Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya
-- Ibnu Abbas

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 23
Ahli: 0
Jumlah: 23




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kitab sesat AS


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kitab sesat AS

Please Mendaftar To Post


Oleh Kitab sesat AS

din_arif
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8486
Posting: 166

Johor  


posticon Posting pada: 27-01-05 02:01


KUALA LUMPUR: Sebuah kitab bertajuk ‘The True Furqan’ yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS) dikesan cuba menyaingi kitab suci al-Quran bagi memperdaya umat Islam.

Antara surah yang dipaparkan dalam kitab itu ialah Al-Fateha (The Opening), Al-Mahabbah (Love), Al-Maseeh (The Messiah), Al-Salb (The Crucifixion), Al-Thalooth (The Triune God), An-Nissa (Women) dan Al-Injil (Gospel).

Bacaan ayat permulaannya pada setiap surah berbunyi: ‘In the Name of the Father, the Word, the Holy Spirit, the One and only True God’ sedangkan umat Islam memulakan bacaan ‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang’.

Antara tafsiran surah Al-Fateha menyebut ‘The True Furqan’ adalah kitab sahih dan diturunkan untuk membimbing manusia.

Surah itu juga mendakwa manusia yang melakukan zina boleh menebus dosa mereka dengan mudah sekiranya berpegang kepada ajaran kitab itu.

Kitab berkenaan dijual secara ‘online’ oleh sebuah laman web berpangkalan di AS menggunakan bahasa Arab dan bahasa Inggeris sebagai terjemahan.

Ia boleh dibeli AS$19.95 (RM75.81) menerusi tempahan melalui laman web berkenaan tetapi kini sudah kehabisan stok.

Namun, pengunjung internet bebas membaca mana-mana surah dalam ‘The True Furqan’ secara percuma kerana laman web khusus mengenainya dibangunkan pihak berkenaan.

Kitab yang ditulis oleh individu bernama Saffee, Mahdy, Al Saffee dan Al Mahdy itu mengandungi 77 surah.

Apa yang mengejutkan kitab itu dikatakan sudah berada di pasaran Asia Barat, termasuk Kuwait dengan menjadikan kanak-kanak di sekolah swasta Inggeris sebagai sasaran.

Penerbitan kitab itu ternyata mendapat tentangan daripada beberapa pihak, terutama umat Islam yang mengirim ulasan mereka mengenainya melalui laman web itu.

Mereka meminta umat Islam jangan membeli kitab itu kerana ia cuba menggambarkan al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam di seluruh di dunia seperti bahan palsu.

Menurut seorang pengulas, Hussein Mohamud, kandungan kitab itu tidak berasas dan umat Islam tidak perlu membelinya.

“Mereka cuba meracuni kanak-kanak namun usaha mahu memperdayakan dunia Islam tidak akan berjaya. Kami tahu membezakan al-Quran sebenar dengan kitab palsu itu,” katanya.

El-Nady, dari Toronto, Ontario, Kanada, menyatakan sebagai seorang Islam yang belajar di Toronto Universiti, dia mendapati kitab itu mengelirukan, malah pengarang didapati mengubah suai al-Quran sesuka hatinya.

“Saya gemar kepada kreativiti tetapi kitab suci agama Islam tidak boleh diubah suai atau ditulis semula. Saya sedih ada pihak cuba berbuat demikian.

“Janganlah sesiapa membazirkan wang untuk membeli kitab itu yang bukan saja penulisannya teruk, malah meloyakan. Kitab itu membuatkan saya mempertikaikan kredibiliti pengarangnya,” katanya.

Mohamed Azim pula menyatakan kitab itu bukan terjemahan al-Quran, biarpun pengarang cuba menggambarkan demikian.

Katanya, tindakan mereka sangat menyedihkan dan ia dijual untuk menipu umat Islam.

“Niat di sebalik usaha itu amat jahat. Jika ada pihak mahu mencabar al-Quran dengan menirunya atau memberi gambaran sebegitu rupa, mereka patut sedar mereka tidak dapat melakukannya walaupun satu peratus,” kata seorang lagi pengulas, Misbah al Islam dari Pakistan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Wednesday/BeritaUtama/20050126093904/Article/indexm_html

Bookmark and Share

    


  Member Information For din_arifProfil   Hantar PM kepada din_arif   Quote dan BalasQuote

nurtimur
Warga Rasmi
Menyertai: 01.01.2005
Ahli No: 13454
Posting: 8
Dari: new castle

blank  


posticon Posting pada: 27-01-05 08:10


,
memang bagus ada informatian nie,..harap ramai yang tersedar dengan helah mereka.Apa yang penting,ibu bapa dan ahli keluarga haruslah memantau setiap bacaan anak-anak kecil.Mereka mudah terpedaya,..dan apabila ajaran itu diajar dari kecik,..alamatnye sukarler nak bawak mereka kembali kepada yang benar.Nie belum lagi keluar tanda kiamat-tulisan al-quran hilang,...tak tahu ler,..tapi selagi ada yang betul-betul menggunakan al-quran sebaiknyer,..insyaallah kesuciannye terpelihara...ha,tengok ler setiap kali ada yang buat pemalsuan al-quran,..akhirnyer terbongkar.Hopefully diorang nie fedup dan putus asa da..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurtimurProfil   Hantar PM kepada nurtimur   Pergi ke nurtimur's Website   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 27-01-05 08:26


mcm-mcm yg mereka buat utk menjahanamkan akidah umat Islam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 27-01-05 10:49


Zaman sekarang dah tak pelik dah, macam2 yang dilakukan oleh orang kafir untuk menyesatkan orang islam, sedia maklum kita pun dah tau mereka memang tak pernah nak berputus asa untuk menyerang orang islam.
Hmm ni diorang dah berani nak mencipta benda karut yang konon nak samakan dengan kalam Allah swt.
masyaAllah...
Tapi kita harus ingat, sesiapa yang kenal apa dia al-Quran tu insayaAllah dia tak akan tertipu oleh al-Quran palsu..
Wujudkanlah al-quran dalam diri kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

Nuhdi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-01-05 01:52


....

Itulah perlunya... sekolah yg melahirkan tahfiz-tahfiz....

ini agar sgala penyelewengan al_Quran dapat dihidu...

Ini x....habis skolah pondok ditutupnya...

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhdiProfil   Hantar PM kepada Nuhdi   Quote dan BalasQuote

zuhaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.01.2005
Ahli No: 13790
Posting: 49
Dari: selangor

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-01-05 11:32



Apabila timbulnya kes ini, mungkin ada di antara kita yang masih belum lagi memahami isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam.. untuk mengelakkan kita tersalah tafsir mengenai maksuk-maksud yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran kita boleh mempelajari bahasa arab walaupun ada yang rasa bahasa arab ni tak penting untuk mereka. Bila kita dah tahu serba sedikit bahasa arab secara tidak langsung kita sudah ada kafahaman tentang isi kandungan ayat-ayat al-Quran dan kita boleh menilai mana yang betul dan mana yang terpesong. Sebab ia berkaitan dengan akidah umat Islam yang mana mungkin ada di antara kita ilmu agamanya tidak terlalu banyak dan mereka kurang faham mengenainya, bila ilmu agama kurang mungkin mereka akan terus menerimanya tanpa memahami apa yang ingin disampaikan melalui AL-QURAN PALSU itu.. ini mungkin adalah satu cara untuk menarik umat Islam kepada AJARAN mereka dan memesongkan akidah umat Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zuhairaProfil   Hantar PM kepada zuhaira   Quote dan BalasQuote

zuhaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.01.2005
Ahli No: 13790
Posting: 49
Dari: selangor

egypt   avatar


posticon Posting pada: 28-01-05 11:33



Apabila timbulnya kes ini, mungkin ada di antara kita yang masih belum lagi memahami isi kandungan Al-Quran dengan lebih mendalam.. untuk mengelakkan kita tersalah tafsir mengenai maksuk-maksud yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran kita boleh mempelajari bahasa arab walaupun ada yang rasa bahasa arab ni tak penting untuk mereka. Bila kita dah tahu serba sedikit bahasa arab secara tidak langsung kita sudah ada kafahaman tentang isi kandungan ayat-ayat al-Quran dan kita boleh menilai mana yang betul dan mana yang terpesong. Sebab ia berkaitan dengan akidah umat Islam yang mana mungkin ada di antara kita ilmu agamanya tidak terlalu banyak dan mereka kurang faham mengenainya, bila ilmu agama kurang mungkin mereka akan terus menerimanya tanpa memahami apa yang ingin disampaikan melalui AL-QURAN PALSU itu.. ini mungkin adalah satu cara untuk menarik umat Islam kepada AJARAN mereka dan memesongkan akidah umat Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zuhairaProfil   Hantar PM kepada zuhaira   Quote dan BalasQuote

umair
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4498
Posting: 201

Perak  


posticon Posting pada: 28-01-05 12:16


ish tak habis2 kan....
musuh islam nak menjatuhkan umat islam...
kenapa laa kita tak sedar lg....main tak habis2 ..kenapa yer jadi mcm nie......??ana pun pelik.....sama2 lah mantapkan pengetahuan kita tentang Al-Quran nie.....jangan mudah terpedaya dengan apa yg ada nie......

Bookmark and Share

    


  Member Information For umairProfil   Hantar PM kepada umair   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 29-01-05 01:39


kalau dh kitab tu sesat...knapa kdn nk rampas kitab al quran....kitab al quran majid turut dirampas di kedai maklong sy....apa kes ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122357 saat. Lajunya....