Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kepuasan itu terletak pada usaha bukannya pada pencapaian. Usaha sempurna adalah kemenangan sempurna.
-- Mahatma Ghandi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 223
Ahli: 0
Jumlah: 223




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: BICARA TENTANG HANTU.... relaxi minda..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» BICARA TENTANG HANTU.... relaxi minda..

Please Mendaftar To Post


Oleh BICARA TENTANG HANTU.... relaxi minda..

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 22:32



Bila hantu berbicara.......

Di tempat aku, Kampung Kubang Tangga, Wakaf Mempelam, riuh kisah hantu mengamuk....hantu kejar orang, tiang bendera terbalik dan terangkat balik dengan sendiri... maka berpusu-pusu manusia melihat kejadian tersebut. Memang benar, bicara bomoh besar kampung aku, SMK Seri Nilam merupakan laluan makhluk halus... Mengikut cerita orang tua, sekitar sawah kawasan tersebut merupakan tempat orang menanam acak...

Di tempat aku, kampung Rawai, Bukit Payong 5 tahun dahulu.. Sure Heboh betoii... seorang lelaki bersama kekasihnya sang buaya.. maka berpusu-pusu manusia datang ke sana. Pakcik sang kekasih buaya glamour sakan, masuk akhbar... sungai tempat buaya itu berada bertukar menjadi kawasan fun fair...yang gilanya orang kita [mungkin aku pun sama] sampai ada rombongan bas membuat lawatan ke tempat tersebut...

2-3 tahun dahulu, Heboh satu Malaysia apabila para hantu berpesta di jalan Damansara, KL... lautan manusia datang melihat hantu berpesta...aku pun sama... bermacam-macam jenis hantu ada. Jembalang tanah, langsuir dan macam-macam.. akhir sekali aku sendiri menjadi hantu apabila melihat cermin yang disedia pada pintu keluar dewan pameran di Muzium Negara itu... hantu oh hantu...

di Akademik Pengajian Islam UM, hantu pun ada... hantu memang tidak takut Islam..padahal disitu tempat para ulama dan bakal ulama Malaysia.. aku rasa ramai pendokong laman web berada di APIUM.. berwaspada kalian.. satu malam, aku study kat sana...biasanya aku datang awal selepas maghrib, aku dengar kejar-mengejar... mulanya memang berdebar jantan aku tetapi lama kelamaan dah kalis.... hantu ini kerap kali berkejaran di atas siling... seram juga aku... korang tak seram ke, wahai srikandi APIUM?? [teringat Briged Srikandi PMI, jangan kecewa dengan kekalahan deh..]....hii...hi...[aku tersenyum]...korang study kat cafe kk 12 cukuplah, sambil tengok astro....


itulah antara kisah hantu.. kisah buaya lupakan deh... tak nak cerita makhluk jadian.. kawan aku punya datuk bomoh besar, penunduk ular, penunduk hantu..hantu tunduk bawah kaki dia. jadi aku tahu serba sikit tentang mistik ini.. maklumlah nak jadi bomoh ketika kecil dahulu. kalau kita bicara persoalan hantu, bermakna kita bicara paranormal. Hantu adalah makhluk halus yang sememangnya wujud...ia tergolong dalam bangsa jin, tahukah kita dalam sekecil lopak air adalah sebuah empayar atau kerajaan bagi bangsa jin... halus benar alam mereka, lebih halus dan tipis daripada lubang hidung kalian....


Jin ini hidup macam kita walaupun jisim mereka berbeda. Macam kita disini bermaksud mempunyai demografi seperti kita. Contoh, jika kita bertemu jin di terengganu, jangan cuba cakap loghat baku ala Johor atau KL. Mereka tak faham. Tetapi jika korang pergi London dan jumpa jin kat sana, Cakaplah bahasa orang puteh, baru mereka faham. Ini bermakna jin juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan manusia.

satu kisah, apabila Jemaah Tabligh Kubang Bujuk, Kuala Terengganu ‘keluar’ ke Sarawak. Di sarawak, anak seorang ahli jemaah mengalami fenomena luar biasa iaitu berkawan dengan kaki lepak di wakaf yang tidak dikenalinya dan merokok.... kuat merokok sedangkan dia bukan seorang perokok.... bila melihat ayahnya.. beliau mahu pukul ayahnya... maka bertanyalah guru penulis dengan bahasa terengganu, budak itu kurang memahami... guruku bercakap bahasa jawa [guru penulis orang Indonesia], budak itu cakap jawa...pelik... guruku cakap arab budak itu cakap arab.... maka dipanggil seorang ustaz, maka bersilat dan teranjang kedua-duanya....macam kungfu.. macam cerita dragon ball..terbang sana, terbang sini... tapi tak da auralah....

akhirnya jin itu kalah dan sanggup dihantar ke China... dalam kes itu ada orang benci kat ayah budak itu tetapi ilmu pendinding ayahnya sangat kuat.. akhirnya masuklah jin tersebut ke tubuh anaknya.. dua ekor jin iaitu jin jawa dan jin arab....

itulah ceritanya tentang hantu........ di bandar... banyak juga hantu... hantu manusia...sampai hantu sendiri terkencing melihat perangai hantu manusia.... tak percaya.. jom ke pantai dalam...lorong haji taib [kesian kat haji Taib, baik tukar nama lain} dan lain-lain....hantu manusia yang tidak mengenal erti kemanusiaan....sampai sanggup membunuh dan merogol dengan kejam.... berhati-hatilah.... jangan masuk perangkap hantu manusia yang rakus ini


mamat.com
29.9.04
tokawang_sufi@hotmail

maaf, bahasa kurang elok.......relaxi minda...



Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.262137 saat. Lajunya....