Oleh |
Hanya Masjid terselamat dari menjadi mangsa tsunami di Acheh |
yeop
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen
|
Posting pada: 03-01-05 14:24
Hanya sebuah masjid masih ada di Meulaboh, Acheh manakala bangunan-bangunan lain musnah selepas dilanda gempa bumi dan tsunami minggu lepas.
Sumber Asal
Macam-macam dah Allah nak tunjuk kat kita...adakah kita tak berfikir?..adakah kita tak mengambil iktibar?...insyaAllah..sama-sama renungkan....
----------------- 
\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
"http://photos.friendster.com/photos/64/51/691546/8213200912007l.jpg">
Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
[ Posting ini telah di edit oleh: yeop pada 2005-01-03 14:27 ]
|
suhaimi_sr
WARGA SETIA Menyertai: 08.07.2004 Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada
|
Posting pada: 03-01-05 14:55
Subhanallah. Maha Agungnya Allah memelihara rumahNya. Takjub ana melihatnya. Perhatikan tanah disekeliling masjid tersebut seakan putih bersih berbanding tanah2 disekitarnya yg kelihatan hitam & kelam. Benarlah kata Rasulullah jika berlaku sebrg bencana cepat2lah berlari menuju ke rumah2 Allah krn di situ ada keselamatan. ----------------- Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 03-01-05 15:25
Maha besarnya kekuasaan Allah.... renung-renungkan la?
|
aikal
WARGA SETIA Menyertai: 07.12.2004 Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam
|
Posting pada: 03-01-05 15:35
|
itsjustme
WARGA SETIA Menyertai: 22.08.2004 Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL
|
Posting pada: 03-01-05 20:07
Ya Allah hanya Agama Mu Pegangan kami... ----------------- Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai
|
srikandi85
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13219
Posting: 54
Dari: kota tinggi
|
Posting pada: 03-01-05 23:30
....ALLHUAKBAR....
|
Belalang_kampung
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian
|
Posting pada: 03-01-05 23:44
MAHA SUCI ALLAH SWT YANG TIADA AWAL DAN AKHIR..ALLAHU AKBARR..!!!
[ Posting ini telah di edit oleh: Belalang_kampung pada 2005-01-03 23:46 ]
|
HCl
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.11.2003 Ahli No: 4898
Posting: 50
Dari: Rahsia.....
|
Posting pada: 03-01-05 23:48
innaddiina 'indallahi al-ISLAM.... ----------------- Dunia semakin tua, Manusia sering bersengketa, Kebesaran Allah dilupa, Keegoan jadi pegangan...
|
nurse_intan
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2004 Ahli No: 11770
Posting: 125
|
Posting pada: 04-01-05 01:13
betapa besarnya kuasa Allah swt.
betapa sucinya Islam.
wut more can i say...
|
kakyongju
Warga 3 Bintang Menyertai: 22.04.2004 Ahli No: 8571
Posting: 120
Dari: perak
|
Posting pada: 04-01-05 08:24
Puluhan masjid Aceh tak jejas
BANDA ACEH: Berpuluh-puluh masjid masih berdiri teguh dengan kubah mereka terserlah di bawah sinar matahari, di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar di sini – satu fenomena yang menunjukkan kekuasaan Tuhan di samping seni bina yang bagus.
Kesan bencana tsunami di utara Sumatera, Indonesia 26 Disember lalu menyebabkan sebahagian besar rumah dan bangunan di beberapa bandar ranap akibat dihentam ombak besar.
Namun, di sepanjang pantai yang dilanda bencana, puluhan masjid masih berdiri teguh.
“Kekuasaan Tuhan menghalang masjid daripada ranap,” kata Mukhlis Khaeran, yang menyaksikan ombak menghanyutkan rumahnya di Baet dekat sini, tetapi tidak menjejaskan masjid berdekatan.
“Dia menghukum kita kerana ketamakan serta keangkuhan, tetapi Tuhan akan melindungi rumahnya (masjid),” Khaeran memberitahu AFP, dengan lengannya cedera kerana bencana yang mengorbankan lebih 100,000 orang di Aceh.
Masjid adalah pemandangan biasa di kebanyakan tempat di Indonesia, terutama di Aceh, yang dianggap sebagai pintu masuk Islam ke negara kepulauan itu yang mempunyai paling ramai penduduk Islam.
Meskipun terbabit dalam perjuangan kemerdekaan sejak lama dulu, Aceh, yang sebahagian wilayahnya melaksanakan undang-undang syariah, terus menjadi wilayah utama penduduk Islam di Indonesia.
Kepercayaan keagamaan di Aceh serta sekitar Lautan Hindi diuji pada 26 Disember lalu apabila gempa bumi mencetuskan ombak besar yang melanda pantai dan memusnahkan kawasan terbabit.
Ketika sesetengah penduduk bercakap mengenai kemurkaan Tuhan, beratus orang berlindung di masjid dalam keadaan panik untuk lari daripada ombak ganas dan berdoa kepada Tuhan selepas bencana tsunami.
Di perkampungan Kaju, dekat sini, ratusan rumah musnah manakala masjid di kawasan terbabit hanya mengalami kerosakan dinding.
“Penduduk Aceh berkata masjid adalah rumah Allah dan tiada siapa boleh merobohkannya melainkan Tuhan sendiri,” kata Ismail Ishak, 42, yang menggali timbunan runtuhan rumahnya untuk mencari tujuh saudara maranya.
Di Pasi Lhok, kira-kira 20 kilometer dari pekan Sigli, utara Aceh, 100 orang yang lari berlindung dalam masjid selamat, manakala hampir setiap rumah di lima kampung sekitarnya ranap, kata imam besar kawasan itu, Teungku Kaoy Ali.
Di Meulaboh, pekan di barat Aceh yang terletak 150 kilometer daripada pusat gempa bumi yang mencetuskan ombak besar maut itu, 10,000 mati tetapi masjid di bandar itu tersergam di tengah-tengah kehancuran.
Seorang penduduk disini, Achyar berkata, apabila beliau melihat ombak besar muncul dari laut, nalurinya menyatakan lari ke masjid berhampiran.
“Saya memanjat menara masjid dan memegang kuat kepada wayar elektrik sehingga air surut.
“Kebanyakan daripada rakan Cina saya lemas kerana mereka berlindung di tingkat dua kedai mereka,” katanya.
Satu penjelasan yang diberi kenapa masjid tidak musnah adalah kebanyakannya dibina lebih kukuh daripada struktur lain.
Namun, sebuah masjid di Sigli dibina daripada kayu tetapi masih terselamat walaupun bangunan lain di sekelilingnya musnah.
Masjid Baiturrahman di sini rosak sebahagiannya daripada gempa bumi dan tsunami, tetapi terbukti berguna sebagai tempat berlindung, hospital untuk rawat mereka cedera dan kini juga sebagai rumah mayat. – AFP
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Bukti kekuasaan ALLAH mengatasi segalanya.
|
sesejuksalju
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 08.07.2003 Ahli No: 2178
Posting: 791
Dari: kelantan
|
Posting pada: 04-01-05 09:02
Maha Besar Allah...betapa kerdilnya diri ini...
|
qais_amirii
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.02.2004 Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai
|
Posting pada: 04-01-05 09:04
Subhanallah...
karkuzari dari phuket...
masjid kat sana pun tak kena ombak...
sebelum kejadian ombak terjadi
ikan2 melompat2 kedarat
jemaah pun pungut ikan ..
amer sab nampak ombak besar lalu panggil ahli jemaah masuk masjid dan mereka solah...
yg tak ade wuduk pun bersolah..
alhamdulillah....semua nyer selamat...
waullahualam
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 04-01-05 13:42
Cuba cari bangunan ganjil, sebelum dan selepas tsunami...
SEBELUM:
SELEPAS:
Waktu cemas mcm ni laa biasanya masjid berfungsi sebagai pelindung selain utk beribadah. Kalau tak rasanya lengang aje. Sama je keadaannya bila musibah menimpa manusia baru nak ingat Allah, kalau tak buat deeeekk ajee...
Manusia mudah lupa... ----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
harakah
Warga 2 Bintang Menyertai: 28.09.2003 Ahli No: 3833
Posting: 45
|
Posting pada: 04-01-05 18:30
assalamualaikum....
kalau masjid yang kita amalkan dan kita laksanakan HUKUM ISLAM didalamnya, ALlah selamatkan dari ujian TSUNAMI. macam mana pula halnya, kalau sebuah NEGARA yang di amalkan dan di laksanakan HUKUM ISLAM di dalamnya...? Fikirkan..... sesungguhnya ini hanyalah KIASAN mudah yang di nyata oleh ALlah kepada hambanya yang bernama MANUSIA supaya lebih berfikir.
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 04-01-05 18:49
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 04-01-05 19:47
SUBHANALLAH....TUHAN YG MAHA PERKASA LAGI MAHA AGUNG...ttp kenape masih ramai manusia yg tidak mahu berfikir???
|
Uzma
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.03.2004 Ahli No: 7670
Posting: 33
Dari: KL
|
Posting pada: 04-01-05 21:20
assalamualaikum....
subhanaALLAH..tu la kuasa ALLAH swt...apa yang mampu kita buat hanyalah teguhkan iman supaya kita dimatikan dalan keadaan beriman.....insyaALLAH.....
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 04-01-05 22:39
Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb
Alhamdulillah diberitakan melalui BBC (kalau tak silap umi - tolong betulkan) bahawa masjid di Aceh itu sebenarnya ketika berlaku kejadian ada seorang Imam tua di dalamnya yang sedang solat dhuha. Selepas subuh dan jemaah balik beliau diberitakan telah menutup semua pintu dan beliau berehat sebelum dhuha. Ketika dhuha diberitakan beliau terasa goyangan yang amat terasa cuma diteruskan solatnya. Setelah selesai di bukanya sedikit tingkap yang mengarah ke laut dan dilihatnya ada ombak putih yang tinggi lalu ditutup tingkap itu kembali sambil terus solat lagi dan berdoa. Dirasai hempasan ombak ke dinding masjid. Setelah senyap semuanya beliau buka pintu dan dilihatnya keliling masjid ranap dan beliau lihat air betul di luar pintu masjid ke bawah sikit dari bendul (tidak memasuki dalam masjid). Beliau diberitakan terus berjalan sejauh 30 km ke arah daratan ke rumah saudara maranya. Wallahuta'ala a'alm bissawab.
Begitu juga kisah di Pulau Pinang yang sedang solat itu diberitakan orang yang nampak mengatakan air telah terbelah dua tidak menghampiri orang yang sedang solat di atas batu.
Kemudian nelayan yang sedang solat dalam sampannya begitu juga. Ombak tidak menghampirinya juga.
Begitulah keajaiban solat dan doa sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT. Allahu Akbar!
Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq -----------------
|
ibnuyahya
 Menyertai: 15.10.2004 Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor
|
Posting pada: 04-01-05 23:20
|
kens2005
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 715
Posting: 647
Dari: Kyoto
|
Posting pada: 04-01-05 23:59
.................................. hamba tak terkata ----------------- :: Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak ::
|
aemanpsycho
WARGA SETIA Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC
|
Posting pada: 05-01-05 01:59
besarnya kekuasaan tuhan...
Allahuakbar!!!!..
|
yeop
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen
|
Posting pada: 05-01-05 03:11
 ----------------- 
\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
|
nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang
|
Posting pada: 05-01-05 09:05
masya allah... ya allah... ----------------- Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...
|
docdila
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.09.2004 Ahli No: 11108
Posting: 22
Dari: Negeri Serambi Mekah
|
Posting pada: 05-01-05 09:31
Innaddiina 'indAllah alIslam
[Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam]
SubhanAllah
|
ibnuyahya
 Menyertai: 15.10.2004 Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor
|
Posting pada: 05-01-05 09:43
keluar topik sat
perasan tak gambar yang dipos oleh MeowHidayah, itu gambar dari satelit kan?. Jika begitu.. tidak mustahil ia juga boleh digunakan bagi tujuan military. uikhh.. nak menyorok kat mana ye kalau dah sampai tahap ni dia boleh zoom. Dan tidak mustahil ia boleh zoom lagi sehingga nampak semut yang ada kat atas tanah..
oke. iklan je.. sesi fikir-fikir
----------------- Programming notes esp. PHPWeb Zaujah (muslimah_johor)
|
MeowHidayah
WARGA SETIA Menyertai: 30.07.2003 Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit
|
Posting pada: 05-01-05 17:40
Biasanya image satelit ni tujuan utk remote sensing, kajian geografi dan pemetaan. Juga tak mustahil utk ketenteraan.
Tak hairan dah syeikh.. Setinggi mana pun teknologi, kalau Allah nak jadi tu jadi laa. Biiznillah..
Gambar yg ana post tu diambil dr DigitalGlobe.
Lagi gambar satelit kawasan yg dilanda tsunami...----------------- Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...
|
yeop
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen
|
Posting pada: 05-01-05 17:56
Betapa besarnya kekuasaan Allah....insyaAllah..di bukakan pintu hati kita...dipermudahkan untuk kita berfikir..berfikir tentang kejadian alam..kebesaran Allah..
----------------- 
\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
"http://photos.friendster.com/photos/64/51/691546/8213200912007l.jpg">
Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
[ Posting ini telah di edit oleh: yeop pada 2005-01-05 17:59 ]
|
SHAMR
WARGA SETIA Menyertai: 05.10.2004 Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...
|
Posting pada: 06-01-05 22:21
Allahuakbar! Subhanallah....
Memang tidak dapat dinafikan lagi kekuasaan Allah s.w.t. Sejarah berulang kembali. Kwn2 ingat tak tentang tentera bergajah Abrahah yang cuba meruntuhkan Kaabah? Lalu Abdul Mutallib berkata yang Allah akan melindungi rumahNya. Nah sekarang juga peristiwa tersebut berulang lagi. Maha Suci Allah.
Baru-baru ini saya telah baca akhbar THE STAR. Di dalamnya telah dipaparkan gambar kuil yang juga tidak terjejas akibat bencana tsunami ini. Oleh itu saya ingin minta pendapat kwn2 tentang apakah hikmah dan pengajaran yang Allah s.w.t cuba untuk tunjukkan kepada kita?
|
baby_adi
Warga 1 Bintang Menyertai: 01.01.2005 Ahli No: 13453
Posting: 26
Dari: klang
|
Posting pada: 07-01-05 21:23
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 07-01-05 23:00
 ,
Sedikit catatan mengenai mesjid Baitur Rahman yang masih utuh walau diterjang ombak tsunami.
Ketika Belanda mengistiharkan perang secara resmi ke atas Aceh pada 26 March 1873, mesjid Baitur Rahman menjadi medan tempur yang sengit di antara tentera kompeni (Belanda) dan rakyat Aceh. Jenderal Belanda Kohler menemui ajalnya di perkarangan mesjid tersebut. Slogan jihad yang dilaungkan oleh tentera Aceh 'Udep Sare Mate Syahid' (Hidup Mulia Mati Syahid) telah berjaya mengundurkan tentera Belanda sehingga mereka terpaksa mengambil pendekatan halus untuk menundukkan Aceh. Kekalahan inilah yang telah mendorong Belanda menghantar sarjana terunggulnya Christian Snouch Hurgronje untuk memainkan peranannya sebagai penasihat 'kantoor voor inlandshe Zaken' (penasihat hal-hal anak negeri).
Hari ini Utusan Malaysia melaporkan betapa wartawan mengalirkan air mata ketika menyaksikan mesjid Baitur Rahman dan mesjid di Meulaboh yang masih berdiri walaupun kawasan sekitarnya ranap samasekali. Ketika mereka menyaksikan keajaiban itu, air mata mengalir dengan sendirinya. Saya yakin siapapun akan tersintuh dan hati akan berbicara 'Maha Suci Allah yang telah memelihara rumahNya'
Kita sekali-kali tidak akan menjadikan ini sebagai hujjah untuk menonjolkan kebenaran Islam. Kita tidak akan beria-ia menjadikan ia sebagai bukti kebenaran Islam. Islam tidak perlu kepada 'keajaiban-keajaiban' untuk diketengahkan kepada masyarakat. Sejarah membuktikan keajaiban (mukjizat) bukan bertujuan untuk menarik manusia kepada kebenaran Islam tetapi ia lebih bertujuan untuk meningkatkan keimanan orang mukmin. Sebagai contoh, orang-orang kafir Quraish menyaksikan dengan mata kepala mereka sendiri betapa bulan terbelah dua di hadapan mukjizat Allah, namun mereka tetap tidak beriman. Peristiwa isra mikraj juga adalah satu keajaiban, namun ia menjadikan orang kafir semakin ragu. Sebaliknya orang mukmin meningkat keimanan mereka.
Bagi kita orang mukmin, Allah berhak melindungi rumahNya. Dia telah melindungi Baitullah lil haram ketika tentera bergajah Abrahah datang untuk meruntuhkannya. Ketika Abrahah masuk ke kota Makkah dia disambut oleh Abdul Mutallib yang ingin berunding agar Abrahah menyerahkan kembali haiwan ternakan penduduk Makkah yang dirampas oleh tentera Abrahah. Abrahah sangat hairan bagaimana seorang pemimpin Makkah yang dihormati bertemu dengannya hanya untuk mendapatkan semula haiwan ternakan sedangkan tujuan kedatangannya ialah untuk meruntuhkan kaabah. Maka kata Abdul Mutallib, kaabah itu ada empunyanya dan Dia akan memeliharanya'. Ternyata Allah SWT memelihara mesjidnya dari angkara durjana tentera Abrahah. Sebaliknya Abrahah dan tenteranyalah yang dimusnahkan Allah.
Sebagaimana burung-burung ababil adalah jundullah, maka tsunami juga adalah merupakan sebahagian dari jundullah. Dia diperintahkan Allah untuk melanggar daerah persisiran pantai Aceh dan semua daerah yang berada di lingkungan Lautan Hindi. Ombak tsunami dengan akur melaksanakan amanahnya, menyapu bersih seluruh pelosok bumi laluannya bersama dengan penghuni-penghuninya. Allah memerintahkan agar ia meranapkan apa jua struktur yang merintangi kecuali rumah-rumah Allah. Maka ketika bangunan lain rebah menyembah bumi diterjang ombak, mesjid-mesjid Allah itu tetap bertahan. Apakah yang hendak dihairankan?
Yang sepatutnya dihairankan ialah kita yang masih belum mengambil pengajaran. Apakah kejadian-kejadian ini semakin menambat hati kita ke mesjid?
Di Aceh apabila ombak datang bergulung-gulung, orang ramai lari bertempiaran mencari perlindungan. Di saat mereka begitu terdesak, mesjidlah yang mereka tuju. Ternyata sebahagian dari mereka yang mencari perlindungan di mesjid di selamatkan Allah.
Semuga peristiwa ini melembutkan hati dan meringankan kaki kita untuk melangkah ke mesjid setiap kali azan di laungkan. Kerana apabila bencana ditimpakan oleh Allah, satu-satunya tempat yang akan kita tuju ialah rumah Allah jua..
HMN
-----------------
|
syirqey
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.11.2003 Ahli No: 5027
Posting: 94
Dari: Pahang, Malaysia
|
Posting pada: 07-01-05 23:13
Tahukah anda?.. ketika malam natal sblm kejadian gempa tersebut telah diadakan parti yg menghidangkan minuman keras dan perempuan secara bercampur Islam, Kristian Lelaki dan Perempuan... sampai mabuk-mabuk... Islamkah ini pada pandangan anda?.. Tak mustahil kalau bila-bila masa Genting dilanda sampai ranap sekalipun!!.. Ana sudah merasakan getaran maha dasyat itu walau berada jauh dr Aceh sedang ana di Medan.. Nauzubillah
|
MohdHanafi
WARGA SETIA Menyertai: 09.08.2004 Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)
|
Posting pada: 08-01-05 00:34
MASJID (BAITURRAHMAN MELUBOH) YANG KUKUH BERDIRI ITU ADALAH MASJID YANG DIBINA 760 TAHUN DAHULU..SUBHANALLAH...BETAPA HEBATNYA ALLAH YANG TETAP AKAN MENJAGA RUMAHNYA SEPERTI MANA ALLAH MENJAGA KABAAH DARI ANGKARA JAHAT TENTERA BERGAJAH YANG HEBAT. (SURAH AL-FIIL)
AHLI GEOLOGI UKM MENGATAKAN PLAK BUMI BERGONCANG KERANA AKIBAT AKTIVITI MANUSIA MENGUJI BOM ATOM DI BAWAH LAUT, SEDANGKAN AHLI SISMOLOGI MENGATAKAN GEGARAN 9 SKALA RITCHER HANYA MAMPU DILETUSKAN OLEH SEJUTA BOM ATOM!
INI MERUPAKAN KUASA SEBENAR YANG DIDATANGKAN OLEH RABBUL JALIL KEPADA MANUSIA UNTUK MEMPERLIHATKAN KEPERKASAAN-NYA.
INSAFLKAH KITA..KEMBALI KITA KEPADA SYARIAT-NYA.
TQ. ----------------- Kadang-kadang, kita perlukan kesunyian. Dan jika bising. Aku membisingkan diri di http://naimisa.esasterawan.net/
|
TETYMISSY
Warga Rasmi Menyertai: 03.01.2005 Ahli No: 13507
Posting: 18
Dari: KUALA LUMPUR
|
Posting pada: 08-01-05 09:11
Itulah bukti kebesaran Allah.Sedarlah sebelum terlambat.Moga kita akan sentiasa dilindungi.
|
nursumayyah
Warga Rasmi Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12106
Posting: 5
Dari: perak
|
Posting pada: 08-01-05 11:03
"YA ALLAH...KAU TEMPATKANLAH MANGSA-MANGSA TSUNAMI DIKALANGAN ORG2 YANG BERIMAN...PELIHARALAH NASIB MANGSA TSUNAMI... YA ALLAH..KAU BUKTIKANLAH KPD MRK BAHAWA TIDAK KAU TIMPAKAN S'SUATU TANPA ADA RHSIA YG T'SMBUNYI.... YA ALLAH...KASIHANILAH MEREKA.....KAU PANDANGLAH MEREKA DENGAN KASIH SAYANG DAN RAHMATMU.............." AMIN.......
|
amilyn
WARGA SETIA Menyertai: 02.10.2003 Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor
|
Posting pada: 08-01-05 22:20
hebatnya kuasa Allah.Sebagai manusia klu tak insaf tak tahula
rasa insaf.......
|
shy_guy
Warga Rasmi Menyertai: 08.01.2005 Ahli No: 13613
Posting: 12
Dari: darul_eeman
|
Posting pada: 09-01-05 00:13
SUBHANALLAH ..macam-macam Allah memberi petunjuk kepada kita supaya kita berfikir.. semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang belum mengenali Islam dan menambahkan ketaqwaan kita yang sudah lama mengenal Islam..
|
Belalang_kampung
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian
|
Posting pada: 11-01-05 00:01
 wbh..
Macam mane plak halnye..nak pada tertegaknya ISLAM..tp saf2 di MASJID pon tkdpt penuh lagi???tak faham ISLAM camne nak pada ISLAM..so kenala bagi FAHAM..cmne ekk nkbg faham??..kena pegi MASJID laaa..Nabi mulakn Daulah dgn MASJID tauu..so kene taat Sunnah ler baru Allah swt beri kejayaan..
|
Belalang_kampung
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 74
Posting: 255
Dari: Minden-Transkerian
|
Posting pada: 11-01-05 00:12
.. SUBHANALLAH..org yg beriman sudah pasti mengakui Kehebatan, Kekuasan dan KeEsaan Allah swt..MAHA BERKUASANYA ALLAH SWT..bila tgk masjid2 di Aceh terpelihara...TAPI..org yg sebaliknya pulak kate..(lebih kurang gini ler..)"yerlaa dah masjid tu buat dari konkrit..binaannya kukuh..mestila kukuh..so memang tkde kesan laa dgn ombak.."  ..konkrit jugak yg hebatt....heran yerr org gini..na kena ombak tu hempap die baru nak ngaku kuasa Alllah kot..
wallahualam.. -----------------
|
yeop
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen
|
Posting pada: 11-01-05 00:36
betul kata akhi belalang kampung tu...seblom ni ada gak yang org kata camtu..agaknyala..nak kena tunjuk masjid yang dibina dari polysterin pastu tak diusik oleh ombak tsunami...barula kita nak caya ek..nauzubillah... ----------------- 
\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
|
ije
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11883
Posting: 39
Dari: malaysia
|
Posting pada: 14-01-05 03:57
sume nye kuase ALLAH.
mak sy keje kat husm. ade kwn2 doktor yg dh balik dr acheh slps 2 minggu duk sane, cite kat mak sy ttg keadaan di sana.
ada srg doktor ni bebual dgn penduduk kat sane. srg penduduk tu ckp, drg nmpk ombak tu mcm ular+tinggi+kuat+laju..(gagah sgt) menghala ke arah mereka. mase tu drg berlari menyelamatkan diri. srg ni berlari ke arah masjid. pastu tetibe, bile ombak sampai kat kwsn masjid, ombak tu perlahan, turun.. dr yg tinggi sampai 2 btg pokok kelape, jd cam ombak biasa.
yg sblom ni rase lajunye ombak yg dtg...kuatnye bunyi ombak tu.. tetibe sunyi je dlm masjid.
ALLAH melindungi rumahNya.
|