Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 19-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 19
Ahli: 0
Jumlah: 19




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 40 hari yang lalu
al-biruni03: 69 hari yang lalu


Cerpen
Topik: ISTERIKU NURJANNAH ... ambil iktibar...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ISTERIKU NURJANNAH ... ambil iktibar...

Please Mendaftar To Post


Oleh ISTERIKU NURJANNAH ... ambil iktibar...

alin1605
Warga 4 Bintang
Menyertai: 29.08.2004
Ahli No: 10792
Posting: 281
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 12:36


Sebak! Hati ini terlalu sebak. Lutut ini terasa lumpuh untuk menanggung
beban yang teramat berat. Tak mampu lagi dipikul oleh bahuku, apatah
lagi di usia yang telah agak banyak ini. Kalaulah aku tahu beginilah
hatinya, sumpah aku tidak lakukan semua ini. Dia tetap berwajah
tenang. Tidak kelihatan walau secalit resah di kelopak mata, di pipinya
malah bibirnya. Segalanya masih sama seperti dulu. Aku leka. Leka dengan
setiap kehendak hatiku. Semua tingkah laku ku tidak pernah dipersoalkan.

Cuma ketika dia menurunkan tanda tangan keizinan, aku lihat ada titisan air
mata gugur di pipinya. Itulah kali terakhir aku lihat dia
menangis. Dia tidak menuntut apa-apa dariku untuk dirinya selain dari
mengingati aku tentang nafkah anak-anak kami yang seramai lima orang. Dia
meninggalkan perkarangan mahkamah, setelah sedikit sesi kaunseling selesai.
Aku mempelawa untuk menghantar pulang. Dalam senyuman yang
kukira dibuat-buat, dia menolak dengan alasan, mulai dari hari ini dia akan
belajar untuk mengurus hidupnya sendiri.

Aku tidak ambil pusing dengan perkara itu. Aku meneruskan niatku mengahwini
Normi. Dia tidak sedikit pun membentak bila aku memintanya
menggosok sepasang baju Melayu, pakaian pengantinku. Cuma di kala itu aku
kehilangan senyuman manja daripadanya. Dia terus berwajah tenang
dan syahdu. Sebelum aku melangkah pergi, dia masih seperti selalunya,
bersalaman dan mencium tanganku sambil berpesan jaga diri baik-baik. Aku
mengahwini Normi setelah setahun menjalin persahabatan. Aku
sendiri kurang pasti mengapa aku tertarik dengan Normi. Cuma yang aku
sedar, aku kasihankan kepada anaknya yang sedari awal memanggil aku ayah.
Mungkin juga kerana Normi cantik. Perwatakannya yang manja membuatkan ramai

lelaki tergoda. Dan akulah yang paling kalah dengan kemanjaannya.

Walau apa pun alasan, antara aku dan Normi memang ditakdirkan ada jodoh,
kerana itu kami berkahwin. Walau ibu dan ayahku malah s audara mara
menentang hebat kemahuanku. Apa kurangnya Nurjannah, soal mereka.
Memang aku akui, tiada cacat celanya Nurjannah. Dia memiliki semuanya.
cantik dan seorang perempuan yang lengkap memenuhi ciri-ciri seorang
isteri, ibu dan pengasuh anak-anak yang baik. Dia juga pernah menjadi
rebutan pemuda sekampung. Di antara mereka, aku orang yang paling
bertuah menjadi pilihan Nurjannah. Tuah itu aku sambut dengan penuh rasa
kesyukuran. Dia melahirkan zuriatku seramai lima orang. Dia tidak pernah
mengeluh keletihan melayan kerenah anak-anak walau aku kurang
membantu. Keperluanku juga dijaga sepenuhnya. Tiada apa yang dimusykilkan
di
hati ini terhadapnya. Segalanya cukup sempurna. Pendidikan agama untuk
anak-anakku juga diberikan oleh Nurjannah.

Semua anak-anakku khatam Al Quran di usia sepuluh tahun. Semua itu
Nurjannah
yang ajarkan. Anak-anakku tahu akan tanggungjawab mengerjakan sembahyang
seawal usia enam tahun. Itu juga Nurjannah, isteriku juga yang
ajarkan. Bukan sekadar anak-anak malah aku sendiri pun diuruskan oleh
Nurjannah.
Ketika aku sedang mandi, pakaian kerjaku dari baju hinggalah ke stokin
Nurjannah sudah aturkan. Aku cuma capai sahaja. Ketika aku berwuduk,
Nurjannah telah siap membentang sejadah sembahyang. Setiap kali aku pulang
kerja, sekurang-kurangnya, segelas minuman telah tersedia di
ruang rehat. Nurjannah tidak pernah menyusahkan aku walau menghantarnya ke
pasar.
Katanya, dia boleh pergi sendiri. Selama sebelas tahun hidup bersamanya,
Nurjannah faham benar seleraku. Selama sebelas tahun itu juga
seingatku tidak pernah sekalipun Nurjannah menyakiti hatiku.

Menjelang hari-hari perayaan, ketika rakan-rakan sepejabatku mengeluh
kerana isteri di rumah minta menukar langsir baru, Nurjannah isteriku
di rumah terbongkok-bongkok mencuci langsir lama. Bila kami diberi bonus
tahunan oleh majikan, rakan-rakanku resah kerana isteri masing-masing
turut meminta imbuhan untuk membeli seutas dua barang kemas. Tetapi
isteriku Nurjannah tidak pernah meminta semua itu. Nurjannah
menasihati aku agar menyimpan wang lebihan. Untuk kegunaan masa depan
katanya. Akhirnya aku menggunakan wang simpanan tersebut untuk
perkahwinanku dengan Normi, madu Nurjannah. Setelah berkahwin dengan Normi,
barulah aku merasai segala masalah seperti yang dihadapi teman-teman
sepejabatku. Apa nak buat, terlajak perahu boleh diundur, terlajak
perbuatan sepahit mana sekalipun, terpaksalah ditelan jua. Apatah lagi
aku dan Normi telah dikurniakan seorang cahaya mata.

Sepanjang perkahwinan dengan Normi, aku memang jarang-jarang sekali
pulang ke rumah Nurjannah. Kadang-kadang seminggu sekali, kadang-kadang
sebulan sekali. Itupun untuk memberi wang perbelanjaan anak-anak.
Nurjannah tetap dengan sifat sabarnya. Walau aku memperlakukannya
sedemikian, dia tidak pernah marah-marah apalagi mengamuk. Setiap kali
kepulanganku, dia sambut tanpa secebis riak kemarahan. Bersalam dan mencium
tanganku. Dia tetap menyediakan makanan kegemaranku. Cuma yang
amat aku terasa, aku ke! hilangan senyuman mesranya. Dia pernah meminta
izinku membantu abangnya yang berniaga di kedai
runcit berhampiran dengan rumah kami. Aku sedar, mungkin perbelanjaan
harian dariku tidak mencukupi, tetapi aku buat-buat tidak tahu.
Lagipun Nurjannah tidak pernah menyebutnya. Aku lihat tubuhnya kurus
sedikit. Aku bertanya padanya apakah dia sakit atau ada apa-apa masalah.
Namun dia hanya menggeleng kepala.

Aku tidak pasti reaksi anak-anak terhadapku setelah aku berkahwin lain.
kelima-lima anakku dengan Nurjannah tidak pernah menunjukkan
tanda-tanda membantah atau marah. Cuma antara kami kurang mesra, mungkin
kerana sudah jarang berjumpa. Alhamdulillah aku punyai anak-anak sebaik
Nurjannah.

Kelima-lima anakku sudah berjaya. Semuanya sudah menjejaki menara gading.
Terasakan begitu cepat masa berlalu. Anak-anakku sudah
menjangkau dewasa. Fahmi anakku yang sulung menjawat jawatan doktor, Fariza
menjadi pensyarah, Fakhrul pu la pegawai di jabatan kerajaan,
Farihin seorang guru dan Farina telah tamat dan majlis konvokesyennya akan
diadakan dua hari lagi. Aku pulang hari ini, di atas permintaan Farina agar
aku dan ibunya hadir di majlis bersejarah baginya. Seingat aku telah dua
bulan aku tidak menjengah Nurjannah. Namun kepulanganku tetap disambut baik
oleh Nurjannah. Bersalam dan mencium tanganku seperti dulu-dulu. Dia tidak
pernah menunjukkan riak kurang senang padaku. Walhal sudah banyak
perkara yang telah aku lukai hatinya, namun sukar untuknya menunjukkan rasa
memberontak. Kesabarannya banyak mengajarku apa erti kesetiaan
seorang suami. Aku akui bukan seorang suami yang adil. Adil dalam
mencurahkan kasih sayang. Mungkin juga pengaruh isteri mudaku, namun aku
tidak menyalahinya. Keterlanjuranku mengahwini memberi satu perbandingan
yang nyata antara keduanya.

Namun kesalahan masih berpihak padaku seolah-olah tidak mampu untuk berlaku
adil.! Hari ini Nurjannah memasak lauk kegemaranku, udang masak lemak cili
padi. Selera sungguh aku makan. Suasana di meja makan sunyi sepi.
Fariza yang juga makan bersama kami, aku lihat asyik menyuap nasi ke mulut.
Nurjannah membisu seribu bahasa dan aku sendiri bagai kehilangan
cerita. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku terlalu lama rindukan gelak tawa
Nurjannah. Entah kenapa hari ini aku kehilangan punca mencari
kemesraannya. Sesudah makan malam aku duduk-duduk di ruang tamu di samping
Fariza. Nurjannah menghampiriku sambil menghulur satu sampul surat berwarna
jingga. Aku masih ingat, itulah sampul surat kad undangan perkahwinanku
dengan Normi. Aku bagaikan tersentak. Borang permohonan cerai. Telah
lengkap diisi hampir terlepas dari tanganku. Aku terpempan. Terkedu. Hilang
sudah segala kekuatan yang ada. Aku cuba menolak rasa sangsi.
Adakah aku berdepan dengan realiti atau sebaliknya. Aku lihat reaksi
Nurjannah, tenang dan bersahaja. Ada sesuatu yang ingin diutarakannya.
Aku menunggu dengan sabar, mahu penjelasan yang wajar darinya. "Bang, lapan
belas tahun yang lalu, Jannah dengan rela hati
menandatangani borang permohonan poligami, Jannah harap abang juga boleh
melakukannya sekarang," pintanya dengan suara yang aku rasakan bagai
belati menghiris hati. Rasanya ingin gugur air mata lelakiku.

Namun kutahan. Adakah ini balasan untuk pengorbanan yang telah kau lakukan.

Kukira langkah mu tidak akan terlanjur sejauh itu. Nurjannah, barang kali
beginilah deritanya hatimu dulu, ketika mahu melepas pergi orang
yang dikasihi.. 'Jannah tak mahu abang terus dihumban dosa kerana
sememangnya abang tidak pernah berlaku adil. Selama ini pun Jannah hanya
tak mahu kehidupan anak-anak kita terganggu lantaran sikap kita. Jannah
rasa pengorbanan Jannah sudah sampai ke penghujungnya. Lagi pun kesabaran
Jannah sudah tinggal sia-sia. Jannah tidak mahu jadi isteri derhaka apabila
kesabaran sudah tiada lagi. Anak-anak kita pun sudah dewasa,
mereka sudah boleh hidup sendiri," Nurjannah bersuara lagi tanpa sebarang
riak api kebencian kepadaku.

"Kami adik beradik telah lama kumpul wang untuk hantar ibu tunaikan
fardhu haji tahun ini," sambung Fariza. Aku merenung mata Fariza
dalam-dalam. Lama. Sehinggalah Fariza
bersuara. "Kami bukan tak mahu hantar ayah ke Mekah, tapi kalau ayah pergi
nanti,
siapa nak jaga mak cik Normi, kan ayah tak pernah tinggal mak cik Normi
sorang-sorang." "Jannah, abang tak mahu kehilangan Jannah, biar abang
tinggalkan Normi," pintasku cuba melerai! kekusutan yang membelit diri.
"Sejauh mana sekali pun abang tinggalkan Normi, hati Jannah tetap
terluka. Tanda tangan borang tu bang," pinta Nurjannah sungguh-sungguh.

Aku rasakan itulah dentuman petir yang paling kuat pernah memanahi
pendengaranku dan beban yang teramat sarat yang menghempap bahuku.
Tiba-tiba aku terkenangkan sejadah yang sering dihampar oleh Nurjannah
isteriku. Dengan langkah yang longlai aku mengambil wuduk, Nurjannah
hanya memerhati dari jauh. Di dalam bilik sembahyang aku mencari-cari
sejadah yang terbentang. Tiada. Aku jatuh terduduk.

Sesal dulu pendapatan.......sesal kemudian...ini lah jadi nye...



Bookmark and Share

    


  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 09-10-04 23:44



na'uzubillah!! abahh! berlaku adil lah.. jangan bila adik besar nanti perkara ni berlaku pada keluarga kita... tak nak... ummi.. sabarlah ummi.. pasti ada reward bagi ummi di syurga nanti..
ya Allah.. jauhkanlah kami dari berpecah belah...

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 09-10-04 23:58


YaAllah betapa besar pngorbanan yg dilakukan..sebak hati bila membacanya..

Hargailah insan yg berada di sisi kita selagi masih ada waktu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 16-10-04 11:50



citer baik..terima kasih....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

nUhA_amIrAh
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11186
Posting: 20

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 02:16


naper lelaki camtuh ah?
arap saya pun leh sabar cam tuh..

-----------------
"being 20 isnt so bad afterall..kita takkan tahu aper yang betul selagi tak buat salah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For nUhA_amIrAhProfil   Hantar PM kepada nUhA_amIrAh   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 08:32


hish....
menakutkan jugak alam perkahwinan nih......
tak tau nak kate ape.....

-----------------
2 love some 1 is NOTHING,2 be love by some 1 is something,2 be love by same 1 U love is EXCITING,but 2 be loved by ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

SHAMR
WARGA SETIA
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11639
Posting: 777
Dari: Dari ALLAH kita datang, kepadaNya kita kembali...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 14:31


Contoh isteri yang paling baik.... Namun mengapa manusia sentiasa tidak bersyukur dengan apa yang dimilikinya>

Bookmark and Share

    


  Member Information For SHAMRProfil   Hantar PM kepada SHAMR   Quote dan BalasQuote

ena_hana
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.10.2004
Ahli No: 12130
Posting: 25
Dari: Shah Alam

Selangor  


posticon Posting pada: 28-10-04 14:49


aiseh...sedihnya citer ni........ni yg nak nangis ni...
ingatkan isteri dia mintak cerai sebab marah..rupanya sebab taknak suaminya tanggung banyak dosa???!!!
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Bookmark and Share

    


  Member Information For ena_hanaProfil   Hantar PM kepada ena_hana   Pergi ke ena_hana's Website   Quote dan BalasQuote

fatin_tulip
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.03.2004
Ahli No: 7654
Posting: 93
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 15:18


Quote:

On 2004-10-09 23:58, humairatulhusna wrote:
YaAllah betapa besar pngorbanan yg dilakukan..sebak hati bila membacanya..

Hargailah insan yg berada di sisi kita selagi masih ada waktu...



STUJU NGAN HUMAIRA

Bookmark and Share

    


  Member Information For fatin_tulipProfil   Hantar PM kepada fatin_tulip   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 11-12-04 11:36



Waaaa....syahdunya cerita ni. Hampir mengeluarkan airmata. Wish I got one like that someday....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

lah
Warga Rasmi
Menyertai: 03.12.2004
Ahli No: 12785
Posting: 5
Dari: shah alam

Kelantan  


posticon Posting pada: 09-05-05 17:12


hati tersentuh memikirkan pergorbanan seorang wanita yang bergelar ibu dalam mengharugi kehidupan didunia ini sanggup berkorban apa saja untuk kebahagian orang lain walaupun hati terluka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For lahProfil   Hantar PM kepada lah   Quote dan BalasQuote

amirahni
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.06.2006
Ahli No: 24839
Posting: 134
Dari: SHAH ALAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 13:25


MACAM PERNAH BACA DALAM MAJALAH ANIS saja....
ANYWAY HARAP KITA JADI MANUSIA YANG BERSYUKUR.
KALAU SEDAR DIRI TAK BETUL CEPAT BETULKAN SEBELUM TERLAMBAT


-----------------
BUAT YANG BETUL, BUAT DENGAN BETUL, BUAT BETUL-BETUL


Bookmark and Share

    


  Member Information For amirahniProfil   Hantar PM kepada amirahni   Pergi ke amirahni's Website   Quote dan BalasQuote

syafika
Warga 2 Bintang
Menyertai: 01.10.2004
Ahli No: 11542
Posting: 45
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 14-07-06 13:39


Ini semua ketentuan dari Allah.Semua mengimpikan rumah tangga yang bahagia,dirahmati Allah dengan mendapat pasangan yang soleh dan solehah.Walaupun mendapat isteri yang solehah, Allah ingin uji keimanan kita.,,

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafikaProfil   Hantar PM kepada syafika   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 21-07-06 11:02


bestnya citerni!sungguh banyak pengajaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097852 saat. Lajunya....