Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah SWT memberikan kita dua telinga, dua mata, satu mulut dan otak di tengah antaranya, mesti bersebab. Dengar dan lihat kanan kiri, timbang dengan otak.
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




  Yang Masuk Ke Sini
Kang: 12 hari yang lalu
lidah-penghunus: 14 hari yang lalu
muslimin23: 22 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Punca badan menjadi letih....


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Punca badan menjadi letih....

Please Mendaftar To Post


Oleh Punca badan menjadi letih....

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 01-12-04 08:39


.....


Satu diantara perkara yang sering di tanya kepada saya oleh masyarakat dari masa kesemasa ialah mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi. Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memilikki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita. Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.

Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock. Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya. Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita. Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita. Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol. Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.

Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih. Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam. Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan. Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur.

Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan. Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat. Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal. Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya. Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.

Justeru tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita hayati ajaran islam yang telah kita laksanakan sebelum ini. Jangan jadi golongan yang sekejap buat baik, sekejap buat jahat. Sekejap bangun awal di waktu sahur sekejap melupakan sahur. Sekejap melaksanakan solat secara berlebihan pada suatu ketika yang lain langsung tidak bersolat. Itulah formula kepada kerugian dan kehancuran. Semoga insyaallah kita menjadi insan yang berdisiplin dan kita juga insyaallah menjadi insan yang mengambil iktibar daripada ibadah yang di tuntut oleh agama islam kita yang suci lagi murni insyaallah. Sedutan: http://fauzynm.nurhidayah.com/Nasihat/Nasihat447/nasihat447.html


-----------------
"Bukan satu paksaan untuk disebarluaskan,saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa"

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

biruenie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10367
Posting: 218

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 01-12-04 08:52


tq...bagus nie

Bookmark and Share

    


  Member Information For biruenieProfil   Hantar PM kepada biruenie   Quote dan BalasQuote

nice_pesan
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.05.2003
Ahli No: 619
Posting: 126
Dari: cheras...

Perak  


posticon Posting pada: 28-12-04 02:43




Bookmark and Share

    


  Member Information For nice_pesanProfil   Hantar PM kepada nice_pesan   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-12-04 09:01


..rasanya betu la...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 28-12-04 10:17





eeeemmmmm Ok !

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-05 11:46


lepas ni kalau nak cergas..
kenalah hormati rutin kita..
mari kita sama2 mendisiplinkan diri kita... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

redhailahi
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.03.2006
Ahli No: 23514
Posting: 59
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-03-06 22:39


alhamdulillahhh.... terima kasih atas info no. selama ni saya memang hari cuti saja mesti duduk dalam bilik saja, tidooooo.
mungkin selepas ni saya akan cuba disiplinkan diri saya dan cuba kawal diri saya. kalau saya dapat tidoo, satu hari pun tak apa dan risau bila kena bagn awal hari cuti.nice info dan terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For redhailahiProfil   Hantar PM kepada redhailahi   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 25-03-06 23:14


bagus la info ini...terima kasih ye..pasnie berazam untuk berubah!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

warisan_lading
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.02.2006
Ahli No: 22434
Posting: 57
Dari: melaka

Kedah  


posticon Posting pada: 25-03-06 23:37


ok..faham..hehehehehe...serupa juga waktu makan pun..hormon kita di rembeskan ikut masa juga....ok..syukran jazilan

Bookmark and Share

    


  Member Information For warisan_ladingProfil   Hantar PM kepada warisan_lading   Quote dan BalasQuote

hannah_mirwana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15560
Posting: 97
Dari: kedah

Kedah  


posticon Posting pada: 26-03-06 19:22


patutlah tiap kali hari isninrasa malas nak ke kuliah..
then lepas semester break lagi lah rasa penat saja nak mulakn kelas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hannah_mirwanaProfil   Hantar PM kepada hannah_mirwana   Quote dan BalasQuote

musafir_lara
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19324
Posting: 283
Dari: perak + KL + johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-03-06 21:52


Pada 26-03-06 19:22 , hannah_mirwana posting:

!!! QUOTE !!!

patutlah tiap kali hari isninrasa malas nak ke kuliah..
then lepas semester break lagi lah rasa penat saja nak mulakn kelas..




huhu...betul sangat lah tu!


-----------------
Menangkanlah Kaum Muslimin,
Hancurkanlah Kaum Musyrikin!


Bookmark and Share

    


  Member Information For musafir_laraProfil   Hantar PM kepada musafir_lara   Quote dan BalasQuote

indraputra_trg
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2005
Ahli No: 18889
Posting: 185
Dari: Universiti Malaya

Terengganu  


posticon Posting pada: 27-03-06 00:56


Pada 26-03-06 19:22 , hannah_mirwana posting:

!!! QUOTE !!!

patutlah tiap kali hari isninrasa malas nak ke kuliah..
then lepas semester break lagi lah rasa penat saja nak mulakn kelas..



haaa...banyakla awak....


-----------------
ukhwah pengikat kasih sesama kita...biarlah segalanya kerana ALLAH jua...


Bookmark and Share

    


  Member Information For indraputra_trgProfil   Hantar PM kepada indraputra_trg   Quote dan BalasQuote

wanie85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2006
Ahli No: 23417
Posting: 190
Dari: uk

Selangor  


posticon Posting pada: 27-03-06 04:57


info yang sangat bagus

Bookmark and Share

    


  Member Information For wanie85Profil   Hantar PM kepada wanie85   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-06 19:42


sem ni ari2 kelas kol 8....pasni dah tak malas dah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-03-06 19:51


zilzal macam dah putus asa saja...
sabar...walaupun kelas kul 8 tapi kenela kuat semangat...
kata nak jadi pemimpin keluarga...

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

zilzal
WARGA SETIA
Menyertai: 12.03.2006
Ahli No: 23382
Posting: 854
Dari: somewhere in jordan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-06 20:11


nak harapkan akwa kejutkan bgn pagi tadenyer....hehe.....

p/s: dr sami ato' sallim alayk...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zilzalProfil   Hantar PM kepada zilzal   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-03-06 20:59


Terima kasih...info yang berkesan untuk saya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

misz_efiey
Warga Rasmi
Menyertai: 21.03.2006
Ahli No: 23587
Posting: 19
Dari: ampang, selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-03-06 21:47


THNX 4 di info....
terima kasih banyak-banyak

Bookmark and Share

    


  Member Information For misz_efieyProfil   Hantar PM kepada misz_efiey   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 27-03-06 22:59


ermmm..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

farah_hanan
WARGA SETIA
Menyertai: 17.02.2006
Ahli No: 22791
Posting: 987
Dari: terengganu

malaysia  


posticon Posting pada: 27-03-06 23:28


betul juga....bagus info ni.....
nak cuba...

Bookmark and Share

    


  Member Information For farah_hananProfil   Hantar PM kepada farah_hanan   Quote dan BalasQuote

mohdhanis
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.07.2004
Ahli No: 9883
Posting: 189
Dari: pahang, selangor, penang

Selangor  


posticon Posting pada: 09-07-06 02:06


sama-sama kiat ubah!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdhanisProfil   Hantar PM kepada mohdhanis   Pergi ke mohdhanis's Website   Quote dan BalasQuote

ibnuriz_faridz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 02.11.2005
Ahli No: 20211
Posting: 273
Dari: Egypt

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-07-06 05:29


assalamualaikum...

bagus juga info ini...tapi ada sedikit penambahan nak buat....jangan sesekali amalkan minum air mineral yang SEJUK kerana ia boleh melemahkan sistem imunasi badan kita ..... takkan tak pernah rasa entum semua ini..

klaua tak percaya nanti efeknya akan kita dapat setelah kita tua nanti.

oklah sampai disini sahaja pandangan saya...

ilalliqa maa salamah

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnuriz_faridzProfil   Hantar PM kepada ibnuriz_faridz   Pergi ke ibnuriz_faridz's Website   Quote dan BalasQuote

imthiyaz
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2004
Ahli No: 11772
Posting: 461
Dari: Selangor @ Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-07-06 14:44


syukran....

Bookmark and Share

    


  Member Information For imthiyazProfil   Hantar PM kepada imthiyaz   Pergi ke imthiyaz's Website   Quote dan BalasQuote

waddafillah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25172
Posting: 11

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 22:13


info yang menarik...
terserah juga pada diri untuk menerima atau sebaliknya...
hakikatnya, hidup kita ini tidak dapat lari daripada membuat pilihan
sebagai contoh, bangun pagi setiap hari
1)bangun, mendirikan solat subuh
2)tidur sampai matahari naik....
fikir-fikirkan lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For waddafillahProfil   Hantar PM kepada waddafillah   Quote dan BalasQuote

nabilpoyo
WARGA SETIA
Menyertai: 13.12.2005
Ahli No: 21141
Posting: 730
Dari: Kuantan + penang + KL + jakarta

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-07-06 22:21


banyak tidur pun dapat jadi letih

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabilpoyoProfil   Hantar PM kepada nabilpoyo   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129322 saat. Lajunya....