Oleh |
Best Sangat Ke Kalau Jadi Orang Yang Cantik Dan Hensem??? |
zuhalam
Warga Rasmi Menyertai: 27.01.2005 Ahli No: 13936
Posting: 8
|
Posting pada: 11-02-05 21:21
Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat. Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna. Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda. Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu. Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan? Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat. Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur. Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya. Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN. Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandangan ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan larangan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!
|
sahabat_ingatan
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.05.2003 Ahli No: 808
Posting: 397
Dari: Melaka
|
Posting pada: 11-02-05 22:01
insafkan diri di tahun baru ni
|
Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.11.2004 Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala
|
Posting pada: 11-02-05 22:17
betul kata sahabat_ingatan tu..tak sampai ke mana cantik dan handsome tu...cuma yang kekal dan bersama kita masa akhirat nanti ialah amalan kita..so,sesiapa yang dianugerahkan kecantikan dan handsome tu,ingatlah ianya tidak akan kekal!!!
|
nurse_intan
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2004 Ahli No: 11770
Posting: 125
|
Posting pada: 11-02-05 23:08
sume tu hanya pinjaman. sampai masa nnt akan diambil semula. so, sntiasa bersyukur la dgn ape yg kita ade ni..
|
nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang
|
Posting pada: 11-02-05 23:28
tah lah ye... ana tak penah plak alami situasi mcm tu... ----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 11-02-05 23:32
bersyukurla kepada allah atas nikmat dariNya..
|
hanishumaira
WARGA SETIA Menyertai: 11.02.2004 Ahli No: 7196
Posting: 546
Dari: Gombak
|
Posting pada: 12-02-05 02:22
kita sama je erk di hadapan Allah...
|
Jackie_uniten7
WARGA SETIA Menyertai: 20.09.2003 Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 12-02-05 08:52
manusia ni semua cantik. terpulangla camna die jaga kecantikkannya. kalau amik x peduli je. mana org nak suka.
|
jah_teratai
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2005 Ahli No: 14264
Posting: 92
Dari: EepOoh
|
Posting pada: 12-02-05 09:26
... sume manusia ni cantik dan hensem.. kan allah dah bgtau manusia ni allah cipta lebih cantik dr jin dan jin yg paling cantik ialah manusia yg paling hodoh.. jd x de sorg pon manusia yg x cantik kat dunia ni..
|
cornation
Warga 1 Bintang Menyertai: 06.12.2004 Ahli No: 12840
Posting: 35
|
Posting pada: 12-02-05 12:12
TUHAN menjadikan makhlukNYA sempurna supaya kita menghargaiNYA...so jadikan ianya satu anugerah yg x ternilai harganya....
|
nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 28.05.2003 Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah
|
Posting pada: 12-02-05 12:36
xdek soalan lain ke nk tny....???? ----------------- hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..
|
maisarahlisa
WARGA SETIA Menyertai: 29.12.2003 Ahli No: 6068
Posting: 466
Dari: Pahang~Selangor~Dubai
|
Posting pada: 12-02-05 13:12
Tak kisahlah cantik ke hodoh.. yang penting amalan kita.... pst.. lihatlah mereka yang cantik dan hensem..mudah menyalahgunakan kecantikan yang diberi...
|
ABg_IMaM
Menyertai: 10.09.2003 Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban
|
Posting pada: 12-02-05 17:19
sebenarnya terpulang pd kita kan... yg cantik dan solehah = bagus yang hensem dan soleh = bagus yg hodoh dan soleh/solehah = baik yg cantik/hensem dan tak soleh/solehah = tak bagus yg hodoh/tak lawa dan tak soleh/solehah = apo ko goman... tulah dehhh...
|
nice_pesan
Warga 3 Bintang Menyertai: 20.05.2003 Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...
|
Posting pada: 12-02-05 18:11
assalamualaikum senyum2 selalu x cantik pun jadik cantik... ****************** May AllaH send We All PeacE
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 12-02-05 18:21
Rajin2 amik wudhu'.., selalunya orang yang dah sebati dgn wudhu' ni..muka dia sejuk jer bila pandang... sometimes kalau engok orang cantik api hai tak tenang pun buat apa kan? Air wudhu' u mampu jadikan wajah kita sempurna dari segala segi...dah tak payah nak pakai pelembab..!! he he!!
|
jah_teratai
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2005 Ahli No: 14264
Posting: 92
Dari: EepOoh
|
Posting pada: 12-02-05 21:43
... ana rase.. org yg hensem atau lawa ni.. mmg payah hidup depa.. sbb asek kene kaco jerk.. asek kene fitnah jerk... susah worr hidup.. ...
|
itsjustme
WARGA SETIA Menyertai: 22.08.2004 Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL
|
Posting pada: 12-02-05 22:06
betul kata jah_teratai... ana setuju. p/s : senyum sokmo...Hargailah Anugerah Ilahi, gunakanlah ia sebaik mungkin ke arah jalan yang di redhai-Nya. ----------------- Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai
|
amyra_myra
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari
|
Posting pada: 13-02-05 11:11
cantik itu subjektif..terpulanglah pd individu utk menilainya...kekurangan yg ada pd diri...mungkin suatu kelebihan buat dirinya.. ----------------- no pain..no gain..
|