Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 11-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 3 hari yang lalu
muslimiman: 18 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 19 hari yang lalu
nur_tinta: 25 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Seks bebas - Isu serius melanda remaja Malaysia


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Seks bebas - Isu serius melanda remaja Malaysia

Please Mendaftar To Post


Oleh Seks bebas - Isu serius melanda remaja Malaysia

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 13:06


Seks bebas - Isu serius melanda remaja Malaysia
Oleh ROSMAH DAIN
UTUSAN MALAYSIA (13 SYA'ABAN 1425)


Golongan remaja merupakan pelapis atau waris yang bakal menerajui masa depan negara dan mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap keadaan sosial, politik dan ekonomi negara.

Bagaimanapun, arus pembangunan yang mendadak menjadikan golongan ini mudah terlibat dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak serta kemerosotan disiplin yang begitu membimbangkan.

Dalam pelbagai masalah sosial remaja, banyak kejutan terjadi sehingga menjejaskan masa depan remaja, antaranya masalah bohsia, bohjan, pelacuran, seks bebas serta penyalahgunaan dadah.

Menurut Dr. Maryani Md. Nor dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), seks bebas yang boleh diterjemahkan sebagai perhubungan seks tanpa ikatan nikah yang sah kini menjadi isu serius yang melanda remaja masa kini.

Gundik

``Jika seks bebas ditafsirkan sebagai hubungan seks luar nikah, seharusnya hubungan seks dengan lelaki atau wanita atau gundik juga boleh dikategorikan sebagai seks bebas.

``Begitu juga mereka yang telah berumahtangga, tetapi masih melakukan seks dengan wanita atau lelaki lain di luar perkahwinan, tergolong sebagai mereka yang melakukan seks bebas,'' katanya.

Dr. Maryani berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk Seks Bebas: Mengenal Pasti Punca perlakuan, pada Konvensyen Memerangi Gejala Sosial Dalam Era Dunia Tanpa Sempadan: Peranan Pemimpin dan Masyarakat anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, baru-baru ini. Maryani berkata, seks bebas di negara ini berlaku sama ada di bandar atau pun di desa.

Katanya, seks bebas di kalangan pelajar sekolah di bandar telah mula dikesan ketika berada di tingkatan satu atau dua.

Ditanya mengapa perkara berkenaan berlaku dalam keadaan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai keagamaan, beliau berkata, ini semua berpunca daripada gaya hidup tradisi berkeluarga dan bermasyarakat yang berubah kepada gaya hidup moden.

Perubahan ini menyebabkan institusi keluarga atau masyarakat berubah secara beransur-ansur.

``Dalam dunia moden hari ini tidak hairan sekiranya kita melihat terdapat ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga sanggup memenuhi segala kehendak mereka dan sering pula bertolak ansur dengan anak-anak.

``Adalah tidak menjadi kesalahan memanjakan anak-anak, bagaimanapun perlu diketahui, bahawa kanak-kanak yang dimanjakan keterlaluan akan didapati sukar menyesuaikan dan memahami hasrat ibu bapa,'' katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, perlakuan seks bebas juga berlaku kadang-kadang disebabkan oleh perbuatan ibu bapa sendiri yang secara tidak langsung sanggup mendedahkan anak-anak mereka dengan menonton video lucah bersama-sama.

Mempengaruhi

Selain lambakan video lucah, pengaruh media massa seperti majalah dan maklumat di internet juga perlu dipertanggungjawabkan dalam mempengaruhi tingkah laku anak-anak remaja.

``Perlakuan seks bebas merupakan perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan, Islam telah mempunyai saluran lain seperti berkahwin atau berpuasa.

``Ini memandangkan gejala sosial seperti ini selain boleh mendatangkan penyakit dari segi perubatan ia dikhuatiri akan menjadi satu kebiasaan atau ketagihan dalam kehidupan,'' katanya.

Sementara itu Kaunselor Berdaftar di Pusat Khidmat Wanita Lembaga Kebajikan Wanita Islam Malaysia, Datin Halijah Nordin berkata, golongan remaja di seluruh dunia kini semakin ramai yang mengamalkan seks bebas.

Mencapai

Di Amerika Syarikat contohnya dan di negara-negara Barat lain, kajian menunjukkan satu daripada lima remaja melibatkan diri dalam hubungan seks sebelum mereka mencapai umur 15 tahun.

``Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Seks Bebas: Kesan Terhadap Aspek Fizikal dan Mental Pelaku pada konvokesyen yang sama.

Halijah berkata, antara sebab-sebab mengapa remaja di negara ini terdorong terlibat dalam hubungan seks bebas ialah akibat permintaan dan `godaan' yang lebih banyak dan kompleks berbanding remaja pada generasi lalu.

Di samping itu, pengaruh daripada rakan sebaya terutamanya di kalangan remaja lelaki juga merupakan faktor penyebab mengapa remaja terdorong melakukan hubungan seks tanpa tahu risikonya.

Dalam pada itu, pengaruh persekitaran yang begitu kondusif turut menggalakkan perlakuan seksual seperti itu. Ia juga juga mendedahkan remaja kepada pelbagai cara kehidupan kompleks yang dipaparkan oleh media massa dan masyarakat.

Kehidupan anak-anak yang terlalu terkongkong atau tidak rapat dengan ibu bapa atau keluarga, boleh menyebabkan anak-anak ingin meneroka sesuatu yang negatif.

Selain itu kurangnya didikan agama juga menjadi punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini.

Halijah berkata, antara kesan-kesan mengamalkan seks bebas ialah kehamilan. DI Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah.

``Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian.

``Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan,'' katanya.

Kelamin

Hubungan seks bebas juga membawa risiko penyakit kelamin. Menurut anggaran WHO, setiap tahun, seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin yang mana daripada sejumlah 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan mereka yang berusia di bawah 25 tahun.

Perlakuan seks luar nikah juga boleh membawa kepada risiko mental atau psikologikal yang melibatkan tekanan pe-rasaan dan kekecewaan

``Selain kecenderungan cuba membunuh diri, kemurungan, kecelaruan dan tindakan menggugurkan kandungan juga kerap berlaku khususnya di kalangan remaja perempuan.

Mereka yang mengamalkan kehidupan seksual aktif boleh membawa kesan psikologi seperti mengambil minuman keras, tercicir dalam persekolahan, menghadapi masalah disiplin, tidak berakhlak dan sebagainya.



LAKSANAKAN HUDUD !!!!!!

[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2004-09-28 13:07 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: mujahadatunnafsi pada 2004-09-28 13:08 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

tirmidziy02
WARGA SETIA
Menyertai: 17.09.2004
Ahli No: 11209
Posting: 586
Dari: PULAU MUTIARA

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 19:43


ana sokong pelaksanaan hudud setus peratus.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tirmidziy02Profil   Hantar PM kepada tirmidziy02   Pergi ke tirmidziy02's Website   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-04 00:23


laksanakan HUDUD

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

kaze
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 12.10.2003
Ahli No: 4270
Posting: 1592
Dari: Tawau - Seri Kembangan

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 01:31


Quote:
Mereka yang mengamalkan kehidupan seksual aktif boleh membawa kesan psikologi seperti mengambil minuman keras, tercicir dalam persekolahan, menghadapi masalah disiplin, tidak berakhlak dan sebagainya.

LAKSANAKAN HUDUD !!!!!!



..last-last huhud.. cayalah!!!

-----------------
kaze tech

Bookmark and Share

    


  Member Information For kazeProfil   Hantar PM kepada kaze   Pergi ke kaze's Website   Quote dan BalasQuote

riyas
WARGA SETIA
Menyertai: 14.06.2004
Ahli No: 9464
Posting: 1054
Dari: Alam Kayangan,Bumi Allah

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 15:24


kalau HUDUD dilaksanakan.... percayala, pekara mcm nie tak akan terjadi....

LAKSANAKAN HUDUD....

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For riyasProfil   Hantar PM kepada riyas   Pergi ke riyas's Website   Quote dan BalasQuote

kakcik
Warga Rasmi
Menyertai: 20.09.2004
Ahli No: 11257
Posting: 20

Selangor  


posticon Posting pada: 06-10-04 10:21


ana pon stuju 120% dgn antum sume...
HUDUD!!!HUDUD!!!HUDUD!!!
Islam Hadhari tu sebenarnye Islam Had Hari je..sekerat hari je Islam, pastu dah x Islam dah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakcikProfil   Hantar PM kepada kakcik   Quote dan BalasQuote

syafiq86
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2003
Ahli No: 2897
Posting: 240
Dari: Batu Pahat

Johor  


posticon Posting pada: 06-10-04 10:28


Laksanakan hukum HUDUD di Malaysia kalau nak lihat masalah-masalah sosial di Malaysia berhenti daripada berlaku.
Apa gunanya mengaku negara Islam kalau hukum HUDUD tidak terlaksana???

-----------------
KAWANLAH selagi ada hati. BERCINTALAH selagi ada yang sudi. GEMBIRALAH selagi ada teman di sisi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syafiq86Profil   Hantar PM kepada syafiq86   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 13:45


kenapalah diorang masih berdegil tak nak laksanakan hudud....ishhh

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

humairatulhusna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.04.2004
Ahli No: 8688
Posting: 101
Dari: pulau pinang

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-10-04 14:40


ya!!! ana pun setuju dgn antum semua...laksanakan hudud ..... tidak ada hukuman manusia yg lebih baik dari hukuman yg Allah s.w.t tetapkan.Knapa harus sempitkan fikiran memikirkan keburukan disebalik perlaksanaan?

Firman Alah yang bermaksud :

Kepunyaan Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Al-Baqarah: 256)

firman Allah s.w.t lagi yang bermaksud:

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya akan segala urusan" (At Thalaq: 4)






Bookmark and Share

    


  Member Information For humairatulhusnaProfil   Hantar PM kepada humairatulhusna   Quote dan BalasQuote

al-walid-04
Warga 3 Bintang
Menyertai: 04.10.2004
Ahli No: 11616
Posting: 135
Dari: kedah

Kelantan  


posticon Posting pada: 10-10-04 17:08


mengenai isu tersebut ana secara terang-terangan menyokong perlaksanaan hudud, tetapi kita haruslah juga melihat, apakah punca terjadinya fenomena ini, kalau kita mengimbas kembali bagaimana permulaan agama islam disebarkan oleh Nabi kita iaitu dengan cara didikan agama dahulu iaitu pada peringkat pertama, Nabi menanam sifat mahmudah dalam dada para umat islam dan pengenalan terhadap Allah SWT selama 13 tahun. pada peringkat kedua, barulah segala hukum2 agama mula disyariatkan keatas umat islam meliputi hukum berkaitan ibadah, munakahat, jinayah, jual beli dan sebagainya. Jadi ini menunjukkan bahawa remaja terbabit @ remaja dinegara ini kurangnya DIDIKAN AGAMA ISLAM. Kemudian barulah kita menggunakan hukum Islam iaitu HUDUD sebagai PERINGATAN untuk umat Islam bukannya untuk mendera semata-mata.
JADI ANA MENYOKONG PELAKSANAAN HUDUD DI NEGARA INI


[ Posting ini telah di edit oleh: al-walid-04 pada 2004-10-12 20:36 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-walid-04Profil   Hantar PM kepada al-walid-04   Quote dan BalasQuote

salimi
Warga Rasmi
Menyertai: 09.04.2004
Ahli No: 8293
Posting: 18
Dari: terang

Perak  


posticon Posting pada: 17-03-05 12:49


ok la tue
sy pun setuju gak


Bookmark and Share

    


  Member Information For salimiProfil   Hantar PM kepada salimi   Pergi ke salimi's Website   Quote dan BalasQuote

MohdHanafi
WARGA SETIA
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10553
Posting: 1042
Dari: Kuala BERANG (Tapi orangnya COOL)

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-03-05 13:20



Quote:

..."Ditanya mengapa perkara berkenaan berlaku dalam keadaan masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai keagamaan, beliau berkata, ini semua berpunca daripada gaya hidup tradisi berkeluarga dan bermasyarakat yang berubah kepada gaya hidup moden"

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

satu statement yg kurang tepat.
Jika dalam keluarga dah ada penghayatan agama yang betul, maka tidak timbul semua kebobrokan ini.

mungkin juga maksud ayat tu sbg 'mengamalkan nilai agama yg tidak serius/ sambil lewa' sebab kita tahu dalam semua agama lain dari segi moralnya mereka juga tidak menganjurkan perkara yg buruk dan terkutuk ni.



Bookmark and Share

    


  Member Information For MohdHanafiProfil   Hantar PM kepada MohdHanafi   Quote dan BalasQuote

Rindu_Rahayu
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.04.2004
Ahli No: 8452
Posting: 632
Dari: Bumi Allah

PulauPinang  


posticon Posting pada: 17-03-05 14:42




Yeah! Hudud Boleh! Say Yes To Hudud!


Biar Manja Tapi Tegas

-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Rindu_RahayuProfil   Hantar PM kepada Rindu_Rahayu   Pergi ke Rindu_Rahayu's Website   Quote dan BalasQuote

muallim
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2005
Ahli No: 13816
Posting: 264
Dari: Sekinchan

Selangor  


posticon Posting pada: 17-03-05 15:53


hudud...

Bookmark and Share

    


  Member Information For muallimProfil   Hantar PM kepada muallim   Pergi ke muallim's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097085 saat. Lajunya....