Oleh |
Nasyid Sekarang...Komen anda? |
plutonium
Warga 1 Bintang Menyertai: 31.01.2004 Ahli No: 6921
Posting: 21
Dari: Kuala Lumpur Malaysia
|
Posting pada: 10-10-04 16:36
NASYID KONTEMPORARI YANG MEMATIKAN SEMANGAT BERJUANG]  wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Alhamdulillah dengan izin Allah, Saifulislam Online telah selamat saya pindahkan ke server baru. Asal tujuan, semata-mata untuk membolehkan saya menempatkan koleksi mp3 nasyid alternatif kepada nasyid lain yang sedia ada di halaman-halaman yang lain. Sebagaimana yang telah saya jelaskan di halaman [ Nasyid ], banjiran dendangan nasyid-nasyid yang ada di pasaran hari ini seasalnya patut menjadi alternatif kepada gejala hiburan melampau yang wujud di dalam masyarakat. Tetapi entahlah, semenjak kemunculan kumpulan nasyid komersil menjelang tahun 2000, hari demi hari menyaksikan nasyid terpaksa mengikut kehendak arus yang sedia ada, dan bukan lagi cuba membentuk arus baru yang dikehendaki oleh Islam. Di zaman nasyid berkompang pada akhir 80an hingga pertengahan 90an, kaset-kaset RM4 yang dijual di kawasan ceramah, di sekolah-sekolah agama dan kedai-kedai buku sambil menunggu bas ekspres pulang ke kampung itu, mengandungi himpunan lagu yang menguatkan semangat untuk berjuang. Malah daripada nasyid itu kita boleh mempelajari tentang perkembangan perjuangan gerakan yang didokongi oleh kumpulan berkenaan. Lihat sahaja Nadamurni, nasyid seperti Musafir Kelana, Kawan, dan kaset Selamat Tinggal Duniaku yang agak kontroversi kerana didendangkan oleh Muslimat mereka, mencerminkan era pembinaan jemaah al-Arqam. Kemudian terbit pula kaset Rindu, Munajat dan sehinggalah kepada Pulang Abuya Pulang, memahamkan kepada kita tentang apa yang berlaku kepada perjuangan mereka. Saya tidaklah berhasrat untuk memberikan komen tentang isi kandungan nasyid-nasyid itu. Album Cahaya di Ufuk Timur yang memuatkan muqaddimah fikrah Pemuda Bani Tamim dan Imam Mahdi itu telah difatwakan haram oleh beberapa tokoh di tempat saya belajar di Jordan, bilamana ia dipertimbangkan daripada kaca mata Al-Quran dan penjelasan sebenar Hadith-hadith yang sahih. Namun yang ingin saya pertekankan adalah nasyid di zaman berkenaan adalah nasyid fikrah, nasyid dakwah, nasyid bermesej dan nasyid yang membangkitkan semangat berjuang. KEMUNCULAN AL-WADI DI MESIR Begitu juga kita semua terhibur dengan kemunculan kumpulan Usrah al-Wadi oleh pemuda-pemuda yang menuntut di Universiti al-Azhar. Kaset pertama mereka, saya pun tidak pasti sangat apa tajuknya, dirakamkan di dalam bilik sahaja. Kalau tidak silap saya tajuknya ialah "Di Manakah Silapnya". Ketika itu saya masih di Tingkatan Empat 1991. Nasyid-nasyid yang mereka dendangkan dengan penuh makna itu banyak menyumbang kepada pembinaan fikrah dan diri. Sehingga ia seakan-akan menjadikan saya lebih tua dari usia sebenar. Lagu Wasiat Sayyid Qutb yang asal sebelum dirakamkan semula di dalam album keempat mereka "Islam Penyelesaian" sangat menyentuh hati. Begitu juga dengan lagu Di Manakah Silapnya yang menceritakan tentang perpecahan menjadi punca kejatuhan Ummah sangat berkesan kepada diri. Selepas album pertama itu, muncul pula album kedua edisi terhad yang diterbitkan sebanyak 500 unit sahaja jika saya tidak tersilap. Iaitu kaset sempena Hari Raya Aidilfitri. Di antara lagu yang sangat saya kenangkan adalah "Anak Kecil di Palestin" yang turut saya dan penyanyi utamanya persembahkan di hadapan Sultan Perak di Dewan DBI, Ipoh sempena pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Perak pada tahun 1992. Semua orang terpegun dengan mesej tajam yang disampaikan bilamana nasyid kami anti klimaks. Orang lain sibuk mendendangkan nasyid goyang kepala dengan baju-baju yang menyilaukan mata, tiba-tiba kami dendangkan nasyid rintihan seorang anak kecil di Palestin yang meratapi kematian ibunya di pagi Aidilfitri oleh kekejaman regim Yahudi. Begitulah seterusnya terbit album Kepimpinan Ulama, Islam Penyelesaian, Fajar Lebaran dan Belenggu Fatamorgana yang bila mendengar isi kandungannya, seakan-akan mendengar berita al-Jazirah! Ada nasyid tentang Bosnia, Tragedi Natrah, Masjid Babri, Kashmir, Afghanistan dan segala krisis umat Islam disentuh. Akhirnya nasyid Membangun Bersama Islam dan Islam Penyelesaian menjadi konklusi kepada semua tragedi tersebut. Begitu juga dengan nasyid Ideologi dendangan Dr Jamnul Azhar yang menyebabkan ramai ternganga. Nasyid itu dengan penuh sarcastic menyindir golongan sekular yang sangsi dengan Islam, dan lebih selesa dengan teori Niccolo Machiavelli. UNITED KINGDOM TIDAK KETINGGALAN Usrah al-Wadi di Mesir juga menghasilkan anak buahnya iaitu Usrah as-Soff yang pada album pertama dan keduanya banyak menyumbang kepada kategori nasyid pejuang. Pada masa yang sama juga, Sinaran Azhar oleh sahabat-sahabat Alami sempat menghasilkan beberapa buah album. Manakala di United Kingdom pula, rakan seperjuangan tidak ketinggalan menghasilkan beberapa album dan kumpulan yang kemudiannya dikenali sebagai Suara Tajdid itu telah mementaskan pentomin Salehuddin al-Ayyubi yang tidak akan saya lupakan. Album dengan cover Hitam Putih mereka, turut memuatkan sajak tentang insiden di Masjid ar-Rahman semasa kedatangan kumpulan kriket Yahudi ke Malaysia suatu ketika dahulu. Nama-nama seperti Razi, Ziad, Zamri, Najmi dan Azri adalah penghibur kita pada masa itu dari UK. Zaman itu kita kaya dengan nasyid yang memberi tenaga kepada pejuang agama, dan menjadi peluru tajam kepada yang menentang arus kebangkitan Islam. Alhamdulillah selepas saya lancarkan Saifulislam Online di server baru ini, rakan-rakan telah berhubung dan menyumbangkan koleksi mp3 Suara Tajdid. Halaman Suara Tajdid juga boleh diziarah di link [ UG5C ] ini. DIRIKU BERSAMA USRAH AL-FIRDAUS Angin nasyid di Mesir yang begitu kuat, bersemangat dan bertenaga menjadi aspirasi kepada rakan-rakan seperjuangan di Jordan dengan kemunculan kumpulan usrah al-Firdaus. Album pertama Usrah al-Firdaus diterbitkan sebelum saya tiba di Jordan lagi. Album Sang Suria menampilkan Majdan Alias, Erfino Johari dan ramai lagi munsyid pada masa itu. Mereka adalah juara di kuliah, mereka juga juara di medan amar ma'ruf dan nahi munkar, tetapi tidak menghalang daripada bernasyid lantas dendangan mereka adalah refleks kepada jiwa pejuang dan penuntut ilmu di jalan Allah. Saya dilamar untuk menyertai kumpulan Usrah al-Firdaus semasa di Mekah. Ketika kami menyertai rombongan umrah pertama untuk pelajar-pelajar baru, saya dijemput untuk bersama-sama membuat persembahan di majlis ramah mesra bersama pelajar Malaysia di Madinah. Oleh kerana saya memang gemar bernasyid, maka lamaran itu diterima dengan sepenuh hati dan on the spot saya karangkan nasyid "Nostalgia Tanah Suci" untuk dipersembahkan. Orang lain sibuk membaca al-Quran, saya pula termenung mencipta nasyid tersebut di tingkat dua Masjidil Haram. Tetapi hanya untuk beberapa jam sahaja. Alhamdulillah, jiwa semasa itu masih puitis dan idea mencurah-curah. Nasyid itu adalah luahan hati saya yang kesal dengan sikap sesetengah kawan yang setibanya sahaja kami di Madinah (kami menaiki bas dari Jordan di utara Saudi, maka sampai di Madinah sebelum Makkah), yang mereka kagumkan adalah keindahan binaan Masjid Nabawi dan bukannya geledak iman dan perasaan diri sampai ke kampung halaman junjungan Nabi Muhammad SAW. Begitu juga apabila tiba di Makkah, yang dibualkan adalah kehebatan infrastruktur Masjidil Haram serta ramainya manusia di sana, dan bukannya 1001 hal yang tersirat tentang realiti umat Islam di sebalik penampilan zahir yang tersurat itu. Kemudian, semenjak itu saya sentiasa meluahkan isi hati melalui nasyid yang saya cipta. Nasyid Tetamu Dataran Syam adalah di antara nasyid paling segera yang sempat saya siapkan. Ia ditimbulkan daripada sajak Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin tentang Bumi Syam. Saya bawa sajak itu ke dalam bilik kawan yang saya tumpang di Irbid, Jordan, dan saya ubah ia menjadi nasyid. Alhamdulillah sejam selepas itu siaplah nasyid Tetamu Dataran Syam yang kami dendangkan sempena menyambut pelajar baru tahun 1994 di dalam program Sambutan Pelajar Baru oleh Persatuan Pelajar Malaysia Jordan (PPMJ). Nasyid-nasyid lain dikumpul bersama berkat derma yang dihulurkan oleh rakan-rakan seperjuangan. Alhamdulillah kami berjaya mengumpul wang untuk menghasilkan album kedua Usrah al-Firdaus bertajuk Gemilang pada tahun 1995. Album kedua ini, dirakam buat kali pertama di studio yang lebih 'profesional' berbanding rakaman di bilik yang generasi pertama Usrah al-Firdaus sental pintunya dengan kain pelekat agar soundproof. Di dalam album tersebut saya sumbangkan nasyid hampir 80% daripada keseluruhan album. Walaupun kualiti bunyi tidak memuaskan hati kami, namun ia tidaklah menjadi isu sangat. Apa yang penting adalah mesej yang hendak disampaikan. Kami cuba tingkatkan lagi kualiti audio dengan kemunculan album ketiga iaitu Dunia Ini pada tahun berikutnya. Di dalam album tersebut saya sumbangkan nasyid dengan jumlah yang hampir sama tetapi kali ini sebahagiannya didendangkan oleh sahabat yang lain termasuklah Bambang Erman dan Erwan Johari. Ia, Erwan yang kini menjadi DJ di IKIM FM . Tajuk album tersebut iaitu Dunia Ini, mengambil sempena nasyid yang beliau cipta dan dendangkan dengan lirik yang saya tulis. Selepas itu muncul lagi album seterusnya iaitu Bingkisan Aidilfitri yang digelar oleh sahabat-sahabat di Jordan sebagai "Bungkusan Aidilfitri" kerana cover kaset tersebut yang terlalu hodoh, seperti kotak geometri. Kedai yang mencetaknya telah menipu kami, membuang semua design yang asal dan digantikan dengan warna hijau pudar yang amat mendukacitakan. Saya masih menyumbangkan banyak nasyid di dalam album berkenaan tetapi saya sudah tidak menjadi munsyidnya lagi. Pada masa itu saya rasa sudah terlalu 'tua' dan tiada kemampuan untuk berulang daripada Mu'tah ke Amman (200km) setiap hujung minggu, menggendong kitab-kitab untuk diulangkaji sambil rakaman di studio yang ada kalanya bermula pada jam 11 malam hingga subuh. Tetapi sebenarnya saya sudah mula patah semangat kerana di zaman itulah nasyid kontemporari semakin popular dan demand semakin tinggi untuk nasyid kompang ditinggalkan dan digantikan dengan yang lebih moden serta kontemporari. Moden bukan sahaja pada alat muziknya, bahkan moden pada lirik. Nasyid tentang nasib ummah, nasyid tentang jihad dan perjuangan saudara-saudara Islam sedunia dan segala macam nasyid yang membawa 'mesej berat' semakin tersisih. NASYID BUKAN MELAYU LEBIH KONSISTEN Maka pada masa itu saya mula mengalihkan diri kepada nasyid bukan Melayu yang lebih konsisten. Nasyid Abu Ratib, Abu al-Joud, Abu Mazin dan 'Abu-abu' yang lain dari Syria dan Jordan menjadi bahan hiburan pada masa tersebut. Konsert nasyid berkenaan [Mahrajan Intifadhah], bila dihadiri, terasa seperti mahu meloncat ke atas pentas disebabkan oleh tiupan semangat intifadhah melalui persembahan mereka. Di antaranya adalah kumpulan Firqah ar-Rawabi dengan lagu 'Marwan'nya. Nasyid tersebut menceritakan tentang Marwan, seorang pelajar University of Jordan yang semasa cuti semester, telah pergi berjihad ke Palestin dan dikurniakan syahid! Saya juga mengumpulkan nasyid-nasyid dari Turki [Ilahiler] dendangan para huffaz seperti Prof Mehmet Emin Ay dan Mustafa Demirci , serta Ahmed Ozhan yang begitu menusuk jiwa dan menjadi unggun api terhadap semangat saya mengkaji sejarah Daulah Othmaniyyah. Lebih menggembirakan pada masa itu, selepas Solat Tarawih di Uskudar, saya dan jemaah masjid terus ke seberang jalan masuk ke khemah besar yang disediakan untuk orang ramai mendengar persembahan live nasyid-nasyid itu tadi. Bulan Ramadhan di Istanbul pada masa itu membawa kita semua terbang bypassing era Ataturk untuk tembus pulang ke hari-hari Khilafah Othmaniyyah yang gilang gemilang. Saya rindukan suasana itu. Nasyid-nasyid di Turki mempunyai disiplin seni yang unggul bahkan dendangan yang sama pernah digunakan di zaman pemerintahan Khilafah Othmaniyyah untuk mengubat pesakit jiwa di hospital. Artikel Prof. Dr. Ayhan Songar bertajuk "Socio-Psychiatric Institutions in Old Turks Under Islamic Tradition " menjelaskan secara terpeinci tentang hal ini. Tidak malu pada diri saya untuk menyebut inilah dia apa yang dinamakan sebagai kesenian Islam. Berbanding dengan nasyid-nasyid kontemporari Malaysia yang ada hari ini, konsertnya dinamakan sebagai Malam Kesenian Islam tetapi bagi yang tidak memahami Bahasa Melayu akan kehairanan melihat pemuda-pemuda berketayap mendendangkan lagu pop! Janganlah dikaitkan Islam dengan seni yang pathetic seperti ini! DAN KINI... Hinggalah ke hari ini, saya masih meminati nasyid walaupun usia sudah menjangkau 30an. Kisah-kisah itu tadi sudah menjadi sebahagian daripada lipatan sejarah hidup saya. Tetapi saya gagal untuk terhibur dengan nasyid yang membanjiri pasaran hari ini. Bahkan jangan tersinggung jika saya katakan yang saya geli geleman dengan kebanyakan nasyid yang ada. Anak saya, Muhammad Saiful Islam tidak akan saya lembikkan dengan nasyid-nasyid itu. Saya tidak mahu anak saya menganut Islam yang lembut gemalai ketika ummah sedang tenat. Selepas saya namakan ia Saiful Islam, alangkah pincangnya 'Pedang Islam'ku menyanyikan nasyid yang tidak ubah seperti Westlife. Kerana itulah saya berazam untuk menghidupkan koleksi nasyid pejuang melalui halaman web ini. Mungkin telinga sahabat-sahabat sekalian akan merasa sakit dengan bunyi kompang tajam dan rendahnya kualiti rakaman studio 24 trek di dalam mp3 berkenaan. Maafkan kami kerana semasa itu kami tiada duit. Nasyid tidak komersil. Ia hanyalah bahan hiburan pejuang. Pejuang yang berjuang... ABU SAIF 10 Jumaada al-awal 1425 28 Jun 2004
|
ahmie
Warga 1 Bintang Menyertai: 10.07.2004 Ahli No: 9956
Posting: 39
Dari: tpGARANG
|
Posting pada: 23-10-04 00:49
Saya sokong!! Nasyid sekarang banyak yg lemah lembut.. wek Komen saya: - 'Nasyid jiwang': kalau dah jiwang.. mengalahkan lagu2 balada... camne ni... >> pada saya lagu mcm ni just nak tarik minak muslimat/siswi ... - Skop masih agak sempit: Mesej yg nak disampaikan terlalu stereotype. Banyak isu lain yg wajar diketengah dlm lirik: masalah dunia, sirah nabi, semangat juang, kekalutan umat islam.. - Irama mendayu2... - 'Women bias': tak banyak lagu yg mengagungkan para sahabat; abu bakar, umar, khalid al-walid .... - Imej 'skema': golongan biasa, mat moto dsb.. sampai bila2 takut nak dkat... muslimat/siswi2 jela yg admire sgt2 kat kump nasyid ('penasyid'2 tertentu) sbb hensem kononyer..8P Contoh yg tbaik time ni pd saya lagu 'Alhamdulillah' (Yassin/Too Phat)...setuju tak? - Rentak rancak - Mesej tajam/pedas/direct - mmg bestlah! ... atau pun intifada (Rabbani), Allahu (Raihan)... Antara semua.. 'nasyid jiwang' paling saya x berkenan... Dalam keadaan umat Islam ketinggalan, ditindas, longgar akidah.. huh!
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 27-10-04 21:19
ana pun sokong jugak..nasyid sekarang dah tak sebest dulu..rasanya macam dah tak banyak perbezaannya antara lagu nasyid dengan lagu-lagu yang lain...rasa rindu pulak kat lagu-lagu nasyid yang dulu tu..macam lagu raihan-bismillah..senyum..hmm..best..susah jugak nak jumpa lagu nasyid yang guna kompang sekarang ni..kalau ada pun tak banyak..sekarang ni kalau dengar lagu nasyid mesti ada muzik-muzik yang macam gitar la..apa-apa la..tak berapa best..
|
mech_muslim
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.07.2004 Ahli No: 10187
Posting: 30
Dari: kangaroo state
|
Posting pada: 27-10-04 22:27
ana sokong...ana skg dengar kump nasyid indon-arruhul jadid- ...baru semangat skit...though die nyer consert agak hardcore skit. ----------------- **MATLAMAT mendahului emosi & kepentingan peribadi**
|
yanzu_ummi
Warga 5 Bintang Menyertai: 06.09.2004 Ahli No: 10950
Posting: 383
Dari: islamic city...
|
Posting pada: 27-10-04 23:03
|
waheedarash
Warga Rasmi Menyertai: 16.06.2004 Ahli No: 9510
Posting: 13
|
Posting pada: 28-10-04 11:39
nasyid skang nih cam byk terarah kepada utk perempuan..even saya nih perempuan gak bukan tak bangga kalo ada nasyid pasal kaum wanita..tapi bagi sama adil...nasyid skang tak same cam dulu...kemain rancak lagik...takde guna dah gendang2 ker,kompang ker, cam dah hilang identiti..dah maju ngan pakai drum,gitar n etc..sebenarnya kenelah ada perbezaan antara nasyid ngan muzik yang lain...baru lah orang kata nasyid nih unik...tol tak?
|
warsha
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.10.2004 Ahli No: 12144
Posting: 129
|
Posting pada: 28-10-04 13:07
warsha tak setuju sgt kalo nak katekan irama nashid skrg nie jiwang...ia nya lbh bgus,sbb ianya bkn sekadar memuji wanita malahan mndekatkan dri dan mlatih mrendahkan diri.cthnya lagu...kasih kekasih...dan juga lagu baru in-Team,setanggi syurga..kalo anda mhayati lyiriknya..psti ada kelainan hem..mmg tak di nafikan juga kbyakan nasyid tertumpu kpd wanita..bkn ape...zman skrg wanita lbih byk dikatakan terpesong.kan bgus kalo ade lgu mmuji isteri2 rasul n sahabat nabi..cthnya sumayyah,ainul mardiah,siti kadijah..dan sbgainya. sape kate lagu2 memuji kebesaran-Nya dah kurang?kan ade lgu Allahu,ampuni aku... ada ssiapa stuju ngan pdpt warsha?
|
syna
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.12.2003 Ahli No: 5623
Posting: 138
Dari: hilton, adelaide
|
Posting pada: 30-10-04 10:46
Quote:
| On 2004-10-28 13:07, warsha wrote: hem..mmg tak di nafikan juga kbyakan nasyid tertumpu kpd wanita..bkn ape...zman skrg wanita lbih byk dikatakan terpesong.kan bgus kalo ade lgu mmuji isteri2 rasul n sahabat nabi..cthnya sumayyah,ainul mardiah,siti kadijah..dan sbgainya. sape kate lagu2 memuji kebesaran-Nya dah kurang?kan ade lgu Allahu,ampuni aku... ada ssiapa stuju ngan pdpt warsha?
|
| tak berapa setuju...... same jer umat islam sekarang nie lelaki perempuan byk yg buat dosa nie.. kenape tak buat nasyid yg bersifat universal??? syna tak kesah sangat nasyid mendayu nie, cuma kita sebagai pendengar kene la bijak memilih....... tapi kalu nasyid jiwang ni bahaya sket, bukan apa kdg kala kalu kita selalu disogokkan dengan 'cinta' takut ada ter'ingin' nak mencuba.... cinta bukan bende utk 'try and error'..... ......................................................................... ----------------- ukhuwahfillah hanya hadir dengan keikhlasan hati, kasih sayang termetri dengan kepercayaan disanubari...............
|
majidah
WARGA SETIA Menyertai: 24.08.2004 Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village
|
Posting pada: 30-10-04 10:59
nasyid berunsur jiwang?nasyidkah ia?
|
fattah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI
|
Posting pada: 06-11-04 17:17
nasyid dulu dan sekarang ada kekuatannya tersendiri.... ----------------- ***tengku fattah
|
fattah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI
|
Posting pada: 06-11-04 17:22
Quote:
| On 2004-10-30 10:59, majidah wrote: nasyid berunsur jiwang?nasyidkah ia?
|
| mengikut kamus dewan edisi ketiga maksud nasyid ialah lagu(biasanya dinyanyikan secara berkumpulan) yg mengandungi seni kata berunsurkan Islam. ----------------- ***tengku fattah
|
fattah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI
|
Posting pada: 06-11-04 17:23
muka surat 923. ----------------- ***tengku fattah
|
fattah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI
|
Posting pada: 06-11-04 17:24
so????? ----------------- ***tengku fattah
|
fattah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI
|
Posting pada: 06-11-04 17:25
tepuk dada tanya iman..... ----------------- ***tengku fattah
|
fattah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI
|
Posting pada: 06-11-04 17:25
tepuk dada tanya iman..... ----------------- ***tengku fattah
|
fattah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI
|
Posting pada: 06-11-04 17:25
tepuk dada tanya iman..... ----------------- ***tengku fattah
|
fattah
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.10.2004 Ahli No: 11894
Posting: 106
Dari: pLAnEt BuMI
|
Posting pada: 06-11-04 17:25
tepuk dada tanya iman..... ----------------- ***tengku fattah
|
deq_nur
Warga Rasmi Menyertai: 06.11.2004 Ahli No: 12338
Posting: 6
Dari: bumi
|
Posting pada: 06-11-04 21:44
sy setuju ngan warsha.. bgs adenya nasyid yg memuji tokoh2 sprt ainul mardhiah,siti khadijah dll... jgn kite yg melalaikan diri.. apepn yg b'laku t'pulang pd diri individu masing2.. jgn selalu mcari salah org ye... satu jari ditunjuk pd org lain empat b'balik pd diri... ilmu didada diaplikasikan dgn p'hyatan n pengamalan..
|
sunan-faqih
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::
|
Posting pada: 19-11-04 00:21
 wrth wbh... Membaca coretan muftih topik ini bisa menginsafkan kita ttg senario nasyid sejak dulu dan kini. Pada ana, nasyid dilihat daripada kaca mata yang berbeza..maka lainla yang dapat dilihat 1.Kaca mata peniaga..Duit 2.Kaca mata artis.......Hiburan 3.Kaca mata pendakwah...Dakwah dsbnya... Perbezaan nasyid kini lebih kepada suasana zaman ini yang serba goncang dan goyang.Tidak dinafikan di sana juga wujud kumpulan nasyid (main sumbat) semata-mata mencari populariti dan komersil lalu disandarkan pada dakwah dan hiburan bercorak islam. Namun, dalam kejiwangan, kelembikan nasyid hari ini mungkin bisa dikatakan kerna sasaran mad'uenya yang bagaimana hendak didakwahkan. Tentu sekali mat jiwang hanya mendngar lagu jiwang dan rocker hanya mendengar lagu rock. Sukar sekali dalam mana2 hiburan rock tiba2 terselit lagu...Allahu atau sbgnya?:? Terpulngla kepada masing2 punya bicara, kerna topik ini subjektif sifatnya. Biarpon keikhlasan berdakwah dalam hati, namun kita sendiri boleh menilai yang mana betul2 ingin berdakwah.. Renungan -klu kump nasyid pon jatuh-menjatuhkan sesama sendiri apa cerita? -seni dan akademik seiring?betul ke?sesiapa yang berkawan dgn artis nasyid taulah hakikatnya.... -artis nasyid menyamatarafkan diri mereka macam artis sekular,dakwahkah? -artis nasyid sendiri tak minat nasyid, menyertai kerana suara dan rupa? ....apabila komersil dan populariti ditopengkan dengan dakwah dan Islami, hancurlah hiburan Islam dan umatnya...
|
aza
WARGA SETIA Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 27
Posting: 834
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 23-11-04 12:48
|
ana_lia
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.06.2004 Ahli No: 9598
Posting: 338
Dari: gombak
|
Posting pada: 23-11-04 14:32
sgt setuju...kebykan nasyid skrg ni jiwang2 belaka...tapi klu kita tgk dan hayatinya kita akan tau sejauh mana yg betulnya.
|
sunan-faqih
Warga 5 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2338
Posting: 366
Dari: ::Hulu Klang, Selangor::
|
Posting pada: 14-12-04 22:22
Ikuti penjelasan menarik daripada Ust Maszlee bin Malik, Pensyarah, Jabatan Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Pusat Matrikulasi UIAM ttg Nasyid Melayu semakin layu? dalam Majalah I DISEMBER 2004 keluaran Kumpulan Karangkraf...harap maklum..  [ Posting ini telah di edit oleh: sunan-faqih pada 2004-12-14 22:25 ]
|
yeop
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.05.2004 Ahli No: 9097
Posting: 199
Dari: Aalen
|
Posting pada: 15-12-04 03:59
Quote:
| On 2004-11-06 21:44, deq_nur wrote: bgs adenya nasyid yg memuji tokoh2 sprt ainul mardhiah,siti khadijah dll...
|
| hmm..pada pendapat sayala kan..tak sesuai sangat kalau guna perkataan memuji tu..Allah saja yg berhak memuji dan dipuji...lebih elok kalau kota kata nasyid yg mengisahkan tokoh2 islam dahulu untuk diambil iktibar daripada kisah2 tu... kalau pasal nasyid plak..hmm..dulu lain..skang dah lain...hehe..dulu pakai kompang..skang ada bunyi drum(pakai keyboard  )..sulu ada tamborine..skang ada bunyi gitar...dulu banyak unsur nasihat yang terang dan nyata...skang banyak kena dalamai lirik lagu tu...apa2 pun..yg saya tengokla kan...nasyid yg berunsur kecintaan ni memang laku.....tak kisahla apa2...niat memasing sapa yg tahu...Allah jua yang maha mengetahui...yg penting kita manfaatkan apa yg ada...insyaAllah....sekadar pendapat...kalau salah teguqla ya.... ----------------- 
\Mudah-mudahan kita terdiri dikalangan golongan abdan syakura.
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 20-12-04 03:48
Salamullah Alaik.. Berbanding dengan nasyid-nasyid kontemporari Malaysia yang ada hari ini, konsertnya dinamakan sebagai Malam Kesenian Islam tetapi bagi yang tidak memahami Bahasa Melayu akan kehairanan melihat pemuda-pemuda berketayap mendendangkan lagu pop! Janganlah dikaitkan Islam dengan seni yang pathetic seperti ini! Ana terpanggil untuk post pendapat. Izinkan ana tumpang sekaki. Ana setuju saudara. Thats why ana tak pandang nasyid2 tanah air kita. Bukan sebab pandang rendah ataupun sebagainya, tetapi ana percaya ramai di antara nasyeeders kita ada destinasi dan sedang berusaha untuk ke destinasi (dakwah) tetapi jalan yang digunakan untuk ke destinasi itu tidak sesuai. Mengambil contoh dari kejayaan Zain Bhikha, Yusuf Islam and the Gang.. Ana kira semua orang telah maklum dengan gaya muzik mereka. Macam tak bermuzik langsung! Boring?? Tak menghiburkan?? Yeah.. Tetapi realitinya, nasyeed2 mereka telah berjaya mengIslamkan beribu2 orang. Kenapa ini tidak terjadi di Malaysia sedangkan Malaysia punya ramai nasyeeders yang berbakat? Saingan di dunia seni pula tidak sesengit negara mereka. Pasaran kesenian Islam sekarang pun semakin dapat perhatian dalam industr muzik kita. Mereka diancam kerana dakwah mereka, nasyeeders kita tidak pula.. Macam mana yea? Kerana kebanyakan dari nayeed2 di Malaysia tidak berpegang pada kaedah yang disarankan Islam untuk berdakwah melalui hiburan halal. Sememangnya kita semua maklum, syarat berdakwah melalui dendangan lagu hendaklah dipatuhi terlebih dahulu. Syarat utama : Suara yang berkata2 mestilah jauh lebih kuat berbanding muziknya. Bahasa yang digunakan hendaklah mudah difahami, tidak berbelit2 dan mampu menyampaikan mesej dengan jelas. Nasyeed sekarang, kata2nya meleret2 sedangkan mesejnya sikit sahaja. Lirik yang terlampau berbunga terkadang menghalang pendengar menghayati dan memahami mesej sebenar sesebuah lagu itu. Muziknya pula kadang2 lebih tinggi dari suara yang bernasyid. Paling2 kurang pun, setaraf. Sampai untuk sesetengah lagu, terpaksa place cuping telingan betul2 tepi corong radio sebab nak tangkap perkataannya. Itupun belum jamin dapat faham dan hayati maksud sesuatu rangkap itu. (akibat penggunaan bahasa) Berdakwah untuk ajak orang dekati Islam, menghayati, memahami dan mengamalkan Islam. Bukan tugas yang mudah. Tapi, kalau berkaedah semuanya tak jadi masalah. Ana lihat, nasyeeders sekarang terlampau melampau ikut rentak peminat. Kalau nasyeeders mengikut rentak peminat, siapa pula yang hendak mengikut rentak mereka? Soalannya. Siapa yang mengajak siapa? Ana faham, mungkin sekali nasyeeders kita nak tarik golongan2 muda mudi yang minat lagu gitu2 untuk alih perhatian kepada mereka pula. Yeah, satu matlamat yang murni tetapi tindakan yang tidak tepat. Muzik yang rancak tak semestinya memerlukan dentuman bunyi yang kuat. Kita fokuskan pada mesej, bukan lagunya. Nak memenuhi citarasa, tak perlu sampai mengubah dasarnya. Jadi kot lain nantinya. Sebenarnya, nasyeed adalah untuk menyampaikan mesej tertentu. Lirik adalah komponen utama sesebuah nasyeed itu. Berlirik, tak bermuzik > peroleh hasil. Bermuzik, tapi tak berlirik > nothing at all. Ada lirik mampu menghasilkan irama, tapi ada muzik tidak mampu menghasilkan lirik. Jadi, fokuskan lebih pada liriknya. (tp sekarang?) Perlu difahami, kita yang hendak menyampaikan mesej, ada modal sendiri. Modal kita adalah lirik yang mewakili keseluruhan lagu. Bukan rentaknya. Tapi, kalau orang yang tidak berdakwah, modal mereka adalah rentak muzik! Mereka ada sasaran mereka sendiri. Mereka perbaharui muzik kerana matlamat mereka - nak orang berjoget, goyang kaki and sebagainya. Berbeza pula dengan sasaran dan matlamat kita. Kehadiran bunyi hanyalah untuk meghidupkan suasana, dan dijadikan medium untuk meresap masuk ke dalam jiwa, seterusnya meninggalkan sebarang kesan. Lirik adalah untuk mencipta satu suasana, manakala muziknya adalah untuk menghidupkan dan menarik pendengar menghayati suasanaya.Jadi, Selepas adanya lirik barulah wujudnya muzik, bukan yang sebaliknya. Whateva tak boleh nak salahkan nasyeeders juga, memang citarasa org kita lain! Segala yang dibuat dan datang daripada West, itulah dianggap up to date, hebat dan sebagainya. Yang peliknya, apabila minat pendengar beralih arah, ramai sibuk tukar rentak muzik. Buat yang modern2 sikit. Bila berubah lagi, muzik nasyid dimodernkan lagi, dan begitulah seterusnya. Sekarang, peminat yang ajak nasyeeder ikut mereka, bukan yang sepatutnya... Banyak lagi aspek yang perlu dikaji kenapa nasyeed kita masih belum boleh dilabelkan high quality nasyeed... Zain Bhikha.. Liriknya cukup hebat sedangkan muzik??? Apa yang kita dengar? Ana peminat no.1 dunia bollywood and hollywood berazam tinggalkan dunia stupid cupid tu lepas kenal Yusuf Islam and the gang. Kerana mesejnya menarik ana bukan sahaja untuk mendengar dan memerhati.. malah berfikir dan menghayati.. Tak percaya, kalian semua cek sendiri gaya persembahan macam mana yang mereka gunakan. Artis nasyeed Malaysia.. Jom jadikan ini sebagai satu isu dan diskusi yang sihat dan membina. Andai ana tersalah faham, betulkan dengan cara yang berhemah.. we need the resolution.. Bukan condemn itu dan ini semata2.. INi sekadar pandangan dari kaca mata ana semata. Perlulah diketahui, sememangnya ana bukan orang seni atau mengikuti seni. Salah dan silap minta correction yeah.. Salamullah Alaik... ----------------- Genggam bara api, biar sampai jadi abu!
|
MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 03.06.2003 Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan
|
Posting pada: 20-12-04 03:57
Salamullah Alaik.. Woppss..!! apa ana tulis tu? Panjangnya.. Minta maaf lah. Kalau ada pihak2 yang tak faham, in4mlah ana try ringkaskan.. Mungkin ana ada buat salah dr segi konteks ayat... ana consider semuanya boleh ditangkap sendiri oleh pembaca yea? p/s: ada masa nanti edit la.. Ngantok... ----------------- Genggam bara api, biar sampai jadi abu!
|
farisHaq
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 07.06.2003 Ahli No: 1169
Posting: 212
Dari: s. alam
|
Posting pada: 20-12-04 23:02
pendpt yg baik utk difikir2kan... thanx musafir... lama x dgr berita ye
|
beecological
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14621
Posting: 250
|
Posting pada: 07-03-05 10:09
biaupon topik nih dah lame tapi saye tetap nak komen gak! saye meluat le dengan lirik lagu nasyid kontemporari skang nih... -jiwang -penggunaan frasa/ayat/perkataan yg same dlm beberape lagu -terlalu byk alat muzik hinggakan 'tenggelam' mesejnye -tiade identiti(i mean bile org dgr tatau team mane yg nyanyikan lagu tuh) -publisti lelebih -mesej nyer tatau lah berjaye menambat keislaman di hati atau pon sebaliknyer(takat yg saye jumpe skang nih,,ramai kengkawan saye yg duk berkhayal ngan nasyid yg menagungkan ketokohan wanita) maafkan saye,,bukan niat saye utk memperlekehkan perjuangan nasyid kontemporari tuk menarik minat sekalian muslimah agar kembali kpd ajaran agama islam dan mencontohi peribadi muslimah2 dan tokoh2 terbilang yg terdahulu...tetapi disebabkan terlalu byk sgt,sampai saye pon dah tak nampak mesej yg ingin disampaikan,,yg saye nampak hanyelah perlumbaan atau mungkin mengikut peredaran semase... cukuplah,berhentilah drpd mengikut peredaran semasa tapi pejuang2 nasyid kontemporari seharusnyer kaji balik pendekatan yg sesuai dan adunan muzik yg menandakan identiti mereka yg tersendir.... wallahu'alam
|
salamuNajah
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.02.2005 Ahli No: 14358
Posting: 98
Dari: darul ridwan
|
Posting pada: 07-03-05 10:26
pasal apa semua orang kutuk nasyid...tak baik tau,sepatutnya kita kena bagi kesungguhan,faham2 jela golongan remaja sekarang memang suka pada hiburan...daripada golongan remaja terkinja2 dgn artis pop yg lain,ada baiknya mareka pilih nasyid walaupun ada yg berunsurkn cinta..ada baiknya..sekadar pendapat dr ana...
|
pengembara707
Warga 2 Bintang Menyertai: 21.12.2005 Ahli No: 21299
Posting: 70
Dari: di planet yang ketiga
|
Posting pada: 28-11-07 23:41
Ya, memang benar nasyid sekarang ini memang layu. tiada unsur jihad di ketengahkan. yang ada hanyalah alat-alat muzik atau pun accappella yang sama seperti lagu-lagu pop atau lagu-lagu dakwah kristian. saya lebih gemar dengan nasyid pada era-80 dan 90-an. pada zaman itu kelihatan lirik-lirik nasyid dan rentaknya dapat membina semangat jihad dan fikrah islam di dalam diri. nak dibandingkan dengan nasyid sekarang ? rasanya nasyid sekarang tiada motif, dan hanya mementingkan $$$$$$$$$$, antara lagu nasyid yang dapat menaikkan semangat jihad yang pernah saya dengar, Nada Murni : Berkorban Apa Saja Indahnya Hidup Mara Menuju Cita Nun di Sana Wahai Kaum Muslimin Munajat Sunnah Berjuang cuba download lagu Nada Murni-`Nun di sana` di www.downloadnasyid.blogspot.com. ini liriknya Nada Murni -Nun Di sana Nun Di sana cita-cita kita, Ya akhirat namanya, Di dunia ini bukan tempat tinggal, Di sini hanya sebentar tidak kekal, Betulkan niat dari sekarang , Tukar sikap kita yang merugikan Al-Quran dan sunnah jadikan panduan, Agar besok kita tidak kekesalan, Biar susah sedikit kerana Tuhan, Untuk menghindar kesusahan yang besar, Yang tidak sanggup ditanggung badan, Ambillah iktibar kalau mahu sedar, Di sana tiada taulan yang membela, Amal ibadah itulah pembela kita, Ayuh segeralah membuat kebajikan, Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan, Pangkat dan harta tidak akan kekal, Bahkan apa yang ada akan ditinggal, Hidup di dunia hanya sementara, Buatlah persiapan untuk ke sana, Ayuh bersegeralah menuju ALLAH, Taatilahla Ia minta ampun padannya, Mati bila-bila masa boleh tiba, Jangan sampai kita tidak bersedia,
|
puterasena
Warga Rasmi Menyertai: 26.02.2009 Ahli No: 37318
Posting: 2
|
Posting pada: 26-02-09 21:44
nasyid masa kini... memang best terutama yang bawa berunsurkan arab... dalam kumpulan nasyid sekarang mesti ada yang menhasilkn lagu arab... macam kumpuln mectica... mereka cuba nak membawa perubahan dalam nasyid...
|
cikgu_ayu
Warga 1 Bintang Menyertai: 05.03.2012 Ahli No: 42086
Posting: 35
|
Posting pada: 05-03-12 20:03
assalamualaikum masa zaman student dulu saya memang suka nasyid. Zaman tu inteam, saff one tengah naik. pernah lah jugak minta signature mereka ni. Memang minat gila lah... tapi bila dah berkeluarga, bekerja dan dewasa ni dah kurang minat nasyid. Kalau minat pun nasyid maher zain....
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 06-03-12 18:13
 , Saya suka dengar nasyid yang bagus liriknya dan ada mesej yang ingin disampaikan, Pada pendapat saya, lagu2 "nasyid" sekarang dah jadi macam lagu2 pop biasa ... ada jugak unsur cintan cintun ... Kalau nak dengar nasyid, saya lebih suka dengar lagu2 yang lama-lama ... masa2 Raihan bernasyid.
|
ibnuhassan
Warga Rasmi Menyertai: 09.03.2012 Ahli No: 42095
Posting: 3
|
Posting pada: 10-03-12 03:44
saya rindu sore arwah ustaz asri. rabbani tetap di hati.
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 29-03-12 12:07
lagu ketuhanan yang dinyanyikan oleh penyanyi biasa layakkah dinamakan nasyid? lagu jiwang yang dinyanyikan oleh penyanyi nasyid layakkah dinamakan nasyid? apa kriteria nasyid? lagunya kah atau penyanyinya?
|
alamin313
Warga 2 Bintang Menyertai: 20.03.2010 Ahli No: 39521
Posting: 55
Dari: ajil,terengganu
|
Posting pada: 04-08-12 01:08
nasyid hanya satu genre.. tak kira nasyid.. rap @ genre apa pun.. selagi ada mesej kebaikan.. itu dah dikira baik untuk di dengar... tapi dalam hati tetap suka dengan lagu2 maher zain.. cara dia bawa dekat dengan hati.. ----------------- Travelog Satu Perjalanan (masih banyak yang perlu ku cari)
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 05-08-12 10:24
aik..thread yang d post pada 2004 muncyl balik? ok lah..setelah hampir 8 tahun, say lihat genre nasyid makin meriah. tapi hati saya pula gundah. telinge makin sakit mendengar nasyid2 masa kini. artis2 nasyid da membawa nilai komersial bebanding niat yang d sebut dari mulut nak berdakwah. feat sama artis2 yang mengaku insaf dan behijrah tapi masih tak tertonjol pada amalan dan sikap, bahkan penasyid sendiri pun da berubah imej konon ikut peredaran. hello, raihan hijjaz rabbani pun nasyid juga, tak ada pula sampai ubah2 imej, melodi dan liriknya masih baik dan berhala dakwah sesuai untuks emua lapisan masyarakat. tak ada masalah pun. yang lain-lain tu poyo beno nak ikut genre2 biasa tapi hampeh. baik pendengar dengan lagu biasa-biasa saja kalau rentak da sama dengan nasyid yang d katakan moden tu. errm.. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|