Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
-- ummimq (Kaunselor)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 42 hari yang lalu
al-biruni03: 71 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Pendidikan muzik tingkat sahsiah pelajar


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Pendidikan muzik tingkat sahsiah pelajar

Please Mendaftar To Post


Oleh Pendidikan muzik tingkat sahsiah pelajar

kakyongju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.04.2004
Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-02-05 10:49


Pendidikan muzik tingkat sahsiah pelajar


KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan menjadikan pendidikan muzik sebagai pendekatan bagi meningkatkan sahsiah diri pelajar, kata Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.



Beliau berkata, usaha itu antara cadangan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin ke arah menjadikan sekolah tempat yang menyeronokkan bagi pelajar selain membantu mengembangkan potensi mereka pada tahap paling maksimum.

“Kita akan meneliti lebih mendalam aspek penyediaan pelajar dan guru supaya mempunyai pengetahuan dan kemahiran muzik selaras kehendak terkini pada peringkat institusi pengajian lebih tinggi dan pasaran.

“Kita juga akan meneliti aspek penggunaan teknologi dan perisian terkini bagi membantu pengajaran dan pembelajaran muzik,” katanya sempena lawatan beliau ke Kolej Muzik Antarabangsa (Icom) di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, kementerian terbabit juga akan menyelaraskan semua peralatan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), infrastruktur, peralatan muzik, guru terlatih dan kepemimpinan sedia ada di sekolah sebelum menentukan pengetahuan dan kemahiran muzik diperluaskan ke semua jenis sekolah.

Katanya, pada masa ini sekolah rendah dan menengah seluruh negara mempunyai kira-kira 5,300 guru muzik dengan 13,900 pelajar mengikuti bidang itu, tahun lalu.

“Pada masa sama dianggarkan 60 peratus sekolah rendah dan 80 peratus sekolah menengah menubuhkan kelab berkaitan kesenian termasuk kelab muzik.

“Kira-kira 80 peratus sekolah rendah dan 90 peratus sekolah menengah juga menganjurkan kegiatan muzik berkumpulan seperti pasukan kompang, koir, gamelan, caklempong, pancaragam bras, orkestra bertali dan kombo tanpa menubuhkan sebarang kelab,” katanya.

Pendidikan muzik mula dilaksanakan sejak 1983 dan menjadi mata pelajaran wajib di semua sekolah rendah kerajaan manakala projek perintis pendidikan muzik di sekolah menengah dimulakan di 20 sekolah sejak 1996.

“Sehingga hari ini 130 sekolah menawarkannya sebagai subjek dan pendidikan muzik menjadi mata pelajaran wajib pada peringkat pendidikan menengah rendah di sekolah terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, di peringkat menengah atas, muzik ditawarkan sebagai elektif dan pelajar mengambilnya untuk diuji dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tiada peperiksaan untuk subjek itu dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Katanya, pada masa sekarang Bahasa Muzik, Kemahiran, Kreativiti dan Apresiasi diajar kepada semua pelajar di setiap peringkat dengan 30 peratus menumpukan kepada pengetahuan akademik dan selebihnya dari sudut pengalaman amali.

*************************************************************************************************

Sejauh mana kebenarannya yer muzik dapat meningkatkan sahsiah pelajar...Apa pandangan adik2 semua.Isu ni pro & knotra..Ada ker kajian yg dah dibuat mengenai kaitan muzik dan sahsiah ni...Mungkin ada kot...sapa yang tahu,sharelaa maklumat tu..mungkin jugak x ade... ...Bagi kita orang Islam,untuk mempertingkatkan sahsiah kita,ambik jer contoh sahsiah Rasulullah SAW. Betul tak???

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongjuProfil   Hantar PM kepada kakyongju   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 03-02-05 14:15


seronok nak baca org ukhwah respond pasal muzik ni.....apa kata mereka...


p/s:tunggu dan lihat....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 03-02-05 16:43


PADA SAYA MUZIK IS OK.....IA MENYEMAI PERASAAN HARMONI PADA PARA PELAJAR.....cuma kita perlu perhati apa jenis muzik yg hisyamudin maksudkan....kalau muzik2 instumental macam kitaro etc...its realy good...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 03-02-05 16:46




betul lah tu...pendidikan muzik biarlah yg positif dan ada nilai-nilai manusiawi....bukan nilai syaitani...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 04-02-05 11:00



muzik muzik gak tapi jangan terlalu la'gha, melalaikan dan of course tak bertentangan dengan syariah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 04-02-05 16:43


minat klasikal

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 05-02-05 09:20


baguslah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 06-02-05 14:40


Sama la ngan Joshua...minat klasikal muzik.
Tapi muzik klasik Melayu la

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-02-05 20:05


fuh. skali masuk rock n roll. 'twiss'

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-02-05 21:13



Ni ajaran mana pulak ni pakai muzik tingkat sahsiah pelajar ni.

Muzik ni muzik yang macam mana ?

Muzik yang diboleh dalam islam ialah nasyid dan lagu2 yang ada unsur kesopanan dan tidak bercanggah dengan nilai agama....

WARGA UKHWAH SEMUA, NABI SAW DIUTUSKAN KE MUKA BUMI NI ANTARA UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA....

NABI BAWAK AJARAN AL-QURAN...BUKAN AJARAN MUZIK....

BIDAAH AKHIR ZAMAN LA NI.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 07-02-05 01:03


dah jawab dah orang tak reti music. dlm al-guran pun ada music. gaya membaca ngan hukum2 tajwid n so on. consider 1 music (bahasa seni). even alam sekitar ni pun ada music. kalau duduk dalam hutan, dgn bunyi cengkeriknya, semua menghasilkan alunan music. alunan music jenis ni memberi ketenangan. music ada byk jenis. semuanya ada fungsi. bukan melalaikan kalau digunakan dgn betul.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

Islamic_prince88
WARGA SETIA
Menyertai: 25.05.2004
Ahli No: 9164
Posting: 587

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 15:10


muzik x salah..

tp takut nanti generasi pemimpin kita akan datang..hanya tau muzik je...
tanya pasal islam? kantoi......
tanya pasal ekonomi? kantoi.......
tanya pasal sahsiah? kantoi......

kdg kdg ana rasa remaja negara kita terlalu dimanjakan dgn hiburan.
Konsert sana,Festival sini,Kelab malam sana.

p/s:Risau giler...camner la keadaan 10-20 tahun akan datang,dimana remaja masa kini pula yang bakal menerajui negara ni.

Wallahualam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For Islamic_prince88Profil   Hantar PM kepada Islamic_prince88   Pergi ke Islamic_prince88's Website   Quote dan BalasQuote

jasfyra
Warga 1 Bintang
Menyertai: 03.12.2004
Ahli No: 12772
Posting: 22
Dari: kajang

Selangor  


posticon Posting pada: 07-02-05 15:42


sokong idea Jackie_uniten7.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jasfyraProfil   Hantar PM kepada jasfyra   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-02-05 15:50






Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 07-02-05 16:25


minat muzik yg biasa je dan tak membingit telingga . dulu pernah juga belajar main keyboard n gamelan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 07-02-05 16:33


Quote:

On 2005-02-07 01:03, Jackie_uniten7 wrote:
dah jawab dah orang tak reti music. dlm al-guran pun ada music. gaya membaca ngan hukum2 tajwid n so on. consider 1 music (bahasa seni). even alam sekitar ni pun ada music. kalau duduk dalam hutan, dgn bunyi cengkeriknya, semua menghasilkan alunan music. alunan music jenis ni memberi ketenangan. music ada byk jenis. semuanya ada fungsi. bukan melalaikan kalau digunakan dgn betul.



sokong pendapat tu....mana ada manusia yg tak nk dgr apa2 lansung...cuba laa buka minda tu sikit....muzik tu universal.....anything can be a music

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.115949 saat. Lajunya....