Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 08-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 43
Ahli: 0
Jumlah: 43




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 21 hari yang lalu
nur_takwa88: 26 hari yang lalu
kismis: 27 hari yang lalu
qaulah_atrah: 38 hari yang lalu
muaz9768: 42 hari yang lalu
Rashdin: 48 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: PAK LAH AKUI MAKSIATLAH PUNCA BALA DR ALLAH


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» PAK LAH AKUI MAKSIATLAH PUNCA BALA DR ALLAH

Please Mendaftar To Post


Oleh PAK LAH AKUI MAKSIATLAH PUNCA BALA DR ALLAH

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 17:42



SEMOGA SEGALA KONSERT-KONSERT MUNGKAR, JOGET DAN TARIAN, HIBURAN YANG MELAMPAU AKAN DIHENTIKAN JUGA ( BUKAN UNTUK SEKETIKA SAJA ) DI ATAS ARAHAN PAK LAH INI. PAK LAH SENDIRI MENGAKUI YANG SEMEMANGNYA SEGALA PROGRAM MUNGKAR YANG DIANJURKAN SELAMA INI MENARIK BALA ALLAH SWT

29 Disember, 2004 16:06 PM

M'sia Ganti Perayaan Tahun Baru Dengan Majlis Doa

SUNGAI PETANI, 29 Dis (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi Rabu berkata kerajaan tidak akan
mengadakan sebarang acara kemeriahan atau perayaan
menyambut Tahun Baru dan sebaliknya menganjurkan semua
pihak, termasuk pihak swasta, supaya mengadakan majlis
doa agar negara selamat dari sebarang bencana alam.

Perdana Menteri berkata semoga dengan majlis doa itu
negara akan selamat dan tidak lagi dilanda ombak besar
tsunami seperti Ahad lepas dan malapetaka yang lain.

"Marilah juga kita doakan agar yang menderita (akibat
tsunami) mendapat kesabaran dan mengatasi kerugian
yang telah dialami," katanya ketika berucap di Kampung
Kepala Jalan, Kota Kuala Muda di sini, semasa
mengunjungi mangsa tsunami dan meninjau kerosakan
akibat serangan ombak besar itu.

"Kita harap mereka yang mengalami kerugian dan hilang
mata pencarian dapat berusaha lebih tekun untuk
memulihkan mata pencarian mereka."

Perdana Menteri juga meminta meminta masjid-masjid di
seluruh negara mengadakan khutbah yang berhubung kait
dengan malapetaka tsunami dan apa yang perlu dilakukan
untuk mengatasi penderitaan yang dialami mangsa.

Bagi rakyat Malaysia yang bukan Islam, Abdullah
meminta mereka mendoakan apa yang terbaik untuk rakyat
dan negara ini mengikut amalan dan kepercayaan
masing-masing.

Beliau berharap mangsa-mangsa tsunami bersyukur dengan
apa jua bantuan yang dihulurkan kepada mereka setakat
ini bagi meringankan beban yang mereka tanggung.

Pada majlis itu juga, Perdana Menteri mengumumkan
beliau bersetuju dengan saranan Menteri Kewangan Kedua
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop supaya bantuan untuk mangsa
tsunami ditambah.

Katanya bagi setiap rumah yang rosak akan diberi
tambahan sebanyak RM2,000, bagi setiap rumah yang
ranap RM5,000, bagi bot kecil nelayan yang rosak
RM1,000 dan bot besar nelayan yang rosak RM3,000.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
sebelum ini mengumumkan bantuan segera kepada mangsa
tsunami sebanyak RM1,000 bagi setiap kematian anggota
keluarga, RM500 untuk mangsa yang terpaksa berpindah
ke pusat penempatan sementara, dan RM200 untuk mangsa
yang mengalami kecederaan.

Di Pulau Pinang di mana 50 setakat ini dilaporkan
terkorban, lebih 800 penduduk pesisir dipindahkan
kerana rumah mereka ranap atau sebab keselamatan dan
di Kedah 10 mati dan lebih 4,600 penduduk pesisir
terpaksa berpindah dengan lebih 800 rumah dilaporkan
rosak.

Abdullah juga berterima kasih kepada akhbar-akhbar
nasional yang mengadakan kutipan di bawah bantuan
Tabung Bencana dan memuji rakyat Malaysia yang sudi
menghulurkan apa jua bantuan termasuk wang ringgit.

Katanya bantuan-bantuan ini akan diagihkan mengikut
formula yang telah ditentukan secara adil dan saksama
agar tidak berlaku sebarang masalah nanti.

Beliau juga meminta mangsa yang terlibat memberi
maklumat yang dikehendaki dengan tepat termasuk
alamat, nombor kad pengenalan dan lain-lain serta
menggesa agensi kerajaan mengeluarkan bantuan secepat
mungkin.

"Pagi tadi Najib Najib berkunjung ke rumah saya dan
saya mengulangi permintaan agar apa-apa jua bantuan
yang hendak diberikan, diberi melalui peruntukan yang
sedia ada dalam Tabung Bencana Alam sebelum lain-lain
bantuan dikeluarkan," katanya.

-- BERNAMA


Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 29-12-04 17:52


Baguslah pak lah dah sedar...tahupun ini bala drpd Allah SWT...kite sbg rakyat bile tgk pemimpin kite dah sedar, kite patutlah bersyukur.

Harap pak lah beristiqamah dlm hal nie.

Harap bukan majlis perayaan tahun baru saja yg tak dibenarkan, harap majlis2 maksiat yg lain yg bakal diadakan pd tahun depan dan tahun2 yg akan dtg jugak tidak dibenarkan sama skali.

Lagi satu, harap si pak lah nie nasihatkanlah isteri dia supaya pakai tudung, mintak isteri dia tarik balik perbuatan dia yg merasmikan promosi baju kebaya nyonya.

Sbbnye....kekadang bala dtg bukan sbb rakyat buat jahat, tapi pemimpin yg buat jahat...tambah kalau rakyat pulak yg ikut perbuatan jahat mereka nie...so...jgn sampai jadi macam ketam mengajar anak berjalan lurus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

jundullah81
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 331
Posting: 473
Dari: Bumi Allah Semuanya....

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 17:53




Alhamdulillah...

Semoga Allah terus memberikan hidayahNya kepada pemimpin negara.....

Semoga selepas ini Allah beri hidayah kepada Pak Lah untuk laksana SEMUA sistem Islam (Kehakiman, muamalat, sosial etc) pula di Malaysia

Wallahu a'lam



-----------------
HAPPY Moments----- PRAISE ALLAH
DIFFICULT Moments- SEEK ALLAH
QUIET Moments------ WORSHIP ALLAH
PAINFUL Moments--- TRUST ALLAH
EVERY Moment------- THANK ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For jundullah81Profil   Hantar PM kepada jundullah81   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 17:59


Semoga m'sia terus dilindungi Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 19:34


teruskan usahamu,semoga kita sentiasa mendapat keredhaan Allah swt...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 20:12


Henti segera program hiburan, maksiat

Oleh Salmah Mat Hussain

Quote:
KOTA BHARU, 28 Dis - Anggota Dewan Negara, Senator Siti Zailah Mohd Yusof meminta kerajaan Pusat menghentikan semua program berbentuk hiburan melampau dan maksiat yang dianjurkan mana-mana pihak, bagi mengelakkan berlaku bala lebih besar.



Katanya, tindakan itu juga amat wajar bagi menghormati keluarga mangsa 'tsunami' yang melanda lapan negara di rantau Asia termasuk Malaysia, Ahad lalu.
“Kita hendaklah menginsafi insiden tersebut merupakan suatu amaran keras dari Allah terhadap manusia yang sering melakukan kerosakan dan dosa di muka bumi ini,” katanya pada program solat sunat hajat anjuran Dewan Muslimat PAS Negeri, di sini, hari ini.

Lebih 400 muslimat menunaikan solat sunat hajat yang diimamkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri-isteri wakil rakyat dan anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS negeri.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan berkata, semua pihak hendaklah akur dengan cadangan itu bagi kebaikan semua terutamanya keluarga mangsa.

Quote:
"Amat tidak elok kita berseronok, berhibur sedangkan dalam masa yang sama negara diancam malapetaka besar sehingga mengorbankan puluhan nyawa. Saya juga berharap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi respon positif terhadap cadangan ikhlas tersebut," ujarnya.



Sementara itu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Hajah Kalthom Othman merakam ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terbabit dengan malapetaka tsunami.

Menurutnya, Dewan Muslimat amat bersimpati dengan nasib mereka yang kehilangan anggota keluarga ekoran kejadian malang tersebut.

"Memang berat mata memandang, bahu yang memikul lebih mengerti akan keperitan itu, tetapi bersabarlah kerana ia adalah ujian besar dari Allah untuk setiap hambaNya," ujarnya.

Ahad lalu lapan negara dunia, termasuk Malaysia telah dilanda ombak besar akibat gempa bumi di utara Sumatera sehingga mengorbankan lebih 23,000 nyawa. Negara-negara terbabit termasuk Malaysia, Indonesia, Sri Lanka, India, Thailand, Maldives, Myanmar, Somalia dan Bangladesh. - /mj





Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 20:17



Nampaknya sudah ada sedikit ciri-ciri seorang cucu kepada ulama. Cuma kalau boleh pak lah ubahlah isterinya, jangan jadi suami yang dayus untuk takut menegur isteri supaya menutup aurat.

Apapun, kita nantikan detik tahun baru masihi, semalam TV3 masih mengiklankan iklan pesta tahun baru tajaan Ambank group, dan kita harap malam itu tenang dan semua pesta maksiat dibatalkan. Semoga kata-kata Pak Lah dikotakan....ini harapan umat islam di malaysia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

nuraiman_khairunnissa
WARGA SETIA
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 23
Posting: 840
Dari: kluang

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 20:28




harap2 ni arahan yg berkekalan hingga ke akhirnya...

-----------------
Dendam tak marak menyala dan membakar,
oleh putih salju yang berguguran,
kerna dosa itu lebih hitam dan kelam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nuraiman_khairunnissaProfil   Hantar PM kepada nuraiman_khairunnissa   Quote dan BalasQuote

pena_sufi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3377
Posting: 372
Dari: bumi waqafan Allah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 21:50



begitu juga harapan ana

-----------------
Mahabbah Mawaddah Lil Ukhwah Fillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For pena_sufiProfil   Hantar PM kepada pena_sufi   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 21:56


Quote:

On 2004-12-29 17:59, Amrizal wrote:
Semoga m'sia terus dilindungi Allah...





na'am betul tuh ....semoga negara kita MALAYSIA dilindungi ALLAH insyaallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-12-04 23:26


insyaAllah.....

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

cucu
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10226
Posting: 226
Dari: Bumi Milik Allah

russia  


posticon Posting pada: 29-12-04 23:39



alhamdulillah... kesedaran beginilah yang kita mahu. harapnya selepas ini tak ada lagi keramaian benda2 yang tak berfaedah ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For cucuProfil   Hantar PM kepada cucu   Quote dan BalasQuote

aiesyah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.03.2004
Ahli No: 8019
Posting: 66

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 30-12-04 00:15


assalamualaikum
sesungguhnya apa yang tlh terjadi adalah hikmah di sebalik kekuasaan tuhan.

bala-satu peringatan
biljavascript: x()
a dah diberi peringatan baru manusia akan sedar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aiesyahProfil   Hantar PM kepada aiesyah   Pergi ke aiesyah's Website   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 30-12-04 01:54


jalan pembuka islam hadhari

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

harakah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.09.2003
Ahli No: 3833
Posting: 45

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-12-04 02:13


kita tunggu dan likat

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakahProfil   Hantar PM kepada harakah   Quote dan BalasQuote

harakah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.09.2003
Ahli No: 3833
Posting: 45

Terengganu  


posticon Posting pada: 30-12-04 02:16


kita tunggu dan lihat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For harakahProfil   Hantar PM kepada harakah   Quote dan BalasQuote

jannahassyahid
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.12.2004
Ahli No: 13242
Posting: 108
Dari: bumi Allah

Perak  


posticon Posting pada: 30-12-04 09:00


alhamdulillah,,,ana bersyukur sangat sbb dihentikan majlis-majlis maksiat sambutan tahun baru.Semoga kita semua sedar bahawa kejadian yg menimpa kita semua adalah petunjuk dan peringatan dari Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For jannahassyahidProfil   Hantar PM kepada jannahassyahid   Pergi ke jannahassyahid's Website   Quote dan BalasQuote

khausar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.10.2004
Ahli No: 11904
Posting: 69
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 30-12-04 09:09


Alhamdulilah..
itulah yang kita mahu..kesedaran pucuk kepiumpinan
kalau kita imbau kembali peristiwa Ribut Greek yang berlaku di sabah &sarawak dulu pun ada "something wrong"

Bookmark and Share

    


  Member Information For khausarProfil   Hantar PM kepada khausar   Quote dan BalasQuote

farhanna
WARGA SETIA
Menyertai: 11.12.2004
Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 30-12-04 09:45




Syukur la, setiap yang Allah turunkan pasti ada hikmah disebaliknya.


Berilah la petunjuk, pada orang yang memerlukan. Perkenalan untuk kita saling ingat-mengingati.

Bookmark and Share

    


  Member Information For farhannaProfil   Hantar PM kepada farhanna   Pergi ke farhanna's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 30-12-04 09:52





dah jadi baru sedar..baru ingat Allah..itulah sifat manusia..lepas ni lupa ..dan pesta pun bermula...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 30-12-04 09:57


setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian..

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

tembakul
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.09.2003
Ahli No: 3376
Posting: 60
Dari: death river

Johor  


posticon Posting pada: 30-12-04 10:04




dah ada bala menimpa baru nak sedar yang negara ni banyak maksiat..
tapi alhamdulillah sebab sedar jugak akhirnya daripada tak sedar langsung.. semoga Allah melindungi negara kita daripada bala yang seterusnya..

-----------------
-Mencari Keredhaan Allah Dalam Meniti Perjuangan-


Bookmark and Share

    


  Member Information For tembakulProfil   Hantar PM kepada tembakul   Pergi ke tembakul's Website   Quote dan BalasQuote

muslimah83
WARGA SETIA
Menyertai: 05.02.2004
Ahli No: 7015
Posting: 1001
Dari: Tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-12-04 17:47


........

alangkah bagusnya jika perkara nie diambil berat dari dulu lagi...betul kata pak lah tue maksiat yang menyebabkan bala Allah datang...seperti mana yang berlaku kat keningau sabah...hari tue...bencana tue terjadi time krismas..sekarang tue pun cam tue gak...mereka dah buat yang tak patut....


Ambillah Dunia untuk Badan kita & Ambillah akhirat untuk hati kita



Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah83Profil   Hantar PM kepada muslimah83   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 30-12-04 18:53


syukur2..harap2 keinsafan dan perubahan yg di buat oleh PM ni akan menjadikan masyarakat malaysia masyarakat yg tahu menikmati kenikmatan yg di limpah ruahkan oleh yang MAHA ESA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 30-12-04 20:23


semoge paklah m'bawe p'ubahan.
semoge para ahli keluarga mangsa tsunami sabar & menerima ketentuan Tuhan.
sekali kite lupe, sekali juga Dia mengingatkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

ibnzayyat
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11234
Posting: 64
Dari: Ateee Komee

Perak   avatar


posticon Posting pada: 30-12-04 23:07


itulah harapan dan doa rakyat malaysia...

agar..kata2 pakllah ini bukan untuk ketika iini...tetapi sampai kiamat bumi ini..insyallah..hukum allah akan tertegak..masyarakat akan memahami konsep kemuliaan islam yang inginkan kebersihan rohani dan jasmani..insyallah....

allahuakbar !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnzayyatProfil   Hantar PM kepada ibnzayyat   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 09:20



Mungkin ada hikmahnya kejadian tsunami ni. Mampu menyedarkan pemimpin2 negara. Ana rasa belum pernah dlm sejarah M'sia sambutan tahun baru masihi tiada pesta2 atau keraian2. Sebaliknya dipenuhi dgn solat hajat dan tahlil. Kan bagus tu Pak Lah kalau setiap tahun macam ni. Barulah tarik rahmat Allah.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 09:21


Bismillahir Rahmaa Nir Raheem

Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2004 Masehi. Kita terpaksa iktiraf kalender ini kerana ia sudah menjadi adat dunia. Tetapi sejak ahad lepas sehingga hari ini air mata masih mengalir setiap kali melihat berita tv. Begitu besar kesan tsunami keatas hati umi ini. Kalau nak kata umi gembeng (sikit-sikit menangis) katalah tetapi air mata mengalir dari hati yang sayu, sedih dan merasai akan kebesaran Allah SWT. Bayangkanlah ombak yang melanda pesisiran pantai bukan setakat menghempas dan menyusur macam peluru tetapi mengejar manusia. Jelas kelihatan fenomena ini di kaca tv sepertimana yang dirakamkan oleh pelancong di Sri Lanka dan juga di Pulau Pinang, Phuket dan tempat tempat peranginan lain.

Dulu bila baca bencana alam di kawasan lain dan bukan terkena negara kita hati ini sedih juga tetapi kali ini begitu terasa sekali kerana ia melanda negara sendiri. Allah izin umi tinggal di Johor namun bagi umi saudara seIslam di utara dan juga di mana-mana saja umpama cubit peha kanan terasa peha kiri. Begitulah sedihnya. Selain doa bantulah mereka yang dilanda bencana ini kerana ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
Ketika turun ayat: Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu (1), kaum muslimin merasa sangat sedih sekali, lalu Rasulullah saw. bersabda: Janganlah kamu sekalian terlalu bersedih dan tetaplah berbuat kebaikan karena dalam setiap musibah yang menimpa seorang muslim terdapat penghapusan dosa bahkan dalam bencana kecil yang menimpanya atau karena sebuah duri yang menusuknya. (HR MUslim)

(1) [Mafhum Surah AnNisaa : 123] (Pahala dari Allah) itu bukanlah menurut angan-anganmu yang kosong dan tidak (pula) menurut angan-angan Ahli Kitab. Barang siapa yang mengerjakan kejahatan, niscaya akan diberi pembalasan dengan kejahatan itu dan ia tidak mendapat pelindung dan tidak (pula) penolong baginya selain dari Allah.

Bila melihat di tv dan akhbar serta siber mayat bergelimpangan (dikatakan melebihi ratusan ribu) bagaimanakah akhirnya diri ini kelak?

Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra., ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Jika Allah menghendaki siksaan untuk suatu kaum, maka siksaan tersebut akan menimpa orang-orang yang ada di tengah-tengah mereka, kemudian mereka akan dibangkitkan sesuai dengan amalnya.(HR Muslim)

Kemudian bila diwawancara mereka yang tidak terlibat dengan kes tsunami (cendikiawan, sukarelawan, dermawan dan pelbagai wan lain) mereka kata peristiwa bersejarah ahad lalu telah membuatkan mereka untuk lebih menghargai orang yang tersayang disekeliling mereka seperti keluarga terdekat dan sebagainya. Ini diikuti dengan pembatalan semua perayaan menyambut awal tahun di seluruh negara menimbulkan pelbagai reaksi.

Bagi umi yang memang tidak setuju akan perayaan seumpama itu bersyukur sangat kerana dibatalkan. Hanya adakah setelah dikirim bencana dan musibah baru nak tengadah? Sepertimana negara jiran Thailand yang telah membatalkan sambutan awal tahun lebih dahulu dari Malaysia adalah disebabkan kematian cucu Raja Bumiphol di Phuket dan istihar berkabung.

Umi harap kita yang tidak terlibat secara langsung dengan peristiwa tersebut hendaklah sentiasa waspada dengan 'hantaran' dari Allah SWT bila-bila masa saja. Maka kisah orang yang sedang solat tidak dilanda ombak walau di persisiran pantai jelas menunjukkan betapa kebesaran Illahi. Allahu Akbar walillahil hamd. Semoga Labaikallahumma laka labaik akan datang ini lebih dihayati oleh umat Islam seluruh dunia.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq
ps - kenapa OIC senyap saja ya berkaitan dengan tsunami ini?



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

putrakedah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 810
Posting: 68
Dari: kedah

syria  


posticon Posting pada: 31-12-04 09:46


,Peristiwa yang berlaku baru-baru ini amat memilukan.Inilah antara ujian Allah terhadap hamaba-hambaNya dan inilah juga tanda kasih dan sayangNya.Bagi mereka yang mengalaminya dirasakan begitu besar dugaannya.Marilah sahabat2 sekelian sinarkan dan buktikan ukhwah sebenar.bantulah semampu mungkin.Usah sekadar mencoretkan kata2.Inilah saudara-saudara kita...wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For putrakedahProfil   Hantar PM kepada putrakedah   Quote dan BalasQuote

alia83
Warga Rasmi
Menyertai: 08.12.2003
Ahli No: 5537
Posting: 1
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 31-12-04 10:33


assalamualaikum..
hmm..baguslah kalau pemimpin kita dah sedar bahawa bencana ni adalah bala dari ALLAH TAALA..semuanya berpunca dari maksiat dan kejahatan yang bermaharajalela kat m'sia ni..bagus lah kalau smbutan tahun baru dibatalkan..semoga PM kita akan terus diberi hidayah olehNya..AMEEN...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alia83Profil   Hantar PM kepada alia83   Quote dan BalasQuote

teman_siber
WARGA SETIA
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1493
Posting: 644
Dari: Kuala Lumpur

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 10:35


kita doakan agar pemimpin kita istiqamah untuk tidak mengadakan sambutan tahun baru pada masa-masa akan datang... mungkin ini langkah pertama sebelum pangharaman konsert hiburan melapau yang lain... insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For teman_siberProfil   Hantar PM kepada teman_siber   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 11:10


insyaallah.. smpi bila2 pun klu boleh jgn ada lg majlis2 yg maksiat.. kan bagus klu buat majlis2 ilmu selalu.. mjls2 zikir yg dpt mengingatkan kita pd Allah..

PAK LAH dah ok.. harap2 pemimpin yg lain pun jgn pulak 'ko'.. nnt semua pun ikut 'ko' jugak.. bukannya apa.. kdg2 tu, org yg kat atas dah betul.. tp org yg kat bwh tu yg degil x mau ikut.. yg bwh tu buat kepala masing.. tu yg kat atas yg kena dulu tu..

apa pun, sama2la kita berdoa moga2 mereka yg menjadi mangsa kejadian tu Allah tmptkn di tempat yg baik2.. INSYA-ALLAH.. amin..



Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 11:52




alhamdulillah.... banyak juga yg menghulurkan bantuan.... Ana turut bersedih dan takziah kepada semua keluarga mangsa.... Ini adalah amaran dari Allah. Kitela patut menginsafinye.... Juahi dunia maksiat.... Semoga Malaysia menjadi negara Islam yg terunggul dan jauh dr dunia yg kepura-puraan dari noda dan dosa.... Bagus juga pemimpin kite kerna tidak mengadakan sebarang perayaan Tahun Baru.... harap2 pemimpin yg menegakkan ajaran agama Allah....

hapukan Maksiat.... Allahu akbar

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 31-12-04 12:09


assalamualaikum...
Ana terpanggil juga untuk bagi komen kat sini...sesungguhnya apa yang berlaku merupakan tanda kekuasaan Allah.Bagi orang- orang yang beriman ia merupakan satu ujian.Dan...Bagi yang kufur ia merupakan bala dan balasan dari Allah...
Jadi, ana menyeru kepada seluruh warga ukhuwah ingatlah bahawa kita pun tak akan terlepas dari ujian Allah...Berhati- hati dengan pergaulan antara muslimin dan muslimat...Kadang- kadang kita ingat apa yang kita lakukan Allah redha...tapi, sebenarnya ia adalah bisikan syaitan yang memang tak lepas mencari peluang sesatkan kita...Ana risau tengok gambar- gambar sahabat kita kat ukhwah.Kawal peribadi...Ingat kita orang Islam yang ada batas dalam segala hal.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 12:23


mmm...

majlis fatwa melalui pengerusinya datuk ismail ibrahim menyatakan sesuatu kejadian tu tak semestinya bala drpd ALLAH.
buletin utama tv3.

mmmm...
leh komen sket tak..
sebab ana rasa ini adalah komen balas terhadap komen terdahulu drpd nik aziz.
yg menyatakan tragedi yg besar yg berlaku itu adalah balasan ALLAH terhadap kejahatan manusia.
komen la sket...

p/s..nak menambahkan polemik je...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 16:25


Quote:

On 2004-12-31 12:23, Firdaus_Azimi wrote:
mmm...

majlis fatwa melalui pengerusinya datuk ismail ibrahim menyatakan sesuatu kejadian tu tak semestinya bala drpd ALLAH.
buletin utama tv3.

mmmm...
leh komen sket tak..
sebab ana rasa ini adalah komen balas terhadap komen terdahulu drpd nik aziz.
yg menyatakan tragedi yg besar yg berlaku itu adalah balasan ALLAH terhadap kejahatan manusia.
komen la sket...

p/s..nak menambahkan polemik je...


Apa yg dikatakan bala/ujian/malapetaka bukanlah isunya. Yg penting adalah sejauh mana ketaqwaan kita kpd Allah swt. Itu yg lebih utama. Patuhilah segala suruhanNya mengikut cara Baginda Nabi SAW.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 31-12-04 17:54


Pasal bencana, adakah ianya bala atau tidak. Kalau tak bala pun, ianya just ujian...

Walau mcm mana pun, try tgk satu artikel yg mamat ni tulis kat utusan:


Bukan hukuman, hanya aktiviti alam
Oleh ABdul Rahman Abdul Rahim


Sebahagian daripada umat Islam gemar membuat kesimpulan hanya semata-mata berdasarkan prasangka yang tidak benar dan tidak adil.

Apabila berlaku tsunami yang mengorbankan banyak jiwa dengan segera golongan ini menyatakan bahawa kejadian itu adalah tanda Tuhan murka kerana banyak maksiat dilakukan oleh manusia.

Siapakah mereka yang layak untuk membuat penilaian bahawa kejadian dahsyat itu adalah kerana Tuhan murka?

Sedangkan mereka hanya manusia dan bukannya nabi yang mempunyai hubungan komunikasi dengan Tuhan. Tambahan pula adakah benar bahawa Tuhan menjadikan bencana alam sebagai hukuman kepada kesalahan manusia?

Dalam al-Quran diperturunkan banyak kisah-kisah di mana bencana diturunkan Allah s.w.t. kepada umat yang melanggar perintah-Nya. Tetapi amaran itu dinyatakan dengan jelas kepada nabi pada zaman itu, umpamanya Nabi Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s. Amaran telah diberikan tetapi umat mereka membantah dan bencana turun sebagai menghukum mereka.

Amaran dan hukuman itu khusus kepada zaman dan umat nabi-nabi itu. Al-Quran menjadikan kisah itu sebagai peringatan dan teladan kepada manusia.

Tetapi tidaklah perkara itu bermakna bencana-bencana yang berlaku pada zaman ini iaitu selepas era nabi-nabi itu sebagai hukuman daripada Tuhan. Kisah-kisah itu merupakan peringatan dan teladan semata-mata dan bukannya merupakan fakta umum yang hendak digunakan untuk semua bencana zaman ini.

Dalam zaman ini, tidak ada nabi yang mempunyai komunikasi langsung dengan Tuhan. Maka tidak ada amaran secara khusus daripada Allah s.w.t. Sememangnya manusia hari ini banyak membuat kemungkaran. Tetapi bukan saja pada zaman ini, malah sejak manusia wujud. Pada waktu yang sama banyak manusia juga melakukan kebaikan.

Memanglah terdapat perbuatan maksiat di tempat peranginan seperti Phuket dan Pulau Pinang. Tetapi kebanyakan orang umumnya hanyalah pelancong yang berehat, bersantai dan bercuti bersama keluarga.

Tambahan pula kebanyakan mangsa tsunami adalah orang Islam khususnya di Acheh.

Malah Acheh yang dikenali sebagai Serambi Mekah Indonesia adalah sebuah wilayah yang secara umumnya kuat pegangan agama mereka. Di situlah sering berkumandang azan dan bacaan al-Quran.

Bukan itu saja, mereka juga terdiri daripada orang susah, miskin dan dari satu segi tertindas hingga menyebabkan ada antara mereka memberontak melalui gerakan pemisah Gerakan Acheh Merdeka (GAM).

Ketika tsunami datang, mangsa yang terkorban umumnya sedang menjalankan urusan harian mereka di pasar dan kedai di Banda Acheh.

Mereka tidak layak untuk dikenakan penderitaan ini jika bencana itu hendak dianggap sebagai hukuman.

Hakikatnya ialah tsunami ini hanyalah fenomena alam dan kejadiannya bukan salah manusia. Ia juga tidak terhasil daripada sebarang pencemaran atau kerosakan yang dilakukan manusia.

* E-mel: [email protected]


So, bleh komen yg ni plak camner?

Dekat masjid tadi ada satu artikel dlm BI yg menyatakan bahawa bencana ini berpunca drpd hasil tgn2 manusia, dan org yg kuar kenyataan ni adalah org bukan Islam dr Perancis. Takde le plak artikel tu, bleh buat comparison ngan hamba Allah sorang tu tulis...


Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



[ Posting ini telah di edit oleh: MeowHidayah pada 2004-12-31 18:00 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: MeowHidayah pada 2004-12-31 18:02 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1308
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-01-05 23:50




kita sebenarnya lebih mengharapkan kesedaran dan perubahan dari seseorag itu dari kita menentangnya atau menumbangkannya. harap2 macam tu la.



-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141121 saat. Lajunya....