Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
5,000 tahun dulu Confusius berkata, "Belajar!"; 1,500 tahun dahulu ayat Quran pertama ialah, "Baca!"
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 280
Ahli: 0
Jumlah: 280




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: MEMANCING PERHATIAN WANITA....!!!


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» MEMANCING PERHATIAN WANITA....!!!

Please Mendaftar To Post


Oleh MEMANCING PERHATIAN WANITA....!!!

TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.11.2004
Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 13:18


1.TENANG....
Jika anda terlalu beria2.., ia boleh merosakkan semua 'niat baik' itu. Sebenarnya membuat wanita datang pada anda lebih dulu bukan perkara rumit! Anda hanya perlu tampil seadanya pada wanita yang anda suka. Tunjukkan bahawa anda seorang yang sederhana, jujur, sopan, sekali gus 'charming'. Semua itu akan membuat wanita terpikat pada anda.

2.BERSEMANGAT ....
Terutama ketika mendengar cerita2nya (walaupun itu hanya cerita2 biasa yang sebenarnya kurang menarik). Wanita dapat melihat bahawa anda seorang yang boleh diajak bicara. Jangan lupa untuk selalu memberikan tanggapan, saranan, nasihat, ataupun kata2 yang positif ketika wanita meminta pendapat anda atau ketika wanita bertanya tentang suatu masalah pada anda.

3.JANGAN MEMILIH ....
Jika selama ini anda termasuk seorang yang punya 'selera' tinggi dalam memilih teman wanita, mulai sekarang cubalah untuk tidak terlalu menetapkan kriteria rumit untuk mendapatkan calon kekasih. Perkara ini sebenarnya merupakan kebiasaan jelik yang banyak dilakukan lelaki atau pun wanita. Apalagi jika mereka merasa bahawa status sosialnya mulai meningkat. Anda perlu sentiasa ingat bahawa 'tiada siapa pun yang bersifat sempurna'.

4.JANGAN BERFIKIRAN NEGATIF ....
Ini akan membuat wanita kurang senang terutama jika dia merasakan dirinya dibandingkan dengan wanita lain.

5.JANGAN MENGONGKONG
Anda boleh memperlihatkan perasaan suka anda, sekali gus berharap wanita akan menyukai anda. Tetapi itu tidak memberi anda hak untuk mengongkong, apalagi sampai mengikatnya. Wanita punya kebebasan yang sama seperti lelaki dalam bergaul atau pun beraktiviti bersama teman2nya.

6.PINTAR MEMBACA SITUASI....
Jangan halangi dan sempitkan ruang geraknya. Jangan pula sentiasa berada dekatnya. Jangan biarkan dia berfikir segala kegiatan yang dilakukannya harus dilakukan atas izin anda. Jika anda begitu, wanita akan berfikir apa akan jadi dengan dirinya nanti jika anda jadi kekasihnya???

7.BIARKAN WANITA MENEKA ...
Buat wanita meneka2 di mana anda berada sekarang, apa yang sedang anda lakukan, dan dengan siapa anda berada. Dengan tiu wanita akan waswas, khuatir, cemas, bercampur rindu atas ketidakhadiran anda ini.

8.SEDIA MEMBANTU ....
Ketika dia dalam kesusahan atau ada masalah , perlihatkan bahawa diri anda terbuka untuk mendengar dan bersedia memberi saranan agar masalahnya cepat selesai.

9.SENYUM
Para ahli pun menyarankan banyak senyum untuk merefleksikan diri anda agar orang lain dapat berfikir bahawa diri anda mempunyai fikiran positif dan stabil. Dan jangan ragu2 untuk menularkan kebiasaan tersenyum pada wanita. Caranya mudah, ketika anda sedang berduaan, buatlah jenaka atau kegiatan lain yang dapat membuatnya tersenyum dan tertawa. Percayalah, empat dari lima wanita lebih memilih kekasih yang punya humor tinggi.

10.JANGAN KERAS KEPALA ....
Jangan sekali2 anda keras kepala di depannya. beri dia ruang untuk mengekspresikan dirinya. Berikan ia ruang untuk membuat anda senyum.

11.JADI TERBAIK UNTUKNYA ...
Tapi jangan anda memaksakan diri anda untuk melakukan perkara yang tidak dapat anda lakukan. Hanya lakukan yang terbaik dan jadilah diri anda sendiri; maka semuanya akan berjalan lancar.

12.JAGA PENAMPILAN ....
Penampilan yang rapi dan bersih (apalagi harum) sangat digemari wanita. Usahakan untuk menjaga nafas anda supaya tetap segar, kerana wanita boleh pengsan ketika secara tidak sengaja mencium bau 'tong sampah' yang keluar dari mulut anda!

13.JANGAN AGRESIF ...
Cuba tahan keinginan untuk bertindak terlalu agresif, seperti menelefon lebih 10 kali sehari, mengirim SMS sebanyak 90-100 kali sehari yang isi2nya terlalu memperkatakan cinta mahupun rayuan. Sebaliknya, buatlah agar diri anda jarang menelefon, jarang hantar e-mel, jarang bertemu, ataupun hantar SMS. Itu akan terus membuat anda mempesona, tidak membosankan, dan yang pasti, membuat wanita rindu pada anda.

14.JANGAN MENURUTI KEINGINANNYA ...
Usahakan untuk sedikit menjaga imej dengan selalu tampil 'cool' di depannya.

15.MISTERI ....
Buatlah diri anda se misteri mungkin. Wanita sebenarnya suka perkara yang berbau misteri. Tak percaya? Cuba anda jarang bertemu atau menelefon. Pasti wanita mencari-cari anda.


Bookmark and Share

    


  Member Information For TengkuHaiqalProfil   Hantar PM kepada TengkuHaiqal   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 14:19


erkkk....nie dah wat survey ke? sudah terbukti ke kesahihannya? hehehe

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

farina_haikal
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.10.2004
Ahli No: 11708
Posting: 245
Dari: seoul,korea

north_korea  


posticon Posting pada: 27-01-05 19:12


eerrmm...pandai btul tghaiqal nii...dh ader pengalaman yerk.... ... ni kira petua lah nii buat lelaki kat luar sana...dgn hati yg ikhlas pasti semuanya akan terlaksana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farina_haikalProfil   Hantar PM kepada farina_haikal   Quote dan BalasQuote

nurtimur
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13454
Posting: 8
Dari: new castle

blank  


posticon Posting pada: 27-01-05 20:47


assalamualaikum,..
pendapat saya,..
jika betul-betul suka pada seseorang ada baiknya berterus-terang sahaja,..tapi secara dianjurkan islamlah,berpada-pada pada tempatnye,lagipun kalau ikut cara tu,insyaallah kalau pihak sebelah tak menerima pun kita rasa malu..nak memikat atau nak orang suka kat kita ,saya rasa ler tak perlu buat semua tu,..memang usaha itu tangga kejayaan tapi lebih baik tonjolkan diri sebenarnya,kelak nanti hubungan kekal terjalin,..sebab tak kan ader yang bangkit kan perangai sebelum dan selepas bersama lain semacam,..bak epal cantik jer tapi..belum tentu manisnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurtimurProfil   Hantar PM kepada nurtimur   Pergi ke nurtimur's Website   Quote dan BalasQuote

hanishumaira
WARGA SETIA
Menyertai: 11.02.2004
Ahli No: 7196
Posting: 546
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-05 21:19




thanks a lot 4 that info...

ingatkan ikan je yg boleh dipancing....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanishumairaProfil   Hantar PM kepada hanishumaira   Pergi ke hanishumaira's Website   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-01-05 13:06




.....kelakar la terutamanya part yang buat2 misteri tu.... but whatever pun ikhlas dan jujur tu aspek penting....

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 28-01-05 21:09


Huh...misteri? sometimes menyakitkan hati...tak baik tau buat girl macam tu.. Wawa pernah kena.. rasa tak best sgt.. disebabkan 'dia' seorang... kita ignore kawan2 kita yang lain... Whatever... sesuatu perkara tu ada kebaikan dan keburukan ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 13:57


hum... tips memancing perhatian ikan xder ker?... xpon memancing erhatian udang ker?... huhuh... lama xmancing nih!

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

nurbalqis83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12893
Posting: 52
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 30-01-05 18:25


ermmm...rasa nya ada kebenararan apa yg dikatakan tengkut tu.dan kita penah rasai nya.tp ibarat dia nak tangkap ikan,lepas dah dpt,dia lepaskan mcm tu jer......dan org yg tangkap ikan tu takkan tau apa perasaan dan sakitnya ikan yg di tangkap tu....fikir2 kan lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurbalqis83Profil   Hantar PM kepada nurbalqis83   Quote dan BalasQuote

ifti_hanan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10965
Posting: 166
Dari: di sinilah 'ana'

Kelantan  


posticon Posting pada: 01-02-05 14:23


emm...hanan setuju pendapat nurtimur...........
jgn hipokrit,jadilah diri kita yg sebenarnya...
15 tips yg dikongsikan bersama menjadi panduan kepada kita semua sebenarnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ifti_hananProfil   Hantar PM kepada ifti_hanan   Quote dan BalasQuote

JuStIsLaM
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14069
Posting: 102
Dari: kL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-02-05 09:00


assalamualaikum,
saya setuju dgn komen yang mengatakan bahawa jadilah diri anda yang sebenar. Rasanya tak perlulah nak 'mantain' atau 'control' apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Cukup sekadar tawakkal dan 'rilex'. kalau betul perempuan tu minat akan diri anda, biarlah minat itu kerana sifat2 semulajadi yang ada pada diri anda. Allah menjadikan manusia sebaik-baik makhluknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For JuStIsLaMProfil   Hantar PM kepada JuStIsLaM   Quote dan BalasQuote

anamuslimah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.02.2005
Ahli No: 14262
Posting: 48
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 26-02-05 00:01




awk mmg berpengalaman... berjaya ke???

Bookmark and Share

    


  Member Information For anamuslimahProfil   Hantar PM kepada anamuslimah   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-02-05 12:27




emm ada gak yg betul...

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 26-02-05 15:34




wah wah wah... TengkuHaiqal kt nie dh jd mcm kaunselor cinta la plak... mana blaja semua nie??? experience ke?? hehehe

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

mulk
Warga Rasmi
Menyertai: 07.02.2005
Ahli No: 14171
Posting: 16

Melaka  


posticon Posting pada: 26-02-05 15:40




memang ada yang betul ape yang dikatakan itu...
coz ade pengalaman

Bookmark and Share

    


  Member Information For mulkProfil   Hantar PM kepada mulk   Quote dan BalasQuote

shah_sobriyanie
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2003
Ahli No: 3221
Posting: 1509
Dari: Kuala Lumpur

Perak  


posticon Posting pada: 30-03-05 22:11




berhati2 dengan lelaki yang misteri.



Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_sobriyanieProfil   Hantar PM kepada shah_sobriyanie   Quote dan BalasQuote

Faryzan_Islamic
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.11.2004
Ahli No: 12667
Posting: 1707
Dari: Bumi Allah Taala

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-03-05 09:37


tengku haiqal ni memang expert dalam bab2 wanita ni

Bookmark and Share

    


  Member Information For Faryzan_IslamicProfil   Hantar PM kepada Faryzan_Islamic   Pergi ke Faryzan_Islamic's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.11269 saat. Lajunya....