Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Betapa banyak lukisan tiruan Mona Lisa, tetapi orang ramai masih lagi berusaha nak melihat lukisan Mona Lisa yang asli.
-- Louis Amstrong

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 247
Ahli: 0
Jumlah: 247




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Ukhwah
Topik: semulia hatinya..sekadar tatapan


Carian Forum

Moderator: Administrator, halesolurun_84
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Ukhwah
    »» semulia hatinya..sekadar tatapan

Please Mendaftar To Post


Oleh semulia hatinya..sekadar tatapan

raihanahfirdaus
Warga 4 Bintang
Menyertai: 31.01.2004
Ahli No: 6910
Posting: 263
Dari: tawau,sabah

Sabah  


posticon Posting pada: 28-09-04 11:53


sekadar perkongsian untuk tatapan dari sebuah kisah mulia hati seorang kanak2

dari bapakblues, sabahan.net

Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaan-nya.
"Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawap
saya ringkas.Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak,dia berlalu begitu
saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya
selamba semasa menghampiri meja saya."Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi
ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima.
Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih
saya bang..Pak cik...kakak atau makcik." Molek
budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia
keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja.Terpantul perasaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.
" Ambil ni dik! Abang sedekah..! .tak payah abang
beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula
kereta,memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi
adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah
kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan
tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu
saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar. Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup
kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya
cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan
RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada
pandangan. Dalam perjalanan ke K.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat
menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu.Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya !!!


beerti hidupnya dihadapan Allah jika dibandingkan dengan peragut,pencuri hari ini



Bookmark and Share

    


  Member Information For raihanahfirdausProfil   Hantar PM kepada raihanahfirdaus   Pergi ke raihanahfirdaus's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 28-09-04 12:19




terharu nyer dgn kejujuran adik ni.. subhanallah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

iza1881
Warga Rasmi
Menyertai: 28.09.2004
Ahli No: 11470
Posting: 3
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 14:02


terharunya.. bukan senang nak jumpa orang camni hari ni... jarang sangat kalau ada pun...

Bookmark and Share

    


  Member Information For iza1881Profil   Hantar PM kepada iza1881   Quote dan BalasQuote

baitul_izzah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.09.2004
Ahli No: 11156
Posting: 131
Dari: jitra,kedah

spain  


posticon Posting pada: 28-09-04 16:46


ya allah...pandai mak dia didik anak samapai mulia macam tu...bukan senang nak jumpa anak2 macam tu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For baitul_izzahProfil   Hantar PM kepada baitul_izzah   Quote dan BalasQuote

itsjustme
WARGA SETIA
Menyertai: 22.08.2004
Ahli No: 10665
Posting: 790
Dari: Cheras KL

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 22:15


mulianya hati kanak-kanak itu...didikkan ibubapa memainkan banyak peranan jika betul didikkan baiklah jadinya jika salah jadilah sebaliknya...itu yang kita dapat lihat hari ini ramai anak-anak remaja rosak dan sudah tidak tahu menghormati orang tua...

-----------------
Umarete kara shinu made zutto narai thuzukete kudasai

Bookmark and Share

    


  Member Information For itsjustmeProfil   Hantar PM kepada itsjustme   Quote dan BalasQuote

ridwan_daie
WARGA SETIA
Menyertai: 26.06.2004
Ahli No: 9665
Posting: 1409
Dari: Kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 22:56




MasyaAllah. Betapa indahnya akhlak adik tu. Tulah yg dinamakan 'tdk mengharap kpd makhluk' dan 'ikram muslimin'....
Payah nak dapat sifat cmtuu...apepun kita azam dan niat nk jadi macam tu (sifat adik tula maksud saya)

-----------------
Hamba Allah yang masih belajar mengenali hakikat kehidupan (",)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ridwan_daieProfil   Hantar PM kepada ridwan_daie   Pergi ke ridwan_daie's Website   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-09-04 14:52


...tak perasan mata ni basah oleh airmata...teringat pula time sya jual kuih dulu,tapi tak seindah akhlak budak ni.....thanks bagi penulis coz mengingatkan sya ketika zaman kanak2 dulu,sya jual kuih.... ...terharu sangat....

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 358
Posting: 542
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis  


posticon Posting pada: 02-10-04 02:54




terharu betul baca kisah ni terima kasih kerana sudi kongsi bersama....

Bookmark and Share

    


  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

Jackie_uniten7
WARGA SETIA
Menyertai: 20.09.2003
Ahli No: 3664
Posting: 1845
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-10-04 11:18




Bookmark and Share

    


  Member Information For Jackie_uniten7Profil   Hantar PM kepada Jackie_uniten7   Quote dan BalasQuote

sirna_bintang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.08.2004
Ahli No: 10573
Posting: 291
Dari: cheras,KL

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 02-10-04 13:40


ya Allah,terharu.....tersentuh hati dgn akhlak kanak itu.....moga aku dapat mendidik zuriatku nnt seperti anak kecil itu ddidik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirna_bintangProfil   Hantar PM kepada sirna_bintang   Pergi ke sirna_bintang's Website   Quote dan BalasQuote

ukhtiwaddah
Warga Rasmi
Menyertai: 14.09.2004
Ahli No: 11114
Posting: 9
Dari: kuim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-10-04 16:11


bagusnya sikap budak tu....kita yg dah dewasa ni kenalah ambik i'tibar.........semoga allah melindunginya selalu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ukhtiwaddahProfil   Hantar PM kepada ukhtiwaddah   Quote dan BalasQuote

nina_nur
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.08.2004
Ahli No: 10542
Posting: 104
Dari: di mana bumi dipijak..

Selangor  


posticon Posting pada: 05-10-04 15:55


indahnya akhlak budak tu..
rasa terharu baca kisah ni...


Bookmark and Share

    


  Member Information For nina_nurProfil   Hantar PM kepada nina_nur   Quote dan BalasQuote

ainnurwardah
Warga 2 Bintang
Menyertai: 26.07.2003
Ahli No: 2628
Posting: 67
Dari: Utec

PulauPinang  


posticon Posting pada: 06-10-04 01:05


subhanallah..baiknye akhlak..terdidik dengan baik sekali...

huhuhu..terharunye ana...arse cam nak nangis jer bace nih...isk..isk..isk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainnurwardahProfil   Hantar PM kepada ainnurwardah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.106718 saat. Lajunya....