Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 127
Ahli: 0
Jumlah: 127




Yang Masuk Ke Sini
nasiruddin: 2 hari yang lalu
Kang: 21 hari yang lalu
lidah-penghunus: 23 hari yang lalu
muslimin23: 31 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Bincang Agama
Topik: Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka

Please Mendaftar To Post


Oleh Kedudukan Syi‘ah Dan Kelebihan Mereka

kanz_alhikmah
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11393
Posting: 13
Dari: kuala kangsar

Perak  


posticon Posting pada: 26-10-04 21:24


Beberapa orang di kalangan sahabat kami, daripada Sahal bin Ziad, daripada Muhammad bin Sulaiman, daripada bapanya berkata: Aku berada di sisi Abu Abdullah a.s, tiba-tiba Abu Basir datang. Beliau kelihatan resah dengan nafas yang tinggi. Apabila beliau duduk, maka Abu Abdullah a.s berkata kepadanya: Wahai Abu Muhammad, apakah keresahan ini? Maka beliau berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, wahai anak lelaki Rasulullah, umurku telah tua, tulangku menjadi reput dan ajalku semakin hampir, tetapi aku masih tidak mengetahui mengenai apa yang akan berlaku kepadaku di akhirat kelak.

Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, anda yang berkata sedemikian? Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, kenapa aku tidak boleh berkata sedemikian? Maka beliau a.s berkata: Tidakkah anda mengetahui bahawa Allah memuliakan pemuda-pemuda (al-Syabaab) daripada kamu dan malu kepada golongan tua (al-Kuhul)? Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, bagaimana Dia memuliakan pemuda-pemuda di kalangan kita dan Dia malu kepada golongan tua?

Beliau a.s. berkata: Dia memuliakan pemuda-pemuda daripada kamu supaya Dia tidak menyeksa mereka dan Dia malu kepada golongan tua daripada kamu supaya Dia tidak menghisabkan mereka. Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, adakah ini khusus untuk kita atau untuk semua ahli tauhid? Beliau a.s berkata: Tidak, demi Tuhan ia khusus untuk kamu dan bukan untuk orang lain. Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, sesungguhnya kami telah melakukan perkara yang buruk, belakang kami telah pecah, hati kami telah mati, penguasa-penguasa telah menghalalkan darah kami di dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh para ulama mereka3.

Beliau a.s. berkata: al-Rafidhah? Abu Basir berkata: Ya. Beliau a.s. berkata: Bukan mereka yang telah menamakan kamu dengannya, malah Allah yang telah menamakan kamu dengan nama tersebut. Tidakkah kamu mengetahui, wahai Abu Muhammad, bahawa bersama Fir‘aun adalah tujuh puluh lelaki daripada Bani Israel yang beragama dengan agamanya. Ketika ternyata bagi mereka kesesatan Fir‘aun dan hidayat Musa, maka mereka Rafadhuu (menolak) Fir‘aun.

Kemudian mereka menyertai Musa dan berada di dalam kem Musa dan dikenali sebagai orang yang kuat beribadat dan berijtihad. Mereka telah menolak Fir‘aun. Maka Allah telah mewahyukan kepada Musa supaya menetapkan nama ini untuk mereka di dalam Taurat. Sesungguhnya aku telah menggunakan nama mereka, kemudian Allah menyimpan nama ini sehingga Dia menamakan kamu dengannya. Wahai Abu Muhammad, mereka telah menolak kebaikan dan kamu menolak kejahatan. Manusia telah berpecah kepada beberapa golongan dan Syi‘ah, tetapi kamu telah menjadi Syi‘ah Ahlu l-Bait Nabi kamu. Maka kamu telah berpegang kepada apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan kamu memilih apa yang telah dipilihkan oleh Allah. Maka bergembiralah dan berikan khabar gembira ini kepada mereka.

Kamu, demi Tuhan, dirahmati, diterima kebaikan kamu, diampuni kejahatan kamu. Siapa yang tidak berjumpa dengan Allah seperti kamu, maka Allah tidak akan menerima amalan baiknya dan tidak memaafkan kejahatannya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya meluruhkan dosa-dosa daripada belakang Syi‘ah kami sebagaimana angin meluruhkan daun daripada pohon pada masa luruhnya sebagaimana firman-Nya di dalam Surah al-Syura (42):5 “Para malaikat bertasbih dan memuji Tuhan mereka dan memohon ampun bagi golongan yang ada di bumi†Istighfaruu-hum. Permohonan ampun oleh para malaikat adalah untuk kamu bukan untuk alam ini. Adakah aku telah menggembirakan kamu, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Ahzab (33):23 “Di antara golongan mukmin itu ada golongan yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur,dan di antara mereka ada yang menunggu-nunggu,dan mereka sedikit pun tidak mengubah(janjinya)â€

Demi Allah, sesungguhnya Dia tidak maksudkan selain daripada kamu, kerana kamu telah menyempurnakan perjanjian kamu (mithaqa-kum) mengenai wilayah kami dan kamu tidak menukarkan kami dengan orang selain daripada kami. Jika kamu tidak berbuat sedemikian, nescaya Allah akan menghina kamu sebagaimana Dia telah menghina orang lain selain daripada kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-A‘raaf (7):102 “Dan kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji, sesungguhnya kami mendapati kebanyakan mereka golongan yang fasiqâ€. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku? Beliau a.s berkata: Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Zukhruf (43): 67 “Teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali golongan yang bertakwa†Makhluk, demi Tuhan, besok menjadi musuh selain daripada kami dan Syi‘ah kami. Allah tidak maksudkan dengan al-Muttaqiin selain daripada kami dan selain daripada Syi‘ah kami. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad? Aku berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, beliau a.s berkata: Allah telah mengumpulkan kami, wali kami dan musuh kami di dalam satu ayat di dalam Kitab-Nya Surah al-Zumar (39):9 “Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran†Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, demi Tuhan, Dia tidak mengecualikan seorang di kalangan para wasi dan pengikut mereka selain daripada Amir al-Mukminin a.s, dan Syi‘ahnya. Allah berfirman di dalam Surah al-Dukhaan (44) :41-2 “Iaitu hari seorang karib tidak dapat memberi manfaat kepada karibnya sedikit pun dan mereka tidak akan dapat pertolongan, kecuali golongan yang diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayangâ€

Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan dengan “rahmat†selain daripada Amir al-Mukminin a.s dan Syi‘ahnya. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya, maka Dia telah mewajibkan keampunan untuk kamu. Dia berfirman dalam Surah al-Zumar (39):53 “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya†Demi Tuhan, Dia tidak maksudkannya selain daripada kamu. Adakah aku telah mengembirakan kamu, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut dan melindungi kamu daripada syaitan yang dilaknati di dalam Kitab-Nya Surah al-Hijr (15): 42 dan Surah al-Israa’(17): 65 “Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada kekuasaan bagimu terhadap merekaâ€

Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kita dan selain daripada Syi‘ah kita (ma‘anna ghaira-na wa ghaira syi‘ati-na). Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambah lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Nisa’ (4): 69 “Dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama dengan golongan yang dianugerahi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, para siddiqin, golongan yang mati syahid dan golongan soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknyaâ€

Muhammad s.a.w adalah al-Nabiyyin, kami adalah al-Siddiqin dan al-Syuhada’, dan kamu adalah al-Salihun. Kamu dinamakan dengan al-Salihin sebagaimana Allah telah menamakan kamu. Demi Tuhan, Dia tidak maksudkan selain daripada kamu. Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diri aku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku. Beliau a.s berkata: Sesungguhnya Allah telah menyebut kamu di dalam Kitab-Nya Surah al-Sad (3:62 “Dan (golongan derhaka) berkata: Mengapa kami tidak melihat golongan yang dahulu (di dunia) kami anggap sebagai golongan jahat†Kamu yang akan dicari di neraka berada di syurga, demi Tuhan, kamu dihormati. Adakah aku telah menggembirakan anda wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, beliau a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, tiada satu ayatpun yang membawa kepada syurga dan menyebut ahlinya dengan kebaikan melainkan ia adalah untuk kita dan Syi‘ah kita. Tiada satu ayatpun yang menyebut ahlinya dengan kejahatan dan membawanya ke neraka melainkan ia adalah untuk musuh kita (hiya fi ‘aduwwi-na) dan orang yang menyalahi kita (man khaalafa-na). Adakah aku telah menggembirakan anda, wahai Abu Muhammad?

Abu Basir berkata: Aku jadikan diriku tebusan anda, tambahkan lagi untuk aku, Abu Abdullah a.s berkata: Wahai Abu Muhammad, bukan di atas millah (agama) Ibrahim selain daripada kita dan Syi‘ah kita, sementara orang lain terlepas daripadanya. Wahai Abu Muhammad, adakah aku telah menggembirakan anda? Di dalam riwayat yang lain, Abu Basir berkata: Cukuplah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kanz_alhikmahProfil   Hantar PM kepada kanz_alhikmah   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 26-10-04 22:56


musykil...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-10-04 23:00


very confusing.. aper maksud 'syiah' dlm ni??

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.129361 saat. Lajunya....