Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 155
Ahli: 0
Jumlah: 155




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Hin Atirec Kan Ayas (Baca secara songsang, dari kanan ke kiri)


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Hin Atirec Kan Ayas (Baca secara songsang, dari kanan ke kiri)

Please Mendaftar To Post


Oleh Hin Atirec Kan Ayas (Baca secara songsang, dari kanan ke kiri)

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 27-06-03 16:58


Original Post Date: Fri Jul 27, 2001 3:48 am
Notes: One of my 'famous' articles. Quite surprised how extensive this has been distributed on the Net, hingga sekali tuh dapat balik posting nih --- cuma all the personal data has been changed. Ada pula orang lain CLAIM yang dia tulis this piece! Don't know if the links still work though! Would fit it nicely with the rest of current E2 articles.


Assalamualaikum.

Kebelakangan ini saya menerima banyak emel yang mengatakan bahawa artikel saya (termasuk HDLN) adalah semakin "heavy" dan dah kurang "fun". Jadi izinkan saya membentangkan sesuatu yang mungkin menarik, tapi dalam masa yang sama mungkin boleh dipandang serius.

Memandangkan isu "black metal" nih sedang hangat dipersoalkan, teringin jugalah saya nak share sesuatu yang sebenarnya dah lama ada tapi tak ramai masyarakat di Malaysia ni menyedarinya. Sepertimana yang saya katakan dahulu, setiap perkara ada "Bright Side" dan "Dark Side"nya. Muzik pun tak terkecuali. Yang penting adalah budi bicara kita menilai sesuatu perkara dan nawaitu sebenar (yang semestinya positif) dalam kita melakukan perkara tersebut.

Untuk memanfaatkan artikel ini sepenuhnya, anda memerlukan kad bunyi (sound card), speaker dan perisian Real Audio (boleh download kat http://www.real.com ) Kalau yang takder tuh, anda masih boleh menikmatinya, namun kuranglah "ummph" sikit!! Pada mulanya saya hendak attachkan semua sound files yang berkenaan ke dalam emel ini. Namun setelah dicongak, nanti jenuh pulak mereka yang guna dial-up modem nak mendownload. Jadi saya cuma sertakan "link" ke soundfile tersebut.

Mungkin ada yang musykil dengan tajuk artikel nih. Bahasa amende tuh? Tapi kalau perhatikan betul-betul, ia sebenarnya adalah ayat songsang yang mana kalau diterbalikkan akan berbunyi "Saya Nak Cerita Nih". Pada akhir tahun 60an dan awal 70an, ramai yang mempercayai bahawa lagu-lagu popular Inggeris ada mengandungi "mesej tersirat" apabila dimainkan secara songsang. Contohnya kalau ada lagu yang berbunyi "Dog Si Eh" bila mendengarnya secara biasa, bila dimainkan songsang ia akan berbunyi "He is God". Banyak kumpulan-kumpulan rock ketika itu berlumba-lumba cuba memasukkan "mesej tersirat" ini di dalam lagu mereka, secara sedar ataupun tidak sedar, seperti The Beatles, The Eagles, Led Zepplin, Kiss, Styx dan banyak lagi.

Namun yang ingin saya sentuh adalah beberapa lagu di mana mesej songsang ini dimasukkan secara "tidak sengaja". Maksudnya, ketika penulis lagu tersebut hendak memasukkan lirik, beliau tidak menyangka bahawa liriknya akan "berbunyi lain" apabila dimainkan secara songsang. Jika dilihat bagaimana "halusnya" mesej tersebut dimasukkan, ramai yang berpendapat bahawa ianya hanya boleh dilakukan oleh "kuasa yang bukan milik manusia". Dalam konteks ini, ramai yang berpendapat bahawa ianya dilakukan oleh Iblis sendiri untuk mengelirukan umat manusia.

HOTEL CALIFORNIA (The Eagles)

Saya mula dengan lagu nih sebab ramai orang Malaysia tahu lagu nih. Selalu kita dengar kat radio dan selalu juga menjadi "favourite" kat kelab karaoke. Mungkin tak ramai yang sedar bahawa "Hotel California" nih BUKANLAH menceritakan pasal hotel macam Hyatt, Shangri La atau Concorde tuh, tapi ianya mengisahkan tentang gereja syaitan yang pertama di Amerika Syarikat diasaskan oleh Anton Le Vay pada tahun 1969. "California" di sini merupakan nama sebatang jalan di Los Angeles yang mana gereja syaitan tersebut dibina. Ramai artis terkenal ketika itu menganggotai gereja ini.

Sebelum generasi baru kita nih mengenal CD, orang-orang dulu menggunakan "piring hitam". Saper yang tak pernah tengok boleh tanya kat bapa atau datuk. Kulit dalam album Hotel California (boleh dibuka menjari double folded) memaparkan gambar lobby sebuah hotel yang dipenuhi oleh pengunjung. Namun jika diperhatikan betul-betul, imej lelaki dibelakang kaunter hotel tersebut bukanlah sebuah gambar, tetapi sebuah "lukisan" yang di "paste" kan dalam gambar tersebut. Lelaki tersebut ialah Anton Le Vay. Dan kalau anda lihat di bahagian atas sebelah kanan, anda akan dapat melihat "lembaga perempuan" yang agak menakutkan sedang menerkam dari atas ke pengunjung yang berada di bawah.

OK...sekarang kita cerita pasal mesej songsang dalam lagu tu. Ada baris dalam lagu tersebut yang bila dimainkan secara biasa akan kedengaran:
"There were voices down the corridor, thought I heard them say, Welcome to the hotel California." (Dengar dengan melawat ke http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/hotel-fwrd.rm)

Namun bila dimainkan secara songsang, mesejnya akan berbunyi:
"Yeah Satan, he organized, oh, he organized his own religion. Yeah, when he knows he should, how nice it was delicious, he puts it in a vet he fixes it for his son which he gives away". (Dengar dengan melawat ke http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/hotel-rvrs.rm )

Kalau diperhatikan lirik lagu tersebutpun, ianya mengisahkan perihal seorang lelaki yang sesat di tengah "jalan padang pasir" yang gelap terjumpa dengan sebuah bangunan seperti hotel yang mana seterusnya beliau bermalam. Kemudian beliau menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan berbagai "penghuni hotel" yang pelik-pelik dan seterusnya terserempak dengan suatu upacara pemujaan di dalam sebuah bilik ("In the master's chambers, they gathered for a feast. They stabbed it with their steely knives but they just can't kill the beast"). Permandangan ini menakutkan beliau dan beliau cuba lari dari tempat tersebut. Namun bila beliau tiba di pintu, beliau ditahan oleh penjaga bangunan tersebut yang mengatakan "you can check out anytime you like, but you could NEVER leave...."

Menurut Glenn Frey dan Don Henley, penulis lagu tersebut, ketika menulis lirik "Hotel California" mereka seakan didorong oleh "kuasa ghaib" yang "menuliskan" liriknya. Dua tiga hari selepas lagu tersebut siap, barulah mereka mengetahui bagaimana lirik lagu tersebut sejibik menceritakan perihal gereja Anton Le Vay tersebut, yang mana mereka langsung tidak menyedari sebelumnya..

Saspen kan...?

STAIRWAY TO HEAVEN (Led Zepplin)

Lagu ini merupakan contoh No 1 bila berbicara tentang mesej "syaitan" yang disongsangkan dalam lagu. Ketika itu, Led Zepplin merupakan "peminat" Aleister Crowley, salah seorang paderi "syaitan" yang terkenal di barat. Malah Jimmy Page, anggota kumpulan Led Zepplin telah membeli rumah Crowley di Scotland tidak lama dahulu, yang dikenali oleh pengikut syaitan sebagai "The Toolhouse" dan sebelum ini digunakan sebagai lokasi pemujaan. Crowley juga menggalakkan pengikutnya supaya belajar bercakap dan membaca secara songsang.

Salah satu dari petikan lagu tersebut, bila dimainkan secara biasa akan berbunyi:
"If there's a bustle in your hedgerow, don't be alone now, it's just a spring clean for the May queen. Yes there are two paths you can go back, but in the long run there's still time to change the road you're on". (Dengar dengan melawat ke http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/stairway2heavan-fwrd.rm )

Puuh....puitis habiskan? TAPI bila disongsangkan, ia akan berbunyi:
"Here's to my sweet Satan. The one whose little path would make me sad, whose power is satan. He'll give you 666, there was a little toolshed where he made us suffer, sad Satan". (Dengar dengan melawat ke http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/stairway2heavan-rvrs.rm )

Satu lagi baris lagu tersebut berbunyi:
"Your stairway lies on the whispering wind" (Dengar dengan melawat ke http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/stairway-fwrd.rm )

Dan bila disongsangkan akan berbunyi:
"Because I live with Satan" (Dengar dengan melawat ke http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/stairway-rvrs.rm )

PENUTUP

Kalau dilihat contoh-contoh diatas, perhatikan bagaimana bahasa yang jika dipertuturkan secara biasa membawa sesuatu erti TAPI apabila disongsangkan membawa erti yang sungguh berlainan sekali. Contohnya apabila kita menyebut "wake up", bila disongsangkan ia akan seolah-olah berbunyi "F^%K YOU". Cuba dengar di http://www.mohammedi.freeserve.co.uk/nin-rvrs.ram

Namun haruslah dimaklumkan bahawa kadang-kadang kita "memaksa" diri kita untuk melihat atau mendengar sesuatu benda yang sememangnya tak pernah wujud sehingga akhirnya "benda" tersebut kelihatan. Macam kata orang tua; "Cuba hang tengok, atas pokok tuh ada hantu". Jadi kita melihat pokok tersebut, mengamatinya, membentuk daun-daun dan ranting beserta cahaya bulan yang malap dan akhirnya otak kita akan menafsirkan pengamatan kita tersebut sebagai "suatu lembaga di celah pokok". Jadi nampaklah "hantu".....

Sebab itulah banyak "claim" yang mengatakan bahawa banyak lagu-lagu popular sekarang mempunyai "mesej tersurat" bila disongsangkan, termasuklah lagu-lagu dari Michael Jackson, Bee Gees, Alanis Moriesette dan yang terbaru, Backstreet Boys!! Malah lagu "Twinkle Twikle Little Star" pun dikatakan ada "mesej tersurat"!!! Namun ianya terpulanglah pada cara anda "memaksa" otak anda menafsirkan mesej tersebut. Mungkin sesetengah orang akan mendengar "Ghggjgj Ohjhjghh dajnj Hkjiysa" namun kita akan mendengarnya sebagai "Aku Nih Memang Hantu".... Adakah ianya sekadar imaginasi, ataupun sememangnya ada "mesej lain" yang tersurat bila lagu tersebut disongsangkan???

He...he.... lepas nih cubalah songsangkan lagu Siti Nurhaliza, KRU atau Ziana Zain lak, tengok ader tak "mesej tersurat...."

Sekarang apa pendapat anda?

Wassalam

Asrul Muzaffar Mohammed


© 2000-2002 ASRUL MUZAFFAR MOHAMMED, All Rights Reserved

The Copyright in this work is vested in Asrul Muzaffar Mohammed and the documents are issued in confidence for the purposes only for which it is supplied. It must not be reproduced in whole or in part or used for tendering or manufacturing purposes except under agreement or with the consent in writing of Asrul Muzaffar Mohammed and then only on condition that this notice is included in any such reproduction.

The author may be reached at [email protected]

To join the Bandar Utopia eGroup, send a blank email to [email protected]
or visit the eGroup website at
http://groups.yahoo.com/group/bandarutopia


-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

pondok_moden
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 260
Posting: 52
Dari: mantel bumi

Pahang  


posticon Posting pada: 07-07-03 16:59


Ermm.. nak tanya sket, pasal songsang tu mcm ape?

-----------------
oddisey


Bookmark and Share

    


  Member Information For pondok_modenProfil   Hantar PM kepada pondok_moden   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 08-07-03 22:19


maksudnya diterbalikkan...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-07-03 11:28


perang salib era baru......
setelah gagal utk menang selama 198 tahun
selepas itu barat mula berfikir..
islam tak perlu diperangi dengan senjata lagi
tapi hanya diperangi dengan cara pemikiran...
oleh itu pelbagai cara utk memusnahkan akidah org islam..inilah penekanan terbaik utk menghapuskan islam yakni org islam itu disemaikan dengan keduniaan dan sedikit sebyk akan rosak akidahnya.
dan org islam yg rosak akidah itu sendiri yg akan menjahanamkan islam itu sendiri.
pandang pd diri kita adakah kita dr golongan sedemikian.adakah keluarga kita.adakah masyarakat kita.dan adakah pemimpin kita yg tergolong dlm golongan yg sebegini.fikirkan.....

p/s...mungkin kata2 ini bermaksud politik tapi..
dgn tegasnya saya katakan..DR MAHATHIR
tergolong dlm golongan ini...

-----------------
Cintailah ALLAH sepenuh jiwa.
Sayangilah rasul setulus budi.
Kasihkanlah ibu bapa seikhlas hati
rindukan syurga firdaus sejujur rasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 10-07-03 15:52


perang demi perang, sebenarnya komplot mereka. World War I, World War II...jajah negara orang...adalah perancangan teliti lagi terperinci pihak FREEMASON..kenapa mereka buat? tentulah ada kepentingan tersendiri..disamping mengaut keuntungan yang ada, mereka juga menyebarkan fahaman mereka. dan negara kita, utk merdeka, para pemimpin perlu sign satu perjanjian. kena jadi ahli freemason...tapi, tolongla ye, jangan persoalkan...itu urusan mereka dengan Allah...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100779 saat. Lajunya....