Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian
-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 11 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Karya Agung
Topik: salam ulangtahun keputerian


Carian Forum

Moderator: Administrator, Maricella
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Karya Agung
    »» salam ulangtahun keputerian

Please Mendaftar To Post


Oleh salam ulangtahun keputerian

zuhaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.01.2005
Ahli No: 13790
Posting: 49
Dari: selangor

egypt   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 15:10


SALAM ULANGTAHUN KEPUTERIAN
Hasil nukilan : wardatulhamra'84

Teristimewa buat sahabat seIslamku tersayang…

Pertambahan usia menandakan musafir kita yang jauh ini kian singkat. Walau bertahun sudah kita lewati musafir ini namun ianya sekejap cuma… begitulah seterusnya nanti. Entah esok, entah lusa musafir ini kita akan akhiri kerana barzarkh kian merindui…di situlah destinasi kita yang pasti.

Sahabatku….
Moga-moga pertambahan usiamu ini seiring dengan pertambahan amalanmu…apalah erti hidup ini kita lalui andai hati kita gersang dari cinta Ar-Rahman. Bukan Allah yang tidak sayangkan kita tapi kita sendiri yang tidak pernah cuba untuk dicintai-NYA.. sedangkan kita menyedari bahawa cinta Ilahi itulah terletaknya kebahagiaan abadi.

Allah Maha Penyayang… lihatlah… hingga ke saat ini Allah masih sudi meminjamkan nikmat kehidupan di bawah lembayung nikmat iman dan Islam… suatu kenikmatan yang tiada tandingan…

Allah juga Maha Penyanyang memberi peluang untuk kita diketemukan. Daripada pertemuan itu lahirnya satu ikatan ukhuwwah dan kasih sayang.. dan kerana kasih sayang itu doaku mengiringi hari persambahan usiamu ini agar ukhuwwah fillah antara kita ini tetap sesegar hijau daunan walaupun mungkin suatu masa nanti,peralihan waktu akan memisahkan kita untuk melalui haluan perjuangan yang berbeza namun biarlah berpaksikan matlamat yang satu yakni mencari cinta Allah dan RasulNYA. Allah yang telah mempertemukan kita lantaran haluan kita adalah sama…meskipun jurang amal kita berbeza… tapi itulah takdir Tuhan…

Sahabatku…
Jadilah isteri yang keempat dalam setiap perjuangan bila kau dimiliki nanti… kerana takkan mungkin dirimu digelar mujahidah jika kau masih merengek mengharap belaian semata dari orang tersayang.. biarlah dia memilikimu kerana perjuangan…dan bilamana kerana perjuangan, pastilah isteri pertamanya adalah perjuangan…isteri keduanya adalah teman-teman yang dididik di saff-saff perjuangan… isteri ketiganya adalah keluarga dan ibu bapa kerana itulah tanggungjawab tersedia… dan dirimulah isteri keempat…kerana kau penguat semanagat, pendorong impian…

Sahabatku..
Ingatlah sabda nabi… “Ciat-cita apapun yangbhendak diraih manusia,yang didapatinya hanyalah apa yang dikehendakinya.. manusia inginkan harta yang melimpah ruah ,padahal taqwa adalah sebaik-baik pencarian… carilah ketaqwaan kerana apabila hati manusia dipenuhi rasa taqwa, bermakna perjuangannya telah berjaya…. pahlawan yang sebenar bukanlah orangb yang pergi berperrang, pahlawan sebenar adalah para MUTTAQIN… ”(Abu Darda’ dan Ibnu Al-Wardah)

Sahabatku…
Moga-moga persaudaraan yang terbina antara kita akan memberi syafaat kepada kita supaya diseru sendiri oleh Al-Kholiq ketika kita sedang menaggung kesengsaraan di Padang Mahsyar nanti. Teruskanlah mempertingkatkan kualiti amalan seiring kepantasan peredaran zaman yang tak pernah kenal erti undur ke belakang…. bawalah azimatku ini… “ SELAMANYA KITA TETAP BERSAUDARA DAN SELAMANYA AKU MENYAYANGIMU KERANA ALLAH JUA”















Bookmark and Share

    


  Member Information For zuhairaProfil   Hantar PM kepada zuhaira   Quote dan BalasQuote

zuhaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.01.2005
Ahli No: 13790
Posting: 49
Dari: selangor

egypt   avatar


posticon Posting pada: 25-01-05 15:53


salam.

ana nak ucapkan SANAH HELWA YA JAMIL kepada sesiapa yang menyambut hari lahir pada bulan ni dan bulan2 yang akan datang dengan ucapan .. AD'ULLAH THUUL UMRUKUM, InsyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zuhairaProfil   Hantar PM kepada zuhaira   Quote dan BalasQuote

zuhaira
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.01.2005
Ahli No: 13790
Posting: 49
Dari: selangor

egypt   avatar


posticon Posting pada: 25-01-05 15:53


salam.

ana nak ucapkan SANAH HELWA YA JAMIL kepada sesiapa yang menyambut hari lahir pada bulan ni dan bulan2 yang akan datang dengan ucapan .. AD'ULLAH THUUL UMRUKUM, InsyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zuhairaProfil   Hantar PM kepada zuhaira   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-05-05 05:07


hisk²..byk nya dia posting kt sini.. 3 smpai..
ana pun nk ucapkan jgk lah yer..hehe
tak faham la ent..hehe.. ape tu ayat..
SANAH HELWA YA JAMIL
AD'ULLAH THUUL UMRUKUM...


Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-05-05 15:09


Quote:

On 2005-05-14 05:07, aKujErr wrote:
tak faham la ent..hehe.. ape tu ayat..
SANAH HELWA YA JAMIL
AD'ULLAH THUUL UMRUKUM...




sanah helwa ya jameel tu maknanya macam selamat ulangtahun kelahiran atau bahsa omputihnya hepi besday....

ad'ullah thuul umrukum plak makanya sy doakan semoga Allah panjangkan umur kamu...

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.705223 saat. Lajunya....