Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 32 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Komputer dan IT
Topik: Ilmu Falak, Matematik dan Programming


Carian Forum

Moderator: Administrator, ibnuyahya
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Komputer dan IT
    »» Ilmu Falak, Matematik dan Programming

Please Mendaftar To Post


Oleh Ilmu Falak, Matematik dan Programming

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-05 11:23




Saya petik dari buku "Kaedah Panduan Falak Syarie" terbitan Unit Falak Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Pendahuluan
- Menurut syarak, menghadap ke arah kiblat di ertikan tubuh badan seseorang menghadap ke arah kaabah yang terletak di Makkatul Mukarramah. Arah kiblat merupakan arah hadap umat Islam bagi menyempurnakan ibadat tertentu seperti solat dan lain-lain ibadah.

Dalil-dalil Al-Quran
surah Al-Baqarah ayat 149
"dan dari mana sahaja engkau kelua(untuk mengerjakan solat) hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. sesungguhnya perintah berkiblat ke kaabah itu adalah benar dari Allah (TuhanMu). Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.

Hadith Nabi s.a.w
"Dari Abu hurairah r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w. 'Di antara Masyrik dan Maghrib terletak Kiblat'"
(RIwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Adapun kaedah Umum menghadap kiblat adalah dengan memperhatikan matahari terbit dan terbenam. kagi kita di Malaysia, kaedah mudah dengan memperhatikan matahari terbenam. Namun kaedah yang lebih detail dapat diperolehi dengan kaedah "Ilmu Falak" atau Astronomi.

Adapun kaedah mendapatkan arah kiblat menggunakan formula trigonometri seperti berikut

Tan(alfa) = (sin(Longitud_tempat - longitud_mekah))/((Tan(Latitud_mekah) x Kos(Latitud_tempat)) - (sin(Latitud_tempat) x kos(Longitud_tempat - longitud_mekah)))

azimud kiblat = 360deg - alfa.

contoh kiraan
Latitud_mekah = 21deg 25min 15.6sec Utara
Longitud_mekah = 39deg 49min 29.1sec Timur

Lokasi yang ingin Dikira
Surau Tabung Haji
latitud_SurauTB_Haji = 3deg 10min 28.42sec Utara
longitud_SurauTB_Haji = 101deg 43min 17sec Timur

Langkah 1
tukarkan deg,min,sec kedalam degree.
contoh
3deg 10min 28.42sec Utara

kiraan kepada degree.
3 deg + (10/60) + (28.42/3600)
= 3.174561111degree.

Langkah 2 dan seterusnya
Dapatkan kiraan berdasarkan formula.

hasil
Tan(alfa) = (0.88209923) / [(0.39231859 / 0.99846652) - (0.05537820/0.47106363)]
Tan(alfa) = 2.412543978
alfa = 67.48598262deg

azimud kiblat = 360deg - alfa
azimud kiblat = 360deg - 67.48598262deg
azimud kiblat = 292.5140174deg

tukar degree kepada deg min sec
dapatkan degree
=292

dapatkan min
=(292.5140174deg - 292deg) x 60
=30.841044min
=30min

dapatkan sec
=(30.841044min - 30min) x 60
=50.46sec

azimud kiblat = 292deg 30min 50.46sec

note:
Jika kita menggunakan kompas, arah kiblat hendaklah ditukarkan kepada utara magnet. Dalam pengiraan ini, ia merujuk arah utara sebenar.

Dari Formula dan contoh di atas, apa kata kengkawan tukarkan ia dalam bentuk programming.

Jika boleh, buatkan interface dan hasilnya dalam bentuk exe, atau web base.

kemudian kita undi untuk mendapatkan pemenangNya. Hadiah , salah satu buku yang dikeluarkan oleh ukhwah.
KLIK SINI

Setakat ini saja yg saya mampu

-----------------
Programming notes esp. PHP
Web Zaujah (muslimah_johor)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-05 11:27




mari mari mari.. Happy Coding

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

sayasarah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 225
Posting: 294
Dari: atas tanah jeh

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 04-01-05 00:49




vavava
ni pojek 2000 brape nih?mmg cadang nak buat guna vb kot...tp kesempatan tadek..br nak mahir2
koang yg terer2 ni tolon la buat..
skang ni kite [jupem]guna rukyah93 [klu tak silap] itu pon jepun yg buat...cemana ni...utk kuar kan data utk lunar visibility
saya sokong ..
kite ade orang islam yg buat dr monzur ..name pogrem moonC 6.0..search kat tenet buleh

-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-01-05 20:24




sayasarah, tak kesah la nak guna Vb ke, C ke Java ke.. apa-apa pun boleh. Sesiapa yang ada kelapangan/minat, boleh la computerizekan formula yang saya bagi. Jika kurang jelas, boleh bertanya disini..

wallaha'lam.

-----------------
Programming notes esp. PHP
Web Zaujah (muslimah_johor)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

aemanpsycho
WARGA SETIA
Menyertai: 07.06.2003
Ahli No: 1143
Posting: 434
Dari: dari Bangi ke OKC

Pahang  


posticon Posting pada: 06-01-05 00:46


wahhh..mencabar nih...
boleh sy mencuber...
hehe..


Bookmark and Share

    


  Member Information For aemanpsychoProfil   Hantar PM kepada aemanpsycho   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-01-05 07:46




aemanpsycho, boleh saja. sambil-sambil memahirkan diri .

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-01-05 00:11




update formula.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.185649 saat. Lajunya....