Oleh |
wanita vs lelaki |
cumie
Warga Rasmi Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12319
Posting: 14
Dari: segamat.johor
|
Posting pada: 22-11-04 23:07
Wanita vs. lelaki
*************
Sekadar untuk renungan kengkawan...
 semua,
Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita
tidak
cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan
saya juga
ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya
adalah
seperti berikut:-
1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa
gadis bujang ditanggong oleh bapanya.
2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan
yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN !
3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya
dan
sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa baginya
terutama
anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu
taat
kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat
tak baik
dosanya ditanggong oleh suaminya. BERATKAN !
4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.
Walaupun
begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan
isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggong.
Kalau
nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya sepert gunung
dengan
semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang
daripada
lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa
yang ditanggong. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah
oelh
Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan.
Begitulah kira-kiranya.
Wanita
******
1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi
tidak sebaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd
isterinya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak
ada pada
lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga
dan
dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti
intan
permata tidak akan dibiar bersepah sepah bukan? itulah bandingannya dgn
seorg
wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada
ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
wanita
menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik
peribadinya
dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki enerima
pusaka perlu
menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak. Wanita perlu
bersusah
payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan
oleh
segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan
matinya
jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun
ALLAH (dosa
kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh
4 org
lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu
Syurga yg
disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan,
taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat
akan
suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut
menerima
pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu
mengangkat
senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....kan?
|
relajihad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 09.11.2004 Ahli No: 12384
Posting: 118
Dari: Perak
|
Posting pada: 22-11-04 23:39
setiap sesuatu ada kelebihan dan kekurangan... terletak pada iman yg menilai..
|
warsha
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.10.2004 Ahli No: 12144
Posting: 129
|
Posting pada: 22-11-04 23:52
|
kaze
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 12.10.2003 Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan
|
Posting pada: 23-11-04 00:34
sya cadang, cadangan ditutup!
------------
alhamdulillah wa syukrillah.. aku lelaki
-----------------
|
ainnurwardah
Warga 2 Bintang Menyertai: 26.07.2003 Ahli No: 2628
Posting: 67
Dari: Utec
|
Posting pada: 23-11-04 01:14
|
Putra_Aiman
WARGA SETIA Menyertai: 13.11.2003 Ahli No: 5086
Posting: 995
Dari: 698,Ruby Avenue,08000 Sungai Petani
|
Posting pada: 23-11-04 05:13
|
ana_lia
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak
|
Posting pada: 23-11-04 14:40
tanggungjawab lelaki lebih berat drp wanita.
|
alhidayah
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.06.2004 Ahli No: 9628
Posting: 55
Dari: kuktem
|
Posting pada: 23-11-04 17:32
Hmm.. tak kiralah lelaki ke perempuan.. masing2 ade bahagian masing2.. Allah cipta manusia sebagai sebaik-baik kejadian tetapi bukan yg sempurna..
Dunia adalah sebagai ladang bercucuk tanam dan hasilnya adalah akhirat...
wallahua'lam..
|
eiza86
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.10.2004 Ahli No: 12182
Posting: 161
Dari: Gombak,Selangor
|
Posting pada: 24-11-04 00:17
|
tirmidziy02
WARGA SETIA Menyertai: 17.09.2004 Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA
|
Posting pada: 24-11-04 12:20
hmm....mmg setiap ciptaan Allah ada tanggung jwawab yang perlu dilaksanakan..
Paling utama, beribadah kepada Allah...
bukan melakukan perkara yang mungkar....
----------------- Mencari Keredhaan Ilahi Merasa ketenangan Hakiki Mencuit rasa Rendah Diri Ya Rabbul Izzati
|
nuruludz
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2003 Ahli No: 4225
Posting: 148
Dari: pahang darul peace
|
Posting pada: 24-11-04 12:39
sesungguhnya,ALLAH tak menciptakan sesuatu itu dn sia2.actually lelaki dan wanita saling memerlukan...so,masing2 ada kelebihan dan ada kelemahan yg ALLAH ciptakan....
janganlah sampai terkeluar dari mulut kita anti lelaki dan anti perempuan cbabnya..... antum sume pun dari kalangan manusia yg bergelar lelaki dan perempuan juga.....
walahu'alam
ws ----------------- WhatEvEr U Do 'PUT YOUR TRUST IN ALLAH"..ThInk BeForE Do It BeCAUse "ALLAH ALWAYS WItH U"..
|
zall
Warga Rasmi Menyertai: 19.10.2004 Ahli No: 11964
Posting: 9
Dari: Atjeh
|
Posting pada: 24-11-04 12:57
Kita manusia haruslah boleh menerima kodrat yang telah ditetapkan ALLAH, ingatlah ALLAH telah menentukan kodrat manusia menjadi laki2 atau pompuan karena ALLAH dah tau bahwa manusia itu sanggup mempertanggung jawabkan Gender nya.
Laki2 diberikan banyak tanggung jawab karena ALLAH telah memberikan laki2 lebih banyak akal daripada nafsu.
Bila teman2 anggap susah menjadi laki2, maka jangan cari wanita... hehehehehe ( adakah yang dapat berlaku macam ni? hehehehehehe ) kalo anggap susah jadi wanita, jangan cari laki2 ... hehehehehehe
Wassalam
-----------------------------------------
: Yang payah adalah melaksanakan
: Yang mudah adalah berucap
-----------------------------------------
zall
|
pErMaIsUrI_hAtI
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 244
Posting: 116
Dari: IIUM KuAnTaN CamPuS
|
Posting pada: 24-11-04 18:49
Arrijaalu qawwamuna 'ala nisaa'...
sebab tula tanggungjwbnya lebih besar...
namun, masing2 mempunyai taklifat yang telah ditentukan oleh ALLAH...
Alhamdulillah ana dilahirkan sebagai seorang wanita...  ----------------- Kuli kepada Dakwah... Hamba kepada Allah... hidup mulia @ mati syahid..!!
|
ukhtiekhumaira
Warga Rasmi Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12323
Posting: 5
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-11-04 16:33
assalamualaikum....haaaaaaaaah betul tu...................sesungguhnya Allah maha pemurah lagi maha penyayang...begitulah ketelitian Allah dalam menguruskan hamba-hambanya....so sebagai hamba kita wajib bersyukur atas kelebihan dan kekurangan yang diberi.....wallahua'lam
|
nur_ikhlas
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.11.2004 Ahli No: 12544
Posting: 34
Dari: bumi Allah...
|
Posting pada: 25-11-04 17:04
hmm..tak kiralah lelaki atau pompuan,masing-masing ada kelebihan dan kelemahan untuk saling melengkapi....
|
ifmiza
Warga 2 Bintang Menyertai: 01.05.2004 Ahli No: 8734
Posting: 63
Dari: kedah
|
Posting pada: 27-11-04 12:04
betullllllllll
tapi yang pastinya lelaki dan perempuan saling memerlukan...........
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 27-11-04 12:07
-lelaki perlukan perempuan.....
-perempuan pun perlukan lelaki...
----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
TengkuHaiqal
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.11.2004 Ahli No: 12640
Posting: 251
Dari: Edinburgh...Scotland,UK
|
Posting pada: 29-11-04 13:16
mm..kedua2nya mempunyai tanggungjawab dan peranan masing...  GERSANG BUMI TANPA HUJAN...GERSANG MINDA TANPA ILMU...GERSANG JIWA TANPA AMAL....GERSANG HATI TANPA IMAN..
|
nabilla
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.10.2004 Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM
|
Posting pada: 03-12-04 10:24
kalau taknak menanggung tanggungjawab yg berat jangan jadi lelaki.
|
Atif_Haziq
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13220
Posting: 203
Dari: اللذي بركنا حوله
|
Posting pada: 02-11-05 02:46
assalamualaikum... Sudah jelas bagi kita bahawa Tuhan sudah tetapkan kita ini berpasang-pasangan,jadi pasangan lelaki adalah perempuan dan sebaliknya.... Lelaki memang diberi tanggungjawab yang lebih dari perempuan, namun bukan ternafinya kepentinagn perempuan...perempuan adalah sebagai pembantu disebalik tabir bagi suami dan segalanya..... contohnya, jika suami dalam keadaan yang tidak tenang, maka sang isterila yang akan menenangkannya.....dan begitula seterusnya.....jadi masing2 ada kelebihan khusus yang dianugerahkan kepada semua...maka bersyukur dan beruntunglah sesiapa yang dilahirkan lelaki dan perempuan..... wassalam...
|
rawdhah
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2004 Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp
|
Posting pada: 02-11-05 07:31
 .... mari kita renung kembali...asal kejadian Adam dan Hawa..........
|
afizam
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.02.2005 Ahli No: 14810
Posting: 82
Dari: negeri indera kayangan
|
Posting pada: 05-11-05 15:58
Assalamualikum, tak kirla kita ini laki ke perempuan....yang pasti kita ada tanggungjawab ita sendiri....dan sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu....walaupun tanggungjawnb kita sebagai lelaki berat tapi jangan la kita lupa untuk menghargai wanita..kerana tanpa mereka siapalah kita..... wallahu'alam
|
hudahasnan
WARGA SETIA Menyertai: 10.01.2005 Ahli No: 13639
Posting: 1202
Dari: darul iman
|
Posting pada: 05-11-05 17:51
alhamdulillah...segala puji bagi Allah...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu...
|
aimiz_muslimah
Warga 1 Bintang Menyertai: 24.10.2005 Ahli No: 20051
Posting: 39
|
Posting pada: 05-11-05 20:02
 ....sahabat semua wanita dan lelaki masing2 ada peranan dan kepentingannya tersendiri. wanita dan lelaki adalah makhluk Allah yang dipanggil...manusia. Allah jadikan manusia dibumi ini adalh sebagai khalifah Allah,jadi kita sama-sama main perananlah...tak perlu gaduh2..o.ok!semoga kita sama-sama dapat menegakkan agama Allah...TAKBIR!ALLAHU AKBAR
|
sinar_islami
Warga 1 Bintang Menyertai: 22.01.2005 Ahli No: 13852
Posting: 22
Dari: selangor
|
Posting pada: 05-11-05 21:30
...itulahh kebesaran Allah Taala....diciptakan makhluk itu berpasang-pasangan,.. semua ada tugas masing2 dan ditaklifkan manusia dengan peranan yang besar...
|
putra_adi
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.10.2005 Ahli No: 20183
Posting: 79
Dari: johor
|
Posting pada: 13-11-05 19:44
sahabat2 yang dirahmati Allah kewujudan lelaki dan wanita bukan lah untuk persengketaan, tapi kewujudan ini adalah untuk persefaham dan penyatuan, kewujudan dua insan ini juga adalah untuk pergandingan dalam memprjuangkan agama Allah yang Maha Suci ini. bersama lah kita mencapai matlamat itu. ta'al ya naas
|
mohdnurhakimin
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15370
Posting: 984
Dari: toulouse
|
Posting pada: 13-11-05 19:58
Hahaha, best jugak macam ni. Kenapa kita tak bandingkan malam dan siang? Kiri dan kanan?
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 13-11-05 20:01
Lucu betul persoalan ni.. Hm.. tapi jangan tak tahu wanita ni mempunyai ketabahan yang luar biasa.. tengok saja lah betapa ramainya ibu2 tunggal yang tabah dan kuat semangat untuk teru hidup membela nasib anak2 mereka.. Betapa kagum betul Wawa pada semangat kental si ibu2 tunggal..
|
chibi_maruko
WARGA SETIA Menyertai: 28.06.2005 Ahli No: 16933
Posting: 474
Dari: terawang-awangan
|
Posting pada: 13-11-05 23:12
nobody is perfect except HIM...ALLAH S.W.t
|
puteri_kk
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11389
Posting: 129
Dari: healthy campus
|
Posting pada: 24-11-05 13:04
A`kum... Lelaki adalah pemimpin. setiap yang Allah kurniakan adalah yang terbaik untuk diri kita kan? so, terimalah seadanya dan bersyukurlah di atas nikmat dan jua hikmat yang dianugerahkan... Lelaki dan perempuan saling melengkapi antara satu sama lain. Adam kesunyian tanpa Hawa dan Hawa perlukan teman untuk melindungi dan membimbingnya.. Wallahualam
|
anjang
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3610
Posting: 342
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 24-11-05 15:22
hehe.. sokong kaze..cadangan ditutup..
|
farhanna
WARGA SETIA Menyertai: 11.12.2004 Ahli No: 12997
Posting: 1672
Dari: Sabah
|
Posting pada: 24-11-05 15:48
Tapi ALLAH lebih sayang pada kaum hawa
|
atiqahsyahidah
Warga 3 Bintang Menyertai: 27.11.2005 Ahli No: 20514
Posting: 79
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 04-12-05 21:11
BILA DILIHAT PADA SIRAH RASUL...zaman jahiliah perempuan sentiasa menjadi bahan mainan..hak mereka direndahkan..dan bila islam berkembang..hak itu disamakan dengan lelaki..walaupun medan jihadnya terhad..tapi pahala yang didapatkan menyamai lelaki bilamana ia taat kepada Allah,rasul dan suaminya...hebatkan??
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 12-12-05 16:38
Pada 13-11-05 19:58 , mohdnurhakimin posting:!!! QUOTE !!! Hahaha, best jugak macam ni. Kenapa kita tak bandingkan malam dan siang? Kiri dan kanan?
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 12-12-05 16:53
Wa'alaikumussalam wrt wbt Assalamu'alaikum wrt wbt Alhamdulillah tajuk yang menarik. Bagi umi tanpa wanita siapa yang nak melahirkan bayi dan tanpa lelaki siapa yang nak jadi wali? Jadi masing-masing ada tugas dan peranan tersendiri dan saling memerlukan. Bersyukur jadi wanita kerana wanita mudah untuk mendapat syurga dengan empat perkara saja - solat, puasa, taat pada suami dan jaga antara dua peha (rujuk hadis soheh). Dan bagi lelaki bersyukurlah dilahirkan sebgai pemimpin (Imam) maka jadilah imam yang soleh ya! Wallahuta'ala a'lam bissawab Wassalamu'alaikum wrt wbt ummimq
|