Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 195
Ahli: 0
Jumlah: 195




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: adakah rufaqa' membawa ajaran benar..?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» adakah rufaqa' membawa ajaran benar..?

Please Mendaftar To Post


Oleh adakah rufaqa' membawa ajaran benar..?

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 26-09-04 11:11




kepada semua,adakah rufaqa itu membawa jaran yg benar..?adakah tarikat aurad muhammadiyyah itu benar..?adakah mereka mengamalkan ajaran yg benar...janagan pula luarannya saja cantik tapi dalamnnya hampeh/rosak....!!

minta pandangan yg arif..kalau tak arif tak yah nak kelentong sana sini.bagi dalil dan hujah2nya sekali!!sekarangni rufaqa dah mula masuk kat matrik uia...jadi kita nak tahu sama ada ia benar atau salah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 26-09-04 16:29




pd saya ler.. topik berkaitan aqidah cam ni tak sesuai nak dibincangkan kat forum ukhwah, sbb level kami kat sini biasa2 jer.. tp kalo ader yg benar2 arif & boleh jawab, sila ler..

sekadar pandangan saya.. kalo tersilap harap maaf.. wallahua'lam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 26-09-04 16:39





KALAU RASA TAK NAK KENA KELENTONG TANYALAH GURU GURU @ USTAZ yer...JGN MASUK TMPT LAIN TANYA BENDE LAIN.


[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2004-09-26 16:42 ]

[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-02-24 10:20 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

ninja
Warga 4 Bintang
Menyertai: 07.09.2004
Ahli No: 10955
Posting: 222
Dari: kedah

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-09-04 23:04


worr..ini ke kene tanye ustaz neh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ninjaProfil   Hantar PM kepada ninja   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 01:00


Apa yang Martyr cakap tu memang betul:
KALAU TAKNAK KENA KELENTONG... jauhi:

1. Rufaqa'
2. Almansor

Kedua-duanya pecahan Arqam. Kalau dah bapak kaki kelentong, anak lebih kurang sama

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

ilhamharapan
Warga 2 Bintang
Menyertai: 19.05.2004
Ahli No: 9051
Posting: 63
Dari: Tanta

Johor  


posticon Posting pada: 27-09-04 02:05


assalamualaikum

sahabat semua. saya agak tidak setuju dgn kenyataan kang. saya minta maaf kalau kang tersentuh hati.

saya tidak setuju kalau kang kata bapa borek anak rintik. memang benar al-arqam bersalah. tapi kena ingat mereka dipergunakan ustaz asyari. Sebenarnya yang salah ustaz asyari. Mereka semua dah bertaubat. kenapa mereka masih dipandang sinis. Siapa yang suatu masa dulu naikkan ekonomi bumiputera. Siapa yang amalkan sunnah nabi memakai serban, bertudung labuh, berpurdah. Siapa yang sedarkan masyarakat tentang islam. Al-Arqam.

Saya nak tegaskan. Jangan mudah2 hukum orang kerana kisah silamnya. Hari ini bekas pengikut al-arqam masih dipandang sinis. Masih diketepikan masyarakat. KENAPA? Mereka semua seakidah dengan kita.

Tolong kaji sesuatu dengan sebenarnya. Jangan menghukum tanpa dalil dan hujah yang kuat dan tepat. Kita semua sesama Islam.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ilhamharapanProfil   Hantar PM kepada ilhamharapan   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 10:17


Quote:

On 2004-09-27 02:05, ilhamharapan wrote:
assalamualaikum

sahabat semua. saya agak tidak setuju dgn kenyataan kang. saya minta maaf kalau kang tersentuh hati.

saya tidak setuju kalau kang kata bapa borek anak rintik. memang benar al-arqam bersalah. tapi kena ingat mereka dipergunakan ustaz asyari. Sebenarnya yang salah ustaz asyari. Mereka semua dah bertaubat. kenapa mereka masih dipandang sinis. Siapa yang suatu masa dulu naikkan ekonomi bumiputera. Siapa yang amalkan sunnah nabi memakai serban, bertudung labuh, berpurdah. Siapa yang sedarkan masyarakat tentang islam. Al-Arqam.

Saya nak tegaskan. Jangan mudah2 hukum orang kerana kisah silamnya. Hari ini bekas pengikut al-arqam masih dipandang sinis. Masih diketepikan masyarakat. KENAPA? Mereka semua seakidah dengan kita.

Tolong kaji sesuatu dengan sebenarnya. Jangan menghukum tanpa dalil dan hujah yang kuat dan tepat. Kita semua sesama Islam.




Ana bersetuju ngan pendapat nta!..jangan saudara kang tuduh melulu tanpa usul periksa kerana kebanyakan ahli2 arqam sudah lama bertaubat!..dan sekarang mereka harus diterima oleh semua lapisan masyarakat,bukannya kita mensisihkan meraka!

Mengenai Rufaqa' ana nak bagitau kat antum semua...mereka nie adalah pejuang yang nak memartabatkan islam kat malaysia!..setakat yang ana tahu mereka tak aderpun mengamalkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran islam!..Tariqat yang mereka bawa adalah tariqat yang dibenarkan dalam islam.Mereka nie adalah pengerak ekonomi islam!..kenapa nak dipersoalkan Rufaqa!...umno yang lebih sesat dan jauh terpesong anda semua tak membahaskanya kenapa?..umno yang menyesatkan ummat islam dengan teori islam hadari..kenapa antum tak bicarakannay?..adakah antum semua penjilat kepada umno?....pengkhianat agama dan bangsa!..jangan tuduh kalu antum semua tak ader bukti yang kukuh!!!!!....ana kata umno sesat kerana ana bukti kukuh!!!!..umno yang hina Nabi..umno yang jahamankan nak2 muda dgn bawa konsert2 yg amat jijik dan hina!!!!..sedarlah antum semua..bila2 masa bala' dari Allah boleh datang!!!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 11:01


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah tajuk ini diperbincangkan kerana ia ada kaitan dengan redha Allah juga. Umi nak tanya dengan anak-anak yang ikut rufaqa dan juga almansor - apakah kitab rujukan anak-anak? Harap jawab dengan jujur kerana kita nak cari titik persamaan bukannya titik perbezaan. Walau di sini kita hanya orang biasa bukannya yang ahli tapi berasaskan rujukan yang telah anakanda Matyr berikan kita akan faham bahawa kita dibekalkan akal dan sekeping hati cuma. dan kita yang akan disoal kelak atas apa yang kita niat, katakan dan amalkan di dunia ini. Jadi biarlah apa yang diamalkan itu jelas ibadah yang Allah redha bukan sekedar ikutan atau taklid buta kerana taksub pada zahiri saja. Umi mohon maaf sekiranya ada yang terasa tapi bagi umi penting kerana sebagai seorang ibu ingin sekali melihat anak-anak jadi insan yang berkualiti setiap aspek hidupnya agar cemerlang di dunia dan juga di akhirat.

Subhaanaka Allaahumma wa bihamdika, ash hadu an laa ilaha illa anta, astaghfiruka wa atoobu ilayk

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 11:20


Wahhhh berapi nampaknya al-aqsa.

Tanpa usul periksa? Menaikkan ekonomi orang Melayu? Hmmmm....

1. Anggota Arqam yang dah keluar, tak mahu lagi sebut pasal Arqam, kini menjadi seperti kita semua, hidup tanpa kongkongan Ashaari dan kononnya jemaah Arqam. Mereka ini dah masuk masyarakat dan hidup macam biasa. Pandangan mereka tentang Arqam tetap negatif. Sebahagiannya membuat kumpulan nasyid seperti Hijjaz, Rabbani, Telaga Biru.

2. Yang masih menyintai Arqam menubuhkan Rufaqa'.

3. Kelentong besar masa Arqam, kononnya Ashaari bertemu Rasulullah di Sungai Pencala. Yang sekarang ini menyesal dan dan dah bertaubat ialah Abai Os (Faizal Osman -- Hijjaz) sebab dia yang disuruh cipta skrip perbualan antara Ashaari dengan Rasulullah SAW.

4. Kelentong besar masa Rufaqa... kononnya Ashaari naik ke sudratul muntaha bertemu Allah SWT. Setahun lepas tentu pernah mendengar kelentong ini.

5. Menaikkan ekonomi bumiputera? Tang mana tu? Banyak produk dan business pada masa itu, akan tetapi kebanyakannya mengalir ke Ashaari dan kroni. Ashari sendiri hidup seperti bintang filem Hollywood di luar negara, bas dua tingkat, tinggal di hotel-hotel besar sekitar Thailand, Filipina tetapi ramai pengikut bawahan di sini yang melarat, dikerah untuk membuat kerja. Anak-anak tak terdidik, bergelandangan. Yang banyak mencuri di kedai sekitar Sungai Pencala, Pasaraya Taman Tun, Jusco, ialah anak-anak Arqam.

6. Perjuangan seperti Rasulullah? Rasulullah SAW berjuang sama, susah senang bersama, tidak lari ke luar negara. Rasulullah pernah memberikan kurma yang nak dimasukkan ke mulut Baginda kepada yang lebih memerlukan.

7. Jasa besar Arqam ialah: bertudung. Dulu susah sangat nak melihat perempuan bertudung, tetapi sejak penubuhan Arqam... sedikit demi sedikit sampailah ke hari ini, susah pula nak melihat perempuan tak bertudung.

8. Politik: Untuk pengetahuan al-aqsa -- Arqam, Rufaqa, Almansor sangat-sangat ANTI dengan PAS. Mereka lebih menyokong UMNO.

9. Seandainya, Arqam kekal seperti awal penubuhan memperjuangkan Islam, pasti Arqam lebih diterima sampai sekarang. Nampak sangat menyimpang dari matlamat asal. Duit diutamakan dari dakwah.

Dari mana saya tahu semua ini? Saya bergaul dengan jemaah Arqam sebelum diharamkan sebab saya tinggal berdekatan. Saya bergaul dengan bekas-bekas Arqam terutama kumpulan nasyid. Saya bergaul dengan ahli Rufaqa.

Jadi, dah usul periksa ke belum?

# Kalau tak keberatan, boleh al-aqsa senaraikan perjuangan Rufaqa yang dikatakan memprjuangkan Islam itu. Kalau boleh la..

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 11:36


.....

Masya Allah....betapa besarnya fitnah yang saudara kang lemparkan pada rufaqa dan ustz.Ashari(Abuya)..nampaknya sdr.kang terlalu anti dengan pertubuhan yang ingin sama2 mendaulatkan islam kat malaysia!

Tak sedarkah sdr.selama nie terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah Abuya dan ahli2nya buat utk mengenalkan islam secara syumul?..butakah hati..pekakah telinga sdr?..tuduhan yang mmg tidak ada asas yang tepat dan hanya berlandaskan kepada amarah!!!!

Berapa banyak orang yang telah Abuya berjaya islamkan?...kenapa terlalu sempait pemikaran sdr.terhadap jemaah rufaqa' nie?...sdr.kata pernah bergaul dengan kumpulan nasyid bekas ahli arqam...anak didik abuya!..kenapa mereka2 nie tak malu amik balik dan nyayikan lagu2 dan senikata yang telah Abuya karang dulu?..mana letaknya maruah mereka semua nie?..menghina seorang Ustaz yang telah banyak mengenalkan mereka kepada fikrah persaudaraan yang sebenar?

Sdr, jugak ader berkata pernah tinggal dengan ahli2 jemaah!..tapi sdr. tak pernah sedar selama mana nta pernah tinggal dgn jemaah nie...jemaah nie amat teliti dalam berbicara!..tidak ada sedikit perasaan curiga dalam bersahabat!...terlalu tinggi kebencian sdr terhadap jemaah islam seperti rufaqa'..terlalu banyak kalu ana nak senaraikan kat sini jasa2 yg telah abuya buat pada rakyat malaysia!!!!..tapi apakan daya mereka nie hanya memekakan telinga dan membutakan hati merka semua!!!!

Janganlah sdr. terlalu amarah yang mazmumah!!..ingat aper yg sdr.katakan adalah semua fitnah dan pembohongan yang amat nyata!

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 27-09-04 12:02




[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-02-24 10:21 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 12:56


Saya menyokong pandangan Saudara kang, dan martyr. Kalau tak silap saya dalam awal bulan lepas pernah keluar dalam KOSMO ttg Abuya yg tinggal kat Labuan. Bukan main mewah lagi hidupnya. Walhal pengikut dia (rufaqa') yg tinggal kat rumah saya (s.alam) hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Saya ceritakan pengalaman saya sendiri, sebelum Al Mansur ini diharamkan selalu ada budk yang datang minta derma untuk tahfiz al Mansor katanya, saya tanya datang dengan siapa dia cakap dengan ustaz , aya tanya mana ustaz tu dia tunjuk kat kedai mamak tengah minum teh tarik. Kesian budak tu kecik dah kena perguna pastu dalam basah pulak sbb hujan bila diajak minum dia jawab nanti ustaz marah.Kesian lak. Tengok budak tu macam separa sedar .

Sedara saya pernah hantar anak dia kat pust tahfiz al mansor, masuk sebulan pastu keluar,ditanya kenapa sbb dalam seminggu 3 hari saja digunakan untuk menghafal al quran , selebihnya digunakan untuk mencari derma.




[ Posting ini telah di edit oleh: al_farisi pada 2004-09-27 12:58 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

Kang

Menyertai: 09.05.2003
Ahli No: 2
Posting: 1920

usa   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 13:04


Tambahan sikit al-farisi.
Ashaari (maaf, saya agak kelu nak sebut Abuya, sebab tak layak dia dipanggil Abuya. Dah sama taraf dengan Hamka pulak) ni kena buang daerah di Labuan. Tau tak apa pengikut setianya kata? Bukan buang daerah tetapi buat cawangan Rufaqa di Labuan. Satu lagi kelentong.

Modus Operandi Almansor sama aje dengan Arqam sebab ia didikan Arqam: Pemimpin hidup mewah atas titik peluh pengikut dan biar pengikut mati kebulur asalkan pemimpin kenyang. Ajaran Islam?

Sdr al-aqsa... just senaraikan sahaja... tak kiralah berapa muka surat pun.. 100 muka surat pun tak apa, barulah nanti balance, boleh tahu kelebihan dan kekurangan Rufaqa, Arqam, Almansor. Setiap satu ada kelebihan dan kekurangan.


[ Posting ini telah di edit oleh: Kang pada 2004-09-27 13:09 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For KangProfil   Hantar PM kepada Kang   Pergi ke Kang's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 13:09


Kita tidak nafikan bahawa al-Arqam ni membantu membawa Islam kedalam masyarakat seperti nasyid dan pemakai jubah serban dsb. Namun bagi saya ini lebih kepada aspek luaran semata shj.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 16:03


........

Hebat sungguh dogengan dari sahabat sorang nie!..bukan sekadar mengejek dan mengutuk..bahkan nak menjatuhkan keaiban sesorang!

nta tahu tak kalu sekadar amarah mazmumah yang menguasai diri nta sekarang..ana tak akan berdebat ngan owang macam nta!..tak ader guna dan faedah yang akan kita dapat!..nta hanya mahu melihat pada keburukan jemaah rufaqa' semata!..ni ker nama seorang pendakwah?...hanya mahu mencari kelemahan owang!!!!!...nta rasa dengan adernya sokongan yang hebat dari sahabat lain nta boleh bangga dan menepuk dada dengan megah!

Nta silap duhai saudara islamku!..nta hanya tahu menghukum tapi nta tak tahu aper sebalik hukuman yg nta bagi pada jemaah rufaqa"..tak perlu ana bahaskan kat laman nie..sbb yg nyata nta hanya mahu mencari kesalahan semata!

Pada semua sahabat2 yang sefikrah ngan nta...kalu nak berdebat secara ilmiah ana alu2kan tetapi kalu setakat nakberdebat secara amarah mazmumah...ana rasa batalkan saja niat nta semua!..lebih baik nta pi berdakwah kat anak2 muda yg hanyut dek islam ciptaan kerajaan sekarang!..rufaqa'tetap berdakwah melalui saluran yg benar!...Jangan nta merendahkan2 kewibawaan Abuya!!!!!!!!...Islam tak menyuruh kita memperkecilkan seseorang!!!!...hebat sangat ker ilmu nta?..aper yg nta ader?..kalu setakat ijazah atau phd..tapi hati penuh dengan kebencian dan amarah...buang sahaja aper yg nta ader sekarang!!!...kami hanya mencari redha Allah...bukan cari redha manusia..biarpun manusia benci dan kutuk kami tapi Allah redha itulah yg amat penting!....jumpa kat "Debat Perdana"....kalu nta mahu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 27-09-04 16:18




[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-02-24 10:21 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 27-09-04 16:23




[ Posting ini telah di edit oleh: Martyr pada 2005-02-24 10:22 ]

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 16:39


Hmmmm,saya sokong sdra martyr. Memang banyak persoalan seperti yaqazah, aurad muhammadiah harus di rungkai. Kalau boleh dijelaskan ttg aurad muhammadiah bagaimana asalnya kerana tak silap saya kebanyakan tariqat bermula dari saidina ali atau anaknya hasan @ husein.



Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-09-04 17:21




sahabat2 sekalian....
ALLAH SAW berfirman maksudnya..damaikanlah dianta kamu yg berbalah dan kembalilah pada al-quran dan sunnah...!!

sebenarnya ana keluarkan tajuk ni bukannya untuk kita berbalah dan menuduh,menfitnah dan sebagainya!!!ana mahukan perbincangan yg ilmiah bukannya yg merapu2!! kitra gunakan pertimbangan akal berlandaskan al-quran dan sunnah rasul saw!!!bukannya nafsu....

kepada saudara kang dan al-farisi sabar2..jangan cepat meletup!!...be calm my friends!!!!kita nak mperbincangan ni biar berhujjah dan dengan hujah2 tersebut kita boleh bezakan antara yg haq dan batil...!!jangan terlalu emosional sangat...ni berkaitan aqidah!!!!

tapi jangan terlalu cepat menghukum!!!just bagi peringatan!!!


so sekarangni giliran saya pula yg nak komen!! kat matrik uia baru2 ni rasanya hari sabtu satu rombongan ke rufaqa telah dibvawa oleh mereka seramai 12 orang!!!untuk apa??

Inilah masalahnya, isu al arqam yg kini berwajah baru(rufaqa') merupakan isu lama yg masih menjadi nanah yg busuk pada umat Islam khasnya di tanah air kita ini.

Ajaran Ust Ashaari terbukti telah menyeleweng dari akidah Islam yg benar dan pemimpin tertingginya ust Ashari sendiri telah mengakui dan telah melafazkan insaf dan bertaubat (taubat olok-olok kata ustaz Pendekar)di masjid Negara 10 tahun yg lalu.

Namun apa yg kita lihat hari ini,mereka kembali aktif dengan berselindung dibalik topeng syarikat perniagaan rufaqa'. Mereka gunakan kompleks perkedaian mereka (terutamanya di Country Home Rawang dan Di Tanjung Gemuk,Rompin)untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa inilah model ekonomi Islam kononnya.

Bagi mereka yg baru dan jahil maka akan terpesona dgn pembangunan ekonomi mereka dan nampak seolah-olah merekalah pejuang Islam sebenar. Modus operandi mereka ialah dgn membuat hubungan mesra dengan sesiapa saja yg mereka fikir boleh dipengaruhi,kemudian membawa mereka melawat projek-projek rufaqa' sambil menceritakan konsep perjuangan mereka. Ini akan disusuli dgn ziarah kerumah/personal bagi orang2 yg mereka nampak sudah termakan dakyah mereka. Dan akhirnya individu ini akan dibawa berjumpa dengan abuya mereka di Labuan.

Jelas sekali mereka menggunakan kesempatan kerajaan mengizinkan mereka berniaga untuk mempromosikan fahaman sesat mereka itu. So nak tunggu apa lagi? Nak tunggu tragedi serangan di balai polis Batu Pahat berulang kembali baru nak bertindak? Orang yg dah taksub buta sanggup melakukan apa saja. Sekarang ni mereka nampak baik je, tapi siapa tahu suatu hari nanti mereka bertindak militan?

Dalam hal ini ana rasa amat kecewa dengan sikap pihak berkuasa agama di negara ini dalam menangani isu ini terutamanya pihak JAKIM. Mereka tidak bersungguh-sungguh untuk membenteras ajaran rufaqa' ini. Kalau nak membasmi tu buatlah betul-betul biar sampai keakar umbi. Ini tidak bila isu al arqam dah reda mereka goyang kaki tapi bila pihak media dedahkan balik barulah mereka "buat-buat bekerja". Malah rasanya pihak media lebih kuat buat kerja menyiasat kekarutan ajaran rufaqa' berbanding pihak JAKIM sendiri.

Sekarang ini sudah jelas terbukti yg mereka ini kembali aktif mempromosi dakyah/tak tahulah takut dakwah mereka di tengah masyarakat dengan berselindung disebalik topeng spt rufaqa', Kumpulan nasyid Mawaddah, motivasi Qanrunnada, Regal travel dll.

Saya harap pihak JAKIM mengambil tindakan segera yg lebih serius untuk menghapuskan terus pengaruh mereka. Siasat dan kumpulkan bukti-bukti
yg cukup kemudian hadapkan pemimpin utama mereka yg berpura-pura taubat itu ke Mahkamah dan PENJARAKAN abuya mereka itu, kerana dialah sumber kepada segala-gala kekacauan ini. Dengan cara ini sajalah akan memutuskan hubungan dia dengan pengikutnya. Insya Allah tindakan akan ini melemahkan pengaruh mereka dan seterusnya akan membuka mata pengikut2 yg masih rasional kembali ke pangkal jalan.

Selagi ust Ashaari dibiarkan bebas berhubung dgn anak buahnya selagi itulah isu ini tidak selesai.

Bahkan dalam Islam bagi orang yg menyebarkan ajaran sesatnya kepada
masyarakat umum boleh dihukum bunuh sekiranya dia tidak bertaubat dan masih meneruskan kegiatannya itu walaupun sudah di beri peluang bertaubat.

saya pun tak tahulah apa hujah yg mereka nak kasi>>>>senang je kalau nak tahu betul ke tak pandukan al-quran dan sunnah rasul saw!!

kepada sudara al-aqsa sila lampirkan hujah2 yg mana kita boleh nilaikan bersama bardasarkan quran dan sunnah saw!! saya tak mahu jika saudar hanya mengguanakan logik akal semata2 sahaj!!jika saudara anggap ajarannya adalah benar itu hah saudara tapi bagi kami saudara perlulah mengemukakan bukti yg asah dan boleh diterima pakai!! pastinya sekarang kita menantikan bukti yg benar!!!

satu lagi kumpulan nasyid Mawadah Puteri..

suatu ketika dulu Arqam paling menjaga muslimatnya, hampir semuanya berpurdah dan berjubah hitam....sekarang nampaknya muslimat Rufaqa sudah mengubah imej, menjadi seorang penasyid dan sering mengadakan konsert di seluruh malaysia, mungkin ini antara method dakwah diaorang.

Memang tak dinafikan merekalah pelopor industri nasyid di malaysia ini....
dan nasyid-nasyidnya memang cukup hebat, mampu mengubat jiwa manusia yang sakit dengan lirik-lirik ketuhanan.

Bab nasyid rufaqa ni saya sokonglah, bab pegangan diaorg tu masih ragu2...... masih ragu2...kalu yg tak ragu2 tu silalah perjelaskan dengan dalil yg qati' dan benar>>!!itulah yg dikehendaki....

ni saya nak tanya kepada pengikut2 rufaqa' ni...sila jelaskan tentang dakwaan ini...

"Pegangan mereka ni, Abuya ( Ustaz Ashaari ) adalah mujaddid kurun ke ...? Saya tak pasti, tapi ada hadith yang mengatakan yang setiap 100 sekali akan lahir seorang mujaddid yang akan menjadi penyelamat kepada umat islam seluruh dunia dan bagi mereka, Abuya lah manusia pilihan Tuhan yang akan menjadi penyelamat bangsa manusia. Dan saya pernah lihat dalam VCD nasyid qatrunada indonesia, salah seorang vokalisnya mendakwa ustaz ashaari adalah wali Allah. Inilah ketaksubannya.....

Malaysia daulah bani tamim antara buku yang pernah dikeluarkan di malaysia......mereka juga mendakwa yang ustaz ashaari adalah keturunan bani tamim sebab itulah ada dibelakang namanya Abuya As-Sheikh Ustaz Asshaari Muhammad At-Tamimi.

Dan satu lagi yang agak ketara dan masih diamalkan pengikut-pengikut termasuklah pelajar-pelajar politeknik dan juga uia yang menyertai rufaqa ialah solat dengan sujud yang memanjangkan tubuh ( seolah-olah meniarap ). Saya minta respon ustaz-ustaz di sini, ada atau tidak hadith yang mengatakan Nabi SAW sujud dengan keadaan memanjangkan tubuh baginda sebab mereka mengatakan ada hadith tersebut."

silalah jawab !! tunjukkan kebenarannya!!!saya hanya menyatakan dakwaan yg diberikan oleh umat2 islam dan ada juga yg saya sendiri tengok spt sembahyang yg memanjangkan tubuh tu..!!!mana hadith nabi saw??sila tunjukkan jika ada!!

ana adalah insan yg lemah jika salah atau terlanjur bahasa minta maaf tapi itulah pentingnya persaudaraan islam yg saling tegur menegur jika melakukan kesilapan...!!

wassalam





Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-09-04 17:32


ada juga yg tanya kenapa tak dibicarakan tentang umno yg dah jauh sesat tu...??...itu memang benar umno dah jauh sesat...mungkin bukan umno tapi orang dalam umno tu...bukan semua tapi segelintir!!...dan tidak dinafikan ada yg baik dalam umno dan ada yg buruk tapi yg buruk nampak mebih banyak dah sekarang ni!!

sekarang ni kita bincang tentang rufaqa kerana masih ramai yg tidak jelas tentang kebenarannya,pegangannya,atau apa2 saja tentanggnya!!jadi kita nak tengok sejauh mana kebenarannya dan bukannya dengan mudah kita bertaqlid bahawa sesuatu puak itu benar atau salah dengan hanya menerima secara terus tetapi kita harus mengkajinya!!...

memang yg baik tentang rufaqa tidak dinafikan tapi sekarang ni kita nak lihat tentang aqidahnya kerana tak guna jika luarannya bagus tapi ajarannya tak bagus!!..kepada ahlinya silalah jelaskan jika anda mahu sebarkan ajaran yg antum anggap benar ini...lampirkan hujah2!!

peringatan...saya tak katakan lagi bahawa ajaran rufaqa ni salah !!tapi jika benar ajaran nya betul berlandaskan quran dan hadith kita boleh terima tapi kenalah buktikannya dahulu!!!!!!




Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-09-04 17:36


ini adalah artikel tentang ajaran sesat.................

selepas baca kalau sapa2 nak komen silalah tapi yg paling penting hujah berdasarkan quran dan hadith yg sahih!!!itulah pegangan saya!!!



AJARAN SESAT DI MALAYSIA
PENDAHULUAN
Timbulnya ajaran-ajaran sesat dan amalan-amalan sesat di dalam masyarakat Islam di Malaysia bukanlah satu perkara baru dan tidak disedari tetapi kadang-kadang ajaran sesat itu tidak dapat dikatakan sesat keseluruhannya kerana ada bercampur aduk diantara benar dan yang salah. Yang paling rumit dan kritikal sekali ialah didalam ajaran-ajaran berkenaan dikatakan betul oleh satu golongan dan dikatakan salah oleh golongan yang lain. Namun begitu masalah perselisihan pendapat ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor berikut:-
i. Orang yang memperkatakan tentang ajaran itu mempunyai sikap dan niat tertentu.
ii. Mereka yang cuba menilai ajaran tidak mengetahui betul-betul ajaran berkenaan.
iii. Aliran atau ajaran dari kumpulan berkenaan mempunyai cara-cara pengajarannya mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti pada peringkat awal menonjolkan kebenaran tetapi akhirnya mengandungi ajaran dan kepercayaan yang mengelirukan bahkan mempunyaim unsur yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.
iv. Ajaran-ajaran berkenaan kebanyakannya tidak di sebarkan secara terbuka. Oleh itu tidak dapat dibincang dan dinilai oleh umum secara terus atau terperinci.

Akidah Islam adalah berpusat kepada kepercayaan kepada Allah, Malaikat, Rasul- rasul, Kitab, Qada’dan Qadar, dan percaya kepada hari akhirat.
Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-senyap dan adakalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh agama tempatan.
Ajaran sesat bukanlah suatu perkara baru bagi kita, malah kemunculannya dinegara ini adalah merupakan adunan dari pengaruh sebelum Islam dan kepercayaan animisma serta daya rekacipta kuno yang tidak berlandaskan Syariat Islam.
Walaubagaimanapun kemunculan ajaran sesat ini diambil perhatian berat setelah berlaku peristiwa yang menumpahkan darah iaitu penyerangan kumpulan ajaran sesat yang bertopengkan “Tarikat Nurul Zaman” keatas balai polis Batu Pahat Johor pada hari Khamis 16hb Oktober, 1980 yang telah meragut 6 orang dari kumpulan penyerang dan mencederakan 23 orang awam





TAKRIF AJARAN SESAT.

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang di bawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertantangan daripada Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ciri-ciri ajaran sesat yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut.:-
i. Mengaku dirinya sebagai Nabi dan mendakwa menerima wahyu
ii. Mempercayai ada Nabi-nabi lain selepas Nabi Muhammad.
iii. Mempercayai wahyu masih lagi turun selepas wafatnya Rasulullah saw.
iv. Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam Mahdi dan sebagainya.
v. Mempercayai bahawa roh orang yang mati menjelma semula kedalam jasad orang yang masih hidup.
vi. Mendakwa pengikut-pengikut ajarannya sahaja akan masuk syurga.
vii. Mendakwa gurunya memegang pintu syurga.
viii. Mempercayai gurunya boleh menebus dosa dengan wang.
ix. Mendakwa bahawa semua agama adalah sama
x. Mempercayai bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan kepada orang yang menyeru namanya.
xi. Memohon kepada benda-benda tertentu seperti batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada tuhan.
xii. Melakukan penyerahan rohani dan jasmani kepada guru melalui nikah batin dengan tujuan mendapatkan anak yang soleh.
xiii. Mengaku Allah menjelma dalam dirinya.
xiv. Mendakwa atau mengaku dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya.
xv. Mendakwa ajaran dan Tarikatnya yang diamal sekarang diambil terus dari Rasulullah saw secara jaga.
xvi. Mengaku dan mempercayai bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada didalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga.
xvii. Memansukhkan syariat-syariat Islam seperti sembahyang, puasa, haji dan membuat syariat baru.
xviii. Meninggalkan sembahyang jemaah kerana mengamalkan Suluk.
xix. Mendakwa bahawa Ibadat Haji tidak semestinya ditunaikan di Mekah, tetapi boleh ditunaikan ditempat-tempat lain.
xx. Mengubah dengan sengaja ayat Al-Quran dan maksudnya.
xxi. Mendakwa bahawa setiap yang zahir ada batinnya dan setiap ayat yang diturunkan ada takwilnya seperti puasa, zakat, haji, nikah dan sebagainya ada batinnya.





BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT

Bentuk ajaran sesat yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga bentuk:-
i. Bentuk Ajaran Baru.
Ajaran bentuk tarikat ini biasanya menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Crypto, oleh Mokhtar Hassan di Kluang Selangor, Ajaran Ilmu Hakikat oleh Jahar @ Jara b. Dumin.

ii. Bentuk Tarikat.
Ajaran bentuk Tarikat ini biasanya menggunakan nama-nama Tarikat yang masyhur. Melalui bentuk ini guru-gurunya menggunakan cara-cara yang berbeza dengan yang asal atau diubah suai. Ada juga Tarikat itu diciptakan sendiri oleh pengasasnya seperti Tarikat Zikrullah oleh Hasan Anak Rimau / Ayah Pin di Kelantan, Tarikat Khalid dan lain-lain.

iii. Bentuk Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap Wali kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang, bomoh, atau pembawa ilmu tertentu samaada melalui menurun dan sebagainya.
Semua bentuk ajaran ini adalah jelas membawa penyelewengan dari segi akidah yang boleh menjerumuskan pengamalnya kepada kesesatan.





CIRI-CIRI AJARAN DAN AMALAN YANG SESAT.

Bagi menentukan sesuatu ajaran dan amalan itu sesat ia didasarkan kepada:-
I. Menyentuh akidah: Sekiranya terdapat apa-apa pegangan, keyakinan kepercayaan yang bertentangan dengan akidah Islam adalah dikira sesat.
Contoh: Pengakuan Menjadi Nabi Dan Rasul
Dalam sesuatu ajaran itu apabila didapati samaada pengakuan dari guru atau pengakuan dari murid atau pengikutnya yang beranggapan bahawa gurunya adalah Nabi dan Rasul atau wakil Nabi atau Rasul secara langsung, maka pengakuan itu adalah sesat dan tidak benar.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
Tetapi ia adalah Rasulullah dan kesudahan segala Nabi-Nabi

II. Menyentuh amalan: Sekiranya terdapat apa-apa amalan, perlakuan, upacara dan adat istiadat yang bertentangan dengan syariat Islam adalah dikira amalan sesat.
Contoh: Memansuhkan beberapa rukun Islam seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji sebagaimanayang telah dinyatakan. Rukun-rukun tersebut dikatakan zahir dan batinnya. Lalu mereka katakan bahawa sekiranya sudah tahu ibadat-ibadat tersebut dari segi batinnya maka tidak perlu lagi mengerjakannya secara zahir, kerana amalan zahir itu adalah kulit sahaja. Bagi orang yang sudah menikmati isinya, maka tidak berhajat lagi padfa menjaga kulitnya, ataupun cukup dengan menyebut perkataan alhamdu sahaja kerana perkataan itu sudah merangkumi sembahyang Subuh, Zohor, Asar Maghrib dan Isyak.
Ada juga menolak kewajipan sembahyang Jumaat, dengan alasan:-
a) Mereka sembahyang dengan cara ghaib iaitu dengan para Wali Allah.
b) Kononnya mereka tidak sembahyang disini, tetapi sembahyang di mekah.
c) Kononnya dia sudah mempunyai taraf yang tinggi maka tidak layak lagi berimamkan orang-orang awam yang tidak setaraf dengannya dalam sembahyang.




FAKTOR LAHIRNYA AJARAN SESAT.

Jika dikaji masyarakat Islam dinegara ini dapat dikatakan bahawa punca yang membawa kepada lahirnya berbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca dari dua faktor utama:-
1. Faktor Dalaman ( Internal Factors )
2. Faktor Luar ( External Factors )


Faktor Dalaman
Pada kebiasaannya jenis ajaran seumpama ini telah bertapak dan tersebar secara sulit dan tersembunyi didaerah-daerah pedalaman di negara ini. Golongan yang mempelopori ajaran dan amalan ini adalah terdiri dari tokoh-tokoh tempatan yang terpengaruh dan sangat disegani oleh masyarakat sekitar.
Golongan ini mempunyai beberapa kebolehan dan keistimewaan yang luar biasa yang dipergunakan sebagai sakti dan daya tarikan utama untuk mempengaruhi masyarakat umum. Orang-orang biasa tidak mengetahui secara mendalam bagaimana bentuk ajaran atau amalan ilmu-ilmu ini, kerana ianya diperkembangkan secara sulit dan rahsia.
Oleh kerana itu setiap pengikut ilmu-ilmu ini dikehendaki mengikat perjanjian dengan gurunya bahawa ilmu ini tidak boleh diberitahu oleh orang lain. Sebaliknya mestilah dirahsiakan. Jika diberitahu juga kononnya ilmu ini tidak mujarab atau tidak menjadi lagi. Untuk menguatkan lagi perjanjian tadi, maka setiap pengikutnya dikehendaki mengangkat sumpah dengan menyebutkan nama Allah, menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan mengangkat al-Quran sebagai saksi.

Faktor luaran.
Masyarakat Islam di negara ini adalah merupakan masyarakat yang terbuka. Dengan hal demikian berbagai pengaruh luar begitu senang sekali mempengaruhi keadaan sekitar masyarakat Islam.
Guru-guru yang menganjurkan sesuatu ilmu atau amalan ini selain dari anak tempatan adalah juga datang dari luar negeri. Mereka ini menggelarkan diri mereka sebagai tokoh-tokoh agama serta mempunyai ciri-ciri personaliti yang agak berbeza dengan orang awam, samaada disegi rupa paras, bentuk pakaian dan tingkah laku.
Bagi penganjur ilmu kebatinan yang berunsurkan seni mempertahankan diri, seringkali golongan ini mengambil kesempatan dengan melantik pemimpin-pemimpin tertentu sebagai khalifah atau Mahaguru. Oleh kerana itu manifesto ilmu yang dikembangkan itu disesuaikan dengan kehendak masa dan suasana.
Kebanyakan pengikut-pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat dan ilmu kebatinan ini adalah terdiri dari golongan yang tidak mempunyai asas yang kuat didalam aspek akidah islam, disamping tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.





CIRI –CIRI ASAS PENGANUT AJARAN SESAT.
i. Mencaci Alim Ulama dan Fuqaha Islam
Penganut ajaran sesat selalunya mencaci dan menjatuhkan maruah para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam iaitu dengan melemparkan tuduhan kepada para Alim Ulama dan Fuqaha Islam bahawa mereka telah menyembunyikan ajaran Islam sebenar demi kepentingan periuk nasi mereka, penipu, tamak haloba. Tujuan mereka melemparkan cacian keatas para Alim Ulama dan Fuqaha’ Islam, ialah supaya alim ulama’ dan fuqaha’ islam itu dipandang hina oleh masyarakat, dengan cara ini juga mereka mengharapkan hilang dan merosotnya pengaruh Alim Ulama’dan Fuqaha’Islam itu merosot, maka mudahlah bagi mereka untuk memasukan ajaran sesat kepada orang ramai.

ii. Mengatakan Syariat Islam itu ada Zahir dan Batin :
Dalam hal-hal yang bersangkutan dengan syariat Islam seperti Al-Quran , Syahadah, Kenabian, sembahyang, puasa, haji, nikah kahwin, bersuci dan lain-lainnya mereka mengatakan ada zahir dan ada batin atau digunakan istilah zahir syariat dan Hakikat. Alim Ulama’ dan Fuqaha’ Islam yang ada sekarang ini hanyalah mengetahui zahir syariat atau kulit sahaja dan mereka tidak mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Kumpulan ajaran sesat ini biasanya mendakwa kalangan merekalah yang mempelajari dan mengetahui Ilmu Hakikat dan Ilmu Isi. Manakala mereka yang sudah mendapat isi dengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah mendapat isi dengan sendirinya kulit tidak perlu lagi, manakala mereka yang sudah sampai kepada ilmu hakikat maka dengan sendirinya zahir syariat tidak perlu lagi.


iii. Penganut ajaran sesat adalah merupakan golongan munafik dalam masyarakat Islam:
Berikutan dengan kefahaman mengenai syariat Zahir sebagai kulit dan hakikat sebagai isi, maka penganut ajaran sesat ini menolak segala zahir syariat Islam, kalaupun dikerjakan apa-apa Syariat Zahir ini sebagai menjaga adat dan peraturan didunia sahaja. Seperti nikah kahwin dihadapan Kadhi, dua orang saksi, maskahwin, ijab qabul semua itu kulit sahaja. Bagi mereka ada nikah batin yang mengandungi pengertian seperti berikut;-
Ma’anikam - maksudnya perempuan
Yang dinikahkan - bererti yang disetubuhkan
Yang dikahwinkan - ialah mani yang dimaksudkan juga dengannya ialah Seorang penganut lelaki yang boleh mengeluarkan mani bila bersetubuh dengan perempuan itu.
Wali - bermaksud Allah yang menjadi Wali. Atau iman tertinggi atau iman ajaran ini.
Saksi - Malaikat Kiraman Katibin
Juru nikah - Ialah nabi Muhammad SAW.


iv. Gerakan Mereka adalah Rahsia.
Aktiviti yang dijalankan adalah rahsia dan hanya untuk ahli sahaja dan disyaratkan “ baiah” serta bersumpah menyimpan rahsia. Setelah pengakuan murid sanggup menyimpan rahsia maka barulah di buka rahsia ilmu hakikat @ ilmu isi yang mereka maksudkan itu. Biasanya mereka menentukan masa yang tertentu untuk belajar dan mengajar mengenai ilmu hakikat @ ilmu isi yang dimaksudkan itu dan mendakwa orang yang mem pelajari dan mengamalkan ilmunya itu akan beroleh apa yang dihajati dan terbukalah segala rahsia dan tersingkaplah Hijab mereka dengan Allah S.W.T.





CARA-CARA PERKEMBANGAN AJARAN SESAT.
I. Melalui Ajaran:
Penyusupan ajaran sesat melalui cara tersebut adalah lahir dari guru-guru yang membawa sesuatu ajaran dengan tujuan mencari pengaruh dan kepentingan diri dengan mengemukakan ajaran dan amalan yang didakwa beramal dengan ajaran beliau kononnya akan mendapat sesuatu yang Ghaib seperti Kasyaf dan Laduni iaitu mengetahui alam ghaib dan mendapat limpahan ilmu Allah dan Tajalli iaitu penjelmaan hakikat zat, sifat, dan Af’al Allah kepadanya. Kemudian disogokkan pula kepada murid-murid dengan beberapa keistimewaan kononnya akan mudah mendapat ketinggian darjat, pangkat, damn kebesaran serta disanjung tinggi dan mulia oleh orang ramai.


II. Melalui Tarikat.
Melalui cara Tarikat ini selalunya menggunakan nama Tarikat yang masyhur seperti Naqsyabandiah, Mufarridiyah, Syazaliyah, Ahmadiah dan lain-lain lagi dengan ditokok tambah oleh gurunya mengikut kesesuaian tempatan dan kepentingan dirinya yang mendakwqa sebagai “ Guru Mursyid” yang mendapat tauliah dari guru asalnya serta boleh mentauliahkan orang lain.


III. Melalui Kepercayaan dan Amalan Tradisi.
Cara ini adalah merupakan cara biasa dan mudah diterima oleh masyarakat melayu Islam dinegara ini kerana ianya bersifat kepercayaan terhadap kuasa sakti, jin, jembalang, dan penunggu tersebut supaya mereka tidak mengganggu penduduk disesuatu tempat itu, maka dilakukan upacara pemujaan.
Ada juga yang melakukan pemujaan keatas roh, para Wali dan Keramat, iaitu menziarahi kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat serta melakukan upacara tradisional, seperti melepaskan ayam putih, pulut kuning, bertih dan penyembelihan binatang ternakan keatas kubur itu serta menyeru roh para Wali dan Keramat itu agar dapat memberi pertolongan kepada mereka bagi menyampaikan apa-apa hajat mereka dan apakala beroleh kejayaan, mereka akan membayar nazar diatas kubur orang yang dianggap Wali dan Keramat atau mereka membayar nazar ditempat yang menjadi pujaan mereka.
Terdapat juga mereka yang melakukan pertapaan iaitu dengan menyembunyikan diri ditempat yang sunyi seperti di bukit, atau gunung atau gua tertentu dengan tujuan untuk mendapat ilmu Ghaib, Sakti, gagah perkasa, kebal dan lain-lain bagi tujuan kehebatan diri dan kepentingan diri serta untuk mendapat tempat yang istimewa dalam masyarakat.





CONTOH-CONTOH AJARAN SESAT DI MALAYSIA.

1. Ajaran Empat Sahabat ( Kota Bharu pada tahun 1974)
2. Ajaran Cerang melilin ( Terengganu pada tahun 1976 )
3. Ajaran Husin Ali ( Kuala Terengganu pada tahun 1976 )
4. Ajaran Crypto ( Kluang Selangor pada tahun 1978 )
5. Tarikat Aurad Islamiah ( Kedah pada tahun 1979 )
6. Tarikat Zikrullah ( Hasan Anak Rimau / Ayah Pin, Kota Bharu.1983 )
7. Ajaran Haji Mohd Yamin Ab. Rahman ( Kota Bharu Pada tahun 1990 )
8. Ajaran Tok Ayah Selamat ( Kota Bharu pada tahun 1989 )
9. Al- Arqam. ( Seluruh negeri 1988 )
10. Golongan Anti Hadis ( wilayah Persekutuan !992 )

Bukan sedikit ajaran sesat yang tumbuh dikalangan masyarakat Islam. Di negara ini sahaja terdapat 46 jenis ajaran yang telah dikenalpasti sesat. Namun begitu terdapat banyak lagi yang bercambah disana sini yang sukar diselidiki secara dekat kerana kekurangan matlumat yang lengkap. Di sini diberi dua contoh ajaran sesat yang besar dinegara ini:-

1. Al-Arqam.
Al-Arqam diasaskan oleh Ashaari Muhammad. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh negara ini. Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang dikelirukan dan menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakyah melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan, perniagaan, perubatan, dan pertanian.
Penyelewengan akidah Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi ajaran dan fahaman seperti berikut:
i. Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Ka’abah.
ii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula sebagai Imam Al-Mahdi.
iii. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan setaraf dengan Khulafa’ Al-Rasyidin.
iv. Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jaga (yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang kononnya untuk mengesahkan sesuatu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yang taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya.
v. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya.
vi. Ashaari Muhammad dipercayai, kononnya selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman dan Sayyidul-Mujaddidin.
vii. Penggunaan Gambar Ashaari secara meluas dikalangan pengikut kerana di percayai akan membawa Barakah dan mempunyai Karamahnya.
viii. Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi.

2. Golongan Anti Hadis.
Di Malaysia golongan anti Hadis telah dapat dikesan sekitar tahun 1984. ini diperkuatkan lagi dengan terbitnya buku Kasim Ahmad, Hadis: Satu Penilaian Semula. Kasim Ahmad mempelopori kumpulan ini kerana dipercayai terpengaruh dengan sebuah buku Dr. Rashad Khalif, bertajuk The Computer Speaks: God’s Message To The World, yang diterbitkan oleh Syarikat Renaissance Production International; Amerika pada tahun 1981.
Pendekatan Kasim Ahmad mengenai teori Anti Hadis banyak terpengaruh dengan pendekatan yang digunakan oleh Dr. Rashad Khalifa. Beliau telah mempersoalkan autoriti Hadis dan memberi beberapa gambaran yang mengelirukan mengenainya. Malah beliau menuduh bahawa hadis adalah ajaran-ajaran palsu dan rekaan semata-mata serta sekaligus beliau menolak kewibawaan ulamak-ulamak hadis. Beliau berpendapat Hadis dan Sunnahlah yang menjadi salah satu penyebab punca kekeliruan dan perpecahan terbesar dikalangan umat Islam selama lebih seribu tahun.
Dengan tersiarnya akhbar dan terbitnya buku Kasim Ahmad mengenai pandangan beliau tentang Hadis, suasana masyarakat Islam amnya kurang menyenangkan. Lantaran itu pihak Kerajaan telah mengambil satu ketetapan mengharamkan buku tersebut dari pengedarannya.





PENUTUP.

Pertumbuhan serta perkembangan ilmu atau amalan sesat di dalam masyarakat Islam dinegara ini, bukan sahaja boleh menyebabkan Akidah umat Islam menyeleweng dari tuntutan Allah, bahkan ianya juga adalah sebahagian dari unsur-unsur yang membawa kepada perpecahan dikalangan umat Islam sendiri. Akan timbul dalam masyarakat Islam beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa kumpulan yang mengamalkan beberapa jenis ilmu yang berbeza dari segi nama tetapi mempunyai motif yang hampir-hampir sama.
Masing-masing kumpulan akan berusaha mencari pengikut seberapa banyak yang mungkin; Implikasi dari keadaan seumpama ini akan membawa kepada lenyapnya perasaan persaudaraan sesama Islam yang sangat-sangat dititikberatkan oleh Allah sebagai senjata kekuatan dan keutuhan umat Islam.
Dan yang lebih membimbangkan lagi sepertimana yang dibayangkan oleh Rasulullah bahawa di suatu masa kelak umatnya akan berpecah kepada tujuh puluh tiga puak.
Sabda Rasulullah saw.
Ertinya:
“ Akan berpecah umatku kepada tujuh puluh tiga puak, kesemuanya didalam neraka kecuali satu sahaja, iaitu puak yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku”

Umat-umat Islam benar-benar beriman dengan Allah haruslah memahami bahawa sesungguhnya tidak ada ilmu kebal dalam Islam, kerana Rasulullah telah menyatakan bahawa Mukmin yang kuat ialah mukmin yang mempunyai kekuatan iman yang lahir dari peningkatan ketakwaan kepada Allah. Bukti bahawa tidak ada kekebalan dalam islam ialah Rasulullah sendiri telah cedera parah dalam peperangan Uhud. Jika ada kekebalan dalam islam sudah tentu Rasulullah dan para sahabat tidak akan cedera dalam peperangan.
Oleh itu untuk mengatasi dan membasmi segala ajaran atau amalan sesat yang terdapat didalam masyarakat Islam maka setiap umat Islam haruslah bertanggungjawab serta mengkaji sesuatu ajaran atau amalan itu secara terperinci dengan berlandaskan kepada ajaran Islam yang maha suci sebelum menyertai sesuatu ajaran, supaya dengan ini keimanan serta keyakinan umat Islam terhadap kebesaran kekuasaan Allah tetap terpelihara dan juga dapat mengelakkan umat-umat islam dinegara ini daripada terpedaya dan terperangkap dengan golongan-golongan yang mencari pengaruh disebalik tabir Islam.


RUJUKAN.

Abdulfatah Haron Ibrahim, Ajaran sesat, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1993.

Ajaran Sesat, Satu Ancaman Terhadap Keselamatan Negara, Kor Agama Angkatan Tentera, Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur, 1995.

Suara Persatuan Ulama’ Malaysia, Bil, 31 ( thn 3 ) Jamadilawal 1413h ( November 1992) muka surat 11-22.





KONSEP KEPATUHAN DALAM ISLAM

Pengenalan

Kepatuhan dan kesetiaan kepada Allah adalah bersifat mutlak iaitu tidak boleh berbelah bahagi. Kepatuhan dan kesetiaan bererti tunduk, taat dan tidak membantah. Patuh dan setia kepada Allah dan Rasul, ertinya mengerjakan segala perintah-Nya dan menjauhi serta meninggalkan segala larangan-Nya. Manakala patuh dan setia kepada pemimpin iaitu ketua negara adalah berbeza dan tidak bersifat mutlak. Rakyat hanya wajib memberi kepatuhan dan kesetiaan selagi ketua negara tidak memerintah rakyat melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah.

Pemimpin dapat diertikan sebagai seorang pemerintah yang diberi kuasa untuk mentadbir sesebuah negara. Pemimpin bertanggungjawb penuh atas keselamatan dan kemajuan rakyat serta negara yang dipimpinnya. Namun begitu pemimpin haruslah dibantu oleh jemaah menteri yang berperanan melaksanakan syariat Islam agar dapat ditegakkan di negara di bawah pemerintahannya.

Allah menjanjikan kepada orang-orang yang taat kepada-Nya dengan kenikmatan, keselamatan, kebahagiaan dan keredhaan-Nya yang tidak terkira di dunia dan akhirat. Allah S.W.T berfirman :

Terjemahan : “Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka itu adalah bersama-sama orang-orang yang telah Allah beri nikmat ke atas mereka, dari para nabi, shiddiqin, syuhada’ dan shalihin; dan alangkah baiknya bertemankan dengan mereka itu”1

Kepatuhan dan kesetiaan kepada Allah, Rasul dan ketua negara telah dinyatakan dengan jelas di dalam Firman Allah S.W.T. :

Terjemahan : Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan mereka yang berkuasa di kalangan kamu.2

Berdasarkan ayat tersebut Allah memerintahkan setiap mukmin supaya memberi kepatuhan yang sepenuhnya kepada Allah dan Rasul-Nya dan supaya mematuhi penguasa. Uli-al-Amr bermaksud mereka yang diberikan hak untuk berkuasa, melaksanakan tanggungjawab, memberikan keputusan dan menyelesaikan permasalahan.

Semua kuasa tertinggi terletak pada Allah. Manusia hanya dibenarkan meminjam kuasa daripadanya. Memandangkan Islam tidak menentukan garis pemisahan di antara hal-hal keagamaan dan sekular, ia mengharapkan setiap kerajaan agar ‘dicelup’ dengan ketulusan, dan berdiri di sisi Imam yang tulus. Rakyat wajib menghormati dan mentaati penguasa yang sedemikian, jika sebaliknya, maka tiadalah peraturan atau disiplin.

Berdasarkan Nas-nas di atas, kita dibawa kepada satu kesimpulan iaitu apabila seseorang telah secara sah dilantik sebagai ketua, dia hendaklah diberi sepenuh kerjasama untuk membolehkannya membawa kejayaan kepada masyarakat Islam. Namun memberikan kepatuhan kepada Uli al-Amr, Islam tidak pernah bermaksud menjadikannya sebagai kepatuhan yang mutlak kerana ia hanya akan membawa kepada kediktatoran yang terang-terang bertentangan dengan ajaran Islam. Berdasarkan kenyataan inilah, Islam telah menjadikan kepatuhan kepada Uli al-Amr sebagai kepatuhan yang bersyarat.

Seseorang ketua mestilah memperaktikkan ajaran Islam. Jika dia tidak melaksanakan Syariah, dia tidak layak diberi kepatuhan yang mutlak. Atas alasan inilah, tidak menjadi satu kewajipan untuk mentaati pemimpin yang menolak undang-undang Allah.

Al-Tayyibi mengulas dengan menegaskan bahawa pengulangan perkataan dalam mentaati Rasulullah s.a.w. menunjukkan ketaatan yang total, tetapi ia tidak sedemikian dalam mentaati Uli al-Amr. Ini membuktikan bahawa ada golongan yang tidak layak untuk ditaati. Ali k.r.w. meriwayatkan sebuah Hadith :

Terjemahan : Adalah menjadi hak ke atas Imam bahawa dia berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan menunaikan amanah, apabila dia berbuat demikian menjadi hak rakyat bahawa mereka mendengar dan mematuhi.

Abu Ubaid al-Qasimi ketika mengulas Hadith ini berkata : “Apabila dia berada pada kedudukan ini barulah menjadi kewajipan ke atas rakyat untuk mendengar dan mematuhi.”

Seseorang ketua mestillah adil terhadap sesiapa sahaja. Atas dasar inilah maka kita ditegah dari mentaati Amir yang ganas atau khianat. Pengkhianatan adalah jenayah dan maksiat. Banyak Hadith yang memberi penegasan dalam hal ini. Antaranya :

Terjemahan : Tiada ketaatan pada maksiat, ketaatan hanyalah pada kebaikan.
(riwayat al-Bukhari)

Terjemahan : Tiada ketaatan kepada sesiapa yang tidak mentaati Allah.
(riwayat Ahmad bin Hambal)

Terjemahan : Tiada ketaatan kepada sesiapa yang berbuat maksiat kepada Allah Ta’ala.
(riwayat Ahmad bin Hambal)

Seseorang ketua dalam apa keadaan pun haram menggalakkan rakyat untuk membuat maksiat memandangkan kewajipan utama pemerintah ialah mempromosikan pencapaian objektif Syariah iaitu amar makruf nahi mungkar. Jika ketua negaranya membenarkan melakukan perkara yang terang-terangan diharamkan seperti perkara yang bersangkutan dengan riba, minuman keras, pendedahan aurat, pergaulan bebas antara lelaki-perempuan, penglibatan atau penganjuran sambutan atau pesta yang bertentangan dengan Islam, maka umat Islam dilarang memberi kepatuhan kepada pemimpin yang sebegini.

Semua ini membawa pengertian bahawa memang menjadi hak rakyat dan tugas mereka untuk mengawasi aktiviti kerajaan dan mengkritik polisi pentadbiran dan perundangan apabila wujud alasan yang membuktikan bahawa hal tersebut telah dikendalikan dengan cara yang salah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya:

Terjemahan : Sebaik-baik perjuangan ialah sesiapa yang memperkatakan perkataan yang benar di sisi pemerintah yang menyeleweng.
(riwayat Abu Dawud, al_Tarmidhi dan Ibu Majah)

Namun dalam perkara ijtihadiyah, seseorang itu mesti mematuhi keputusan pemerintah walaupun dia mungkin tidak bersetuju dengan keputusan itu kecuali dalam amalan peribadi. Hal ini adalah untuk mengelakkan rakyat terkeluar daripada majoriti masyarakat Muslim, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

Terjemahan : Sesiapa yang mendapati pada Amirnya sesuatu yang dibencinya, maka hendaklah dia bersabar. Maka sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan jamaah walaupun sejengkal, maka dia mati dalam keadaan Jahiliyah.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Terjemahan : Sebaik-baik pemimpin kamu ialah mereka yang kamu suka dan mereka sukakan kamu, yang kamu doakan keselamatam mereka dan mereka doakan kesejahteraan kamu, dan sejahat-jahat pemimpin kamu ialah mereka yang kamu benci mereka membenci kamu, yang kamu laknat dan mereka melaknati kamu. Kami berkata : “Wahai Rasulullah! Bolehkah kami menggulingkan mereka ketika itu?” Baginda bersabda : “Tidak, selagi mereka menegakkan sembahyang ke atas kamu. Tidak, selagi mereka menegakkan sembahyang ke atas kamu.”
( riwayat Muslim)
Di samping itu, peletakkan tanggungjawab oleh umat Islam kepada ketua negara telah juga diterangkan oleh ayat-ayat al-Quran yang menggambarkan sebahagian perbuatan sesetengah pemerintah sebagai tidak bertanggungjawab. Satu daripada ayat sedemikian adalah seperti berikut :

Terjemahan : Oleh sebab itu, adili dengan betul antara manusia, dan jangan mengikut pandangan yang dapat menggoda kamu dari jalan Allah. Sesiapa yang melencong Dari jalan Allah akan mendapat denda yang paling hebat kerana mereka melupakan hari akhirat.”3

Al-Quran juga mengatakan:

Terjemahan : Dan sekiranya dia melencong, dia akan cuba membuat kerosakan di dunia dan akan memusnahkan tanam-tanaman dan manusia, dan Allah tidak menyukai kebinasaan.”4

Oleh itu, sekiranya seseorang pemerintah membuat sesuatu yang dianggap sebagai membuat kerosakan di dunia atau mengikut nafsunya, Ummah harus menyuruhnya supaya memberhentikan perbuatan tersebut. Jika tidak, ia akan cuai dalam tugasnya untuk menyeru kebaikan dan melarang kemungkaran. Sekiranya pemerintah tersebut tidak mengindahkannya, Ummah harus menjadikannya bertanggungjawab dan menyoalnya tentang perkara tersebut.

Tambahan banyak hadith telah diriwayatkan yang menerangkan kebolehan meletakkan tanggungjawab kepada ketua negara ke atas tindakan yang dilakukan semasa menjalankan tugas-tugasnya yang melanggar undang-undang Islam, di mana Rasulullah s.a.w. bersabda : Kamu semua adalah penjaga dan kamu semua bertanggungjawab di atas orang-orang jagaan kamu.”

Begitu juga Rasulullah s.a.w. memerintah supaya mematuhi semua hal kecuali yang berdosa apabila baginda bersabda: “Seorang muslim mesti mendengar dan mematuhi sama ada suka atau tidak kecuali apabila diarah melakukan dosa, barulah tidak harus didengar atau dipatuhi.” Sabdanya yang lain : “Kepatuhan hanya untuk perkara yang benar.”

Hadith-hadith tersebut membentuk asas pematuhan kepada pemimpin-pemimpin dalam tindakan mereka yang betul. Dengan itu sabda-sabda Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kewajipan untuk tidak mematuhi perlakuan yang salah atau berdosa. Sabda-sabda tersebut juga membentuk prinsip yang membolehkan menyoal pemimpin-pemimpin tentang perbuatan-perbuatan mereka. Sudah tentu persoalan ini ditujukan kepada tindakan atau perintah pemimpin yang sedemikian yang dibenarkan supaya tidak dipatuhi kerana ia dianggap berdosa dan ditegah.

Berdasarkan prinsip teks-teks al-Quran dan al-Sunnah tersebut, Abu Bakar a.s. berkata dalam khutbah pertamanya selepas menjadi khalifah :

“Saya telah diberi kekuasaan ke atas kamu, tetapi saya bukannya yang terbaik antara kamu. Jika saya berbuat baik, bantulah saya dan jika saya berbuat salah, maka perbetulkanlah saya.”




Kesimpulan

Dalam konteks Hadith-Hadith yang bersangkutan dengan hal ini, kita dapat mengenal pasti empat prinsip :

1. Selagi Amir mewakili kerajaan yang sah mengikut undang-undang, semua rakyat wajib memberi kesetiaannya walaupun mereka tidak menyukai penguasaannya dan, dalam beberapa keadaan dan cara pentadbirannya.
2. Jika kerajaan meluluskan undang-undang yang melibatkan perlakuan maksiat, tugas untuk setia tidak lagi beroperasi terhadap undang-undang tersebut.
3. Jika kerajaan meletakkan dirinya secara terang-terangan bertentangan dengan nas al-Quran , ia disifatkan sebagai bersalah atas kekufuran, yang menyebabkan ditarik balik kuasa darinya.
4. Penarik balik kuasa ini mestilah tidak dilakukan dengan cara pemberontakan bersenjata, kerana Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran

Terjemahan : Sesiapa yang mengangkat pedang ke atas kami, maka dia bukan daripada golongan kami.
(riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Walau bagaimanapun proses penurunan dari kekuasaan ini tidak boleh dilakukan oleh orang perseorangan; ia mestilah melalui communal effort yang merupakan hasil dari kesatuan umat yang Islam secara keseluruhannya atau perwakilan mereka yang berada dalam sebuah badan yang bebas atau yang sekarang ini sering kita istilahkan sebagai special tribunal . Penggunaan kekerasan tidak dibenarkan kecuali kalau terpaksa atau keadaan terlalu mendesak.
Jadi, untuk merealisasikan objektif ini maka, segala suruhan dan larangan Allah dan Rasul yang terkandung didalam al-Quran dan al-Hadith wajib diimani dan dihayati sepenuhnya oleh umat Islam. Al-Quran dan al-Hadith mengandungi semua konsep mengenai kehidupan, keselamatan dunia dan akhirat. Namun ia bergantung kepada penghayatan dan pelaksanaan kedua-dua kitab induk tersebut. Sebaliknya kesesatan dan kecelakaanlah bagi orang-orang yang menyimpang daripada pimpinan al-Quran dan al-Hadith.

Firman Allah S.W.T :

Terjemahan : “Yang demikian itu kerana mereka melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya dan barangsiapa melanggar perintah Allah, maka sesungguhnya Allah itu sangat keras siksaan-Nya.”5

Maka untuk mencapai kebahagian sejati di dunia dan akhirat, umat Islam wajib kembali kepangkal jalan sebelum terlambat, iaitu kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah yang menjamin kebahagian sejati itu, atau wajib kembali kepada politik Islam. Orang-orang Islam hanya wajib berpolitik secara Islam melalui parti politik Islam, bukan parti-parti politik yang lain yang menjadikan sistem jahiliyah dan ajaran thaghut sebagai dasar dan matlamatnya.

Kebenaran itu hanya satu jua, iaitu Islam. Selain Islam semuanya jalan syaitan dan jalan thaghut belaka. Pastikanlah di manakah saudara berada dan ke manakah saudara hendak dibawa ; ke syurga atau ke neraka ?


Bibliografi


Haji Zainuddin Hamidy, Fachuruddin. 1991.Tafsir al-Quran. Klang Book Centre, Klang, Selangor.
Drs. Abdul Ghani bin Haji Idris. 1999.Bagaimana Islam Berpolitik Dan Memerintah. Al-Hidayah Publishers, Kuala Lumpur.
Khurshid Ahmad (ED). 1991.Kajian Dalam Ekonomi Islam. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Muhaimin Sulam. 1994.Tasawwur Islam. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Muhamed S.EI-Awa. 1991.Sistem Politik Negara Islam. Dewan Bahasa Pustaka,Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur.
Nazmi Ghazali Azmi Al-Naghazi.1992.Al-Balad al-Muntazar (Negara Harapan). Budaya Ilmu Sdn Bhd, Selangor.
Shafie Ibrahim, Ph.D. (Columbia). 1994.Hadith-Hadith Politik (Negara Islam Berasaskan Hadith). Dewan Muslimat Sdn Bhd,Pulau Pinang.
Wan Zailam Kamaruddin. 1997.Hakikat Kenabian Menurut al-Quran. Berita Publishing Sdn Bhd, Kuala Lumpur.


SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM

PENGERTIAN PENDIDIKAN

Pendidikan adalah berasal dari perkataan Latin iaitu e, ex, yang bermaksud keluar dan perkataan “ ducare due “ yang bermaksud memimpin. Secara keseluruhan ia beerti mengumpul matlumat ke dalam dan mengeluarkan bakat. Pendidikan merupakan satu latihan mental, fizikal, dan moral. Objektifnya ialah untuk melahirkan menusia yang mampu berfikir dan mampu memikul tanggungjawab. Selain dari itu, pendidkan bolehlah dianggap atau diertikan sebagai pertumbuhan-pertumbuhan pemeliharaan, pengasuhan dan penyuburan.

Sejarah pendidikan bermula sejak kewujudan manusia, namun begitu bentuk dan corak sistem pendidikan berbeza mengikut masa, tempat dan adat resam sesuatu masyarakat. Proses pendidikan bermula serentak sejak kelahiran manusia dan berterusan hingga ke akhir hayat. Pendidikan merupakan satu seni yang membolehkan manusia mengumpul segala pengalaman yang dipelajari dan diperolehi di dalam kehidupan mereka dan selanjutnya menyampaikan pengalaman itu kepada generasi baru.
Dalam Islam pendidikan yang sebenar yang dikehendaki ialah apa yang terkandung dalam Al-Quran dan Al-Hadith, kerana ia adalah pendorong yang menggalakkan umat muslim supaya mengambil berat dengan kemajuan dan ilmu pengetahuan adalah lahir dari Al-Quran dan Hadith. Pendidikan Islam ialah bimbingan jasmani dan rohani berdasarkan hukum agama islam yang menuju kearah pembentukan keperibadian muslim iaitu keperibadian yang mempunyai nilai-nilai agama yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith.

Tujuan pendidikan dalam Islam ialah untuk penghidupan yang sepenuhnya meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat. Pendidikan Islam menitikberatkan hubungan manusia dengan manusia, dengan alam sekeliling dan hubungan manusia dengan pencipta. Oleh itu segala amal ibadat hendaklah dilakukan dengan sempurna dan penuh ikhlas. Dengan itu dapatlah di simpulkan bahawa tujuan pendidikan dalam Islam adalah amat luas yang meliputi penghidupan di dunia dan di akhirat.

SEJARAH PENDIDIKAN PADA ZAMAN AWAL ISLAM

Sistem pendidikan pada awal islam adalah bertunjangkan pendidikan Islam. Agama Islam memberikan penekanan kepada penganutnya tentang kepentingan mempelajari ilmu yang berkaitan dengan keduniaan dan akhirat. Islam juga menyarankan dan mewajibkan setiap umatnya mencari ilmu dalam semua bidang. Berhubung dengan ini, Nabi Muhammad saw bersabda “Tuntutlah ilmu pengetahuan itu semenjak dari ayunan sampai ke liang lahad” dan Nabi bersabda dalam hadis yang lain “Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan keatas setiap muslim”. Malah orang yang berilmu akan mendapat kedudukan ang tinggi di sisi Allah. Nabi Muhammad saw menyanjung tinggi golongan yang berilmu. Ini jelas ternyata daripada sabda baginda bahawa seorang ahli ilmu lebih di sisi Allah daripada seribu ahli ibadat dan manusia yang mulia adalah seorang mukmin yang berilmu.

Pada peringkat awal, pendidikan diajar di rumah-rumah. Nabi Muhammad s.a.w manjadikan rumah baginda dan rumah Al-Arqam sebagai tempat memperoleh ilmu pengetahuan. Mulai tahun 622 masihi, masjid digunakan sebagai institusi pendidikan untuk menyampaikan ilmu secara formal. Matlamat akhir pendidikan Islam ialah pewujudan diri yang bertujuan untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi rohaniah, psikologikal, intelektual,dan jasmaniah. Selain itu menerusi pendidikan juga manusia dapat membuat persiapan bagi kehidupan di dunia dan di akhirat. Sementara itu Al-Abrasyi telah menyenaraikan lima tujuan pendidikan menerusi kajiannya.

Tujuan tersebut adalah:
1. Pembentukan akidah yang mulia.
2. Persiapan untuk kehidupan di dunia dan di akhirat.
3. Persiapan untuk mencari sumber pendapatan.
4. Melahirkan semangat ingin tahu dan berbentuk ilmiah di kalangan pelajar.
5. Memperlengkapkan pengetahuan pelajar dalam bidang-bidang profesional, teknikal dan pertukangan .
Dengan demikian mereka juga dapat menguasai kemahiran dalam pekerjaan di samping memelihara aspek kerohanian dan keagamaan.

Pada peringkat awal Islam, semua pendidikan Islam adalah tanggungjawab orang perseorangan dan guru yang mengajar murid tanpa campurtangan negara. Nabi Muhammad saw sendiri menjadi guru dalam menyebarkan Islam kepada umatnya. Sistem pendidikn yang dilaksanakan oleh baginda adalah bersumberkan wahyu. Corak pendidikan baginda semasa di Mekah adalah berbeza dengan pendidikan yang dilaksanakan di Madinah. Ini kerana keadaan dan suasana masyarakat Madinah berbeza dengan masyarakat Mekah. Justeru itu corak dan pendekatan pendidikannya juga turut berbeza. Walaupun begitu, secara keseluruhannya sistem pendidkan pada zaman baginda berfokuskan kepada tiga perkara iaitu pendidikan akidah, pendidikan akhlak, dan pendidikan syariah.
Semasa di Mekah, bentuk pendidikan lebih tertumpu kepada soal-soal akidah dan akhlak. Pada peringkat awal Nabi Muhammad saw menyampaikan ilmu secara sulit dan tertumpu kepada ahli keluarga terdekat. Orang yang mula-mula menerima pendidikan Islam daripada baginda ialah isteri baginda Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar. Pendidikan Islam yang dijalankan oleh baginda di Mekah adalah secara lemah lembut dan penuh hikmat. Hari demi hari semakin ramai orang dan para sahabatnya yang memeluk Islam. Pusat kegiatan dakwah ialah dirumah baginda sendiri.

Selepas hampir tiga tahun berdakwah secara tersembunyi, melalui pendidikan Islam yang yang di terapkan oleh baginda Nabi Muhammad saw, maka terbinalah satu kaum muslimin yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Akhirnya turun wahyu daripada Allah yang meminta Nabi Muhammad saw menyampaikan dakwah secara terang-terangan. Baginda menyampaikan pendidikan secara berpidato, berceramah serta bertabligh di tempat orang ramai berkunjung seperti di pekan Ukaz dan berhampiran Kaabah pada musim haji. Ayat-ayat Al-Quran dibaca kepada orang ramai untuk memberi pengajaran dan petunjuk kepada umum. Oleh kerana isi Al-Quran terang dan hebat susunannya, maka ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Ini telah menimbulkan tekanan dan ancaman daripada kaum Quraisy yang seterusnya membawa kepada penghijrahan orang Islam ke Habsyah dan kemudiannya ke Madinah pada tahun 622 masihi.

Pendidikan di Mekah berkisar kepada soal pokok agama Islam. Pengajarannya berteraskan kepada akidah, akhlak,dan syariah. Agama ini mengajar manusia supaya menggunakan akal fikiran dengan memerhatikan kejadian alam sebagai anjuran kepada pendidikan akliyyah dan ilmiah. Akidah ialah kepercayaan yang menghubungkan seseorang dengan tuhan atau dikenali sebagai rukun iman. Akidah juga merupakan dasar dalam pembinaan pendidikan. Sesuatu proses pembinaan pendidikan tidak akan sempurna tanpa dasar-dasar yang sempurna.

Nabi Muhammad saw juga menganjurkan kaum muslimin supaya berakhlak mulia. Untuk mendampingi diri dengan Allah memerlukan akhlak yang terpuji. Dalam kehidupan seharian Nabi Muhammad saw telah mengajar kaum muslimin supaya mengamalkan sikap kesederhanaan, tolong-menolong dan sentiasa bersyukur akan nikmat yang diberikan oleh Allah. Akhlak yang terpuji membolehkan seseorang individu dan masyarakat bertakwa. Manakala sikap yang buruk seperti menyekutukan Allah dan segala perbuatan sumbang adalah dilarang keras oleh Nabi Muhammad saw. Sesungguhnya akhlak yang buruk boleh memberikan kesan negatif kepada individu dan masyarakat.

Apabila Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah pada tahun 622 masihi, perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan Islam dengan terbinanya Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi. Struktur pengajian di masjid lebih berbentuk kepada sistem pendidikan tidak formal dan menjadi sekolah pertama dalam sejarah pendidikan Islam pada zaman awal Islam. Setelah itu struktur pengajian yang lebih sistematik dan formal dapat dibentuk apabila sebuah serambi didirikan bersambung dengan masjid yang disebut al-suffah. Al-Quran menjadi kitab yang pertama dalam sejarah pendidikan Islam. Mata pelajaran lain termasuklah dasar-dasar Islam, seni khat, sejarah, menunggang kuda, memanah dan belajar bahasa asing.

Suatu amalan baginda yang memberi kesan terhadap perkembangan pendidikan ialah baginda memerintahkan kepada setiap mukmin yang pandai membaca dan menulis supaya mengajar kepada mereka yang tidak mengetahuinya. Baginda juga menghantar pendakwah yang pandai membaca dan menulis untuk mengajar dan berdakwah ke kawasan-kawasan yang baru memeluk Islam. Amalan baginda ini kemudiannya diikuti oleh para sahabat dan kaum muslimn kemudiannya.

Pendidikan yang pertama dilakukan oleh baginda Nabi Muhammad saw di Madinah ialah memperkuatkan penyatuan ummah dan mengikis sisa-sisa permusuhan. Konsep pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariah tanpa mengenepikan soal-soal lain. Semasa di Madinah, hal-hal yang berkaitan dengan ibadah ditingkatkan dan di beri penekanan utama oleh Nabi Muhammad saw dalam usaha menyampaikan pendidikan Islam kepada seluruh umatnya. Pada zaman ini, umat Islam mula di wajibkan mendirikan solat Jumaat. Umat Islam juga di beri peringatan agar menjaga waktu solat yang sebelum ini tidak di utamakan. Pendidikan berpuasa pula di mulai di Madinah pada bulan Ramadhan tahun 2 hijrah. Demikin juga ibadat haji, zakat, hukum hakam perkahwinan, kegiatan ekonomi dan pemerintah yang mula di sampaikan kepada umat Islam pada tahun 6 hijrah.

Di Madinah, orang yang pandai membaca dan menulis disuruh oleh Nabi Muhammad saw supaya menulis wahyu yang diturunkan oleh Allah, di samping mengajar umat Islam yang tidak tahu mambaca dan menulis. Sesudah baginda menerima wahyu dari Allah, baginda akan mengajarnya kepada para sahabat. Sahabat baginda yang pandai membaca dan menulis, di perintahkan oleh baginda untuk menulis wahyu tersebut. Kepandaian menulis dan membaca amat ditekankan oleh baginda, misalnya musuh yang ditawan dalam peperangan Badar diminta menebus dirinya dengan mengajar menulis dan membaca kepada 10 orang kanak-kanak yang tinggal di Madinah. Pendidikan kepada wanita tidak diabaikan. Nabi Muhammad saw telah mengambil satu hari untuk menyampaikan ilmu khusus untuk kaum wanita. Pendidikan yang diberikan kepada kaum wanita bukan sahaja aspek agama tetapi juga hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan.

Kesimpulannya, sistem pendidikan pada awal Islam adalah suatu pendiikan yang paling sempurna. Ini kerana ianya telah di terajui oleh baginda Rasulullah saw sendiri. Ia menjadi model dan ikutan hingga ke akhir zaman. Pendidikan yang bersumberkan Al-Quran dan Hadith dapat melahirkan insan yang mampu mengimbangi kehidupan di dunia dan di akhirat. Baginda Rasulullah saw adalah pendidik yang ulung di sepanjang zaman. Baginda mendidik manusia melalui perbuatan dan pertuturan baginda sendiri. Umat Islam pada zaman baginda sudah terbukti kehebatan mereka dalam semua aspek.





SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI KELANTAN

Sejarah pendidikan Islam di Kelantan dikatakan bermula pada awal abad 60 an. Akan tetapi ia telah muncul sebagai pusat pengajian Islam di rantau ini selepas abad itu. Ia bukan sahaja terkenal sebagai pusat pengajian agama di Tanah Melayu bahkan di seluruh Asia Tenggara. Kawasan yang menjadi pusat pengajian Islam di Kelantan ialah di kawasan sekitar ibu negeri iaitu Kota Bharu. Di kawasan inilah terdapat ramai Ulama’ tempatan yang pada umumnya mendapat pendidikan di Masjidil Haram Mekah. Mereka ini sebelum menjadi Ulama’, mereka mendapat pendidikan asas agama di negeri-negeri jiran seperti di negeri Terengganu dan Patani. Kemudian mereka melanjutkan pula pengajian agama di Mekah.

Di Kota Bharu mereka mengajar agama di Masjid Besar Muhammadi dan surau-surau yang juga di kenali sebagai madrasah atau balaisah dikalangan penduduk tempatan. Oleh kerana pengajian agama pada masa itu merupakan pengajian yang dominan di dalam jajahan ini, maka pengajaran para Ulama’ telah menjadi tumpuan masyarakat tempatan. Pengajaran agama di Masjid Muhammadi dan surau-surau di sekitarnya, dari segi sistem dan matlamat pendidikan tidak ada perbezaan. Cuma yang menjadi perbezaannya ialah dari segi pengendalian pusat-pusat pengajian tersebut. Ini kerana pengendalian yang dilaksanakan di masjid adalah lebih teratur dan lebih sistematik.

Para Ulama’ telah dapat menanam suatu minat baru di kalanan anggota masyarakat di jajahan ini untuk mempelajari ilmu-ilmu agama. Atas didikan Ulama’-ulama’ inilah yang kemudiannya mendorong ramai pemuda dan bandar ini untuk mempelajari ilmu agama dan seterusnya melanjutkan pelajaran mereka di Masjidil Haram Mekah. Dan apabila mereka kembali dari Mekah, mereka kemudiannya akan meneruskan tradisi pengajaran agama di kawasan tersebut.

Oleh kerana sambutan yang baik di kalangan masyarakat tempatan terhadap golongan Ulama’, maka mulai pada penghujung abad ke 19, bandar Kota Bharu telah menjadi tarikan Ulama’-ulama’ dari luar negeri untuk datang dan tinggal serta mengajar agama di sini. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran Haji Muhd Said daripada Linggi, Negeri Sembilan dan Sidi Azahari daripada Mekah serta Tok Khurasan daripada Afghanistan pada awal abad ke 20. disamping itu suasana yang demikian juga telah menjadi tarikan kepada pelajar-pelajar dari Kemboja, Selatan Siam, Kepulauan Indonesia dan Vietnam. Oleh kerana kedatangan Ulama’-ulama’ serta sambutan pelajar dari dalam dan luar, negeri Kelantan mendapat jolokan “Serambi Mekah” di kalangan masyarakat tempatan kerana sumbangan dalam konteks pendidikan agama di rantau Asia Tenggara pada masa ini.

Oleh kerana terdapat ramai pelajar yang datang dari luar untuk mempelajari ilmu agama di jajahan ini, mereka telah mendirikan pondok-pondok sebagai tempat kediaman mereka. Pondok-pondok telah didirikan di kawasan sekitar Masjid negeri yang memudahkan mereka untuk berulang alik ke masjid untuk menuntut ilmu. Jumlah pondok di Kota Bharu sebelum tahun 1940 di anggarkan ratusan buah. Sebelum tahun 1940, pengajaran agama pada umumnya di lihat di Masjid Besar Muhammadi dan di sursu-surau. Pengajian agama melalui sistem persekolahan pada masa itu hanya terdapat di Madrasah Muhammadiah ataupu di kenali sebagai Sekolah Melayu Majlis Agama Islam yang telah di tubuhkan pada 5 Ogos 1917 masihi yang bertempat di bangunan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Sekolah ini ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan pemuda-pemuda melayu yang boleh bekerja di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Sekolah ini sehingga tahun 1933 mempunyai lima darjah sahaja. Mata pelajaran yang diajar bukan sahaja mengenai agama seperti tauhid, sifat 20, hukum sembahyang, tawarikh Islam, khat dan tajwid, akan tetapi ada juga mata pelajaran lain seperti surat menyurat, rencana, ilmu hisab dan ilmu alam. Matlamat pendidikan yang demikian, jika dibanding dengan matlamat pendidikan agama kepada golongan penadah di masjid dan di surau adalah amat berbeza. Ini kerana pendidikan di masjid dan di surau adalah sebagaimana pendidikan yang dijalankan di Mekah iaitu mereka di dididik supaya menjadi orang yang alim dalam kiab-kitab agama tertentu dan kuat pula mengerjakan ibadat harian.

Penubuhan Madrasah Muhammadiah telah mengorak langkah dalam pembangunan sistem pendidikan di Kelantan dengan lebih tersusun dan lebih sistematik. Hasil dari penubuhan institusi tersebut, pembangunan pendidikan Islam telah mencapai matlamat dengan pembangunan pesat sekolah-sekolah agama. Pada tahun 1965 kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PMIP (Pan-Malayan Islamic Parti or PAS) telah menubuhkan Pusat Pengajian Tinggi Islam yang ditubuhkan pada 1 Oktober 1965 masihi. dengan tertubuhnya institusi tersebut, sistem pendidikan Islam di Kelantan telah melangkah ke era kemajuan dan lebih berbentuk kepada sistem pendidikan moden.




SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DI KELANTAN











a. Sistem Pendidikan pondok.

Perkataan pondok adalah berasal dari perkataan arab iaitu ????"” dan perkataan jamaknya “ ????? ” yang beerti rumah tumpangan atau hotel. Manakala dalam bahasa Indonesia pula ia di kenali dengan nama “Pasentren” iaitu dari perkataan “Santri” yang beerti pelajar-pelajar agama. Manakala menurut kamus dewan pondok memberi erti madrasah dan asrama tempat mengaji dan belajar agama.

Sekolah pondok merupakan institusi pendidikan Islam tradisional yang berasal dari Pattani Thailand. Menurut Abdullah Taib, pondok bermula apabila ulama’ Acheh melarikan diri ke tempat lain termasuk Pattani semasa berlakunya perang paderi (perang salib 1821-183 dan perang Atjeh (1878-1904) di Sumatra. Antara pondok yang cukup terkenal pada masa ini ialah seperti pondok Dala, Bermin, semela, Dual, dan Pondok Teluk Manak. Pondok-pondok ini bukan sahaja menjadi tumpuan penuntut tempatan, malahan juga penuntut luar negeri seperti dari Sri Langka, Burma, Kemboja, Vietnam, Tanah Melayu, Filipina, dan Indonesia.

Institusi pondok pada permulaannya merupakan sebuah institusi yang mengasingkan diri dikawasan-kawasan pedalaman untuk mengelak daripada pengaruh negatif atau dari pengaruh asing. Pendidikan pondok bukan sahaja memfokuskan orientasinya kepada akhirat atau mengajar ilmu-ilmu yang berkaitan dengan keagamaan sahaja, bahkan ia juga mengajar tentang ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu hisab dan ilmu kaji bumi.

Pendidikan pondok di kelantan kikatakan bermula sejak awal abad ke 19 masihi lagi. Ia telah dipelopori oleh ulamak yang berpendidikan dari Pattani. Daripada kajian yang dilakukan, pondok yang pertama didirikan di kelantan ialah pada tahun 1820. pondok ini telah didirikan oleh Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh (Tuan Tabal) yang lebih di kenali dengan nama Tok Pulai Chondong. Pondok ini terlatak di jalan Kuala Krai kira-kira 28 kilometer dari bandar Kota Bharu. Setelah kematian beliau, institusi tersebut telah di teruskan oleh anaknya Haji Arshad. Pada tahun 1880 pondok tersebut telah mencapai kemajuan dalam peningkatan jumlah murid iaitu meningkat kepada hampir 800 orang.

Selepas perjanjian Bangkok pada Julai 1909, negeri-negeri di utara tanah melayu telah diserahkan kepada Inggeris menyebabkan pengajian pondok semakin berkembang di Kelantan dan di ikuti oleh negeri Kedah. Pembangunan sistem pendidikan pondok pada awal abad 19 adalah mengikut corak sistem pembangunan yang di terajui oleh ulama’ seperti Haji Abdul Samad bin Muhammad Salleh ( Tuan Tabal), Haji Wan Ali bin Haji Abdul Rahman (Tok Wan Ali Kutan), Haji Nik Daud bin Wan Sulaiman, Haji Awang atas Banggol, Hakim Haji Abdullah dari Johor, Haji Wan Ismail bin Jamaluddin dan Haji Nik Abdullah.

Sekolah pondok pada masa tersebut adalah lebih formal dan berpusat di sekitar Ibu Negeri. Sebahagian besar dari ulama’ pondok juga menjadi pengajar sambilan di masjid negeri dan pada masa yang sama mereka merupakan peneraju pondok di kawasan masing-masing. Golongan ulama’ ini di gelar sebagai “Tok Guru” oleh masyarakat tempatan. Dari segi rujukan pula pelajar pondok belajar menggunakan kitab-kitab lama (kitab kuning) yang ditulis dalam bahasa melayu asli (jawi) dan hanya sedikit menggunakan teks arab. Ini adalah berbeza dengan metod yang digunakan pada akhir abad 19 yang mana ketika itu teks arab digunakan meluas dan guru akan memberi penjelasan tentang makna kepada para pelajar.

Dari segi kedudukannya ia tidaklah begitu jauh dari masjid bagi memudahkan mereka untuk berulang alik ke masjid. Metod pengajian ini tersebar di sekitar Kota Bharu dan kemudiannya tersebar keseluruh jajahan di Negeri Kelantan. Pelajar yang datang untuk belajar di sini bukan sahaja rakyat tempatan, malah dari seluruh Asia Tenggara. Metod pengajian ini kemudiannya di teruskan oleh Ulama’ generasi yang kedua seperti Haji Muhammad Yusof (Tok Kenali), Haji Pak Chik Musa bin Abdul Rahman, Haji Wan Daud bin Husain, Haji Cik Idris bin Haji Hassan, Haji Cik Ibrahim bin Yusof, Haji Wan Musa bin Abdul Samad dan banyak lagi. Pada masa yang sama juga terdapat Ulama’ yang datang dari luar Kota Bharu yang telah membuka pondok masing-masing seperti Haji Abdul Rahman bin Haji Othman (Tok Selihur) dan Haji Uthman bin Haji Muhammad (Tok Bachok).

Dari segi Organisasi pula sekolah pondok di takbir oleh seorang guru yang di panggil dengan gelaran “Tok Guru”. Rumah Tok guru, pembantu dan masjid biasanya akan dikelilingi oleh pondok-pondok yang didirikan oleh para pelajar. Pada kebiasaannya, pelajar yang menetap di pondok telahpun menamatkan pengajian asasnya di kampung atau di negeri masing-masing sebelum melanjutkan pengajian mereka di pondok dengan lebih mendalam.

Pada mulanya, pembelajaran di pondok tidak di kenakan sebarang bayaran, namun selepas itu sedikit bayaran di kenakan untuk tujuan penyelenggaraan masjid dan juga untuk menganjurkan majlis-majlis agama seperti sambutan maulidurrasul dan sambutan hari Assyura.

Dari segi sukatan pelajaran pula, Tok guru akan menetapkan kitab yang di fikir sesuai untuk digunakan oleh pelajarnya. Sukatan dan kitab yang digunakan di susun untuk di sesuaikan mengikut kategori pelajar. Perkara asas yang diajar ialah Nahu Soraf dan Balaghah. Pelajar di kehendaki mahir dalam mata pelajaran berikut sebelum beralih kesukatan lain seperti Syariah, Tajwid, Tauhid, Sirah Nabi, Tafsir Hadith, Fiqah, Usul Tafsir, Ulum Hadith, Usul Fiqh dan lain-lain. Ini kerana dengan memahami perkara asas tersebut akan memudahkan mereka untuk memahami matapelajaran lain.

Mereka yang belajar di pondok terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan penadah dan golongan pendengar. Golongan penadah ialah mereka yang mempelajari agama secara serius dan menggunakan kitab-kitab semasa hadir di dalam sesuatu jemaah pengajaran guru-guru. Tujuan mereka menadah kitab ialah untuk membolehkan mereka menjadi alim kelak. Golongan pendengar pula ialah mereka yang hanya sekadar datang ke dalam jemaah pengajaran semata-mata untuk mendengar pengajarannya. Kehadiran mereka ialah untuk mengambil pengajaran guru itu untuk dijadikan panduan kepada kehidupan mereka.

Golongan penadah terdiri dari golongan lelaki sahaja, manakala golongan pendengar pula pada umumnya terdiri dari golongan lelaki dan perempuan dan kebanyakannya adalah orang-orang tua. Pada awalnya pengajian dengan cara manadah ini tidak dibuka kepada golongan perempuan. Namun atas desakan orang ramai, kini pengajian cara ini dibuka kepada golongan perempuan. Sebagai contohnya di pondok Terusan Pasir Tumbuh Kelantan telah membuka kepada golongan perempuan untuk turut belajar sama.

Kaedah pembelajaran dengan cara “menadah kitab” iaitu setiap pelajar di kehendaki menyediakan kitab masing-masing. Bagi mereka yang tidak mampu untuk membeli kitab, mereka mengambil inisiatif dengan menyalin kitab tersebut. Guru akan mengajar dari kulit ke kulit dan setiap persoalan yang timbul akan di terangkan denga terperinci. Kaedah ini biasanya akan mengambil masa selama 10 tahun untuk menghabiskan semua sukatan.

Segala pengajaran dijalankan di masjid, rumah Tok Guru dan di rumah pembantu kerana mereka tidak mempunyai bilik darjah. Pengajian di mulakan selepas subuh sehingga pukul 10 malam ( termasuk waktu rehat). Pengajian tidak di adakan pada hari Jumaat, dan pada kebiasaannya pelajar yang tinggal berhampiran akan pulang ke kampung masing-masing. Bagi yang tinggal jauh mereka akan menetap di pondok dengan menjalankan kegiatan sampingan seperti mengulangkaji pelajan dan ada juga yang menghafal Al-Quran. Meraka akan pulang ke kampung mereka pada bulan Ramadhan kerana pada bulan ini pondok akan cuti.

Setiap kesalahan Ketidak hadiran serta kelewatan hendaklah dijelaskan guru secara lisan atau secara bertulis dengan memberi alasan yang munasabah. Satu tindakan akan di ambil sekiranya mereka tidak dapat memberi alasan yang munasabah dan mereka juga boleh di singkirkan.


b. Sistem Pendidikan Persekolahan

Sistem pendidikan Islam secara formal telah wujud semenjak abad ke 18 lagi. Di semenanjung Malaysia sistem pendidikan Islam secara formal telah wujud di Teluk Anson, Perak apabila terbinanya sebuah Madrasah di situ pada tahun 1906. selain itu terdapat juga di Pulau Pinang pada tahun 1907 dan diikuti di Kuala Terengganu, Muar dan Singapura pada tahun 1908. selepas itu sistem ini telah berkembang ke seluruh semenanjung Malaysia.

Di Kelantan sekolah agama yang mula-mula dibina ialah di lorong Tok Semian Kota Bharu pada tahun 1910 masihi. selepas itu ia telah berkembang dengan pesat keseluruh jajahan. Sekolah agama di negeri ini terbahagi kepada dua kategori iaitu sekolah dibawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Sekolah Agama Rakyat. Sekolah agama Majlis yang pertama ialah Madrasah Muhammadiah yang terletak di Kota Bharu yang di bina pada tahun 1917. pada awal pembinaannya sekolah ini mempunyai 310 orang pelajar dengan nisbah bagi seorang guru ialah 50 orang murid. Matapelajaran yang diajar bukan sahaja subjek agama, tetapi juga subjek menulis karangan dan matematik. Matlamat utama penubuhan sekolah ini adalah untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mampu kedalam sistem pentadbiran negeri.

Pada tahun 1918 MAJLIS telah membuka dua buah sekolah lagi iaitu sebuah di Pasir Mas dan sebuah lagi di Pasir Puteh. Pada masa ini bentuk pengajian dijalankan didalam bahasa melayu. Buku-buku teks yang telah diterjemahkan menjadi bahan rujukan utama sistem pengajian ini. Setelah menunggu sehingga tahun 1937 akhirnya sekolah aliran arab yang pertama telah dibuka iaitu pada akhir tahun 1937 masihi. Sekolah tersebut di kenali sebagai Al-Madrasah Al-Muhammadiah Al-Arabiah yang di terajui oleh tiga orang guru . manakala pada tahun 1938 sebuah lagi sekolah yang merupakan cawangan sekolah Muhammadiah Al-Arabiah dibuka di Pasir Puteh.

Mata pelajaran yang diajar ialah matapelajaran arab seperti Tauhid, Fiqh, Hadith, Nahu Soraf, Balaghah, Ma’ani, Bayan, Badi’, Mantiq, Faraid, Sejarah Islam, Mustalah Hadith dan lain-lain.

Perkembangan pesat telah berlaku apabila sekolah agama mendapat sambutan daripada rakyat. Ibu bapa lebih berminat mengahantar anak-anak mereka ke sekolah ini kerana dapat menjamin kehidupan anak-anak mereka dengan lebih sempurna kelak. Oleh kerana sambutan yang diterima amat menggalakkan, telah muncul banyak sekolah-sekolah agama dan boleh dikatakan setiap jajahan mempunyai sekolah agama samaada sekolah agama Majlis atau sekolah agama Rakyat.

Perkembangan sekolah agama Majlis adalah selari dengan perkembangan sekolah agama Rakyat. Atas inisiatif untuk memajukan sistem pendidikan agar selaras, pada tahun 1943, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan telah mengambil alih sekolah-sekolah agama rakyat dan di letakkan di bawah kelolaan Majlis. Antara sekolah-sekolah agama rakyat yang diambil ialah Madrasah Al-Islah di Kota Bharu, Madrasah Al-Balagh Al-Mubin di Pasir Puteh, Madrasah Ad-Diniah di Gual Periok, Madrasah Yaakubiah Nipah, di Bachok, Madrasah Al-Arabiah di Pangkalan Chengal, Madrasah Sa’adatul Qura di Kemubu dan Madrasah Diniah di Pasir Pekan.





SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE NUSANTARA

Sehingga tahun 1883, pendapat umum menyatakan bahawa Islam telah di sebarkan ke Kawasan Asia Tenggara ini adalah dari tanah arab. Akan tetapi selepas itu, timbul satu teori yang di kemukakan oleh Snouk C. Hurgronje yang mengatakan bahawa Islam yang disebarkan di kawasan ini sebenarnya di datangkan dari India. Pendapat Hurgronje ini kemudiannya menjadi popular sehingga sebahagian besar daripada Orientalis yang mengkaji sejarah awal Asia Tenggara, bersetuju dengan pendapat ini. Di antara mereka ialah D.G.E Hall, J.Gonda, Marisson, R.Q.Winstedt, Bousquet, Vlekke, Mouquette dan B. Harrison.

Ahli sejarah barat dan Orientalis telah banyak menulis tentang kedatangan Islam ke Nusantara yang mana keseluruhannya menyatakan bahawa Islam datang dan berkembang di Nusantara semenjak abad ke 13 Masihi lagi. Malah pengkaji-pengkaji sejarah

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 27-09-04 17:37


mujaddid? ke 21?????

tak mungkin...

jika mereka berada di atas jalan yg benar... rasanya tak perlu berlakon taubat...

imam imam terdahulu bergadai nyawa mempertahankan pegangan mereka.


Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-09-04 17:51


sorrylah panjang sangat artikel tu ana tak cut pun terus ambil!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 18:01


Hmmmm...... tima kasih al haq. Mereka boleh berlindung apa saja hatta mereka bertaqiyah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

MeowHidayah
WARGA SETIA
Menyertai: 30.07.2003
Ahli No: 2702
Posting: 1171
Dari: Di bawah kerajaan langit

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 18:28


Hmmm..

'Aqeedah kalau dah terkantoi, amalan yg lain walau baik sekalipun, ibarat kayu2 kering yg dimamah dek api... sia-sia...

-----------------
Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...



Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowHidayahProfil   Hantar PM kepada MeowHidayah   Pergi ke MeowHidayah's Website   Quote dan BalasQuote

shafawi78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 282
Posting: 285
Dari: Bukit Mertajam

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 27-09-04 20:05




Umat Islam terus diselubungi khurafat, bidaah, taksub, melampau dan berbagai bagai lagi senario yang cuba menggoyahkan aqidah yang suci yang dibawa Rasulallah SAW.

Musuh musuh Islam tak jemu jemu untuk memesongkan keyakinan aqidah umat Islam.

Jika yang jelas bertentangan mudah kita kenali dan hindari. Tetapi yang berselindung, yang bermuka-muka, yang bertopengkan Islam ini yang susah utk kita bezakan. Oleh itu, marilah kita kembali kepada Islam yang sejati berpaksikan Al-Quran & As-Sunnah...moga kita tidak tersungkur di neraka Allah.

-----------------
D-Max 4x4 serba baru !

Bookmark and Share

    


  Member Information For shafawi78Profil   Hantar PM kepada shafawi78   Pergi ke shafawi78's Website   Quote dan BalasQuote

kanz_alhikmah
Warga Rasmi
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11393
Posting: 13
Dari: kuala kangsar

Perak  


posticon Posting pada: 28-09-04 11:50



masalah rufaqa' tu kita kene tengok amalannya, sebab kata nabi...manusia tu bermusuh atas sebab perkara yang tidak arif......

saya melihat pandangan umat islam di malaysia dalam kes ni tentang rufaqa' atau arqam dengan amalannya aurad muhamadiyah tu tidak releven dan meneduh kafir pada amalan berkenaan....

walaupun saya bukan anggota arqam ataupun rufaqa', saya solutlah pengurusan yang mereka buat begitu teratur dan terencana....

mana ada lagi makanan yang dibuat oleh syarikat orang islam yang kita sohih betulke halal sekarang ni... yang ada cuma kedai cina, india dan sebagainya yang diambil dari pengedar yang diragui latarbelaknganya


Bookmark and Share

    


  Member Information For kanz_alhikmahProfil   Hantar PM kepada kanz_alhikmah   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 12:01


Bukan amalan amalan tapi akidah. Kita boleh berkompromi tentang uslub atau wasilah tetapi bukan dari akidah.



Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 28-09-04 14:44


betul tu sekarang ni kita berbicara pasal aqidah bukan saja amalan!!kalau aqidah rosak maka punahlah juga amalnnya walau sebanyak mana sekalipun!!faham..dalam islam amalan kita memang berbeza2 mengikut mazhab..itulah yg dipanggil khilafiah dikalangan ulama yg membawa satu rahmat kpd manusia dan bab2 furu' dalam agama akan tetap berlaku dan tiada kesudahannya kerana perubahan semasa tapi aqidah kita tetap satu ..itulah yg lebih penting.umat islam bersatu kerana aqidah yg sama dan bukannya kerana amalan mereka.saudara kanz mesti faham benda ni....

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 15:18



Al-Mansur, serpihan Arqam, walaupun sudah dibanned oleh kerajaan, nampaknya diaorg masih bergerak, kelihatan budak-budak sekolah peringkat 9-12 tahun sedang menjual kalendar di hadapan shopping complex (al-mansur la ni). Kesian budak-budak ni, kalau kena culik mcm mana la.....

Rufaqa berjaya mempengaruhi beberapa pelajar di politeknik seberang perai dan shah alam melalui tarikan nasyid.......di seberang perai, rufaqa bertapak di bandar perda. Di UIA dalam tahun 2000, sudah ada mereka ni, dan mereka berjaya menganjurkan program teater muzikal islam dengan bantuan pelajar-pelajar yang berfikrah arqam ni.

Menunggu kedatangan penyelamat untuk menyelamatkan bangsa manusia......mujaddid kurun ke-21.............inilah pegangan mereka.

Wallahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 28-09-04 17:10


sesetengah pengikut mereka mendakwa meraka akan memelepori kebangkitan islam ke 2

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

al_farisi
WARGA SETIA
Menyertai: 18.01.2004
Ahli No: 6556
Posting: 608
Dari: Tiada kepada ada & ada kepada tiada

iran   avatar


posticon Posting pada: 28-09-04 17:56


pENYELAMAT UMAT AKHIR ZAMAN IALAH MUHAMMAD AL MAHDI. BUKANNYA SEORANG YAGNG BERKETURUNAN JAWA.IANYA BERKURUNAN NABI MUHAMMAD SAW

Bookmark and Share

    


  Member Information For al_farisiProfil   Hantar PM kepada al_farisi   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 28-09-04 18:35


Organisasi Al-Mansur dilarang pemerintah Malaysia karena dianggap bertentangan dengan akidah dan menyeleweng dari ajaran Islam. Murni agama atau ketakutan politik?

Hidayatullah.com--Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia membuat keputusan baru mengharamkan ajaran yang dipimpin Azhar Wahab, pengasas Al-Mansur Holdings yang dianggap bertentangan dengan akidah Ahli Sunah Wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.

Melalui Jakim --(Badan Pengembangan Agama Islam--mirip MUI)-- organisai yang berpusat di Kedah, Malaysia dan mempunyai pengikut dari berbagai lapisan di seluruh negara itu, terutama di Lembah Klang dianggap meneruskan amalan ajaran Al-Arqam. Termasuk mengamalkan Aurad Muhammadiyah.

"Jakim Malaysia selaku pengurus telah mendapat hasil kajian terperinci berkaitan kelompok Azhar Wahab kepada Majelis Fatwa Kebangsaan.

"Majelis berkenaan seterusnya memutuskan bahwa ajaran yang dibawa oleh Azhar Wahab adalah bertentangan dengan ajaran Islam,'' katanya pada jumpa pers siang kemarin seperti dikutip Utusan Melayu (UM).

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusif pada 28 Juli lalu melaporkan Majelis Fatwa Kebangsaan Malaysia dikabarkan akan mengambil keputusan penting mengharamkan sebuah lembaga berbentuk perusahaan dagang dan rumah sakit karena diyakini ikut mengamalkan ajaran sesat.

Keputusan itu diambil setelah mendapati lembaga itu dianggap menyimpang dari segi akidah, syariat dan akhlak.

Pemerintah mendakwa ketuanya adalah wali Allah dan boleh bertawassul.

Seperti diungkapkan pihak pemerintah Malaysia, Al-Mansyur dianggap melenceng dari akidah setelah didapati melakukan amalan bertawassul, yakni berdoa sebelum melakukan dengan menyebut "Ya Allah, dengan barakah dan karamah Tuan Azhar sembuhkan penyakit fulan si fulan."

"Perkataan ini dianggap menyalahi ajaran Islam,'' tulis UM. Menurut pihak berkuasa, Azhar juga didakwa mengaku dapat mengetahui pergerakan orang lain yang mengintip setiap aktivitasnya.

Politik Mahathir

Darul Arqam yang dibawah Ust. Abuya Ashaari Muhammad dan berkembang ke Malaysia pada 1968 sempat membikin heboh di pemerintahan Mahathir Muhammad karena ada bagian ajarannya yang dianggap pemerintah Malaysia menyimpang dari agama Islam.

Sembilan tahun lalu, pada tahun 1994, pemerintahan Mahathir Muhammad membuat keputusan dengan mengharamkan lembaga Al-Arqam yang dipimpin oleh Ust. Ashaari Mohammad karena dianggap mengamalkan ajaran sesat Aurad Muhammadiyah. Meski tidak jelas hingga kini, bagaian apa saja yang dianggap menyesatkan, toh organisasi Islam yang pernah berjaya dengan berbagai usaha syariahnya itu tetap dilarang dan dibekukan pemerintah.

Di tahun yang sama, empat Menteri Agama dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam mengadakan sidang di Langkawi, Malaysia untuk mencari kesepakatan tentang ajaran itu. Dalam sidang tersebut keempat Menteri Agama telah sepakat melarang Ashaari Muhammad tinggal di keempat negara itu.

Meski secara sepintas amalan serupa hampir terjadi layaknya amalan di sejumlah aliran Islam seperti Shi'ah di Iran dan Nahdhatul Ulama (NU), beberapa amalan ajaran tariqat di di Indonesia, toh MUI pada tanaggal 13 Agustus 1994 ikut memfatwakan larangan.

Darul Arqam, adalah lembaga dakwah yang berpusat di Sungai Penchala, Malaysia. Selain dikenal progresif, lembaga dakwah ini banyak mengembangkan usaha berbagai sektor dengan menggunakan konsep syariah.

Diantaranya adalah ratusan bisnis bidang media massa; meliputi TV Islam, radio, majalah, buku dan koran. Juga sektor riil meliputi pendirian pabrik makanan, minuman, pendidikan, perbankan syari'ah hingga pengembangan seni nasyid yang belakangan sampai ke Indonesia.

Menurut berbagai pengamat, gerakan dakwah Islam yang konon di tahun 1994 (sebelum dibekukan Mahathir) telah mempunyai sekitar 10 ribu jamaah dan ratusan ribu simpatisan ini dikawatirkan akan menggeser popularitas Perdana Menteri Mahathir Muhammad menjadi orang nomor satu di Malaysia.

Arqam yang dipimpin Abuya Syeikh Ashaari Muhammad At Tamimi, dalam jangka waktu 25 tahun, ketika itu telah memiliki 24 cawangan (cabang) di luar Malaysia, termasuk di Indonesia.

Seorang sosiolog asal Universitas Singapura, Prof Dr Syed Husen Alatas, dalam bukunya "Talqin untuk UMNO", meramal Ustaz Ashaari akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Dr Mahathir. Ramalan politik (tahun 1992) menggambarkan Ashaari hanya setapak berada di belakang Dr Mahathir.

Karena sulit menjeratnya dengan ISA (Internal Security Act, Undang-undang Keamanan Dalam Negeri), tahun 1994, Mahathir menjeratnya dengan pasal jenayah dengan tuduhan menyebarkan ajaran Aurad Muhammadiyah. (cha, berbagai sumber)

http://www.hidayatullah.com/modules.php?name=News&file=print&sid=683

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

aeman_farisi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.08.2004
Ahli No: 10644
Posting: 73
Dari: PJ

iraq   avatar


posticon Posting pada: 29-09-04 09:58


ana ada dengar banyak kaset2 dr rufaqa media..
setahu ana tak ada apa2 yang pelik..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aeman_farisiProfil   Hantar PM kepada aeman_farisi   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-04 11:32


Wassalamu'alaikum wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulllah umi dapat berita dari luar negara bahawa kumpulan ni kalau bersyukur akan sebut - berkat abuya - lebih banyak sebutan tu dan bukannya sebut alhamdulillah. kenapa macam tu?

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

mujahadatunnafsi
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2003
Ahli No: 5068
Posting: 745
Dari: Kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-04 13:01


Quote:
ana ada dengar banyak kaset2 dr rufaqa media..
setahu ana tak ada apa2 yang pelik



Ana pun ada syeikh, kaset nasyid rufaqa, cd, vcd, dan beberapa akhbar keluaran rufaqa. Zahirnya memang indah akhlak dan penyampaian dakwah mereka, yang kita ragui ialah pegangan mereka, amalan mereka.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadatunnafsiProfil   Hantar PM kepada mujahadatunnafsi   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 29-09-04 17:16


untuk pengetahuan ummi,mereka sekarang ada terbitkan sebuah buku tentang kisah di borio hari tu...nak tahu dalam tulisan mereka,mereka katakan kejayaaan mereka adalah hasil barakah dan doa guru mereka...iautu abuya..rasa tak layak nak sebut abuya sekadar asaari sudah lah kan..dan banyak benda pelik tentang mereka termuat dalam buku ini...silalh baca kalau nak tahu dengan lebih teliti....sekadar keset2 mereka tak ada masalahnya tapi aqidah mereka yg kita bincangkan sekarang!!!

wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 04-10-04 10:56


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah terima kasih atas information itu. Semasa umi di uitm dulu kala umi pernah ke sungai pencala sekali saja (4 jam lebih kurang) tapi umi tidak mampu untuk terus di sana bukan kerana apa tapi something is wrong somewhere cuma tak dapat jawapan ketika itu. Tapi umi memang tidak berkenan style dia orang yang membuat seorang anak sama ada lelaki atau perempuan meninggalkan pengajian di pusat pengajian tinggi (some of them best students) dan juga keluarga. Mereka membuatkan mereka jadi anak derhaka secara tidak langsung dan juga jumud bila tinggalkan study begitu saja. Umi rasa sedih sangat bila mengenangkan yang ini kerana bukan saja merugikan diri sendiri, keluarga tetapi juga memberi tanggapan negatif tentang Islam. Dan poligami ala arqam yang tidak terkawal ketika itu menyebabkan ramai yang tertekan walau cuba bersabar. Sebab itu arqam diharamkan. Kini muncul pula rufaqaa dan almansur jadi anak-anak teruskanlah pantau mereka agar tidak pisang berbuah dua kali dan akan memburukkan lagi keadaan Islam yang kini memang terlalu dagang. Ya Allah kami memohon petunjuk dan hidayah hanyasanya dari Mu ya Allah! Ameen Ya Rabbal Alameen. Lindungi kami dari fitnah hebat ini....

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

SUEFI
Warga Rasmi
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11220
Posting: 15
Dari: IIUM

Kelantan  


posticon Posting pada: 05-10-04 23:10



nampaknya anta yang dirasuk nafsu amarah,al aqsa
ana setuju dengan apa yang saudara kang kata
ana rasa anata pengikut arqam yang sejati,sbb 2 anta menafikan sekeras2nya sedangkan perkara yang kang sebut 2 benar2 berlaku
dari ayat anta jelas menunjukkan anta menyanjungi abuya
tak cukup ke dengan penipua dia selama ini hingga anta masih menyanjungi dia sebegitu rupa??????????

-----------------
LIFE WITHOUT JIHAD IS NOT A LIFE BUT A DEATH

Bookmark and Share

    


  Member Information For SUEFIProfil   Hantar PM kepada SUEFI   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-04 21:15


Wassalamu'alaikum wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah kita lihat betapa Baginda saw didik para sahabat dengan didikan wahyu - Muaz tidak tinggalkan ibunya yang masih belum Islam malahan ibunya ajaknya kembali ke agama asal namun lembut Muaz melayaninya. Begitu juga dengan adik perempuan Umar al Khattab dan suaminya yang tidak pernah menunjukkan sikap menentang kepada Umar sehinggalah umar melempang adiknya kerana mengaji al-Quran dan akhirnya beliau menyerah pada Islam. Anak Rasulullah saw sendiri berpisah dengan suaminya dan hijrah ke Madinah tapi setia menanti ketibaan suaminya yang akhirnya memeluk Islam.

Islam itu adalah agama fitrah - tidak melawan sunnah. Maka tidak kira apa saja kumpulan yang tidak bertindak menurut sunnah maka ia akan dianggap menyeleweng. Dan ini tidak perlu pada pendaftaran di dunia tetapi yang penting ialah pendaftaran ukhrawi di mana adakah apa yang kita buat di dunia ini betul atau sebaliknya?

Kalau di dunia sudah jelas akan penyelewengannya maka bagaimana kelak di akhirat?

Tidakkah kita bertanggungjawab atas apa yang kita buat? Mengapa mesti salahkan orang lain kerana kita dibekalkan sekeping hati dan otak untuk digunakan dengan sebaik-baiknya iaitu berubudiyah pada Allah SWT.

Umi sebagai seorang ibu merasa sedih bila melihat ramai remaja hari ini tidak terurus walau ada ibu bapa masing-masing. Demi sibuk dengan pertubuhan atau mencari wang maka pendidikan anak-anak terabai dan kasih sayang ketandusan. Umi hanya mampu berdoa agar yang ingin pada Islam mohon agar ditunjukkan jalan yang benar dan bukan jalan kesesatan. Begitu juga yang gemar pada hiburan pula agar berhati-hati usah terlajak dengan khayalan sehingga bila tiba waktunya akan menyesal tidak berkesudahan.

Jadi wahai anakanda berdakwahlah tapi usah berdakwah membawa kepada kumpulan tertentu tetapi bawa mereka kepada mengenal Allah SWT bukan kepada abuya semata-mata ya .... sekedar nasihat menasihati berdasarkan suratul asr.

Sememangnya wajah orang yang abid (rajin beribadah) berseri kerana simbahan wudhu' namun ada seorang abid yang sudah beribadah selama 500 tahun tertipu dan mati dalam keadaan syirik. Wal iya zubillahi min zalik. Rasanya anakanda semua tahu kisah inikan.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 07-10-04 11:51


terima kasih ummimq..memang benar apa yg benar..pastinya akan luputlah kebatilah bila datangnya kebenran...surah al-israq..

sekarang yg menjadi masalahnya mereka2 ni cuba pula merasuk dan mencari remaja2 yg baru saja nak mengenal islam ni..especially budak2 u..and sekolah..untuk pengetahuan kat uia mereka telah menyebarkan ajaran mereka semenjak tahun 2000 lagi..so sekarang ni adalah yg nak jadi ustaz dan yg dah jadi ustaz dah pun ,menjadi pengikut mereka..!!!ni yg tak sedap hati ni......

so kepada muslim dan muslimat berhati2lah dalam mencari ilmu ini adakalanya ilmu itu nampak cantik dihadapan mata dan disisi manusia padahal amat jelek di sisi Allah swt........

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 17:22


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah umi cadangkan agar anakanda yang prihatin akan masalah ini buat tugasan dikalangan mereka yang bertanggungjawab juga. Selain menangani masalah maksiat lain seperti hiburan terlampau dan juga pergaulan terlampau maka fahaman yang boleh melibatkan aqidah terlampau ini juga perlu ditangani secara hikmah.

Umi sarankan agar ada satu kumpulan bertindak diketuai oleh pensyarah atau ustaz-ustaz uia yang faham akan masalah ini. Kena usahakan pembersihan dari aspek tarbiyah, tasfiyah dan juga tazkiyah sebelum mereka keluar. Buatlah dengan kesungguhan kerana ini merupakan jihad juga dan insyaAllah langkah awal ke arah mengembalikan Islam yang dalam keadaan dagang ini walau terus dalam keadaan dagang tidaklah dagang di kalangan Islam yang mengikuti ajaran Al Quran dan Sunnah sebenar.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 22:23


Yaqazah: Apa akan jadi jika kita menerima....
Oleh: zain y.s

Apa akan jadi jika perkara2 agama ini ditelan bulat-bulat tanpa sanad? Apa akan berlaku pada agama kita jika dakwaan ust asaari dan yg seumpamanya diterima? Dan apa akan berlaku pada ajaran Islam seandainya yaqazah menjadi salah satu sumber ambilan syariat di samping sumber2 lainnya?

Selama ini syariat Islam, samada aqidah, feqh dan akhlak tidak pernah berpegang kepada sumber yaqazah. Imam-imam mujtahid yang empat dan lain imam-imam mujtahid mengasaskan mazhab masing-masing bersandarkan keilmuan dan ijtihad mereka. Bukan atas asas yaqazah sedikitpun.

Sumber syariat Islam adalah apa yang termaktub di dalam al-Quran dan apa lahir dari Rasulullah s.a.w., samada perkataan, perbuatan dan pengakuannya. Islam itu telah sempurna. Syariat Islam juga begitu. Tak perlu ditokok tambah. Proses penurunan wahyu yg satu-satunya sumber syariat samada yang langsung dari Allah (al-Quran) atau melalui Rasulullah s.a.w. (Hadis) telahpun selesai. Dari itu Islam tidak memerlukan sesuatu yang baru sbg penambahan syariat. Juga Islam tidak memerlukan agar wahyu itu diturunkan semula.

Jika memang benar wujud yaqazah, maka siapakah yang paling layak beryaqazah dengan Rasulullah s.a.w.? Apakah ust asaari? Apakah wali-wali? Sudah tentu tidak.. Yang paling layak ialah para sahabat Rasulullah s.a.w. itu sendiri. Saidina Abu Bakarlah yang paling layak. Umar. Osman. Ali. Dll. Begitu juga dengan imam-imam besar lainnya spt al-Syafii, Hanafi, Maliki, Hanbali, al-Bukhari dan Muslim. Mereka inilah antara manusia2 yang paling mencintai Rasulullah s.a.w. Jadi merekalah yang paling layak bertemu Rasulullah s.a.w. secara jaga.

Saya tertarik dengan satu tulisan oleh Prof KH Ali Mustafa Yaqub, iaitu salah seorang murid syeikh Mustafa A'zhami, mengenai pergerakan al-Arqam. Tentang dakwaan wujudnya yaqazah, katanya, tentang isikandungan aurad muhamadiyah barangkali boleh dipertimbangkan benar salahnya. Namun, dakwaan bahawa ia diperolehi secara langsung dari Rasulullah s.a.w. sudah pasti tidak dapat kita nyatakan sebagai benar.

Katanya lagi, Nabi saw wafat pada abad 1 hijirah. Ini disepakati oleh seluruh kaum muslimin. Dan baginda saw tidak mungkin akan hidup di dunia lagi. Manakala syeikh Suhaimi pula mati pada pada abad ke14 hijrah.

Jadi, katanya lagi, menurut disiplin ilmu hadis, apa yang diberikan oleh rasulullah saw kepada syeikh suhaimi, apabila ia bukan al-quran maka sudah tentu ia adalah hadis. Jika begitu keadaannya, maka para ulama hadis akan menyebut hadis dalam bentuk ini adalah hadis palsu/maudu', kerana jarak wafat antara dia dan nabi saw sangat jauh yg mustahil utk mereka bertemu. Kerana itu, ulama hadis akan menggelar syeikh suhaimi sebagai al-Kazzab/pendusta atas nabi saw.

Jika syeikh suhaimi mendakwa beliau bertemu Nabi saw, maka hal ini dapat diterima. Namu perlu diingat, Nabi saw tidak akan memberinya ajaran atau amalan. Kerana ajaran Islam sudah selesai pembentukannya dengan wafatnya Nabi saw.

Mengenai hujah al-Imam as-Sayuti rhm, katanya, untuk menguatkan pendapat seorang yg hampir dengan Allah dapat bertemu Nabi saw dalam keadaan jaga, mereka menyebut-nyebut sebuah buku karangan Imam al-Sayuti yang membenarkan hal itu. Pendapat ini dapat ditolak dengan dua perkara:
1. Buku yang mereka sebut sebagai karya al-Sayuti itu perlu diteliti kembali keasliannya. Apakah ia benar-benar tulisan al-Sayuti ataupun bukan? Sebab reputasi ilmiah serta kredibiliti al-sayuti yang begitu tinggi, khususnya di kalangan mazhab syafi'i, telah disalahgunakan oleh sebahagian orang dengan menulis buku dan mengatasnamakannya kepada al-sayuti, padahal beliau tidak pernah melakukan hal itu. Tambahan pula dalam kitab2 al-sayuti yang lain, yang diyakini keasliannya sebagai tulisan beliau, misalnya kitab tadrib al-rawi, beliau ketika menjelaskan kesinambungan sanad sebagai salah satu syarat keaslian hadis, tidak pula beliau memberi penjelasan seperti apa yg dijelaskan oleh al-arqam.

2. Apabila dakwaan bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dalam keadaan jaga itu dibenarkan, maka suatu saat akan ada lagi orang yang mengaku bertemu dengan nabi saw dalam keadaan jaga, dan Nabi saw memberinya wirid-wirid tertentu agar diamalkan dan disebarkan kepada orang lain. kalau ini terjadi, maka akan kacaulah agama Islam. Bila-bila ada sahaja orang yang mengaku demikian.
(Ruj. Islam Masa Kini, hal. 104-105)

------------------
Benarlah apa yang telah dinyatakan oleh Ibnu al-Mubarak, bahawa sanad itu sebahagian dari keistimewaan umat ini. Tanpa sanad, orang boleh sahaja mengatakan itu dan ini.

Memang, tanpa sanad, orang boleh mendakwa itu dan ini. Yang tidak ada dikatakan ada. Yang ada dikatakan tiada. Khayalan dikatakan kenyataan. Dan seterusnya.

Seperkara lagi, sebahagian golongan terpaksa mempertahankan secara bermati-matian tentang yaqazah ini, kerana asas ajaran kumpulan mereka adalah yaqazah. Jika satu-satu golongan itu diasaskan atas asas yaqazah, bermakna menafikan yaqazah akan meruntuhkan sendi-sendi golongan itu.

Akhirnya, umat Islam tidak memerlukan yaqazah. Juga tidak memerlukan persidangan wali-wali. Umat Islam perlukan sumber syariat yang sahih.. Al-Quran, al-Sunnah, al-Ijma' dan Qiyas.

Semoga bermanfaat...




-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

alea13
WARGA SETIA
Menyertai: 05.01.2004
Ahli No: 6228
Posting: 1483
Dari: melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 07-10-04 23:37




jazakallah ummimq atas kiriman artikel tu.. saya mmg suka baca tulisan ustaz zain y.s. ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alea13Profil   Hantar PM kepada alea13   Pergi ke alea13's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-04 09:52


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah apa khabar ya abu nawas . Sesungguhnya sebagai seorang intelek seperti anakanda sepatutnya berlapang dada di dalam bab ini. Sekiranya bonda bertanggung jawab atas setiap apa yang bonda letak di sini maka anakanda kena bertanggung jawab atas segala tuduhan anakanda itu ya.

Anakanda faham ke apa itu aliran salaf? Aliran salaf adalah mengamalkan sesuatu ibadah berdasarkan sunnah tiga ratus tahun selepas Baginda saw wafat. (Semua hadith soheh adalah sunnah tetapi tak semua sunnah itu hadith).

Kemudian bila Muhammad bin Abdul Wahab mulakan gerakan pembersihan akidah di Saudi maka aliran salaf yang dibawanya ini dipanggil wahabi. Dan wahabi yang anakanda dan ramai lagi silap faham adalah mereka yang lebih pada politik dan kekerasan dalam bertindak. Maka semua wahabi adalah salaf tetapi tidak semua salaf itu wahabi.

Anakanda faham ke setakat ini? Dan apakah salahnya untuk kembali kepada aliran salaf? Aliran ini juga dikenali sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sedangkan itu adalah lebih dekat kepada Rasulullah saw demi menjunjung hakikat kalimah syahadah yang kedua - wa ash hadu anna muhammadur Rasulullah - bahawasanya aku naik saksi bahawa muhammad itu pesuruh Allah.

Bonda tidak akan teruskan berpolimik tentang bab ini kerana yang jelas hati anakanda sememangnya telah menghijab dari untuk memahami apa yang bonda cuba sampaikan selama ini. Bonda sekedar mampu doakan agar anakanda diberi petunjuk dan hidayahNya dan nampak apa yang cuba bonda jelaskan.

Bonda kenalkan al-ahkam.net kerana ia satu-satunya forum siber yang menitik beratkan soal jawab Islam (Bahasa Malaysia dan dikendalikan oleh mereka yang memang dari bidang agama dan juga mereka yang mulanya intelek dan kemudian terjun ke bidang agama) serta mudah untuk difahami berasaskan nas dan dalil yang jelas dan terang. Bonda ingin mengajak anak-anak memahami, mengamalkan Islam dengan betul dan beretika. Bonda sedar diri bahawa bonda tidak mampu untuk mendidik kesemuanya. Bonda mamapu sekedar memberi motivasi ke arah memahami Islam seadanya bagi yang ikhlas menerima bonda sebagai tempat mereka mengadu dan bonda pula menumpang kasih sebentar cuma.

Bonda ingin membawa anak-anak mengenal Allah SWT agar anak-anak sejahtera hidup di dunia dan akhirat.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


Author wrote:
> Bagi saya al-ahkam adalah fahaman wahabi. Termasuk fahaman kaum muda kat Perlis. Tiada kena mengena bab Ahlul Sunnah. Kitab Fekah mereka bulat2 dicedok dari ilmu Ibnu Tamiyah. Macam mana Ummi boleh menerima pendapat mereka? Wallahualam
> [email protected] wrote:al-ahkam.net bukanlah sebuah organisasi, gerakan atau sebagainya. al-ahkam.net adalah sebuah portal Islam. Sebuah forum diskusi ilmiah, di mana pada awal penubuhannya hanya menumpukan semata-mata dalam bidang feqh dan usulnya sahaja. Namun ia terus berkembang dari tahun ke tahun ke bidang-bidang lain yg bukan feqh dan usulnya. Ini panjang perinciannya..



-----------------


Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

al-aqsa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.07.2004
Ahli No: 10270
Posting: 125
Dari: Bumi Al-Quds

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-10-04 11:33


..........

Diam ana bukan kerana mengalah pada pendapat sempit antum semua,tetapi diam ana kerana ana begitu muak dengan anggapan yang terlalu hipokrit dari antum pada Abuya dan jemaah Rufaqa'.Antum seolah2 mengangap Abuya dan Jemaah Rufaqa' seperti penjenayah!!!!.....Terlalu jengkal parasaan antum pada seorang Guru yang telah banyak mengajar kami tentang keindahan islam yang sebenar,mengajarkan kami cara hidup islam yang bersih,terhindar dari segala perasasan benci dan hasad dengki!!

Sesungguhnya antumlah orang2 yang telah dubutakan hati dan dipekakkan telinga kerana tidak tahu membezakan yang maner permata dan yang mana kaca!!!.....Ana sebagai generasi muda dan mempunyai Tarbiyyah yang cukup dari seorang ayah dan Guru percaya yang suatu hari yang telah dijanjikan akan terbukti bahawa Abuya yang akan membawa islam kepuncak yang tertinggi!.....Pengorbanan yang telah Abuya lakukan terlalu banyak utk kita ketahui,tetapi disebabkan kejahilan dan kenagkuhan antumlah maka segala kebaikan yang telah Abuya buat seolah2 tak ada!!!...Nafsu amarah Mazmummah nie yang telah merasuk minda Antum tentang segala kebaikan jemaah Rufaqa'.....Tidak pernah kami semua merasa susah dibawah naungan Abuya,malah kami berasa mat tenang setenang2nya!!

Fitnah yang melampu telah dibuat oleh antum semua adalah satu lagi pembohongan yang amat jelas dan nyata pada Jemaah kami!....antum semua tidak berpijak dibumi yang nyata dan jelas antum semua masih lagi diulik oleh mimpi!!.......telah nyata betapa Abuya ialah seorang yang terbaik dari kalangan kita!!....bertaubatlah sebelum antum semua terlambat!!!.pandanglah dengan mata hati...jangan pandang dengan mata yang sentiasa menipu!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For al-aqsaProfil   Hantar PM kepada al-aqsa   Quote dan BalasQuote

Martyr
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 31.10.2003
Ahli No: 4810
Posting: 1099
Dari: Hujung Sana

yemen  


posticon Posting pada: 08-10-04 12:35


Quote:

On 2004-10-08 11:33, al-aqsa wrote:
..........

Diam ana bukan kerana mengalah pada pendapat sempit antum semua,tetapi diam ana kerana ana begitu muak dengan anggapan yang terlalu hipokrit dari antum pada Abuya dan jemaah Rufaqa'.Antum seolah2 mengangap Abuya dan Jemaah Rufaqa' seperti penjenayah!!!!.....Terlalu jengkal parasaan antum pada seorang Guru yang telah banyak mengajar kami tentang keindahan islam yang sebenar,mengajarkan kami cara hidup islam yang bersih,terhindar dari segala perasasan benci dan hasad dengki!!

Sesungguhnya antumlah orang2 yang telah dubutakan hati dan dipekakkan telinga kerana tidak tahu membezakan yang maner permata dan yang mana kaca!!!.....Ana sebagai generasi muda dan mempunyai Tarbiyyah yang cukup dari seorang ayah dan Guru percaya yang suatu hari yang telah dijanjikan akan terbukti bahawa Abuya yang akan membawa islam kepuncak yang tertinggi!.....Pengorbanan yang telah Abuya lakukan terlalu banyak utk kita ketahui,tetapi disebabkan kejahilan dan kenagkuhan antumlah maka segala kebaikan yang telah Abuya buat seolah2 tak ada!!!...Nafsu amarah Mazmummah nie yang telah merasuk minda Antum tentang segala kebaikan jemaah Rufaqa'.....Tidak pernah kami semua merasa susah dibawah naungan Abuya,malah kami berasa mat tenang setenang2nya!!

Fitnah yang melampu telah dibuat oleh antum semua adalah satu lagi pembohongan yang amat jelas dan nyata pada Jemaah kami!....antum semua tidak berpijak dibumi yang nyata dan jelas antum semua masih lagi diulik oleh mimpi!!.......telah nyata betapa Abuya ialah seorang yang terbaik dari kalangan kita!!....bertaubatlah sebelum antum semua terlambat!!!.pandanglah dengan mata hati...jangan pandang dengan mata yang sentiasa menipu!!!!!



Memang seperti yang akan di jangkakan.....jika saudara berada di jalan yg benar datangkan kepada kami bukti. Kenapa harus berselindung di bawah nama jemaah atau abuya sendiri? Jika saudara mengkagumi nyer? Yang muak bukan saudara, tapi kami yang muak melihat telatah begini...bila di tanya diam atau saudara sememangnya bertaqlid buta!!!!

Kami tidak menilai akan keindahan mahupun kebersihan yang di bawanya atau pun kejayaannya dalam pembentukan Rufaqa itu sendiri. Tetapi adalah penting bagi kami untuk mengetahui dengan sendiri secara terus dari pegikutnya apa yang di selewengkan.

Tapi ternyata tiada jawapan yang munasabah mahupun hujjah berserta bukti dari al hadith & al quran yang kukuh dapat di buktikan. Yang ada hanya jawapan berdasarkan teori teori tukang karut.

Dan mungkin inilah yg di ajarkan olehnya supaya terus berdiam kerana takut tembelang akan pecah?

Wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For MartyrProfil   Hantar PM kepada Martyr   Pergi ke Martyr's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 08-10-04 21:23




saya hairan kenapa alaqsa berkata demikian..??anta kata anta diam bukan sebarang diam.anta kata anta bukan kalah dengan pendapat kami semua habis tu kenapa anta berdiam tanpa seribu bahasa!!sekurang2nya mana alquran dan hadith yg anta guna utk membuktikan diri dan jemaah anta itu benar...??pelik,kenapa anta katakan jemaah anta itu benar padahal kami telah memberikan perlbagai dalail dan hujjahnya dari al-QURAN DAN SUNNAH nabi saw!!
kalaulah anta katakan antum benar,mana hujjahnya..?tiada siapa akan percaya tanpa bukti dan hujjah!!
ana mencabar anta mengeluarkan hujjah dan bukti berpandukan petunjuknya jika anta ingin membuktikan bahawa antuym semua adalah benar....silakan..
ingat ini bukanlah kerana kesombongan dan keangkuhan ana tapi semata2 ingin mencari kebenaran dan menolak kebatilan..
ingatlah firman allh dalam surah al-aqsa..maksudnya.."apabila datang kebenaran maka akan lenyaplah kebatilkan.."

marilah kita sama2 bermuzakarah dan berbincang dalam hal ini dengan penuh hikmah..
janganlah kita terlalu memuja seseorang tanpa merujuki kepada nabi saw!!..walaupun sebaik mana pun seseorang itu nabi bukanah tandingannya!!
sekian........

silalah datangkan hujjah anta ya akhi alaqsa.....kami sedia menunggu tetapi adakah anta sedia membuktikannya..?

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

tulipsolehah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.07.2004
Ahli No: 10336
Posting: 223
Dari: Bumi Johore

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-10-04 15:31




kepada saudara kang...mungucap lah banyak2...renungkan lah semula aper yg telah nta perkatakan....nta..kalu nta tak reti nak terangkan aper yg nak diterangkan ...lebih diam dahaja..drpd berkata...takut2 terbatal iman dan syahadah....ana terkejut ngan kater2 nta yg langsung tak bermanfaat..tuh...nta..Allah tahu jemaah maner yg benar.....nta ..kalu diri sendiri bukan pengikut setia rufaqa'..tolonglah jangan meburukkan nama jemaah tersebut......ana takdapat nak berkater aper2..begitu mantap fitnah yg nta taburkan...ana tak sanggup nak membacanyer dan ana...Ya Allah ..nta sedarlah kembali..bertaubatlah banyak2....kalu benar nta ni merasakan diri hebat tentang kepalsuan jemaah ni..ana mitak nta solat istikharah..mitak petunjuk dari Allah...tanyalh si Dia " Adakah jemaah rufaqa' ni membawa ajaran yg benar.." INGAT jangan dibandingkan perjuangan Rasulullah...dengan perjuangan..kiter....malulah SKET!!!!!!!!!!!!!wslm..dari ana hamba yf dhaif...

Bookmark and Share

    


  Member Information For tulipsolehahProfil   Hantar PM kepada tulipsolehah   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 520
Posting: 552
Dari: KENMS, IIUG

usa  


posticon Posting pada: 21-12-04 18:03


hairan ya..penjenayah agama diagungkan melebihi rasulullah...sedang bila mendengar Rasulullah dicerca, kamu diam seribu bahasa...penjenayah agama (murtad), boleh dibunuh sekiranya tidak bertaubat dlm tempoh yg diberikan oleh qadhi (hakim muslim).

hidayah milik Allah, checklah al-Fatihah kamu...moga bacaannya tepat...kalau ada tersilap, baikilah bacaan, moga ALlah tunjukkan jalan yang benar...

mengaku dr bani tamim boleh dijadikan pemimpin? Allah selamatkan aqidahku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Pergi ke Maryam's Website   Quote dan BalasQuote

alhaq99
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.09.2004
Ahli No: 11058
Posting: 134
Dari: pj

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-12-04 11:44


kenapa nampaknya menyepi insan yg mentokong asaari tu.........anda kata nak berbincang,silakan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhaq99Profil   Hantar PM kepada alhaq99   Pergi ke alhaq99's Website   Quote dan BalasQuote

MuSaFiR_SaYYaFF
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 03.06.2003
Ahli No: 905
Posting: 572
Dari: Daerah Perjuangan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 02:00


Salam Alaik

Gunakanlah bahasa yang indah apabila berbicara. Bina komunikasi atau ikatan perasaan yang baik antara kita semua supaya sebarang pertikaian tidak dijawab dengan pertikaian, sebaliknya dhadirkan penyelesaian.

Kita berdebat bukan untuk menunjukkan kita adalah yang benar, tetapi sebaliknya untuk mencari kebenaran. Open minded dan gunakan bahasa yang indah. Tinggalkan bahasa yang keras kerana kelak ianya akan menghalang kewujudan heart connection. Ikatan ini penting untuk kita menerima sebarang kritikan membina atau menerima pandangan dari orang lain. InsyAllah perbincangan yang sihat akan membantu kita cari kebenaran dengan lebih cepat dan smoooootth..

Maafkan ana kalau tersalah faham cuma ana tengok, gaya penyampaian kita tak begitu berhemah. Masing2 punya sikap defensif. Sekiranya komunikasi tidak baik dan connection tidak ada, sikap defensif itu akan memakan diri kita dan tidak membantu untuk meleraikan masalah yang sebenarnya..

Salam alaik

p/S: Kiranya ada pihak yang bersalah, sampaikan teguran dengan membuatkan dirinya rasa bersalah, bukan kita menyalahkan. Psikologi ini penting dalam perbincangan macam ni. Kerana Islam pun ada ilmu saikonya yg tersendiri. Im sorry if i offend u directly or indirectly.. Selamat berdiskusi..





-----------------
Genggam bara api, biar sampai jadi abu!

Bookmark and Share

    


  Member Information For MuSaFiR_SaYYaFFProfil   Hantar PM kepada MuSaFiR_SaYYaFF   Pergi ke MuSaFiR_SaYYaFF's Website   Quote dan BalasQuote

ZaufanTM
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5451
Posting: 66
Dari: Lembah Klang

Selangor  


posticon Posting pada: 27-12-04 09:50


assalamualaikum..
syukran musafir_sayyaff atas nasihat anta..

SUSAHNYA MENCARI KEBENARAN DI AKHIR ZAMAN

Alangkah susahnya mencari kebenaran di akhir zaman
Terutama orang awam yang ilmu agamanya sekadar cukup untuk fardhu ain
Selain itu tidak mampu menilai benar atau salah, hak atau sesat

Orang munafik menuduh oang lain munafik yang tidak munafik
Orang yang sudah sesat menuduh orang yang tidak sesat sebagai sesat
Teraniayalah orang yang tidak munafik terzalimlah orang yang tidak sesat

Pembuat-pembuat bid'ah menuduh orang yang berjalan di atas As Sunnah sebagai pembuat bid'ah, kerana sudah ramai yang tidak ikut As Sunnah.

Yang mengikut As Sunnah dipercayai orang ramai pembuat bid'ah. Teraniayalah pula pengikut-pengikut As Sunnah, dianggap bid'ah.

Orang-orang baik dianggap jahat, penjahat-penjahat dianggap baik
Kerana orang yang baik terlalu sedikit mereka terpinggir, terpinggir ertinya jahat pada pandangan ramai.

Orang yang ada jawatan tinggi cakapnya dianggap benar dan sah belaka
Rakyat jelata walaupun benar, cakapnya tidak ada harga, tidak diambil kira sekalipun dia seorang yang soleh
Jawatan tinggi yang menentukan salah benar sesuatu masalah

Bukankah terkeliru dibuatnya di dalam mencari kebenaran?
Begitulah watak akhir zaman, yang sudah jauh dari Rasul
Sungguh susah hendak mencari kebenaran, macam hendak mencari gagak putih atau merah.

Tunjukkanlah kami ya Allah jalan kebenaran
Agar kami tidak sesat jalan menuju Engkau
Ya Allah selamatkan kami.



Bookmark and Share

    


  Member Information For ZaufanTMProfil   Hantar PM kepada ZaufanTM   Quote dan BalasQuote

ummu_sulaim04
Warga Rasmi
Menyertai: 02.09.2004
Ahli No: 10875
Posting: 7
Dari: Kuantan

Pahang  


posticon Posting pada: 27-12-04 10:53


terima kasih kembali atas teguran yg baik tu...

memang susah utk mencari kebenaran....tapi yg benar adalah dr quran dan sunnahnya,...

firmanNya"apbila datang kebanaran maka kan lenyaplah kepalsuan itu"...surah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummu_sulaim04Profil   Hantar PM kepada ummu_sulaim04   Quote dan BalasQuote

mamat_com
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.04.2004
Ahli No: 8315
Posting: 141
Dari: pendalaman sarawak

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-12-04 11:28


tareqat muhammadi mmg ada. kesilapan ustaz ashaari adalah membuka hijab tasawuf bertareqat dgn amalan biasa org awam. cth, wahdatul wujud sendiri mengambarkan perkara magikal/keramat yang semmg aneh bagi orang awam. apatah lagi kosmologi tasawuf falsafah. percayakah kita bumi berada di hujung tanduk lembu besar??.

banyak cerita ttg israliyyat dalam kitab tasawuf kuning. ada tokoh semasa berminat dgn amalan ini.

kesian juga kat al arqam. banyak misteri. kenapa lambat sangat krj malaysia mengharamkannya sehingga ramai orang terpengaruh sedang ksilapan al Arqam pernah didedah oleh akhbar anang pada akhir 1970an dan ustaz mokhtar yaakob pertengahan 1980an..sebabnya politik. apabila ustaz ashaari sebut politik, nak jadi PM..baru haram..dulu al Arqam diperalat oleh UMNO untuk melemahkan PAS... apapun moga ruqafa terus maju dan mendapat hidayah.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For mamat_comProfil   Hantar PM kepada mamat_com   Pergi ke mamat_com's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.155781 saat. Lajunya....