Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jikalau semua umat Islam itu berjemaah pada solat Subuh, nescaya kekuatan kami tidak dapat menandingi Islam
-- -- Pembesar Yahudi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: ShannonTodd
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43149

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 63
Ahli: 0
Jumlah: 63




  Yang Masuk Ke Sini
razani: 12 hari yang lalu
abid_19: 13 hari yang lalu
JonathanBaker: 15 hari yang lalu


Awas!
Topik: Sosej X Halal


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Sosej X Halal

Please Mendaftar To Post


Oleh Sosej X Halal

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-02-05 14:00


assalamualaikum,
attention to all muslim!

Sosej tak halal


Mungkin ada yang terlepas pandang....

Petikan : UTUSAN MALAYSIA Seksyen 3, Muka surat 12 keluaran 14 oct
2004.

JABATAN Perkhidmatan Haiwan (JPH) mendedahkan tiada satu pun pembekal
'sarung dan kulit' sosej dari luar negara diiktiraf dan disahkan halal
dimakan oleh pengguna Islam di negara ini. Ia sekaligus menunjukkan
sosej
yang diimport dan dijual secara meluas dipasaran, kini boleh dipersoal
serta
diragui 'kesuciannya'. Pengarah Bahagian Kesihatan Awam Veterinar JPH,
Dr.
Mohd Kamaruzaman Mohd Sharif berkata, pihaknya memang tidak mengiktiraf
sarung atau kulit sosej yang diimport. Memang benar, sehingga kini JPH
tidak
pernah mengesah atau mengiktiraf sarung sosej import sebagai halal.
Kalau
benda yang tidak halal untuk dimakan tetapi dimakan juga, maka haramlah
jadinya," katanya pada Utusan Malaysia. Beliau bagaimanapun tidak
mengulas
lanjut mengenai perkara itu.

Sosej adalah makanan daripada daging cincang dan dipadatkan dalam
bentuk
ketulan tertentu. Sarung atau 'casing' tersebut dibuat daripada sumber
haiwan yang lazimnya melibatkan usus bebiri atau kambing. Sarung
berkenaan
diperlukan bagi membentuk sossej tersebut.

Selain itu, terdapat juga sarung sosej yang diperbuat daripada
'kolagen'
iaitu lapisan protein yang boleh didapati daripada kulit binatang.
Sementara
itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ketika dihubungi mahu
semua
pihak terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi
perhatian
serius kepada isu sarung sosej ini kerana ia adalah antara makanan
kegemaran
masyarakat Islam.

Menurut koordinator projek PPIM, Noor Erwandy Mohd Noor, walaupun
sumber
haiwan yang digunakan adalah lembu atau kambing, namun jika ia
disembelih
tanpa mengikut syarak maka hukumnya boleh dipertikaikan. "Orang Islam
jangan
ambil mudah bab halal haram ini kerana makanan yang diambil akan
menjadi
darah daging kita. PPIM kesal kerana semakin hari, semakin ramai orang
Islam
ditipu... tempoh hari ayam dicampur babi dalam satu stor, lepas itu
kita
mengesan kuih bulan mengandungi babi, kini sosej pula dibuat
menggunakan
sumber haram," katanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nampaknya kita orang Islam sering dianiaya. Bila kita baik dan diam
MARUAH
sebagai orang Islam dicabar. Ada masa dan ketikanya saya terfikir
adakah
benar kita di aniaya atau sebenarnya kita sendiri yang memberi ruang
untuk
di aniaya? Fikir-fikirkanlah wahai umat Islam.

"Ya Allah tetapkanlah imanku, iman kaum kerabatku dan iman keturunanku
supaya aku sentiasa berada di dalam perlindungan Mu. Jadikanlah kami
ini
tergolong dalam golongan yang sentiasa cintakan Mu setiap nafasku.
Jauhkanlah kami daripada mereka-mereka yang berniat ingin menganiaya
kami
baik secara sengaja mahupun tidak sengaja. Semoga kami di tempatkan di
kalangan orang-orang yang beriman di sisiMu." Amin Ya Rabbal A' Lamin.

wassalam, n' pls tell this to other muslims!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

atie82
WARGA SETIA
Menyertai: 15.12.2004
Ahli No: 13074
Posting: 1080
Dari: Papar,[email protected]

Sabah  


posticon Posting pada: 13-02-05 14:17


....

thank for this info...

lepas nie tak nak beli sosej lagi dah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For atie82Profil   Hantar PM kepada atie82   Pergi ke atie82's Website   Quote dan BalasQuote

SITIHAMIZAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.12.2004
Ahli No: 13091
Posting: 192
Dari: the garden of knowledge and virtue

Johor  


posticon Posting pada: 13-02-05 16:29


Ya Allah, betul ke info ni? nampaknya...sekarang ni kena lebih berhati-hati kalau nak makan... thanks 4 the info...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SITIHAMIZAHProfil   Hantar PM kepada SITIHAMIZAH   Quote dan BalasQuote

irshahril
Warga Rasmi
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12888
Posting: 4
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 17-02-05 12:51


innalillahi wainnalillahi roji'un...
ape yang terjadi harus dipertikaikan hingga ke akar umbi agar sama same mendapat keredhaanNya

Bookmark and Share

    


  Member Information For irshahrilProfil   Hantar PM kepada irshahril   Pergi ke irshahril's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 17-02-05 12:53




PPIM patut perjelaskan jenama sosej mane yg tak halal tu untuk makluman umat Islam...

setakat bgtau mcm tu....lebih keliru kita...

takkan sosej buatan Ramly Burger pun haram jugak...

jadi PPIM dan JAKIM perlu buat pemantauan segera.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

putri_ibu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 11007
Posting: 29
Dari: Bumi KenyaLAnG

Sarawak  


posticon Posting pada: 25-03-05 21:22




rasanya sekarang ni ana dah stop makan sosej...
sebab dah timbul was-was dalam hati...



Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_ibuProfil   Hantar PM kepada putri_ibu   Quote dan BalasQuote

zujlah_mj
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.02.2005
Ahli No: 14517
Posting: 69
Dari: ^PermatA JohoR^

Johor  


posticon Posting pada: 25-03-05 23:21


nasihat u korang sume...tok sahlah makan makanan yg pelik2 lagi...sbb ia mmg meragukan..makan yg mmg dah timbul syak ni boleh jatuh haram tau!!! contohnye ayam KFC(tak loya ke korang),fishball...n yg sewaktu dgnnye ..

makanan halal ..amt pnting kerana ia akan jadi darah daging kita.

wallahu a'lam



-----------------
kurangkan gurau senda kerana umat yg berjuang itu akan berjuang dgn brsungguh2:hasan al-bana.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zujlah_mjProfil   Hantar PM kepada zujlah_mj   Quote dan BalasQuote

SuhailMdAsri
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.03.2005
Ahli No: 15308
Posting: 51
Dari: Brunei Darussalam

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-03-05 23:37


Hmmm.. Ramli burger halal. Ana ada banyak maklumat ttg makanan halal haram cuma tak pasti betul ke tidak, Insya Allah semuanya betul...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SuhailMdAsriProfil   Hantar PM kepada SuhailMdAsri   Quote dan BalasQuote

SuhailMdAsri
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.03.2005
Ahli No: 15308
Posting: 51
Dari: Brunei Darussalam

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 25-03-05 23:38


Hmmm.. Ramli burger halal. Ana ada banyak maklumat ttg makanan halal haram cuma tak pasti betul ke tidak, Insya Allah semuanya betul... kalau nak sila hubungi ana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SuhailMdAsriProfil   Hantar PM kepada SuhailMdAsri   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.081264 saat. Lajunya....