Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: shanejohnson
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43101

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 55
Ahli: 0
Jumlah: 55




  Yang Masuk Ke Sini
shanejohnson: 10 jam, 51 minit yang lalu
wadud: 5 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 22 hari yang lalu
muslimin23: 24 hari yang lalu
kasih_kekasih: 28 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: tol ooo tol naik saja ka..turun tada ka???


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» tol ooo tol naik saja ka..turun tada ka???

Please Mendaftar To Post


Oleh tol ooo tol naik saja ka..turun tada ka???

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 21:31


Tol tetap naik: Samy
Keputusan Kabinet isu Lebuh Raya Utara-Selatan
Oleh Jamiah Shukri dan Magendran Rajagopal


KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol 10 peratus di Lebuh Raya Utara-Selatan tetap berkuat kuasa mulai 1 Januari ini, kata Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu.



“Tol Lebuh Raya Utara-Selatan akan dinaikkan mulai 12.01 pagi 1 Januari. Ia akan diteruskan seperti dirancang. Ini dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet semalam,” katanya.

Beliau berkata, cadangan kenaikan tol itu setimpal dengan penambahan kos penyenggaraan dan operasi semasa dan bukan dilakukan sewenang-wenangnya demi keuntungan.

Katanya, kerajaan tidak boleh menampung kos pampasan RM154 juta setahun kepada pemegang konsesi jika tol tidak dinaikkan.

"Perkara ini sudah dibawa kepada Kabinet, kelmarin bagi mengambil kira sebarang kemungkinan dan Jemaah Menteri memutuskan kenaikan tol tetap berkuat kuasa mulai 1 Januari 2005.

"Jika kita hentikan kutipan tol, kerajaan akan dibebani bayaran RM38 bilion untuk tempoh 33 tahun akan datang sedangkan wang ini lebih baik dimanfaatkan untuk rakyat menerusi projek infrastruktur lain.

"Apabila kerajaan tidak menaikkan tol dan membayar pampasan, rakyat masih rugi kerana wang yang digunakan adalah hasil kutipan cukai pendapatan, yakni wang rakyat sendiri," katanya di sini, semalam.

Isnin lalu ketika sidang Dewan Rakyat, beberapa Ahli Parlimen membantah langkah kerajaan membenarkan kenaikan kadar tol Lebuh Raya Utara-Selatan seperti termaktub dalam perjanjian konsesi.

Sehubungan itu, Samy Vellu berjanji untuk membawa rungutan berkenaan ke Kabinet kelmarin yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, walaupun kenaikan tol sukar diterima umum, langkah itu perlu dilakukan jika semua pihak mahu terus menikmati kemudahan sedia ada.

Samy Vellu berkata rakyat, terutama Ahli Parlimen, harus lebih rasional dan faham kerajaan tidak boleh terus memberi subsidi bagi mengekang kenaikan tol.

Katanya, bebanan itu bukan saja terlalu besar, malah boleh membantutkan pembangunan infrastruktur negara kerana menjejaskan peruntukan sedia ada bagi kesejahteraan rakyat.

Katanya, kerajaan kini menanggung bayaran subsidi tahunan kepada empat pemegang konsesi lebuh raya kerana tidak membenarkan syarikat berkenaan menaikkan kadar tol mengikut perjanjian.

Difahamkan, kerajaan kini membayar RM50 juta kepada pemegang konsesi Lebuh Raya Kesas, Lebuh Raya Damansara Puchong (RM60 juta), Prolintas (RM290 juta) dan RM70 juta kepada Lebuhraya Sprint.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

insaf
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.07.2004
Ahli No: 9787
Posting: 122
Dari: Bumi Allah

Kedah  


posticon Posting pada: 17-12-04 22:02


biasa ler....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insafProfil   Hantar PM kepada insaf   Quote dan BalasQuote

sutera_kasih85
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari: ~~SoMewHerE~~

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 23:15



ana rase lah kan.. sbb nama tol tu kot punca kenaikan tol.... PLUS he he he ye tak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sutera_kasih85Profil   Hantar PM kepada sutera_kasih85   Pergi ke sutera_kasih85's Website   Quote dan BalasQuote

itifa2
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11138
Posting: 80
Dari: johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 23:20


uwaaaaaaaaaauwaaaaaaaaa......susah nk balik kampung....tiket bas pun naikkkkkk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For itifa2Profil   Hantar PM kepada itifa2   Pergi ke itifa2's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-12-04 23:43


x aci betul...mula2 minyak, lepas tu, tol, lepas tu barang2..

-----------------
Mencari Keredhaan Ilahi
Merasa ketenangan Hakiki
Mencuit rasa Rendah Diri
Ya Rabbul Izzati

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 18-12-04 01:51




teringat lagu lama dendangan Poe...

Ayoyo Samy...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 18-12-04 07:47





Manusia hanya mementingkan keuntungan...tanpa memikir kesusahan orang lain...cekek darah !!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 08:22


apa benda tu....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 10:51


....

Sesuai dengan slogan..."BN"..(Barang Naik)..takper tahun 2008 nanti pangkah lagi yeh!...lain tarak turun...hujan ada turunlah!...!

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 14:05


Quote:
ana rase lah kan.. sbb nama tol tu kot punca kenaikan tol.... PLUS... he he he ye tak...



betul le tuh... nama pon PLUS... asyik menambah, menaik... tak kurang2 n tak turun2... hehehe....

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

Putra_Aiman
WARGA SETIA
Menyertai: 13.11.2003
Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani

Kedah  


posticon Posting pada: 18-12-04 17:12


PLUS adalah company yg berasaskan keuntungan...so tak kisah laa kalau kadar tok nak naik...sapa suruh guna highway...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Putra_AimanProfil   Hantar PM kepada Putra_Aiman   Pergi ke Putra_Aiman's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 20-12-04 00:30




meh kita pakat ramai-ramai nyanyi lagu 'Ayoyo Samy'...hehehe...

apo nak buek...hiway keperluan semua....

tak dapek nak tolong doooo....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

tumpang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.04.2004
Ahli No: 8503
Posting: 224
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-12-04 11:00


1) TOL nak naik.. tapi kuali jln masih tidak memuaskan.. tahap keselamatan.. kadar kesesakan.. dll... tak sejajar dgn kenaikan tol... pengguna yg kena tanggung beban..

2) minyak naik harga..
3) ayam pun...
4) tambang bas pun naik.. kualiti mcm hampeh..
5)AIR pun naik harga?? mentang2 laa org mmg takleh nak elak dari guna air.. depa nak amik kesempatan... tahap kualiti air??? hampeh.. masalah bekalan air?? asyik tak cukup jerrr...

6) harga barang2 pun byk dah naik...
7) TNB pun nak naikkan kadar??? ape nii.. sume nak naik...
tambang feri?? sama jugak...
9) rokok?? lantak laaa nak naik harga pun.. sbb mmg tak hisap... bg yg hisap.. rokok mahal mcm mana pun diorang tak leh tak hisap.. dah tu sapa yg untung??

10) kadar jenayah.. maksiat.. pun naik jugak.. sejajar dgn kenaikan harga brg diatas?? ada kaitan ke??
11) kadar rasuah... di tahap yg 'membanggakan'..

uishhh.. banyak dah tuu.. udah2 laa ehh??

Bookmark and Share

    


  Member Information For tumpangProfil   Hantar PM kepada tumpang   Pergi ke tumpang's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 20-12-04 11:24




bersabar je..lah..tengok PM kita kata apa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 21-12-04 10:20


walaupun pahit terpaksa ditelan jua... ape boleh buat... yg kaya terus kaya... yg sederhana cam kite dok pi tengok je lah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

nurilanwar
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.08.2003
Ahli No: 3035
Posting: 54

Perak  


posticon Posting pada: 21-12-04 10:26


satu lagi bukti projek kerajaan yang tidak prihatin rakyat

melebih2kan kronisme & kapitalisme berbanding kepentingan rakyat terbanyak

apa tindakan anda ???




Bookmark and Share

    


  Member Information For nurilanwarProfil   Hantar PM kepada nurilanwar   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-12-04 12:12


Dedah butir konsesi PLUS, memo PAS kepada Samy Vellu

Tuesday, December 21 @ 17:05:04 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 21 Dis (Hrkh) - Rakyat menuntut kerajaan mendedahkan butir-butir perjanjian antara kerajaan dengan pemegang konsesi PLUS termasuk juga jumlah kutipan tol daripada orang ramai dari mula operasi hingga kini.

Baru-baru ini Menteri Kerjaraya Dato' Seri S Samy Vellu telah mengumumkan kenaikkan harga tol sebanyak 10 peratus di Dewan Rakyat.







Pengumuman itu disifatkan satu 'malapetaka' kepada rakyat dan menjadi satu bebanan besar kepada rakyat selepas baru sahaja menerima kenaikkan harga minyak.

Pengerusi Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat (LPAS) Mahfuz Omar hari ini menghantar memorandum kepada Samy Vellu untuk menyatakan bantahan kenaikkan tol.

Selain menuntut kerjaan mendedahkan butiran perjanjian, PAS juga menuntut agar kerajaan memberi penjelasan kepada rakyat sama ada kerajaan bersedia mengkaji semula perjanjian konsesi tol tersebut yang jelas tidak adil dan membebankan rakyat setelah PLUS menjadi syarikat Goverment Link Company (GLC).

Mahfuz juga meminta kerajaan memberi penjelasan tentang perbandingan jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuh raya Utara Selatan semenjak perjanjian konsesi dibuat sehingga kini.

"Bukan soal tol sahaja yang perlu difikirkan. Yang lebih besar ialah kesan domino kenaikkan tol dan minyak ini. Harga atau bayaran pengangkutan akan naik, seterusnya meningkatkan barangan dan akhirnya membawa kepada inflasi," katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan kenyataan kerajaan bahawa jika tiada kenaikkan tol lebuh raya Utara Selatan akan menjadi beban lebih besar kepada kerajaan.

Katanya kerajaan perlu membayar RM38 bilion dalam bentuk ganti rugi kepada PLUS dalam tempoh 33 tahun adalah tidak munasabah yang sepatutnya RM 5 bilion sahaja kerana kerajaan terpaksa membayar PLUS RM154 juta setahun.

Beliau berkata, akhirnya, adalah tidak adil hanya menyalahkan peniaga, pengusaha teksi dan bas serta rakyat bawahan kerana menaikkan bayaran perkhidmatan atau harga barangan disebabkan kenaikkan tol dan harga minyak.

"Kerana mereka juga perlu memikirkan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung oleh syarikat mereka," jelas beliau dalam sidang media itu.

Sementara itu, wartawan Harakahdaily dan beberapa wartawan lain tidak dibenarkan masuk walaupun dilobi bangunan Kementerian Kerjaya, dan mereka diarahkan supaya tunggu di pintu masuk kementerian itu iaitu berhampiran pondok keselamatan.

Bagaimanapun sidang akhbar diadakan diluar pagar kementerian itu oleh Mahfuz sebaik sahaja menghantar memo. Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Samy vellu iaitu N. Selathurai a/l Nadeson. - zs

sumber Harakahdaily.net

p/s...kenaikan..itu bukankah sinonim dgn PakLah..
nampak sangat pemerintah tdk punya wang skang ni...




Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-12-04 18:56


nak buek mcm mano dah...PM tak ambil kisah pun??mcm mana ni PM??takkan tak nak dengar rintihan rakyat2 mu ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 23-12-04 21:26






Perjanjian dah macam tu nam buat cam mana....

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 10:38




alaahai, dah tak leh buat ape-ape lagi dah ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 12:23


kalau dah nama syarikat highway tu pun PLUS, tol pun plus plus lah......... bijak! bijak!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-12-04 15:09


Sape yg bijak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-12-04 16:57


memang susah bila banyak benda dah naik, tapi nak buat macam mana kita nak keselesaan kena lah bayar. zaman ni kan semua kena bayar masuk toilet pun kena bayar. Tapi dari satu segi tak patutlah, klu ikut penjanjian asal tol dinaikkan 5 tahun sekali telah dipinda kepada 3tahun. kualiti highway pun pun kurang memuaskan, dan kadar kenaikan tlalu tinggi. pangkah lah mana2 pun akan datang benda macam ni memang tak dapat dielakkan. klu tak bayar tol mana nak dapat duit utk maintance dan macam lagi.............................

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-12-04 01:26


heemmmmm

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131291 saat. Lajunya....