Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tidak ada yang perlu kita takuti, kecuali ketakutan itu sendiri.
-- Franklin di. Roosevelt

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Juara Lagu...........Muqqadimah Maksiat bermula semula..


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Juara Lagu...........Muqqadimah Maksiat bermula semula..

Please Mendaftar To Post


Oleh Juara Lagu...........Muqqadimah Maksiat bermula semula..

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-01-05 09:33



Tsunami dah lama berlalu, As-Syeikh Sohibus Samahah TUAN GURU ASTORA JABAT pun mengatakan tsunami bukan hukuman Tuhan, jadi masyarakat tak perlu ambil iktibar dan tak perlu takutlah untuk membuat dan menganjurkan maksiat...dan nampaknya pembukaan maksiat dah bermula kembali ( juara lagu ). Maknanya lepas ni, kalau Pak Lah tak insaf lagi, awal muharram ni bolehlah kita jemput britney spears pulak boleh konsert AMAL, tahun lepas kita jemput mariah carey bertepatan dengan tarikh Isra' Mi'raj.............dan kita tengoklah susulan-susulan konsert apa lagi yang bakal diadakan.....Inilah islam cara kerajaan pemerintah sekarang......melihat sesuatu apa yang diturunkan Allah itu bukan sebagai peringatan atas apa yang mereka lakukan selama ni, MENOLAK HUDUD, MEMBIARKAN ORANG ISLAM MURTAD, MEMBIARKAN PENGHINAAN KE ATAS ISLAM BERLAKU, MEMBIARKAN MANUSIA SESAT SEPERTI ASTORA JABAT MENYESATKAN ORANG RAMAI

Ayuh, sama-sama kita ramaikan pesta maksiat juara lagu ini.....jangan bimbang tentang banjir besar, ribut kencang, gegaran bumi, tanah runtuh, kerana itu hanya adalah fenomena dan aktiviti-aktiviti alam......bukannya hukuman dan peringatan Tuhan

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

ainatul_syahida
Warga Rasmi
Menyertai: 08.11.2004
Ahli No: 12378
Posting: 3
Dari: kota bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-01-05 09:43




beginilah bila dah akhir zaman.. apkah ini benar hari kiamat sdh dekat utk menjelang tiba?? wallahu 'alam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainatul_syahidaProfil   Hantar PM kepada ainatul_syahida   Quote dan BalasQuote

Naina
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.03.2004
Ahli No: 8092
Posting: 41
Dari: Neither here nor there

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 16-01-05 10:58


ermm..x tau la umat akhir zmn ni.reporter jmpe artis mst tnye p'siapan tntg AJL..pa kes ni?x sdr2 lg tu..Allah dh trunkan bala pn x sdr lg..duni adh nk kiamat x sdr diri lg tuh!btl lah..Melayu mudah lupa..
walaupun x sume org mlayu cm tuh..hrp2 kte x t'golong dlm golongan melayu mudah lupa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NainaProfil   Hantar PM kepada Naina   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-05 11:38


cakap tak serupa bikin

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

SiddiQin
Warga Rasmi
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 12988
Posting: 8
Dari: King River

uzbekistan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-05 00:34


yaa mari2..kita umarahkan konsert2 amal, tinggalkan masjid, tinggal kan solat, tinggalkan konsep amar ma'aruf nahi mungkar... mari kita membina generasi ISLAM HADHARI

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiddiQinProfil   Hantar PM kepada SiddiQin   Quote dan BalasQuote

redhollah_05
Warga Rasmi
Menyertai: 13.01.2005
Ahli No: 13677
Posting: 17

egypt   avatar


posticon Posting pada: 17-01-05 00:43


islam hadhari pala hotak ler klu camni..

-----------------
asssalamualaikum.....
kata seorang penyair arab;
apabila kamu beristiqomah,
Allah# pasti akan berikan kamu
kejayaan untuk sepanjang masa#

Bookmark and Share

    


  Member Information For redhollah_05Profil   Hantar PM kepada redhollah_05   Pergi ke redhollah_05's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 17-01-05 00:51


menyampah sangat dgn sampah ummah ni..

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-01-05 08:08


RELAKU PUJUK !!!!

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 17-01-05 09:38




tak tahulah apa nak jadi !!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-01-05 12:13




Muqaddimah ke, kesinambungan daripada berdozen2 kemaksiatan yang dihalalkan oleh kerajaan dan semua ulama'2 suu' yang mengharapkan keuntungan dunia dengan menjual akhirat?....








MAJUNYAAA NEGARAKUU!!!!

Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 17-01-05 12:31




takut pada khianat,
takut dapat laknat,

Ya, Allah pelihara la aku...



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

ahmad_azhar
WARGA SETIA
Menyertai: 10.12.2003
Ahli No: 5593
Posting: 856
Dari: ~:dari zon 4 johor:~

Johor  


posticon Posting pada: 17-01-05 14:57


plse protek me 4rom tdad..

-----------------
ku lihat,ku dengar & ku rasa,
ku hirup,ku hayati & ku sedar,
hanya satu keinginanku,
Wasatiah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmad_azharProfil   Hantar PM kepada ahmad_azhar   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 17-01-05 15:35



negara islam apa ni ? kepalsuan belaka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-01-05 15:39






Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

deHan2
Warga Rasmi
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9886
Posting: 13
Dari: ardhul kinanah

Kedah  


posticon Posting pada: 17-01-05 18:25



biar buta mata...tp jgn buta hati...klu dah buta hati....pasti tak tahu menilai....Allah dah bagi peringatan pun tak paham2....atau saja buat2 tak paham...???kompiuss.................

Bookmark and Share

    


  Member Information For deHan2Profil   Hantar PM kepada deHan2   Pergi ke deHan2's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 18-01-05 00:56




tanda-tanda kiamat nak dekat la tu...

kalau Tuhan nak sesatkan seseorang tu...tak ada siapa yg dpt beri petunjuk...

kalau Tuhan nak bagi hidayahNya...tak ada sesapa yg dpt halang...

mcm tu le...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

lobam_shibin
WARGA SETIA
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12345
Posting: 723
Dari: Dalam Rumah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-01-05 07:29


kat sini kita tak boleh salahkan pemerintah 100%..pokok pangkalnya pada diri individu itu sendiri..cuba lihat pemeintahan pas di terengganu (sekadar contoh) walaupun membuat sambutan kemerdekaan atau sebagainya secara ilmiah remaja mereka tetap berpeleseran..tetap tidak mahu mengikut sambutan tersebut (hanya segelintir) jadi disini jangan diletakkan kesalahan itu pada pemerintah sahaja..sepatutnya individu tersebut termasuk diri saya harus mempunyai tarbiah diri sendiri..kalau kerajaan meluluskan ajl sekalipun kalau tidak ada sokongan daripada peminat adakah ajl akan laku..seperti af..sekalipun dianjurkan kalau takde orang mengundi adakah af akan terus berkekalan siarannya..contoh macam kerajaan kelantan menyuruh pemakaian tudung ada juga segelintir tidak memakai tudung..jadi salah siapa..adakah salah kerajaan..pokok pangkalnya terletak pada diri individu itu sendiri..
:sekadar mengingati diri sendiri:

Bookmark and Share

    


  Member Information For lobam_shibinProfil   Hantar PM kepada lobam_shibin   Pergi ke lobam_shibin's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-01-05 08:36


Quote:
kat sini kita tak boleh salahkan pemerintah 100%..pokok pangkalnya pada diri individu itu sendiri..cuba lihat pemeintahan pas di terengganu (sekadar contoh) walaupun membuat sambutan kemerdekaan atau sebagainya secara ilmiah remaja mereka tetap berpeleseran..tetap tidak mahu mengikut sambutan tersebut (hanya segelintir) jadi disini jangan diletakkan kesalahan itu pada pemerintah sahaja..sepatutnya individu tersebut termasuk diri saya harus mempunyai tarbiah diri sendiri..kalau kerajaan meluluskan ajl sekalipun kalau tidak ada sokongan daripada peminat adakah ajl akan laku..seperti af..sekalipun dianjurkan kalau takde orang mengundi adakah af akan terus berkekalan siarannya..contoh macam kerajaan kelantan menyuruh pemakaian tudung ada juga segelintir tidak memakai tudung..jadi salah siapa..adakah salah kerajaan..pokok pangkalnya terletak pada diri individu itu sendiri..
:sekadar mengingati diri sendiri:

..ehmm...ada betulnya juga...CAKAP TAK SERUPA BIKIN !

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-01-05 08:54


Quote:

On 2005-01-18 07:29, lobam_shibin wrote:
cuba lihat pemeintahan pas di terengganu (sekadar contoh) walaupun membuat sambutan kemerdekaan atau sebagainya secara ilmiah remaja mereka tetap berpeleseran..



Pada pandangan ana, situasi ini berbeza dengan penganjuran Anugerah Juara Lagu. Ini kerana, di dalam isu Anugerah Juara Lagu, pihak TV3 yang menganjurkan program ini, lalu DISOKONG oleh penonton. Berbanding isu yang dibawa oleh lobam_shibin, kerajaan PAS Terengganu menganjurkan program bermanfaat tetapi seolah-olah DITENTANG apabila remaja tetap berpeleseran. Ini adalah dua konsep yang berbeza...

Apa pun, kedua-dua entiti ini saling berkait. Tanpa sokongan dari penonton, maka rancangan ini tidak akan berjaya. Faktor utama kejayaan rancangan ini, selain dari pihak TV3 sendiri, tidak lain tidak bukan penonton itu sendiri....

Penonton sendiri seharusnya berfikir dengan rasional. Pihak TV3 sekadar menyediakan, manakala penonton yang memilih. Mana-mana penonton yang CINTAKAN YANG MA'ARUF dan BENCIKAN YANG MUNKAR, maka matikan televisyen anda, tonton VCD ceramah agama jauh lagi baguuusss...

Jangan beralasan sekadar mencari hiburan. Banyak lagi hiburan yang tidak bertentangan dengan syarak. Terus-terang ana mengaku, ana tonton sebentar sahaja untuk melihat situasi yang sebenar. Kebetulan slot tarian. Astaghfirullah! Perempuan dan lelaki berpelukan, termasuk lawak pengacara yang adakalanya agak kotor. Apakah semua ini?

Isu in boleh diumpamakan dengan satu contoh. Di atas sebatang jalan, terdapat lubang yang penuh duri. Si buta (buta agama sebenarnya) terjatuh ke dalam lubang manakala yang celik (thaqafah yang jelas dalam bidang agama) mengelak daripada jatuh ke dalam lubang...

Jadi, apakah peranan kita yang jelas tentang hukum-hakam Islam? Laksanakan AMAR MA'RUF dan NAHI MUNKAR. Tegur sahabat-sahabat dan ahli keluarga tentang kedudukan Anugerah Juara Lagu dan rancangan hiburan yang setaraf di sisi syarak. Tetapi ingat, BIL HIKMAH WA MAUZATUL HASANAH...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-01-05 10:06


Betullah tu, yang menganjur dan memberi keizinan lesen memang jelas bersalah, tapi yang memberi sokongan pun ada saham dalam menyumbang kepada kemungkaran ini. Samalah dalam konteks pilihanraya, kuasa yang dimiliki pleh seseorang pemimpin lalu disalahgunakannya, isu murtad yang diizinkan oleh perlembagaan. Semuanya berpunca dari individu itu sendiri, yang cenderung memilih keburukan dan kezaliman seterusnya membenarkan kuasa dimiliki oleh mereka yang tidak sepatutnya.

Apapun pemerintah mmg jelas bersalah kerana tidak amanah dengan kekuasaan yang dianugerah Allah SWT. Saya memetik tafsiran ayat Al-Quran yang bermaksud

" Dan orang-orang yang kami beri kekuasaan di atas muka bumi, mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengajak kepada maaruf dan mencegah kemungkaran "............

Apa yang jelas diamalkan oleh kerajaan sekarang bertentangan dengan perintah Allah dalam ayat ini...mereka menghalang kuliah2 agama, tazkirah, mengugut untuk menutup sekolah agama, menghalang pemakaian sunnah Nabi di sekolah...seterusnya mengizinkan pelbagai kegiatan maksiat dan mungkar berlaku...

Kuasa yang dimiliki oleh kerajaan pemerintah sekarang bukannya kemenangan anugerah Allah tapi adalah KEMENANGAN ISTIDRAJ

JANGAN KITA BIARKAN SEMUA INI DAN MENJADI SYAITAN BISU MEMBIARKAN MEREKA YANG TIDAK AMANAH DENGAN AMANAH ALLAH INI TERUS MEMERINTAH. BALA YANG TURUN SEBAGAIMANA BALA TSUNAMI TIDAK TURUN KEPADA MEREKA YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN SAHAJA TAPI AKAN MENGENAI KESELURUHAN UMAT INI

[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2005-01-18 10:07 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-01-05 11:39


Di sinilah pentingnya BERHIKMAH! Dalam situasi dan keadaan masyarakat sekrang, kekerasan, kemarahan, makian bukan mendekatkan mereka dengan kefahaman islam yang sebenar tetapi menjauhkan mereka drp hakikat islam sebenar. Ulama' dan pendakwah wajib mengambil peranan BERHIKMAH dalam pendekatan da'wah, inilah kesilapan segelintir besar ulama' dan penda'wah khususnya di Malaysia sekarang, termasuklah diri kita. Bukan maksud saya tidak boleh digunakan method berkeras dalam nahi mungkar tetapi tengoklah dalam konteks umat islam hari ini.. yang mana jika semakin ditengking, semakin jauh mereka daripada hakikat islam. Sebagaimana fiman Allah SWT dalam al-quran yang menyuruh kita supaya berhikmah dan bersangka baik.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

sakura_nuriz
Warga Rasmi
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13814
Posting: 5
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 19-01-05 21:06


walaupun berlaku bencana sedemikian mereka masih lagi tidak menginsafi dan bertaubat kepada ALLAH......sebaliknya berterusan melakukan maksiat......insaflah wahai umat akhir zaman...sesungguhnya kiamat makin menghampiri kita....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sakura_nurizProfil   Hantar PM kepada sakura_nuriz   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-05 11:15



Penganjur AJL tidak hormati mangsa tsunami, aksi artis melampau
Wednesday, January 19 @ 17:22:35 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 19 Jan (Hrkh) - Pelbagai pihak menyifatkan program hiburan tahunan Anugerah Juara Lagu (AJL), anjuran TV3, yang dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil pada Ahad, 16 Januari lalu, bukan saja tidak menghormati mangsa-mangsa tsunami bahkan merangsang kembali budaya hedonisme.

Ada juga yang pertikai kehadiran isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood di majlis tersebut seolah-olah turut sama merestui rancangan tersebut,sedangkan kata mereka, ketika bencana tsunami melanda rantau ini pada 26 Disember lalu, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan semua bentuk hiburan bagi menyambut tahun baru dibatalkan.

Apapun arahan tersebut dakwa mereka, tidak sedikit pun memberi kesedaran walaupun belum sebulan Allah SWT mengingatkan hambanya dengan ujian tsunami.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ridzuan Mohd Noor ketika dihubungi berkata, tidak wajar sekali penganjur dan pihak berwajib membenarkan konsert sebesar itu sehingga dipancarkan ke seluruh pelosok tanah air untuk tontonan ramai.

"Rancangan tersebut bukan sekadar tidak endahkan perasaan mangsa-mangsa tsunami tetapi perlakuan yang ditonjol oleh kalangan artis yang mengambil bahagian dalam program itu mempamerkan perlakuan yang tidak mengenal batas masyarakat timur," katanya.

Katanya, jika wanita dan lelaki yang bukan mahram sanggup berpelukkan di depan khalayak, perlakuan tersebut dilihat sebagai biadap dan sekaligus mencemar laungan Islam Hadhari yang sedang diketengahkan kerajaan.

Budaya hiburan seperti itu juga katanya, menggambarkan sikap 'double standard' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang ketika ini mahu menerapkan budi pekerti mulia di jiwa rakyat.

"Ini kerana dalam masa sama khasnya anak-anak muda diasak dengan rancangan-rancangan hiburan melekakan dan menjolokkan mata sama ada menerusi siaran tv ataupun di tempat-tempat awam," katanya.

Tambah memalukan katanya, negara-negara jiran yang dilanda tsunami masih membekukan kegiatan-kegiatan yang boleh menyentuh perasaan mangsa tsunami.

Sebaliknya beliau berkata, negara ini yang merupakan sebuah negara Islam begitu pantas melupakan peristiwa tsunami yang meragutkan beratus ribu nyawa manusia.

"Sepatutnya sebagai orang Muslim hentikan sebarang bentuk hiburan melampau dan arahan Perdana Menteri baru-baru ini bukan hanya bersifat bermusim tetapi hendaklah dijadikan satu iktibar agar malapetaka besar seperti tsunami tidak lagi menimpa kita semua," katanya.

Sementara itu, Presiden Jemaah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin pula berkata, seluruh masyarakat dapat menerima sambutan tahun baru yang lalu tanpa apa-apa kemeriahan.

Oleh sebab itu katanya, sepatutnya rasa keinsafan tersebut ditanam dalam jiwa dengan menjauhi acara-acara hiburan yang tidak diredai Illahi.

"Tsunami itu adalah satu pengajaran dan peringatan kepada kita supaya lebih mendekati-Nya, maka setiap orang Islam perlu kembali kepada agama Allah bukannya terus leka dengan perkara mungkar," katanya.

Dalam pada itu beliau berharap para karyawan seni sewajarnya sama-sama menjalankan program yang boleh menimbulkan keinsafan kepada masyarakat.

"Sekiranya mereka hendak berkarya menerusi lagu mereka boleh memainkan peranan mengingati masyarakat supaya mendekati diri kepada Yang Maha Pencipta," katanya lagi.

Bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia, Azwiral Bukhari pula menyifatkan rancangan AJL tidak seiring dengan arahan kerajaan baru-baru ini yang mahukan semua pihak hormati mangsa tsunami.

Yang lebih melucukan katanya, isteri Perdana Menteri pun turut hadir.

Katanya, walaupun hampir sebulan sudah berlalu tragedi menyayat hati itu, tetapi ia tetap segar di sanubari mangsanya.

Oleh sebab itu katanya, beliau melihat paparan media tempatan yang mengaitkan bencana tsunami sebagai kebesaran Allah tidak mencermin apa yang mereka sampaikan.

"Sepatutnya media utama mengambil berat dan tidak memandang ringan terhadap perkara ini, begitu juga dengan program-program yang mereka anjurkan perlu mengelak daripada yang boleh merosakkan akidah," katanya.

Selain itu katanya, langkah kerajaan mempromosi Islam Hadhari sepatutnya ditujukan kepada semua orang termasuk artis-artis.

"Saya rasa Islam Hadhari yang dilaksanakan kerajaan seharusnya ditujukan kepada semua elemen agar ia menjadi satu agenda dalam kehidupan manusia termasuk dalam program-program hiburan," katanya lagi. - mks.




Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-01-05 14:50




kenyataan yang bernas dari pimpinan PKPIM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-01-05 21:06


Eh Tak Sengaja!!

Cium Pak Ngah? -- Eh tak sengajalah
Rumah sudah siap, tetapi pahat masih berbunyi. Juara Lagu sudah seminggu berlalu, tetapi masih banyak yang bercakap tentang apa yang terjadi di sebalik dan di celah-celah acara berprestij itu.

Antara isu yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai keberanian ratu irama tradisional kita, Noraniza Idris berlaga pipi dengan komposer Pak Ngah.

Selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik, Noraniza kelihatan sangat teruja dan sambil berjalan ke pentas menerima anugerah berkenaan, dia sempat bersalam-salaman dengan artis lain.

Melihat kelibat Pak Ngah ada di kerusi barisan depan ketika itu, tanpa berlengah dan rasa bersalah, Noraniza terus menghulurkan ciuman ke pipi Pak Ngah, kanan dan kiri. Banyak yang terkedu.

Banyak juga peminat penyanyi ini yang marah-marah dan menelefon kami. Mereka sebenarnya ada alasan untuk berasa kurang senang dengan budaya ``cium'' lelaki perempuan di kalangan artis.

``Pejuang irama Melayu adalah pejuang budaya Melayu. Noraniza tidak sepatutnya buat macam itu.'' E-mel lain pula berbunyi, ``Saya tengok Pak Ngah pun tersipu-sipu malu. Serba salah. Kenapalah buat macam tu.''

Kerana tidak mahu membiarkan isu ini sejuk, Pancaindera minta Noraniza Tolong Jawab sendiri isu berkenaan.

Tahniah kerana sekali lagi menang kategori Persembahan Terbaik.

Terima kasih. Saya anggap rezeki saya kali ini murah. Alhamdulillah nasib menyebelahi saya lagi kali ini. Terima kasih kepada yang memberi tajaan kepada saya untuk mencantikkan lagu persembahan di Juara Lagu ke-19, termasuk oleh kerajaan Negeri Pahang. Pakaian biasa saya habis beribu-ribu ringgit, tetapi kali ini tidak, sebab Butik Busana Cinta dan Noor Arfa Batik sanggup menaja. Dari atas sampai ke bawah ditaja kali ini.

Untuk menang persembahan terbaik, berapa berhabis?

Tahun ini tidak banyaklah. Dalam RM5,000 sahaja. Penari-penari pun dari Taman Mini Malaysia, jadi tidak banyak belanja sangat sebab staf saya sendiri. Lepas ini mungkin mereka akan dibayar bonus lain. Saya sudah janji kalau saya menang Juara Lagu ada bonus untuk mereka nanti. Apa pun saya sangat berterima kasih kepada peminat yang memilih persembahan saya untuk menang kali ini.


Kak Ani sudah dapat agak dapat merampas kembali anugerah berkenaan?

Tidak sangka juga. Saya ingatkan Misha Omar yang akan menang. Awalnya hati saya kuat katakan Misha boleh menang. Maklumlah diukur dari segi populariti pun dia memang layak. Persembahan solo dia pun memang unik juga. Saya sendiri suka sangat tengok persembahan Misha. Saya sudah bagi tahu adik saya, ``Misha mesti menang lagi.'' Sebab saya memang tidak sangka yang nama saya akan diumumkan sebagai pemenang.

Timbul pula isu Kak Ani nampak teruja sangat selepas diumumkan sebagai pemenang, sampaikan cium pipi Pak Ngah. Kenapa?

Ya ke? Masa bila ya? Saya tak ingat.


Sebelum naik pentas, terima anugerah. Kamera sempat fokus adegan itu.

Oh, yang tu. Yalah. Kadang-kadang kita buat benda secara tidak sengaja. Sebenarnya saya salam dengan Pak Ngah dan Mak Ngah sebab saya tak mahu mereka kecil hati bila saya menang. Saya hendak jaga perasaan mereka. Saya hendak jaga sangat sampai beberapa kali saya minta maaf dengan mereka selepas saya menang. Saya tak mahu mereka kecil hati dengan saya.

Kenapa sampai cium pipi, banyak yang terkejut kerana disaksikan seluruh negara?

Saya tidak sengaja. Lagipun kami sudah macam keluarga. Kami sangat akrab. Sebab itu saya kata tidak perasan melakukannya. Fahamilah. Saya tidak sengaja lakukannya dan ia berlaku atas dasar hubungan kami yang akrab. Saya sudah anggap Pak Ngah macam ayah sendiri. Pak Ngah pun anggap saya macam anak dia. Jadi tidak ada apa-apa yang berlaku sebenarnya dan tidak perlu diperbesarkan isu ini.

Tetapi banyak peminat Kak Ani marah-marah. Ada telefon kami bagi tahu cium pipi antara lelaki dengan perempuan bukan mahram bukan budaya kita. Apa yang mahu Kak Ani katakan?

Kalau ada peminat yang tersinggung, saya minta maaf. Tolonglah. Saya memang tidak sengaja. Harap tidak ada pihak yang akan besarkan isu ini lagi. Lagipun Pak Ngah bukannya orang muda atau seumur dengan saya. Dia sudah pangkat bapa kepada saya dan apa yang berlaku tanpa niat lain sebenarnya.


Maksudnya Kak Ani lakukan atas dasar hormat?

Ya! Dia pula tengah sakit. Pak Ngah baru keluar dari IJN. Baru saja keluar. Jadi saya gembira sangat bila dapat tengok dia sama-sama datang ke Juara Lagu. Bukan selalu kami jumpa, sekali-sekala saja. Kami terlalu rapat, sebab itu pada malam itu saya secara tidak sengaja telah bergesel pipi dengannya. Macam saya cakap Pak Ngah bukan orang muda lagi, jadi jangan anggap yang bukan-bukan.


Apa kata suami Kak Ani, Fareez?

Tak kata apa-apa. Tak sangka pula hal ini jadi isu. Tetapi suami saya faham dan dia tahu macam mana saya hormatkan Pak Ngah. Susah sebenarnya hendak jelaskan hal ini kepada orang lain, sebab orang boleh cakap apa saja. Tetapi yang sebenarnya saya lakukannya semata-mata atas dasar hormatkan Pak Ngah sebagai orang yang pernah menjadi guru saya. Kami sudah lama kenal, sama-sama naikkan irama etnik dan bila saya menang saya mahu kongsi kegembiraan itu dengan dia sekali.

Mungkin isu ini akan terus diperkatakan oleh banyak pihak, apa persediaan Kak Ani?

Janganlah macam itu. Saya harap mereka berfikiran terbuka. Jangan salah tafsirkan apa yang terjadi antara kami. Dan saya secara peribadi minta maaf kalau ada yang terasa ia sebagai menyinggung perasaan. Saya ikhlas dan tidak ada niat lain. Saya mempunyai cara sendiri menghormati orang yang lebih tua daripada saya. Saya akan hormatkan orang lain, terutamanya orang tua dan ia bukan menjadi kesalahan yang besar kepada saya bila saya hormatkan orang lain.

Saya sedar ia bukan budaya dalam masyarakat kita, tetapi saya sudah melakukannya. Kalau saya bersalah, maafkanlah saya tetapi mereka kena ingat bahawa ia adalah salah satu cara melahirkan rasa hormat kepada Pak Ngah, orang yang saya sudah anggap macam ayah saya sendiri


Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

Nuhdi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-01-05 22:42


Quote:

On 2005-01-23 21:06, Pdaus wrote:

Oh, yang tu. Yalah. Kadang-kadang kita buat benda secara tidak sengaja. Sebenarnya saya salam dengan Pak Ngah dan Mak Ngah sebab saya tak mahu mereka kecil hati bila saya menang. Saya hendak jaga perasaan mereka. Saya hendak jaga sangat sampai beberapa kali saya minta maaf dengan mereka selepas saya menang. Saya tak mahu mereka kecil hati dengan saya.



.....

Sama-samalah kita mencari keredhaan manusia.....

dan dengan perbuatan kita itu.... secara tidak langsung MEMOHON BALA' Allah Yang Maha Besar menimpa diri kita...

Nauzubillahiminzali'

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhdiProfil   Hantar PM kepada Nuhdi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.126563 saat. Lajunya....