Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Semua masalah boleh diselesaikan dengan cemerlang, asalkan kita menumpukan pada penyelesaian, bukan pada masalah. Allah SWT menyertakan penyelesaian untuk setiap masalah.
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 159
Ahli: 0
Jumlah: 159




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: *Kewajiban Terhadap Ibu Bapa*


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» *Kewajiban Terhadap Ibu Bapa*

Please Mendaftar To Post


Oleh *Kewajiban Terhadap Ibu Bapa*

Liayu_83
Warga Rasmi
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1460
Posting: 18
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-03 20:35


Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati.Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Quran dan Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka.

Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa.

Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita.

Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita.

Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya.

Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka. Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka."

Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini. Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya.

Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw:

"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya."

"Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga."





Bookmark and Share

    


  Member Information For Liayu_83Profil   Hantar PM kepada Liayu_83   Quote dan BalasQuote

kawan82
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 859
Posting: 205
Dari: bumi ALLAH

iraq  


posticon Posting pada: 20-06-03 13:02


iklan sebentar..
"seandainya aku telah dewasa..
Akan kucapai segala..
Citaku..harapanmu..
Akan kubalas kasihmu..
Ayah dan Ibu.."



-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...
<.::to act cool n to look cool is to be cool::.>"http://www.ukhwah.com/images/signkawan.gif">
AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...

[ Posting ini telah di edit oleh: kawan82 pada 2003-06-21 12:21 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For kawan82Profil   Hantar PM kepada kawan82   Quote dan BalasQuote

kakyong
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 25.06.2003
Ahli No: 1663
Posting: 176
Dari: Ipoh, Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-06-03 09:03


~Bismillahirrahmanirrahim~
Ya Allah, Ya tuhan kami, ampunilah dosa2 kami dan dosa2 kedua ibu bapa kami, dan kasihanilah mereka sebagaimana mrk mengasihani kami sewaktu kecil kami...Amin, Yarabbala'lamin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakyongProfil   Hantar PM kepada kakyong   Pergi ke kakyong's Website   Quote dan BalasQuote

wadah_ummah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 27.06.2003
Ahli No: 1729
Posting: 80
Dari: negeri tuan guru

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-03 10:19


wahai sahabat... tahukah bagaimana caranya untuk kita membuat teguran buat si bapa yang telah melukakan hati anak2nya dan juga isterinya? perkara sebegini penting untuk di[pelajari oleh kita semer....

PESAN SAIDINA ALI R.A.
Sebagai ibu bapa, jadikanlah 3 peringkat umur anak2mu itu sebagai pelengkap hidupmu... amalkanlah...
1) 7 tahun pertama anak2: bermain-mainlah dengan anak2mu
2) 7 tahun kedua anak2: disiplinkanlah anak2mu
3) 7 tahun seterusnya: jadilah sahabat kepada anak2mu

Wahai sahabatku, ingatlah pesanan saya yg tak seberapa ini, ttp kesannya cukup mendalam buat anak2mu kelak.... ibu bapa yg bijaksana ialah mereka yg mampu menyesuaikan diri dan memahami jiwa anak2 dalam semua peringkat usia....

Bookmark and Share

    


  Member Information For wadah_ummahProfil   Hantar PM kepada wadah_ummah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.154109 saat. Lajunya....