Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kalau tak pernah bersiap sedia untuk memilikinya, pasti anda tidak mungkin memperolehi walaupun ia mendatang ke depan anda.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
nur_tinta: 17 hari yang lalu
kasih_kekasih: 33 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Jumpa ni masa buat assignment ... sedih mendengar.


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Jumpa ni masa buat assignment ... sedih mendengar.

Please Mendaftar To Post


Oleh Jumpa ni masa buat assignment ... sedih mendengar.

shayuki

Menyertai: 05.12.2003
Ahli No: 5507
Posting: 164
Dari: Hira Shayuki

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-01-05 00:47


Tafsiran melampau semua hiburan haram

Oleh ASTORA JABAT


DALAM kebanyakan agama termasuk agama Islam ada ruang untuk mengamal ajaran yang paling keras dan melampau. Bagaimanapun, apa yang dianggap ajaran agama itu bukan ajaran asal agama-agama berkenaan, tetapi ia merupakan ajaran yang telah diselewengkan atau merupakan tafsiran yang dibuat oleh orang-orang tertentu.

Cuma bukan mudah bagi orang awam untuk membezakan antara ajaran asal dan ajaran yang telah diselewengkan atau tafsirannya kerana ramai cerdik pandai agama sendiri termasuk yang bergelar ulama tidak dapat membezakan atau tidak mahu membezakan antara hukum muktamad daripada Allah dan hukum tidak muktamad yang diijtihad oleh manusia.

Dalam tulisan ini penulis memilih ajaran agama paling keras dan melampau itu dalam konteks membincangkan isu hiburan yang sedang hangat diperkatakan. Untuk berbuat demikian tidak begitu sukar. Hanya dengan merujuk kepada sebuah kaedah fikah dan beberapa nas daripada al-Quran dan hadis yang difaham dan dihurai secara tidak betul dan di luar konteks, maka penulis boleh mengharamkan semua hiburan yang ada dalam masyarakat kini.

Kaedah fikah berkenaan ialah sad az-zaraI dan ia bermaksud menutup punca yang menyebabkan berlaku maksiat dan kemungkaran. Kaedah sad az-zaraI jika digunakan secara tidak betul boleh menyebabkan hukum haram yang amat sedikit berubah menjadi tidak terhingga jumlahnya.

Penggunaan kaedah fikah ini dalam konteks hiburan boleh menyebabkan semua makanan jiwa itu dianggap haram belaka.

1- Ini kerana hiburan dianggap melalaikan sehingga menyebabkan orang-orang yang mengikuti acara hiburan seperti konsert lupa untuk sembahyang. Sebenarnya hujah yang mengatakan bahawa hiburan itu melalaikan, maka ia dianggap haram adalah hujah yang tidak betul.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjelaskan bahawa: Diangkat daripada umatku kesilapan, kelupaan dan apa yang dipaksa ke atasnya. Ini bererti jika seseorang melakukan sesuatu dan dia lalai dan lupa sembahyang, maka apa yang perlu dilakukan ialah qada atau menggantikan sembahyang yang terlepas itu. Selain itu lalai dan lupa juga ditetap oleh Maha Mengetahui dalam diri manusia. Ketetapan Allah itu menyebabkan manusia pasti lalai dan lupa. Tiada sesiapa pun dapat melawan ketetapan Allah itu. Hikmah dan faedahnya kerana jika manusia tidak lalai dan lupa, dia akan ingat semua yang berlaku ke atas diri sejak dari zaman kecil terutama kejadian-kejadian sedih dan memilukan, maka akan menjadi gila.

2- Hiburan yang diadakan di tempat terbuka dianggap menyebabkan berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita bukan muhrim yang didakwa boleh menimbulkan bermacam-macam maksiat. Cuba kita hitung apakah jenis maksiat yang boleh berlaku di situ? Bersentuh? Mengurat? Mengenai persentuhan antara lelaki dan wanita, di musim haji pun lelaki dan wanita bersentuh juga. Tidakkah semua orang kita pergi haji terpaksa mencampakkan fatwa Imam asy-SyafiI dan mengambil fatwa Abu Hanifah? Mengenai mengurat pula mungkin tidak ramai yang terlibat kerana tempat yang penuh dengan puluhan ribuan itu bukan begitu sesuai untuk mengurat.

3- Kerana hiburan melibatkan penyertaan artis wanita.

4- Kerana persembahan hiburan keterlaluan para artis dari segi pemakaian, tingkah laku dan bercakap tidak baik yang boleh mempengaruhi jiwa kaum remaja.

Penulis tidak mengulas punca ke-3 dan ke-4. Minta pembaca fikir sendiri.

Dalam al-Quran pun terdapat banyak ayat yang boleh dihurai dan ditafsirkan bahawa semua hiburan yang ada dalam masyarakat kini haram. Ayat-ayat berkenaan ialah:

1- Allah berfirman: Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang dia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah dan jika dia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). (al-Anaam: 70)

2- Dalam ayat ini pula Allah berfirman: Orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan) mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak hiraukan persiapan-persiapan untuk) menemui hari mereka ini dan juga kerana mereka selalu mengingkari ayat-ayat keterangan Kami. (al-Aaraf: 71)

3- Cuba perhatikan ayat ini: Sekiranya Kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah Kami akan mengambilnya dari sisi Kami; Kami tidak melakukannya. (al-Anbia: 17)

4- Begitu juga ayat ini: Dan ada di antara manusia: Orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. (Luqman: 6)

5- Seterusnya ayat ini: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan (yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri (di atas mimbar berkhutbah). Katakanlah (wahai Muhammad: Pahala, balasan) yang ada di sisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki. (al-Jumuah: 11)

Semua ayat di atas jika dijadikan ayat hukum, dihujah berasingan dengan ayat-ayat lain (berhujah sekerat-sekerat ayat), ditafsir di luar konteks dan tidak mengambil kira sebab ia diturunkan, maka sudah tentu dianggap semua hiburan yang ada adalah haram dan tidak boleh diamalkan.

Jika diimbangkan ayat-ayat di atas dengan ayat-ayat di bawah ini serta melihat tafsirannya dalam kitab-kitab tafsir, kita akan mendapati bahawa hiburan merupakan perkara lumrah dan fitrah yang terdapat dalam diri semua manusia. Bagaimanapun, penulis yang berlagak sebagai pelampau agama tidak melakukan perkara itu, tetapi memadai dengan ayat-ayat di atas dan kaedah sad az-zaraI yang diguna secara melampau serta beberapa hadis yang juga mengharamkan hiburan yang akan disebut di akhir tulisan ini.

Ayat-ayat yang menjadi pengimbang ayat-ayat di atas ialah:

1- Allah berfirman: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan dan hiburan dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (al-Anaam: 32). Dalam kebanyakan terjemahan Melayu ditambah perkataan sia-sia dan melalaikan di belakang perkataan permainan dan hiburan. Kedua-dua tambahan bukan daripada al-Quran.

2- Ayat itu juga Allah menceritakan perkara yang sama serta memberitahu kita bahawa akhirat kelak adalah kehidupan yang sebenar. Allah berfirman: Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat). (al-Ankabut: 64)

3- Dalam ayat ini pula Allah menjelaskan bahawa kehidupan yang merupakan permainan dan hiburan ini pun ada ganjaran pahala jika kita merupakan orang beriman dan bertakwa. Allah berfirman: (Ingatlah) bahawa kehidupan dunia hanyalah ibarat permainan dan hiburan dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan kamu pahala amal kamu dan Dia tidak meminta kepada kamu harta benda kamu (melainkan untuk memberikan kamu barang yang lebih baik daripadanya). (Muhammad: 36)

4- Ayat ini juga tidak berbeza dengan ayat-ayat terdahulu. Allah berfirman: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan serta perhiasan, juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (al-Hadid: 20)

Jika berpindah kepada hadis, kita juga boleh menemukan berpuluh-puluh hadis yang mengharamkan hiburan.

Di antara hadis-hadis yang dirujuk ialah:

1- Daripada Anas bin Malik katanya, Rasulullah bersabda: Dua suara yang dilaknat di dunia dan akhirat, iaitu (suara) serunai ketika (diadakan) kesyukuran dan menangis ketika (ditimpa) malapetaka.

2- Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, judi dan kompang dan setiap yang memabukkan adalah haram.

3- Daripada Abdul Rahman bin Ghanam daripada Abu Malik al-Asyari daripada Nabi katanya: Kaum manusia di kalangan umatku akan minum arak dan mereka memberi nama arak itu dengan nama lain, dihiburkan mereka dengan pemain-pemain muzik dan penyanyi-penyanyi wanita. Allah akan menyumpahkan mereka dengan bumi dan menjadikan mereka kera dan babi.

4- Daripada Jabir daripada Abdul Rahman bin Auf katanya Rasulullah bersabda: Aku tidak melarang menangis, tetapi aku melarang dua gila yang jahat, iaitu (1) suara ketika (mendengar) lagu permainan, keramaian dan serunai syaitan dan (2) suara ketika (ditimpa) malapetaka (yang menyebabkan berlaku perbuatan) memukul pipi, mengoyak pakaian dan jeritan syaitan.

5- Daripada hamba Ibn Amr, daripada Ibn Amr bahawa Rasulullah keluar kepada mereka pada suatu hari ketika mereka berada dalam masjid dan baginda bersabda: Sesungguhnya Tuhanku mengharamkan ke atasku arak, judi, kompang dan penyanyi-penyanyi.

Sebenarnya terdapat banyak lagi yang mengharamkan hiburan. Begitu juga terdapat pula berpuluh-puluh hadis lain yang menghalalkan hiburan. Bagaimanapun, penulis tidak menyebut hadis-hadis yang menghalalkan hiburan itu kerana penulis dalam tulisan ini menjadi seorang pelampau agama yang memilih untuk mengamal ajaran yang paling keras dan melampau dalam agama.

Kerana itu penulis di sini dianggap sebagai orang tidak membezakan antara hukum Allah dan hukum manusia (ijtihad ulama), berfikiran satu hala kerana kurang membaca dan menyelidik dan memadai dengan hukum selektif yang dipilih berdasarkan pendirian antihiburan pada masa tua tanpa memikirkan zaman silam ketika menjadi anak-anak dan remaja pada tahun 60-an yang memang sesetengah hiburan popular ketika itu menjadi idaman seperti wayang kulit, wayang gambar, dikir barat, makyung, menora, lagu Tom Jones, Clift Richard, Mohd. Rafi, Mukish, Kishor Kumar, Mahindra Kapoor, Supapon Sombatchareun, bola dan sebagainya.

Jika merujuk kepada pandangan para ulama mazhab pula kita dapati bahawa Imam asy-SyafiI berkata, mendengar nyanyian itu adalah makruh (tidak disukai) dan melalaikan. Nyanyian pada imam kita itu merupakan perkara yang batil dan sesiapa yang mendengarnya dipanggil safih yang bermaksud bodoh dan tolol dan dia dianggap tidak sah menjadi saksi.

Penulis ingin bertanya, siapakah di kalangan kita pada hari ini, sama ada di Malaysia mahupun di negara lain yang tidak pernah mendengar lagu?

Malah adakah di kalangan mereka yang bergelar ulama di negara kita ini tidak pernah menjadi remaja yang tergila-gila dengan nyanyian penyanyi-penyanyi tertentu?

Jawabnya tidak ada seorang pun di kalangan kita yang merupakan orang biasa dan ulama yang tidak pernah mendengar lagu.

Malah jika merujuk kepada sirah Rasulullah kita dapati bahawa baginda bukan saja mendengar nyanyian, tetapi baginda juga menyanyi.

Akhir sekali penulis ingin menjelaskan bahawa penulis yang berlagak sebagai pelampau agama tidak boleh memaksa orang ramai menerima atau melarang mereka mempertikaikan dan menolak hukum yang dipegang penulis berhubung anggapan bahawa hiburan itu haram.

Begitu juga jika terdapat ulama atau mufti yang mempunyai pandangan yang serupa dengan penulis kecuali apabila hukum pegangan mereka itu diwartakan oleh kerajaan.

Dalam erti kata lain, orang ramai berhak mempertikai dan menolak fatwa atau hukum seorang ulama atau mufti selagi mana ia tidak diwartakan oleh kerajaan. Pada waktu yang sama tidak dapat dianggap sesiapa saja yang mempertikai dan menolak fatwa atau hukum yang diijtihad oleh ulama atau mufti itu sebagai melekeh dan menghina mereka.

Bagaimanapun, apabila fatwa atau hukum yang diijtihad oleh seseorang ulama atau mufti diwartakan oleh kerajaan, maka tiada sesiapa pun di kalangan orang ramai boleh mempertikai dan menolakkan lagi fatwa atau hukum ulama atau mufti berkenaan. Cuma jika ada orang mempertikai dan menolaknya, maka dianggap hanya salah di sisi undang-undang, tetapi tidak salah dari segi hukum syarak.

----------------------------------------------------

Aiii .... 1001 alasan

Bookmark and Share

    


  Member Information For shayukiProfil   Hantar PM kepada shayuki   Pergi ke shayuki's Website   Quote dan BalasQuote

amyra_myra
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4282
Posting: 584
Dari: Taiping night safari

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-01-05 11:33


baca artikle astora jabat nie...buat pening kepala je...baik tak yah baca...

-----------------
no pain..no gain..

Bookmark and Share

    


  Member Information For amyra_myraProfil   Hantar PM kepada amyra_myra   Quote dan BalasQuote

Nuhdi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-01-05 14:54


......

Sesetengah org mengatakan astro ni sbg "ice breaking" dalam menghuraikan hujah....

tapi kita ni BERIMAN.....ada tauhid....

dalam bab2 agama ni Al-Quran dan Sunnah adalah imam atas segalanya.....bukan nya Akal yang lemah....

Astro ni blajar kat Mesir...... kalau pergi Mesir tnyakan ttg Astro ni...
Orang kata....."DIE NI AHLI-AHLI KAMI DIKUTIP ORANG"....

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhdiProfil   Hantar PM kepada Nuhdi   Quote dan BalasQuote

umm_syuhada
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12460
Posting: 61
Dari: bumi Allah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 01:56


...

hari tu kat kampus ana ada forum yg bertajuk "Pembohongan Intelektual Ke Atas Islam". byk info yg ana dpt ms forum tu. Astora Jabat ni antara org yg melakukan pembohongan ttg Islam la. kalau nk baca artikel Astora Jabat boleh...tp baca dgn kritis. jgn absorb apa yg dia kata. ahli panel tu ada bgtau, ada student yg jadikan Astora ni sbg idola dia...sampai menghafal segala hujah2 Astora & menggunakan hujah2 tu utk b'debat ttg Islam. tapi kalau rasa takut t'pengaruh, better jgn baca lgsg. ana sendiri tak berminat nk baca. bwh ni ana copy dr emel ana...shbt ana yg send...

Date: Sun, 2 Jan 2005 09:18:34 -0800 (PST)

Kuala Lumpur : Penulis ruangan agama akhbar Utusan Malaysia yang paling kontroversi Astora Jabat, telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam. Menurut sumber MAIJ, fatwa tersebut dikeluarkan berikutan tulisan-tulisan Astora, atau nama sebenarnya Asan anak To' Rambai dari kampung Jabat Narathiwat selatan Siam, amat mengelirukan, sesat lagi menyesatkan.

Astora, seorang wartawan yang bias, berkepentingan dan penjilat, sebelum ini dalam tulisannya telah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.
Di atas ketelanjurannya itu, apabila diasak diminta bukti siapakah Firaun baik di sepanjang sejarah, beliau hanya memberi contoh Laith Pharaon, seorang juara lumba bot laju dari Arab Saudi sebagai Firaun baik. Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam fiqah).

Menurut seorang guru agama, pendapat dangkal Astora itu tidak pernah dibicarakan langsung sejak zaman Imam Syafie, Imam Ghazali, hinggalah para ulama Islam kini. Seorang wartawan yang mendakwa rapat dengannya memberi tahu, "hujah 'pakai hentam' beliau itu hanyalah sekadar untuk menghalalkan perlakuan isteri beliau berbangsa Morocco yang tidak pernah menutup aurat sebagaimana seorang wanita Islam". Tulisan Astora yang sangat merbahaya ialah pendapat beliau yang menyokong ISA. Demi untuk mengampu, beliau sanggup membuat fitnah yang sangat dahsyat apabila mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA(akta keselamatan dalam negeri) untuk membendung pengganas.

Pendapat terbaru beliau ialah cadangannya agar dihapuskan sekolah beraliran agama. Seorang bekas pemberita akhbar Utusan menyatakan, "kita harus faham bahawa Astora ini berasal dari bangsa Pattani yang hidup merempat, tertindas dan sentiasa hidup dalam buruan di bawah kerajaaan Budha Siam.Apabila dia beroleh sedikit kesenangan bekerja di sini, umpama anjing peliharaan, dia akan menyalak apa saja untuk menghiburkan tuannya," ujarnya.

Seorang bekas pelajar Universiti Al-Azhar Mesir pula merasa hairan bagaimana Astora dibenarkan oleh majikannya untuk menulis berkaitan agama Islam. "Ketika berada di Mesir satu masa dulu, dia hanya bekerja sebagai koresponden akhbar saja. Dia tidak pernaha belajar ilmu Islam secara formal. Saya tahu sebab saya kenal dia. Dia memang banyak membaca termasuk buku-buku tulisan orientalis barat dan musuh Islam".

Astora pernah pergi ke Pakistan baru-baru ini untuk membuat liputan sempena serangan ganas Amerika terhadap Afghanistan. Dia dipercayai berada di sana untuk berusaha mengada-adakan bukti bagi mensabitkan Taliban dengan Pergerakan Islam di Malaysia. Bagaimana pun beliau pulang lebih awal ke tanah air kerana merasa khuatir keselamatan dirinya.Mengenai usaha beliau sekarang yang bersungguh-sungguh dalam tulisan di ruangannya mengulas wawancara rangkaian televisyen Al-Jazeera dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, seorang pemerhati menyatakan, "Astora sebenarnya sudah dilarang dari menulis perkara-perkara berkaitan hukum Islam. Jadi dia memilih untuk menjadi jaguh dengan mengkritik beberapa tokoh agama dengan harapan tulisan beliau akan mendapat perhatian meski pun dia tahu benar bahawa hujahnya hanya akan diketawakan orang" ujarnya.

Mengenai penyiaran email pembaca di ruangan ugama beliau yang diformatkan seperti debat, seorang stringer Utusan Malaysia berkata, "email pembaca yang disiarkan itu hanya rekaan dia sendiri. Tiada orang yang sudi melayan penulis seumpama itu. Email yang direka dan jawaban darinya itu sebenarnya hanyalah teknik penulisan." Sementara itu, Astora Jabat yang bertubuh agak tinggi dan berkulit hitam itu tahun lalu telah disuakan dengan Ustaz Asri Zainal Abidin di dalam satu majlis debat di Pulau Pinang. Malangnya tidak selancar tulisannya, beliau dimalukan sebegitu rupa depan khalayak dengan pertuturan yang tergagap-gagap, hujah yang merapu dan keadaaannya yang kelihatan menggeletar dan keresahan. Video tentang sesi debat itu boleh didapatkan di pasaran.

Seorang saksi yang mendakwa pernah mengikuti majlis ceramah Astora di KL, Kuantan dan beberapa tempat lagi memberi tahu, "selalunya soalan yang ditanyakan hadirin dalam sesi soal jawab tidak pernah dijawab dengan tepat melainkan di luar persoalan, merapu dan berhujah dangkal," ujarnya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For umm_syuhadaProfil   Hantar PM kepada umm_syuhada   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 27-01-05 11:29


Dia memang dah bertahun2 menulis kat Utusan tu..
Memang merepek jer apa yang dia tulis..
tapi kenapa kerajaan tak ambil tindakan seperti mengGAM ulama yang benar..
MasyaAllah....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102053 saat. Lajunya....