar dari islam cuma pegangan mereka terkeluar dari Ahli Sunnah Wal jamaah.

wa allahu a'lam





Macam mana pulak ni Bang... cerita sikit!
TQ

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 18-02-05 12:37


WRT...

Kembali kepada perbincangan asal, yang timbul ialah 'hadith doif' untuk di amalkan. Tu ja, dan yang jadi penjang lebar, sebab 'posting' awal sekali berkenaan 'hadith doif' yang telah ditahqiq oleh al Bani.

Elok la masing-masing balik pi ngaji mustalah hadith, rujuk guru yang thiqah, jangan pi tanya ahkam.net lak. Rujuk kitab yang thiqah pengarangnya dan berguru bagi sapa yang tak dak basic dalam pengajian agama.

Dan seeloknya, kalau nak takhrij hadith, banyak kan la guna kitab. Kitab ulama-ulama silam yang lebih thiqah dan punyai sanad. Bukan niat ana di sini, menolak sepenuhnya al Bani, pesanan ana, ELAKKAN.

Berkali ana pesan, ulama yang takhrij hadith ramai. Jangan sekadar al Bani kita jadikan rujukan. al Bani, ramai ulama lain yang telah membuat komentar mengenai beliau. Dan jangan melenting sekiranya kita menyatakan perihal al Bani. Masalahnya, terlalu taksub sehingga melenting apabila menyentuh hal berkaitan al Bani.

Tu yang cuba ana jelaskan pada posting yang sebelum ini.

Wa Allahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 18-02-05 12:45


WRT...

Mmm terlupa nak tanya, saudar uwaimir ngaji kat mana? Tengok bendera tu cam arab saudi, maaf la kalau tersalah pandang. Atau tersalah teka.

Wa Allahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-02-05 13:30


thanks 4 the info...
jauhkanlah beramal dgn hadith dhaif...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-02-05 03:43


kalau rase nak dapat kan hadith yang sahih...
yang taknak rase was was...
pastikan la ade periwayatnya di kalangan sahabat sahabat...dan dipetik dari kitab kitab yang besar je..
eg: bukhari , misykat , asbahani , kitab kitab imam.., al tirmizi,

pada hemat saye...
ececechehhh...

ermm..kalau rase hadith tu bagus...amalkan jela...
kite kene amal dan sampaikan...
kite kene la sedar...
ape je yang dikatakan datang dari nabi saw..itu adalah benar..sahih...
tapi..pk logik la...
kalau kite bukan ustaz...bukan maulana..setakat blaja stpm je ker..pastu..tak rajin bukak kitab kitab hadith...tak yah la nak komen bebanyak...

ninja...
syorkan kawan kawan..
dapatkan kitab
muntakhab ahadith....ataupon..fadhail amal...
kitab ni ade reference yang sahih...ade firman..dan hadith hadith yang tak yah susah susah nak pk...laku ke tak laku...

yang penting..
dapat dengar...amal..dan sampaikan...



Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-02-05 03:46


tenkiu cuz sedari bagi penerangan yang lengkap...

info yang berguna dan tak ternilai...
tenkiu...
haaa...
kalau ade lagi info..bgth la..
bahaya kalau beramal dengan hadith yang tak betul ni..buleh sesattttt...sesatt jalan boleh patah balik..sesattt agama...takut takut syirikkk....



Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 19-02-05 12:47




Quote:
kerana org spt2 mustaslifun dan syi'ah dan sewaktunya tak boleh dihukum murtad dan keluar dari islam cuma pegangan mereka terkeluar dari Ahli Sunnah Wal jamaah.

wa allahu a'lam




--------------------------------------------------------------------------------



Macam mana pulak ni Bang... cerita sikit!
TQ



maksud ana di sini ialah mereka tak boleh sama sekali dihukum murtad sbb mereka masih lagi mengucap dua kalimah syahadah...

cuma pegangan mereka ada yg bertentangan dengan pegangan AWSJ yg sebenarnya berasal dari al-Quran,as-Sunnah,Ijma dan Qias.

mmg ada hadith yg menyebut bahawa hanya AWSJ masuk syurga dan lain2 masuk neraka.

tp kita lihat balik hadith nabi s.a.w.

"sesiapa yg ucap 'la ilaha illa allah' dia masuk syurga."

jadi kita fahamkan bhw mustaslifun dan sy'iah termasuk dlm golongan yg nabi s.a.w. sebut masuk neraka tu...tp taklah mcm org kafir dan munafiq yg kekal selama2nya.

mereka ini juga akan dpt rahmat dari Allah dgn sbb mereka masih berpegang dgn kalimah syahadah.

wa allahu a'lam bis sawab.

kalau pandangan ana silap,tolong betulkan yer rahabiah,an-naqhsy dll.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 19-02-05 18:58


Quote:

On 2005-02-18 13:30, wafa_mawaddah wrote:
thanks 4 the info...
jauhkanlah beramal dgn hadith dhaif...



WRT...

Maaf saya katakan, kita boleh mengamalkan hadith dhoif, selagi mana tidak terkeluar dari syarat-syarat yang telah digariskan oleh ulama hadith.

Istilah 'menjauhkan', tu saya rasa tidak bertepatan.

Seperti saya katakan sebelum ini, saya tegaskan, molek jika sidang forum kembali bertanya kepada mereka yang arif dalam bidang mustalah hadith.

Pesanan, 'jangan' di tanya segelintir orang yang terus menolak pengamalan hadith dhoif. Tidak kita sedari, ada golongan yang suka memporak perandakan masyarakat dengan menyeru ke arah tidak bermazhab, dan mentah-mentah menolak pengamalan hadith dhoif.

Wa Allahu a'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

masri1
Warga Rasmi
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14545
Posting: 1
Dari: Negeri Sembilan atau Melaka

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-02-05 01:58


aslm wbt.....
ulama' berkhilaf ttg pengamalan hadith dhaif..ada yg memebnarkannya...ada yg tidak...yg membenarkannya juga bukan secara mutlaq..dan juga dhaifnya bukanlah terlalu dhaif ...
dan dlm pengamalannya pula ada syarat2nya....tidak boleh dijadikan dalil hukum...
dlm bab tarhib, targhib dan fadhail amal ia dibenrakan dgn syarat dinyatakan kedhaifannya.....tidak boleh disebar kpd org ramai tanpa disebut kedhaifannya....dan tidak boleh disandar secara pasti kpd Rasulullah SAW spt dgn kita berkata bhw 'Rasulullah SAW pernah bersabda' etc...

p/s..ini masri..maaf guna id baru sbb id lama x dpt log in..setting akaun ana di ukhwah telah bertukar tanpa ana tahu siapa yg menukarnya di mana emel ana telah ditukar..n password ana juga ditukar....maka masri1 ini adalah id ana yg baru diukhwah...
sekian aslm wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri1Profil   Hantar PM kepada masri1   Pergi ke masri1's Website   Quote dan BalasQuote

Enjinior
Warga Rasmi
Menyertai: 20.02.2005
Ahli No: 14567
Posting: 1

blank  


posticon Posting pada: 20-02-05 20:03


Quote:
jangan pi tanya ahkam.net lak.



assalamua'laikum,

Kenapa tak boleh tanya al-Ahkam? Setahu saya, PUM pun menyenaraikan al-Ahkam sebagai salah satu website soal-jawab. Jika mereka tak tahu kesilapan al-Ahkam sepertimana sedara tahu, mungkin sedara boleh laporkan kepada mereka. Kerana saya rasa saranan PUM seakan-akan mereka mengiktiraf al-Ahkam sendiri.



Bookmark and Share

    


  Member Information For EnjiniorProfil   Hantar PM kepada Enjinior   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 23-02-05 22:32


alaa...bakpe nak berbalah hal isu isu ceni...
kita serahkan jela pada alim alim kita dalam isu ceni...diorang kan blaja kitab kitab...so..diorang lebih pakar...
kalau rasa konfius hal hadith ni..dan nak sangat blaja bab hadith..
dapatkan je la kitab kitab yang dah memang sahih...

kitab imam imam...asbahani..ar targhib..muslim..bukhari dan muslim...tabrani..
nasai..ibnu majah...heh..banyak lagi la kitab kitab yang terdapat di pasaran...

blaja hadith..adalah untuk dapatkan nur hadith dan al quran...bile nur dah masuk dalam hati..mudahla amalkan semua perintah Allah....

ninja pon baru baru nak blaja...
ilmu kan luas...
ilmu nabi saw ibarat lautan...berbanding dengan ilmu imam bukhari....ibarat air di hujung jari...

paham tak ni....



Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

insan_kalam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.08.2003
Ahli No: 2802
Posting: 104
Dari: batu pahat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-02-05 22:47


assalammualaikum...


jangan la sekali2 kamu berbalah2 tentang apa yang kamu tak tahu.yang penting...apa yang kita lakukan berdasarkan niat yang murni,hanya pada ALLAH.hanya ALLAH yang tahu tentang apa yg kita tak tahu




Bookmark and Share

    


  Member Information For insan_kalamProfil   Hantar PM kepada insan_kalam   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-02-05 21:30


betul betul...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 27-02-05 01:00




Ini topik yang sering menimbulkan kontraversi dlm Islam. Ana teringat 20 prinsip Hasan al Bana urutan ke-6 yakni : Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali kata-kata Rasullah SAW yang bersifat maksum. Perkataan para solehin (salafussoleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan hadith.
Jika tidak, al-Quran dan hadithlah yang menjadi ikutan kita yang utama. Tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilaf. Kita serahkan mereka dengan niat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang telah mereka kemukakan.

Kembali ke topik. Jika dilihat dari 100 hadist dhoif diatas umumnya hanya bersifat perkhabaran dan tidak menyangkut amalan, jadi ianya tdk akan menganggu akidah Islamiyah.

Adapun mengenai hadist dhoif para ulama masih berbeda pendapat antara boleh atau tidak untuk mengamalkannya. Akan tetapi menurut pendapat ana jika ucapan2 sahabat atau tabiin dan orang orang sholeh lainya yang nilainya dibawah hadist, bisa diambil ikhtibarnya kenapa hadist dhoif justru ditolak?

Disatu sisi alangkah tidak bijak kalau kita masih memperdebatkan shohih atau tidaknya hadist dgn hanya membawa pendapat pendapat para ulama. Maksud ana mari kita kita menuju pada era "amalan" dari Hadist hadist yg sdh kita tahu atau secara umum menerapkan ajaran agama yang sudah kita dapat. Sebagi contoh, apalah gunanya berilmu banyak tetapi dgn tetangga sebelah kurang baik sementara kita sudah tahu hak tetangga dlm Islam.
Ana sering memperhatikan jika dua orang berdiskusi mengenai agama kelihatanlah egonya. Bukankah Islam mengajarkan tawwaduq pada umatnya? Hanya islam yang mengajarkan sifat ini maka mari kita amalkan!

Di portal inipun sdh banyak ilmu.
Kita sebenarnya sudah berilmu hanya masih kurang dari segi amal. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-02-05 11:40


Quote:

On 2005-02-27 01:00, abu_muaz wrote:


Ini topik yang sering menimbulkan kontraversi dlm Islam. Ana teringat 20 prinsip Hasan al Bana urutan ke-6 yakni : Perkataan seseorang boleh diterima atau ditolak, kecuali kata-kata Rasullah SAW yang bersifat maksum. Perkataan para solehin (salafussoleh) mesti kita terima jika bersesuaian dengan al-Quran dan hadith.
Jika tidak, al-Quran dan hadithlah yang menjadi ikutan kita yang utama. Tetapi kita tidak melemparkan kecaman dan mencacatkan seseorang dalam masalah khilaf. Kita serahkan mereka dengan niat mereka masing-masing kerana mereka telah melakukan sesuatu dengan apa yang telah mereka kemukakan.

Kembali ke topik. Jika dilihat dari 100 hadist dhoif diatas umumnya hanya bersifat perkhabaran dan tidak menyangkut amalan, jadi ianya tdk akan menganggu akidah Islamiyah.

Adapun mengenai hadist dhoif para ulama masih berbeda pendapat antara boleh atau tidak untuk mengamalkannya. Akan tetapi menurut pendapat ana jika ucapan2 sahabat atau tabiin dan orang orang sholeh lainya yang nilainya dibawah hadist, bisa diambil ikhtibarnya kenapa hadist dhoif justru ditolak?

Disatu sisi alangkah tidak bijak kalau kita masih memperdebatkan shohih atau tidaknya hadist dgn hanya membawa pendapat pendapat para ulama. Maksud ana mari kita kita menuju pada era "amalan" dari Hadist hadist yg sdh kita tahu atau secara umum menerapkan ajaran agama yang sudah kita dapat. Sebagi contoh, apalah gunanya berilmu banyak tetapi dgn tetangga sebelah kurang baik sementara kita sudah tahu hak tetangga dlm Islam.
Ana sering memperhatikan jika dua orang berdiskusi mengenai agama kelihatanlah egonya. Bukankah Islam mengajarkan tawwaduq pada umatnya? Hanya islam yang mengajarkan sifat ini maka mari kita amalkan!

Di portal inipun sdh banyak ilmu.
Kita sebenarnya sudah berilmu hanya masih kurang dari segi amal. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.





aslm wbt..kamu bertanya knp nadith dhaif ditolak..bukankah rasulullah memberi ancaman kepada sesiapa yg berdusta di atas namanya.....berdusta mengatakan ini qaul2 dari rasulullah saw adalah satu hal yg amat jelek sekali.....knp perlu diungguli hadith dhaif jika masih byk lg hadith sahih dan hassan.....

walau apa pon tujuannya, jgn sesuak hati nk menyebar hadith dhaif.......jgn hingga msykt keliru mana qaul dr rasulullah saw mana qaul yg direka-reka....
sekian aslm wbt

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 27-02-05 19:23


kamu dari riau blaja pesantren ya...??
mungkin buleh di guna pakai...
banyak perkare dalam dunie ni ade perbezaan pendapat para ulamak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

condemned
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9566
Posting: 121
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 27-02-05 23:09






Bookmark and Share

    


  Member Information For condemnedProfil   Hantar PM kepada condemned   Pergi ke condemned's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-05 01:31


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah di bawah ini umi paparkan tentang kenapa kita berbeda pendapat.

Sebab2 berbeda pendapat ini ada 4:

A. Penguasaan Ilmu

1. Nas ada atau tidak ada nas. Kalau ada nas boleh dijadikan dalil
atau tidak?

2. perbedaan dalam memahami nas (IQ, EQ, kelulusan akademik,
kemampuan peribadi, pengalaman, taraf imam atau mujtahid)

3. perbedaan dalam merawat nas2 yg nampak bertentangan

4. perbedaan dalam menguasai usyul Fiqh

B. Jenis
Muslim pula ada tiga jenis:

1. ulama'
2. awam
3. penuntut

C. penyakit
Ada dua sifat yg tidak sepatutnya ada:
1. Sifat Fanatik (ta'asub)
2. Sifat Ekstrim (Ghuluw)


Inilah TIGA daerah yg menyebabkan kita selalu berbalah.


s2s

http://www.smartgroups.com/message/readmessage.cfm?gid=1573218&messageid=3333&startid=3333

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

abu_muaz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9096
Posting: 224
Dari: Riau - Indonesia

indonesia  


posticon Posting pada: 28-02-05 04:22





Quote:
kamu dari riau blaja pesantren ya...??
mungkin buleh di guna pakai...
banyak perkare dalam dunie ni ade perbezaan pendapat para ulamak...



Pendidikan ana rendah aje, cuma ana sering lihat jika seseorang mendalami agama timbul rasa egonya. Inilah yang paling berbahaya. Seharusnya makin berilmu makin baguslah hubungannya dgn orang lain. Makin "cantik" dlm berdiskusi.

Teriak sana sini, fatwa ini itu. Padahal ilmu cuma dikulit buku.




Bookmark and Share

    


  Member Information For abu_muazProfil   Hantar PM kepada abu_muaz   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-02-05 04:26


masyaallah....
mustahil ilmu tuan di tahap rendah...
care tuan menulis menunjukkan tuan ni seorang yang memiliki ilmu yang luas..
apakah kiranya ilmu yang luas tu dapat tuan salurkan...
kamu cakap itu betul...ramai yang ilmu setakat di kulit buku..tapi..bagi pendapat seolah olah sudah habes blaja kitab...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 28-02-05 04:29


yang ninja tahu...orang indonesia ni..yang mane ninja kenalla..ilmu nya tinggi tinggi...tapi..kenapa mendiamkan diri..??
ade sekali..mase di shah alam..ninja jumpe seorang lelaki dari indonesia..die blaja tafsir al quran bertahun tahun..senang cakap..ilmu al quran memang dalam dada die la..tapi..orang nye biase je..tapi...perkataan perkataan die memang berhikmah la..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

anNaQshY
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 58
Posting: 102
Dari: Sana

Kedah  


posticon Posting pada: 10-03-05 19:19


Quote:

On 2005-02-27 11:40, masri2 wrote:
aslm wbt..kamu bertanya knp nadith dhaif ditolak..bukankah rasulullah memberi ancaman kepada sesiapa yg berdusta di atas namanya.....berdusta mengatakan ini qaul2 dari rasulullah saw adalah satu hal yg amat jelek sekali.....knp perlu diungguli hadith dhaif jika masih byk lg hadith sahih dan hassan.....

walau apa pon tujuannya, jgn sesuak hati nk menyebar hadith dhaif.......jgn hingga msykt keliru mana qaul dr rasulullah saw mana qaul yg direka-reka....
sekian aslm wbt



...

Maaf saudara masri, saudara masri kena ngaji balik la bab mustalah hadith ni... Saudara dah terkeliru, antara hadith dhoif ngan haditih mauduk... Ada perbezaan yang nyata antara 2 istilah tersebut.

Hadith dhaif bukan hadith yang direka-reka, tapi hadith yang tak sampai kepada makam hadith sohih atau hasan sebab kurangnya syarat syarat nak dapat taraf hadith sohih. Semua syarat basicnya ada 5, mungkin ada tak cukup syarat, jadi taraf dhoif. Apa apa pun, saudara balik ngaji dulu la sebelum nak tuduh orang sebarkan hadith dhoif.

Imam an Nawawi dalam mukaddimah al azkar, dia kata boleh amalkan hadith dhoif mengikut syara-syaratnya. So, jangan dok pandai pandai kata langsung tak boleh guna dan amalkan hadith dhoif.

Wa Alla hua'lam...

P/s-nak rujuk ahkam.net pun, leh gak, sila la. Sy tak nak berbalah benda kecik tu, cukuplah sy mempunyai hujah kenapa dan mengapa untuk diri sy.



Bookmark and Share

    


  Member Information For anNaQshYProfil   Hantar PM kepada anNaQshY   Pergi ke anNaQshY's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.163574 saat. Lajunya....