Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Burung yang akan mati hanya berjalan, tidak lagi terbang
-- Peribahasa Red Indian

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 40
Ahli: 0
Jumlah: 40




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 4 hari yang lalu


Jejak Remaja
Topik: Cinta cara Islam...Remaja


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Remaja
    »» Cinta cara Islam...Remaja

Please Mendaftar To Post


Oleh Cinta cara Islam...Remaja

saujana_soleh
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 210
Posting: 32
Dari: Alam fi Duniah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 15-05-03 23:08


Remaja dan cinta merupakan dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Rasa
cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak
payah dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah
sebaliknya.Walaupun ia kadangkala ia cuba dilawan, namun rasa 'ajaib'
itu datang jua. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan
menggilalah jadinya. Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang,
tidur tak lena dibuatnya. Sedemikian indah dan damainya syurga, namun Nabi
Adam a.s berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu Allah ciptakan Siti
Hawa dari tulang rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris rasa cinta itu
akan sentiasa rasa terpisah dan gelisah selagi tidak bersama yang
dicintai.

Rasa Cinta Tidak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata, apakah salahnya kami bercinta? Ya,
rasa cinta memang tak salah. Ia adalah fitrah semulajadi yang Allah
kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun Allah tidak
kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja. Dia juga mencipta peraturan
cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap
dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu
menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah remaja selalu terjebak.
Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan Allah. Ketika itu
fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan
atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan
kemusnahan.
Mengapa perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan
dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah
semulajadinya. Keinginan tanpa tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan.
Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi
negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita jangan
sekali - kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi yang
berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah.
Cinta yang terlarang adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak
nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak
tahan lama. Sudah dapat yang dihajati, sudah terlaksana apa yang
dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi
syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasai pelbagai dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan
asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari cinta
terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika
ltulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala
hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapayang dicintainya. Ketika
itu hati tidak nampak yang lain kecuali yang dicintai. Lupalah diri
pada Pencipta cinta keran terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya.
Bagaimanakah perasaan agaknya, jika seseorang begitu leka dengan hadiah
hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya
dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.
Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara
lelaki dan wanita yang bukan muhrim. Tergamak berdua - duaan di tempat
sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu
syaitan adalah pihak ketiga. Lebih dari itu pun banyak yang berlaku.
Semuanya seolah - olah halal hanya kerana cinta. Racun - racun berbisa yang
memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta
terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang
muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikan - bohsia, bohjan ,
buang bayi, dan zina. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda - tanda dan lampu isyarat di atas jalan
raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pegerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah
perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi
kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan. Apakah peraturan - peraturan
dalam hubungan cinta? Hendaklah cinta kita berdasarkan cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata- mata kerana mengharapkan
keredhaan Allah. Allah memberikan kita fitrah itu, lalu kita niatkan
dengan fitrah itu boleh mendekatkan diri kita kepadaNya. Cintailah
sesiapa pun tetapi, pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencai Allah.
Sehubunagn dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah
diniatkan untukAllah.
Tetapi bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih
memudahkan seorang lelaki dan perempuan menyempurnakan agamanya. Oleh itu,
usah lah bercinta sekadar untuk bersuka - suka . Lebih buruk lagi
janganlah ada niat - niat yang jahat dalam bercinta samaada didorong oleh
hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin
cinta sudah pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta
terlarang yang akan membawa kemusnahan. Cinta jenis ini, seburuk namanya
- cinta monyet!
Putus Cinta
Hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum
Allah yang dilarang antaranya , tidak ada pergaulan bebas, tidak ada
pendedahan aurat , tidak ada pengabaian perkara asas, seperti
meninggalkan sembahyang, puasa dan lain - lain. Hubungan cinta jangan sampai
terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan . Maka, remaja
seharusnya tidak mengeluh, "cinta apa namanya ini, jika tidak ada dating,
perbualan telefon maraton, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan
senyman?"
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Allah. Putus
cinta dan kecewa , bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja
adalah disebabkan racun - racun cinta yang disangka baja ini. Jesteru
banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak
putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi . Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hambaNa. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan Cinta itu
pasti membawa ke gerbang perkahwinan.

Wallahu'alam...

-----------------
Bila bercinta kerana Allah s.w.t,berpisahnya tidak gelisah,
Bila rindunya pada yang satu,bertemunya pasti tak jemu,
Ukhuwah itu indah bila bertemu dan berpisah kerana Allah

Bookmark and Share

    


  Member Information For saujana_solehProfil   Hantar PM kepada saujana_soleh   Pergi ke saujana_soleh's Website   Quote dan BalasQuote

wan_pasir
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 37
Posting: 395
Dari: kuala terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-03 00:06


Quote:
cinta bertandang di dalam jiwanya tanpa diundang. Keinginan itu tidak
payah dipelajari dan dicari.



cinta ni lahir dari hati tak boleh di larang dan terlarang, akan dilarang keras takut mengundang bala, kalu tak dilarang pula takut menjadi degil.. cinta itu seperti bola bila disepak semakin seronok.. dan bila pecah ia dibuang..



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For wan_pasirProfil   Hantar PM kepada wan_pasir   Pergi ke wan_pasir's Website   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 10:35




Bookmark and Share

    


  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 21-05-03 12:41


Quote:
cinta ni lahir dari hati tak boleh di larang dan terlarang, akan dilarang keras takut mengundang bala, kalu tak dilarang pula takut menjadi degil.. cinta itu seperti bola bila disepak semakin seronok.. dan bila pecah ia dibuang..



betul...pandai-pandai lah kawal,dah pecah nanti payah nak cari ganti. sebaiknya cinta ini disertakan niat kerana Allah dan dipendam sebelum tiba masa yang sesuai untuk diluahkan..


Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

wardatulislamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 168
Posting: 90

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-05-03 12:55


ASSALAMUALAIKUM...
ANA PERNAH BACA PASAL ARTIKEL NI MASA SEKOLAH DULU..TAPI BAGUS JUGAK DIKETENGAHKAN KE RUANGAN SEPERTI NI..YANG PENTING TERPULANG PADA KITA NAK MENJADIKAN CINTA ITU FITRAH ATAU FITNAH...APABILA CINTA SUDAH MENJADI FITRAH BAGI MANUSIA,SUDAH TENTU IA AKAN JADI ANUGERAH PADA KITA...WALLAHU'ALAM..

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardatulislamiyahProfil   Hantar PM kepada wardatulislamiyah   Pergi ke wardatulislamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

bassya_amani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 651
Posting: 66
Dari: kerteh, kemaman. trg

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-05-03 01:46


Cinta...satu p'kataan yg sudah sebati dlm hidup manusia. Manusia boleh bercinta, namun cintanya harus bersandarkan niat yang satu yakni untuk mencari keredhaan Allah dan bukan kerana nafsu semata. Apa yang penting kejujuran dan keikhlasan itu yang penting dan bukanlah nafsu semata. Bagi ana, adalah lebih penting seseorang remaja itu mencari ilmu dan menggapai cita-cita sblm bercinta..Tanpa ilmu..manusia kan rosak binasa..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bassya_amaniProfil   Hantar PM kepada bassya_amani   Quote dan BalasQuote

isa-VR4
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 20
Posting: 571
Dari: Kemaman Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-05-03 02:26


panjang nye tak larat nak baca........
nasib baik isa-VR4 tidak terjebak dengan cinta...iaitu cita yg dilarang..

alam remajaku dulu masih suci dan bebas dari benda2 ni..

-----------------
Ya Allah !!! berikanlah kekuatan kepadaku untuk meneruskan jihad para shuhada'

img75.photobucket.com/albums/v228/acma_115/logo.jpg">

Bookmark and Share

    


  Member Information For isa-VR4Profil   Hantar PM kepada isa-VR4   Pergi ke isa-VR4's Website   Quote dan BalasQuote

sufi_musafir
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 731
Posting: 108
Dari: Pulau Mutiara

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 02:40


Semoga cinta kita pada makhluk tidak melalaikan kita pada cinta Agung Ilahi, juga rindu kita pd makhluk tidak pula melebihi rindu kita pd junjungan besar Nabi Muhammad saw...insyaAllah!!

-----------------
Alangkah sukarnya mendidik nafsuku,yg tidak dpt melihat kebenaranMu....Bantulah hambaMu dalam mendidik jiwaku ini........

Bookmark and Share

    


  Member Information For sufi_musafirProfil   Hantar PM kepada sufi_musafir   Quote dan BalasQuote

SaLaFiaN
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 191
Posting: 719
Dari: • Tämäñ Mëläwätî, Küälä Lumpur

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 12:59


Utamakan cinta Allah SWT daripada cinta sesama manusia...

Cinta itu terbahagi lima :
­¤ Cinta manusia kepada Tuhannya
­¤ Cinta manusia kepada dirinya
­¤ Cinta kepada orang kerana kecantikannya
­¤ Cinta kepada orang kerana ketinggian budinya
­¤ Cinta kepada orang yang berjasa kepadanya
(Kata² Hukama')


Istilah cinta seringkali disempitkan penggunaannya oleh masyarakat kita. Apabila t'pacul kalimah hikmat t'sebut, maka akan t'bayanglah di fikiran kita hubungan sesama manusia di antara lelaki dan perempuan. Seharusnya kita sedar bahawa p'bincangan megenai cinta itu t'lalu luas, dan pecahan pada cinta itu sendiri t'lalu banyak.

Dan semestinya cinta yang selayaknya diletakkan di kedudukan yang tertinggi adalah cinta hamba kepada Rabb Al-Jalil. Cinta inilah yang perlu didambai dahulu sebelum kita sibuk mengejar cinta selainnya.

Cuba kita renungkan senandung Tokoh Wanita Sufi, Rabiatul Adawiyah. Moga kata ucapnya yang t'susun indah akan m'jadi pedoman utk kita semua...

"Aku mencintai-Mu oh Tuhan tercinta,
Dengan cinta yang penuh kesenangan,
Kerana Engkaulah yang layak untuk itu,
Adapun cinta hawa,
Maka aku sibuk mengingati-Mu,
Daripada yang lain,
Dan yang menjadi kelayakan-Mu,
Ku harap kau bukan tabir untukku,
Hingga aku dapat memandang-Mu,
Maka ujian dalam hal ini dan itu,
Bukan untukku,
Melainkan hanya untuk-Mu..."


Bagaimana kita hendak menuju CINTA YANG HAKIKI...sudah tentu kita perlu berusaha untuk menjadi hamba-Nya yang beriman...hamba-Nya yang melaksanakan tuntutan-Nya seraya meninggalkan larangan-Nya...dan m'jadi umat yang menyerahkan diri kita ke hadrat Rabb Al-Jalil di samping mengamalkan Islam sebagai cara hidup...

Hanya taqwa yg menjadi nilaian samada kita b'jaya mengejar cinta-Nya ataupun kita masih berada di dalam pencarian...

Moga kita semua akan ditemukan dengan cinta-Nya yang Maha Agung...amin... B'samalah kita berusaha untuk menggapai hasrat dan tujuan utama kita dihidupkan di muka bumi Allah ini sebagai khalifatulardh, insyaAllah...

Allahu Ta'ala a'lam...



-----------------
Biarkanlah pena menari, lalu sejarah yang menghakimi. Bertintakan hikmah, tertamsil jiwa hamba yang bersujud di hadapan Ilahi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFiaNProfil   Hantar PM kepada SaLaFiaN   Pergi ke SaLaFiaN's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 18:13


cinta itu ibarat bunga yang berkembang.cantik,menarik,dan mekar.sampai waktunya ia akan layu menyembah bumi jua...



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

ainul_nabila
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 55
Posting: 394
Dari: Serikembangan/putrajaya

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 20:56


cinta itu anugerah Tuhan..pandai2lah menjaganya supaya ia diredhai Allah..sesungguhnya cinta sejati hanya pd Allah...

-----------------
HidUp Ini InDah Jika
segaLAnYa kErAnA ALLAH!!!

http://img75.photobucket.com/albums/v229/irda82/ainul3.jpg

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_nabilaProfil   Hantar PM kepada ainul_nabila   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 259
Posting: 306
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-05-03 21:28


hmmm..org slalu kata..cinta itu buta..sebenarye cinta tu x buta..org yg b'cinta tu sbnrnye yg buta kl cinta yg dipupuk tu melanggar batas syariat islam..cinta tu suci.. dan cinta agung itu yg kekal abadi...

"YA ALLAH,AKU MOHON CINTA-MU,CINTA ORG2 YG M'CINTAIMU, SERTA AMALAN YG MENDEKATKANKU KPD-MU DAN JADIKANLAH CINTA-MU YG PALING AKU DAMBAKAN.." - Munajat Nabi SAW..

-----------------
"jadilah spt pohon kayu yg lebat buahnya,tumbuh di tepi jalan, dilempar dgn batu,tetapi dibalas dgn buah"---Saidina Abu Bakar

Bookmark and Share

    


  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

sayasarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 08:47


a'kum

besh ye becinta ?

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

wardatulislamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 168
Posting: 90

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-05-03 11:06


Assalamualaikum...
Best ke bercinta? hmmm...hanya org2 yang pernah bercinta sahaja yg mampu nak jwb soalan tu...masalahnya ana ni tak reti lak nak bercinta! hehehe... ana lebih percaya kepada cinta selepas kahwin.. ..bercinta sebelum berkahwin takder matlamat dan destinasi... lagipun Allah dah berjanji dalam al-Quran manusia dijadikan berpasang2an..olh itu,kita kena yakin dengan Allah.. PEREMPUAN YANG BAIK DIJADIKAN UNTUK LELAKI YANG BAIK...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wardatulislamiyahProfil   Hantar PM kepada wardatulislamiyah   Pergi ke wardatulislamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

Arcaine
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 246
Posting: 237
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 23-05-03 11:14


A'kum

Cinta boleh asalkan tak melampau.

pst: Jika kau bercinta lagi, cinta sungguh seronoknya!. Entahlah aku pun tak tau sebab tak pernah bercinta!

-----------------
Hidup ini suatu perjuangan

Bookmark and Share

    


  Member Information For ArcaineProfil   Hantar PM kepada Arcaine   Quote dan BalasQuote

darul_numan81
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 239
Posting: 1548
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-05-03 12:52


ini doa mencintai ALLAH yg boleh kita amalkan utk memperolehi cinta yg diredhai.. insyaALLAH...

"Ya Allah kurniakan kepada ku cinta terhadap Mu, cinta terhadap org yg mencintai Mu dan apa saja yg membawa aku hampir kepada cintaMu. Dan jadikanlah cinta kepadaMu itu lebih berharga kepada ku dari air sejuk kepada org yg dahaga...amin"

wallahualam..

-----------------
Kehidupan adalah satu ujian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darul_numan81Profil   Hantar PM kepada darul_numan81   Pergi ke darul_numan81's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 03-06-03 14:30


cinta itu daripada Allah,,jadi layak lah kita bercinta berlandaskan hukum syarak....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

bassya_amani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 651
Posting: 66
Dari: kerteh, kemaman. trg

Terengganu  


posticon Posting pada: 03-06-03 18:55


CINTAILAH ALAM SEKITAR....
INGAT TU...JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For bassya_amaniProfil   Hantar PM kepada bassya_amani   Quote dan BalasQuote

nurani_nafa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 118
Posting: 23
Dari: Negeri Sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 05-06-03 16:25


bagi ana cinta tue ibarat kentut,
nak dilepas malu,
nak disimpan tak tahan

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurani_nafaProfil   Hantar PM kepada nurani_nafa   Quote dan BalasQuote

jilul_QURAN
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 112
Posting: 213
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 22:44




Bookmark and Share

    


  Member Information For jilul_QURANProfil   Hantar PM kepada jilul_QURAN   Quote dan BalasQuote

SaLaFy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 341
Posting: 99
Dari: Taman Melawati, KuaLa LumpUR, BuMi A||aH SwT...

iraq   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 23:13


o0o0o....best ek cinta ni???ekeke...maleh la nak cintan cintun ni...nak blajo dulu...Yg PEntINg CInta ALLAH..Ibu bapa dan diri sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaLaFyProfil   Hantar PM kepada SaLaFy   Quote dan BalasQuote

halawah_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 355
Posting: 83
Dari: TaNaH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 23:59


aSSaLaMuaLaiKuM..

BeRSaTu aTau TiDaK SeBeNaRNYa CiNTa TaK PuNYeR PeNGaKHiRaN. ia aKaN MeNDaTaNGKaN Dua RaSeR: SuKe DaN DuKe.

(best tak..?)

-----------------
DoN'T SToP aT THe ToP,
oR You WiLL DRoP!

Bookmark and Share

    


  Member Information For halawah_imanProfil   Hantar PM kepada halawah_iman   Quote dan BalasQuote

UsTaZaH_CuTe
Warga 5 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 962
Posting: 389
Dari: siNtOk

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 01:13


hmm...
assalamualaiikum...
bagi pendapat saya..cinta ni tak salah kalau ada batasnya...mestilah ikut syariat Islam...betul tak???kalau cinta ni dipupuk pada jalan yang benar,ia boleh jadi pemangkin dalam diri individu itu..malah ada sesetengahnya akan dapat berubah dari bad..o better...right???
Tapi yang paling penting...cinta kepada ALLAH S.W.T adalah cinta yang paling agung!!!dan cinta yang paling bermakna...

-----------------
"NaFsU MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr rUpAnYa...AkaL MenGatAkaN WaNiTa CaNtIk aTaS DaSaR ILmUnYa...dAn HaTi MeNgAtAkAn wAnItA cAnTiK aTaS dAsAr AKHLAKNYA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For UsTaZaH_CuTeProfil   Hantar PM kepada UsTaZaH_CuTe   Pergi ke UsTaZaH_CuTe's Website   Quote dan BalasQuote

MuWaHiD
Warga 3 Bintang
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 472
Posting: 107
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 01:37


Ahaks..bagi ana..tiada istilah cinta sebelum kawin..kalau cinta monyet tue adalah ,kalau admire ,itu mmg fitrah,ttp bercinta itu..hmm rasanya baik kite elakkan..sebab kite ni manusia biase..cepat lemau kalau bercinta.
----
pendapat yg kata kalau bercinta lelaki perempuan itu boleh menambahkan ketaatan.bagi ana..itu kurang benar.sebab matlamat tidak menghalalkan caranya.
----
kalau yg still underage tu..lupakan sahaja lah soal cinta ini.sebab perjalanan kite masih jauh dan ramai lagi calon-calon pasangan hidup yg kite akan temui.InsyA allah..sampai 1 masa..takdir akan tentukan juga siapa pasangan kite itu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuWaHiDProfil   Hantar PM kepada MuWaHiD   Quote dan BalasQuote

nurani_nafa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 118
Posting: 23
Dari: Negeri Sembilan

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 06-06-03 08:58


assalamualaikum,

dalam quran pun Allah dah terangkan bahawa manusia nie diciptakn berpasang-pasangan, berpuak-puak, berkumpul-kumpulan, maka hendaklah kita saling berkenal-kenalan.
nabi pun pernah bersabda,"tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah mereka menyintai saudaranya seperti dia menyintai dirinya sendiri"

Kalau salah tolong betulkan. ana bukannya arif sangat dalam hal-hal agama nie.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurani_nafaProfil   Hantar PM kepada nurani_nafa   Quote dan BalasQuote

nuriman21
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15380
Posting: 24
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 30-10-05 23:12


cinta ALLAH SWT itu yang lebih hakiki..
ingatlah kita di dunia hanya sementara..
sememangnya tidak dinafikan bahawa hidup
ini perlu saling melengkapi antara satu sama lain..
namun ALLAH SWT telah menjanjikan kepada kita..
orang baik hanya untuk orang yang baik dan
sebaliknya...
jadi Kenapa perlu kita risau tentang itu..
ada banyak lagi perkara yang perlu kita ketengahkan
daripada memikirkan pasal siapa jodoh kita..
yakinlah dengan janji ALLAH..
semoga ALLAH permudahkan segala urusan
kekawan semua..insyallah...

yang baik semuanya dari ALLAH dan yang buruk
dari kelemah ana sendiri.. ;-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuriman21Profil   Hantar PM kepada nuriman21   Pergi ke nuriman21's Website   Quote dan BalasQuote

budak_melaka
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14578
Posting: 450
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 31-10-05 00:02


cinta sebelum kahwin tak ada bagi saya.tapi nak kenal2 ada...yang menjuruskan ke arah perkahwinan.........tapi tak ada kaedah dating, bergayut...........

tapi Kalau masa boleh di undurkan, saya nak jadi orang yang masih single..........tak ada diminati..........tapi ini semua ujian untuk saya kerna saya tak pernah minta..........

saya kena terima sebab saya seorang HAMBA.dan Kalau dijaga ujian ini akan bertukar menjadi nikmatNya........aminnnn

Bookmark and Share

    


  Member Information For budak_melakaProfil   Hantar PM kepada budak_melaka   Quote dan BalasQuote

sazuwi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13185
Posting: 204
Dari: Seremban Yang Permai

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-05 02:02


cinta Allah...cinta yang agung..

-->http://ukhwah.com/article.php?sid=2150

Bookmark and Share

    


  Member Information For sazuwiProfil   Hantar PM kepada sazuwi   Pergi ke sazuwi's Website   Quote dan BalasQuote

ratu_assayyidah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.08.2005
Ahli No: 18436
Posting: 23
Dari: Kuala Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-10-05 09:41


cinta kepada Allah mesti diutamakaan kerana cinta Allah tiada penghujungnya......
cintalah manusia apabila dipertemukan.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ratu_assayyidahProfil   Hantar PM kepada ratu_assayyidah   Quote dan BalasQuote

Najlaa139
Warga Rasmi
Menyertai: 27.10.2005
Ahli No: 20134
Posting: 5

blank   avatar


posticon Posting pada: 31-10-05 10:41


mendamba kasih illahi yang sejati.....
layakkah saya?

Bookmark and Share

    


  Member Information For Najlaa139Profil   Hantar PM kepada Najlaa139   Quote dan BalasQuote

heart
Warga Rasmi
Menyertai: 19.05.2005
Ahli No: 16621
Posting: 15

ussr  


posticon Posting pada: 31-10-05 12:08


tapi kan.....ada ke cinta sebelum kawin?zaman Rasulullah s.a.w dulu ada ke amal? fikir fikir kan lah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For heartProfil   Hantar PM kepada heart   Quote dan BalasQuote

mslina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.08.2005
Ahli No: 17798
Posting: 174
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 31-10-05 12:53


setuju..
bila niat tu untuk bina masjid..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mslinaProfil   Hantar PM kepada mslina   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 31-10-05 17:30


cinta hadir tak diundang...

cinta hadir secara tiba2....

cinta adalah anugerah allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.120348 saat. Lajunya....