Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 71
Ahli: 0
Jumlah: 71




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 11 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 12 hari yang lalu
nur_tinta: 18 hari yang lalu
kasih_kekasih: 34 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Mimpi nabi...


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Mimpi nabi...

Please Mendaftar To Post


Oleh Mimpi nabi...

nur_ikhlas
Warga 1 Bintang
Menyertai: 24.11.2004
Ahli No: 12544
Posting: 34
Dari: bumi Allah...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-05 11:38


Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyhur. Suatu hari beliau berkata, ayahku telah menceritakan bahawa antara nabi-nabi yang bukan Rasul, ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.





Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi telah diperintahkan Allah SWT yang bermaksud “Sesudah subuh, engkau keluar dari rumah dan menghala ke barat dan berbuat 5 perkara yakni:

Pertama : apa yang engkau lihat(hadapi) maka makanlah,
Kedua : engkau sembunyikan
Ketiga : engkau terimalah
Keempat : jangan engkau putuskan harapan
Kelima : larilah engkau daripadanya.”

Maka, keesokan harinya, Nabi itu keluar menuju ke barat dan kebetulan yang pertama yang dilihatnya ialah sebuah bukit besar bewarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata “Aku diperintahkan memakan pertama yang aku hadapi, tetapi aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.” Dengan hasrat untuk memakan bukit berkenaan, Nabi berjalan menuju ke arahnya dan setelah menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan sehingga menjadi sebesar roti. Lalu baginda mengambil dan disuapkan ke dalam mulutnya dan terasa manis bagaikan madu. Baginda mengucapkan syukur kapada Allah.

Kemudian Nabi meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan semangkuk emas. Baginda teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan lantas baginda menggali sebuah lubang dan menanamnya. Tiba- tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Baginda menanamnya semula sehingga 3 kali berturut-turut. Maka Nabi pun berkata “Aku telah melaksanakan perintahMu.” Setelah itu baginda meneruskan perjalanan tanpa disedari mangkuk tadi terkeluar semula dari tempat yang ditanam baginda.

Ketika Nabi sedang berjalan, baginda ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata “Wahai Nabi Allah, selamatkanlah aku.” Mandengar rayuan tersebut, baginda berasa simpati lalu mengambil burung kecil itu dan memasukkan kedalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, sang helang datang menghampiri baginda sambil berkata “Wahai Nabi Allah, aku tersangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah kau patahkan harapan dari rezekiku itu.” Nabi teringat akan pesanan mimpinya yang keempat untuk tidak mematahkan harapan. Baginda menjadi kebingungan dan akhirnya membuat keputusan untuk memotong sedikit daging pahanya untuk diberikan kepada sang helang dengan menggunakan pedangnya. Setelah mendapat daging itu, helang terbang dan baginda melepaskan burung kecil tadi.

Selepas kejadian itu, nabi meneruskan perjalanannya. Tidak lama kemudian, baginda bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk lalu baginda berlari kerana tidak tahan dengan bau yang teramat busuk itu.

Setelah menemui kelima-lima perkara yang diamanahkan, baginda pulang ke rumahnya. Pada malam itu, baginda telah bermimpi diberitahu oleh Allah SWT bahawa,

“Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal kemarahan, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.

Kedua : Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan maka akan nampak jua.

Ketiga : jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatinya.

Keempat : jika ada orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun dirimu sendiri berhajat kepada perkara tersebut.

Kelima : bau yang busuk itu pula adalah ghibah(menceritakan hal seseorang). Maka larilah daripada kumpulan orang yang sedang ghibah.”

Saudara-saudaraku, kelima- lima kisah ini hendaklah kita sematkan kedalam jiwa kita kerana kesemua ini sentiasa sahaja berlaku di dalam kehidupan seharian kita. Perkara yang selalu kita lakukan dan sukar dikikis ialah mengadu domba dan mengata orang. Beringatlah, mengata perihal seseorang akan menghilangkan pahala kita berdasarkan sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya lalu bertanya “ Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu.”

Maka berkata Allah SWT “Ini adalah pahala orang- orang yang mengata-ngata perihal dirimu.” Dengan itu, haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita katakan itu benar, tetapi kata-kata itu hanya merugikan diri kita sendiri.

Wallahulam....


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ikhlasProfil   Hantar PM kepada nur_ikhlas   Quote dan BalasQuote

Nuhdi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-05 15:16


.....

Syukran.....ana ada baca jgak benda ni...
tp alhamdulillah...dpt baca lg...

Insyaallah sama2 kita amalkan

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhdiProfil   Hantar PM kepada Nuhdi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102047 saat. Lajunya....