Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 42 hari yang lalu
al-biruni03: 71 hari yang lalu


Teknologi
Topik: RISIKO HANDPHONE!


Carian Forum

Moderator: Administrator, Martyr
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Teknologi
    »» RISIKO HANDPHONE!

Please Mendaftar To Post


Oleh RISIKO HANDPHONE!

Pdaus
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5462
Posting: 468
Dari: International University of Africa Sudan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-01-05 21:34



DAH BANYAK PASAL NI KOT CUMA BELUM DI POSTING KE SINI!

Risiko guna telefon bimbit

LONDON: Ibu bapa dinasihatkan supaya memastikan anak mereka di bawah usia lapan tahun tidak terdedah kepada penggunaan telefon bimbit berlebihan kerana dikaitkan dengan masalah ketumbuhan pada telinga dan otak.



Laporan meyakinkan berhubung perkara itu juga merumuskan risiko itu dipandang remeh oleh kebanyakan saintis.

Pengerusi Lembaga Perlindungan Radiologikal Kebangsaan (NRPB), Profesor William Stewart, berkata bukti risiko penyakit itu menjadi lebih meyakinkan sejak lima tahun lalu.

Menurut laporan akhbar Times, berita itu mencetuskan desakan terhadap syarikat telefon bimbit supaya menyiarkan amaran kesihatan dan panik dalam bahagian industri itu.

Sebuah syarikat pengeluar telefon Britain segera menggantung model telefon bimbit yang disasarkan untuk kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun.

Bilangan telefon bimbit di Britain meningkat dua kali ganda kepada 50 juta sejak laporan pertama dibiaya kerajaan pada tahun 2000.

Bilangan kanak-kanak berusia antara lima dan sembilan tahun yang menggunakan telefon bimbit meningkat lima kali ganda pada tempoh sama.

Dalam laporannya, Telefon Bimbit dan Kesihatan, Prof William berkata, empat kajian yang dibuat menyebabkan kebimbangan itu timbul.

Satu kajian selama 10 tahun di Sweden mendapati pengguna kerap telefon bimbit lebih terdedah kepada ketumbuhan tidak berbahaya di telinga dan otak manakala kajian di Belanda menunjukkan perubahan dalam fungsi kognitif.

Kajian di Jerman pula membayangkan peningkatan dalam barah di sekitar stesen pangkalan manakala projek yang disokong Kesatuan Eropah menunjukkan bukti kerosakan sel akibat penggunaan telefon bimbit keterlaluan. – Agensi

“Semua kajian itu masih belum diterbitkan semula dan mempunyai kualiti berbeza tetapi kita tidak boleh mengenepikan ia begitu saja.

“Jika benar ada risiko kesihatan yang masih belum dapat dibuktikan, ia akan memberi kesan hebat ke atas kanak-kanak berbanding orang dewasa,” katanya.

Bagi kanak-kanak berusia antara lapan dan 14 tahun, ibu bapa perlu membuat penilaian sendiri mengenai risiko dan faedahnya.

“Saya tidak percaya kanak-kanak pada usia tiga hingga lapan tahun bersedia menggunakannya,” kata Prof William.

Sementara itu, syarikat pengeluar telefon bimbit memberi reaksi marah dengan berkata laporan itu cuma menyemarakkan kebimbangan awam tanpa membentangkan penyelidikan baru.

Pasaran mensasarkan remaja begitu menguntungkan kerana golongan itu lebih banyak menggunakan muat turun video dan perkhidmatan lain. —Agensi

Bookmark and Share

    


  Member Information For PdausProfil   Hantar PM kepada Pdaus   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 17-01-05 12:50




Eemm, ana setuju ngan pndpt pdaus tu. tu masalah pd individu. Masalah kena pd mykt? keluarga? rumahtangga? dll... Dasyat, dasyat?? tah2, tu pon tanda kecik kita dah nak kiamat kot... Allahhualam...

gunakan ler teknologi utk manfaat dunia & akhirat, bukan utk cari laknat...

Wassalam



Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 17-01-05 22:55


gune hp sekejap jek. berenti semule lps simcard kene blok. lol.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

ctmuslimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7405
Posting: 334
Dari: Baling

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-01-05 15:08


lahai...guna hp pun ader risiko gitu gak ye?.... xleh jadi nih....

-----------------
kasih sayang

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmuslimahProfil   Hantar PM kepada ctmuslimah   Pergi ke ctmuslimah's Website   Quote dan BalasQuote

akiera
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.02.2005
Ahli No: 14480
Posting: 99
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-02-05 20:07


tak yahlah guna hndphone,pakai surat jela...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akieraProfil   Hantar PM kepada akiera   Quote dan BalasQuote

khairol_khalid
WARGA SETIA
Menyertai: 03.02.2004
Ahli No: 6959
Posting: 433
Dari: kulim hi tech

Kedah  


posticon Posting pada: 10-04-05 19:04


handphone peneman waktu malam. message seseorang

-----------------
Al Islam Ya'lu Wala Yu'lah Alaih

Bookmark and Share

    


  Member Information For khairol_khalidProfil   Hantar PM kepada khairol_khalid   Pergi ke khairol_khalid's Website   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 07-05-05 23:04




Benar! Handphone pun bisa menjadi alat yang berbahaya bahkan mematikan.

Asyahid Yahya Ayyasy Syahid karena hendphone di tukar (dengan yang sama) tetapi ternyata adalah BOM!

Zaman modern sekarang ini kita harus berhati-hati dengan berbagai macam bentuk teknologi terutama teknologi NUKLIR yang dimiliki Amerika Serikat dan Israel, karena ledakan Nuklir dapat membunuh ratusan juta orang (lebih dahsyat dari ledakan di Kota Hiroshima dan Nagasaki).



Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

aKujErr
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2004
Ahli No: 9790
Posting: 287
Dari: ::..Kelantan Darul Naim..::

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-05-05 00:20


akiera kate ..takyah la gune hFon..
pakai surat jer..hehe,..,
jgn lah camtu.. msg la copat sket smpai..
kalo surat 2 3 4 bulan baru sampai..huhu..
fon sy sbg kwn karib malam..
dia la kejut kan sy utk solat malam..
cheeyy ape kes riak ni..hehe
takder lah guaru jerk..
guna lah hFon sebaik²Nya,,,

saLam ukhwah dr amBo

Bookmark and Share

    


  Member Information For aKujErrProfil   Hantar PM kepada aKujErr   Pergi ke aKujErr's Website   Quote dan BalasQuote

alwildan
Warga Rasmi
Menyertai: 07.05.2005
Ahli No: 16350
Posting: 1
Dari: cc

Kedah  


posticon Posting pada: 14-05-05 11:54


penggunaan hp,walaupun banyak kegunaan dan faedah namun risiko penggunaannya juga tinggi.selain terdedah kpd bahaya gelombangnya,remaja yang masih di alam persekolahan juga sering membuang masa dengan berchatting dan bermesej dengan rakan2.tambahan pula sekarang mesej free selepas jam 12 malam.pelajar akan tidur lewat semata2 krn ingin menghantar mesej kpd rakan2.apa akan terjadi sewaktu guru sedang mengajar?tidur...?bersekang mata....?tepuk dada tanya minda.penggunaan hp juga membuatkan remaja leka dengankhususnya dgn awek2 mereka sendiri.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwildanProfil   Hantar PM kepada alwildan   Quote dan BalasQuote

Azri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 11001
Posting: 75
Dari: Tupak Kelate(Tumpat Kelantan)

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-05-05 10:50


assalamualaikum...
setiap sesuatu itu ade keburukkan dan kebaikkannye tersendiri,terpulanglah kepada diri individu itu untuk mengendalikannya dgn betul atau menyalah gunakan sesuatu teknologi tu....
ni pendapat ana je...k wassalam.




Bookmark and Share

    


  Member Information For AzriProfil   Hantar PM kepada Azri   Pergi ke Azri's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.091796 saat. Lajunya....