alhamdulillah..akhirnya surat ini berjaya ditulis..syukur...ini adalah karya saya sendiri...tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia...sebenarnya karya ni banyak kekurangan..ditulis berdasarkan pengalaman skit, bacaan skit, pengalaman kwn2 skit...campur2 laa kiranya...sebarang komen atau cadangan penambah baikkan dialukan...semoga kita sentiasa diberi barakah oleh Allah swt...
warahmatullahiwabarakatuh
Dear diary,
‘Rabbana wa la tuhammilna ma la toqata lana bih, wa’ fu ‘anna’’
Wahai Tuhan kami, ampunilah kami apa yang ada antara kami dan Kamu, yang Engkau ketahui dari keterbatasan dan ketidak berdayaan kami.
Subhanallah wallahamdulillah walailahaillah wallahuakbar…seharian suntuk rasanya diriku berada dalam satu goncangan ombak yang hebat..macam tsunami yang berlaku baru-baru ni. Subhanallah hebatnya kekuasaan Allah swt, air yang lembut mampu membunuh beratus ribu nyawa dalam sekelip mata…oh Allah swt, semoga ombak di dalam hatiku ini kembali tenang dengan petunjuk dariMu yang senantiasa memandu arah tuju hati kecilku ini…betapa keliru perasaan dan naluri hati ini dalam menilai ketulusan kasih insani…astagfirullahallazim...kadang-kadang dugaan seharian dalam kehidupan sebagai seorang pelajar ni betul-betul menggugah semangatku untuk study….subhanallah…bukan mudah untuk mengambil course medicine ni apatah lagi dengan cabaran persaingan yang sengit untuk mendapat placement kat overseas…oh Allah swt, permudahkanlah jalan yang terbentang di hadapanku..andainya ini suratan untukku, pasrahkanlah hatiku untuk menerima takdirMu… Astagfirullahalazim… subhanallah.. kerdilnya diri ini bila menghadap Ilahi,,bila memikirkan untuk meninjau kembali betapa tingginya darjat Allah berbanding manusia..betapa lemahnya manusia dalam menghadapi krisis dan konflik dalam kehidupan ini…betapa rapuhnya iman bila di cemari dengan bisikan syaitan laknatullah…subhanallah…sesungguhnya hati ini telah diserahkan sepenuhnya untuk merindui Allah swt…untuk mencintai Allah swt sepenuhnya..untuk mendamba kasih Ilahi..i have put my trust in Allah swt. My full heart of trust in Allah swt. subhanallah…ya Allah wahai Tuhan Yang Maha Penyayang…seandainya hati ini yang ada pada diriku lalai dalam mengingatiMu maka gantikanlah hati ini dengan hati yang bercahaya yang sentiasa mendahulukan cintaMu ya Ilahi dari segala sesuatu..ya Allah kurniakanku dengan hati yang selalu mengingati nikmat-nikmatMu dan selalu mensyukurinya. ..insyaAllah dengan itu senang bagiku untuk menerima ilmu pelajaran sepertimana kata-kata Imam terulung Al-Ghazali ‘ilmu itu ibarat cahaya dan ia akan hanya mendekati hati yang bercahaya’ ..subhanallah. ya Allah aku memohon perlindungan dariMu peliharalah diriku dari murkaMu dalam apa jua yang dilakukan..peliharalah diriku agar tergolong dalam golongan yang mendapat rahmatMu dan kasih sayangMu..oh Allah swt, rahmatMu meluas dari dosa-dosa yang ku lakukan….
Akhi fi Al Islam,
Sebelum pena mula menari merencana apa yang ditulis ,ana doakan agar helaian ini jauh dari fitnah syaitan laknatullah apatah lagi dari murka Allah swt. Alhamdulillah ana di beri kekuatan oleh Allah swt untuk menulis helaian ini. Semoga apa yang ingin disampaikan nanti akan dipermudahkan oleh Allah swt untuk mudah di fahami dan tidak disalah ertikan. Semoga dengan berkat pimpinan Allah swt segalanya akan berjalan mengikut kehendakNya dengan lancar.
Akhi,
Walaupun terasa sangat berat untuk meluahkan apa yang terbuku di hati namun dengan izin Allah swt setelah melakukan isthikharah (subhanallah..moga ianya bukan riak), ana yakin ini adalah lintasan yang benar dan dipandu dengan petunjuk Allah swt untuk mai menyatakan apa sebenar yang terbuku di lubuk hati ini.
Setelah agak lama tiada khabar berita, namun bukan beerti ana cuba berlagak sombong atau bangga diri terhadap akhi apatah lagi mempunyai niat untuk menyakiti hati akhi, . sepanjang ukhwah yang terjalin ini, ana telah cuba untuk berlaku seadilnya sebagai seorang sahabat yang baik untuk semua namun apakan daya bukan hasrat setiap orang dapat kita penuhi. Mengertilah bahawa setiap kita mempunyai banyak tugasan yang melampaui masa yang ada dan kadang-kadang menuntut kita untuk mengorban sesetengahnya. Benarlah kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna bahawa ‘kewajipan yang menuntut dari kamu lebih banyak dari masa yang kamu ada untuk menunaikannya’. Walaubagaimanapun mengertilah ianya mempunyai tafsiran yang berbeza bagi ana, ana cuba untuk menenangkan fikiran supaya berfikir secara rasional setelah apa yang terjadi di samping cuba mencari jalan keluar dengan petunjuk Allah swt. Semoga jalan yang dipilih ini sentiasa di bawah petunjuk Ilahi Rabbul Izzati bukannya dipandu dengan panahan anak panah iblis yang dilaknat Allah swt, nauzubillah.
Sesungguhnya apa yang berlaku benar-benar memerlukan pengorbanan untuk dilakukan. Segala perlakuan dan tutur bicara akhi telah membuatkan ana berfikir dan sel-sel neuron ini makin pantas rasanya merangsang perjalanan pemikiran ini, sejauh mana keikhlasan kita dalam menjalinkan ukhwah persahabatan yang suci kerana Allah swt? Tapi kenapa perlu kita berjumpa? Kenapa perlu sms selalu? Kenapa perlu miss call selalu? Kenapa perlu dengar suara? Subhanallah. Kadang-kadang perasaan yang hadir dalam diri kita turut hadir perasaan halus yang berajakan nafsu syaitan yang bisa merasuk ke dalam diri tanpa kita sedari natijahnya. Apa yang ana dambakan adalah ukhwah yang indah bersama cinta Ilahi. Subhanallah..Jangan biarkan ukhwah kita ini dicemari dengan nafsu berajakan syaitan laknatullah Maafkan ana sekiranya kata-kata ini melukakan hati.
‘enti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap enti ke?’
Memang ana berhak meragui akhi sebab akhi adalah orang asing dalam hidup ana, bukannya terdiri dari ahli keluarga ana. Sejak kecil asuhan dan didikan dari keluarga ana tersemat kemas dalam jati diri ini. Alhamdulillah pengajaran agama telah diterapkan untuk lebih mempercayai ahli keluarga sendiri lebih dari orang lain. Ibu adalah insan pertama menjadi orang yang kita percayai sebelum orang lain. Jadi tidak salah bagi ana meragui orang yang di luar rumah kami. Sememangnya kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran sahaja malahan yang lebih penting lagi adalah dalaman insani yang menjadi tunjang kepada akidah. ‘don’t judge the book by its cover’. Siapa tahu apa yang terbuku di hati? Dapatkah kita mengukur darjah keikhlasan seseorang? Apakah bukti yang tepat tanpa sebarang ralat dalam mengukur darjah keikhlasan seseorang? Bukanlah maksud ana untuk meragui keikhlasan akhi dalam menjalinkan ukhwah ini. Siapalah ana untuk menilai keikhlasan dan kejujuran akhi dalam menjalinkan ukhwah ini. Namun, siapalah diri kita menilai keikhlasan diri sendiri..hanya Allah swt yang tahu apa yang ada di dalam hati kita..Dia Maha Mengetahui. Darjah pangkat manusia di sisi Allah swt dinilai bukan dengan keihklasan namun berdasarkan ketaqwaan kepadaNya. Rugilah siapa yang mengabaikan tanggungjawab dan amanah yang besar ini. ‘hai orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah swt, nescaya Dia akan memberikan kepadamu Furqan dan menghapuskan segala kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar’ (al-Anfal:29)
‘Kenapa? ana sudah berusaha sedaya upaya untuk jadi yang terbaik dalam mencapai kejayaan ini. Ana berusaha untuk pergi overseas juga. Kita bakal menjadi doctor, entilah yang mendorong ana untuk berusaha sampai tahap ni. Ana berusaha untuk menjadi apa yang enti impikan.’
MasyaAllah. Astagfirullahalzim. Oh Allah swt hanya kepadaMu aku mengadu apa yang terbuku di hatiku. Kenapa mesti akhi niatkan macam tu? Kenapa mesti kerana ana untuk akhi menjadi seorang doctor. Kenapa akhi berusaha selama ini kerana impian ana? Kenapa akhi niat kerana ana. Subhanallah. Ya Allah swt, aku memohon keampunan dariMu ya Allah andai aku telah melalaikan khalifahMu di atas bumi ini. Ya Allah swt, aku memohon perlindungan dariMu agar memelihara diriku dari menjadi asbab kepada mujahidMu untuk lalai dalam melaksanakan ibadah keranaMu. Ana tak minta akhi buat semua tu kerana ana. Siapalah ana untuk menerima segala yang akhi lakukan. Ana tak minta dikasihi melebihi Pencipta ana, sesungguhnya hanya Allah swt yang berhak dikasihi melebihi segalanya. Sayangilah Dia yang menciptakan kita dari titisan yang hina hingga menjadi manusia yang sempurna segalanya menjadi khalifah di muka bumi Allah swt ini dengan memikul amanah yang berat untuk dilaksanakan kecuali yang beriman dan bertaqwa kepadanya. Akhi, pandanglah dengan pandangan yang hakiki hakikat kejadian manusia ciptaan Ilahi, seharusnya akhi mensyukuri hakikat ini dan cuba untuk melakukan sesuatu hanya kerana Allah bukan kerana makhluk ciptaanNya. Akhi, bukan ini yang ana pinta sepanjang ukhwah kita. Ana ingatkan akhi dah jelas perjuangan kita sebagai dai’e di bumi Allah swt ini. Lakukanlah sesuatu ikhlas hanya kerana Allah bukan kerana hambaNya. Siapalah ana untuk akhi lakukan sesuatu kerana ana, sesungguhnya Allah swt lebih berkuasa dalam menentukan sesuatu. Dia lebih berhak menerima segala-galanya. Pujian hanya untuk Allah swt Tuhan yang memiliki arasy yang Agung. Profesion yang kita tempuhi sekarang memerlukan pengorbanan yang tinggi dan merupakan kerjaya yang mulia jika diiringi dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah yang Khaliq. Janganlah akhi membataskan perjalanan kerjaya ini kerana makhluk ciptaan Allah semata-mata sebaliknya lihatlah dalam konteks yang lebih meluas lagi. Sekiranya ini niat akhi untuk menjadi seorang doctor, alangkah ruginya diri akhi, perbaikilah dan perbetulkanlah niat akhi hanya kerana Yang Esa bukannya kerana ana. Subhanallah. Ya Allah swt, sesungguhnya aku meminta supaya diterangkan hati sahabatku ini dalam memperjuangkan agamaMu di bumi ini. Ya Allah, diri ini telah melalaikan khalifahMu. Astagfirullahalazim. Semoga dijauhkan dari fitnah syaitan laknatullah.
‘Berilah ana peluang untuk menjelaskan semuanya Ana ikhlas nak mengenali enti. berilah peluang untuk ana mengenali enti boleh kita jumpa untuk lebih mengenali ?’
Subhanallah. Tidak cukupkah selama ini perkenalan kita. Untuk apa lebih mengenali? Untuk membuka ruang kepada syaitan untuk memasuki lubang-lubang kelemahan dalam diri kita. Tidak ingatkah akhi, hadis rasulluh saw ‘ apabila berduaan wanita dan lelaki, yang ketiganya adalah syaitan’. Tidak takutkah akhi mengenali dengan lebih dekat seorang wanita bakal menimbulkan fitnah kelak. Rasullullah saw pernah bersabda sebelum Baginda wafat bahawa fitnah terbesar pada akhir zaman adalah dari golongan hawa. Subhanallah.semoga Allah swt memelihara diriku yang lemah ini dari panahan bisikan syaitan laknatullah. Bukan prinsip ana untuk keluar dengan lelaki bukan mahram untuk saling lebih mengenali. Ukhwah yang terjalin ni pun sudah dikira anugerah Allah swt. Sepatutnya kita menghargai anugerah ini. Sudah berapa kali akhi solat sujud syukur dengan pertemuan ini? Berapa banyak tasbih telah dipanjatkan kesyukuran kepada Allah akan ikatan persahabatan ini? Subhanallah. Adik akhi adalah kawan ana, ana hargai ukhwah ini pun kerana kawan ana. Sungguh janggal bagi ana untuk mengenali lelaki lain dalam hidup ana memandangkan kawan lelaki ana hanyalah kawan sewaktu sekolah rendah. Apabila memasuki sekolah menengah, ana berpeluang ke sekolah semua perempuan di kelantan. Alhamdulillah penekanan agamanya adalah praktikal di sana. Tambah-tambah lagi di negeri kelantan yang memang di kenali sebagai pengamalan agama yang lebih praktikal dan sekolah kami juga adalah salah sebuah sbp di pantai timur. Syukur sangat-sangat dan ustaz dan ustazahnya juga sangat baik. Kurang-kurang sudah terlepas satu halangan aurat dengan lelaki pada masa tu.Untuk apa pertemuan yang akan menimbulkan fitnah dan melalaikan kita dari Allah swt.
‘wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang wanita, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa serta bersuku-suku, supaya kamu saling mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah swt ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu’ (al-Hujurat:13)
Astagfirullah, ya Allah swt jauhilah diriku dari menjadi punca fitnah kepada hambaMu yang lain. Ya Allah swt sesungguhnya aku memohon perlindungan dariMu kuatkanlah iman dan ketaqwaan kepadaMu dalam menempuh dugaan ini dan yang akan datang. Hijabkanlah diriku dengan perkara yang mendatangkan kemurkaanMu. Sesungguhnya aku memohon rahmat dan barakah dariMu wahai Tuhan yang Maha Penyayang dan Pengasih.
Akhi,
Selagi ana belum walimah, my parents adalah yang paling berhak ke atas diri ana. Apapun keputusan yang ana ambil kena minta persetujuan mereka. Restu mereka lebih penting dalam hidup ana untuk membuat sesuatu keputusan. Dahulukan ibu bapa ana kerana keputusan mereka adalah keputusan ana jua. insyaAllah restu mereka yang akan mengiringi kebahagian ana nanti. Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Buat masa sekarang. tidak perlulah akhi mengumpul duit yang banyak untuk membawa ana ke mekah untuk menunaikan fardhu haji hanya kerana itu adalah impian ana bersama bakal zauj ana nanti, namun dahulukan ibu dan bapa akhi , bahagiakan mereka terlebih dahulu. Kebahagian mereka juga adalah kebahagian ana. Simpanlah duit akhi untuk berbakti kepada mereka bukan untuk diri ana. Bawalah mereka ke mekah untuk tunaikan fardhu haji terlebih dahulu. Janganlah menjadikan diri ana sebagai asbab untuk akhi tidak menjalankan tanggungjwab seorang anak yang soleh even selepas kahwin pun syurga akhi masih di bawah tapak kaki ibu akhi, restu ibu akhi yang lebih penting. Sebaliknya, bagi ana restu suami adalah paling utama setelah walimah. Kunci pintu syurga bagi wanita yang bersuami adalah suaminya. Ya Allah swt, kurniakan diriku suami yang soleh yang boleh memimpin diriku ke arah keredhaanMu. Sepertimana ana mengasihi dan menyayangi serta mencintai kedua ibu bapa ana, begitu jugalah tumpahnya kasih dan sayang ana pada bakal mentua nanti. insyaAllah. Semoga Allah menjadikan segalanya mengikut ketentuanNya. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah swt. Yakinlah dengan Allah swt.
Akhi,
Di akhir kalam ini, ana ingin memohon maaf di atas keterlanjuran sepanjang ukhwah kita. Tidak perlulah bagi akhi untuk membalas helaian ini supaya ianya tidak menambah lagi noda-noda hitam dalam diri ana nanti. Cukuplah akhi mengetahui apa yang tersirat dalam hati ana ini. Semoga ukhwah yang didasari dengan cinta Allah ini akan sentiasa diberkati dan dirahmati Allah swt. Yakinlah dengan janji Allah bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. insyaAllah sekiranya kita sama-sama menjaga batas-batas pergaulan yang dituntut syarak, jodoh kita akan soleh dan solehah. Sememangnya setiap muslimah mengimpikan muslim yang soleh sepertimana muslim mengimpikan wanita yang solehah dalam hidupnya. Begitu jua muslim yang mengimpikan wanita bak bidadari syurga yang akan memberikan syurga di dunia, tidak terkecuali dengan muslimah sejati yang mengimpikan mujahid Allah swt yang setia dan mampu membimbing dirinya ke jalan kebenaran, yang akan mengingatkan dirinya pada Rabbul Izzati tika keyakinan dirinya lemah, yang akan meyakinkan dirinya dengan janji Allah bahawa kemanisan iman sentiasa menaungi hati-hati yang bertaqwa, yang selalu menasihati dirinya ke arah kebaikan apabila dirinya melupakan atau meragui nikmat-nikmat Allah. Subhanallah. Sekiranya telah ditakdirkan ana untuk menerima cinta bakal suami ana nanti dan terbuka pintu hati ini untuk menerima dirinya, insyaAllah tanpa ragu-ragu akan diserahkan sepenuhnya cinta ini yang didasari dengan cinta kepada Ilahi. Jodoh dan pertemuan di tangan Allah swt, kita merancang dan Allah juga merancang namun perancangan yang terbaik yang lebih mengetahui apa yang bakal berlaku hanyalah dari Allah swt. Ana letakkan sepenuhnya kepercayaan ana kepada Allah swt untuk menentukan bakal zauj ana. Ana yakin dia adalah yang terbaik yang Allah swt jadikan untuk ana. insyaAllah ana akan berusaha untuk jadi isteri yang solehah bagi dirinya nanti kerana Allah telah menetapkannya. ‘dan diriku telah memilih dirinya untukku’. Harapnya akhi pun begitu juga. Semoga Allah mempermudahkan pertemuan dan jodoh kita nanti. Put your trust in Allah. Redha lah dengan ketetapan yang telah tetapkan oleh Allah swt. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mengetahui segalanya! Oh Allah swt, diriku telah meletakkan dan memberikan sepenuhnya hati ini kepadaMu untuk dilindungi dari sebarang kejahatan yang akan merosakkan kemulian hati ini. Oh Allah swt, andainya hati ini ingin Kau berikan kepada makhluk ciptaanMu, berikanlah kepada khalifahMu yang turut mencintaiMu supaya hatiku tidak pernah berhenti dari berzikir kepadaMu dan rahmatilah diriku dengan limpahan kasih sayangMu ya Allah swt.
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana ,jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..... Ya Rabbul Izzati ,jika aku rindu ,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu.... Ya Allah ,jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah ,jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
....Amin.....
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Saya tinggalkan hati saya di sini,
Agar selalu dekat dengan kamu.
Saya tinggalkan hati saya dengan kamu,
Biar semangat dan ingatan kita bersatu.
Saya serahkan hati saya pada kamu,
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu.
(sepertimana saya mengasihi diri sendiri, malah mungkin lebih dari itu)
Saya mahu kamu miliki hati saya,
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya.
(sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu, sebenar-benarnya)
Dan perkara wahidnya,
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu ; Allah Azza wa Jalla,
Moga Dia patri lekat hati kita,
Moga Dia suluh terang hati kita,
Moga Dia jaga pelihara hati kita..
Dalam acuan, cahaya dan petunjukNya.
Hati, saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya.
(Kamu yang bernama Abah.
Kamu yang bernama Emak.
Kamu yang bernama Adinda.
Kamu yang layak, kamu yang berhak)
Pengemis setanggi syurga,
~Sesegar nailofar~
[ Posting ini telah di edit oleh: Sinar_Srikandi pada 2005-01-23 00:15 ]