Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah pernah berkata: Tidak dimungkiri bahawa hati itu dapat berkarat seperti berkaratnya besi dan perak. Alat yang dapat membersihkan hati berkarat adalah zikir. Zikir dapat membersihkan hati berkarat sehingga dapat berubah menjadi bening seperti cermin yang bersih. Apabila seseorang meninggalkan zikir, hatinya akan berkarat. Dan apabila ia berzikir, hatinya akan bersih.
--

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 19 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: AL-FATIHAH: 4 beranak dibunuh --Isteri, dua anak pelajar kita di Kaherah rentung


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» AL-FATIHAH: 4 beranak dibunuh --Isteri, dua anak pelajar kita di Kaherah rentung

Please Mendaftar To Post


Oleh AL-FATIHAH: 4 beranak dibunuh --Isteri, dua anak pelajar kita di Kaherah rentung

permata_syurga
Warga Rasmi
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9949
Posting: 9
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 10:02


Seorang pelajar Malaysia di Universiti Al-Azhar ditikam bertubi-tubi sehingga mati manakala isterinya dicederakan sebelum dibakar hidup-hidup bersama dua anak mereka di sebuah rumah di Bandar Haiyu-Syair, Kaherah, Jumaat lalu.

Identiti keluarga malang itu disahkan sebagai Muhammad Zaki Ayub, 27; isterinya, Nurul Hayati Bohari, 27 dan anak-anak mereka Siti Maryam Hafizah, tiga tahun tiga bulan, dan Muhammad Muazz Hafiz, 11 bulan.

Mayat Mohd. Zaki ditemui di ruang tamu rumahnya dengan tiga kesan tikaman di belakang badan, dua di dada, satu di dahi dan beberapa kesan dikelar di leher.

Mayat isterinya yang turut dicederakan dijumpai rentung bersama dua orang anak mereka di salah sebuah bilik rumah kediaman tiga bilik pasangan tersebut.

Mohd. Zaki merupakan pelajar tahun akhir jurusan syariah Islamiah dan isterinya pula bekas penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Kedua-dua mereka berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Mohd. Zaki juga difahamkan seorang peniaga dan mempunyai dua restoran dan sebuah kafe siber di sana.

Berdasarkan siasatan awal polis mendapati, Mohd. Zaki yang menjadi sasaran utama penceroboh berdasarkan kesan tikaman pada anggota badannya.

Mohd. Zaki yang dipercayai bergelut dengan penceroboh kemungkinan cuba diselamatkan oleh isterinya.

Bagaimanapun, penceroboh yang dipercayai lebih daripada seorang, mencederakan isteri mangsa dan mengheretnya ke sebuah bilik bersama anak-anak mereka dan dibakar.

Pembunuhan kejam dan ngeri itu hanya disedari oleh jiran selepas bilik rumah tersebut terbakar.


Al-Fatihah untuk Ustaz Zaki dan Hayati sekeluarga

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_syurgaProfil   Hantar PM kepada permata_syurga   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 10:41


....

Al-fatihah.....

sayu sungguh hati ana bila mendapat berita bahawa pelajar kite telah dibunuh ngan kejam oleh seorang pelajar jugak berasal dari indon.Hanya doa dan mata yang mampu ana hadiah pada Allayarham Zuku bin Ayub.terlalu kejam klau kite bayangkan...dan ana mendapat berita bahawa pembunuh adalah seorang teman baik Allahyarham zuki,yang mengharukan ana jugak motif pembunuhan adalah kerana duit!!!....Ya Allah murahnyer nilai nyawa seorang manusia,hanya bernilai seperti duit?...berhati2lah duhai sahabat2 semua jangan terlalu percaya sangat pada sahabat kite sendirik,tidak semestinya orang yang selalu ngan kite adalah yang terbaik....tapi berhati2lah mereka nielah ibarat musuh dalam selimut.Marialh kite sentiasa memohon agar Allah sentiasa melindungi diri kita dan keluarga kita dari segala fitnah dunia yang tidak berkesudahan ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 10:55



lahaulawala....isshh.. kejam sungguh manusia tu..
ana baru shj baca muka depan berita harian..
ya Allah.. moge mrk sekeluarga ditempatkan di kalangan orang yg mukmin...AL FATIHAH....



-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

INSPIRASI_HATI
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11253
Posting: 258
Dari: Selangor....Perak.

Selangor  


posticon Posting pada: 18-10-04 11:00




Al-Fatihah

sayu bila membaca artikel ni. kejam sungguh.....
di manakah nilai kemanusiaan sekarang ni......

Bookmark and Share

    


  Member Information For INSPIRASI_HATIProfil   Hantar PM kepada INSPIRASI_HATI   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 11:47


Mereka adalah senior kat KISAS batch STPM '96...
alfatihah buat mereka

ni keratan akhbat Mesir Al-Gomhuria 17/10/2004



Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

sasician
WARGA SETIA
Menyertai: 04.05.2004
Ahli No: 8783
Posting: 453
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 11:48


Terjemahan keratan akhbar

*****************************************************

Penyiasat membongkar kes pembunuhan keluarga Malaysia
selepas 12 jam

Warganegara Indonesia : Bersalah dalam pembunuhan Nasr
City .... kerana perselisihan kewangan – membunuh dan
membakar kawannya sekeluarga untuk menghilangkan kesan
jenayahnya

Pegawai Penyiasat daripada pejabat Am Penyiasatan,
Kaherah telah berjaya membongkar kes pembunuhan
sekeluarga rakyat Malaysia dalam masa 12 jam selepas
kejadian.Keluarga tersebut terdiri daripada Mohd Zaki
Ayob (27 tahun) mahasiswa tahun akhir Jabatan Syariah
Islamiah Universiti al-Azhar, isterinya Nurul Hayati
bt Bohari (27 tahun) suri rumah dan 2 orang anak
mereka Maryam (4 tahun) dan Mu'az (setahun). Mereka
dijumpai hangus terbakar dan terdapat beberapa kesan
tikaman didalam rumah sewa mereka di No 51, kawasan
Perumahan Swisry Nasr City.Pihak siasatan polis
mengenalpasti tertuduh yang membunuh keluarga tersebut
ialah Darman Agustari (33 tahun) warganegara Indonesia
pemilik sebuah restoran yang merupakan kawan kepada
mangsa. Tertuduh melakukan jenayah tersebut dengan
membunuh mangsa dengan menikam menggunakan pisau
selepas berlaku perselisihan diantara keduanya dalam
perkara yang berkaitan dengan perniagaan pertukaran
wang asing. Kemudian tertuduh telah membunuh isteri
mangsa sewaktu beliau cuba untuk meminta tolong kepada
jiran yang lain.Tertuduh meletakkan 2 mangsa yang
dibunuhnya tadi dalam bilik tidur bersebelahan dengan
kedua-dua anak mereka yang menangis ketakutan.
Tertuduh juga melarikan sejumlah wang dan 2 telefon
bimbit seterusnya menyalakan api untuk membakar 4 ahli
keluarga tersebut untuk menghilangkan kesan-kesan
pembunuhan lantas menutup pintu dan melarikan diri
dalam keadaan tenang dengan harapan tiada seorang pun
menyedari tindakannya.Pihak polis telah berjaya
menangkap tertuduh dan dia telah mengaku bersalah dan
menceritakan secara terperinci apa yang telah
dilakukannya.

Kejadian kebakaran dapat dikesan pada jam 10 pagi hari
Jumaat ketika penghuni blok bangunan tersebut iaitu No
51, kawasan Perumahan Swisry,Nasr City menyedari ada
kepulan asap yang tebal keluar daripada rumah mangsa
(mohd Zaki Ayob). Semua yang melihat kejadian itu
terkejut dan mendapati api sedang marak menyala
daripada rumah mangsa. Kebakaran berlaku dalam masa
yang begitu pantas dan mereka tidak mampu
memadamkannya dan tiada seorang pun tahu kewujudan
mangsa dalam rumah tersebut pada waktu itu.

• Penduduk kawasan perumahan tersebut segera
melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan bomba,
dan tidak lama kemudian 3 buah kereta bomba sampai di
tempat kejadian lalu mereka mengambil tindakan pantas
memadamkan kebakaran disamping menutup mematikan
elektrik dan saliran gas di blok bangunan tersebut.
• Pihak bomba dengan pantas berjaya mengawal api
dengan bantuan penduduk setempat. Dan mereka terkejut
apabila mendapati terdapat empat jasad keluarga mangsa
hangus terbakar dalam bilik tidur rumah tersebut di
samping wujudnya kesan-kesan darah di dalam rumah
mangsa yang mengambarkan terdapatnya unsur-unsur
pembunuhan telah berlaku dalam kejadian kebakaran
tersebut.Tertuduh mengambil jalan membakar rumah
mangsa untuk menyembunyikan jenayahnya.

Tikaman Pisau

• Ketua Polis Bahagian Penyiasatan dan pihak yang
bertanggungjawab sampai ke tempat kejadian telah
membongkar kes pembunuhan tersebut berdasarkan
bukti-bukti yang boleh membantu siasatan mereka di
antaranya wujudnya beberapa kesan tikaman di dada,
tengkuk dan muka mangsa.Begitu juga yang terdapat di
jasad isterinya, begitu juga pembakaran jasad mereka
sekeluarga. Mereka juga mendapati tiadanya sebarang
kesan ceroboh di pintu rumah dan tingkap rumah sewa
mangsa.Ini menyakinkan lagi bahawa pembunuh adalah
seorang yang dikenali oleh mangsa dan dia adalah
tetamu kepada mangsa.
• Kejadian ini sampai ke pengetahuan Ketua Polis Nabil
Azby pembantu Menteri Dalam Negeri bahagian keamanan
Kaherah lalu mengarahkan agar pembentukan satu pasukan
penyiasat yang diketuai oleh Ketua Pejabat Am Siasatan
untuk menyelesaikan kes ini dan menangkap
pembunuh.Mereka telah menyoalsiasat kawan-kawan mangsa
daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia dan sesiapa
sahaja yang selalu datang ke rumah mangsa.Pihak
berwajib mendapat maklumat hasil soal jawab tersebut
bahawa mangsa datang ke Mesir bersama isterinya lebih
kurang 5 tahun yang lalu untuk belajar di Universiti
al-Azhar dan mereka berdua menyewa sebuah rumah dan
tinggal di situ dan Allah mengurniakan dua orang
cahayamata sepanjang tempoh tersebut.Untuk mendapatkan
pendapatan tambahan mangsa telah menyewa sebuah rumah
untuk dijadikan restoran makanan Malaysia dan cyber
cafe serta pada masa yang sama telah membeli sebuah
motosikal.

Pembunuh dikenalpasti.

Hasil siasatan mendapati mangsa yang dibunuh telah
melakukan urusan perniagaan pertukaran mata wang asing
tanpa permit dengan rakannya Darman Agustari (33
tahun) warganegara Indonesia pemilik Restoran makanan
Asia di kawasan perumahan yang sama yang telah
bersembunyi selepas kejadian.

• Pihak penyiasat polis melakukan usaha pencarian
untuk menjejaki rakan mangsa yang berwarganegara
Indonesia ini dan berjaya menangkap dalam salah sebuah
hospital swasta di Mohandesin,Giza yang sedang
mendapatkan rawatan hasil kecederaan ringan tangan
kirinya.
• Pada permulaannya, semasa sesi soal jawab dijalankan
tertuduh berusaha untuk menafikan dan mendakwa bahawa
dia tiada kaitan dengan kejadian tersebut.Namun dia
tidak mampu menjawab soalan yang diajukan berkaitan
dengan kecederaan yang dialaminya.Setelah ditekan dan
diajukan soalan yang bertubi-tubi akhirnya dia
mengakui bersalah melalukan jenayah tersebut sambil
menangis dan menjerit-jerit.Tertuduh berulangkali
mengatakan "Ya akulah yang membunuh kawan aku rakyat
Malaysia dan ahli keluarganya dan aku juga telah
membakar mangsa di rumah mereka".

Tertuduh mengaku

Sambil mengingati detik-detik pembunuhan tersebut
tertuduh menyatakan bahawa dia telah pergi ke rumah
rakannya(mangsa) pada jam 9 pagi 1 Ramadhan untuk
mendapat persetujuan urusan tukaran mata wang asing
sebanyak USD 16,000 mewakili seorang kawannya yang
lain. Dan ketika perbincangan berlaku perselisihan
faham di antara kedua-duanya dan ia bertukar menjadi
pergelutan yang menyebabkan mangsa mengambil pisau
dari dapur dan menyebabkan kecederaan di tangan
tertuduh.Lantas tertuduh melawan kembali dan mengambil
pisau dari tangan mangsa lalu menikamnya beberapa
kali.Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah di
badannya,tiba-tiba isteri mangsa menyedari kejadian
tersebut lantas menjerit meminta tolong sejurus
selepas keluar daripada bilik tidur.Lalu tertuduh
memegang isteri mangsa dan menutup mulutnya sambil
menikamnya dengan pisau.Kemudian tertuduh menarik
kedua-dua jasad mangsa suami isteri dan meletakkannya
disebelah kedua-dua anak mereka yang sedang menangis
ketakutan.Kemudian tertuduh menggeledah rumah mangsa
dan menjumpai sejumlah wang sebanyak 44,000 pound
Mesir dan 2 telefon bimbit lalu melarikannya. Dalam
keadaan marah tertuduh mengambil tindakan membakar
rumah sewa mangsa, kemudian dia pun keluar melarikan
diri dengan sangkaan tiada seorang pun yang akan
mengetahui tindakan jenayah yang dilakukan.Seolah-olah
kematian mangsa disebabkan oleh kebakaran ketika
mereka sekeluarga sedang tidur.Namun segala-galanya
terbongkar selepas beberapa jam sahaja, kejadian
tersebut telah menghantui tertuduh sehingga dia tidak
dapat tidur dengan lena.Tertuduh menyambung dengan
mengatakan " Sekarang saya sangat sedih kerana
membunuh keluarga mangsa yang tidak berdosa". Tertuduh
juga mengatakan bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya
dan sanggup menerima sebarang tindakan atas perbuatan
jenayahnya dan akan menunjukan tempat terletaknya
pisau serta kedudukan barang-barang yang
diambilnya.Tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa untuk
siasatan lanjut

Sumber : Al-Gomhuria 17/10/2004
Tulisan : Aiman as-Sibaie
Terjemahan : Anhar Opir

Bookmark and Share

    


  Member Information For sasicianProfil   Hantar PM kepada sasician   Pergi ke sasician's Website   Quote dan BalasQuote

putri_ibu
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2004
Ahli No: 11007
Posting: 29
Dari: Bumi KenyaLAnG

Sarawak  


posticon Posting pada: 18-10-04 11:51




Innalillaahi wainnalillaahi rajiuun...

AL-FATIHAH..

semoga roh mereka sekeluarga dicucuri rahmat dari Nya. amiin..

Bookmark and Share

    


  Member Information For putri_ibuProfil   Hantar PM kepada putri_ibu   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 11:52


takziah kepada keluarga allahyarham....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

princess_of_heart
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.06.2004
Ahli No: 9744
Posting: 74
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 18-10-04 12:04


smoga Allah menempatkan jenazah uztaz zuki dan keluarga di tempat org2 yg beriman n moga2 tertuduh insaf akan kesalahan yg telah dilakukan dan moga2 Allah menerima taubatnya...

"Kita merancang, Allah juga merancang tetapi sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For princess_of_heartProfil   Hantar PM kepada princess_of_heart   Pergi ke princess_of_heart's Website   Quote dan BalasQuote

abuyaa
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9943
Posting: 22
Dari: Kuala Terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-10-04 12:18



Takziah kepada kepada keluarga allahyarham...


Bookmark and Share

    


  Member Information For abuyaaProfil   Hantar PM kepada abuyaa   Quote dan BalasQuote

diana_alisyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 22.07.2004
Ahli No: 10220
Posting: 112
Dari: Taiping Mali

Perak   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 13:30


takziah buat keluarga mangsa...


Bookmark and Share

    


  Member Information For diana_alisyahProfil   Hantar PM kepada diana_alisyah   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 13:40


Al-Fatihah bagi allahyarham sekeluarga...

Semoga Allaah mencucuri rahmat ke atas mereka..


Ini adalah kes pembunuhan yang tak dirancang ianya berlaku sekelip mata..dari hendak berbincang maka jadi kes lain pergaduhan. Semoga tertuduh benar-benar insaf...

Amin....


p/s: ambil iktibar

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

permata_islam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.10.2003
Ahli No: 4241
Posting: 132
Dari: gombak

Selangor  


posticon Posting pada: 18-10-04 13:48


innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
sedihnya bila baca berita tu...knp kejam sgt kawan endon dia tu...mesti keluarga mangsa kt malaysia ni sedih giler...tp..alangkah indahnya keluarga mangsa kembali ke rahmatullah pada 1 ramadhan bersamaan dgn hari jumaat...tapi..kesian..tak dpt nak mula puasa.semoga mereka dicucuri rahmat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_islamProfil   Hantar PM kepada permata_islam   Pergi ke permata_islam's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 18-10-04 14:22




innalillahi wainna ilaihi raaji'uun..

ibadah puasa sememangnya menuntut kesabaran yg tinggi.. bkn senang nak kawal hawa nafsu tu.. bila manusia tak mampu kawal mcm ni lah jadinya.. semoga tertuduh tu benar2 insaf dgn perbuatannya..

takziah utk keluarga Allahyarham di m'sia..


Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

peng_yu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 17
Posting: 120
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 18-10-04 14:56




innalillah....semoga dicucuri rahmat...
sama-sama kita doakan mereka tergolong dikalangan para syuhada'..amiin..

takziah buat keluarga beliau

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For peng_yuProfil   Hantar PM kepada peng_yu   Quote dan BalasQuote

fairuzah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2004
Ahli No: 7304
Posting: 440
Dari: negeri sembilan

syria   avatar


posticon Posting pada: 18-10-04 21:59




ntah ape² la mamat indon tu....sadis & brutal betui..gaduh sampai bakar² orang la plak...emm ye laa...dah sampai ajal 4 orang tu....indon tu sebagai penyebab je...tol tak...

Bookmark and Share

    


  Member Information For fairuzahProfil   Hantar PM kepada fairuzah   Quote dan BalasQuote

syed
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 29.10.2003
Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 04:48



salam takiah buat keluarga mangsa...beginilah adat manusia yg bertuhankan nafsu kebendaan,walaupun ade sejarah yg tak akan ungkin tersingkap..ape2pun...al-fatihah buat mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syedProfil   Hantar PM kepada syed   Pergi ke syed's Website   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 19-10-04 05:31


Innalillahiwainnalillahrojiun..........takziah kpada keluarga mangsa......semoga mangsa tergolong dalam golongan mereka yg beriman.....aminnnnnnn

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 19-10-04 08:58


Takziah buat keluarga mangsa....sedih saya tengok berita semalam,cutenya anak dia....apa nak jadi ngan dunia,dah takde dah tempat selamat,....Apa nak jadiiiiiiii

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

zahratul_ikhwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.11.2003
Ahli No: 4985
Posting: 235
Dari: Chendering

Terengganu  


posticon Posting pada: 19-10-04 11:00




al-fatihah

semuga mrk tergolong dlm golongan org.2 mukmin..

Amin


Bookmark and Share

    


  Member Information For zahratul_ikhwanProfil   Hantar PM kepada zahratul_ikhwan   Pergi ke zahratul_ikhwan's Website   Quote dan BalasQuote

zeikiyya
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.08.2004
Ahli No: 10442
Posting: 40
Dari: serambi mekah

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-10-04 11:29


...
inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un..
takziah buat keluarga mangsa.....smg Allah s.w.t mencucuri rahmat ke ats mereka...amiin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zeikiyyaProfil   Hantar PM kepada zeikiyya   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 12:10


..
ajal maut semua ALLAH dah tetapkan..
semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya..

al fatihah...

p/s..bila nafsu buas menguasai diri..apa jua boleh dihalalkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

ismi_safiza
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3152
Posting: 1368
Dari: PutraJaya

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 12:30



zalimnya manusia itu,
al-fatihah.

-----------------
Lilypie 1st Birthday Ticker

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_safizaProfil   Hantar PM kepada ismi_safiza   Pergi ke ismi_safiza's Website   Quote dan BalasQuote

nur_faqirah
Warga Rasmi
Menyertai: 19.12.2003
Ahli No: 5838
Posting: 14
Dari: kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 19-10-04 13:54


Innalillahhi wa inna ilaihirajiuun..
Daripada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali

masa ana mula2 baca berita tu, sedih sangat.tapi semua tu dah ketentuan Allah.tambah sedih lagi bila ana tengok anak2 yang masih kecil.
Begitulah manusia bila dikuasai nafsu jahat dan syaitan sehingga lupa pada kemanusiaan.
Doakan mudah2an mereka sekeluarga beroleh rahmat Allah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_faqirahProfil   Hantar PM kepada nur_faqirah   Quote dan BalasQuote

dakwah_ilahi
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2004
Ahli No: 7735
Posting: 1108
Dari: Eropah

uk   avatar


posticon Posting pada: 19-10-04 14:08


Innalillaahi wainnalillaahi rajiuun.......Al-Fatihah....

Takziah kepada keluarga mangsa......dan kita doakan moga rohnya termasuk dalam golongan yang beriman.....Begitulah sifat manusia,bila nafsu dan syaitan menguasai diri maka hilanglah pertimbangan akal dan lunturlah sifat kemanusiaan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dakwah_ilahiProfil   Hantar PM kepada dakwah_ilahi   Pergi ke dakwah_ilahi's Website   Quote dan BalasQuote

sumaiyyah_mujahidah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1070
Posting: 104
Dari: PeNang...SeLaNgOr

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 20-10-04 12:01




innalillahiwainnailahiraji'un..

sayu hati ini apabile terbace kisah pembunuhan
kejam ini. hanye krn wang sanggup membunuh
nyawe yg tidak berdosa.. takziah diucapkan
kpd keluarge mangse..sumaiyyah doakan moga roh org2 yg beriman dicucuri rahmat di tempat di
dalam golongan org yg soleh..

Al-Fatihah..

ilalliqa'

-----------------
::Jika ketenangan & keredhaanNYA yang dicari, Allah akan terus uji hati kita hingga pada suatu masa kita akan rasa indahnya tawakal kepadaNYA::

Bookmark and Share

    


  Member Information For sumaiyyah_mujahidahProfil   Hantar PM kepada sumaiyyah_mujahidah   Pergi ke sumaiyyah_mujahidah's Website   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 20-10-04 12:41


innalillahi wainna ilaihi raaji'uun..........

moga ALLAH menempatkan roh mereka dikalangan orang yang beriman.......



Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

GTF
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 519
Posting: 425
Dari: png

japan  


posticon Posting pada: 20-10-04 12:44


salam takziah dan bersabarlah kepada keluarga allahyarham........INGAT.....!!!!SETIAP PERBUATAN MESTI ADA BALASANNYA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For GTFProfil   Hantar PM kepada GTF   Pergi ke GTF's Website   Quote dan BalasQuote

Nuhdi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11722
Posting: 86
Dari: Cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-10-04 11:49


ya sahabat2....

innalillahi wainna ilaihi raaji'uun..........

mg dicucuri rahmat ke atas mereka insyaallah

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For NuhdiProfil   Hantar PM kepada Nuhdi   Quote dan BalasQuote

zinnieyrah5667
Warga 1 Bintang
Menyertai: 11.07.2004
Ahli No: 9959
Posting: 37
Dari: AL-MUNAWWARAH

iran   avatar


posticon Posting pada: 21-10-04 14:54



AL-FATIHAH
TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM.
SEMOGA MEREKA TERGOLONG DIKALANGAN ORG2 YG BERIMAN......
YA ALLAH KAU CUCURILAH RAHMAT KEATAS MEREKA & AMPUNILAH SEGALA DOSA2 MEREKA. AMIN YA RABBAL A'LAMIN

Bookmark and Share

    


  Member Information For zinnieyrah5667Profil   Hantar PM kepada zinnieyrah5667   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 21-10-04 21:28


akhirnya pembunuh tersebut dikenal pasti jugak.kononnya mahu tutup bukti dgn bakar mangsa,tapi dgn kuasa ALLAH,tertangkap jugak indon tu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

permata_syurga
Warga Rasmi
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9949
Posting: 9
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 01:38




skang ni...sahabat2 di kaherah tgh membantu mengemaskan harta2 allahyarham sekeluarg utk di hantar pulang ke malaysia...atas arahan pihak embassy...semoga sahabat2 di sana tabah di atas kehilangan Allahyarham Ustaz Zaki..wallahu alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For permata_syurgaProfil   Hantar PM kepada permata_syurga   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 09:42


Takziah kepada cikgu Ayub dan sekeluarga. Semoga Allah swt memberi ketabahan iman kepada cikgu Ayub yang sedang keluar di jalan Allah (khuruj fisabilillah) terhadap kesyahidan anak, menantu dan cucu-cucunya yang tersayang

Mafhum hadith "adakah kamu sangka kamu sudah beriman sebelum kamu diuji?"


Al-faatihah....


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 22-10-04 12:09


takziah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

miss_arin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8931
Posting: 288
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-10-04 20:33


walaupun peristiwa ni dah berlalu..tapi saya masih lagi rasa macam tak percaya..
saya tak kenal pun keluarga mangsa tu..tapi saya terkilan sangat dgn pembunuh tu...
restoren `penjenayah` tu mmg agak terkenal kat kaherah ni..saya dan sahabat2 yg lain kalau balik kaherah mmg tak lepaskan peluang menjamu selera kat restoren dia tu..
ala kulli hal..moga Allah mencucuri rahmat kpd arwah sekeluarga..amin ya Rabb..

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_arinProfil   Hantar PM kepada miss_arin   Pergi ke miss_arin's Website   Quote dan BalasQuote

hamaki
Warga Rasmi
Menyertai: 03.05.2004
Ahli No: 8765
Posting: 20
Dari: AlOr StAr

Kedah  


posticon Posting pada: 23-10-04 22:25


بسم الله الرحمن الرحيم

اللهم اغفرلهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم واغفر لنا ولهم و لاخواننا الذين سبقون بالايمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا انك رؤوف رحيم أمين

Bookmark and Share

    


  Member Information For hamakiProfil   Hantar PM kepada hamaki   Pergi ke hamaki's Website   Quote dan BalasQuote

cahaya_84
Warga 2 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 222
Posting: 45
Dari: sg besar

Selangor  


posticon Posting pada: 24-10-04 01:10


terkejut jugak bila dpt tau berita ni..ms kecik2 dulu mmg rapat dgn keluarga allahyarham.harap cikgu ayub sekeluarga dpt bersabar dgn dugaan yg diberikanNya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_84Profil   Hantar PM kepada cahaya_84   Quote dan BalasQuote

mukmeen
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.04.2004
Ahli No: 8263
Posting: 31
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 24-10-04 09:00



moga Allah merahmati mereka

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmeenProfil   Hantar PM kepada mukmeen   Pergi ke mukmeen's Website   Quote dan BalasQuote

afiqah_afaf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.10.2004
Ahli No: 11586
Posting: 238
Dari: mansoura

egypt  


posticon Posting pada: 24-10-04 16:50




INNILILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN....

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

    


  Member Information For afiqah_afafProfil   Hantar PM kepada afiqah_afaf   Quote dan BalasQuote

alhidayah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.06.2004
Ahli No: 9628
Posting: 55
Dari: kuktem

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-10-04 22:10


~Al-Fatihah buat keluarga mangsa~

~Innalillahiwainnailaihirajiu'un..~

Semoga Allah turunkan hidayat kpd mereka yang tak pernah tahu menghargai nilainya satu2 nyawa itu..

~ameen~

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhidayahProfil   Hantar PM kepada alhidayah   Pergi ke alhidayah's Website   Quote dan BalasQuote

itifa2
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11138
Posting: 80
Dari: johor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-10-04 01:10


AL-FATIHAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For itifa2Profil   Hantar PM kepada itifa2   Pergi ke itifa2's Website   Quote dan BalasQuote

fattah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.10.2004
Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI

newzealand  


posticon Posting pada: 29-10-04 12:16


takziah kpd keluarga mangsa.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fattahProfil   Hantar PM kepada fattah   Quote dan BalasQuote

ainnursolehah
Warga Rasmi
Menyertai: 03.09.2004
Ahli No: 10902
Posting: 5
Dari: UTM

Terengganu  


posticon Posting pada: 02-11-04 12:23



Innalillahiwainna ilaihi rajiun...
Al-fatihah untuk arwah...

p/s : kun fayakun


Bookmark and Share

    


  Member Information For ainnursolehahProfil   Hantar PM kepada ainnursolehah   Quote dan BalasQuote

su_maiyyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17420
Posting: 33

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-09-05 00:57


innalillahi wainna ilaihiraji'un...
semoga roh mangsa dan keluarga dicucuri rahmat oleh yang Maha Esa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For su_maiyyahProfil   Hantar PM kepada su_maiyyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.495659 saat. Lajunya....