Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 13-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 65
Ahli: 0
Jumlah: 65




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 1 hari, 20 jam, 10 minit yang lalu
lidah-penghunus: 5 hari yang lalu
muslimiman: 20 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 21 hari yang lalu
nur_tinta: 27 hari yang lalu


Pengumuman Aktiviti
Topik: :::: JK Aidilfitri 1425 ::::


Carian Forum

Moderator: Administrator, limah, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengumuman Aktiviti
    »» :::: JK Aidilfitri 1425 ::::

Please Mendaftar To Post


Oleh :::: JK Aidilfitri 1425 ::::

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 15:36


TOPIC : JK AIDILFITRI 1425H - VERSION 2

JK AIDILFITRI 1425 HIJRAH

Dengan kerjasama :
Hanan Network
Portal Ukhwah–www.ukhwah.com
Portal Muslimah–www.hanan.com.my

Dan
Asrama Penyayang
Pertubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin,
Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor

Pada 12 Disember 2004 @ 29 Syawal 1425 Hijrah di Dewan Masjid Hikmah (bersebelahan dengan UIA PJ)

Buat kali kedua JK (Jejak Kasih) Aidilfitri akan diadakan secara besar– besaran. Pada tahun ini 2005 (1425H) Program anjuran Portal Ukhwah, Portal Muslimah ini akan diadakan bersama anak–anak dari Asrama Penyayang Kuala Langat. Seperti tahun lepas, program tahun ini akan diadakan di Dewan Hikmah, Masjid UIA, Petaling Jaya, Selangor.

Objektif utama JK Aidilfitri ini diadakan bertujuan untuk menabur bakti, mengeratkan kasih sayang bersama anak yatim, memupuk silaturrahim disamping meraikan anak–anak yatim dan miskin sempena bulan yang mulia ini.

Antara objektif lain program ini ialah :
- Juga meraikan ahli komuniti yang lahir pada bulan Syawal (ahli Kelab Syawal) serta yang lahir bulan November.
- Menjadi perintis kepada portal Islamik yang lain untuk mengadakan program amal sedemikian.
- Melancarkan kutipan derma atau sumbangan dalam usaha memberi bantuan kepada ahli-ahli dan masyarakat yang memerlukan.
- Mewujudkan konsep masyarakat yang penyayang.

Tentatif program JK Aidilfitri 1425 Hijrah

rogram dijangka bermula 9.00 pg - 4.00 ptg. Segala pindaan tertakluk pada keadaan tertentu.

- Jemputan peserta–peserta Portal Ukhwah dan Portal Muslimah
- Jemputan anak–anak yatim dari Asrama Penyayang, Pertubuhan Rumah Anak Yatim / Miskin, Banting, Selangor
- Perasmian JK Aidilfitri 1425 Hijrah
- Ucapan alu–aluan dari Presiden Ukhwah
- Ucapan alu–aluan dari Pengarah JK Aidilfitri 1425 H
- Bacaan Doa Selamat
- Sessi taaruf
- Menjamu selera
- Acara I- sessi tukar kad raya
- Acara II–mencari harta karun
- Acara III–kerusi berirama
- Penyampaian hadiah
- Solat Zohor berjemaah
- Tazkirah
- Sambutan hari lahir untuk JK Syawal, Novemberian & Disemeberian
- Acara IV–cabutan Bertuah
- Acara V - menganyam ketupat
- Persembahan Artis Nasyid
- Penyampaian hadiah
- Minum petang
- Sessi bergambar
- Bersurai

Sesiapa yang berminat, sila berikan nama anda disini..

Sila bawa semasa pendaftaran
a) wang tunai RM 10.00
b) pen (tak kira apa warna)

Kepada yang lahir pada bulan Syawal, bulan November dan Disember, harap dapat hadir untuk meraikan hari lahir anda..
Setakat ini kita kan menerima kehadiran :

Jemputan :

1. Warga Penggerak JK Aidilfitri
2. VIP ( MT Ukhwah & Muslimah, Hanan Network )
3. Adik-adik Asrama Penyayang, Banting Kuala Langat
4. Artis Nasyid : Devosi, Dehearty, Vocs, & Putera-Puteri Penyayang
5. Sahabat / Sahabiah ( mengikut senarai nama yg berdaftar )

Maka marilah sama-sama meraikannya dan kita ada lagi JK yang sama. Boleh semak di Muka Utama/Depan.


Senarai peserta tidak termasuk Ajk Pelaksana.
Hanya nama peserta dipaparkan. Sekian dimaklumkan.
senarai terkini :

VIP:

1. Kang
2. Hanan

Senarai Muslimin

1. ibnukhaldun04
2. izdham
3. ibnuyahya
4. gimmiescript
5. kasihmu-amanahku
6. lidah_penghunus
7. muslimin23
8. permata_kirana
9. relajihad
10. aliflamra
11. Hafiz_Qiee
12. suhaimi_sr & keluarga ( 4 org )
13. aeman_farisi
14. fariz
15. saifullah_walmaslul
16. sunan_faqih
17. khairizah
18.


Senarai Muslimat

1. nur_indah
2. NaZa_FirmaN
3. Mardianatul_HaNNaN
4. HeArtBroKenkiD
5. selembut_salju
6. indah_hati84
7. nudrasyafini
8. INSPIRASI_HATI
9. wida_widi
10. afiza_ahmad
11. wardatullah
12. shamsteen03
13. hadaalia
14. umimujahid
15. khaulah_alazwar
16. lidya_haryati
17. Dla (portal muslimah)
18. safinatun_najah
19. RuMaishaaa
20. Ummuhurairah
21. a3matrix88
22. murnirah
23. aina_salsabila
24. syifa_aida
25. ac


Perhatian !!!! Makluman satu lagi : Yg tidak tahu ke destinasi utama ( Dewan UIA-PJ ) bolehlah menunggu di KL Sentral dimana ada wakil akan tunggu untuk mengiring antum nanti. Wassalam.

Waktu : 8.00 pagi
Tempat : Di hadapan Macdonald`s, KL Sentral



Nota : Topik lama terlalu panjang. Segala perbincangan akan ditukar di sini. Harap Maklum.




-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

[ Posting ini telah di edit oleh: Prof_Muslim pada 2004-12-11 11:14 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 16:11


Happy posting !
Tq prof for da info...

Tinggal 2 hari je lagi!


Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 10-12-04 16:24


konfius ni macam mana ada acara tukar kad raya, takde plak info kena bawak kad ray macam jk aidilfitri tahun lepas...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

gimmiescript
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.08.2003
Ahli No: 3198
Posting: 205
Dari: Hokkaido

japan  


posticon Posting pada: 10-12-04 17:17


haaa kan senang kasi time bermula nya dan berakhir nya majlis JK adilfitri tue ihiks insya-Allah.. saya datang nanti.. tungguuuuuu



Bookmark and Share

    


  Member Information For gimmiescriptProfil   Hantar PM kepada gimmiescript   Pergi ke gimmiescript's Website   Quote dan BalasQuote

rhazes
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 126
Posting: 152
Dari: negeri aman rakyat beriman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 18:54


akum...
mm..jgn lupe noo..tinggal kire2 38 jam lagi sblum bermulanya .....
jgn lupe dtg...insyaallah yg terbaik untuk antum sume!!




Quote:

On 2004-12-10 16:24, izdham wrote:
konfius ni macam mana ada acara tukar kad raya, takde plak info kena bawak kad ray macam jk aidilfitri tahun lepas...

-----------------
THIS PATH MAY BE DIFFICULT
BUT THE DESTINATION IS CERTAIN




KAD RAYE DISEDIAKAN PIHAK PENGANJUR,TAK PERLU MEMBAWA APE2 KECUALI PEN,DIRI ANTUM DAN INSYAALLAH DGN NIAT YG BAIK.....



[ Posting ini telah di edit oleh: rhazes pada 2004-12-10 18:56 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For rhazesProfil   Hantar PM kepada rhazes   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 19:02


eh.. ana nak tanya... kalau ana lewat sket tak pa ka?.. sbb pagi 2 ada kenduri kat rumah... insyaAllah tengahari baru habis... boleh ke lewat?

-----------------
http://www.sani.my

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 21:32




Kad raya akan disediakan.jangan risau.Tak payah nak bawak kad mcm tahun lepas tu

Kepada sapa yang ada program lain....takpe,dah ada niat nak datang tu...datang aje...pintu masjid sentiasa terbuka

p/s : jangan lupa pakai baju raya no....

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 22:09


Jumaat: Yang dari jauh dah mula sampai di KL. Afiza_Ahmad dari Ipoh dah sampai tengahari tadi untuk menghadiri acara tahunan ini. Lepas tu malam ini bersama Presiden Hanan, Hanisah (adik Presiden), Wida, Muttaqin, bertolak ke UKM untuk mengadirkan diri memberi sokongan kepada Ukhwah-UKM menjayakan Konsert Manis.

Debaran kian memuncak!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 10-12-04 22:10



tak tau kenapa rasa macam exited je nak gi JK ahad ni..

neway, afwan kpd anyone yg incharge of the tag nama etc, coz ukhti safinatun_najah tak dpt attend JK atas sbb² peribadi yg tak boleh dielakkan.

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 22:23


Kang : Jangan lupa tag abang isnin nooo....lama aih tak jumpak... mai awai sikit ok @!

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 22:29


kita pun nak join gak + kawan kita sekali...
tapikan,....
rasanya tak boleh ikut sampai abis kot...
coz petang tue ada hal...
tapi InsyaALLAH.....
kita akan datang........
agak-agak boleh tak.....?


Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

ac
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.09.2004
Ahli No: 11304
Posting: 27
Dari: teranu

Terengganu  


posticon Posting pada: 11-12-04 10:08



sy dah tak leh join ker..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For acProfil   Hantar PM kepada ac   Pergi ke ac's Website   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 10:29


.


saya bagi pihak rumah penyayang ingin memohon ribuan ampun dan maaf. disaat-saat akhir kami masih lagi tidak dapat memastikan kehadiran anak-anak rumah penyayang ke JK Aidilfitri ni. terdapat pelbagai masalah. bukan sahaja jemputan dari ukhwah, tapi IPT lain, syarikat korporat lain juga terpaksa ditolak. sekali lagi memohon ampun dan maaf.

insyaallah saya kana hadir esok. sedikit permintaan pertolongan dari saya, sesiapa yang tahu bagaimana cara hendak kesana menggunakan kenderaan awam. kereta saya breakdown la...



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 11:07


Quote:

On 2004-12-11 10:08, ac wrote:

sy dah tak leh join ker..?





Boleh...dtg jer...
so kalau betul nak dtg..Prof akan listkan ajer...


-----------------


::> Produk Halal Tanggungjawab Bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 12:01


Quote:

On 2004-12-11 10:29, khairoo84 wrote:
.


saya bagi pihak rumah penyayang ingin memohon ribuan ampun dan maaf. disaat-saat akhir kami masih lagi tidak dapat memastikan kehadiran anak-anak rumah penyayang ke JK Aidilfitri ni. terdapat pelbagai masalah. bukan sahaja jemputan dari ukhwah, tapi IPT lain, syarikat korporat lain juga terpaksa ditolak. sekali lagi memohon ampun dan maaf.

insyaallah saya kana hadir esok. sedikit permintaan pertolongan dari saya, sesiapa yang tahu bagaimana cara hendak kesana menggunakan kenderaan awam. kereta saya breakdown la...




Masalahnya perkara ini dah dirancang hampir sebulan dan tinggal esok saja lagi barulah nak beritahu tak boleh datang. Persiapan dan disusun dengan rapi tiba-tiba tinggal beberapa jam saja lagi beritahu tak boleh hadir. Surat pengesahan dah diminta dekat 2 minggu tapi senyap saja. Tak profesional!!

Kalau cakap lebih awal kan boleh cari alternatif lain. Bukan satu saja rumah anak yatim kat Lembah Klang ini. Atau tak payah langsung program bersama anak yatim. Soalnya tinggal beberapa jam lagi.....

Yang peliknya, program lain boleh datang diusahakan apa cara sekalipun. Program ukhwah.com kenapa banyak dolak dalih?

Kesimpulannya memang nak mintak ukhwah.com jemput dan hantar ke? Maknanya bukan kerjasama lah kalau gitu. Itu maknanya jemputan khusus.

Soalnya tinggal beberapa jam baru sebut pasal kemungkinan tak jadi. Tak profesional langsung!!!

Prof_Muslim... lupakanlah pasal anak yatim, kita teruskan macam program tahun lepas.

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 12:17



Jumpa semua esok. Nak tengok juga warga ukhwah mana yang komited untuk hadir. Sama2 kita memeriahkan program tahunan kita. Tahniah dah selamat maju jaya buat semua penggerak yang menjayakan JK AidilFitri.

Kerbau dipegang pada tali Manusia dipegang pada janji...

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 11-12-04 12:52




jumpa esok disana.......bersama-sama kita menjayakan JK Aidilfitri 1425 ni yer....mudah-mudahan majlis ini di berkati dan di rahmati Allah s.w.t.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

Pu3Dla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2004
Ahli No: 8977
Posting: 76
Dari: Johor ke N9

Johor  


posticon Posting pada: 11-12-04 14:29




tempat tunggunyer kat ibukota ukhwah.com je k...
kat CM takde...

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Pu3DlaProfil   Hantar PM kepada Pu3Dla   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 14:32


Quote:

On 2004-12-11 14:29, Pu3Dla wrote:


tempat tunggunyer kat ibukota ukhwah.com je k...
kat CM takde...

wassalam



Tuan Puteri, dari CM boleh naik LRT terus ke KL Central. Jumpa di sana ye kak Dla..

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 14:44




insyaAllah, jumpa di KL central

-----------------
Programming notes esp. PHP
Web Zaujah (muslimah_johor)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 20:29



salam dr kejauhan... aiyaa.. rase sebak di hati..
x dpt nk join jk UIA.. ade klass esok.. susah nk tuang laa.. em.. unlucky..

insyallah.. ade rezeki version jk yg lain ana try to attend..

just nk wish ALL THE BESTTT TO ALL AJK JK UIA>>

sampaikan slm simple_shida ila all yg hadir...
mohon maaf dr ana & warga UUM.. x dpt nk turun uia...

ialliqa'.. wsslm...

* dik little_m.. nk thing..?? nnti laa kak send ekk..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 20:58




saat-saat akhir. saya tambah 2 orang kawan. dia nak ikut.
insyaAllah esok saya 3 orang datang.

-----------------
Programming notes esp. PHP
Web Zaujah (muslimah_johor)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

pErMaIsUrI_hAtI
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 244
Posting: 116
Dari: IIUM KuAnTaN CamPuS

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 21:42




tinggal beberapa jam jer lagi utk JK nih berlangsung... ahlan wa sahlan kpd semua ahli yg bakal hadir esok...

semoga majlis ini berlangsung dgn lancar dan dipermudahkan sgla gerak kerja..amiin...

buat TEAM UIAPJ...we can do this~!! insyaAllah..

-----------------
Kuli kepada Dakwah...
Hamba kepada Allah...
hidup mulia @ mati syahid..!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For pErMaIsUrI_hAtIProfil   Hantar PM kepada pErMaIsUrI_hAtI   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 22:26


assalamualaikum...

hurm...bad story huh ???
anyway,program akan tetap berjalan......

kami team uia pj..walaupun ada 5-6 orang je...tetap bertungkus lumus menyiapkan venue....mcm tahun lepas gak...

kerja menghias,buat buku program dll...bermula sejak jam pagi....sehingga petang...

walaupun tenaga sikit...tapi semangat yang ada....buatkan kami senang bekerja...kalau semua bekerjasama...yang susah pun jadi senang..

kami balik dari dewan al hikmah masuk uia,pj dalam kul 630pm...

banyak tul dugaan....kene sound ngan pak guard lagi tu...ampeh ...

apa pun...program ni esok ......kami menanti anda semua...dtg jgn tak dtg...

kang...ilex...

Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 22:45


Orang dah selalu habaq... Team Ukhwah-UIAPJ memang komited dan boleh disandarkan pada harapan...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

BrotherMon
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.07.2003
Ahli No: 2708
Posting: 1087
Dari: Kuala Lumpur

congo   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 23:06


Satu ja...Belajaq la dari kesilapan...

kadang-kadang imaginasi tak seindah realiti...
cakap memang senang....cuba buat tengok ...

berat telinga mendengar...berat mata menjeling..berat lagi bahu yang memikul..

moral value : "Be Professional..be nice"

wassalam..
jumpak esok ok....



Bookmark and Share

    


  Member Information For BrotherMonProfil   Hantar PM kepada BrotherMon   Pergi ke BrotherMon's Website   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-12-04 23:19


kekadang trouble cam ni pon bagus gak.. mematang kan kita.. cuma dari segi rightnyer memang xpatutlah buat cam 2... apa2 pon... tahniah kepada kengkawan UIA!... berjumpa esok!!!.... JK Aidilfitri... aku datang...



... dtg... tp kawan lambat... pagi ada kenduri kat rumah kawan... tp datang tetap datang...

-----------------
http://www.sani.my

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuyahya

Menyertai: 15.10.2004
Ahli No: 11874
Posting: 574
Dari: Ampang, Selangor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-04 00:05




gambar telah di upload di ibnuyahya.com
akan di upload lagi dari masa kesemasa.


[ Posting ini telah di edit oleh: ibnuyahya pada 2004-12-12 21:33 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuyahyaProfil   Hantar PM kepada ibnuyahya   Pergi ke ibnuyahya's Website   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 13-12-04 01:04


Tahniah kepada mereka yg menjayakan JK UIA... besh sapa x pi rugi.... ana pon rugi gak sebab sampai lambat.. tp kesimpulan dia tetap besh

-----------------
http://www.sani.my

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-04 12:29



Alhamdulillah JK Aidikfitri 1425H telah berjaya dilaksanakan dgn jayanya w/pun terdapat bbrp masalah teknikal. Ana secara peribadi mengucapkan tahniah & syabas kpd barisan MT yg menganjurkan event ini. Wassalam.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

Afiza_Ahmad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2003
Ahli No: 5031
Posting: 53
Dari: Ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-04 15:05


Alhamdulillah...segalanya telah selesai..ucapan tahniah kepada semua yg terlibat terutama kepada team uiapj yg telah banyak berkorban masa juga wang ringgit tentunya bagi menjayakan sambutan JK aidilfitri pada tahun ini..
Petang Jumaat saya sampai bertemu di pudu dan seterusnya ke UKM menghadiri konsert manis..JK paling panjang bg saya..kepada sahabat-sahabat yg bersama pada waktu itu, moga ia menjadi ingatan suatu hari nanti..terima kasih kepada semua..moga jalinan ukhwah yang terbina ini tidak hanya di sini tetapi subur di HATI selamanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Afiza_AhmadProfil   Hantar PM kepada Afiza_Ahmad   Pergi ke Afiza_Ahmad's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 14-12-04 16:51


Syabas buat team uiapj...

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-04 17:47


tahniah sekali lagi.

cuma peralatan audio untuk pensyid perform tak perfectla....

kalau untuk JK seterusnya memerlukan Entertainment Equipment, beritahu saya, untuk ukhwah, saya beri free!

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

shamsteen03
Warga Rasmi
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5191
Posting: 18

Terengganu  


posticon Posting pada: 14-12-04 18:07


pade komiti jk aidilfitri 1425h.mabruk 'alaikum dapat jayakan program tu.tapi ana nak mtak maap byk2 coz tak dapat hadir.kurang sihat n ade maslahat sket.so ana nak tanye la,kat sape ana leh bayar da rm 10?tolong jawab eks.syukran wa aasifi 'ala kulli haal.

wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For shamsteen03Profil   Hantar PM kepada shamsteen03   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-12-04 19:42




ALFUN MABRUK UNTUK SEMUA KHUSUS BUAT TEAM UIAPJ..

1)Maaf byk2 utk adik2 atas teguran yg dibuat..harap tak berkecil hati..semuanya kerana kasih sayang!

2)Syukran jazilan..kerana bagi makan..sampai kat bilik terus pengsan..sbb agak kenyang!

3)Jumpa adik2..kakak2..abang2..sahabat2..terhibur jugak hati..release sikit tension..sbb dpt solah jemaah bersama,makan bersama,pusing2 masjid..jenuh main treasurehunt!siap kena nyanyi tu...

4)Semoga Jk yg diadakan bukan menjauhkan diri kita..tp..merapatkan ukhwah..dgn syarat..setiap program mesti diperhalusi agar tidak melanggar syarak..

Sesungguhnya..manusia itu tidak sempurna..dan ada cacat dan silapnya..sbg manusia biasa..kekurangan itu wajib dimaafi..kita tidak layak menghukum!

Mcm program ni la..kita faham berkaitan masalah MASA,PA SYSTEM..tp..siapa kita nak rancang semua ini berlaku!betul tak?so..setiap kelemahan boleh diubah dari semasa ke semasa..

SALAM INGATAN BUAT SEMUA..

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-04 21:17




Alhamdulillah... selesailah sudah JK Aidilfitri 1425H kita ahad lepas... macam tak percaya, dah setahun berlalu JK Aidilfitri yang lalu jugak dibuat di tempat yang sama... sempat lagi mengimbau kenangan lalu di situ... heheheh...

Tahniah buat adik2 team UIA PJ... semangat kalian memang kena tabik lah... Insya Allah, moga2 akan ada lagi JK Aidilfitri tahun2 akan datang la ek..

gembira dapat jumpe sume adik2ku.... cuma sedih laa sbb kakyong takde... thn lepas dia ade... thn ni kirim si fiza aje ek dr ipoh... hehehe...

akhiran, maaf pada semua kalau ada terkasar bahasa dan tergurau or terlawak lelebih aritu ek adik2ku... saje memain.... len kali kite jumpe lagi ek....

wassalam........

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

permata_kirana
Warga Rasmi
Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7799
Posting: 13
Dari: Pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 09:23





ana rasa gembira walaupun ini kali pertama ana jooin program ni.seronok dapat kenal ramai saudara baru.
disamping dapat merapatkan ukhwah sesama muslim kita juga dapat berhibur mengikut batas2 islam.

yang best nye geng semprit la.jgn lupa kat ana tau.
semoga untuk masa akan datang ana dapat join lg program ukhwah.com.. Insyallah

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_kiranaProfil   Hantar PM kepada permata_kirana   Pergi ke permata_kirana's Website   Quote dan BalasQuote

muslimin86
Warga 1 Bintang
Menyertai: 28.06.2004
Ahli No: 9709
Posting: 22
Dari: Quantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 11:25


akum...10's kak ruMaishaaa..di atas teguran tue..
biase laaa..manusia punyai kelebihan dan kekurangan..cuma,ape yang ana nak simpulkan..
prgrm tue mmg best...tahniah buat kumpulan yg menang..dan bersabo ler bebanyak2 buat yg kurang menang yerk!! puas cari kapal terbang terhempas dok..??hehe..wsslm

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin86Profil   Hantar PM kepada muslimin86   Quote dan BalasQuote

khairoo84
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9971
Posting: 752
Dari: Banting, Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 16:22


memang best dapat join! waduh... paling tak dapat dilupakan, kena nyanyi lagu Negaraku dalam loghat Kelantan. dah tu pulak kena sabotaj! puas cari checkpoint no.4 merata masjid. rupanya diorang pasang lambat, dalam dewan plak tu! huih! peant pusing masjid! (tak baik tau buat macam tu!) takpela... paling lambat habis pun, dapat no.3 gak...

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For khairoo84Profil   Hantar PM kepada khairoo84   Pergi ke khairoo84's Website   Quote dan BalasQuote

nawwal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 448
Posting: 509
Dari: .:Garden of Knowledge and Virtue:.

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 16:56


Quote:

On 2004-12-15 16:22, khairoo84 wrote:
memang best dapat join! waduh... paling tak dapat dilupakan, kena nyanyi lagu Negaraku dalam loghat Kelantan.



wrth wbth...

Hmm..takde laporan rasmi ke utk JK ni?

Ehehe...memang ana pun tak tahan tengok gelagat warga Ukhwah kena nyanyi lagu Negaraku dlm loghat Kelate.. sabor jela kena dengar depa ni nyanyi..hihi Kang paling teruk duk nyakat depa ni..hehe Ada gak yang nyanyi dlm loghat Peghok..adoi..macam-macam la..

Hmm...apepun,jutaan terima kasih diucapkan buat semua yang hadir (MT & warga ukhwah) Alhamdulillah,JK tetap diteruskan walaupun terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan..ana mewakili team UIAPJ memohon maaf di atas segala kekurangan dari pihak kami..
Nahnu fit tafkir, wallahu fit tadbir

Buat adik-adik team UIAPJ (IrSyA_iSyQi,muslimin86,syafiq86,fAiQ_fIkRi & others)..keep up the good work!thanks a lot for all the support from all of you!!May Allah bless us forever

p/s:nak tunggu laporan rasmi & tak rasmi lepas ni...

sekian..
Wassalam


Andai bertemu..sapalah aku
Andai tersilap..bimbinglah aku
Andai berduka..khabarkan padaku
Andai berpisah..kenangilah aku
Andai Khaliq menjemput..ziarahilah pusaraku



[ Posting ini telah di edit oleh: nawwal pada 2004-12-15 17:01 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-12-04 22:44




alhamdulillah buat kali keduanya saya dpt sertai jk idulfitri ukhwah. tahniah sedalam2 tahniah atas komitmen yg ajk pogram tunjukkan walaupun timbul pelbagai masalah. semoga iaitu menjadi panduan dlm memperbaiki segala permasalah yg timbul pada jk2 yg akan dtg. pertama kali kena berucap depan org, muslimat pun ada pulak tu. mengigil siot thn dulu sesi taaruf, muslimin dan muslimat secara berasingan, masa tu diminta bernasyid pun takde hal. apapun maaf dipinta jika ada terkasar bahasa, soalan provokasi, terlanjur perilaku dan lain2 lagi. dlm jk tu pun kita telah menerima kunjungan tetamu istimewa, 2 ekor wakil dari portalkucing, sekor warna oren, sekor warna kelabu. comel gilee
di harapkan jk idulfitri tahun depan dibuat di dewan al hikmah uia lagi, bagi saya tempat ni strategik, dari seremban blh dtg, dari kelang blh datang, dari tak bai pun blh dtg. naik je komuter dan bas dari kl central



-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar

[ Posting ini telah di edit oleh: lidah-penghunus pada 2004-12-15 22:48 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 14:42


herm.. gambar dah upload. kepada sesiapa yg kena kandid ngan relajihad tuh... mintak maaf la yerk

http://www.fokti.com/relajihad

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-12-04 16:09


eh salah.. maaf urls yang sebenar http://www.fotki.com/relajihad

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 14:56


a-kum
lupa lak.. kepada mana2 mangsa candid kemara ana, ana mintak maaf... sila PM ana kalau ada diantara gambar tersebut tak sesuai di paparkan atau tuan punya badan x kasik... minta maaf sebb x minak kebenaran dulu... Maaf ek..
a-kum

-----------------
http://www.sani.my

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 16:04


hehehe... lawak2 la gambo... sian mangsa2 kandid tu... termasuk la kucing2 yg ade masa tu... ade ke patut siap gantung rantai ketupat riben kat kucing... isk2... lawak tul... cuma musykil skit, bile masa ye relajihad ni candid gambo2 tu... x perasan langsung.... ish, cam invisibleman plak dah anta ni ye... anyway, seronok tgk album anta tu... thanks... ade gak kenangan kat JK aritu...

p/s: sape2 yg blum tgk lagi, silakan tgk... mesti gelak sorang2 nye la kalu tgk... hehehe...

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-12-04 17:51


magic tuh/... hehe apa2 pon jgn lupa sign guessbook.. bukan apa nak tau gak pendapat kengkawan.. kalau xsuka lain kali ana xbuat dah.. kalau suka.. haa.. siap la JK next year.. mari kita tengok sapa yg kena...



+tuh pon ada byk gambar yg rosak... kamera dah ngong... tinggai hari nak campak dalam parit..

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 20-12-04 02:24


uishh.. bahaya anta ni relajihad... ade magic ke?? bagi saya, saya rasa ok la gambo2 tu sbb x terkena... hehehe.... kalu terkena kat den mmg hang kena la!!! hehe.... teruskan hobi memagickan diri masa amik gambo tuh.... tapi kena beware la ngan anta ni... takut2 terkena next time... dlm diam2 dia tu, ade keje dia buat ek...

Quote:
tuh pon ada byk gambar yg rosak... kamera dah ngong... tinggai hari nak campak dalam parit..


hehe, campak, jgn x campak... zalim no... sian kamera tuh... dah byk berjasa baru nak campak... len kali masa beli terus campak... baru la x nyesal... hehe... jgn mare, gurau ek...

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

relajihad
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 09.11.2004
Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-12-04 08:56


oooOOo cam 2 ek.. ha.. jaga nur_indah.. next time hampa mesti kandid ngan relajihad! besh la gelakkan org... lain kali nur_indah kena mcm kucing yang kena candid 2 baru tau kamera tuh xleh buang lah.. pinjam ayahanda punya.. nanti naya kena sekeh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For relajihadProfil   Hantar PM kepada relajihad   Pergi ke relajihad's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141633 saat. Lajunya....