Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: ShannonTodd
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43149

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
razani: 12 hari yang lalu
abid_19: 13 hari yang lalu
JonathanBaker: 15 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: TSUNAMI,SMS DAN AL-QURAN.


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» TSUNAMI,SMS DAN AL-QURAN.

Please Mendaftar To Post


Oleh TSUNAMI,SMS DAN AL-QURAN.

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 14-01-05 12:58


"All aircraft this is Medan Control. We just had an earthquake. All systems seems to be normal and Medan airport is still open." Demikianlah kata-kata pengawal lalulintas udara pada lebih kurang pukul lapan setengah pagi pada 26 Disember 2004. Pada ketika itu penulis sedang berada pada ketinggian 36,000 kaki di ruang udara kawalan Medan Control dalam penerbangan daripada Kuala Lumpur ke Istanbul.

Menganggap ia hanyalah gempa bumi yang kecil, perkara tersebut terlepas daripada ingatan penulis sehingga esok hari ketika menonton BBC World News di bilik hotel di Istanbul. Jelas bahawa anggapan penulis adalah salah. Gempa bumi tersebut yang sebenarnya berpusat di dasar lautan di sebelah Barat kepulauan Sumatra sebenarnya telah melahirkan ombak besar "Tsunami" yang menghempas tebing hampir semua negara di sekeliling Lautan India. Malah ombak besar ini juga mencecah sehingga ke tebing negara Somalia di pantai Timur benua Afrika.

Jumlah kehilangan nyawa amatlah besar sehingga mencapai lebih 100,000. Dalam suasana memikirkan kedahsyatan malapetaka tersebut, tiba-tiba telefon bimbit penulis berbunyi, menandakan ada sebuah SMS. Ia berbunyi:

Al-Qur'an, surah Mayram, ayat 88-91: "Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah (Tsunami 26 Disember), serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak (Hari Natal 25 Disember)." Sila sebarkan kepada orang ramai.

Penulis tersentak seketika. Dalam suasana manusia seluruh dunia sedang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa ombak besar, ada umat Islam yang sibuk mencari ayat sebagai "dalil" bagi peristiwa tersebut. Dalam suasana manusia seluruh dunia bergegas mensedekahkan harta membantu mangsa, ada umat Islam yang bergegas mencari ayat sebagai dalil untuk menjustifikasikan peristiwa tersebut.

Sebenarnya SMS di atas bukanlah perkara yang terpencil. Ramai umat Islam yang memiliki sifat angkuh di dalam diri mereka di mana dengan keangkuhan tersebut mereka berkata "padan muka" kepada mana-mana kaum yang ditimpa musibah, sekalipun kaum tersebut seagama dengan mereka. Sebelum ini apabila berlaku banjir besar di Bangladesh, penulis pernah mendengar di antara umat Islam ada yang berkata: "Itulah azab Allah yang melanda. Orang Bangla tu banyak yang tak betul Islam mereka!" Apabila berlaku gempa bumi di bandar Bam di Iran yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, ada di antara umat Islam yang berkata: "Azab Allah turun kerana mereka itu orang Syi'ah yang sesat!"

Semua ini adalah penyakit umat Islam yang perlu diubati segera. Mencari-cari ayat bagi menjustifikasikan sesuatu musibah dan/atau menuduh sesuatu musibah adalah azab Allah kerana keburukan sesuatu kaum merupakan satu kesalahan yang amat besar.

Ini kerana:
1. Mereka menyalahgunakan ayat-ayat Allah dengan memaksa tafsirannya. Mereka tidak menjadikan al-Qur'an sebagai pemimpin, sebaliknya merekalah yang memimpin al-Qur'an agar secocok dengan apa yang mereka kehendaki.

2. Mereka menuduh sekian-sekian kaum dengan sesuatu keburukan tanpa sebarang bukti yang kukuh di sebaliknya. Asalkan sesuatu kaum ditimpa musibah, mereka menuduh kaum tersebut sebagai telah melakukan keburukan.

3. Mereka telah memperkatakan sesuatu terhadap Allah tanpa ilmu. Apabila mereka berkata "Itulah azab Allah", seolah-olah mereka mewakili Allah dalam menerangkan apa dan kenapa sesuatu musibah itu berlaku. Memang, semua yang berlaku adalah dengan kehendak Allah. Akan tetapi kehendak Allah dipenuhi dengan pelbagai sebab dan hikmah di sebaliknya, jauh berbeza dengan kehendak manusia.

Untuk lebih mendalami poin ketiga di atas, perlu diketahui bahawa apabila sesuatu musibah melanda sesuatu kaum, ia memiliki beberapa kemungkinan di sebaliknya. Di antara kemungkinan tersebut adalah:

1. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka satu peringatan agar kembali kepada kebenaran.

2. Allah mengasihi kaum tersebut dan musibah itu sebenarnya sesuatu yang baik bagi mereka dari pelbagai sudut lain yang hanya diketahui oleh Allah. Ini kerana manusia hanya mampu menilai sesuatu perkara secara zahir. Apa yang manusia pandang sebagai buruk mungkin sebenarnya baik di sisi Allah dan apa yang manusia pandang sebagai baik mungkin sebenarnya buruk di sisi Allah.

3. Allah mengasihi kaum tersebut dan ingin memberi mereka kehidupan akhirat yang mereka idam-idamkan. Musibah yang menimpa merupakan syahid kecil sebagai ganti kepada syahid besar yang diidam-idamkan oleh para mujahidin.

4. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai penghapus kepada kesalahan yang mereka lakukan. Kadar musibah adalah selari dengan kadar dosa mereka. Namun selepas itu di Alam Barzakh dan seterusnya, kaum tersebut terbebas daripada apa-apa azab.

5. Allah menjatuhkan musibah kepada kaum tersebut sebagai azab yang membalas kesalahan yang mereka lakukan. Oleh kerana kadar kesalahan yang mereka lakukan adalah besar, maka azab tersebut berlanjutan sehingga ke Alam Barzakh dan seterusnya.

6. Allah ingin menguatkan kaum tersebut, lalu diberikan musibah sebagai sesuatu yang dapat membina jatidiri mereka.

7. Allah ingin menguji kaum yang terselamat daripada musibah, sama ada mereka mensyukuri keselamatan yang mereka peroleh atau bersifat angkuh terhadapnya.

Sesiapa yang mensyukurinya maka dia lulus ujian, sesiapa yang bersikap angkuh maka dia gagal ujian. Apabila sesuau musibah menimpa sesuatu kaum yang lain, kita tidak dapat pastikan sama ada ia disebabkan oleh kemungkinan 1, 2, 3, 4, 5 atau 6 kerana semua itu adalah hak Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kita juga tidak boleh berkata bahawa kemungkinan tersebut terhad kepada 7 yang tersenarai di atas sahaja. Apa yang pasti ialah kemungkinan yang ke-7 jatuh kepada kita yang terselamat daripada musibah, sama ada kita mensyukurinya atau bersikap angkuh terhadapnya. Mensyukuri yang dimaksudkan ialah bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa dia terselamat daripada musibah tersebut. Kesyukuran ini dilanjutkan kepada membantu kaum yang ditimpa musibah dengan apa jua cara yang boleh seperti bantuan kewangan, bantuan harta benda, bantuan kepakaran dan sebagainya.

Keangkuhan yang dimaksudkan ialah bersifat angkuh kononnya dia dipenuhi dengan kebaikan sehingga menganggap Allah telah mengecualikan dia daripada ditimpa musibah. Keangkuhan ini dilanjutkan kepada menuduh bahawa kaum yang ditimpa musibah tersebut memang layak menerimanya kerana salah laku yang mereka perbuat. Bahkan ini mungkin dilanjutkan kepada mengemukakan ayat-ayat tertentu yang dipaksa tafsirannya agar menepati sebaik mungkin suasana musibah yang menimpa.

Melalui penulisan yang ringkas ini penulis ingin mengajak diri penulis sendiri dan para pembaca sekalian agar menganalisa diri kita sendiri. Marilah kita berfikir, adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang bersyukur kepada Allah kerana terselamat daripada musibah? Sudahkah kita menterjemahkan kesyukuran tersebut kepada menghulurkan bantuan kepada mangsa yang ditimpa musibah?

Marilah kita membanding diri kita dengan umat-umat daripada agama selain Islam. Dalam suasana kita berkata: "Itulah kaum yang diturunkan azab Allah",

umat-umat agama lain berkata: "Itulah kaum yang sangat-sangat memerlukan pertolongan". Dalam suasana kita berkata: "Apakah kesalahan yang dilakukan oleh kaum tersebut sehingga ditimpa musibah?", umat-umat agama lain berkata: "Apakah yang dapat kita lakukan untuk membantu mereka?" Dalam suasana kita sibuk mencari ayat untuk menjustifikasikan musibah yang menimpa satu kaum, umat-umat agama lain sibuk mencari peralatan Search and Rescue untuk dibawa bersama dalam misi penyelamat.

Sungguh, sangat berbeza sikap umat Islam berbanding umat-umat agama lain. Marilah dari saat ini kita berubah sikap. Berubah bukan sahaja ke tahap yang menyamai umat-umat lain tetapi melebihi mereka. Bukankah berlumba-lumba membuat kebaikan sesuatu yang dituntut oleh Islam:

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [al-Baqarah 2:148]

Dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan. Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya. [al-Maidah 5:48]

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

aiesyah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.03.2004
Ahli No: 8019
Posting: 66

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 15-01-05 01:11


terima kasih atas renungan yang diberi...
sangat menusuk jiwa...semoga ia dijadikan Pedoman buat kita semua...INSYAALLAH.........http://ukhwah.com/images/forum/subject/icon41.gif
http://ukhwah.com/images/forum/subject/icon41.gif

Bookmark and Share

    


  Member Information For aiesyahProfil   Hantar PM kepada aiesyah   Pergi ke aiesyah's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-01-05 16:02


Assalamu-alaikum

Setuju... habis semua apa yg berlaku di katakan sebagai bala dr Allah!!! Tapi dlm masa yg sama dia mengaku yg Allah tak pernah menzalimi makhluknya... emm jgn sampai memfitnah atas nama Allah sudahlah... ya lah! benda yg Allah tak buat tapi dia kata Allah buat??!?!?!

Pasal di BAM Iran tu... itu pun fitnah jugak sebab penduduk di situ Sunni belaka... "Laluan Sutera" juga dekat2 situ!

Macam Tsunami ni... tak tau lah bala atau apa? Agak musykil (bagi saya sorang lah) bukan apa... dlm masa tak sampai beberapa jam, kapal perang pengangkut US dr Korea Selatan tiba2 saja muncul di perairan Sumatera... sapa pun tak "beritahu" apa yg depa buat disitu... Pulak tu US dan sekutunya terus hantar bantuan dekat 1000 juta untuk mangsa... tak cukup duit depa hantar tentera 30000 org... baik sungguh depa ni!
Bukan apa... takut kalau2 kita memfitnah atas nama Allah Taala!

TQ

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 15-01-05 17:23


Quote:
emm jgn sampai memfitnah atas nama Allah sudahlah... ya lah! benda yg Allah tak buat tapi dia kata Allah buat??!?!?!





aper maksud mawa tu..??

p/s: harap next time azareenzulaikha sertakan sekali nama penulis artikel jika ambil drp sumber lain.. (yg kat atas tu adalah tulisan hafiz firdaus..)



Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 15-01-05 22:18


Assalamu-alaikum

maksudnya kan... ye lah! tak mustahil Yahudi L.A. dan semua proksi2nya L.A. yg menyebabkan bencana tsunami ni... mereka mampu melakukan kerosakan yg lebih dasyat dr peristiwa itu... tengoklah kejadian rempuhan WTC (911) tu...ground zero jadinya... semua ini boleh berlaku dgn izin Allah SWT.

Walaubagaimanapun sebagai umat Islam kita kenalah simpati dgn semua ni, bantuan dan sebagainya...

TQ

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 16-01-05 10:58



alhamdulillah..besar gak topik nie..ana dapat dari satu website..so ana posting kat sini setelah ana perasaan ana tersasar gak waktu buat kesimpulan yang semua tu bala..syukur kita dapat kesedaran dari awal...alhamdulillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

azareenzulaikha
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.07.2004
Ahli No: 10383
Posting: 122
Dari: kangar

Perlis  


posticon Posting pada: 16-01-05 11:05


mmm thanks alea13..sorry ana tak sertakan nama penulisnya...

Bookmark and Share

    


  Member Information For azareenzulaikhaProfil   Hantar PM kepada azareenzulaikha   Pergi ke azareenzulaikha's Website   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 16-01-05 15:25


Quote:

On 2005-01-15 22:18, mawa wrote:
Assalamu-alaikum

maksudnya kan... ye lah! tak mustahil Yahudi L.A. dan semua proksi2nya L.A. yg menyebabkan bencana tsunami ni... mereka mampu melakukan kerosakan yg lebih dasyat dr peristiwa itu... tengoklah kejadian rempuhan WTC (911) tu...ground zero jadinya... semua ini boleh berlaku dgn izin Allah SWT.

Walaubagaimanapun sebagai umat Islam kita kenalah simpati dgn semua ni, bantuan dan sebagainya...

TQ






u mean, could there be a possibility that diorang test senjata nuklear kat dasar laut?...whatever it is...it is Allah who knows best!...

apa yg pasti, jgnlah kita cepat sangat nak mem'padan muka'kan org lain..sedangkan kita sendiri tak tau bagaimana kedudukan kita di sisi Allah swt...

p/s: ada la org tu kata tsunami ni bencana yg ke 26 daripada 40 sebelum kiamat...wallahu'alam...ntah mana dia dapat tau pun i dunno..

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

mawa
WARGA SETIA
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10790
Posting: 872
Dari: Atas Angin

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-01-05 22:53


Assalamu-alaikum

possibility??!! tak mustahil kan.... kita imbas kembali wabak SARS yg berlaku dulu, itu bukan bala bukan test bukan apa.... memang depa nak ianya berlaku....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawaProfil   Hantar PM kepada mawa   Quote dan BalasQuote

putri_ibu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 11007
Posting: 29
Dari: Bumi KenyaLAnG

Sarawak  


posticon Posting pada: 17-01-05 09:45




Artikel ni telah memberi satu info yang baru kepada ana mengenai hikmah disebalik tsunami yang berlaku.Bersama-samalah kita membantu mereka yang memerlukan bantuan dan doakanlah kesejahteraan dan ketenangan kita bersama.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu daripada kita sendiri...



Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_ibuProfil   Hantar PM kepada putri_ibu   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112865 saat. Lajunya....