Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 3 hari yang lalu
muslimiman: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
nur_tinta: 25 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: solat subuh


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» solat subuh

Please Mendaftar To Post


Oleh solat subuh

perang
Warga Rasmi
Menyertai: 05.10.2004
Ahli No: 11620
Posting: 1
Dari: tanah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 07:48




Ingin saya persoalkan. Bagaimana solat subuh kita setakat ini ? Sebab sudah menjadi kebiasaan, untuk meng'qhada' solat subuh. Mungkin tiada rasa apa² bila melakukan perkara sebegitu...

Jadi, apa pendapat ahli ukhwah.com sekalian mengenai umat Islam kita sekarang yang kurang mementingkan solat subuh ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For perangProfil   Hantar PM kepada perang   Quote dan BalasQuote

nina_nur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10542
Posting: 104
Dari: di mana bumi dipijak..

Selangor  


posticon Posting pada: 05-10-04 09:35


tak susah solat subuh tu.. dua rakaat je.. cuma terpulang pada hati seseorang tu nak bangun tido ke tak..

klu saya kat sini, subuh kena bangun awal sket.. syuruk awal.. coz kat east m`sia..

lagi pun lepas subuh boleh study..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nina_nurProfil   Hantar PM kepada nina_nur   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 09:38



Walaupun diri saya sendiri tidak istiqamah dalam menunaikan solat fardhu subuh berjemaah tetapi ingin saya berkongsi yang solat subuh yang sempurna bagi seorang lelaki mukmin yang sihat ialah solat subuh berjemaah di masjid. Sementara bagi wanita, cukuplah solat pada awal waktu di rumah. Dan yang jelas , solat subuh di luar waktunya, sesudah syuruk adalah haram dan berdosa. Tapi walau lewat mana sekalipun, sekalipun pukul 10.00 pagi kita tersedar dan lewat bangun, kerjakan jugak solat subuh, jangan sekali-kali ditinggalkan. Yang jelas juga, solat subuh lewat ini adalah haram dan berdosa !!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-10-04 09:45


kadang2 kantoi gak...heheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 05-10-04 10:20


Ingat lagi masa masih bersekolah menengah, duduk di rumah. Setiap kali subuh, abah akan kejut, ajak sembahyang subuh di masjid. Memang seronok. Lama-lama ia menjadi kebiasaan.
Dan bila first time jejakkan kaki ke MCIIUM, risau juga hati ini, takut terlalai dari menunaikan solat berjemaah di masjid. Tapi syukur alhamdulillah bertemu teman yang sudi mengingatkan dan diingatkan.

-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 11:39


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah satu tajuk yang menarik . Di sini umi nak tanya kepada anak-anak lelaki kenapa ya rata-rata walau tidak semua, susah sangat bagi anak lelaki untuk bangun awal subuh? Cuba cerita sikit sebab ramai ibu-ibu yang sering mengadu amatlah payah nak kejut anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Sesiapa ada sebab dan bagaimana nak diatasi ya?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

JoshuaIsfahan
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 701
Posting: 1577
Dari: Damansara

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 05-10-04 12:57


sebab,kita org selalu balik rumah lewat,3-4 am baru balik,tu yg nak bangun susah...tapi biasanya ibu saya senang je nak kejut saya,dia masuk bilik saya

1.Pegang Hp saya,bagi msg kat gf saya.."bf awak tak solat subuh today" (pernah kena dua kali).Mati nak jawab..

2.Dia sembahyang dlm bilik saya,pas tu baca doa kuat kuat minta anak dia dibuka pintu hati..(kena 4 kali)

3.Simbah ngan air (banyak kali)

4. Pasang kaset yassin dlm bilik saya kuat-kuat (Sekali)

5. Dia tarik selimut,lepas tu tarik saya gi bilik air....(3 kali)

6.Pot Pet Pot Pet....(kadang-kadang)bila semua yang di atas tidak berkesan.

Now ni,kantoi dah kurang sikitlah....sebab tersedar sendiri waktu subuh....

Bookmark and Share

    


  Member Information For JoshuaIsfahanProfil   Hantar PM kepada JoshuaIsfahan   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 13:09




bolehkan ana mencelah...

Fatwa al Imam Syaraf anNawawi rm (mewakili fiqh Syafi'iy) dalam al_Majmu' Juz 3): sesiapa yg meninggalkan solat tanpa disengajakan (spt tertidur, pingsan atau terlupa), maka ada kaffarat ke atasnya dgn cara mengganti secepat mungkin (tiada dosa atasnya). Tetapi yg sengaja meninggalkan solat dengan sebab cuai dan malas, maka hatinya telah berdosa besar dan tidak ada kaffarat atasnya (tidak boleh ditebus lagi). Begitu juga mereka yg meninggalkan solat Juma'at tanpa uzur, jika ia mengganti dgn solat Zuhur sekalipun, tidak dapat menggugurkan kewajipan solat Juma'at atasnya. Walaupun begitu orang yg meninggalkan solat fardhu dgn sengaja itu diwajibkan qadha', yg meninggalkan solat Juma'at dgn sengaja wajib mengganti dgn solat Zuhr dan selepasa itu ia hendaklah disusuli dgn taubat dan istighfar. Inilah pendapat jumhur. Pentahqeeq spt Imam dan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rm, menolak pendapat jumhur dan menafikan hukum solat qadha' bagi yg sengaja meninggalkan solat. Ia tidak sah dilakukan kerana tidak disyari'atkan dan batal. Hanya taubat, istighfar dan solat sunat yg boleh dilakukan. Ini juga pendapat Daud Zahiri (Fiqh Sunnah)

Ini ana amik dari web al-ahkam
Soal Jawab

Sesapa ada kemusykilan agama, eloklah tanya kepada pihak yang betul, jgn hanya berdasarkan fikiran semata-mata..kerana ikut hari mati..




-----------------

Koleksi Busana


    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

najwa_hayati
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.09.2003
Ahli No: 3625
Posting: 182
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 07:00


assalamualaikum...

senang saja untuk kejut anak lelaki ni ummimq.. pegang ibu jari kaki dan goncangkan... tapi jgn keterlaluan.... insyaallah terus bangun... ana buat macam tu.. mmg diorang ni terus bangun =)

Bookmark and Share

    


  Member Information For najwa_hayatiProfil   Hantar PM kepada najwa_hayati   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 06-10-04 10:05


Bagi saya, waktu mula-mula diajak pergi solat jemaah Subuh di masjid, ketika tu darjah 6, ayah saya akan masuk ke bilik dan berbisik ke telinga saya. Mengajak saya menunaikan solat dengan lembut. Syukur alhamdulillah cara tu berkesan kepada saya. Mungkin boleh cuba diamalkan.


-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 21:09


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah syukran jazilan anak-anak atas jawapan dan saranan. Sebenarnya umi ingin tahu masalah utama iaitu tidur lewatkan . Jadi anak-anak kenalah tidur awal kalau ingin menjaga waktu solat subuh tidak terlajak. InsyaAllah lebih elok tidur dulu dan bangun solat tahajud dua rakaat kemudian buatlah kerja sekolah atau assignment dan sebagainya dan terus masuk subuh berjemaah di surau atau masjid berdekatan. InsyaAllah keberkatan akan dirasai bila memahami pentingnya jaga waktu solat terutama subuh.

Semoga anak lelaki di sini buatlah jadual harian yang tidak akan menjejaskan solat subuh di dalam waktunya. Selamat menjalani kehidupan sebagai muslim mukmin yang bertanggungjawab.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 23:46


utk mendpt redha Allah, ulama' kata, setiap masa kita kena berada dlm beribadah kpd Allah.

mafhum hadith nabi saw:

"siapa yg bersolat isyak berjemaah seolah2 bribadah separuh mlm, sesiapa brsolah subuh berjemaah spt beribadah sepnj2 mlm"

pntg betul semuanya kaum muslimin brsolah subuh jemaah di masjid

Saya bgun subuh guna jam loceng handphone. Cara nk senang bgun subuh, brdasarkn apa yg sy buatla..tdo kat atas lantai je (karpet/tikar), jgn guna bantal yg empuk, bantal yg biasa2 je. Tu semua asbab. Tp sbnrny bgun subuh dan jemaah di masjid semata2 taufik dr Allah


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 23:54


Masalah sbnrnya adalah masalah lemahnya iman. Walaupun seseorg tu bertubuh besar dan sasa, masuk pertandingan angkat berat 250kg, tapi kalu iman lemah, bila tok bilal melaungkan "Allahuakbar....Allahuakbar" ,selimut yg seberat 250g pun tak boleh nak diangkat.

Tapi kalu iman kuat, walupun sakit ke, tubuh tak kuat, mcm sahabat (Abu Hurairah ra dll), bila tok bilal laungkan je "Allahuakbar....Allahuakbar" , di terus melompat bangun, bersegera menuju kepada Allah.

So, utk atasi masalah sbnrnya adalah usaha pertingkatkan dan perbaiki iman. Bila iman dah kuat, semua perintah Allah akan jd mudah...
InsyaAllah semua azam utk pertingkat dan baiki iman?

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ansarullah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2004
Ahli No: 10247
Posting: 110
Dari: Rusila

Terengganu  


posticon Posting pada: 07-10-04 16:00





ana setuju.umat islam sekarang tidak mementingkan solat subuh.
ini menunjukkan umat islam itu lemah, tidak ade kekutan .kalau nak tahu umat islam kuat atau ke tak, tengok je time subuh,masjid tu macam mana .meriah tak time solat subuh berjemaah..
apaabila islam bangkit,kita dapat lihat orang islam berpusu -pusu ke masjid seperti solat hari raya.
inilah yang musuh islam tengah usahakan ,membuatkan umat islam lemah.sebab mereka tak mahu islam kembali gemilang..
hai umat isalm sedarlah!!!



Bookmark and Share

    


  Member Information For ansarullahProfil   Hantar PM kepada ansarullah   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 17:26


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah solat subuh adalah solat yang paling besar ujiannya kerana perlu bangun di pagi yang dingin dan mengasyikkan buaian mimpi nan indah. Namun bezanya orang yang ingin menjaga ketaqwaannya ialah mereka yang mampu bangun malam solat tahajud dan sunat taubat serta sunat-sunat lain umpamanya tasbih dan witir. Kemudian mereka akan teruskan dengan solat sunat sebelum subuh dan solat subuh berjemaah di masjid.

Begitulah jadual sebenar seorang yang beriman dan menjaga ketaqwaannya terhadap Allah SWT. Beliau tidak akan mudah untuk tidur lewat demi cerita sedap mana di tv atau buat assignment tertangguh dan sebagainya. Bagi orang yang menjaga ketaqwaannya tidak ada alasan melainkan yang dharurah saja. Selain itu dia akan pastikan bangunnya kelak dapat menjalankan tanggungjawab solat atas dasar kasih dan sayang akan Allah SWT - mengejar redha-Nya semata-mata.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 23:51


bangun2...subuh2

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-10-04 00:58


subuh2 ...bangkit2

Meson larik ni bising, senang nak bangunkan orang..!!




Dai' [email protected]_Ridwan
Factulty Of Mechanical Engineering
IDIDNTGOTO UNIVERSITY

Ni lah lambang sekolah aku kat Batu Pahat, bumi Jhowo





[ Posting ini telah di edit oleh: ridwan_daie pada 2004-10-08 01:02 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Hafiz_kacak
Warga Rasmi
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10954
Posting: 10
Dari: Bumi ini

senegal  


posticon Posting pada: 08-10-04 01:32


Senang je tu ana cuba amalkan tido di surau Sejak dari teknik masuk matrik sekarang kat U. Alhamdulillah setakat ni cuma sekali je lambat 20 minit subuh. Itu pun sebab sume orang dah balik kampung. Dah takde jemaah yg tinggal

Bookmark and Share

    


  Member Information For Hafiz_kacakProfil   Hantar PM kepada Hafiz_kacak   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 08-10-04 15:53


kalu tinggal....kene lah ganti juga...hutang dgn Allah tetap wajib dibayar....
nak bgnkan adik lelaki kat umah tu mmg liat jugak....akak dia ni pun lebih kurang jer...hehe...tp,kat s`wak ni subuh habis awal...kenelah cepat .....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-04 19:08


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah betul kata anakanda ridwan daie bahawa iman memainkan peranan penting dalam mengingatkan diri kita untuk bangkit subuh awal. Dan bagi anakanda hafiz kacak pula alhamdulillah sejuk perut ibu yang mengandungkan anakanda kerana sanggup tidur di surau semata-mata nak jaga waktu subuh bangkit awal dan berjemaah.

Insyaallah bagi anak lelaki lain sekiranya kita sedar diri bahawa satu hari kelak kita akan ada anak dan juga akan bertemu dengan Allah SWT maka kita akan cuba sediakan diri dengan bersungguh-sungguh agar menjadi Muslim Mukmin yang hebat. Teruskan segala usaha ke arah itu .... doa umi dan juga ibu bapa anakanda semua.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 10-10-04 22:27


skrg dah insaf sikit....tidor awal palng lewat pukul 12.....klu nak bgn subuh.,..kita bila jauh dr mak ayah ni susah jgk......selalu kat rmh...diorg yg gerak.......Insaf insaf......

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

condemned
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.06.2004
Ahli No: 9566
Posting: 121
Dari: klang

Selangor  


posticon Posting pada: 10-10-04 23:30


sy lak kalo 3-4 pagi x tido lagi,alang2 terus x tido...kalo x confirm kantoi sembahyang subuh...
tido lewat ari minggu jer..

Bookmark and Share

    


  Member Information For condemnedProfil   Hantar PM kepada condemned   Pergi ke condemned's Website   Quote dan BalasQuote

Yob
Warga 2 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11600
Posting: 57
Dari: KL

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-10-04 10:20


A'kum....
Ttg solat subuh ni..sebenarnya tidak lah sukar asalkan ada kesungguhan dan usaha...kalau rasa diri susah nak bagun gunakanlah 2/3 biji jam loceng dan jgn letak jam tu kat tpt tido..biar jauh sikit sehinggakan anda terpaksa bangun untuk off kn dia...ataupun minta ler sesape tolong kejutkan dan minta dia on lampu masa nak kejutkan kita...saya dulu masa sekolah menengah cam ni ler saya buat...alhmdulillah...sekarang ni tak pernah lah miss solat subuh..
Aper pun cuba sambil tu doa lah minta allah permudahkan nak solat subuh...insyallah boleh nyer...

Bookmark and Share

    


  Member Information For YobProfil   Hantar PM kepada Yob   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-10-04 11:18




Di bulan Ramadhan ni sahabat2 muslimin semua usahakanlah untuk berjemaah di masjid ye. Waktu ni lah nak usaha, nanti kalau dah biasa boleh istiqamah sepanjang hayat. Kalau tak mula dari sekarang, taku2 bila dah masuk bulan lain lagi susah nak usaha pegi solat subuh di masjid....

Semua azam ye, insyaAllah?


-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.136408 saat. Lajunya....