Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 02-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 84
Ahli: 0
Jumlah: 84




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 14 hari yang lalu
nur_takwa88: 20 hari yang lalu
kismis: 20 hari yang lalu
qaulah_atrah: 31 hari yang lalu
muaz9768: 35 hari yang lalu
Rashdin: 41 hari yang lalu


Cerpen
Topik: surat utk akhi..


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» surat utk akhi..

Please Mendaftar To Post


Oleh surat utk akhi..

Sinar_Srikandi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8294
Posting: 29
Dari: kelantan

ireland   avatar


posticon Posting pada: 22-01-05 01:20


alhamdulillah..akhirnya surat ini berjaya ditulis..syukur...ini adalah karya saya sendiri...tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia...sebenarnya karya ni banyak kekurangan..ditulis berdasarkan pengalaman skit, bacaan skit, pengalaman kwn2 skit...campur2 laa kiranya...sebarang komen atau cadangan penambah baikkan dialukan...semoga kita sentiasa diberi barakah oleh Allah swt...


warahmatullahiwabarakatuh



Dear diary,



‘Rabbana wa la tuhammilna ma la toqata lana bih, wa’ fu ‘anna’’

Wahai Tuhan kami, ampunilah kami apa yang ada antara kami dan Kamu, yang Engkau ketahui dari keterbatasan dan ketidak berdayaan kami.



Subhanallah wallahamdulillah walailahaillah wallahuakbar…seharian suntuk rasanya diriku berada dalam satu goncangan ombak yang hebat..macam tsunami yang berlaku baru-baru ni. Subhanallah hebatnya kekuasaan Allah swt, air yang lembut mampu membunuh beratus ribu nyawa dalam sekelip mata…oh Allah swt, semoga ombak di dalam hatiku ini kembali tenang dengan petunjuk dariMu yang senantiasa memandu arah tuju hati kecilku ini…betapa keliru perasaan dan naluri hati ini dalam menilai ketulusan kasih insani…astagfirullahallazim...kadang-kadang dugaan seharian dalam kehidupan sebagai seorang pelajar ni betul-betul menggugah semangatku untuk study….subhanallah…bukan mudah untuk mengambil course medicine ni apatah lagi dengan cabaran persaingan yang sengit untuk mendapat placement kat overseas…oh Allah swt, permudahkanlah jalan yang terbentang di hadapanku..andainya ini suratan untukku, pasrahkanlah hatiku untuk menerima takdirMu… Astagfirullahalazim… subhanallah.. kerdilnya diri ini bila menghadap Ilahi,,bila memikirkan untuk meninjau kembali betapa tingginya darjat Allah berbanding manusia..betapa lemahnya manusia dalam menghadapi krisis dan konflik dalam kehidupan ini…betapa rapuhnya iman bila di cemari dengan bisikan syaitan laknatullah…subhanallah…sesungguhnya hati ini telah diserahkan sepenuhnya untuk merindui Allah swt…untuk mencintai Allah swt sepenuhnya..untuk mendamba kasih Ilahi..i have put my trust in Allah swt. My full heart of trust in Allah swt. subhanallah…ya Allah wahai Tuhan Yang Maha Penyayang…seandainya hati ini yang ada pada diriku lalai dalam mengingatiMu maka gantikanlah hati ini dengan hati yang bercahaya yang sentiasa mendahulukan cintaMu ya Ilahi dari segala sesuatu..ya Allah kurniakanku dengan hati yang selalu mengingati nikmat-nikmatMu dan selalu mensyukurinya. ..insyaAllah dengan itu senang bagiku untuk menerima ilmu pelajaran sepertimana kata-kata Imam terulung Al-Ghazali ‘ilmu itu ibarat cahaya dan ia akan hanya mendekati hati yang bercahaya’ ..subhanallah. ya Allah aku memohon perlindungan dariMu peliharalah diriku dari murkaMu dalam apa jua yang dilakukan..peliharalah diriku agar tergolong dalam golongan yang mendapat rahmatMu dan kasih sayangMu..oh Allah swt, rahmatMu meluas dari dosa-dosa yang ku lakukan….



Akhi fi Al Islam,



Sebelum pena mula menari merencana apa yang ditulis ,ana doakan agar helaian ini jauh dari fitnah syaitan laknatullah apatah lagi dari murka Allah swt. Alhamdulillah ana di beri kekuatan oleh Allah swt untuk menulis helaian ini. Semoga apa yang ingin disampaikan nanti akan dipermudahkan oleh Allah swt untuk mudah di fahami dan tidak disalah ertikan. Semoga dengan berkat pimpinan Allah swt segalanya akan berjalan mengikut kehendakNya dengan lancar.



Akhi,



Walaupun terasa sangat berat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati namun dengan izin Allah swt setelah melakukan isthikharah (subhanallah..moga ianya bukan riak), ana yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu dengan petunjuk Allah swt untuk mai menyatakan apa sebenar yang terbuku di lubuk hati ini.



Setelah agak lama tiada khabar berita, namun bukan beerti ana cuba berlagak sombong atau bangga diri terhadap akhi apatah lagi mempunyai niat untuk menyakiti hati akhi, . sepanjang ukhwah yang terjalin ini, ana telah cuba untuk berlaku seadilnya sebagai seorang sahabat yang baik untuk semua namun apakan daya bukan hasrat setiap orang dapat kita penuhi. Mengertilah bahawa setiap kita mempunyai banyak tugasan yang melampaui masa yang ada dan kadang-kadang menuntut kita untuk mengorban sesetengahnya. Benarlah kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna bahawa ‘kewajipan yang menuntut dari kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada untuk menunaikannya’. Walaubagaimanapun mengertilah ianya mempunyai tafsiran yang berbeza bagi ana, ana cuba untuk menenangkan fikiran supaya berfikir secara rasional setelah apa yang terjadi di samping cuba mencari jalan keluar dengan petunjuk Allah swt. Semoga jalan yang dipilih ini sentiasa di bawah petunjuk Ilahi Rabbul Izzati bukannya dipandu dengan panahan anak panah iblis yang dilaknat Allah swt, nauzubillah.



Sesungguhnya apa yang berlaku benar-benar memerlukan pengorbanan untuk dilakukan. Segala perlakuan dan tutur bicara akhi telah membuatkan ana berfikir dan sel-sel neuron ini makin pantas rasanya merangsang perjalanan pemikiran ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ukhwah persahabatan yang suci kerana Allah swt? Tapi kenapa perlu kita berjumpa? Kenapa perlu sms selalu? Kenapa perlu miss call selalu? Kenapa perlu dengar suara? Subhanallah. Kadang-kadang perasaan yang hadir dalam diri kita turut hadir perasaan halus yang berajakan nafsu syaitan yang bisa merasuk ke dalam diri tanpa kita sedari natijahnya. Apa yang ana dambakan adalah ukhwah yang indah bersama cinta Ilahi. Subhanallah..Jangan biarkan ukhwah kita ini dicemari dengan nafsu berajakan syaitan laknatullah Maafkan ana sekiranya kata-kata ini melukakan hati.



‘enti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap enti ke?’



Memang ana berhak meragui akhi sebab akhi adalah orang asing dalam hidup ana, bukannya terdiri dari ahli keluarga ana. Sejak kecil asuhan dan didikan dari keluarga ana tersemat kemas dalam jati diri ini. Alhamdulillah pengajaran agama telah diterapkan untuk lebih mempercayai ahli keluarga sendiri lebih dari orang lain. Ibu adalah insan pertama menjadi orang yang kita percayai sebelum orang lain. Jadi tidak salah bagi ana meragui orang yang di luar rumah kami. Sememangnya kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran sahaja malahan yang lebih penting lagi adalah dalaman insani yang menjadi tunjang kepada akidah. ‘don’t judge the book by its cover’. Siapa tahu apa yang terbuku di hati? Dapatkah kita mengukur darjah keikhlasan seseorang? Apakah bukti yang tepat tanpa sebarang ralat dalam mengukur darjah keikhlasan seseorang? Bukanlah maksud ana untuk meragui keikhlasan akhi dalam menjalinkan ukhwah ini. Siapalah ana untuk menilai keikhlasan dan kejujuran akhi dalam menjalinkan ukhwah ini. Namun, siapalah diri kita menilai keikhlasan diri sendiri..hanya Allah swt yang tahu apa yang ada di dalam hati kita..Dia Maha Mengetahui. Darjah pangkat manusia di sisi Allah swt dinilai bukan dengan keihklasan namun berdasarkan ketaqwaan kepadaNya. Rugilah siapa yang mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang besar ini. ‘hai orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah swt, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar’ (al-Anfal:29)



‘Kenapa? ana sudah berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik dalam mencapai kejayaan ini. Ana berusaha untuk pergi overseas juga. Kita bakal menjadi doctor, entilah yang mendorong ana untuk berusaha sampai tahap ni. Ana berusaha untuk menjadi apa yang enti impikan.’



MasyaAllah. Astagfirullahalzim. Oh Allah swt hanya kepadaMu aku mengadu apa yang terbuku di hatiku. Kenapa mesti akhi niatkan macam tu? Kenapa mesti kerana ana untuk akhi menjadi seorang doctor. Kenapa akhi berusaha selama ini kerana impian ana? Kenapa akhi niat kerana ana. Subhanallah. Ya Allah swt, aku memohon keampunan dariMu ya Allah andai aku telah melalaikan khalifahMu di atas bumi ini. Ya Allah swt, aku memohon perlindungan dariMu agar memelihara diriku dari menjadi asbab kepada mujahidMu untuk lalai dalam melaksanakan ibadah keranaMu. Ana tak minta akhi buat semua tu kerana ana. Siapalah ana untuk menerima segala yang akhi lakukan. Ana tak minta dikasihi melebihi Pencipta ana, sesungguhnya hanya Allah swt yang berhak dikasihi melebihi segalanya. Sayangilah Dia yang menciptakan kita dari titisan yang hina hingga menjadi manusia yang sempurna segalanya menjadi khalifah di muka bumi Allah swt ini dengan memikul amanah yang berat untuk dilaksanakan kecuali yang beriman dan bertaqwa kepadanya. Akhi, pandanglah dengan pandangan yang hakiki hakikat kejadian manusia ciptaan Ilahi, seharusnya akhi mensyukuri hakikat ini dan cuba untuk melakukan sesuatu hanya kerana Allah bukan kerana makhluk ciptaanNya. Akhi, bukan ini yang ana pinta sepanjang ukhwah kita. Ana ingatkan akhi dah jelas perjuangan kita sebagai dai’e di bumi Allah swt ini. Lakukanlah sesuatu ikhlas hanya kerana Allah bukan kerana hambaNya. Siapalah ana untuk akhi lakukan sesuatu kerana ana, sesungguhnya Allah swt lebih berkuasa dalam menentukan sesuatu. Dia lebih berhak menerima segala-galanya. Pujian hanya untuk Allah swt Tuhan yang memiliki arasy yang Agung. Profesion yang kita tempuhi sekarang memerlukan pengorbanan yang tinggi dan merupakan kerjaya yang mulia jika diiringi dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah yang Khaliq. Janganlah akhi membataskan perjalanan kerjaya ini kerana makhluk ciptaan Allah semata-mata sebaliknya lihatlah dalam konteks yang lebih meluas lagi. Sekiranya ini niat akhi untuk menjadi seorang doctor, alangkah ruginya diri akhi, perbaikilah dan perbetulkanlah niat akhi hanya kerana Yang Esa bukannya kerana ana. Subhanallah. Ya Allah swt, sesungguhnya aku meminta supaya diterangkan hati sahabatku ini dalam memperjuangkan agamaMu di bumi ini. Ya Allah, diri ini telah melalaikan khalifahMu. Astagfirullahalazim. Semoga dijauhkan dari fitnah syaitan laknatullah.



‘Berilah ana peluang untuk menjelaskan semuanya Ana ikhlas nak mengenali enti. berilah peluang untuk ana mengenali enti boleh kita jumpa untuk lebih mengenali ?’



Subhanallah. Tidak cukupkah selama ini perkenalan kita. Untuk apa lebih mengenali? Untuk membuka ruang kepada syaitan untuk memasuki lubang-lubang kelemahan dalam diri kita. Tidak ingatkah akhi, hadis rasulluh saw ‘ apabila berduaan wanita dan lelaki, yang ketiganya adalah syaitan’. Tidak takutkah akhi mengenali dengan lebih dekat seorang wanita bakal menimbulkan fitnah kelak. Rasullullah saw pernah bersabda sebelum Baginda wafat bahawa fitnah terbesar pada akhir zaman adalah dari golongan hawa. Subhanallah.semoga Allah swt memelihara diriku yang lemah ini dari panahan bisikan syaitan laknatullah. Bukan prinsip ana untuk keluar dengan lelaki bukan mahram untuk saling lebih mengenali. Ukhwah yang terjalin ni pun sudah dikira anugerah Allah swt. Sepatutnya kita menghargai anugerah ini. Sudah berapa kali akhi solat sujud syukur dengan pertemuan ini? Berapa banyak tasbih telah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah akan ikatan persahabatan ini? Subhanallah. Adik akhi adalah kawan ana, ana hargai ukhwah ini pun kerana kawan ana. Sungguh janggal bagi ana untuk mengenali lelaki lain dalam hidup ana memandangkan kawan lelaki ana hanyalah kawan sewaktu sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ana berpeluang ke sekolah semua perempuan di kelantan. Alhamdulillah penekanan agamanya adalah praktikal di sana. Tambah-tambah lagi di negeri kelantan yang memang di kenali sebagai pengamalan agama yang lebih praktikal dan sekolah kami juga adalah salah sebuah sbp di pantai timur. Syukur sangat-sangat dan ustaz dan ustazahnya juga sangat baik. Kurang-kurang sudah terlepas satu halangan aurat dengan lelaki pada masa tu.Untuk apa pertemuan yang akan menimbulkan fitnah dan melalaikan kita dari Allah swt.

‘wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku, supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu’ (al-Hujurat:13)

Astagfirullah, ya Allah swt jauhilah diriku dari menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Ya Allah swt sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu kuatkanlah iman dan ketaqwaan kepadaMu dalam menempuh dugaan ini dan yang akan datang. Hijabkanlah diriku dengan perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Sesungguhnya aku memohon rahmat dan barakah dariMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih.



Akhi,



Selagi ana belum walimah, my parents adalah yang paling berhak ke atas diri ana. Apapun keputusan yang ana ambil kena minta persetujuan mereka. Restu mereka lebih penting dalam hidup ana untuk membuat sesuatu keputusan. Dahulukan ibu bapa ana kerana keputusan mereka adalah keputusan ana jua. insyaAllah restu mereka yang akan mengiringi kebahagian ana nanti. Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Buat masa sekarang. tidak perlulah akhi mengumpul duit yang banyak untuk membawa ana ke mekah untuk menunaikan fardhu haji hanya kerana itu adalah impian ana bersama bakal zauj ana nanti, namun dahulukan ibu dan bapa akhi , bahagiakan mereka terlebih dahulu. Kebahagian mereka juga adalah kebahagian ana. Simpanlah duit akhi untuk berbakti kepada mereka bukan untuk diri ana. Bawalah mereka ke mekah untuk tunaikan fardhu haji terlebih dahulu. Janganlah menjadikan diri ana sebagai asbab untuk akhi tidak menjalankan tanggungjwab seorang anak yang soleh even selepas kahwin pun syurga akhi masih di bawah tapak kaki ibu akhi, restu ibu akhi yang lebih penting. Sebaliknya, bagi ana restu suami adalah paling utama setelah walimah. Kunci pintu syurga bagi wanita yang bersuami adalah suaminya. Ya Allah swt, kurniakan diriku suami yang soleh yang boleh memimpin diriku ke arah keredhaanMu. Sepertimana ana mengasihi dan menyayangi serta mencintai kedua ibu bapa ana, begitu jugalah tumpahnya kasih dan sayang ana pada bakal mentua nanti. insyaAllah. Semoga Allah menjadikan segalanya mengikut ketentuanNya. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah swt. Yakinlah dengan Allah swt.



Akhi,



Di akhir kalam ini, ana ingin memohon maaf di atas keterlanjuran sepanjang ukhwah kita. Tidak perlulah bagi akhi untuk membalas helaian ini supaya ianya tidak menambah lagi noda-noda hitam dalam diri ana nanti. Cukuplah akhi mengetahui apa yang tersirat dalam hati ana ini. Semoga ukhwah yang didasari dengan cinta Allah ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. Yakinlah dengan janji Allah bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. insyaAllah sekiranya kita sama-sama menjaga batas-batas pergaulan yang dituntut syarak, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap muslimah mengimpikan muslim yang soleh sepertimana muslim mengimpikan wanita yang solehah dalam hidupnya. Begitu jua muslim yang mengimpikan wanita bak bidadari syurga yang akan memberikan syurga di dunia, tidak terkecuali dengan muslimah sejati yang mengimpikan mujahid Allah swt yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengingatkan dirinya pada Rabbul Izzati tika keyakinan dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya dengan janji Allah bahawa kemanisan iman sentiasa menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang selalu menasihati dirinya ke arah kebaikan apabila dirinya melupakan atau meragui nikmat-nikmat Allah. Subhanallah. Sekiranya telah ditakdirkan ana untuk menerima cinta bakal suami ana nanti dan terbuka pintu hati ini untuk menerima dirinya, insyaAllah tanpa ragu-ragu akan diserahkan sepenuhnya cinta ini yang didasari dengan cinta kepada Ilahi. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah swt, kita merancang dan Allah juga merancang namun perancangan yang terbaik yang lebih mengetahui apa yang bakal berlaku hanyalah dari Allah swt. Ana letakkan sepenuhnya kepercayaan ana kepada Allah swt untuk menentukan bakal zauj ana. Ana yakin dia adalah yang terbaik yang Allah swt jadikan untuk ana. insyaAllah ana akan berusaha untuk jadi isteri yang solehah bagi dirinya nanti kerana Allah telah menetapkannya. ‘dan diriku telah memilih dirinya untukku’. Harapnya akhi pun begitu juga. Semoga Allah mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita nanti. Put your trust in Allah. Redha lah dengan ketetapan yang telah tetapkan oleh Allah swt. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mengetahui segalanya! Oh Allah swt, diriku telah meletakkan dan memberikan sepenuhnya hati ini kepadaMu untuk dilindungi dari sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemulian hati ini. Oh Allah swt, andainya hati ini ingin Kau berikan kepada makhluk ciptaanMu, berikanlah kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu supaya hatiku tidak pernah berhenti dari berzikir kepadaMu dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya Allah swt.



Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

....Amin.....



Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


Saya tinggalkan hati saya di sini,
Agar selalu dekat dengan kamu.

Saya tinggalkan hati saya dengan kamu,
Biar semangat dan ingatan kita bersatu.

Saya serahkan hati saya pada kamu,
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu.
(sepertimana saya mengasihi diri sendiri, malah mungkin lebih dari itu)

Saya mahu kamu miliki hati saya,
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya.
(sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu, sebenar-benarnya)

Dan perkara wahidnya,
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu ; Allah Azza wa Jalla,
Moga Dia patri lekat hati kita,
Moga Dia suluh terang hati kita,
Moga Dia jaga pelihara hati kita..
Dalam acuan, cahaya dan petunjukNya.

Hati, saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya.

(Kamu yang bernama Abah.
Kamu yang bernama Emak.
Kamu yang bernama Adinda.
Kamu yang layak, kamu yang berhak)













Pengemis setanggi syurga,

~Sesegar nailofar~



[ Posting ini telah di edit oleh: Sinar_Srikandi pada 2005-01-23 00:15 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Sinar_SrikandiProfil   Hantar PM kepada Sinar_Srikandi   Pergi ke Sinar_Srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

sumayyah_mohdidris
Warga Rasmi
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 12986
Posting: 19

Selangor  


posticon Posting pada: 22-01-05 02:48




....superb!!
tengok tajuk cam beser jer..,nothiing much y menarik,but d contents were simply marvellous..hehe..melambangkan isi hati penulis..?..congrats..a nice job done..maan najah..gudluck in d future..




Bookmark and Share

    


  Member Information For sumayyah_mohdidrisProfil   Hantar PM kepada sumayyah_mohdidris   Quote dan BalasQuote

littlemuslimah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 100
Posting: 777
Dari: ::uia @ penang::

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-01-05 04:05




Kugagahi jemariku menari di pentas kekunci kerana terpanggil dgn irama melodi berlirikkan nukilan hati yg cuba dicoreti oleh ukhtie Sinar_Srikandi....

komen?
tak banyak yg boleh ana komen sbb ana ni bukanlah 'arif' dlm bidang penulisan ni, cuma apa yg ana perhatikan dari penulisan ukti, ianya memang berlaku dan bukan hanya ilusi yang diimaginasikan...
mesej berjaya disampaikan, namun mungkin ada sedikit kelemahan pada cara bahasa yg digunakan, kelihatan terlalu ringkas dan agak kurang dengan bunga-bunga bahasa.. mungkin masih banyak yg perlu dibaiki...

erm...
'muhrim' dalam cerpen ini sepatutnya adalah 'mahram' kerana muhrim itu adalah orang yang berada di dalam ihram... dan mahram itu adalah org yg diharamkan... hmm mungkin ukhti tersalah pandang akan perkataan itu...

k itu jer kot...
pandangan ana ini semata-mata untuk kemajuan saudara seIslam...

sama-sama kita majukan diri

waLlahu ta'ala a'lam

ma'assalamah

-----------------
Ya Allah. Permudahkanlah bagi kami segala urusan kami (lebih-lebih lagi urusan perjalanan rohaniah menuju Allah) berserta kerehatan bagi

Bookmark and Share

    


  Member Information For littlemuslimahProfil   Hantar PM kepada littlemuslimah   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-01-05 07:51


a nice one indeed

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

Sinar_Srikandi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8294
Posting: 29
Dari: kelantan

ireland   avatar


posticon Posting pada: 22-01-05 11:02




thanks yer little muslimah tolong betulkan...dah edit dah...

sebenarnya saya pun tak reti sangat berbunga2 ni...straight forward terus..insyaAllah kalau berusaha lagi sure mantap...ni ditulis dalam masa 1jam setengah kot...sebab ni memang betul-betul surat bukan cerpen..hehe...post kat sini mungkin boleh dapat penambahbaikkan..insyaAllah..sudi-sudilaa kasi komen yang insyaAllah akan membina jati diri ini...insyaAllah...nanti saya akan edit lagi surat ni before sampai ke tangan penerimanya...



-----------------
kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. puas kita menangis mencari mana hilangnya matahari. rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang INDAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For Sinar_SrikandiProfil   Hantar PM kepada Sinar_Srikandi   Pergi ke Sinar_Srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

sinar_islami
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.01.2005
Ahli No: 13852
Posting: 22
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-05 11:18



..good work...walaupon masih dlm permulaan....
ana suka gaya bahasa novel Seindah Mawar Berduri...kalau anti dah baca ana rasa anti boleh improve gaya bahasa anti...teruskan usaha anti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinar_islamiProfil   Hantar PM kepada sinar_islami   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-01-05 23:49


nice story...erm...bagus.....insaf skit baca cerpen ni...keep it up...

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

Sinar_Srikandi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8294
Posting: 29
Dari: kelantan

ireland   avatar


posticon Posting pada: 23-01-05 00:18


assalamualaikum wbt,

ini yg latest setelah di update sikit...masih dalam pertimbangan sekiranya ade sahabat2 sekalian yang ingin kasi komen utk penambahbaikkan...sudi2 laa kasi komen utk lebih mantapkan diri...insyaAllah

semoga semua dirahmati Allah dan mendapat barakah dr cebisan cerpen saya ni...



-----------------
kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap matahari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. puas kita menangis mencari mana hilangnya matahari. rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang INDAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For Sinar_SrikandiProfil   Hantar PM kepada Sinar_Srikandi   Pergi ke Sinar_Srikandi's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 26-01-05 00:00


mnarik gak,tp...klu di buat dalam bentuk cite,lgmnarik rasenye..

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

-Aizack-
Warga Rasmi
Menyertai: 25.01.2005
Ahli No: 13905
Posting: 1
Dari: bumi nan indah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 15:33


Quote:

On 2005-01-22 11:18, sinar_islami wrote:

..good work...walaupon masih dlm permulaan....
ana suka gaya bahasa novel Seindah Mawar Berduri...kalau anti dah baca ana rasa anti boleh improve gaya bahasa anti...teruskan usaha anti...



Seindah Mawar Berduri?.. yap.. bahasa dlm novel tu mmg best..

papepon.. ana rase, surat tu mmg dr hati.. mgkn leh diperbaiki tp.. mmg bagus dn menusuk ati org yg membace InsyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For -Aizack-Profil   Hantar PM kepada -Aizack-   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 18:01


knp la surat ni panjang sgt ek??? penat nak baca...

(terasa pulak saya... mcm kena kat saya je..)



Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

sanada_yukimura
WARGA SETIA
Menyertai: 03.04.2004
Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )

japan  


posticon Posting pada: 29-01-05 22:17








susah tul sy nak komen.
tp senang cakap kalau ada girl yg anta surat mcm ni comform sy dah jatuh cinta dah!


baca cite gini le yg membuat kan sy teringat balik prinsip bercinta sy masa 'muda-muida' dulu.


ARIGATO cik sinar_srikandi!
looking 4ward 4 ur next masterpiece!




Bookmark and Share

    


  Member Information For sanada_yukimuraProfil   Hantar PM kepada sanada_yukimura   Pergi ke sanada_yukimura's Website   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-05 22:39



jenuh baca...tapi BEST...

-----------------
SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH


Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 10-02-05 12:16


Mengingatkan ana kembali kepada peristiwa 1 tahun yang lalu, yang cuba ana buang dari kamus hidup ana...

Takde komen...ana kurang mahir dalam penulisan, cuma apa yang ana nampak ia kekurangan unsur melankolik.Mungkin perasaan ana sahaja...



Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

anas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.07.2003
Ahli No: 2437
Posting: 26
Dari: Nashville, TN ~ Bndr Baru Bangi

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-02-05 15:44




Teruskan perjuangmu SInar_srikandi
Ada bakat nih.. hehe
tak sia sia belajar bM tinggi tinggi


Bookmark and Share

    


  Member Information For anasProfil   Hantar PM kepada anas   Pergi ke anas's Website   Quote dan BalasQuote

p6_vi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 17.04.2005
Ahli No: 15864
Posting: 29
Dari: haa?!i?

philippines   avatar


posticon Posting pada: 19-04-05 02:06



ni kawan mai ke?


Bookmark and Share

    


  Member Information For p6_viProfil   Hantar PM kepada p6_vi   Pergi ke p6_vi's Website   Quote dan BalasQuote

faina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 607
Posting: 151
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-04-05 12:33


emmm...
tersentuhhh....
nak komen...emm..no komenn!!
coz sy pon tak bape arif dlm bidg penulisan nihh..
sy cuma tahu menghayati setiap bait2 yg ditulis...

saudari Sinar_Srikandi...
bleh sy pinjam karya nukilan hati saudari nihh....
dlm erti kata lain...sy nak abadikan ia dlm simpanan sy....bulehh??

-----------------
Sedarkah kita!
::. kiTa terCari-cAri aPa yg kiTa Mahu .:: Tapi taK berTeMu ::. SedangKan kaDang ia Ada di DepaN MatA .:: cUMA kIta saja Yang taK tAu!! ::.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fainaProfil   Hantar PM kepada faina   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 04-05-05 01:34


fuuu pnjang betul..
sakit mate² nk habis kan surat die ..huhu..
tabah la erk..
no komen


Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 02:22


ok juga... :-)

dapat menyelami hati penulis sedalam-dalamnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

puteri_nailofar
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.05.2005
Ahli No: 16297
Posting: 258
Dari: Kazakhstan

kazakhstan   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 04:26


Apa yang ingin disampaikan sebenarnya memang menarik, cuma ana rasa gaya penyampaiannya agak kurang menarik,perlukan bahasa yang lebih puitis untuk menarik orang lain membacanya.

Anyway,gud try..



Bookmark and Share

    


  Member Information For puteri_nailofarProfil   Hantar PM kepada puteri_nailofar   Quote dan BalasQuote

zero_cool
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1142
Posting: 586
Dari: TOYOME

japan   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 08:12


ermm...idea yang elok..bagus untuk mencuba gaya penulisan jenis surat...saya juga telah mencuba satu cerpen berbentuk surat...boleh dikongsi bersama..kalau nak baca boleh pm saya atau klik di http://www.geocities.com/alien_myaz/MencariCINTA.doc ...

pergi/s:kalau sesiapa yang nak improve mutu penulisan boleh pergi ke laman web www.esastera.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For zero_coolProfil   Hantar PM kepada zero_cool   Quote dan BalasQuote

kinobaik
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2005
Ahli No: 16191
Posting: 377
Dari: Rumah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-05 13:04


adeh zero_cool ini... bersemangat betul dalam bab2 penulisan.ehhe. gambatte!

Bookmark and Share

    


  Member Information For kinobaikProfil   Hantar PM kepada kinobaik   Pergi ke kinobaik's Website   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 18:51


wah panjang sungguh surat ini......berkelip2 juga mata membaca....huhuhu...apa pun bagus lah....ayat puitis dia..hehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 09-10-08 21:04


good job..

asasnya saya rasa anda memang berminat untuk menulis.. dan saya rasa anda bermnat untuk menjadi seorang novelis..mungkin bertemakan 'cinta dalam syariat'... maksud saya anda ingin bertemakan cinta tapi tak mahu sampai melangkau batas akhlak dan adab muslim..betul tak? bagus mulakan dr cerpen..Kalau nak novel harus memakan masa lama sikit..mungkjin bertahun.. Kalau nak dalam sebulan dua kena istiqamah sikit lah..

tapi by the cerpen overall saya lihat quite ok lah.. cuma kurang puitis sikit lah.. sebab novel ni tak begitu straight tau.. setiap keadaan dan situasi pula harus berkembang dengan baik...baru ada feel..

anyway maaf banyak sangat komen..huhu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 11:04


best..boleh muhasabah dr saya juga..

apa-apa pun, good try..boleh improvekn lagi..:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-10-08 11:15


nanti boleh pinjam...nak anta surat ukhti....hehhehehehehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-10-08 12:41


MasyaAllah...best nya..:)

nanti boleh lah copy paste...hehehe...tak apa kan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

nurul_huda3110
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.05.2005
Ahli No: 16604
Posting: 171
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-10-08 13:05


menarik..ada bakat untuk jadi penulis..

teruskan usaha ukht..

insyaallah ukht dapat menggunakan bidang penulisan untuk berdakwah..

all the best..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_huda3110Profil   Hantar PM kepada nurul_huda3110   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112629 saat. Lajunya....