Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 179
Ahli: 0
Jumlah: 179




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 53 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Cerpen
Topik: WARNA CINTA, WARNA POLITIKAL


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» WARNA CINTA, WARNA POLITIKAL

Please Mendaftar To Post


Oleh WARNA CINTA, WARNA POLITIKAL

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-09-04 08:51


WARNA CINTA, WARNA POLITIKAL

Sekali lagi kita bermain warna, macam di taski semasa kecil dahulu. Warna itu penting, ia adalah tanda yang bermakna. Kehidupan sendiri adalah warna. Kita hidup pun dengan berwarna. Bayangkan jika semua orang warna BIRU, mata biru, baju biru, kulit biru, jawapannya tak seronoklah hidup. Sebab itulah warna HIJAU pun perlu dibenarkan berwarna dalam kehidupan ini,


‘letaklah warna HIJAU nampaklah Islamis sikit’ ujar Profesor Husin di dalam bilik pensyarah di Fakulti Sains Sosial. ‘baik, tuan’ jawab pengecap kampus. ‘tuan, warna HIJAU dah habis da...tinggal sikit lagi. Maklumlah sekarang banyak kampus guna warna BIRU’ tiba-tiba si pengecap memberi alasan... ‘takpalah, buat masa ini kita gunakan warna BIRU dulu, nanti kita guna balik warna HIJAU’ bicara Prof. Husin. ‘mudah sungguh luntur warna HIJAU, apa sebabnya? Mengeluh Prof. Husin seorang diri. ‘mungkin inilah masanya kita mencari formula baru untuk warna HIJAU agar lebih kukuh dan perkasa’ tersenyum Prof. Husin seorang diri.

Seperti biasa, prof Husin melangkah laju ke bilik kuliah. Sesekali pelajar memberi salam sebagai tanda ramainya orang Islam di kampus. ‘assalamulaikum’ begitulah muqadimah prof husin setiap kali masuk ke bilik kuliah. Tersenyum prof. Husin melihat ramai pelajar perempuan bertudung, warnanya MERAH JAMBU. Wanita muda memang mudah terpengaruh dengan warna MERAH JAMBU yang melambangkan keceriaan, baru, trendy dan menawan hati. Warna HIJAU dilihat tak sesuai, kolot, kelat dan jumud. Kan bagus jika warna HIJAU ditambah warna PUTIH, biar nampak warna HIJAU kesusuan. Perubahan ini perlu bagi mendekatkan wanita muda dengan warna HIJAU.

‘kenapa warna-warna ini cepat dihakis?’ tanya prof. Husin kepada para pelajarnya. ‘Mungkin dari dalaman warna itu sendiri, prof’ jawab seorang pelajar wanita yang bertudung labuh yang Berwarna KUNING. ‘prof, saya rasa setiap warna dihakis dek kepanasan matahari yang menyebabkan setiap warna terlalu tertekan untuk mengekalkan keutuhannya’ ujar gadis berselendang BIRU MUDA. ‘saya tak setuju, ada warna terlalu yakin dengan ketahanan dirinya tapi kenyataan adalah sebaliknya. Kita tak boleh guna warna yang belum diuji dalam zaman moden, warna untuk zaman dulu sudah luput untuk digunakan zaman kini, tak sesuai langsung.’ Lantang gadis yang memakai skaf berwarna MERAH. Kata-kata gadis berskaf MERAH itu menyebabkan Prof Husin teringat pesan seorang sahabat bernama Zaid Brahim yang berkata ‘SIN, demo tak payoh gune warna lama yang luput, nanti orang saman. Kita orang moden mestilah memilih warna yang sesuai untuk zaman ini’ begitulah gurauan Zaid Brahim yang seakan akan memperlekeh warna yang dimiliki oleh Prof Husin.

Zaid Brahim adalah pesaing Prof Husin dalam usaha memikat Siti Rakyati. Siti Rakyati adalah gadis yang didodoi dengan kesenangan sejak kecil lagi. Siapa yang tak hendak kepada siti rakyati yang cantik, paling comel, terbuka dan baik hati. Tubuh badan ala-model macam Nasya Aziz. Senyuman cukup manis dan suara sungguh seksi sehingga mengetar jantung kaum Adam. Siti Rakyati adalah ratu sekolah. Ia bermula di sekolah menengah sewaktu majlis bacaan sajak. Bila saja siti rakyati membuka mulut, seluruh dewan senyap terpegun dengan keindahan suara siti rakyati bertambah pula keayuannya. Memang bertuah sesiapa yang memilikinya. Antara pesaing paling hebat dan dilayani oleh siti rakyati adalah Husin dan Zaid Brahim, kedua-duanya adalah jagoan akademik sekolah. Kedua-duanya mempunyai misi yang berbeza untuk menakluki hati siti rakyati. Macamlah orang yang hendak hapuskan rasuah. Semua nak hapus rasuah tetapi pendekatannya macam2. Kan dogol jika seorang perasuah ingin membendung rasuah. Begitulah husin dan Zaid Brahim, walaupun tujuannya sama untuk merampas hati siti rakyati tetapi kaedah dan matlamat asali kedua-dua mereka adalah amat berbeda.


Siti Rakyati suka kemewahan, moden dan glamour. Hanya yang paling cemerlang, gemilang dan terbilang sahaja yang akan dipilihnya. Juara bagi pertandingan warna catan dianggap berjaya memiliki dirinya. Boleh rakus menikmati dirinya. Husin dan Zaid Brahim bersetuju.

Pertandingan Husin dengan Zaid Brahim di atas padang yang tidak rata. Bayangkan Zaid Brahim berasal daripada keluarga kaya dan berpengaruh. Pekedai cat dan berus adalah penyokong Zaid Brahim manakala Husin adalah pelajar miskin dan telah didikriminasi oleh para pekedai cat. Akhirnya, Husin menggunakan cat HIJAU yang dianggap kolot dan jumud tersebut. Zaid Brahim puas hati dengan warna catan beliau yang diselimuti warna MERAH, BIRU dan MERAH JAMBU itu.

Keputusannya. PAStilah Zaid Brahimlah yang menang. Ha..ha...aku menang. Kemenangan ini disambut baik oleh siti rakyati yang didodoi dengan kemewahan. Rakuslah Zaid Brahim merangkul siti rakyati. Siti rakyati diajak ke konsert, minum arak dan bermain judi. Yang anehnya, siti rakyati dibenarkan berpeleseran dan bergaul bebas dengan sesiapa jua. Siti rakyati bertukar-tukar pasangan!! Maksiat berlaku, tapi zaid Brahim tersenyum puas. Yang paling penting aku mengalahkan Husin.

Sejak hari itu, hati Husin tawar untuk memikat siti rakyati yang terbelenggu dengan material....’mereka ingat duit boleh bawa ke mati’ keluh Husin. Oleh sebab itulah, apabila mendapat tawaran belajar di SOAS, terus Husin berlari ke sana.

Selepas 20 tahun, siti rakyati semakin berisi tetapi masih tetap tidak berubah. Masih setia bersama Zaid Brahim yang semakin kuat menganjurkan kemaksiatan. Sedih Husin melihat Siti Rakyati yang terus hanyut dengan perhiasan dunia yang menipu dan bersifat sementara. Kini, Husin bergelar PROF., cuba mendidik anak bangsa agar tidak lagi mencontohi siti rakyati.

Angin perubahan bagaikan sudah tiada. Sukar kecuali dengan keajaiban dari Ilahi. Usaha untuk menyelamat Siti Rakyati perlu diteruskan. Prof Husin sanggup memperisteri Siti Rakyati dan mendidiknya ke arah cahaya Ilahi. Siti Rakyati tetap menolak, rela dirinya dinodai oleh maksiat.... ‘umm....umm..noo.... sukar benar hendak berubah ke arah kebenaran Ilahi’ keluh Prof Husin mengenang Siti Rakyati yang cukup disayanginya itu.

Perjuangan prof Husin belum selesai.... dulu, kini dan selamanya..



‘tangan-tangan meluluskan lesen judi dan merasmi malam anugerah muzik, tangan itulah juga merasmi majlis tilawah al Quran’

HAPUSKAN BUDAYA POLITIK SUKU, AGAMA SUKU


mamat.com
tokawang_sufi@hotmail
27.9.04



Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

majidah
WARGA SETIA
Menyertai: 24.08.2004
Ahli No: 10691
Posting: 492
Dari: Macquarie University Village

Kedah  


posticon Posting pada: 29-09-04 09:19


Menyengat hingga tergesit-gesit!

Bookmark and Share

    


  Member Information For majidahProfil   Hantar PM kepada majidah   Pergi ke majidah's Website   Quote dan BalasQuote

HeArtBroKenkiD
WARGA SETIA
Menyertai: 08.09.2003
Ahli No: 3385
Posting: 629
Dari: » Anak Jati Kuala Lumpur @ MCIIUM «
KualaLumpur  


posticon Posting pada: 29-09-04 09:47


ugghhh!!! sampai bila ummat Islam nak terus macam ni???!!!
bersama-samalah kita berusaha utk mengembalikan kegemilangan Islam.. Allahu Akbar!

-----------------
Hayy Qum bi ar-Ruuh al-Jadiid!!!
.: Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah :.

Bookmark and Share

    


  Member Information For HeArtBroKenkiDProfil   Hantar PM kepada HeArtBroKenkiD   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 11-12-04 11:40



Maksud yang begitu mendalam di sebalik cerita ini..Hm, sama2 lah menghayati.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

juwariah
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2004
Ahli No: 13016
Posting: 15
Dari: malaysia

Melaka  


posticon Posting pada: 14-12-04 11:14


hmm, ada maksud yang tersirat dan tersurat dalam kisah ni. marilah kita hayati bersama

Bookmark and Share

    


  Member Information For juwariahProfil   Hantar PM kepada juwariah   Pergi ke juwariah's Website   Quote dan BalasQuote

aikal
WARGA SETIA
Menyertai: 07.12.2004
Ahli No: 12868
Posting: 419
Dari: masa yang silam

yemen  


posticon Posting pada: 14-12-04 11:37




menarik...........

Bookmark and Share

    


  Member Information For aikalProfil   Hantar PM kepada aikal   Quote dan BalasQuote

lidya_haryati
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 01.07.2003
Ahli No: 1892
Posting: 255
Dari: temerloh

malaysia  


posticon Posting pada: 21-12-04 08:32


hermmm... citer macam nih pun ade...
kreatifnya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For lidya_haryatiProfil   Hantar PM kepada lidya_haryati   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 21-12-04 08:44


DULU KINI DAN SELAMANYA.....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

Bukunota
Warga Rasmi
Menyertai: 13.02.2006
Ahli No: 22660
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-02-06 11:28


Cerpen ini dah lama tapi masih relevan untuk dikupas sepintas lalu. Sebuah cerpen parodi yang masih boleh diperbaiki. Saya harap penulisnya masih wujud atau masih berkarya atau barangkali sudahpun mencipta nama.

Cerpen ini masih kasar dan perlu diperlicinkan dari sudut jalan cerita. Begitu juga nama yang barangkali masih boleh dicari yang lebih simbolik.

Penutup cerpen agak tergesa-gesa dan boleh diperhalusi dengan sindiran yang lebih menikam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For BukunotaProfil   Hantar PM kepada Bukunota   Pergi ke Bukunota's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.161782 saat. Lajunya....