YASSIN ... segalanya bleh terjadi...
Rasullulah S.A.W telah bersabda yang
bermaksud; Bacalah surah Yassin kerana ia
mengandungi keberkatan, iaitu:-
1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia
boleh menjadi "kenyang".
2. Jika orang tiada pakaian boleh
mendapat "pakaian".
3. Jika orang belum berkawin akan mendapat
jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan
takut.
5. Jika "terpenjara" akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat
kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang
ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah
meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang
rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit,
terhindar dari pada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya
setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran
itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah
Yassin, niscaya Allah menuliskan pahalanya
seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10
kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang
ajal orang yang suka membaca surah Yassin
pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa
dan meminta dosanya diampunkan Allah,
menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan
turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mau memaksa mencabut
nyawa orang yang suka membaca Yassin
sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga
membawa minuman untuknya. Ketika dia
meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia
dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Siapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam
Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah
Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan
setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari
kemudian dan dia akan menerima suratan
amalannya ditangan kanan dan diberi
kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui
keterangan ini, dia adalah orang-orang yang
munafik.
Berwasiat-wasiatanlah dengan kebenaran dan
kebajikan walaupun itu cuma sehujung jarimu.