Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Activity gets you busy. But productivity gets you results. Activity consumes time. Productivity frees it.

-- ummimq

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 40 hari yang lalu
al-biruni03: 68 hari yang lalu


Cerpen
Topik: satu kisah cinta biasa...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» satu kisah cinta biasa...

Please Mendaftar To Post


Oleh satu kisah cinta biasa...

wafa_mawaddah
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2003
Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-04 10:42


assalamualaikum....
kisah ini amat bermakna utk dijadikan pedoman buat suami isteri...baca dan hayatinya....biarpun bukan rekaan saya...tapi saya berharap dapat dikongsi bersama....
insyaAllah...

Petikan dari Majalah PARAS - Oktober 2004



Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.




Bookmark and Share

    


  Member Information For wafa_mawaddahProfil   Hantar PM kepada wafa_mawaddah   Pergi ke wafa_mawaddah's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 02-10-04 15:25


haaa.... terpegun sejenak...speechless...

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 03-10-04 14:16


mungkin mmg betul...kdg2 kita ni mmg tak sedar pasangan kita sayangkan kita..sbb kdg2 org lelaki ni tak pandai tunjukkan ksg sayang mereka..itu yg buat perm salah anggap.....dia akan rasa cinta si dia berkurang pd kita....tp,dalam hati dua2 sgt mencintai sesama mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

z_tornado
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.07.2003
Ahli No: 2309
Posting: 155
Dari: shah alam

Selangor  


posticon Posting pada: 03-10-04 14:32


kekdg ssorg itu tk sedar akn kebhgiaan yg sedia ada di dpn mata.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For z_tornadoProfil   Hantar PM kepada z_tornado   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-10-04 14:41



Cinta memang tak mampu diterjemahkan...

-----------------



Hargai semasa ada....

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

izz_iman
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.11.2003
Ahli No: 5188
Posting: 74
Dari: UTEC

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-10-04 17:14


love is unpredictable....no matter how hard, life must be go on.

wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For izz_imanProfil   Hantar PM kepada izz_iman   Pergi ke izz_iman's Website   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-10-04 21:25


cinta itu indah apabila kita berjaya menghayatinya..... dan akan menjadi sukar jika kita tutup jln utk belajar memahaminya

Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

ain_khansaa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11145
Posting: 63
Dari: Bangi

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 04-10-04 10:52



cinta & hargailah segala yang milik kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ain_khansaaProfil   Hantar PM kepada ain_khansaa   Quote dan BalasQuote

nur_indah
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 7
Posting: 393
Dari: N9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 04-10-04 16:15


Quote:
Cinta memang tak mampu diterjemahkan...


ehemmm.... setujuuu ngan Hanan...
p/s: Hanan ada pengalaman ek??? (jgn mare!!!)

-----------------
"ukhwah PENGGERAK DAKWAH..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_indahProfil   Hantar PM kepada nur_indah   Quote dan BalasQuote

nur_islami
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 28.05.2003
Ahli No: 858
Posting: 991
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-10-04 21:38


indahnya sebuah cinta...

-----------------
hadiah yang paling berharga dalam ertikata sahabat yang sebenarnya ialah memberi yang terbaik dalam diri anda sendiri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Pergi ke nur_islami's Website   Quote dan BalasQuote

AzeeArif
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.02.2004
Ahli No: 7408
Posting: 59
Dari: pahang

Pahang  


posticon Posting pada: 05-10-04 17:37


tak terkata....terima kasih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AzeeArifProfil   Hantar PM kepada AzeeArif   Quote dan BalasQuote

KhilafahIslamiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7208
Posting: 104

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 17:43


Allahuakbar..Terkesan sangat ke dalam snubari ana..

Agak2 nya masihkah Allah menyayangi diri ku..Allah..ana masih lemah lagi..tak layak berhadapan dngan Mu..

Semoga kita semua dikurniakan cinta yang hakiki dari Allah..Amiinn...

Bookmark and Share

    


  Member Information For KhilafahIslamiyahProfil   Hantar PM kepada KhilafahIslamiyah   Pergi ke KhilafahIslamiyah's Website   Quote dan BalasQuote

edlin
WARGA SETIA
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 10459
Posting: 411
Dari: sg

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-10-04 21:29


Hmm macam yang lain.....
Tak terkata....



Bookmark and Share

    


  Member Information For edlinProfil   Hantar PM kepada edlin   Quote dan BalasQuote

azali82
Warga Rasmi
Menyertai: 08.01.2004
Ahli No: 6315
Posting: 11
Dari: kustem

Terengganu  


posticon Posting pada: 13-10-04 18:08


emmmm....sempat jugak sedar kan kalau tak mesti sedih giler....
Nway citer ni memang best

Bookmark and Share

    


  Member Information For azali82Profil   Hantar PM kepada azali82   Quote dan BalasQuote

shahirah_huda
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1982
Posting: 335
Dari: AS

japan  


posticon Posting pada: 25-10-04 23:18



Hidup kita ini penuh dengan cinta,tanpa cinta kita takkan lahir.Cinta itu indah jika kita tahu menghayati dan memahaminya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahirah_hudaProfil   Hantar PM kepada shahirah_huda   Quote dan BalasQuote

nUhA_amIrAh
Warga Rasmi
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11186
Posting: 20

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 01:52


simbolik..sedih plak dengar..saya ader satu mende nak syer ngan kengkawan..biler kita menyukai kelebihan dan kelemahan seseorang, itulah cinta... tu ayat yang saya dapat dari salah satu novel yang saya baca

-----------------
"being 20 isnt so bad afterall..kita takkan tahu aper yang betul selagi tak buat salah"

Bookmark and Share

    


  Member Information For nUhA_amIrAhProfil   Hantar PM kepada nUhA_amIrAh   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 28-10-04 04:46




Wah bestla cerpen nie...jiwang tul jurutera tue yek..pandai plak mengayat tue...tp tu la kdg2 perempuan tak paham sbb kasih syg lelaki susah utk ditunjukkan...lelaki hanya mampu mendiamkan diri dan berfikir mengapa pasangan mula benci pada kita walhal pasangan kita sudah bersiap-siap tuk bercerai ngan kita..so fikirlah panjang sebelum membuat keputusan kerana ia suatu keputusan yg drastik yg menyebabkan perubahan drastik di masa hadapan dlm diri kita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

srikandi_islam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.10.2003
Ahli No: 4481
Posting: 260
Dari: BANGI + KB

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-10-04 08:39


waaaaaahhhhhhhhhhh..........
what so lovely......

-----------------
2 love some 1 is NOTHING,2 be love by some 1 is something,2 be love by same 1 U love is EXCITING,but 2 be loved by ALLAH

Bookmark and Share

    


  Member Information For srikandi_islamProfil   Hantar PM kepada srikandi_islam   Pergi ke srikandi_islam's Website   Quote dan BalasQuote

Rashidah89
Warga Rasmi
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5768
Posting: 10
Dari: Muar,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-04 16:58


ketika satu pintu tertutup,kita sering terpaku pada satu lagi pintu yang terbuka dan menanti kita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Rashidah89Profil   Hantar PM kepada Rashidah89   Pergi ke Rashidah89's Website   Quote dan BalasQuote

rawdhah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 23.02.2004
Ahli No: 7485
Posting: 193
Dari: bp

Johor  


posticon Posting pada: 01-12-04 09:00


..hmmmm aduhai...bestnye kalo dpt suami cam nih...uish...hehheheh

-----------------
"Bukan satu paksaan untuk disebarluaskan,saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa"

Bookmark and Share

    


  Member Information For rawdhahProfil   Hantar PM kepada rawdhah   Pergi ke rawdhah's Website   Quote dan BalasQuote

MiraUmairah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 23.05.2003
Ahli No: 837
Posting: 33
Dari: selangor

Selangor  


posticon Posting pada: 01-12-04 15:24


banar-benar tak terkata..moga diriku sentiasa bersyukur dengan apa yang ada..InsyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For MiraUmairahProfil   Hantar PM kepada MiraUmairah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 11-12-04 11:39



Biasanya kita akan menyedari sesuatu itu hanya apabila ia telah hilang...So, beware of that. Hargai apa yang kita miliki. Jangan jadi 'Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 12-12-04 00:59


menarik sguh citerni...smoga ia menjadi pengajaran kpada kita semua

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

nurbalqis83
Warga 2 Bintang
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12893
Posting: 52
Dari: sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 14-12-04 10:52


terharu nyer....ishk...ishk.....ada lg ker lelaki mcm tu?klu lah ada ,beruntung lah siapa yang dapat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurbalqis83Profil   Hantar PM kepada nurbalqis83   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 14-12-04 11:49





hidup sunyi tanpa cinta...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

muslimah_87
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.01.2004
Ahli No: 6527
Posting: 221
Dari: UM

Johor  


posticon Posting pada: 25-01-05 23:54


dasyat...mnarik sguh citeni

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimah_87Profil   Hantar PM kepada muslimah_87   Quote dan BalasQuote

nisaulfadhilah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2006
Ahli No: 27084
Posting: 207
Dari: irbid

jordan  


posticon Posting pada: 04-02-07 15:55


bersyukurlah dengan apa yang ada..
sesungguhnya kebahagiaan wujud didalamnya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

lukmanulhakim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 17.12.2005
Ahli No: 21214
Posting: 62
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 04-02-07 18:14


BEST BANGAT!!! heheheheh

Bookmark and Share

    


  Member Information For lukmanulhakimProfil   Hantar PM kepada lukmanulhakim   Quote dan BalasQuote

nurfieza
WARGA SETIA
Menyertai: 19.01.2006
Ahli No: 22039
Posting: 416
Dari: utara...

Selangor  


posticon Posting pada: 04-02-07 21:07


huhuhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurfiezaProfil   Hantar PM kepada nurfieza   Quote dan BalasQuote

nurul_gts46
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.06.2006
Ahli No: 24757
Posting: 82

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-02-07 01:08


so sweet...:)
bersyukurlah dengan setiap apa yang kita milikki..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_gts46Profil   Hantar PM kepada nurul_gts46   Pergi ke nurul_gts46's Website   Quote dan BalasQuote

zahrah_asrar
Warga 5 Bintang
Menyertai: 07.02.2006
Ahli No: 22514
Posting: 363
Dari: port dickson

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 05-02-07 02:41


kita selalu rasa yang suami kita da berubah lepas kawin tapi kita tak sedar diri snd yang mnyebabkn perubahan tu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For zahrah_asrarProfil   Hantar PM kepada zahrah_asrar   Quote dan BalasQuote

akwa
WARGA SETIA
Menyertai: 23.11.2005
Ahli No: 20434
Posting: 729
Dari: tganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-02-07 05:33


memang terpegun bila baca............

Bookmark and Share

    


  Member Information For akwaProfil   Hantar PM kepada akwa   Pergi ke akwa's Website   Quote dan BalasQuote

hudahaida
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.01.2008
Ahli No: 32255
Posting: 128
Dari: dunia

south_korea  


posticon Posting pada: 15-01-08 19:42


penuh makna....kadang-kadang kita xhargai apa yang ada depan mata...best cerita nii !!

Bookmark and Share

    


  Member Information For hudahaidaProfil   Hantar PM kepada hudahaida   Quote dan BalasQuote

syira_qistina
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2003
Ahli No: 4102
Posting: 777
Dari: tempat yang paling jem

Selangor  


posticon Posting pada: 15-01-08 19:49


Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.


:berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For syira_qistinaProfil   Hantar PM kepada syira_qistina   Quote dan BalasQuote

Awadah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.01.2007
Ahli No: 28250
Posting: 56
Dari: Kelantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 20-01-08 10:48


so, hargailah apa yang ada di depan mata kita ek.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For AwadahProfil   Hantar PM kepada Awadah   Quote dan BalasQuote

quratulbalqis
Warga 2 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30090
Posting: 47
Dari: sErEmbAN

malaysia  


posticon Posting pada: 20-01-08 11:22


Pada 03-10-04 14:16 , sirna_bintang posting:

!!! QUOTE !!!

mungkin memang betul...kadang-kadang kita ni memang tak sedar pasangan kita sayangkan kita..sebab kadang-kadang org lelaki ni tak pandai tunjukkan ksg sayang mereka..itu yang buat perm salah anggap.....dia akan rasa cinta si dia berkurang pada kita....tapi,dalam hati kedua-duanya sangat mencintai sesama mereka...
betul itu.. ;-)..cara yang terbaik untuk tahu sama ada pasangan kita masih sayang kat kita atau tak adalah dengan cara perbincangan/luahan hati..seorang isteri yang solehah tak patut mengmbil keputusan yang terburu-buru..tindakan yang tepat adalah dengan bermuhasabah dan mencari solution yang bijak.. suami isteri perlu bijak melayari bahtera dan ingatlah walaupun perceraian itu halal di sisi ALLAH tetapi ia adalah 1 perkara yang amat2 dibenci olehNYA..wALLAHU'alam.. :bunga: :bunga:


-----------------
in islam there is no word for hands up,there are only 2 things,win as a mujahid or dia as a syahid


Bookmark and Share

    


  Member Information For quratulbalqisProfil   Hantar PM kepada quratulbalqis   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.141744 saat. Lajunya....