Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tonghuan
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43136

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
tonghuan: 10 jam, 47 minit yang lalu
khairoo84: 23 jam, 59 minit yang lalu
wyd1014: 3 hari yang lalu
lidah-penghunus: 6 hari yang lalu
muslimiman: 21 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 22 hari yang lalu
nur_tinta: 28 hari yang lalu


Jejak Mahasiswa
Topik: Dewan Rakyat: Lima IPTA pilihan majikan


Carian Forum

Moderator: Administrator, istisafa
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Mahasiswa
    »» Dewan Rakyat: Lima IPTA pilihan majikan

Please Mendaftar To Post


Oleh Dewan Rakyat: Lima IPTA pilihan majikan

kl_guy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11724
Posting: 94
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-10-04 20:29


dipetik dr BHarian (12/10/2004)

MAJIKAN di sektor industri lebih cenderung memilih graduan lepasan lima institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) yang sudah lama ditubuhkan di negara ini untuk bekerja dengan mereka, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Fu Ah Kiow.



Beliau berkata, antara yang menjadi pilihan ialah graduan Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Setiap IPTA mempunyai kelebihan masing-masing dan tiada IPTA mempunyai kelebihan secara keseluruhan daripada segi pengiktirafan siswazah mereka.

“Bagaimanapun, dari segi perjawatan dalam industri, ada kecenderungan untuk memilih graduan lepasan IPTA yang sudah lama ditubuhkan,” katanya menjawab soalan asal Edmund Chong (BN-Batu Sapi).

Fu berkata, bagi lepasan institusi pendidikan tinggi swasta, faktor pengiktirafan kursus Lembaga Akreditasi Negara (LAN) menjadi penyumbang utama kepada penggajian seseorang graduan.

“Ini kerana kursus pengajian sedemikian mempunyai unsur nilai tambah seperti layak memohon jawatan dalam sektor awam, boleh ditimbangkan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan pemindahan kredit, dan layak untuk mendaftar sebagai pengamal profesional,” katanya.

Bagaimanapun, Fu berkata, kemasukan graduan ke alam pekerjaan juga bergantung kepada faktor lain seperti keperluan guna tenaga semasa, ketrampilan graduan, kemahiran berkomunikasi, penguasaan bahasa Inggeris serta kebolehan dalam teknologi maklumat.

Beliau juga berkata, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) luar negara perlu mendapat kelulusan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) bagi kursus anjurannya sebelum diiktiraf Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan bagi membolehkan graduannya mendapat pekerjaan di sektor awam.

Katanya, bagaimanapun bagi sektor swasta, ia bergantung kepada budi bicara industri sama ada mereka memerlukan akreditasi LAN atau tidak bagi membolehkan graduan terbabit diterima bekerja.

"Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi laman web www.eghrmis.gov.my sudah menyenaraikan kursus yang ditawarkan universiti luar negara yang diiktiraf LAN.

"Bagaimanapun, tidak semua kursus atau program anjuran universiti luar negara diiktiraf oleh LAN. Pengiktirafan ini penting bagi membolehkan graduan diterima bekerja di sektor awam," katanya menjawab soalan tambahan Chong.

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen selepas itu, Fu berkata, pihaknya tidak pernah menerima laporan mengenai ijazah palsu yang dikeluarkan mana-mana IPTS setakat ini.

Katanya, LAN hanya bertanggungjawab membuat penilaian dan perakuan akreditasi untuk IPTS tempatan, bukan daripada universiti luar negara.

Mengenai program kerjasama IPTS tempatan dan luar negara, beliau memberi contoh bagi program 3+0, pengurusan universiti digalakkan mendapat akreditasi LAN tetapi perlu memastikan mereka memenuhi piawaian tertentu sebelum diiktiraf.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kl_guyProfil   Hantar PM kepada kl_guy   Quote dan BalasQuote

kl_guy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11724
Posting: 94
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 12-10-04 20:47


aper pendpat korang smua?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kl_guyProfil   Hantar PM kepada kl_guy   Quote dan BalasQuote

Prof_Muslim

Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2348
Posting: 3179
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-10-04 21:14


Prof mungkin menyokong walaupun tak faham sepenuhnya.

Salah satu cara nak menaikkan untuk martabat IPTA dlm negara.. serta memberi peluang persaingan yang lebih adil. Nnamun apa jua cara yg kerajaan buat.. para majikan atau korporat malah tanggapan umum perlu berubah ( bukan diubah ) perpekstif terhadap kualiti pelajar-pelajar kita jika setuju menyahut seruan ini. Ianya sebagai tanda sokongan untuk melihat pembangunan pendidikan di negara kita.

Itu mungkin melihat juga pada bidang -bidang yg tertentu mengikut prasarana global industri di negara kita.


sekilas pandangan shj.

maaf salah kata

-------------------
Prof_Muslim

Bookmark and Share

    


  Member Information For Prof_MuslimProfil   Hantar PM kepada Prof_Muslim   Quote dan BalasQuote

kl_guy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11724
Posting: 94
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-10-04 00:05


betul 2.IPTA harus amik peranan ke arah World Class University cam .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For kl_guyProfil   Hantar PM kepada kl_guy   Quote dan BalasQuote

mukmeen
Warga 1 Bintang
Menyertai: 07.04.2004
Ahli No: 8263
Posting: 31
Dari: perak

Perak  


posticon Posting pada: 13-10-04 08:08


alhamdulilah ade gak...nama USM..tak sia2 masuk USM

Bookmark and Share

    


  Member Information For mukmeenProfil   Hantar PM kepada mukmeen   Pergi ke mukmeen's Website   Quote dan BalasQuote

kl_guy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11724
Posting: 94
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-10-04 12:18


fuh...um msti ader.um kn yg tertua di malaysia

Bookmark and Share

    


  Member Information For kl_guyProfil   Hantar PM kepada kl_guy   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 13-10-04 12:25


sebenarnya perkara ni tak berapa betul, keperluan majikan tgk kepada kursus yg diambil dan juga kemahiran pelajar itu sendiri... tak guna juga klu kita keluar dr oxford sekalipun tp tak tahu buat kerja tak guna jugakan???? tapi rujuklah paper, kadang2 ada tulis dr ipt mana yg diorg nak atau keutamaan....

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

kl_guy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11724
Posting: 94
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-10-04 13:04


kl_guy stuju psal 2.

"tgk kepada kursus yg diambil dan juga kemahiran pelajar itu sendiri"

>> ini bgantung kpd silibus yg disediakan oleh pihak universiti dan juga bgaimana cara pnilaiannye. klu silibus U A bg subjek sama smpai chapter 3 tp U B smpai chaper 6, so U gak mainkan peranan.

"klu kita keluar dr oxford sekalipun tp tak tahu buat kerja tak guna jugakan"

>> peratusan kuar oxford ngan kuar dr U kt Malaysia, maner yg lbih banyak @ pndai buat kije. so, u gak mainkan peranan.

camner pun, sy stuju ia bgantung pd diri sendiri but majoriti kt Malaysia ne bgantung pd keadaan....

ke camner?

Bookmark and Share

    


  Member Information For kl_guyProfil   Hantar PM kepada kl_guy   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-10-04 15:18


aku mcm tak yakin je statements tu..betul ke..habis 42 000 lebih graduan tu dari mana ya?selain yg kayu BI....kayu merit..kayu dan kayan......



ps/:last time keluar
Graduan UITM pilihan Pasaran...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

yeop
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen

germany  


posticon Posting pada: 14-10-04 15:21



hmm...rasa-rasanya..graduan UiTM lagi laku kot...tak tahula betul ke..tak...tapi itula yg saya denga...

-----------------

\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.


Bookmark and Share

    


  Member Information For yeopProfil   Hantar PM kepada yeop   Quote dan BalasQuote

Kaisi
Warga 4 Bintang
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9907
Posting: 233
Dari: KB - The Islamic City

japan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-04 15:31



ala.....apsal lak camtuuu..abih tu aku ni camne..aku student uiam....susah la nk hidup kalu camni.uwaa.......mana aci......

Bookmark and Share

    


  Member Information For KaisiProfil   Hantar PM kepada Kaisi   Quote dan BalasQuote

dinulhuda1422h
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2447
Posting: 793
Dari: Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-10-04 16:06


..
kalau sayalaaa bos syarikat. saya rasa saya akan pilih mana2 graduan yang menguntungkan syarikat saya. tak kiralaa dia keluar dari IPT mana.kita test dulu laa dia punya skill. macam saya bidang komputer. banyak benda yang kita boleh uji. kalau kita yakin dia boleh menguntungkan syarikat kita. ambik jerlaaa dia kerja.nanti sama2 boleh maju.

syrikat swasta=untung
kerajaan = kebajikan


sekadar pandangan...
wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For dinulhuda1422hProfil   Hantar PM kepada dinulhuda1422h   Quote dan BalasQuote

AspIrasI83
Warga Rasmi
Menyertai: 11.10.2004
Ahli No: 11764
Posting: 19
Dari: bumi hijau

Kelantan  


posticon Posting pada: 14-10-04 18:02



alhamdulillah dpt masuk upm.tp,pada pendapat ana,bukan ke selain drpd ilmu dan kemahiran,personaliti diri sendiri pun ada gak bg sumbangan untuk dpt keja kt mn2 pn...
pendapat ana jer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AspIrasI83Profil   Hantar PM kepada AspIrasI83   Pergi ke AspIrasI83's Website   Quote dan BalasQuote

kl_guy
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.10.2004
Ahli No: 11724
Posting: 94
Dari: Malaysia

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 14-10-04 22:38


kl_guy amat bsetuju ngan dinulhuda1422H..

klu kl_guy majikan pun kl_guy buat cam 2

Bookmark and Share

    


  Member Information For kl_guyProfil   Hantar PM kepada kl_guy   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 17-10-04 16:48



Dari apa yang dapat saya lihat, universiti2 di negara kita hanya melahirkan graduan2 yang mahir/pakar dalam akademik tapi tidak berkemahiran untuk melakukan kerja. Antara faktor yang mungkin menyumbang kepada masalah ini ialah tiada/kurang latihan industri/praktikal yang dijalankan. Mungkin ini merupakan salah satu faktor yang mendorong kepada masalah ini.
Mengenai pengambilan pekerja, saya rasa bukan faktor dari universiti mana seseorang itu menamatkan pengajian. Tetapi sebanyak mana sumbangan yang boleh diberi oleh graduan itu kepada pertubuhan/syarikat.


-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

halawatuliman
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.01.2004
Ahli No: 6609
Posting: 346
Dari: bumi nan indah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-10-04 11:51




graduan u mana pun, pointer kena tggi kan?sbb bila anto resume,majikan xnampak sgt kemahiran kita,jadi berusahalah mendapatkan ilmu,kemahiran,dan pointer yg tggi..tetapi mestilah disertai dengan niat belajo yg betui..lillahi ta'ala
waallahua'lam

-----------------
..(",)..Allahumma Jammilna Bil 'afiah Wassalamah..(",)..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halawatulimanProfil   Hantar PM kepada halawatuliman   Pergi ke halawatuliman's Website   Quote dan BalasQuote

ikhramulmukminun
Warga Rasmi
Menyertai: 17.08.2004
Ahli No: 10588
Posting: 16
Dari: KL

sudan  


posticon Posting pada: 21-10-04 12:28



Secara positifnya suma kena take note,tmasuk student & mereka y mnjalankan polisi universiti.bagi yang mencari employee,xbole nak dpersalahkan.ana sendiri akan melihat pointer sbagai mainframe bakal pekerja,mengapa tak,pointer yang tinggi bermakna mereka ada komitmen,kesungguhan untuk berjaya.jadi menjadi satu matlamat kita untuk meletakan diri semahal harga dgn usaha yang lbih giat.WAllAHu'Alam

Bookmark and Share

    


  Member Information For ikhramulmukminunProfil   Hantar PM kepada ikhramulmukminun   Quote dan BalasQuote

suhaimi_sr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.07.2004
Ahli No: 9901
Posting: 1256
Dari: Sg Buloh, Selangor ada

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-10-04 12:55


IMU tak termasuk ker? Kalu tak silap ana, semua graduan IMU dpt keje sebab depa ambik course medical, pharmacy & nursing yg mmg hot job skrg nih.

p/s: Sesapa nak buat MBBS kat IPTA but tak dpt bolehlah apply kat IMU ni but kos agak tinggi sket la.

Suhaimi Hj Abd Karim
Student of Millionaire
[email protected]

[ Posting ini telah di edit oleh: suhaimi_sr pada 2004-10-21 12:58 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For suhaimi_srProfil   Hantar PM kepada suhaimi_sr   Pergi ke suhaimi_sr's Website   Quote dan BalasQuote

dr_muslim
Warga 1 Bintang
Menyertai: 21.10.2004
Ahli No: 12021
Posting: 21
Dari: TanOh MerOh...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-10-04 16:50


ye ker....bangga jugak jadi student ukm..tapi pikir2 balik,tak boleh nak terima sgt pendapat ni. ngaji ukm ker,um ker kalu result cukup2 makan,nak bercakap pun tak reti sapa nak abik keje..
buat member2 kat U lain,tak yah la susah ati.belajar je rajin2,insyaAllah kalu kita ikhlas nak tuntut ilmu,Allah pasti yolong kita.k betul tak???

Bookmark and Share

    


  Member Information For dr_muslimProfil   Hantar PM kepada dr_muslim   Quote dan BalasQuote

acidburnt18
Warga 1 Bintang
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11395
Posting: 25
Dari: kuantan

stkitts_nevis  


posticon Posting pada: 31-10-04 13:33


btul ker..
msti papev tuh c-lap/....print...tajuk asal die la kan rasa-rsnya la kn...6IPTA PILIHAN MAJIKAN...hehehe.
+uia..


Bookmark and Share

    


  Member Information For acidburnt18Profil   Hantar PM kepada acidburnt18   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 31-10-04 14:58


em.. ana dh bace paper.. tu.. dlm 2 weeks ago or..more than that..

don't think so...!! ape ade pd nama??
am i right...? yg penting keluar sebagai graduan..
yg berkualti & akademik yg bagus lebih menjamin..!! also yg serba-serbi perfect..

i know that no body perfect... but just make it good n do reformation laa... !!


cm tu.. kalu 5 je IPTA.. em.. ana tau.. U ana x de pun listed.. alahai.. but.. my U.. is the bestt U in management....

futhermore.. no komen laa.. just check ur self..
good.. godder.. godest...??
ops.. good better.. bestt..!!

-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..

Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 31-10-04 15:22


toward World Class University (UTM)...
"tiada kejayaan yg datang tanpa usaha yang gigih..bersusah-susahlah dahulu bersenang kemudian...."
tp atas usaha pelajar tue sendiri juga..harap U je power diri sendiri xpower xguna gak...
n yg penting kita usaha rezeki Allah tetapkan.

doa n tawakal

[ Posting ini telah di edit oleh: hafeezzul pada 2004-10-31 16:03 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

ahmie
Warga 1 Bintang
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9956
Posting: 39
Dari: tpGARANG

Selangor  


posticon Posting pada: 31-10-04 15:33


semua...
especially kpd yg tengah blajar....

Takyah bangga diri kalu ur U in d list...
& takyah sedih kalau ur U not in the list...

It's all up to yourselves.. Blaja kat U yg 'power' & 'laku' .. tapi sendiri x power, x laku buat pe...

Statement kalau xde statistik / fakta ... xleh dipercayai sangat... walaupun ia datang dari Dewan Rakyat!!

Wassalam,
x-UPM

Bookmark and Share

    


  Member Information For ahmieProfil   Hantar PM kepada ahmie   Quote dan BalasQuote

islamicboy
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2003
Ahli No: 5350
Posting: 717
Dari: Hijau Kuning

Kedah  


posticon Posting pada: 01-11-04 16:18


semua tak penting yang penting menuntut ilmu.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamicboyProfil   Hantar PM kepada islamicboy   Quote dan BalasQuote

nabilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11595
Posting: 85
Dari: UiTM

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-05 10:50


uitm ,uitm, the best, the best and the best at the world!

Bookmark and Share

    


  Member Information For nabillaProfil   Hantar PM kepada nabilla   Pergi ke nabilla's Website   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-09-05 12:43


erm..Kalau ikutkan..ini adalah isu last year..isu dah lapuk..

di mana anda belajar bukan soalnya..apa yang awak belajar..apa yang diajar..bagaimana kita menimbal balik ajaran itu yang jadi pokok sebenar..kan!?:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

srikandi_syahadah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2005
Ahli No: 14660
Posting: 202
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-05 22:31


rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara...

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_syahadahProfil   Hantar PM kepada srikandi_syahadah   Quote dan BalasQuote

yanzu_ummi
Warga 5 Bintang
Menyertai: 06.09.2004
Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-12-05 01:06


belajar kat mana-mana pun,kalau setakat teori saja terror buat apa..
apa-apa pun,bila melangkah ke alam pekerjaan,what we need is HANDS ON..
belajar tinggi tapi,tak reti nak hands on,susahlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yanzu_ummiProfil   Hantar PM kepada yanzu_ummi   Quote dan BalasQuote

realukhwah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.11.2005
Ahli No: 20541
Posting: 54

Pahang  


posticon Posting pada: 06-12-05 14:10


yang paling penting komunikasi,kredibiliti dan keyakinan paling penting. Bukan atas pointer semata2 ataupn kursus yang diambil semata2. Saya dah banyak pergi seminar+konvensyen student dngan masalah ini. Itu jawapan yang paling banyak disuarakan oleh student dan syarikat-syarikat besar. -- exMPP

Bookmark and Share

    


  Member Information For realukhwahProfil   Hantar PM kepada realukhwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106041 saat. Lajunya....