Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-12-2019  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminar NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: studiosmilesnyc
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43104

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 48
Ahli: 0
Jumlah: 48




  Yang Masuk Ke Sini
studiosmilesnyc: 1 hari, 9 jam, 2 minit yang lalu
dentistinhouston: 1 hari, 10 jam, 58 minit yang lalu
ezequielvince: 1 hari, 12 jam, 19 minit yang lalu
shanejohnson: 5 hari yang lalu
wadud: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 27 hari yang lalu
muslimin23: 29 hari yang lalu


Rawatan Alternatif
Topik: color vibration therapy


Carian Forum

Moderator: Administrator, Prof_Muslim
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Alternatif
    »» color vibration therapy

Please Mendaftar To Post


Oleh color vibration therapy

cruestasia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2003
Ahli No: 1791
Posting: 60

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-12-04 11:56


ada tak sesiapa yg pernah mencuba kaedah rawatan ni...kedah ni menggunakan teknik gelombang warna untuk mengesan dan merawat penyakit.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cruestasiaProfil   Hantar PM kepada cruestasia   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-12-04 11:58



Tak pulak ana terdengar kaedah rawatan itu. Macam menarik aje.

-----------------
Menjual & Membeli Dinar dan Jongkong Emas/Perak Mengikut Harga Pasaran Antarabangsa. Layari www.hatiemas999.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

cruestasia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2003
Ahli No: 1791
Posting: 60

Kelantan  


posticon Posting pada: 12-12-04 20:44


KAEDAH RAWATAN PENYAKIT CARA CVT
Oleh Dr Norhisham Wahab

Tubuh manusia adalah sebagai kesatuan, bukan kumpulan atau bahagian yang terpisah-pisah. Jika ada tenaga yang terganggu, tubuh akan mengambil langkah bersepadu untuk melindungi dan mengembalikan keseimbangan secara homeostasis.

Daya vital atau tenaga hayat tubuh sentiasa bersatu tetapi jika berlaku kejatuhan atau kenaikan secara mendadak dan berterusan, tenaga itu tetap tidak dapat bertahan dan berlaku pelbagai gejala penyakit.

Keupayaan tenaga dalam bentuk semangat menjadikan manusia mampu bertahan dan terus hidup manakala tahap pemikiran sering tergugat dan kita harus memujuknya dengan akal atau kekuatan mental yang waras.

Bagaimanapun, terapi getaran warna (Colour Vibration Therapy – CVT) percaya tenaga vital yang mempunyai keupayaan penyembuhan sendiri terletak pada tahap emosi atau iman.

Jika penyakit dapat mengimbangi empat tahap kesatuan emosi iaitu sabar, tenang, ikhlas dan syukur maka tahap ketahanan tubuh terhadap serangan kuman atau ketidakseimbangan hormon dapat diselaraskan dan itulah rasional rahsia penyembuhan.

Tindakbalas sebenar dipandang sebagai cara tubuh mengeluarkan atau menghambat sesuatu penyakit. Jika tahap emosi terus dipendam, penyakit akan terus menekan dan terjadi penderitaan kesakitan kepada tubuh.


Penyakit dan gejala spesifik

Sebagai contoh, masalah darah, ada pesakit yang menghadapi gejala kebas, sengal, sakit belikat, sakit pada tengkuk, sakit dalam kepala, terhoyong-hayang, mengantuk pada siang hari, sukar bernafas, berdebar-debar, gemuruh, sakit urat dan mudah terseliuh.

Pengalaman berbeza ini harus ditangani dengan bijaksana bagi menentukan getaran tenaga yang tepat dan sesuai. CVT menganggap proses penyembuhan memerlukan suatu tenaga yang paling lembut dan minimum.


Diagnosis

Semua gejala perlu disemak dan disusun untuk menjadi gambaran gejala keseluruhan. Gejala aneh atau luar biasa lebih memerlukan keseimbangan tahap kerohanian.

Contohnya, pesakit yang berasa sesuatu keganjilan di dalam perut atau di mana-mana bahagian seperti bergerak-gerak, mencengkam, panas mendidih, menghimpit dan lain-lain yang berlaku tidak tetap dan berulang-ulang maka getaran tenaga yang perlu diambil adalah lebih khusus atau spesifik. Atas alasan inilah satu bentuk tenaga yang unik akan memenuhi segala kehendak bagi semua perkara luarbiasa itu.

Getaran Umum – Bagi gejala yang lebih umum seperti sukar tidur, kurang selera makan, lesu, sesak nafas,demam, aturan haid tidak stabil dan sakit sendi, frekuensi tenaga boleh disesuaikan mengikut gejala yang diterima.

Tidak Sembuh – Jika proses penyembuhan masih tidak berjalan lancar manakala tenaga dalaman atau spiritual, emosi dan mental masih membelenggu ikatan tenaga yang tidak dapat diuraikan.

Kesan Getaran Tenaga Ke arah Penyembuhan – Jika ada perubahan , ini bermakna getaran sedang menjalankan fungsi dan penyakit boleh dikurangkan. Jika perubahan agak berat maka pengambilan getaran tenaga boleh ditukar kepata getaran tenaga tunggal khas yang lain.

CVT menilai perubahan sesuatu penyakit daripada satu perubahan ke satu perubahan lain yang berterusan. Penyakit asal akan terus hilang tanpa melalui cara mekanikal untuk membuang atau menukarnya. Ini bermakna perkembangan pesakit amat perlu diikuti sehingga kejayaan dapat dicapai.

Bagaimanapun, bagi konsep luaran getaran tenaga, semakin kuat gejala, bertambah kerap penggunaan diperlukan seperti mandi yang lebih lama.Penggunaan air batu dalam kaedah ini amat berkesan bagi meneutralkan gelombang yang sudah bocor dan terkeluar dari tubuh dalaman itu .



Penyembuhan

Pergerakan getaran tenaga pasti akan menggerakkan juga tenaga organ yang besar peranannya iaitu paru-paru. Aktiviti pernafasan ini amat penting. Seminit kita tidak bernafas, jantung akan berhenti fungsinya dan semua organ lain akan turut terhenti. Selepas itu tenaga akan bergerak ke arah bahagian organ yang kurang penting seperti kulit, tenggorok atau anak tekak yang terasa mendapat kesan akhir.

Kesan pertama jika paru-paru mendapat reaksi seperti batuk, ubat kimia boleh digunakan dengan berkesan tanpa kesan sampingan. Alasannya ialah kerana keracunan itu berada di luar sistem sel, ini tidak membahayakan sistem dalaman sel yang terbabit. Bagaimanapun jika pesakit hanya mendapat reaksi gangguan kulit seperti jerawat atau gatal-gatal, ini hanya dianggap sebagai gangguan akut yang kecil dan pesakit bernasib baik kerana penyakit yang dialami selama ini tidak berada ditahap serius.

Racun dapat dikeluarkan dari tubuh dalam bentuk kotoran seperti nanah, hingus, pedih mata, jerawat dan cirit-birit. Pergerakan itu berlaku dari tahap atasan ke tahap bawahan.Misalnya, gangguan kulit akan bergerak ke bawah dan akhirnya akan hilang.

Kemunculan akhir penyakit akan berada pada tahap atasan dan kehilangannya akan dirasai pada tahap bawah kerana penyakit bermula dari tahap bawah.

Dalam proses penyembuhan, sebarang penderitaan akan berulang untuk sementara waktu dan apabila berlaku proses itu kita menganjurkan supaya pesakit tidak berhenti atau mengulangi getaran tenaga bagi frekuensi yang dideritai sehingga semua penyakit dapat dihambat keluar dan tidak terpendam atau tersembunyi untuk menjadi kanser pada suatu masa nanti.

CVT mengambil langkah bijak dan rasional dengan penuh kesedaran bahawa cara perubatan moden perlu berjalan seiring sebagai pelengkap. CVT dengan konsep luaran dalam situasi darurat atau mencemaskan boleh digunakan sebagai pertolongan pertama. Konsep luaran yang mudah dapat menangani pesakit yang tidak sedar atau tidak mampu untuk menyerap getaran tenaga ke dalam tubuh melalui proses pemakanan.

Getaran tenaga akan menjadi keperluan pertama di dalam rumah untuk rawatan kemalangan atau kecelakaan. Penggunaan getaran tenaga tidak semestinya perlu mendapatkan diagnosis daripada pengamal profesional kerana ia mempunyai fungsi pelbagai guna yang selamat untuk sesiapa saja.

Kesedihan dan kekecewaan yang lama akan merangsang asid di dalam perut dan kita harus menghindari kekecewaan daripada menguasi diri. Jika tidak, ia akan mengundang penyakit lain ke dalam tubuh.





Bookmark and Share

    


  Member Information For cruestasiaProfil   Hantar PM kepada cruestasia   Quote dan BalasQuote

itifa2
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11138
Posting: 80
Dari: johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-12-04 21:05


wah....macam menarik jer....... kat mana bleh dapatkan rawatan mcm ni???????

Bookmark and Share

    


  Member Information For itifa2Profil   Hantar PM kepada itifa2   Pergi ke itifa2's Website   Quote dan BalasQuote

cruestasia
Warga 2 Bintang
Menyertai: 29.06.2003
Ahli No: 1791
Posting: 60

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-12-04 12:02


kaedah ni masih baru lagi. pusat rawatannya dah ada di seluruh malaysia kecuali di kelantan, perak, sabah dan sarawak. bagi yg tinggal kat shah alam, pusat rawatannya di seksyen 13 dan seksyen 24.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cruestasiaProfil   Hantar PM kepada cruestasia   Quote dan BalasQuote

puteriaiman
Warga Rasmi
Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12938
Posting: 14
Dari: p mas klate

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-03-05 12:09


saya pernah dengar dan lihat....sebab ari 2 mminggu kesihatan kt fakulti saye, therapy ni dipekenalkan......
ok gak


Bookmark and Share

    


  Member Information For puteriaimanProfil   Hantar PM kepada puteriaiman   Quote dan BalasQuote

fir1516
Warga Rasmi
Menyertai: 31.10.2004
Ahli No: 12198
Posting: 1
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 31-03-05 00:49


Quote:

On 2005-03-29 12:09, puteriaiman wrote:
saya pernah dengar dan lihat....sebab ari 2 mminggu kesihatan kt fakulti saye, therapy ni dipekenalkan......
ok gak



Ni mesti FTMSK ni. Betul tak?

Bookmark and Share

    


  Member Information For fir1516Profil   Hantar PM kepada fir1516   Quote dan BalasQuote

Huzaimi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29691
Posting: 55
Dari: Bandar Baru Bangi, Skudai

Selangor  


posticon Posting pada: 19-10-08 08:37


Rawatan CVT adalah jauh lebih baik daripada rawatan konvensional yang menggunakan ubat-ubatan berasaskan bahan kimia dan dadah
Sejak kenal dengan CVT, rawatan konvensional saya pandang sebelah mata saja

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuzaimiProfil   Hantar PM kepada Huzaimi   Quote dan BalasQuote

teruterubozzu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.05.2007
Ahli No: 29897
Posting: 86
Dari: Bumi Allah

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-10-08 10:09


hurmm..kak ipar kita sekarang tengah guna rawatan yang lebih kurang macam ni lah..tapi kita tak tahu apa namanya..dia guna kaedah warna2 inilah..kak ipar kita cerita kat tubuh badan kita ni da bahagian warna2 nya..dan dalam 1mmgu 7 hari tu da warna2 yang telah ditetapkan untuk kita haa..yang kita ingat hari isnin warna kelabu..so kita kena pakai baju yang warna kelabu..tak tahu lah betul ke tidak hee..tapi gitulah dari apa yang dia cerita..penyakit yang ada dalam badan kita ni berkaitan dengan warna sebenarnya,,wallahu a'lamm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For teruterubozzuProfil   Hantar PM kepada teruterubozzu   Quote dan BalasQuote

Huzaimi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29691
Posting: 55
Dari: Bandar Baru Bangi, Skudai

Selangor  


posticon Posting pada: 24-10-08 11:30


ada org kata ibnu sina dikenali dengan nama avicenna di barat merupakan pengasas kepada perubatan moden.
bagi saya tidak,kaum yahudi dan nasrani adalah pengasasnya
kitab masyhur ibnu sina qanun fi at tibb dikenali dengan nama canon of medicine dibarat dan telah digunakan slma berabad lamanya di barat telah dimanipulasikan isi kandungannya

Bookmark and Share

    


  Member Information For HuzaimiProfil   Hantar PM kepada Huzaimi   Quote dan BalasQuote

Semerah
Warga Rasmi
Menyertai: 05.11.2008
Ahli No: 35755
Posting: 9

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 18:52


Pada 24-10-08 11:30 , Huzaimi posting:

!!! QUOTE !!!

ada org kata ibnu sina dikenali dengan nama avicenna di barat merupakan pengasas kepada perubatan moden.
bagi saya tidak,kaum yahudi dan nasrani adalah pengasasnya
kitab masyhur ibnu sina qanun fi at tibb dikenali dengan nama canon of medicine dibarat dan telah digunakan slma berabad lamanya di barat telah dimanipulasikan isi kandungannya

Maaf, saya agak terkeliru dengan kenyataan saudara Huzaimi. Boleh saudara jelaskan secara lebih jitu dan justifikasi saudara dalam kenyataan 'Ibnu Sina bukan Pengasas Ilmu Perubatan'

Dan sepekara lagi, saya ingin mengetahui perbezaan antara Perubatan Moden dan Perubatan Klasik, apakah ada perbezaannya? Dan asas perubatan yang dinyatakan oleh saudara nerkenaan Yahudi dan Nasrani itu dari kelas Perubatan Klasik ataupun Moden? Harap boleh dijelaskan secara terperinci.

Bookmark and Share

    


  Member Information For SemerahProfil   Hantar PM kepada Semerah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.105373 saat. Lajunya....